• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pandangan Awal terhadap Laporan Awal Pel

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pandangan Awal terhadap Laporan Awal Pel"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Pandangan Awal terhadap Laporan Awal Pelan

Pembangunan Pendidikan

Pendahuluan

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) telah pun dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut beliau,[1] PPP bersifatkan futuristik, berani, telus, menyeluruh dan demokratik dan ianya dirangka untuk membantu setiap pelajar sekolah di Malaysia

merealisasikan bakat yang telah dikurniakan kepadanya. Beliau juga menyatakan bahawa hasil daripada PPP ini akan memenuhi impian dan asiprasi rakyat negara.

Akan tetapi, sejauh mana kekukuhan pendapat beliau adalah terbuka untuk dibahaskan. Di antara persoalan berkenaan kenyataan Najib ialah kewujudan lompong dalam kebenaran pelaksanaan kuasa autonomi oleh pejabat daerah dan sekolah daripada apa-apa keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran. Kebebasan melaksanakan kuasa desentralisasi langsung tidak

dibincangkan dalam laporan awal PPP ini. Sepertimana pembaharuan yang diimpikan oleh Najib, suatu pembaharuan terhadap cara sekolah mengendalikan pelaksanaan keputusan yang berbeza dari keputusan pusat Kementerian seharusnya ditangani atau sekurang-kurangnya dirujuk untuk laporan PPP yang sepenuhnya.

Pada masa yang sama, laporan awal PPP ini juga tidak menyentuh secara menyeluruh mengenai para guru yang gagal mencapai prestasi cemerlang. Persoalan yang timbul adalah sama ada memindahkan guru berprestasi rendah ke fungsi lain akan menyelesaikan masalah sistem pendidikan dalam negara? Adakah tindakan ini bersifat proaktif terhadap cita-cita seseorang untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi akan tetapi gagal mencapai standard yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran? Adakah tindakan ini adil kepada guru-guru yang berdedikasi, guru yang disayangi oleh para pelajarnya tetapi gagal mencapai “standard” yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran? Ketentuan mengenai standard Kementerian Pelajaran adalah samar-samar lantas, berpotensi menjadi sebuah alat penyelewengan. Persoalan ini timbul ekoran pengamatan berkenaan standard kementerian dalam beberapa aspek penting khususnya keputusan pelajar. Keputusan murid sekolah saban tahun sering dilaporkan sebagai cemerlang dari segi bilangan murid yang mendapat A, tetapi anehnya, pelajar Malaysia masih jauh

ketinggalan berbanding pelajar negara lain meskipun jumlah A begitu merangsangkan? Apakah “Taburan Normal” yang pernah didakwa sebagai panduan dalam penilaian standard murid, kalau wujud, akan dijadikan rujukan dalam penilaian standard guru?

(2)

Angka Tidak Tepat

Selepas Najib mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009, beliau telah melaksanakan beberapa pelan peralihan yang menurut beliau berpotensi untuk mentransformasi negara kepada sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Namun prestasi sistem pendidikan negara yang gagal untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan pentas antarabangsa telah menjadi satu halangan dalam perjalanan Malaysia menjadi sebuah negara maju mahupun sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Menurut laporan awal PPP ini, Malaysia menduduki tempat ketiga terbawah dalam Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2009 bagi ujian Matematik, Sains dan membaca. Dalam penilaian yang terkini, hampir 60% pelajar sekolah Malaysia gagal mencapai paras minimum dalam penilian subjek Matematik. Begitu juga peratusan rendah yang dicapai oleh para pelajar Malaysia dalam kemahiran membaca dan subjek Sains iaitu sebanyak 44% dan 43%.

Jadual 1: Perbandingan Kedudukan Pisa 2009+ Malaysia dengan Negara Lain

Sumber: Laporan awal PPP

(3)

menganalisis sesuatu perkara. Ianya juga menandakan kekurangan dalam budaya membaca yang membawa kepada minat belajar dalam dan luar kelas.

