• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BUKU PANDUAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL (1)"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

BUKU PANDUAN

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL

KEBANGSAAN (SEGAK)

SEKOLAH RENDAH

(NATIONAL PHYSICAL FITNESS STANDARD FOR MALAYSIAN SCHOOL CHILDRENS)

(2)

OGOS 2006

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengenalan

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Menengah

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.

Definisi Kecergasan Fizikal

“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.”

Falls, 1980

Matlamat

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

(3)

Murid dapat :

1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;

2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;

3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; 4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui

perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan

5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit ) 2. Tekan Tubi ( 1 minit )

3. RIngkuk (1 minit )

4. Jangkauan Melunjur (3 kali percubaan)

Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.

Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.

Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.

Persediaan

1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan aerobik.

2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian.

Keselamatan

1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika :

(a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal;

(b) mengidap penyakit kronik; dan (c) tidak sihat pada waktu ujian.

(4)

3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan. 4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani.

5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan.

6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

Prinsip Latihan

Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut:

1. Prinsip tambah bebanan

Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan.

2. Prinsip perbezaan individu

Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu.

3. Prinsip kekhususan

Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi.

4. Prinsip kebolehbalikan

Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.

5. Prinsip kepelbagaian latihan

Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.

Pelaporan

1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka.

2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid.

(5)

Indeks Jisim Badan(BMI-for-age)

Tujuan:

Menilai komposisi badan

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Pengukur tinggi 2. Penimbang berat 3. Borang skor

Pengurusan dan organisasi:

Pengukuran ini boleh dilaksanakan sebelum ujian kecergasan bermula.

Prosedur:

1. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter.

2. Kira indeks jisim badan berdasarkan formula berikut:

Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m)

3. Rujuk jadual di bawah untuk mengenal pasti komposisi berat badan.

Lelaki

Umur

(Tahun)

Kurang berat

Normal

Berisiko Berat

Berlebihan

Berat berlebihan

9

<14.0

14.0 - 18.6

>18.6 - 21.0

>21.0

10

<14.2

14.2 - 19.4

>19.4 - 22.2

>22.2

11

<14.6

14.6 - 20.2

>20.2 - 23.2

>23.2

12

<15.0

15.0 - 21.0

>21.0 - 24.2

>24.2

13

<15.4

15.4 - 21.8

>21.8 - 25.2

>25.2

14

<16.0

16.0 - 22.6

>22.6 - 26.0

>26.0

(6)

16

<17.2

17.2 - 24.2

>24.2 - 27.6

>27.6

17

<17.8

17.8 - 24.8

>24.8 - 28.2

>28.2

Perempuan

Umur

(Tahun)

Kurang berat

Normal

Berisiko Berat

Berlebihan

Berat berlebihan

9

<14.8

14.8 - 19.2

>19.2 - 21.8

>21.8

10

<14.0

14.0 - 19.9

>19.9 - 22.9

>22.9

11

<14.4

14.4 - 20.8

>20.8 - 24.0

>24.0

12

<14.8

14.8 - 21.6

>21.6 - 25.2

>25.2

13

<15.3

15.3 - 22.5

>22.5 - 26.2

>26.2

14

<15.8

15.8 - 23.2

>23.2 - 27.2

>27.2

15

<16.3

16.3 - 24.0

>24.0 - 28.0

>28.0

16

<16.8

16.8 - 24.5

>24.5 - 28.8

>28.8

17

<17.3

17.3 - 25.2

>25.2 - 29.6

>29.6

(7)

Ujian Tekan Tubi

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm ) 3. Rakaman/ Metronome

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.

2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan.

2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 40 detik seminit.

3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.

5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.

6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;

a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.

b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.

(8)

2 detik 1 kiraan

Nama Ujian:

Ujian Tekan Tubi

Tujuan:

Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm x 15 cm x 10 cm ) 3. Rakaman/Metronome

Pengurusan dan organisasi:

1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan.

2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat. 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit

Prosedur:

1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan. 2. Lakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar

40 detik seminit.

3. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 4. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia.

5. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.

6. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 7. Ujian akan ditamatkan sekiranya, murid ;

a. Tidak dapat mengikut rentak rakaman atau metronome.

b. Tidak dapat mengekalkan tekan tubi dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut mengikut rentak setelah ditegur oleh guru.

