• Tidak ada hasil yang ditemukan

KRISIS EKONOMI DUNIA Punca Dan Kesannya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KRISIS EKONOMI DUNIA Punca Dan Kesannya"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

KRISIS EKONOMI DUNIA

Punca Dan Kesannya

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Diterbit oleh: Parti Sosialis Malaysia 140A Jalan Sultan Ahmad Samad, Brickfields,

(2)

Isi Kandungan

A. PENGELUARAN KOMODITI DI BAWAH SISTEM KAPITALIS

1. Peranan Permintaan Dalam Pengeluaran Komoditi

i. Permintaan pasaran untuk sesuatu produk ii. Permintaan aggregate

2. Pertumbuhan Dan Pengecutan Adalah Ciri-Ciri Utama Ekonomi Kapitalis

B. PRESKRIPSI KEYNES UNTUK MENGHADAPI KRISIS EKONOMI

C. PERUBAHAN BESAR DI DUNIA KAPITALIS

1. Taktik-taktik Outsourcing/penyumberanl uar dan Off-shoring/luar pesisir

i. Kesan penyumberan luar terhadap permintaan agregat

2. Tax Haven

3. Penyalahgunaan Transfer Pricing

(3)

5. Hutang Kerajaan Yang Tinggi – Kaedah Keynes Tersekat

6. Quantitative Easing

7. Kelembapan Ekonomi di China

D. KESAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA

E. APAKAH JALAN KELUAR?

1. Tingkatkan Gaji Pekerja

(4)

A. PENGELUARAN KOMODITI DI BAWAH SISTEM KAPITALIS

Semua barangan yang dihasilkan oleh tenaga

manusia (human labour) untuk tujuan menukar dengan barangan lain atau wang dipanggil komoditi.

Sekiranya sesuatu barang dibuat untuk kegunaan sendiri sahaja, ia bukan satu komoditi.

Komoditi adalah sesuatu barangan yang dihasilkan dengan tenaga manusia, yang ‘pertamanya memenuhi kehendak manusia, dan keduanya, boleh ditukar dengan barangan lain.’

Di bawah sistem kapitalis, pengeluaran bermaksud

pengeluaran komoditi sahaja, iaitu pengeluaran barangan untuk dijual bagi mendapatkan keuntungan, dan bukan untuk memenuhi keperluan sendiri (use value).

Pengeluaran komoditi menghasilkan nilai pertukaran (exchange value) yang digunakan untuk membeli barang keperluan.

Sistem pengeluaran komoditi secara besar-besaran hanya wujud di bumi dalam 250 tahun yang lalu iaitu dengan mulanya sistem kapitalis. Sebelum itu, hampir semua pengeluaran adalah untuk kegunaan sendiri. Manusia membuat sesuatu barang untuk pakai sendiri, bukan untuk menukar atau menjual. Dalam sistem pengeluaran

(5)

berlebihan ataupun surplus untuk ditukar untuk barang mewah seperti barang kemas dan minyak wangi.

1. Peranan Permintaan Dalam Pengeluaran Komoditi

i. Permintaan pasaran untuk sesuatu produk

Permintaan pasaran adalah permintaan untuk sesuatu produk atau perkhidmatan tertentu pada sesuatu harga tertentu. Ia bergantung pada kos mengeluarkan produk tersebut, pendapatan isi rumah, jumlah pengguna untuk produk itu, dan adanya barang pengganti yang lebih murah. Pendapatan keluarga adalah satu penggerak utama permintaan pasaran – sekiranya gaji turun, permintaan pasaran sesuatu produk akan turun.