Korea Selatan yang pada satu ketika mempunyai ekonomi yang lebih lemah daripada Malaysia, kini menguasai dan mendahului Malaysia dalam ketiga-tiga bidang; Matemaik, Sains dan membaca. Persoalan yang tidak dijawab oleh laporan awal PPP ini mahupun oleh Najib ialah di mana silap kita sebagai ekonomi yang dikenali sebagai “salah satu tiger economy of South East Asia”? Persoalan yang timbul ialah di mana silap kita dalam merancang sistem pendidikan Malaysia? Malah negara jiran kita yang kecil, Singapura telah mendahului kita dari pencapaian Matemaik, Sains dan membaca.

Najib berkata bahawa tiada keaiban dalam berasa malu mengakui bahawa Malaysia menduduki tempat ketiga terbawah dalam PISA 2009 dalam ujian matematik, membaca dan sains. Beliau menyifatkan tindakan ini oleh kerajaan Malaysia sebagai suatu tindakan berani dalam

menghadapi realiti dan ini menunjukkan keupayaan Malaysia untuk mengubah situasi tersebut.

Namun persoalan yang bebas untuk dibahaskan adalah sama ada ini mencukupi untuk

mengatakan bahawa kerajaan persekutuan ikhlas dalam menangani masalah sistem pendidikan negara ini setelah 55 tahun memegang pentadbiran negara pasca laporan PPP? Kerajaan

(4)

Jadual 2: Perbelanjaan Pendidikan Asas Sebagai Peratus Jumlah Perbelanjaan Kerajaan bagi Malaysia dan Negara setara

Sumber: Laporan Awal PPP

Namun begitu, selepas diteliti oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), ianya didapati bahawa angka yang diterbitkan oleh laporan awal PPP dalam Jadual 2 ini adalah kurang tepat berbanding angka yang dikeluarkan oleh Laporan UNESCO mengenai perbelanjaan Korea ke atas pendidikan negara mereka.[2] Menurut laporan tersebut, perbelanjaan kerajaan Korea dalam pendidikan asas adalah sebanyak 20 peratus daripada perbelanjaan nasional dan jika ianya digabung dengan pendidikan tinggi, peratus tersebut mencapai sebanyak 24 peratus dan bukan 11 peratus yang ditunjuk oleh laporan PPP. Lantas, ini merupakan salah satu daripada perkara-perkara yang mengelirukan dan menimbulkan pertanyaan. Seharusnya, laporan-laporan penting seperti laporan awal PPP yang bertanggungjawab mengenai perancangan pendidikan negara adalah tepat dan bebas daripada fakta-fakta yang mengelirukan rakyat.

Tahun

2008 2009 2010 2011 2012

Mengurus

27,268,030,471 28,822,699,753 28,253,024,345 29,360,378,000 32,698,787,200

Pembangunan

4,681,213,992 5,136,579,263 4,971,703,030 6,402,584,700 4,581,995,900

Jumlah

31,949,244,463 33,959,279,016 33,224,727,375 35,762,962,700 37,280,783,100

Jumlah besar Belanjawan

(5)

Peratus daripada Keseluruhan Belanjawan (%)

15.8 16.3 17.3 16.7 16.0

Jadual 3: Anggaran Perbelanjaan Kementerian Pelajaran Tahun 2008 – 2012

Sumber: Laporan Belanjawan Persekutuan

Jadual 3 yang dikemaskini oleh KPRU menunjukkan bahawa selama 5 tahun peruntukan kerajaan kepada Kementerian Pelajaran dikekalkan pada 16-17 peratus daripada jumlah

keseluruhan Belanjawan Negara. Penemuan ini membuktikan kekurangan kajian terperinci oleh kerajaan persekutuan dalam penentuan keadaan sebenar sistem pendidikan negara, terutamanya dalam menentukan penyelesaian kepada kos mentadbir yang semakin meningkat, jumlah pelajar yang semakin meningkat dan penyelesaian kepada bilangan guru yang tidak mencukupi dalam sekolah-sekolah.

