• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota simpulan bahasa simpulan bahasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Nota simpulan bahasa simpulan bahasa"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Simpulan Bahasa Maksudnya ada angin berkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika

ada hati mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu

air muka rupa atau wajah seseorang

ajak-ajak ayam tidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang ada bakat mempunyai tokoh atau perwatakan

alas perut makanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan

anak angkat anak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri anak bapa anak yang disayangi oleh bapa

anak buah orang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara anak emas anak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya

angkat kaki meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab atas angin negara-negara di sebelah barat

atas pagar tidak menyebelahi mana-mana pihak

ayam tambatan orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan bahasa pasar bahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya

banyak mulut orang yang banyak bercakap batu api orang yang suka menghasut

batu loncatan sesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati bau-bau bacang tali persaudaraan yang jauh

bawah angin negara-negara di sebelah timur bekas tangan hasil kerja tangan seseorang beralih akal berubah fikiran atau pendapat

beralih angin pergi ke sesuatu tempat untuk berehat berat hati enggan; malas

berat mulut pendiam atau tidak suka bercakap banyak berat tulang orang yang malas bekerja

berat sebelah tidak berlaku adil

berbelah bagi sukar untuk membuat keputusan berhati batu degil dan sukar menerima nasihat

berhutang budi patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga bermuka dua tidak jujur

bertikam lidah bertengkar; berdebat

besar hati bergembira atau berbangga akan sesuatu besar kepala degil; sukar menerima pandangan orang lain buah hati orang yang dikasihi atau dipuja

buah mulut sesuatu yang menjadi perbualan orang ramai bush tangan hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang

bulat hat! bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad buruk siku mengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain buta hati tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam

cahaya mata anak

cakar ayam tulisan yang buruk

campur tangan turut serta atau mencampuri urusan orang lain cari jalan berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu epat tangan suka mencuri

dalam tangan sudah pasti akan diperoleh darah daging anak kandung

durian runtuh keuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka

(2)

harga diri maruah atau kehormatan seseorang harga mati harga tetap yang tidak dapat ditawar lagi hati batu degil atau keras hati

hidung tinggi sombong atau tinggi diri

hilang akal tidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri ikat perut menahan lapar kerana berjimat

iri hati menyimpan perasaan dengki atau cemburu isi hati perasaan dalam hati

jalan buntu tidak ada jalan penyelesaian

kacang hantu orang yang jahat dan suka mengganggu orang lain kaki ayam tidak berkasut atau berselipar

kaki bangku tidak berkebolehan bermain bola kaki botol suka minum minuman keras kecil hati berasa tersinggung atau merajuk kepala angin perangai yang tidak menentu kepala batu degil dan tidak mendengar nasihat

kera sumbang orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain khabar angin berita yang belum tentu benarnya

langkah kanan bernasib baik

langkah seribu cepat-cepat lari kerana ketakutan lidah bercabang kata-kata yang tidak dapat dipercayai lipas kudung cepat membuat kerja

lintah darat mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan makan angin bersiar-siar untuk berehat

makan suap menerima rasuah

malu-malu kucing berpura-Aura malu di hadapan orang mandi peluh bekerja kuat

mati katak mati dengan sia-sia

membabi buta melakukan sesuatu tanpa berfikir membawa diri tahu menjaga diri

membuka jalan memberi laluan kepada orang lain membuka

tembelang

menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain

memeras otak terlalu kuat berfikir atau belajar menarik diri tidak turut serta; meletak jawatan mencari jalan berusaha untuk melakukan sesuatu

mencuci mata gembira memperhatikan sesuatu yang indah mencuit hati lucu; menggelikan hati

mengabui mata cuba memperdaya; menipu

mengadu domba memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya mengambil angin bersiar-siar untuk berehat

mengambil berat memberi sepenuh perhatian

mengambil hati dapat memikat atau mempengaruhi mengasah bakat latihan untuk mengembangkan bakat muka tembok tidak berasa malu

mulut murai kuat bercakap atau berbuat bising mulut tempayan tidak dapat menyimpan rahsia murah hati suka bederma; tidak kedekut naik angin terlalu marah

nyawa-nyawa ikan hampir-hampir mati

(3)

otak kering kurang siuman otak udang bebal atau bodoh

paku belanda barangan yang tetap harganya panas hati meradang atau marah

panjang tangan suka mencuri

pasang telinga mendengar dengan teliti

pekak badak kurang jelas pendengarannya; tidak dapat mendengar bunyi yang kuat pembasuh mulut makanan atau minuman yang dihidangkan selepas makan nasi

perang mulut pertengkaran

pilih kasih memberi layanan yang lebih kepada orang yang disukai pisau cukur perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki puteri lilin tidak tahan terkena panas matahari

putih hati ikhlas; jujur

putih mata mengalami kekecewaan rabun ayam penglihatan yang kurang jelas rambang mata sukar membuat pilihan

ringan tangan suka membuat kerja: menolong orang sampai hati tergamak melakukan sesuatu kerja

serkap jarang membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa tangan terbuka menyambut sesuatu dengan senang hati

tangkai jering orang yang kedekut

tawar hati tidak mempunyai minat lagi tebal muka tidak tahu malu

telinga kuali tahan hati menerima kemarahan telinga lintah tajam pendengaran

telinga nipis cepat marah atau meradang terang hati mudah memahami sesuatu tidur-tidur ayam tidur yang tidak nyenyak tin kosong bercakap besar tanpa ilmu

Referensi

Dokumen terkait