1 GLOBALISASI EKONOMI: BAGAIMANA IA BERLAKU DAN KESANNYA
TERHADAP MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA LAIN Disediakan oleh:
Suri Rodziha Ali, Zukeri Shafie, Zaharahanum Kamarudin, Aefrool Abd Kadir & Mohd Amirul Mohd Akhir
PENGENALAN
‘Globalisasi’ yang berakar dari kata ‘global’ diterjemah dengan pelbagai maksud tergantung kepada jenis globalisasi yang berlaku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘globalisasi’ bermaksud ‘proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb’.
Globalisasi ekonomi mengkhusus kepada kegiatan ekonomi yang melangkau sempadan antarabangsa. Pelbagai takrifan oleh pelbagai sarjana cuba memberikan maksud keadaan ini. Azlah, Suaibah, Rozeyta & Syaharizatul (2003) mencatatkan takrifan Allison berkenaan globalisasi ekonomi iaitu
“... integrasi ekonomi di seluruh dunia terutama yang berkaitan dengan pergerakan perdagangan, modal, buruh dan juga maklumat berdasarkan teknologi di antara negara.”
Abdul Rashid (2004) pula merujuk globalisasi ekonomi sebagai
“... proses peningkatan ‘pengaliran’ barang dagangan, modal, buruh, perkhidmatan, maklumat dan kewangan melewati batasan dunia”.
Proses pengaliran ini melibatkan pembatalan kawal selia (deregulation) yang mana undang-undang berkaitan perdagangan antara negara disusun semula bagi memudahkan negara-negara yang terlibat melakukan transasksi.
Dalam artikel Transformasi Selari Tuntutan Ekonomi (2011), Mohd. Ayop memetik takrifan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) yang menyatakan bahawa globalisasi ekonomi ialah
2 Daripada takrifan-takrifan yang dipaparkan di atas, nyata bahawa globalisasi ekonomi tidak dapat dielakkan. Kepesatan pembangunan dunia dan perluasan perhubungan antara negara menyebabkan globalisasi ekonomi tidak dapat dihindari. Malah globalisasi ekonomi bukan sahaja meningkatkan transaksi ekonomi antara pelbagai negara tetapi juga sebagai satu medium hubungan diplomatik yang perlu dipelihara. Makalah ini akan cuba melihat bagaimana globalisasi ekonomi berlaku berdasarkan pengalaman Malaysia dan kesannya.
BAGAIMANA GLOBALISASI EKONOMI BERLAKU
Asuki (2001) mencatatkan pendapat Martin Khor, mantan Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan dua punca bagaimana globalisasi
ekonomi terjadi. Pertama, oleh sebab perubahan teknologi yang menyebabkan pemindahan wang, perniagaan mata wang dan jual beli saham dapat dilakukan dengan mudah. Kedua oleh sebab keruntuhan sistem Bretton Woods yang membawa kepada penghapusan kawalan modal dan liberalisasi kewangan. Hal ini menyebabkan kebebasan pelaburan melangkau negara berlaku dan wujudnya spekulasi serta manipulasi saham dan mata wang. Ia juga membawa kepada penguasaan institusi antarabangsa dalam menurunkan halangan ekonomi antara negara dan pembentukan dasar-dasar perdagangan atau pembangunan negara tersebut. Institusi ini ialah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Dalam tulisan Sieh (2007) pula, beliau mencatatkan tiga tonggak utama globalisasi ekonomi iaitu perdagangan antarabangsa, pelaburan keluar dan pemindahan teknologi. Beliau kemudiannya memberikan tumpuan kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI) sebagai punca utama globalisasi.
Berdasarkan pengalaman negara seperti Malaysia, makalah ini menerangkan bagaimana globalisasi ekonomi terjadi melalui beberapa aktor ekonomi seperti FDI, syarikat multinasional (MNC) dan WTO.
Pelaburan Langsung Asing (FDI)
3 Mengambil contoh Malaysia, kemasukan pelaburan asing bukanlah perkara baharu. Sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957, Britain merupakan pelabur utama dengan anggaran pelaburan sebanyak 313 juta pound sterling pada tahun 1913 dan 108 juta pound sterling pada tahun 1930. Pada akhir tahun 1950-an, Britain meneruskan pelaburan dengan menumpukan kepada sektor yang berbeza seperti pemprosesan getah, peleburan timah, pembuatan simen, makanan, minuman, tembakau dan kerja-kerja kejuruteraan ringan yang menyokong operasi perladangan dan perlombongan (Sieh, 2007).
Walau bagaimanapun, penguasaan Britain sebagai penyumbang FDI utama di Malaysia tidak bertahan lama. Menjelang 1968, pelbagai negara lain mula menyumbang kepada FDI negara malah sumbangan ini meningkat dari tahun ke tahun. Negara-negara Asia seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong menyumbang sebanyak 61.6% FDI negara pada tahun
1975 iaitu sebanyak RM784 juta. Jumlah ini terus meningkat di mana pada tahun 1982, sebanyak RM2,236 juta telah dilaburkan iaitu 58.1% daripada keseluruhan FDI. Selain daripada negara-negara Asia, Amerika Syarikat dan Jerman Barat turut mengambil peluang menyumbang FDI kepada Malayisa (Sieh, 2007).
