• Tidak ada hasil yang ditemukan

Report Akhir Latihan Industri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Report Akhir Latihan Industri"

Copied!
112
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

NORASHIMA BINTI MOHMED

(03DKA11F2017)

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

IBU PEJABAT KEJORA,

JLN. DATO’ HJ. HASSAN YUNUS, BANDAR PENAWAR,

81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TA’ZIM

(2)

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

NORASHIMA BINTI MOHMED (03DKA11F2017)

DI

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA) IBU PEJABAT KEJORA ,

JLN. DATO’ HJ HASSAN YUNUS, BANDAR PENAWAR, 81930 BANDAR PENAWAR,JOHOR DARUL TAKZIM

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukan Kepada Jabatan Kejuruteraan Awam

Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan

Diploma Kejuruteraan Awam

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

(3)

PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan akhir latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya.”

Tandatangan :

NamaPelajar : NORASHIMA BINTI MOHMED

No. Pendaftaran : 03DKA11F2017

(4)

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Segala puji dan syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dan keredhaanNya, kami telah dapat menyelesai dan menyiapkan laporan Latihan Industri ini dengan baik dan jayanya sebagaimana yang telah disyaratkan untuk penganugerahan Diploma Kejuruteraan Awam.

Pada kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada En.Mohd Hairuddin Bin Mohd Yasin kerana sudi menerima saya sebagai pelajar latihan industri dan Puan Rosnita Binti Mohamad sebagai penyelia kepada saya dalam usaha menjayakan latihan industri ini. Sesungguhnya dengan kepercayaan, bimbingan, dan panduan yang diberikan secara berterusan maka latihan industri ini dapat dijayakan dengan sebaik mungkin.

Tidak lupa para pensyarah dan rakan sepejuangan yang sudi memberikan kerjasama yang baik sepanjang waktu latihan industri ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa dan bakti yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak di dalam penghasilan latihan industri ini.

(5)

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

Judul i

Pengesahan Pelajar ii

Penghargaan iii

Isi Kandungan iv

Senarai Rajah viii

Senarai Jadual ix

Senarai Lampiran x

Senarai Simbol xi

BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Objektif Latihan Industri 3

1.3 Objektif Laporan 4

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 5

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 Pengenalan Organisasi 6

2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 7 2.3 Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit Di

KEJORA 7

2.3.1 Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan

Sumber Manusia 7

2.3.2 Bahagian Kewangan 8

2.3.3 Bahagian Perancangan Strategik 8

2.3.4 Bahagian Hartanah 9

2.3.5 Bahagian Teknologi Maklumat 9 2.3.6 Bahagian Pertanian dan Industri Asas

(6)

2.3.7 Bahagian Perancang Bandar dan Desa 10

2.3.8 Bahagian Pelancongan 11

2.3.9 Bahagian Pembangunan Sosial dan

Pemajuan Desa 11

2.3.10 Bahagian Kerajaan Tempatan / (LBJT) 12 2.3.11 Unit Ekonomi dan Usahawan 12

2.3.12 Unit Teknikal 12

2.4 Objektif, Visi dan Misi 13

2.4.1 Objektif 13

2.4.2 Visi 13

2.4.3 Misi 13

2.5 Piagam Pelanggan 14

2.6 Struktur Carta Organisasi KEJORA 18 2.7 Maklumat Bahagian (Unit Teknikal) 19

2.7.1 Latar Belakang Bahagian 19

2.7.2 Objektif Bahagian 19

2.7.3 Fungsi Bahagian 20

2.7.4 Carta Organisasi Bahagian 21

BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan 22

3.2 Ringkasan Mingguan Latihan Industri 23

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan Projek 37

4.2 Pembinaan Suction Tank, Elevated Tank dan

Pump House 40

4.3 Jenis Tangki 41

4.4 Preliminaries Works 44

4.4.1 Pengenalan 44

4.4.2 Susun Atur Tapak dan Kemudahan

Perkhidmatan di Tapak Bina 44 4.4.2.1 Jalan Sementara 44

(7)

4.4.2.2 Pejabat Tapak 45

4.4.2.3 Tandas 45

4.4.2.4 Stor Menyimpan Alatan dan

Bahan-Bahan 45

4.4.2.5 Papan Tanda 45

4.4.2.6 Pagar Sekeliling Tapak Projek 46 4.4.2.7 Bekalan Elektrik dan Bekalan Air 46 4.4.3 Pemantauan Perlaksanaan Kerja 46