Sesuatu komoditi hanya akan dikeluarkan sekiranya ada permintaan pasaran, iaitu sekiranya dapat dijual;

pengeluaran akan dikurangkan atau dihentikan sekiranya permintaan pasaran menurun.

ii. Permintaan aggregate

Permintaan aggregate adalah jumlah keseluruhannya permintaan semua barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara. Permintaan aggregate (AD)

ditentukan oleh:

- Permintaan isi rumah (households) (C)

- Perbelanjaan perniagaan (bahan mentah, minyak, barangan intermediate) (I)

(6)

- Komoditi yang diekspot (E)

-DI TOLAK BARANGAN IMPOT (IMP)

AD = C + I + G + E - Imp

Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan agregat (AD) adalah:

Permintaan isi ruma (C)

Pendapatan isi rumah – kadar employment, gaji, cukai, pencen, hutang isi rumah, simpanan wang

Perbelanjaan perniagaan (I)

kadar faedah, jangkaan perniagaan terhadap permintaan untuk produk mereka pada masa depan

Perbelanjaan kerajaan (G)

Cukai, pendapatan kerajaan, hutang kerajaan

Ekspot (E)

Permintaan luar negara, mata wang

Impot (Imp)

Permintaan dalam negara, kos

barangan tempatan, mata wang, kadar cukai impot

Permintaan aggregate akan terjejas sekiranya permintaan oleh mana-mana satu dari empat pihak – isir umah,

(7)

boleh menyebabkan lingkaran ke bawah, seperti dalam contoh berikut:

Pengurangan pengeluaran di kilang XY akan

mengakibatkan pengecutan gaji pekerja kilang XY melalui kehilangan overtime dan pemberhentian kerja dan ini akan kurangkan kuasa beli isi rumah. Akibatnya permintaan pengguna akan kecut. Pada takat yang sama, perniagaan yang membekalkan barangan untuk kilang XY itu juga akan mengalami kurangan dalam tempahan dan pendapatan pekerjanya juga akan berkurangan. Jika ini berlaku dalam beberapa kilang, ekonomi akan mengalami lingkaran ke bawah/downward spiral.

Lingkaran ke Bawah: Contoh 1

Pembelian barang mentah oleh kilang XY turun

Pembelian barang pengguna turun

(8)

Contoh 2: Krisis minyak 1970an

harga minyak naik

2. Pertumbuhan Dan Pengecutan Adalah Ciri-Ciri Utama Ekonomi Kapitalis

Proses pertumbuhan dan pengecutan ekonomi (boom and bust) yang berlaku berulang kali adalah ciri-ciri utama kitaran perniagaan (business cycle) sistem kapitalisme . Semasa pertumbuhan ekonomi, ada peningkatan dalam indicator seperti peluang pekerjaan, pengeluaran, jualan dan pendapatan peribadi, dan dividen kepada pelabur adalah tinggi. Semasa pengecutan ekonomi, indikator-indikator tersebut akan menurun, kehilangan kerja berlaku dan pelabur kehilangan wang pelaburan.

kos pengangkutan naik kos heating naik (negara barat)

pengguna kurangkan belanja atas barangan bukan penting seperti makan di restoran

penggunaan barangan bukan penting/essential menurun

permintaan aggregate turun

(9)

Kitaran pertumbuhan dan pengecutan berlaku akibat ketamakan kapitalis. Dalam sistem kapitalis tidak ada pengimbangan antara kapasiti pengeluaran dan permintaan pengguna. Kapasiti pengeluaran sesuatu ekonomi adalah jumlah maxima barangan dan

perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh kapitalis. Permintaan dipengaruhi oleh gaji pekerja. Kapitalis sentiasa memerah upah pekerja untuk dapatkan untung yang lebih besar. Tetapi, akibat gaji rendah, permintaan untuk barangan dan perkhidmatan tidak sepadan dengan kapasiti pengeluaran.

Cara kapitalis mengatasi masalah ini adalah dengan mencari pasaran baru – seperti negara lain, tetapi ini ada hadnya.