Pada tahun 1975, antara industri yang dikuasai oleh pelabur-pelabur asing ialah industri minuman dan tembakau (89%), industri petroleum dan arang batu (82%), peralatan saintifik (78%), elektrik dan elektronik (74%) dan tekstil dan produk tekstil iaitu sebanyak 52%. Perubahan terus berlaku apabila pada tahun 1994, 71.3% daripada keseluruhan FDI bertumpu kepada sektor perkhidmatan, 21.6% kepada sektor pembuatan dan hanya 7.1% terkumpul ke sektor pertanian dan perlombongan (Sieh, 2007).
Laporan Pelaburan Dunia (World Investment Report – WIR) 2014 yang diumumkan pada Jun 2014 menyatakan bahawa Malaysia berada di tangga ketujuh iaitu di hadapan Korea Selatan, Vietnam dan Taiwan dalam kalangan negara-negara di rantau Asia. Jumlah FDI Malaysia ialah sebanyak USD12 bilion iaitu RM38.59 bilion. FDI di peringkat ASEAN pula berjumlah USD125.4 bilion (RM403.22 bilion). Selain daripada itu, Malaysia juga dilaporkan sebagai negara keenam paling mesra sebagai rakan niaga di dunia (Zunaidah, 2014).
Syarikat Multinasional (MNC)
4 sayapnya ke negara-negara membangun atas nama pelaburan. Hal ini kerana, negara-negara membangun ini mempunyai sumber asli yang banyak dan sumber buruh yang murah (Nurul Hasliza, Nur Izzati, Nur Dalila & Nik Malini, 2013).
Sebagai contoh, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan sebuah syarikat industri tenusu dari Belanda yang memulakan perniagaannya di Malaysia pada tahun 1963. Pada tahun 2009, syarikat ini telah memperoleh keuntungan sebanyak RM692 juta. Selain daripada Dutch Lady Malaysia, sebuah lagi syarikat multinasional yang menghasilkan produk tenusu ialah Friesland Campina. Syarikat yang mempunyai 21,000 orang pekerja dan 100 buah premis pembuatan dan pejabat jualan di 25 buah negara di seluruh dunia ini memperoleh pendapatan sebanyak Euro 9.5 billion pada tahun 2008. (Dutch Lady Milk Industries Berhad, t.t).
Selain daripada itu, syarikat pasar raya besar juga adalah antara syarikat multinasioanal yang mengembangkan perniagaan mereka di sini. Menurut Azlah et.al (2003), pada tahun 1994, terdapat 28 buah pasar raya besar di seluruh Malaysia iaitu Carrefour (6 buah), Giant (8 buah), Makro (6 buah), Tesco (4 buah) dan Extra (2 buah). Jumlah ini berkembang pada tahun-tahun berikutnya, menunjukkan syarikat-syarikat asing ini menjadikan Malaysia sebagai antara sumber pendapatan mereka. Sebagai contoh, pada tahun 2012, dengan pengambilalihan keseluruhan operasi peruncitan firma Perancis, Carrefour SA, AEON Co Ltd menjadikan Malaysia sebagai hab operasi kumpulan berkenaan bagi rantau Asia Tenggara. Pelaburan berjumlah RM580 juta itu turut mengambil alih 3,216 pekerja dan 26 rangkaian cawangan di seluruh negara (Ahmad Farizal, 2012).
Dalam memastikan ekonominya terus berkembang, Malaysia terus bergantung kepada syarikat-syarikat multinasional. Kerana itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mensasarkan pelaburan bernilai RM8 bilion daripada syarikat-syarikat asing untuk membuka operasi di negara ini bagi tahun 2014. Syarikat-syarikat sasaran adalah dari negara Amerika Syarikat, Singapura dan Indonesia. Penetapan sasaran ini adalah berikutan pencapaian memberangsangkan pada tahun 2013 apabila MIDA berjaya memperoleh
pelaburan sebanyak RM12.2 bilion berbanding sasaran asal sebanyak RM2.5 bilion (Bernama, 2014).
Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO)
5 pertubuhan ini dianggotai oleh 160 negara. Fungsi pertubuhan ini adalah untuk mentadbir perjanjian perdagangan WTO, menganjurkan rundingan perdagangan, menangani pertikaian perdagangan, memantau polisi perdagangan negara, memberi bantuan teknikal dan latihan kepada negara membangun dan bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa yang lain (World Trade Organization, 2014).