4.4.4 Ujian Tanah 47 4.5 Kerja-Kerja Tanah 47 4.5.1 Pengenalan 47 4.6 Kerja-Kerja Cerucuk 49 4.6.1 Pengenalan 49 4.6.2 Jenis-Jenis Cerucuk 49 4.6.3 Perlaksanaan Kerja 52

4.6.4 Prosedur Kerja Perlantakan Cerucuk 53 4.6.5 Prosedur Pelaksanaan Topi Cerucuk 56

4.7 Ujian Bebanan 58

4.7.1 Pengenalan 58

4.7.2 Perlaksanaan Kerja Ujian Beban 60

4.7.3 Penilaian Ujian 62

4.7.4 Cara Mengatasi Kegagalan Ujian Beban 63

4.8 Kerja-Kerja Konkrit 64

4.8.1 Pengenalan 64

4.8.2 Peralatan Yang Digunakan 65

4.8.3 Bahan Binaan 67

4.8.3.1 Pengenalan 67

4.8.3.2 Bahan Untuk Kerja Konkrit 67

4.8.3.3 Bancuhan Konkrit 71

4.8.3.4 Ujian Yang Dilakukan 75 4.8.3.5 Langkah-Langkah Kerja Konkrit 83

(8)

4.8.3.6 Pengawetan Konkrit atau Curing 89 4.8.3.7 Penanggalan Acuan Konkrit 91 4.8.3.7.1 Pemeriksaan Konkrit 91

BAB 5 KESIMPULAN 93

BAB 6 KOMEN DAN CADANGAN 97

RUJUKAN LAMPIRAN

(9)

SENARAI RAJAH NO

RAJAH

TAJUK MUKA

SURAT

2.2 Logo Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

(KEJORA) 13

4.1 Bahan gentian kaca digunakan dalam

pembinaan Suction Tank 43

4.2 Pemasangan gentian kaca di Suction Tank 43

4.3 Spun Pile 51

4.4 RC Pile 51

4.5 Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Suction

Tank 55

4.6 Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Elevated

Tank 55

4.7 Load Test di Elevated Tank (Piling Point No.

56) 59

4.8 Load Test di Elevated Tank (Piling Point No.

15) 59

4.9 Jenis-Jenis Penurunan 77

4.10 Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak

900mm) 79

4.11 Ujian Penurunan (Runtuhan sebanyak

100mm) 79

4.12 Ujian Kiub 82

(10)

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

4.1 Jenis-Jenis Tangki Simpanan dan

Fungsinya 42

4.2 Peralatan, Loji dan Mesin Yang Digunakan

Dalam Kerja-Kerja Tanah 48

4.3 Peralatan Yang Digunakan Dalam Kerja

Konkrit 66

4.4 Antara Jenis-Jenis Kecacatan Pada Elemen Yang Telah Dikonkritkan dan Cara Mengatasi

(11)

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK

1 Carta Aliran

2 Borang Senarai Kecacatan

3 Surat Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT)

4 Surat Siap Kerja

5 Borang Laporan Ujian Kiub

(12)

SENARAI SIMBOL

KEJORA - Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

RWS - Ranhill Water Services Sdn. Bhd.

P.P - Pegawai Penguasa

UT - Unit Teknikal

KKLW - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan

Wilayah SBKS - Serah Balik Kurnia Semula

ICT - Information and Communications Technology

KAS - Kemudahan-kemudahan Awam dan

Sosial

PSI - Pembangunan Sosial dan Institusi

GDayaW - Program Gerakan Daya Wawasan

JKR - Jabatan Kerja Raya

SPKR - Skim Pembangunan Kesejahteraan

Rakyat

PBR - Program Bina Rumah

PPP - Program Peningkatan Pendapatan

PLK - Program Latihan Kemahiran

EOT - Sijil Lanjutan Masa

BMP - Bilik Mesyuarat Pengerusi

PPJHK - Perakuan Pelarasan Jumlah Harga

Kontrak

PPSM - Pentadbiran dan Pengurusan Sumber

Manusia

CIDB - Construction Industry Development

Board Malaysia

JPD - Jalan Perhubungan Desa

(13)