Manakala, walaupun Kementerian Pelajaran mendapat peruntukan sebanyak RM36 bilion pada tahun 2011. Namun (Sila lihat Jadual 4) didapati 61 peratus daripada peruntukan tersebut digunakan untuk operasi pendidikan, 18 peratus digunakan untuk perbelanjaan pembangunan, hanya 3 peratus diperuntukkan untuk pembangunan profesionalisme keguruan, dan sebanyak 11 peratus diperuntukkan untuk pembayaran berbentuk “ONE-OFF”.

Jadual 4: Pecahan Peruntukan Belanjawan 2011 di Kementerian Pelajaran

Sumber: Laporan Belanjawan Persekutuan

Jadual 4 menjelaskan pecahan penggunaan peruntukan kerajaan BN dalam perkara sistem pendidikan negara. Sebahagian besar (60 peratus) daripada peruntukan di bawah Kementerian Pelajaran digunakan untuk operasi pendidikan; iaitu pentadbiran di sekolah-sekolah. Manakala hanya 1 peratus diperuntukan untuk melaksanakan dasar dan pembangunan pendidikan

Kementerian Pelajaran dalam sekolah-sekolah berbanding dengan peratusan sebanyak 18 peratus yang digunakan untuk perbelanjaan pembangunan di bawah Kementerian Pelajaran. Manakala 11 peratus peruntukan digunakan untuk membayar program-program “One-Off” seperti Program Susu 1Malaysia dan penyelenggaraan sekolah dan asrama.

(6)

Jadual 5: Sasaran Program Untuk Semakan Semula pada 2015

Sumber: Laporan Awal PPP

Jadual 6: Sasaran Program Untuk Semakan Semula pada 2015 (Bahasa Inggeris)

Sumber: Laporan Awal PPP

Seperti yang dapat dilihat dalam Jadual 5 dan 6 di atas, Ekshibit 6-10 bagi penerbitan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu merupakan dua perkara yang berbeza lantas mengelirukan para pembaca mengenai apa yang ingin dicapaikan oleh kementerian dalam pembentangan laporan awal PPP ini. Ekshibit 6-10 penerbitan laporan awal PPP dalam bahasa Melayu menyatakan program-program yang disasarkan oleh kementerian untuk mengalami pemotongan peruntukan dan di antara program-program sekolah yang disasarkan ialah program Bantuan Makanan Asrama, program Skim Pinjaman Buku Teks (SBPT) dan program Susu 1Malaysia. Manakala bagi Ekshibit yang sama dalam penerbitan bahasa Inggeris pula, pemotongan peruntukan disasarkan kepada beberapa kategori. Di antara kategori yang akan mengalami pemotongan peruntukan ialah peruntukan untuk elaun perjalanan dan penginapan, menambahkan jumlah sekolah bagi satu kontrak untuk perkhidmatan profesional, layanan mesra (hospitality) dan mengurangkan peruntukan bagi pembekalan bahan.

Persoalan yang timbul ialah mengapa kementerian menerbitkan dua Ekshibit yang berbeza bagi perkara pengurangan peruntukan program-program? Jumlah penjimatan yang disasarkan juga mempunyai perbezaan. Dalam penerbitan bahasa Melayu, jumlah yang disasarkan adalah sebanyak RM579-813 juta manakala dalam penerbitan bahasa Inggeris pula jumlah yang disasarkan adalah sebanyak RM190 juta. Kalau perbezaan ini bukan masalah teknikal, maka Pperbezaan dalam pembentangan maklumat memberikan gambaran ketirisan kewangan yang serius berlaku dan penerbitan maklumat yang berbeza ini juga mencerminkan kekurangan ketelusan kementerian dalam memperbaharuai sistem pendidikan melalui pembaharuan pentadbiran kementerian.