(9)

Nama Ujian:

Rengkuk ( partial curl-up) 1 minit

Tujuan :

Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen

Tahap :

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina :

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan : 1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm 2. Pita ukur

3. Rakaman / CD/ Metronome 4. Jam randik

Pengurusan dan organisasi:

1. Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

2. Sediakan pita rakaman atau metronome rentak 40 detik seminit.

Prosedur :

1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai.

2. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai.

3. Buka kaki seluas bahu.

4. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama.

5. Murid A mesti melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman / metronome dengan kadar 40 kali rengkuk seminit. Pada setiap lakuan rengkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua.

6. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur empat) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya.

7. Setiap dua detik adalah kiraan satu lakuan.

8. Murid B menjaga keselamatan dengan meletakkan kedua tapak tangan selari dengan lantai tanpa memberi bantuan kepada murid A.

9. Murid B mengira ulangan perlakuan. 10. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A

:-10.1 Berasa tidak selesa.

(10)

10.3 Tidak dapat mengekalkan teknik rengkuk dengan sempurna untuk dua ulangan berturut-turut (4 detik metronome) setelah ditegur oleh guru.

10.4 Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. 10.5 Tumit diangkat.

Panduan guru

Lakuan rengkuk yang tidak sempurna:

1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. 2. Tumit diangkat.

3. Badan/ bahu senget. 4. Punggung terangkat.

5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

Arahan /Teguran untuk perlakuan rengkuk yang tidak betul

1. Rapatkan belakang ke lantai. 2. Bahu sentuh lantai.

3. Rapatkan tumit ke lantai. 4. Seimbangkan bahu/badan.

5. Buka kaki.

6. Bengkokkan lutut.

Sedia Detik Pertama Detik Kedua

(11)

Jangkauan Melunjur (Seat and reach test)

Tujuan:

Mengukur fleksibiliti

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki dan perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Alat pengukur jangkauan (sila lihat gambar rajah) 2. Borang skor.

Pengurusan dan organisasi:

1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur:

1. M

urid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda

23 sentimeter.

2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut.

3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri. Dagu rapat ke

dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita

pengukur.

4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 2 saat tanpa menyentap.

5.

Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira

sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir.

(12)

Sedia Jangkau Rehat

Nama Ujian:

Naik Turun Bangku 3 minit

Tujuan:

Menilai Daya Tahan Kardiovaskular

Tahap:

Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

Jantina:

Lelaki dan Perempuan

Alatan dan kemudahan:

1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm 2. Jam Randik

3. Borang Skor

4. Rakaman atau Metronome

Pengurusan dan organisasi:

1. Aktiviti dijalankan berpasangan.

2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.)

3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

Prosedur:

1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. 2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan diletakkan di atas bangku. 3. Penguji akan memberikan isyarat ‘mula’.

4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik dan seterusnya ).

5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit.

6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan. 8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit.

(13)

LELAKI 10 - 17 TAHUN

TEKAN TUBI

ULANGAN SKOR

5 4 3 2 1

RENGKUK 1 MINIT

ULANGAN SKOR

5 4 3 2 1

JANGKAUAN MELUNJUR

JARAK SKOR

5 4 3 2 1

NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT

MASA SKOR

(14)

NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK)

PEREMPUAN 10 - 17 TAHUN

TEKAN TUBI

ULANGAN SKOR

5 4 3 2 1

RENGKUK 1 MINIT

ULANGAN SKOR

25 kali 5

23 – 24 kali 4

21 – 22 kali 3

16 – 20 kali 2

Kurang drp 15 kali 1

JANGKAUAN MELUNJUR

JARAK SKOR

5 4 3 2 1

NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT

MASA SKOR

Kurang daripada 100 denyutan 5

115 – 101 denyutan 4

116 – 120 denyutan 3

121 – 157 denyutan 2

(15)

SETELAH MELAKUKAN 5 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN PEMARKAHAN

BIL. JUMLAH SKOR KESELURUHAN GRED PERNYATAAN

1. 18 HINGGA 20 MARKAH A CEMERLANG

2. 15 HINGGA 17 MARKAH B SANGAT BAIK

3. 10 HINGGA 14 MARKAH C BAIK

4. 7 HINGGA 9 MARKAH D SEDERHANA

(16)

ULASAN SKOR AKTIVITI UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

UJIAN TEKAN TUBI

SKOR ULASAN

CADANGAN AKTIVITI

5

Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal

anda dengan meneruskan latihan

berkala supaya tidak berlaku

kebolehbalikan.