CPC - Sijil Perakuan Siap Kerja

CNC - Sijil Perakuan Tidak Siap Kerja

CMGD - Sijil Perakuan Membaiki Kecacatan

CE - Civil Engineering

LP - Laporan Penilaian

SST - Surat Setuju Terima

BKPP - Borang Kelulusan Perancangan Projek

SH - Sebutharga

PBT - Pengambilalihan Tanah

UPEN - Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor

D&B - Design and Build

M&E - Mechanical and Electrical

C&S - Civil and Structure

CPM - Critical Path Method

TNB - Tenaga Nasional Berhad

SAJ - Syarikat Air Johor

RC - Reinforcement Concrete

PDA - Pile Dynamic Analysis

KDH - Kejora Development Holding

(14)

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Latihan Industri adalah salah satu perkara wajib yang harus dilaksanakan oleh pelajar Politeknik untuk mendapatkan Sijil ataupun Diploma. Bagi pelajar yang mengambil peringkat Sijil akan menjalani latihan industri pada semester yang ketiga manakala pelajar yang mengambil peringkat Diploma pula akan menjalani latihan industri pada semester yang keempat.

Pelajar akanditempatkan di syarikat di jabatan kerajaan ataupun swasta. Pelajar boleh memilih sendiri tempat untuk menjalani latihan industri dengan syarat tempat yang dipilih bersesuaian dengan bidang yang diambil. Pelajar akan menjalani latihan industri dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama enam bulan. Pelajar perlulah memanfatkan tempoh yang diberi untuk mendapatkan pengetahuan yang luas tentang alam pekerjaan yang sebenar.

(15)

Pelajar perlu mematuhi semua peraturan Politeknik dan peraturan syarikat. Tahap disiplin yang tinggi perlulah dipamerkan untuk menunjukkan minat pelajar dalam pekerjaan. Pihak Politeknik akan memberikan sebuah buku untuk pelajar dan pelajar perlu menulis aktiviti yang dilakukan ketika menjalani Latihan Industri.

Selain itu, pelajar juga diamanahkan untuk menjaga privasi syarikat. Pelajar juga diberikan sebuah buku reflektif jurnal untuk menulis aktiviti mingguan. Pelajar dikehendaki menghantar buku tersebut untuk disemak dan mendapatkan tandatangan penyelia setiap dua minggu sekali.

Selain itu, pelajar yang akan menjalankan latihan industri perlu bersiap sedia untuk menjalani latihan industri. Pemakaian yang kemas akan menunjukkan keperibadian seseorang pelajar. Pelajar perlu menjaga nama baik Politeknik dengan cara menujukkan sikap yang baik dan sopan.

Jika pelajar gagal menunjukkan prestasi yang baik atau melanggar mna-mana peraturan maka pihak Politeknik atau syarikat berhak memberhentikan pelajar tersebut. Pelajar yang gagal harus mengulangi semula latihan industri. Sekiranya pelajar tersebut gagal melebihi dua kali maka pihak Politeknik akan terus memberhentikan pelajar. Hal ini bermakna pelajar tidak dapat menjalankan semester akan datang bersama rakan-rakan yang lain.

(16)

1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan industri adalah perkara yang diwajibkan dalam pengajian di Politeknik. Untuk mencapai wawasan 2020 kerajaan mewajibkan latihan industri untuk pelajar politeknik. Selain dapat menghasil calon pemegang Diploma yang lebih bersedia untuk menempuh pekerjaan pada masa akan datang, latihan industri ini juga bertujuan untuk memberikan pengalaman kepada pelajar.

Objektif latihan lndustri adalah seperti berikut:

1) Membina keyakinan diri pelajar.

2) Mendedahkan pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar. 3) Melahirkan pelajar yang amanah.

4) Pelajar dapat mempraktikan teori yang telah diajar atau sebaliknya.

5) Menambah pengetahuan teknikal.

6) Meluaskan tahap pergaulan pelajar dengan kumpulan masyarakat pekerja.

7) Membentuk pelajar kearah profesionalisme, bijak berkomunikasi dan berdaya saing.

8) Memberi kesedaran tentang kepentingan akademi. 9) Menyediakan laporan selepas tamat Latihan Industri.

(17)

1.3 Objektif Laporan Akhir Latihan Industri

Setelah tamat menjalani latihan industri, pelajar diwajibkan menyediakan laporan latihan industri. Pelajar perlu membuat laporan tersebut mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik. Laporan ini bertujuan menilai tahap keberkesanan latihan industri yang telah dijalankan oleh pelajar.

Laporan ini juga bertujuan untuk melatih pelajar menguasai kemahiran dalam mencari pengalaman sebelum memasuki alam pekerjaan. Pelajar diwajibkan menghantar laporan ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh Politeknik.