Malaysia merupakan antara negara terawal yang menganggotai pertubuhan ini. Hal ini kerana Malaysia merupakan ahli dalam Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan (General Agreement on Tariffs and Trade – GATT) sejak tahun 1957. Keanggotaan sebagai ahli WTO bertujuan untuk memastikan perjanjian dan perundingan perdagangan yang digubal badan antarabangsa itu menyelebelahi Malaysia terutama bagi apa-apa yang berkaitan dengan dasar pembangunan negara ini (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 2010).
Antara tindakan yang pernah diambil Malaysia berdasarkan kepada rundingan WTO ialah kenaan duti anti-lambakan bagi barangan import yang dikhuatiri akan memudaratkan produk tempat. Contohnya, Malaysa pernah mengenakan duti anti-lambakan terhadap produk basikal daripada China. Antara 11.38% hingga 186.09% duti dikenakan terhadap produk tersebut mulai 18 Januari 2003 hingga 17 Januari 2008. Kenaan selama lima tahun itu berlandaskan peraturan WTO, Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 dan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 (Bernama, 2011).
KESAN GLOBALISASI EKONOMI
Dari tahun ke tahun, beberapa kesan globalisasi ekonomi yang berbeza pernah dicatatkan oleh beberapa orang sarjana. Ada yang disokong oleh bukti dan fakta namun ada juga sekadar andaian semata-mata.
Martin Khor, seperti catatan Asuki (2001) menyatakan bahawa globalisasi ekonomi memberikan faedah kepada negara-negara perdagangan. Walau bagaimanapun, ia menyebabkan perniagaan tempatan terjejas terutama di negara-negara miskin.
Azlah et.al (2003) yang menumpukan kepada usahawan Melayu mencatatkan bahawa
globalisasi ekonomi menyebabkan usahawan tempatan terpaksa bersaing dengan usahawan luar dalam mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan dan dalam mengekalkan perniagaan sedia ada.
6 Namun, dari sudut negatif, globalisasi ekonomi menyebabkan perdagangan tidak adil, ketidaktentuan pasaran kewangan dunia, mewujudkan masalah sosial, memberi kesan buruk kepada alam sekitar, melemahkan asas budaya sesebuah negara, berlelualasanya makanan berbahaya, meningkatkan pelarian dan kadar jenayah.
Seterusnya, Nor Aini dan Ishak (2009) menyenaraikan beberapa kesan globalisasi ekonomi iaitu wujudnya jurang perdagangan, migrasi antarabangsa dan pencemaran alam sekitar.
Mohd Ayop (2011) pula menyatakan bahawa globalisasi ekonomi akan menyebabkan ‘... penghakisan dasar perlindungan, penguasaan MNC, ancaman terhadap produk dan perkhidmatan tempatan, ancaman ke atas industri kecil dan sederhana (IKS), kesukaran untuk mengawal aliran modal asing dan penghakisan kedaulatan ekonomi negara’.
Akhir sekali, Nurul Hasliza et al (2013) berpendapat, globalisasi ekonomi akan mewujudkan persaingan antara syarikat tempatan dengan syarikat luar, eksploitasi sumber dan pasaran serta ketidakseimbangan pendapatan per kapita antara negara maju dan negara membangun.
Dari pendapat-pendapat beberapa sarjana yang disenaraikan di atas, didapati bahawa globalisasi ekonomi memberikan lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif kepada sesebuah negara. Kesan negatif yang dimaksudkan ialah mewujudkan ancaman kepada perniagaan tempatan, mewujudkan jurang perdagangan antara negara, menyebabkan migrasi antarabangsa dan mencemarkan alam sekitar. Huraian kesan-kesan negatif ini adalah seperti yang berikut:
Ancaman kepada perniagaan tempatan
Asuki (2001) mencatatkan temubualnya dengan Martin Khor berkenaan kesan buruk globalisasi ekonomi. Menurut Khor, atas keperluan perdagangan antara negara, tarif beberapa
barangan akan diturunkan. Hal ini menyebabkan barangan import ini mudah dibawa masuk ke mana-mana negara dan dapat dijual dengan harga murah. Ia mengatasi harga barangan tempatan dari jenis yang sama. Akibatnya barangan tempatan tidak laku dan perniagaan terpaksa ditutup. Ia bukan sahaja menjejaskan peniaga malah ia juga menyebabkan pekerja-pekerja yang terlibat dengan perniagaan tersebut hilang punca pendapatan.
peniaga-7 peniaga dari luar negara yang juga merupakan syarikat-syarikat multinasional (MNC) demi mengekalkan perniagaan sedia ada. Keadaan ini berlaku berikutan harga runcit produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MNC adalah lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh peniaga tempatan. Selain daripada atas sebab penurunan tarif seperti pendapat sebelum ini, persaingan juga wujud oleh kerana MNC mempunyai modal pusingan yang lebih tinggi. Modal pusingan yang tinggi ini menyebabkan MNC boleh bertahan lama dalam pasaran walaupun keuntungan yang diperoleh dalam kuantiti yang sedikit. Bagi peniaga tempatan, serapan kos-kos pentadbiran dalam harga jualan produk dan perkhidmatan yang sama menyebabkan harga yang ditawarkan tidak dapat menyaingi harga rendah MNC. Kehadiran MNC dalam pasaran tempatan juga menyebabkan ruang persaingan semakin mengecil. Kerana itu, modal pusingan yang rendah dan kegagalan mengaut keuntungan
minimum dalam masa singkat menyebabkan peniaga tempatan kehilangan daya saing, seterusnya ‘terbunuh’ oleh perniagaannya sendiri.