Keperluan Desentralisasi Kuasa Pentadbiran dalam Pembaharuan

Ini membuka kepada persoalan kekurangan ketelusan Kementerian dalam melaksanakan desentralisasi yang akan memberi kuasa autonomi kepada pejabat daerah dan para pengetua untuk menentukan program kurikulum dan ko-kurikulum yang sesuai untuk sekolah dalam daerah yang ditadbir. Najib mahupun laporan ini gagal untuk menjelaskan sama ada

desentralisasi atau pemusatan kuasa autonomi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha pembaharuan sistem pendidikan pasca laporan awal PPP ini.

(7)

Sumber: Laporan Awal PPP

Laporan awal PPP ini juga gagal untuk menyiarkan cara kementerian menentukan minat dan kekuatan para pelatih guru sebelum mereka ditugaskan. Sebagaimana juga laporan ini juga gagal untuk menyiarkan bagaimana guru-guru yang didapati yang tidak dapat ditugaskan mengikut kekuatan mahupun minatnya akan ditugaskan di sekolah berbeza. Laporan awal PPP ini gagal untuk menyatakan kaedah yang digunakan untuk tentukan faktor yang menentukan sekolah mana yang akan ditugaskan kepada guru yang mana.

Sepertimana Gambar Rajah 1 di atas, guru yang berprestasi tinggi akan dikembalikan kepada laluan normal manakala guru yang mencapai hasil yang dipindahkan ke fungsi lain. Di samping kekaburan penjelasan mengenai sistem sokongan yang akan diberikan kepada para guru yang berprestasi rendah, gambar rajah di atas gagal menjelaskan cara dan tempoh masa guru tersebut akan dinilai. Tiada ukuran mengenai apa yang dimaksudkan dengan ukuran prestasi berdasarkan kompetensi. Terdapat kekaburan mengenai apa yang dimaksudkan dengan kompetensi. Juga terdapat kekaburan mengenai apa yang dimaksudkan dengan ‘hasil yang mungkin dicapai’. Laporan ini gagal untuk menyatakan mengenai kayu ukur yang digunakan untuk menentukan apa yang dimaksudkan dengan ‘hasil yang mungkin dicapai’.

Keengganan kerajaan untuk menerbitkan empat laporan[3] oleh UNESCO, World Bank, laporan panel yang diketuai oleh bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri

Dzulkiflee Abdul Razaq dan sebuah lagi laporan sebuah panel yang diketuai oleh Tan Sri Wan Zahid Wan Noordin hanya akan menyebabkan spekulasi orang awam mengenai ketelusan kerajaan untuk membawa sebarang perubahan bermakna kepada sistem pendidikan dalam negara.

Pegawai Cekap Digalakkan, Ketidakcekapan Dibiarkan?

Gambar Rajah 2: Cadangan Transformasi Struktur Kementerian

Sumber: Laporan Awal PPP

(8)

Gambar Rajah 2 menggambarkan harapan kementerian untuk menyelesaikan masalah

pentadbiran bertindih di antara pihak sekolah, daerah dan kementerian. Akan tetapi, seperti yang sudah dijelaskan dalam perenggan di atas, dengan hanya memindahkan pegawai yang tidak cekap, masalah kaedah pelaksanaan dasar oleh pentadbiran kementerian dan sekolah tidak akan selesai. Lambat-laun, susunan organisasi pentadbiran yang berbentuk piramid ini akan

mengembang dan ianya akan kembali pada bentuk asal. Untuk menjayakan kaedah piramid ini, seharusnya kementerian pelajaran menguruskan jumlah staf yang kembung iaitu sebanyak 32,200 orang kepada bilangan yang lebih strategik untuk menjayakan susunan organisasi piramid tersebut.

Masalah Teknikal atau Ketirisan?

Dalam usaha memperbaharui infrastruktur, kerajaan telah membelanjakan lebih daripada RM20 bilion untuk perkara ini sahaja. Namun, keadaannya masih kekal di mana infrastruktur elektrikal bagi 57 peratus sekolah menengah iaitu 1,293 daripada 2,285 buah sekolah berada dalam

keadaan yang teruk manakala 30 peratus daripada sekolah menengah mengalami situasi infrastruktur fizikal berada dalam keadaan getir.