B. PRESKRIPSI KEYNES UNTUK MENGHADAPI KRISIS EKONOMI

John Maynard Keynes, 1883 – 1946 ahli ekonomi Inggeris, semasa Great Depression (1930an)

Mencabar ide bahawa pasaran bebas

akan secara automatic mengimbangkan diri dan menjamin pertumbuhan

(10)

Keynes mengenalkan beberapa konsep ekonomi untuk mengelakan daripada krisis ekonomi. Antaranya adalah konsep peranan kerajaan dalam mewujudkan

permintaan baru yang cukup besar untuk memacu ekonomi negara. Ini digelar konsep perbelanjaan kaunter-cyclic.

Menurut Keynes, semasa keadaan ekonomi sihat dan bertumbuh, adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mengadakan bajet surplus. Kerajaan harus berjimat, dan mengurangkan perbelanjaan, menyimpan wang, dan mengumpulkan dana.

Sebaliknya, semasa ekonomi lembab, atau berada dalam krisis, perkara yang bertentangan harus dibuat iaitu adakan budget deficit. Kerajaan harus membuat ‘pump priming’ iaitu mengambil langkah-langkah yang akan mewujudkan permintaan dan merangsangkan ekonomi. Langkah-langkah tersebut termasuk

meningkatkan perbelanjaan kerajaan dalam pembinaan jalan, ampangan, sekolah, hospital dan sebaginya supaya permintaan agregat yang mencukupi dijana untuk menyelamatkan ekonomi.

(11)

Pengembangan dan pengecutan adalah sebahagian daripada kapitalisme, dan kaedah perbelanjaan counter cyclic telah digunakan oleh banyak negara untuk

memulihkan ekonomi yang dilanda kemelesetan.

Walaubagaimana pun sejak 1990an dunia kapitalis telah mengalami perubahan besar, dan kaedah Keynes tidak lagi dapat digunakan untuk mengatasi kemelesetan.

C. PERUBAHAN BESAR DI DUNIA KAPITALIS

Dunia kapitalis mengalami perubahan besar selepas kejatuhan sistem komunis di USSR pada tahun 1990 dan pengamalan kapitalisme oleh China dan Vietnam. Sejak 1970an negara-negara komunis China dan Vietnam telah mulakan transisi ke kapitalisme dan menjelang tahun 1990an telah menganuti sistem pasaran bebas. Ini telah mencetuskan beberapa perkembangan di seluruh dunia,

Kerajaan belanja wang untuk bina dewan di beberapa taman perumahan.

Peluang pekerjaan wujud;

pendapatan & perbelanjaan isi rumah meningkat.

Jualan kedai-kedai

Pengeluaran ditingkatkan.

(12)

1. Taktik-taktik Outsourcing/penyumberan luar dan Offshoring/luar pesisir

Outsourcing adalah amalan di mana sesebuah syarikat memindah/mengkontrak sebahagian daripada proses pengeluaran ke syarikat lain di dalam atau luar negara untuk mengurangkan kos.

Offshoring adalah amalan di mana sebuah syarikat membuka kilang di negara lain, dan memindah

sebahagian produksinya ke negara itu. Ia juga merujuk kepada syarikat yang mengkontrak sebahagian

pengeluaran kepada syarikat lain di negara lain.

Sebahagian besar sektor pembuatan di Amerika

Syarikat dan Eropah telah berpindah ke negara-negara pasca Komunis, China, Vietnam dan Eropah Timur sebab kos produksi mereka yang jauh lebih murah. Kos produksi di Amerika Syarikat dan Eropah lebih tinggi disebabkan gaji pekerja yang tinggi.