Mewujudkan jurang perdagangan antara negara
Nor Aini dan Ishak (2009) mencatatkan bahawa globalisasi ekonomi menyebabkan wujudnya jurang antara negara maju dan negara membangun dari segi perdagangan, penggunaan teknologi serta peluang pelaburan. Menurut mereka, hal ini dibuktikan oleh laporan Bank Dunia (2002) di mana eksport dunia bagi barangan dan perkhidmatan telah mencatatkan peningkatan daripada USD4.7 trilion pada tahun 1990 kepada USD7.5 trilion pada tahun 1998. Namun, dalam masa yang sama, negara membangun seperti Sub-Sahara Afrika mencatatkan kadar perdagangan yang menurun pada tahun 1998 iaitu pada 1.4% berbanding 2.3% pada tahun 1980 dan 1.6% pada tahun 1990-an.
Selain daripada itu, jurang pendapatan per kapita antara negara maju dan negara membangun juga wujud. Hal ini kerana pulangan hasil eksport yang diperoleh oleh negara maju apabila menjual barangan siap adalah lebih tinggi berbanding negara membangun. Menurut Nurul Hasliza et al (2013), pasaran perniagaan yang terhad menyebabkan negara
membangun hilang kuasa tawar-menawar seterusnya keuntungan yang diperoleh adalah dalam paras minimum. Nurul Hasliza et al turut memetik Laporan Human Development Report (2000) yang mencatatakan tidak semua negara menikmati pendapatan per kapita yang tinggi kecuali bagi negara yang mampu bertahan dan memaksimumkan keuntungan.
8 yang lebih besar jumlahnya sama-sama berkongsi kuasa ekonomi yang kecil. Hal ini menunjukkan pengagihan ekonomi dunia yang tidak seimbang.
Penjelasan yang lebih baik diberikan oleh Salawati (2011) yang mengkritik Perjanjian Perdagangan di bawah WTO. Tiga isi perjanjian tersebut yang dibangkitkan oleh beliau ialah berkenaan klausa anti-lambakan, sekatan perdagangan melalui peruntukan Standard SPS dan subsidi pertanian.
Menyentuh klausa anti-lambakan, Salawati menyatakan bahawa klausa ini digunakan oleh negara-negara maju untuk melindungi industri domestik mereka daripada saingan syarikat-syarikat asing. Antaranya ialah apabila Amerika Syarikat, sebuah negara maju, menaikkan duti import besi dari negara China dan Argentina sebanyak 30% bertujuan untuk melindungi industri besi negaranya. Hal yang sama turut berlaku ke atas Pakistan apabila duti
import sejumlah 13.1% dikenakan ke atas eksport cadar kapas jenis linen bermula pada 17 Mac 2001. Kesatuan Eropah mengenakan duti ini atas alasan kuota eksport Pakistan telah melebihi paras yang ditetapkan iaitu sebanyak 65%. Hal ini menyebabkan Pakistak kerugian sejumlah USD500 juta. Meskipun peraturan Kesatuan Eropah ini boleh dicabar di Tribunal Rayuan WTO, namun kos perundangan yang tinggi dan kepakaran khusus terhadap Perjanjian Anti-Lambakan diperlukan. Justeru, kes ini menempuhi jalan sukar untuk diketengahkan.
Salawati seterusnya menyenaraikan negara-negara membangun yang lain yang pernah dikenakan klausa anti-lambakan berdasarkan Laporan Anti-Lambakan oleh WTO pada 2011. Antara negara tersebut ialah Indonesia iaitu 145 kes bagi tempoh antara 1995 hingga tahun 2010. Malah bagi tahun 2010 sahaja 5 kes anti-lambakan telah dikenakan ke atas Indonesia. Negara lain yang terlibat ialah Arab Saudi iaitu sebanyak 4 kes dari tahun 2007 ke 2010, Turki (17 kes), Pakistan (8 kes), Iran (7 kes) serta Kazakhstan dan Quwait, masing-masing 1 kes.