Selain itu, pelajar juga dapat berlatih untuk membuat penyediaan laporan sebelum bekerja. Laporan ini juga menguji tahap disiplin pelajar samada pelajar dapat menghasilkan laporan mengikut tempoh yang ditetapkan. Laporan ini juga membantu pelajar untuk berkomunikasi sesama pekerja, pengarah dan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat tentang laporan.

Jika pelajar tidak dapat menyiapkan laporan maka pelajar akan didenda atau diberhentikan oleh pihak Politeknik. Pelajar perlu mengikut jadual yang telah diberikan oleh pihak Politeknik supaya pelajar dapat menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan. Sikap disiplin yang tinggi diperlukan oleh pelajar supaya pelajar dapat menyiapkan laporan tersebut.

(18)

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan industri yang telah dijalankan oleh setiap pelajar mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Pelajar dapat melalui alam pekerjaan yang sebenar sebelum tamat pengajian. Pelajar juga akan lebih bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan di masa akan datang. Ketika pelajar menjalankan latihan industri, pelajar akan didedahkan dengan tugasan-tugasan yang dilakukan di syarikat yang telah ditetapkan.

Pendedahan awal tentang pekerjaan akan membuatkan pelajar lebih yakin untuk dalam bidang teknikal. Pelajar akan menyedari tentang kepentingan akademi. Pelajar juga akan lebih bersemangat dalam kerja berkumpulan. Dengan adanya latihan industri pelajar akan mendapat pengalaman yang lebih luas.

Oleh itu, pelajar perlulah memanfaatkan tempoh yang diberikan untuk menjalani latihan industri. Pelajar juga perlu mempraktikan apa yang dipelajari di Politeknik di syarikat.

(19)

BAB 2

LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 Pengenalan Latar Belakang KEJORA

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) adalah sebuah agensi kemajuan wilayah yang diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Akta 75) dan Enakmen (Penyerahan Tugas-Tugas) Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972 (Enakmen Bil. 7 1972) yang memberi fungsi dan kuasa-kuasa tertentu untuk membangunkan Wilayah Johor Tenggara. Wilayah KEJORA terletak di dua (2) daerah iaitu Kota Tinggi dan Kluang meliputi kawasan seluas 300,364 hektar.

KEJORA berfungsi seperti yang termaktub dalam Akta seperti memaju, menggalak, membantu mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Johor Tenggara dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perusahaan, dan perdagangan dalam kawasan Johor Tenggara. Selain itu, KEJORA mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan

(20)

kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas dalam kawasan Johor Tenggara.

2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Telah ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta 75, Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Enakmen Bil.7/1972 Enakmen Kejora dan Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972.Secara umumnya KEJORA bertanggungjawab untuk memajukan kawasan Johor Tenggara yang mempunyai keluasan 300,364 hektar.

2.3 Bahagian-bahagian dan unit-unit di KEJORA

KEJORA mempunyai dua belas (12) bahagian dan unit di mana setiap bahagian mempunyai tugas dan peranan masing-masing.

Kesemua bahagian dan unit serta tugas dan peranan di KEJORA adalah seperti berikut :

2.3.1.1.1 Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia

Menyediakan perkhidmatan dalam bidang-bidang Pentadbiran Am, Kontrak dan Bekalan, Pengurusan Sumber Manusia dan Perhubungan Awam/Koporat/Kualiti kepada anggota KEJORA dan

(21)

masyarakat yang dapat memenuhi kehendak pengurusan dan kepuasan pelanggan.

2.3.1.1.2 Bahagian Kewangan

Menguruskan sumber kewangan dan aset KEJORA secara berhemah dan telus berdasarkan arahan dan peraturan kerajaan ke arah mencapai objektif penubuhan KEJORA.

2.3.1.1.3 Bahagian Perancangan Strategik

Membantu merealisasikan wawasan untuk memajukan kawasan Johor Tenggara menerusi aktiviti Perancangan, Pelarasan, Pelaporan, Pemantauan serta Penilaian ke atas pelaksanaan program-program dan aktiviti-aktiviti pembangunan fizikal dan sosial.Penumpuan diberikan kepada Bandar-bandar baru, pusat-pusat penempatan dan kampung-kampung tradisional yang melibatkan penyediaan prasarana, kemudahan-kemudahan awam dan sosial, pembangunan ekonomi, pembangunan sosial, dan institusi serta usaha-usaha untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar Bandar dengan bandar.