Barangan yang dikeluarkan dengan kos yang rendah oleh anak syarikat kilang-kilang AS dan Eropah di China, Eropah Timur dan Vietnam menghasilkan keuntungan yang lebih di AS dan Eropah. Disamping itu, barangan ini dapat dijual dengan harga yang lebih rendah

daripada barangan sama yang dikeluarkan di AS dan Eropah. Persaingan seperti ini ‘undercut’ dan merugikan pengeluar-pengeluar di AS dan Eropah, dan

(13)

i. Kesan penyumberan luar terhadap permintaan agregat

Sebelum ini, semasa Perang Dingin (1947 – 1991), pekerja di AS dan Eropah menikmati banyak hak dan faedah

pekerjaan berbanding dengan pekerja di negara-negara lain. Antaranya adalah gaji yang tinggi, kesatuan kerja yang kuat, masa kerja yang lebih singkat, safety net yang kuat, dan jaminan kerja. Dengan faedah-faedah ini, kaum pekerja di negara-negara maju tergolong dalam kelas menengah yang membuat penyumbangan besar terhadap permintaan

agregat dunia.

Tetapi semua hak dan faedah terhakis atau hilang selepas produksi negara mereka di sumberluarkan ke negara lain seperti China. Dalam 25 tahun sejak 1990, kelas menengah di AS dan Eropah semakin lama semakin terhimpit – gaji turun, waktu kerja dipanjangkan, kesatuan kerja dilemahkan, dan jaringan keselamatan sosial dilemahkan. Kesemua ini mengurangkan kuasa beli sebahagian besar isi rumah AS dan Eropah, dan seterusnya menjejaskan permintaan agregat global.

2. Tax Haven

(14)

Syarikat-syarikat dan individu-individu asing menggunakan tax haven untuk merahsiakan simpanan besar dalam akaun bank mereka di tax haven supaya mengelakan pembayaran cukai seperti cukai pendapatan di negara asal mereka.

3. Penyalahgunaan Transfer Pricing

Selain itu, syarikat-syarikat juga menggunakan tax haven untuk menyembunyikan untung mereka dengan memain dengan harga barang keluaran. Ini dilakukan supaya mengelak dari membayar cukai, seperti berikut:

 Syarikat A, di AS offshorekan pengeluaran ke

subsidiarinya Syarikat B, di China di mana produknya, telefon bimbit, dikeluarkan dengan mengeksploitasi pekerja Cina, pada kos yang amat rendah iaitu RM100.

 Telefon bimbit ini akan dijual untuk harga RM1000 di AS. Maka syarikat A perlu membayar cukai korporat atas keuntungan RM900 kepada kerajaan AS.

 Jika syarikat A mengelak dari cukai AS dengan membeli telefon bimbit itu dengan harga RM900, (ertinya cukai adalah terhadap RM100 sahaja di AS) subsudiarinya di Cina kena bayar cukia ke negara Cina atas untung RM800.

(15)

 Syarikat C, Cayman membeli telefon bimbit yang dihasilkan di Syarikat B, China untuk RM100, dan menjualnya ke Syarikat A, AS pada harga RM900. Syarikat C Cayman mendapat untung bersih RM800 sebab tidak perlu membayar cukai di Cayman.

 Syarikat A, AS menjual telefon bimbit pada harga retail RM1000, dan menjelaskan cukai corporat atas untung RM100 itu. Untung sebenar Syarikat A adalah RM900, tetapi cukai hanya dibayar untuk RM100.

Syarikat B China, Syarikat C Cayman dan Syarikat A AS mempunyai pemilik yang sama. Mereka

menyalahgunakan kaedah ‘transfer pricing’ supaya mengurangkan bayaran cukai di AS dan juga di China. Dengan cara ini, Syarikat A mengurangkan kosnya, dan dapat mengumpul banyak modal (accumulation).

Syarikat-syarikat yang terletak di AS tidak dapat

bersaing dengan syarikat-syarikat seperti Syarikat A dan lama kelamaan terpaksa menutup kedai. Ini

mengakibatkan pengangguran yang memburukkan kuasa beli dan seterusnya permintaan agregat.

(16)

Inilah cerita 1% terkaya di dunia yang mendapatkan kekayaan mereka dengan menipu.