Isu lain yang disentuh oleh Salawati ialah peruntukan SPS iaitu The Sanitary and
9 Walau bagaimanapun, seringkali, negara-negara pengimport tidak mempunyai maklumat yang tepat dan mencukupi berkenaan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh sesebuah negara. Apatah lagi kebebasan sesebuah negara untuk menggubal peraturan yang bersesuaian dengan negaranya menyebabkan peraturan-peraturan berkenaan berbeza dari satu negara dengan satu negara yang lain. Selain daripada itu, bagi mematuhi peraturan ini, negara pengeksport perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk membiayai kos pelbagai ujian termasuk makmal (Salawati, 2011).
Antara kes yang melibatkan peraturan SPS ialah pengharaman ikan tasik dari Uganda oleh Kesatuan Eropah atas alasan ia mengandungi bakteria berbahaya termasuk salmonella. Pengharaman yang berkuakuasa pada 12 April 1999 ini menyebabkan Uganda kerugian sebanyak USD36.9 milion. Tiga daripada 11 buah kilang berteknologi tinggi ditutup dan
bakinya beroperasi dengan jumlah pekerja seramai 20% sahaja. Pengharaman ini mengakibatkan antara 60% ke 70% pekerja di sektor perikanan diberhentikan (Salawati, 2011).
Pada tahun sebelumnya iaitu pada 16 Julai 1998, Kesatuan Eropah telah mengenakan standard baharu terhadap bahan aflatoxin yang terkandung dalam bijiran, buah kering, kacang dan kacang tanah yang diimport. Hal ini menyebabkan penurunan sebanyak 59% eksport bijiran ke negara-negara Eropah manakala eksport kekacang dan buah kering menurun sebanyak 47%. Kerugian sebanyak USD400 juta ini dialami oleh negara Chad, Mali, Senegal, Sudan, Tunisia, Mesir, Iran dan Turki iaitu gabungan negara-negara pengimport terbesar bagi produk-produk berkenaan (Salawati, 2011).
Selain daripada negara-negara berkenaan, Malaysia juga pernah mengalami situasi yang sama apabila kerajaan menggantung eksport produk laut dan makanan akuatik ke negara Eropah. Ia susulan perintah larangan yang dikuatkuasakan pada 18 Jun 2008 apabila enam daripada sembilan buah syarikat pengeksport Malaysia didapati tidak mematuhi standard kesihatan dan amalan kebersihan Kesatuan Eropah. Kesan daripada penggantungan selama tiga bulan tersebut, industri udang negara mengalami kerugian sekitar RM69.3 juta manakala
26 ahli Persatuan Pengeluar-pengeluar Makanan Sejuk Beku Malaysia mengalami kerugian berjumlah RM1 bilion. Seperi mana klausa anti-lambakan, peraturan ini juga sukar untuk ditentang berikutan kos yang tinggi serta kepakaran yang terlatih amat diperlukan (Salawati, 2011).
10 Kesatuan Eropah telah memberikan subsidi kepada peladang-peladang di negara mereka. Oleh kerana itu, peladang-peladang dapat meningkatkan hasil pertanian sehinggakan ia bukan sahaja memenuhi keperluan domestik malah hasil pertanian tersebut berupaya untuk dieksport ke negara luar. Keadaan ini memberikan saingan hebat kepada pengimport-pengimport produk pertanian yang lain yang kebanyakannya terdiri daripada negara-negara miskin.
Sebagai contoh, negara-negara miskin seperti Benin, Burkina Faso, Chad dan Mali adalah negara pengeluar kapas yang utama di Afrika. 3% pengeluaran kapas dunia dan 8% eksport kapas dunia adalah dari negara-negara ini. Malah, pertanian kapas menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar sebanyak 2.5% hingga 7% bagi negara-negara tersebut. Walau bagaimanapun, apabila Amerika Syarikat memberikan subsidi kepada
peladang-peladang kapas negaranya sebanyak USD3.4 bilion pada tahun 2001, ia menyebabkan berlakunya lambakan produk kapas seterusnya kejatuhan harga kapas di pasaran dunia. Hal ini menyebabkan negara-negara Afrika tersebut mengalami kerugian sehingga USD250 juta semenjak tahun 2000 (Salawati, 2011).
Satu kes lagi melibatkan eksport gula Eropah. Subsidi sokongan yang diberikan oleh Kesatuan Eropah berjumlah USD3.3 bilion sejak tahun 2002 menyebabkan negara tersebut mampu menawarkan harga gula yang tujuk kali lebih rendah daripada harga pasaran dunia. Akibatnya, harga gula di pasaran dunia menurun sebanyak 17% dan memberi kesan kepada pengeluar gula termurah dunia iaitu negara Mozambique yang juga sebuah negara miskin pasca konflik (Salawati, 2011).
Melalui contoh-contoh di atas, dapat dilihat bagaimana negara-negara miskin dan membangun terkesan daripada ketidakadilan tersembunyi yang terkandung dalam perjanjian perdagangan antarabangsa (WTO). Penguatkuasaan perjanjian berat sebelah ini menyebabkan negara-negara miskin dan membangun tidak dapat berbuat apa-apa kecuali terus melihat nilai eksport negara-negara mereka yang terus merudum yang mengakibatkan jurang perdagangan antara negara-negara ini dengan negara maju terus melebar.