Buat latihan 3 kali seminggu

sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti

bermain bola tampar, ping pong atau

hoki.

4

Kekalkan kecergasan fizikal anda

dengan meneruskan latihan berkala

dan melakukan prinsip tambah

bebanan.

Buat latihan 3 kali seminggu

sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti

bermain bola tampar, badminton atau

hoki.

3

Tingkatkan kecergasan fizikal anda

dengan menggunakan prinsip tambah

bebanan.

Buat latihan 4 kali seminggu

sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti

bermain bola tampar, badminton atau

bola keranjang.

2

Anda perlu pertingkatkan kecergasan

fizikal. Dapatkan nasihat guru

Pendidikan Jasmani anda.

Buat latihan 4 kali seminggu

sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti

bermain bola tampar, bola jaring atau

bola baling.

1

Perlu berusaha dengan menjalani

latihan yang khusus untuk membina

kekuatan dan dayatahan otot dengan

bimbingan guru Pendidikan Jasmani.

Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti

tekan tubi selama 5 minit setiap pagi

dan petang. Kekerapan latihan

memainkan peranan penting dalam

latihan. Selain itu anda perlu

melakukan riadah setiap hari. Berjalan

laju dan bersukan setiap petang.

UJIAN RENGKUK

SKOR ULASAN

CADANGAN AKTIVITI

5

Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal

anda dengan meneruskan latihan

berkala supaya tidak berlaku

kebolehbalikan.

Buat latihan 3 kali seminggu

sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti

bermain bola tampar, ping pong atau

hoki.

4

Kekalkan kecergasan fizikal anda

dengan meneruskan latihan berkala

dan melakukan prinsip tambah

bebanan.

(17)

3

Tingkatkan kecergasan fizikal anda

dengan menggunakan prinsip tambah

bebanan.

Buat latihan 4 kali seminggu

sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali seperti

bermain bola tampar, badminton atau

bola keranjang.

2

Anda perlu pertingkatkan kecergasan

fizikal. Dapatkan nasihat guru

Pendidikan Jasmani anda.

Buat latihan 4 kali seminggu

sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali seperti

bermain bola tampar, bola jaring atau

bola baling.

1

Perlu berusaha dengan menjalani

latihan yang khusus untuk membina

kekuatan dan dayatahan otot dengan

bimbingan guru Pendidikan Jasmani.

Disiplinkan diri anda. Buat aktiviti

rengkuk selama 5 minit setiap pagi dan

petang. Kekerapan latihan memainkan

peranan penting dalam latihan. Selain

itu anda perlu melakukan riadah setiap

hari. Berjalan laju dan bersukan setiap

petang.

PERNYATAAN UJIAN JANGKAUAN MELUNJUR

JUMLAH SKOR

KESELURUHAN

PERNYATAAN

5

Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti

mematuhi prinsip latihan.

4

Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap

cemerlang seperti aktiviti kilas pinggang dan

rengkuk.

3

Tahap kecergasan yang lebih baik boleh

dicapai dengan melakukan aktiviti seperti

berenang dan senamrobik.

2

Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap

pencapaian yang dikehendaki dengan

melakukan aktiviti duduk dan kilas lebih

kerap.

1

Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan

(18)

PERNYATAAN UJIAN NAIK TURUN BANGKU 3 MINIT

JUMLAH SKOR

KESELURUHAN

PERNYATAAN

5

Tahniah. Teruskan dengan melakukan aktiviti

mematuhi prinsip latihan.

4

Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap

cemerlang seperti aktiviti senamrobik dan

joging.

3

Tahap kecergasan yang lebih baik boleh

dicapai dengan melakukan aktiviti seperti

berenang, fartlek dan par course.

2

Gandakan usaha untuk tingkatkan tahap

pencapaian yang dikehendaki dengan

melakukan aktiviti naik turun tangga 3 kali

seminggu.

1

Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan

Referensi

Dokumen terkait