Taktik-taktik seperti outsourcing mengakibatkan

ketidaksamaan yang teruk dalam masyarakat. Menurut laporan Oxfam, yang diterbitkan pada Januari 2016, pada tahun 2015, 62 orang terkaya memiliki lebih banyak kekayaan berbanding dengan 50% termiskin di dunia. Jurang ini semakin melebar.

Pada 2010, 358 orang terkaya memiliki lebih daripada 50% yang termiskin, dan pada 2014, 80 terkaya

memiliki lebih daripada 50% yang termiskin, dan angka ini jatuh lagi dalam satu tahun ke hanya 62 individu yang memiliki lebih daripada 50% yang termiskin.

Di Amerika Syarikat pula, 0.1% terkaya memiliki lebih kekayaan daripada 90% rakyat bawahan.

4. Rombakan/dismantling Negara Kebajikan

Selepas Perang Dunia kedua, negara kebajikan

(17)

tertarik kepada sistem sosialis. Pekerja di negara kebajikan disediakan banyak faedah – gaji yang baik, pencen usia tua sejagat, liputan kesihatan sejagat, pendidikan percuma, perumahan bersabsidi, pampasan pembuangan kerja, dll.

Selepas 1990 (kejatuhan USSR dan German Timur), banyak syarikat di negara-negara barat telah

menyumberluar dan offshorekan perniagaan mereka untuk menikmati lebih keuntungan. Outsourcing dan offshoring menyebabkan kehilangan kerja di negara asal syarikat.

Akibat kadar pengangguran yang tinggi, dana negara kebajikan menghadapi banyak tekanan untuk memberi perlindungan sosial kepada warga miskinnya yang semakin meningkat. Tetapi pendapatan negara telah berkurang disebabkan taktik-taktik transfer ‘mispricing’ dan tax haven kaum korporat untuk mengelak dari pembayaran cukai.

(18)

Negara Jumlah hutang kerajaan berbanding GDP Nasional (%) Amerika Syarikat 104.17* kerajaan AS adalah USD18.20 trillion,

Bila kadar keberhutangan sesuatu negara naik, para pemiutang (1% terkaya) mengenakan faedah yang lebih tinggi atas pinjaman kepada negara tersebut. Pakar ekonomi menilaikan ‘creditworthiness’ sesuatu negara berasaskan kesihatan badget mereka. Yang sihat sekali diberi markah “AAA” dan faedah yang dibayar untuk bon negara seperti itu adalah 1.5% setahun.

Tetapi negara seperti Greece dengan hutang besar tidak dapat meminjam dana daripada 1% terkaya kerana kedudukannya adalah di bawah “BBB.” Kedudukan di bawah “BBB” diberi status ‘junk’ yang bermakna risiko lalai/default yang tinggi. Sejurus sebelum masuk “junk” status kadar faedah untuk Greece telah meningkat ke 15% setahun!

(19)

Untuk mengelak daripada diberi markah yang rendah, banyak negara barat mengurangkan faedah-faedah jaringan keselamatan sosial secara berperingkat dan mengambil langkah-langkah penjimatan (austerity measures). Contohnya langkah-langkah penjimatan: umur pencen ditingkatkan menyebabkan pekerja bekerja sehingga lebih tua, kesatuan kerja dilemahkan, kos perubatan kena dikongsi bersama pesakit, dan pendidikan dikenakan bayaran.

Akibat langkah-langkah penjimatan ini, kelas pekerja di negara-negara barat mula rasa tertekan dan

menderita. Antara yang teruk sekali ditekan adalah golongan anak muda – dibebani dengan hutang

pendidikan, susah dapat pekerjaan dan jika dapat kerja pun termanya kurang baik, menghadapi kos perumahan yang tinggi. Situasi sebegini adalah jauh lebih teruk untuk pemuda immigrant dari Timur Tengah ke Eropah.

Jenerasi kedua rasa amat tertekan dan ini merupakan salah satu daripada sebab mereka terbuka kepada pandangan extremis – terroris.