Migrasi antarabangsa
11 tempat yang baharu mendatangkan hasil yang lebih lumayan yang mana ia dapat meningkatkan taraf hidup terutama dari segi penyediaan prasarana asas seperti rumah, bekalan elektrik dan bekalan air bersih yang lebih baik. Atas sebab ini juga, penduduk sesebuah negara mengambil risiko untuk berpindah daripada tanah tumpah darah mereka, merentas laut yang luas lagi bergelora semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih tinggi nilai upahnya.
Globalisasi ekonomi menyebabkan peluang pekerjaan muncul di beberapa bahagian dunia. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia menerima kehadiran 1.5 juta penduduk baharu setiap tahun. Jumlah ini bersamaan dengan 50% migrasi dunia (Nor Aini & Ishak, 2009). Namun, kebanyakan imigran ini merupakan tenaga profesional yang menggunakan kemahiran mereka untuk mendapatkan peluang upah yang
lebih tinggi berbanding di negara asal. Mereka yang dianggap pekerja mahir ini berhijrah untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan setanding dengan kepakaran yang mereka ada (Abdul Rashid, 2004).
Bagi tenaga kerja separuh mahir atau tidak mahir, faktor tempatan merupakan pendorong utama rakyat tersebut berpindah untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Faktor kemiskinan dan pengangguran merupakan faktor biasa bagi mana-mana negara miskin terutamanya yang mendorong rakyatnya berhijrah ke negara lain. Sebagai contoh, pada tahun 2010, 31 juta rakyat Indonesia (13.33%) tergolong dalam kelompok miskin. Kadar pengangguran di Indonesia pada tahun 2007 pula mencapai 14% dari jumlah pengangguran dunia iaitu seramai 10.9 juta orang. Dianggarkan, hampir 2 juta daripada angka tersebut (18%) merupakan tenaga kerja profesional. Keadaan ini menyebabkan lebihan tenaga tempatan yang mendorong rakyat Indonesia untuk mencari pekerjaan lain di luar negara mereka. Tambahan pula, pekerjaan di luar negara ini menjanjikan kadar upah yang lebih tinggi. (Suparno, Darosy & Harlina, 2014).
Faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya migrasi ialah penduduk tempatan tidak berminat untuk terlibat dalam sektor 3D –dirty, dangerous, demeaning (kotor, bahaya,
12 sektor pembinaan dan 14.2% lagi terlibat dalam sektor perladangan. Dari jumlah itu, warga asing dari Indonesia merupakan pekerja asing yang berdaftar yang paling ramai iaitu 50.9%. Warga Bangladesh adalah seramai 17%, 9.7% warga Nepal, 7.8% warga Myanmar, 6.3% warga India dan 4.2% warga Vietnam (Bernama, 2011). Jumlah ini meningkat pada tahun 2013 yang mana terdapat seramai 2.1 juta pekerja asing yang sah dan berdaftar (Utusan Online, 2013). Data terkini pula menunjukkan seramai 2.2 juta pekerja asing yang berdaftar manakala 2.5 juta lagi adalah pekerja asing yang tidak berdaftar (Bernama, 2014).
Pencemaran alam sekitar
Arus kemodenan yang melanda seluruh dunia banyak memberi kesan kepada alam sekitar. Apatah lagi aktiviti ekonomi yang menuntut penggunaan ruang yang luas untuk
memastikan kelangsungannya agar terus menjadi sumber pendapatan negara. Globalisasi ekonomi menyebabkan halangan-halangan berupa dasar sesebuah negara dilonggarkan. Hal ini menyumbang kepada pengurangan atau penghapusan tarif atau pelepasan cukai-cukai tertentu bagi menarik minat negara-negara maju untuk memindahkan aktiviti ekonominya ke negara-negara membangun. Selain daripada itu, dorongan lain kepada perpindahan aktiviti ini ialah kos buruh yang rendah dan mudah mendapatkan bahan mentah yang juga dalam harga yang rendah. Tanpa disedari, keadaan ini memberi kesan kepada alam sekitar. Pewujudan aktiviti ekonomi yang berleluasa boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air dan udara. Tambahan pula, di kebanyakan negara membangun, sistem pengurusan alam sekitar negara tersebut adalah kurang sempurna dan sistem perundangannya pula tidak cekap menyebabkan pencemaran terus berlaku dan tidak dapat dikawal (Nor Aini & Ishak, 2009).
Abdul Rashid (2004) pula menyatakan bahawa negara maju memindahkan industri yang tidak sustainable ke negara membangun berikutan industri tersebut memberi kesan kepada alam sekitar. Selain daripada itu, Abdul Rashid mengesan taktik negara maju mengenakan sekatan terhadap barangan import berupa produk pertanian dan lain-lain dari negara membangun atas alasan negara-negara ini mengamalkan penebangan hutan secara
berleluasa. Negara maju juga berulang kali mengingatkan negara membangun untuk bertindak tegas dalam menangani hal pencemaran alam sedangkan pada masa yang sama ia merupakan pengguna terbesar minyak dunia iaitu menjangkau 60% dari pengguna keseluruhan.