Gambar Rajah 3: Mengenal Pasti Jurang Infrastruktur di Sekolah-Sekolah

Sumber: Laporan Awal PPP

Gambar Rajah 3 menunjukkan bahawa walaupun dengan peruntukan sebanyak RM20 bilion dari tahun 2006 hingga 2010, kerajaan masih tidak dapat menyelesaikan masalah-masalah yang membelenggu sekolah-sekolah di Malaysia. Rancangan Malaysia Ke-9 membelanjakan sebanyak 80 peratus daripada peruntukan RM19,771 juta pada penambahbaikan insfrastruktur fizikal, namun, 27 peratus sekoah masih tidak mempunyai makmal komputer untuk kegunaan para pelajar dan guru sekolah. Begitu juga bagi makmal sains di mana 20 peratus sekolah masih tidak mempunyai makmal sains bagi pembelajaran para pelajarnya.

Penutup Kata

(9)

Pembaharuan yang efektif dan proaktif tidak memerlukan perbelanjaan berbilion-bilion ataupun jutaan. Ia memerlukan sekumpulan individu yang bersemangat untuk membantu memajukan pembelajaran para pelajar supaya mereka dapat membesar menjadi seorang warga yang proaktif dalam masyarakat. Sumbangan kumpulan individu tersebut secara profesional sewajarnya dipandangan berat tanpa campur tangan politik dan kesemua laporan yang menyokong dan tidak menyokong laporan PPP didedahkan untuk tatapan dan penilaian. Perubahan kosmetik tidak akan memberi manfaat kepada para pelajar. Tidak menerbitkan laporan-laporan lain berkenaan serentak dengan pelancaran awal laporan awal PPP ini juga tidak membantu keadaan.

Gambar

Gambar Rajah 1: Cadangan Laluan Bagi Guru yang Secara Konsisten Berprestasi Rendah
Gambar Rajah 2: Cadangan Transformasi Struktur Kementerian
Gambar Rajah 3 menunjukkan bahawa walaupun dengan peruntukan sebanyak RM20 bilion dari

Referensi

Dokumen terkait

Perubahan mekanisme yang mendasar adalah adanya pemisahan peran pembayar dengan verifikator melalui penyaluran dana langsung ke Pemberi Pelayanan Kesehatan (PPK) dari Kas

antara ketentuan dan hikmah shalat sunnah rawatib dengan aspek sosial budaya dalamkehidupan sehari- hari - Menganalisis hasil temuannya yang berkaitan dengan ketentuan

Tujuan Penelitian : ini adalah untuk mengetahui hubungan tingkat pengetahuan ibu tentang Inisiasi Menyusu Dini dengan partisipasi ibu melakukan Inisiasi Menyusu

Bagan alir dari penelitian tentang pemodelan aliran sedimen di Muara Kali Porong dapat dilihat pada gambar 3.1 berikut : START Data Tinggi Muka Air Data Kecepatan

Masyarakat yang terlibat dalam sebuah organisasi maupun didalam sebuah komunitas atau kelompok sudah seharusnya mengembangkan pemahaman yang lebih baik tentang

Terlindunginya aplikasi yang berjalan pada DC dari serangan Cyber dengan melakukan konfigurasi kepada perangkat keamanan untuk dilakukan monitoring aktivitas terhadap

Dari segi bentuk kepedulian dan perhatian yang diberikan, didapatkan bahwa JT dan YH melakukan pengawasan lebih untuk kenyamanan dan keamanan S, JT juga selalu

masyarakat thd program dan tindak lanjutnya 72 Evaluasi thd metoda dan tehnologi dalm penyelenggaraa n program/upaya 4.2.3.EP2 73 Hasil identifikasi peran lintas sektor 5.4.1.EP1 74