(22)

2.3.1.1.4 Bahagian Hartanah

Melaksanakan tugas-tugas mendapatkan hak milik tanah daripada Kerajaan Negeri bagi tujuan pembangunan projek-projek perumahan, perindustrian, pelancongan, pertanian dan projek kemudahan awam dan memberi perkhidmatan kepada bahagian-bahagian di KEJORA dalam melaksanakan projek pembangunan seperti menyediakan perakuan Serah Balik Kurnia Semula (SBKS).

2.3.1.1.5 Bahagian Teknologi Maklumat

Membangun dan mengurus selia teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam melaksanakan dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk di wilayah KEJORA dan membentuk masyarakat yang mampu memanfaatkan ICT untuk tujuan kesejahteraan hidup serta menilai dan melaporkan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan ICT kepada pengurusan KEJORA dan Kementerian.

(23)

2.3.1.1.6 Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani

Memaju, menyelaras dan memantau pembangunan lapan (8) perojek pembangunan pertanian iaitu, Pembangunan Projek Tanaman Campuran, Pembangunan Projek Ternakan Haiwan, Pembangunan, Projek Akuakultur, Pembangunan Ladang Fertigasi, Pembangunan, Projek Infrastruktur Pertanian, Pembangunan Agro Pelancongan, Pembangunan Kompleks PPPHT dan Pembangunan Projek Ekonomi Pertanian.

2.3.1.1.7 Bahagian Perancang Bandar dan Desa

Menghasilkan pelan-pelan tataatur dan pelan-pelan pembangunan serta Kawalan Pembangunan dan Kelulusan Pelan Pembangunan selain menyelia dan memantau projek-projek pembangunan yang dijalankan di dalam wilayah KEJORA dan melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan jabatan.Selain itu, bahagian ini membuat penyediaan maklumat-maklumat projek pembangunan yang berkaitan dengan jabatan.

(24)

2.3.1.1.8 Bahagian Pelancongan

Menjadikan sektor pelancongan sebagai salah satu pemangkin utama bagi pertumbuhan ekonomi Wilayah Johor Tenggara menerusi penyelidikan pelbagai kemudahan dan tarikan pelancongan sama ada kerajaan dan pihak swasta.

2.3.1.1.9 Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa

Merancang dan menyelaras pembangunan di wilayah KEJORA dengan penumpuan kepada bandar baru, pusat-pusat penempatan dan kampung-kampung tradisional dari segi penyediaan Kemudahan-kemudahan Awam dan Sosial (KAS), pembangunan ekonomi dan program Pembangunan Sosial dan Institusi (PSI) dan membangunkan masyarakat termiskin serta pelaksanaan Program Gerakan Daya Wawasan (GDayaW).

(25)

2.3.1.1.10 Bahagian Kerajaan Tempatan / (LBJT)

Melaksanakan kuasa pentadbiran dan perkhidmatan di Bandar-Bandar Baru KEJORA mengikut Seksyen 7 Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-undang Kecil serta undang-undang yang dikuatkuasa serta meningkatkan mutu perkhidmatan Kerajaan Tempatan KEJORA dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan kebersihan di Bandar-Bandar Baru KEJORA dengan mengadakan kemudahan-kemudahan yang lebih baik untuk kesejahteraan masyarakat.

2.3.1.1.11 Unit Ekonomi dan Usahawan

Merancang strategi, menyelaras dan memantau pembangunan ekonomi dalam sektor-sektor tertentu di Wilayah KEJORA.

2.3.1.1.12 Unit Teknikal

Unit Teknikal telah diwujudkan di KEJORA sebagai satu bahagian yang bertanggungjawab untuk penyeliaan dan pemantauan projek-projek pembangunan yang dijalankan di dalam Wilayah KEJORA serta melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan jabatan dan menyediaan maklumat-maklumat projek pembangunan yang berkaitan.

(26)

2.4 Objektif, Misi dan Visi KEJORA 2.4.1 Objektif

Objektif KEJORA berdasarkan kepada tiga objektif "Dasar Ekonomi Baruiaitu

i. mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi. ii. mewujudkan peluang-peluang pekerjaan.

iii. mempercepatkan pertumbuhan ekonomi di Wilayah Johor Tenggara.

2.4.2 Visi KEJORA

Menjadikan Wilayah KEJORA Makmur dan Sejahtera Pada Tahun 2020.

2.2.2 Misi KEJORA

Menerajui Pembangunan Wilayah Johor Tenggara Melalui Pemerkasaan Modal Insan dan Pemapanan Ekonomi Secara Strategik dan Berkesan.