13 membangun kurang mengambil perhatian dan sering berpendapat bahawa apa yang datang dari negara maju adalah yang terbaik untuk mereka.
Pembangunan perindustrian yang pesat di Dumai, Riau, Indonesia memberi kesan buruk kepada persekitaran kawasan tersebut. Aktiviti perindustrian yang terletak di kawasan pesisiran pantai Kota Dumai menyebabkan habitat hidupan laut di situ musnah. Sampel air laut yang diuji pada sekitar Oktober 2009 mendapati air laut di kawasan tersebut dicemari unsur-unsur minyak dan lemak. Kesannya, para nelayan kehilangan punca pendapatan. Pada 24 November 2009 pula, PT Dumai Bulkani telah melepaskan sisa sawit ke dalam kawasan laut yang berhampiran. Syarikat berkenaan telah diberi amaran keras untuk tidak mengulangi kesahalan tersebut (Er at al, 2011).
Kes pencemaran alam sekitar yang lain yang berlaku di Dumai ialah pencemaran udara.
Hal ini berpunca oleh kebakaran hutan di Kepulauan Riau. Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicerap sepanjang tahun 2008 mendapati pada bulan Februari dan Ogos, kualiti udara di Dumai berada dalam keadaan tidak sihat. Pada sepuluh bulan yang lain, kualiti udara berada dalam tahap baik dan sederhana. Namun, akibat pencemaran udara ini, seramai 27, 244 orang dilaporkan menghidap ‘infeksi akut lain pada bahagian pernafasan atas’. Keadaan ini sudah pasti mencetuskan kebimbangan (Er at al, 2011).
Dalam situasi tempatan, Shaharudin, Lim dan Abdul Samad (2004) pernah membuat kajian bertajuk ‘Kemudahterancaman Penduduk Terhadap Perubahan Guna Tanah di Selangor’. Menurut mereka, antara faktor pemacu kepada perubahan guna tanah di Selangor ialah faktor pelaburan luar langsung (FDI). Pelaburan berlaku dalam pelbagai sektor seperti perindustrian, pertanian dan hartanah. Pelabur-pelabur ini datang dari Amerika Syarikat, Britain, Australia, Jepun, Korea dan Hong Kong. Mereka terlibat dalam pelbagai industri seperti elektronik dan kenderaan bermotor dengan modal keseluruhan sebanyak RM1.6 bilion pada tahun 1998. Kesan daripada kemasukan FDI, kawasan-kawasan hutan dimajukan untuk memberi ruang kepada pembangunan kawasan baharu, jalan raya, estet perumahan dan lain-lain menyebabkan berlaku kemerosotan persekitaran bio-fizikal di negara ini.
14 RUMUSAN
Globalisasi ekonomi adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Di mana-mana negara pun, pemimpinnya berusaha sedaya-upaya untuk meletakkan negaranya dalam ruang globalisasi atas nama kemajuan, pembangunan dan perpaduan. Dalam dunia kini, sesebuah negara tidak dapat hidup sendiri seterusnya membangun sendirian. Malah, kerana hal ini juga negara China yang mengamalkan dasar ekonomi tertutup, membuka tirainya demi menjamin kelangsungan ekonomi negara tersebut.
Globalisasi bukan sahaja menuntut persediaan modal tetapi persediaan mental untuk bersaing dengan negara-negara maju yang penuh muslihat. Selain daripada itu, globalisasi turut membawa pelbagai masalah yang perlu ditangani dengan berhati-hati agar kepentingan rakyat tidak terabai dan dalam masa yang sama hubungan diplomatik dengan negara-negara
lain (yang mencetuskan masalah) terpelihara. Kerana itu, negara membangun dan negara miskin perlu berhati-hati serta bijak menangani masalah yang muncul. Malah negara-negara ini perlu bersatu dalam menghadapi karenah negara-negara maju yang kononnya bertindak atas nama keadilan tetapi sebenarnya memijak negara-negara membangun dan miskin menggunakan undang-undang perdagangan antarabangsa.
RUJUKAN
Abdul Rashid bin Maidan. (Mei, 2004). Ke arah penyertaan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi. Jurutera. Dicapai daripada http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/13789/1/CStory.pdf
Ahmad Farizal Hajat. (2 November 2012). AEON ambil alih operasi Carrefour. BH Online.