Keadaan ini juga melahirkan kumpulan-kumpulan progresif seperti Syriza di Greece, dan Podemos di Sepanyol, dan yang menjadikan individu-individu seperti Jeremy Corbin dan Bernie Sanders popular di England dan di Amerika Syarikat.

Pada tahun 2014, GDP dunia adalah sebanyak

USD77trillion. Daripada USD77 trillion, bahafian negara-negara AS, Eropah Barat dan Jepun berjumlah

(20)

Tetapi taktik-taktik kapitalis untuk meningkatkan lagi keuntungan mereka menyebabkan pendapatan

golongan pengguna terbesar di dunia menyusut. Maka bila pendapatan golongan ini menurun, ia menjejaskan permintaan

terbesar di dunia menyusut. Maka bila pendapatan golongan ini menurun, ia menjejaskan permintaan agregat dunia. Ia menarik permintaan agregat ke bawah, dan menyumbang kepada kemelesetan ekonomi secara global.

5. Hutang Kerajaan Yang Tinggi – Kaedah Keynes Tersekat

Menurut Keynes, semasa ekonomi lembab, kerajaan harus membuat perbelanjaan untuk mendorong permintaan. Tetapi dalam keadaan kemelesetan sekarang, kaedah Keynes tidak dapat di pakai lagi sebab kerajaan-kerajaan berkurangan wang untuk membuat perbelanjaan.

Pendapatan kerajaan terjejas apabila kutipan cukai turun akibat dari pengelakan cukai oleh warga korporat mereka. Oleh itu kerajaan tidak mencukupi wang untuk perbelanjaan, dan terpaksa meminjam, dan dengan itu, mengalami hutang kerajaan (sovereign debt) yang tinggi.

(21)

Satu cara kerajaan membiayai projek kerajaan adalah dengan meminjam wang dengan mengeluarkan bon kerajaan kepada peminjam dalam negara (rakyat, bank, korporat) atau dari luar negara. Hutang

kerajaan (sovereign debt) adalah jumlah hutang yang sesebuah negara kena bayar kepada pemegang bon kerajaan.

Tahap hutang sesebuah kerajaan boleh dilihat dalam peratusan hutang kerajaan kepada KDNK. Peratusan yang rendah menunjukkan ekonomi yang

mengeluarkan dan menjual barangan dan

perkhidmatan yang cukup untuk membayar hutang kerajaan tanpa menanggung hutang lagi.

Maka banyak kerajaan banyak berhutang dan tidak ada duit untuk ‘pump prime.’ Ini mengakibatkan keadaan kemelesetan berpanjangan (prolonged) sebab kerajaan-kerajaan tidak dapat menggunakan kaedah tradisi pump priming untuk merangsangkan ekonomi.

6. Quantitative Easing

(22)

Quantitative Easing adalah dasar monetary yang digunakan oleh bank-bank pusat untuk

merangsangkan ekonomi semasa krisis ekonomi. Bank pusat membeli bon kerajaan dan asset

kewangan dari bank dan institusi lain dengan wang yang dicetaknya. Tindakan ini meningkatkan bekalan wang keseluruhan dalam sistem kewangan, dan menggalakan peminjaman wang kepada perniagaan dan individu. Jangkaannya adalah tindakan ini akan meningkatkan perbelanjaan dan menyumbang kepada permintaan agregat.

Dasar QE meningkatkan bekalan wang di tangan para korporat dan individu yang menjadi sebahagian

daripada 1% terkaya dengan anggapan bahawa mereka akan menggunakan wang yang lebih untuk membuat pelaburan. Dari segi teori, sebarang pelaburan akan mewujudkan pekerjaan dan merangsangkan ekonomi. Ini akan bantu mengatasi kemelesetan ekonomi.