(27)

2.5 PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pelanggan KEJORA seperti berikut:-

1. KEJORA komited dalam melaksanakan program peningkatan taraf social ekonomi penduduk luar Bandar menerusi penyediaan kemudahan awam dan amenity social serta program pembangunan social termasuk individu, keluarga dan masyarakat.

2. Projek-projek kemudahan awam serta ameniti sosial yang diluluskan dan mula dilaksanakan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh kelulusan dan diserahkan kepada pihak berkaitan tidak lewat dari 7 hari setelah projek siap.

3. Bantuan dan sumbangan berbentuk kewangan yang diluluskan disalurkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum program atau aktiviti dijalankan.

4. KEJORA sentiasa komited membantu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Masyarakat Bandar (JKKMB) supaya program pembangunan sosial dan institusi dapat dilaksanakan dengan berkesan termasuklah penyaluran peruntukan tahunan, latihan AJK, mesyuarat bersama dan kehadiran di dalam aktiviti.

(28)

5. Komited untuk membantu golongan miskin tegar dan miskin Wilayah KEJORA melalui Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Program Bina Rumah (PBR), Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) dam Program Latihan Kemahiran (PLK), iaitu penyelenggaraan data profail peserta serta penyediaan dan perlaksanaan pelan tindakan.

6. Permohonan menyewa tanah kawasan tanaman campuran diluluskan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh iklan ditutup. 7. Permohonan sewaan premis/bengkel diluluskan dalam tempoh 60

hari dari tarikh iklan ditutup.

8. Skim pinjaman usahawan diluluskan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penerimaan permohonan bayaran yang lengkap.

9. Meluluskan permohonan kelulusan pelan :

i. Kelulusan Pelan Susunatur, Pelan Bangunan, Pelan Kerja Tanah, Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan Tambahan dalam tempoh tidak melebihi 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap iaitu telah memenuhi keperluan Jabatan Teknikal.

ii. Meluluskan Pelan Ubahan dan Tambahan dan Pelan Pindaan yang tidak melibatkan Jabatan Teknikal (tidak melalui OSC) dalam tempoh tidak melebihi 30 hari.

(29)

iii. Meluluskan Pelan Pindaan dan Pelan Ubahan dan Tambahan Rumah Ringkas (Pelan yang di kenakan fee minima RM 35.00) dalam tempoh tidak melebihi 14 hari. 10. Memastikan kesemua permohonan lesen perniagaan baru

diproses dalam tempoh 7 hari bekerja bagi permohonan lesen yang tidak berisiko dan 30 hari bekerja bagi permohonan lesen perniagaan yang berisiko setelah permohonan yang lengkap diterima termasuk ulasan dari Jabatan Teknikal yang lain seperti Jabatan Bomba.

11. Perkhidmatan mengangkut sampah sarap di kawasan kediaman, perniagaan dan kilang bermula antara jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari, iaitu sebanyak tiga kali seminggu mengikut kawasan. Pembersihan kawasan tapak pasar malam dilakukan lebih kurang 12.00 malam pada hari-hari tertentu.

12. Semua aduan pelanggan akan diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari selepas aduan diterima.

13. Urusan jualbeli lot industri, diproses sebagaimana berikut:

i. Permohonan untuk membeli lot industri diluluskan dan ditawarkan dalam tempoh 45 hari dari tarikh iklan ditutup. ii. Surat perjanjian jualbeli lot industri antara pembeli dan

KEJORA disempurnakan dalam tempoh 30 hari daripada bayaran 10% dijelaskan.

(30)

iii. Permohonan tanah lot industri dimajukan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan dokumen-dokumen lengkap daripada pihak syarikat.

iv. Permohonan pertukaran nama syarikat, aktiviti syarikat dan mencagarkan lot industri kepada institusi kewangan dimajukan kepada Kerajaan Negeri dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

14. Permohonan pelepasan gadaian akan diselesaikan dalam tempoh 18 hari daripada tarikh penerimaan permohonan yang lengkap. 15. Menyediakan, menyiapkan dan membekalkan maklumat aktiviti

dalam tempoh 14 hari daripada permohonan diterima.