Dicapai daripada
http://www2.bharian.com.my/articles/AEONambilalihoperasiCarrefour/Article/
Asuki Abas. (15 April 2001). Bencana globalisasi – pegangan ekonomi rakyat tempatan akan
terjejas. Utusan online. Dicapai daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Azlah Md Ali, Suaibah Abu Bakar, Rozeyta Omar & Syaharizatul Noorizwan Mukhtar. (2003). Membina daya saing usaha wan Melayu menyusur arus globalisasi. Dipetik daripada
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/359/1/Azlah%20Md%20Ali%2C%20Suaibah%20
Abu%20Bakar%2C%20Rozeyta%20Omar%20dan%20Syaharizatul%20Noorizwan%2
0Mukhtar-15 %20Membina%20Daya%20Saing%20Usahawan%20Melayu%20Menyunsur%20Arus
%20Globalisasi.pdf
Bernama. (4 Oktober 2011). Duti Anti-Lambakan akan dikenakan sekiranya berlaku lambakan barangan import. BH Online. Dicapai daripada
http://www2.bharian.com.my/articles/DutiAnti-Lambakanakandikenakansekiranyaberlakulambakanbaranganimport/Article/
Bernama. (12 Ogos 2011). Perlukah Malaysia terlalu bergantung pada buruh asing? Majlis
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran. Dicapai daripada http://mapo.bernama.com/news.php?id=607808
Bernama. (16 November 2014). Majikan ingkar hadapi tindakan. Borneo Post Online. Dicapai daripada
http://www.theborneopost.com/2014/11/16/majikan-ingkar-hadapi-tindakan/
Bernama. (19 Mac 2014). MIDA yakin tarik pelaburan bernilai RM8 bilion. Berita Wilayah.
Dicapai daripada
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1023015&cat=sl
Dutch Lady Milk Industries Berhad. (t.t). Profil syarikat. Dicapai daripada http://www.dutchlady.com.my/bm/home.asp?page=company&subpage=comp_profile
Er, A.C, Sivapalan Selvadurai, Ardieansyah, Asmadi & Hamzah Jusoh. (2011). Pembangunan perindustrian dan impak terhadap ekonomi local di Dumai, Riau, Indonesia. Journal of Social Sciences and Humanities. Vol. 6. No. 2: 302 – 316. Dicapai daripada http://core.kmi.open.ac.uk/download/pdf/11491693.pdf
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (12 April 2010). Malaysia dan WTO.
Dicapai daripada
http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.section.Section_fddfa582-c0a81573-78d578d5-8b20185b
Mohd. Ayop Abd Razid. (4 Januari 2011). Transformasi selari tuntutan ekonomi. Utusan
Online. Dipetik daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Rencana&pg=re_05.htm
16 Nor Aini Haji Idris & Ishak Yussof. (2009). Ekonomi Malaysia ke arah pembangunan
seimbang. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nurul Hasliza, Nur Izzati, Nur Dalila & Nik Malini. (2013). Globalisasi sebagai satu kolonialisme bentuk baru dan kesan kepada ekonomi. International Conference on
Social Science Resea rch, ICSSR 2013. Dicapai daripada
http://worldconferences.net/proceedings/icssr2013/toc/310%20-%20Nurul%20-%20GLOBALISASI%20SEBAGAI%20SATU%20KOLONIALISME%20BENTUK%
20BARU%20DAN%20KESAN%20KEPADA%20EKONOMI.pdf
Salawati Mat Basir. (2011). Perjanjian perdagangan di bawah WTO: isu-isu yang mengundang ketidakadilan kepada negara-negara anggota OIC. Jurnal undang-undang
dan masyara kat. 15: 119 – 134. Dicapai daripada
http://www.ukm.my/juum/JUUM%202011/Perjanjian%20Perdagangan%20di%20Baw
ah%20WTO.pdf
Sieh Lee Mei Ling. (2007). Menangani cabaran dunia: strategi globalisasi di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Shaharudin Idrus, Lim Choun Sian & Abdul Samad Hadi. (2004). Kemudahterancaman (vulnerability) penduduk terhadap perubahan guna tanah di Selangor. Malaysian Journal of Environmental Management 5: 70-78. Dicapai daripada http://journalarticle.ukm.my/2198/1/2004_5_Shaharuddin-1.pdf
Suparno, Darosy Endah H., Harlina Nurtjahjanti. (2014). Persepsi tenaga kerja Indonesia
terhadap pilihan kerja di luar negeri studi diskriptif calon tenaga kerja Indonesia di
BLKLN Propinsi Ja wa Tengah. Dicapai daripada
http://eprints.undip.ac.id/39312/1/PERSEPSI_TKI_TERHADAP_PILIHAN_KERJA_
DI_LUAR_NEGERI.pdf
Utusan Online. (24 Oktober 2013). 2.1 juta pekerja asing disahkan berdaftar. Dicapai daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131024/pa_04/21-juta-pekerja-asing-disahkan-berdaftar
World Trade Organization. (2014). Understanding the WTO: who we are. Dicapai daripada http://www.wto.org/english/thewto_e/whatis_e/who_we_are_e.htm