Walaubagaimana pun pengalaman 5 – 10 tahun yang lepas ini menunjukkan bahawa anggapan ini tidak realistik. Ini adalah sebab 1% yang terkaya tidak

berapa minat untuk melabur dalam ekonomi nyata, iaitu dengan membeli atau menjual barang dan

(23)

Aktiviti spekulasi seperti ini langsung tidak merangsangkan ekonomi nyata; sebaliknya ia memburukkan lagi keadaan dengan menyebabkan harga hartanah melambung naik tanpa sebarang peningkatan dalam nilai sebenar. Kerajaan terus berhutang, dan ekonomi masih cenderung ke arah kemelesetan. Dan rakyat di merata tempat

menghadapi kenaikan teruk dalam harga rumah.

7. Kelembapan Ekonomi di China

Bermula pada tahun 1990an, China memainkan peranan penting dalam ekonomi global. AS dan Eropah Barat membeli barangan buatan dan

perkhidmatan dari China, dan juga bergantung kepada China untuk mengeksport barangan perindustrian buatan mereka (Capital goods seperti jentera dan teknologi baru).. Negara-negara membangun menjual bahan mentah kepada China.

Pertumbuhan ekonomi di China kini sudah mula perlahan. Antara sebabnya, China telah mencapai kapasiti pengeluaran yang mencukupi untuk memenuhi permintaan dunia. Selagi China membina kapasiti perkilangan secara pesat, ia menyumbang secara besar kepada permintaan aggregate global.

(24)

D. KESAN TERHADAP RAKYAT MALAYSIA

Malaysia merupakan trading partner China yang terbesar di Asia Tenggara maka slowdown di China menjejaskan ekonomi Malaysia. Permintaan untuk komoditi utama/primary seperti minyak petroleum dan kelapa sawit turun, mengakibatkan pengurangan pengeluaran, atau penutupan kedai. Ramai pekerja kehilangan kerja.

40% daripada jumlah pendapatan kerajaan adalah daripada petroleum; maka pendapatan kerajaan turun dengan teruk akibat harga komoditi yang turun. Maka kerajaan berkurangan wang untuk membuat

perbelanjaan yang boleh merangsangkan ekonomi. Keadaan ini sudah pun sangat teruk akibat

penyelewengan dan korupsi oleh elit politik.

Syarikat-syarikat pembuatan, minyak dan gas, dan lain -lain lagi, membuang kerja atau mengurangkan

pengambilan pekerja. Pada 2014, seramai 10,000 pekerja dibuang; sejak September 2015 sehingga akhir tahun 2015, 20,000 pekerja dari pelbagai sector dibuang kerja. Kerajaan sendiri telah membekukan pengambilan pekerja pada 2015, mengakibatkan kehilangan 15,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam.

(25)

E. APAKAH JALAN KELUAR?

Harus diakui bahawa jalan keluar dari keadaan kemelesetan ekonomi yang berpanjangan ini adalah dengan mengagihkan kekayaan yang dapat

mengimbangkan kapasiti dan permintaan. Ini akan meningkatkan permintaan aggregate. Bagaimana?

1. Tingkatkan Gaji Pekerja

Tindakan ini akan melebihkan wang dalam tangan rakyat dan kuasa beli mereka. Lebih wang dalam tangan rakyat dapat merangsangkan ekonomi dengan berkesan sebab kebanyakan wang ini akan dibelanja atas pelbagai barang dan perkhidmatan berbanding dengan wang dalam tangan 1%.