16. Memberi layanan mesra, adil dan saksama kepada semua pelanggan.

(31)

2.6 STRUKTUR ORGANISASI KEJORA 2.6.1 Struktur Organisasi KEJORA

(32)

2.7 Maklumat Bahagian (Unit Teknikal) 2.7.1 Latar Belakang Bahagian

Mesyuarat Pengurus Bahagian Bil 4/2011 bertarikh 1 Mac 2011 dan perbincangan susulan dengan tuan pengurus besar pada 12 April 2011 telah bersetuju untuk mewujudkan Unit Teknikal bagi melaksanakan kerja-kerja Pembangunan projek dengan lebih teratur.

2.7.2 Objektif Bahagian

Unit Teknikal telah diwujudkan di KEJORA sebagai satu bahagian yang bertanggungjawab untuk :

i) Penyeliaan dan pemantauan projek-projek pembangunan yang dijalankan di dalam Wilayah KEJORA.

ii) Melaksanakan tugas-tugas pengurusan yang berkaitan dengan jabatan.

iii) Penyediaan maklumat-maklumat projek pembangunan yang berkaitan.

(33)

2.7.3 Fungsi Bahagian

i. Merancang projek-projek pembangunan (fizikal) bersama bahagian lain.

ii. Menyelia pembangunan projek bermula daripada pengeluaran dokumen tawaran projek sehingga proses pengeluaran perakuan muktamad.

iii. Mengurus proses perlantikan perunding.

iv. Menyediakan pelan rekabentuk dan anggaran kos pembangunan fizikal.

v. Menyediakan khidmat teknikal untuk penentuan rekabentuk dan kos yang diperlukan daripada bahagian-bahagian yang lain.

(34)

2.8 STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN 2.8.1 Carta Organisasi Unit Teknikal

Noriza bt. Jaffar (Pelukis Pelan J22) Sharifah bt Minhaj (Pelukis Pelan J22)

Shalan bin Yahya (Pelukis Pelan J17) En. Hairudin b.Mohd Yasin

(Ketua Unit Teknikal)

Unit Pentadbiran Unit Projek Unit Ukur Bahan

Venugopal a/l K.B Dharan (Pemb. Tadbir N22) Murnee bt Isman (Pemb. Tadbir N17) Mokhtar b. Mohd Salleh (Pemb. Am N4) Ahmad Razali b. Sunarwi (Pemb. Am N4) Intan Farhana bt. Mohd Roslan (Jurukur Bahan) Noorzeyanna bt. Md Jawat (Pen.Jurukur Bahan) Rosnita bt Mohamad (Jurutera) Noorazlan b. Ahmad Sihab (Jurutera Awam)

Mohd Azri b. Zunaidak (Jurutera Elektrik)

Zaidi b. Abd. Rahman (Pen. Peg. Senibina)

Ramli b. Shafie (Juruteknik Awam)

Siti Aisah bt. Mohamad (Juruteknik Awam) Hj.Rosli bin Hj. Surip

(Juruteknik Awam)

Hj. Rozahan bin A.Kadir (Pelukis Pelan J17) Khairul Amri b. uding

(Pelukis Pelan J17) Norazlinda bt. sahat (Pen. Jurutera Awam)

(35)

BAB 3

RINGKASAN MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan

Latihan Industri boleh dijalankan di jabatan kerajaan atau firma swasta supaya pelajar dapat membezakan suasana kerja sebenar dengan suasana di politeknik. Pelajar juga terdedah kepada cabaran dan masalah yang akan dilalui setelah bekerja kelak. Pelajar yang menjalani Latihan Industri mestilah merekodkan setiap kerja yang dilakukan di tempat Latihan Industri dijalankan di dalam buku laporan harian.

Ringkasan mingguan ialah ringkasan bagi kegiatan atau kerja yang dilakukan semasa menjalani Latihan Industri iaitu di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Skop kerja yang dilakukan adalah merangkumi pelbagai perkara yang berkaitan dengan kos kejuruteraan awam yang di ambil semasa menuntut di Politeknik POLIMAS seperti kejuruteraan jalan, kejuruteraan binaan dan juga kejuruteraan senggara. Tujuan ringkasan aktiviti ini disediakan adalah sebagai petunjuk untuk ulangkaji dan memenuhi syarat bagi melengkapkan proses Latihan Industri ini.Pelajar perlu menghantar buku reflektif jurnal 2 minggu sekali untuk mendapatkan tandatangan penyelia dan buku tersebut perlulah disemak oleh penyelia.

(36)

3.2 Ringkasan Mingguan Latihan Industri

MINGGU PERTAMA (17.06.2013 - 21.06.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu pertama ialah:

1. Membaca profil syarikat dan kod etika untuk mengetahui tentang syarikat dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di syarikat. 2. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari

yang telah ditetapkan.