Tetapi langkah ini tidak akan berjaya sekiranya

(26)

ALBA ( Bolivarian Alliance for the Peoples of Our America) adalah satu organisasi antara kerajaan-kerajaan Amerika Latin dan Carribean yang ditubuh pada 2004 atas konsep saling kerjasama dan solidarity. Tujuannya untuk memantapkan integrasi ekonomi serantau berasaskan visi kebajikan social, pertukaran barangan, dan bantu satu sama lain dalam bidang ekonomi. ALBA ditubuh sebagai alternatif kepada FTAA ( Free Trade Area of the

Americas) yang dikawal oleh AS. FTAA yang

berasaskan persaingan antara negara-negara maju dan mundur, akan menguntungkan negara-negara maju dan miskinkan lagi negara-negara membangun. Pada mulanya, badan ini bertujuan untuk menukar sumber perubatan dan pendidikan dengan minyak antara Cuba dan Venezuela. Sebagai contoh,

Venezuela menghantar 96,000 barrels minyak setiap hari ke Cuba pada harga yang sangat munasabah, sebagai pertukaran untuk 20,000 staf perubatan dan beribu-ribu tenaga pengajar. ALBA adalah satu pakatan politik, ekonomi dan social, untuk

(27)

2. Wujudkan Gaji Sosial

Sekiranya gaji terpaksa disimpan di paras yang rendah bagi mengelak pelabur lari ke negara lain, kerajaan harus mewujudkan gaji sosial ia itu menyediakan kemudahan asas seperti perumahan bersabsidi, kesihatan

dan pendidikan percuma dan lain-lain lagi seperti pengangkutan berkos rendah atau percuma.

Langkah ini dapat compensate untuk gaji yang rendah, dan pada masa yang sama mewujudkan peluang pekerjaan yang akan merangsangkan ekonomi.

iii. Pastikan kaum 1% membayar cukai yang patut dibayar

- Haramkan pengelakan cukai melalui tax haven, dan naikkan cukai bersama-samadengan kerajaan2 serantau.

- Kenakan cukai Tobin. Cukai ini diwujudkan untuk menghukum spekulasi jangkamasa pendek dalam matawang supaya mengawal kestabilan matawang sesuatu negara.

- Kenakan cukai atas kekayaan seperti Real Property Gains Tax – atas keuntungan daripada jualan hartanah seperti rumah. Tujuannya adalah untuk mengurangkan spekulasi hartanah dan juga menambah pendapatan kerajaan.

(28)

1%. Tetapi hampir semua kerajaan di dunia adalah sebahagian 1% ini atau ada kaitan yang rapat dengan mereka, maka mereka sendiri akan menghalang langkah-langkah ini.

Hanya bila rakyat biasa di seluruh dunia dapat menyuarakan tuntutan yang sama ia-itu pengagihan kekayaan dunia secara yang lebih adil dan saksama, baru kita akan dapat mengatasi masalah ini. Pihak kanan menyedari hakikat ini dan sedang bercuba sadaya upaya untuk memesongkan kefahaman rakyat biasa dengan mewujudkan sentiment chauvinis, anti-migran dan Islamophobia. Jika rakyat biasa dapat dipecahbelahkan dan lawan sesama mereka, untung pihak 1% adalah selamat.

Ditulis oleh:

Referensi

Dokumen terkait

DINAS KESEHATAN KABUPATEN MALUKU TENGAH TAHUN ANGGARAN

Paket pengadaan ini terbuka untuk penyedia yang ter egistr asi pada Layanan Pengadaan Secar a Elektr onik ( LPSE ) dan memenuhi per syar atan sebagai Badan Usaha dengan

[r]

Panitia Pelelangan pada Satker STAKPN Ambon akan melaksanakan Seleksi Umum dengan Prakualifikasi untuk paket pekerjaan jasa konsultansi sebagai berikut:..

[r]

Skripsi Viska Nurul , Fakultas Dakwah dan Komunikasi, Jurusan Pengembangan Masyarakat Islam, Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati, Bandung tahun 2018 yang

 Kesulitan dalam menghadapi stress yang berkaitan dengan pekerjaannya  Kesulitan dalam mengatasi reaksi emosional orang lain di tempat kerja  Bermasalah saat harus

Adapun nilai-nilai penggunaan media pembelajaran dalam proses pembelajaran menurut Sudjana (2005: 100), adalah: (1) dengan media dapat meletakkan dasar-dasar yang nyata untuk