3. Membantu menyiapkan surat untuk minit mesyuarat.

MINGGU KEDUA (24.06.2013 – 28.06.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua ialah:

1. Mengemaskini senarai projek tender pada tahun 2009-2013.

2. Belajar cara berkomunikasi mencari maklumat berkaitan tender di unit teknikal.

3. Belajar membuat Bill Of Quantitidalam bentuk microsoft excel.

4. Pergi lawatan tapak di Mini RTC Bukit Raja projek membaikpulih pusat komputer.

(37)

MINGGU KETIGA (01.07.2013 – 05.07.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketiga ialah:

1. Memperbetulkan semula senarai tender dan laporan sebutharga. 2. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari yang

telah ditetapkan.

3. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan Julai 2013. 4. Fotostat beberapa dokumen.

5. Menaip beberapa muka depan untuk dokumen sebutharga.

MINGGU KEEMPAT (08.07.2013 – 12.07.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keempat ialah:

1. Menaip semula Bill of Quantityuntuk kg jaya sepakat. 2. Menaip beberapa muka depan untuk dokumen sebutharga 3. Fotostat dokumen untuk rujukan pelanggan.

4. Mengemaskini dan menyusun fail minit mesyuarat dalam almari yang ditetapkan.

MINGGU KELIMA (15.07.2013 – 19.07.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelima ialah:

1. Mengira jarak crusher runbagi setiap projek.

2. Pergi ke tapak di bandar mas untuk mengukur jalan yang rosak di setiap bahagian.

(38)

4. Menyenaraikan status bayaran bagi setiap syarikat. 5. Fotostat dan menyusun dokumen untuk dibuat lampiran.

MINGGU KEENAM (22.07.2013 - 26.07.2013)

Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu keenam ialah:

1. Masukkan data ke dalam sistem.

2. Membantu untuk scan surat masuk ke dalam my surat yang hendak di hantar ke bahagian lain.

3. Membantu menyediakan surat mesyuarat tapak. 4. Pergi ke lawatan tapak di bilik fail.

MINGGU KETUJUH (29.07.2013 - 02.08.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketujuh ialah

1. Membantu menyediakan borang pelantikan jawatan Jurutera Residen dan Penyelia Tapak secara kontrak bagi projek tender kejora.

2. Membantu menyediakan surat untuk mesyuarat tapak.

3. Membantu memperbetulkan semula kesalahan sebutharga SH1643.

4. Membantu memasukkan sebutharga dari excel ke dalam e-perolehan.

5. Membantu menyediakan surat akuan sumpah untuk perakuan muktamad.

(39)

7. Fotostat 1 dokumen senarai kuantiti.

MINGGU KELAPAN (05.08.2013 – 07.08.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelapan ialah:

1. Menghantar perakuan bayaraan interim kepada unit kewangan. 2. Membantu membuat salinan fotokopi untuk surat penyerahan

tapak.

3. Mendapat tugasan dari En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat laporan penilaian bagi sebutharga SH1648.

4. Mendapat tugasan dari En.Noorazlan (Jurutera Awam) untuk membuat laporan penilaian bagi sebutharga SH1634.

5. Kemaskini buku jurnal refleksi.

6. Mengemas semua ruang di unit teknikal sempena Hari Raya Aidilfitri.

MINGGU KESEMBILAN (12.08.2013 – 16.08.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesembilan ialah:

1. Mencari maklumat yang berkaitan dengan syarikat untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir latihan industri sesi jun 2013. 2. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat

(40)

3. Mendapat tugasan dari En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat laporan penilaian sebutharga SH1683 dalam bentuk microsoft

word dan memberi softcopy setelah siap.

4. Mendapat tugasan dari Cik Linda (Jurutera Awam) untuk membuat laporan penilaian sebutharga SH1700 dalam bentuk

microsoft word dan memberi softcopy and hardcopy kepada Cik

Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) setelah siap.

5. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (Pen.jurukur bahan) untuk membuat kadar harga pembinaan jalan dalam bentuk microsoft excel dan memberi softcopy and hardcopy setelah siap. 6. Belajar dan mendengar keterangan mengenai pelan bersama

Pn.Noriza (Pelukis Pelan)

7. Pergi ke tapak di bilik fail bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) untuk melihat keadaan semasa.

8. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (pen.jurukur bahan) untuk menyemak semula penyata akaun dan analisis kecukupan modal.

(41)

MINGGU KESEPULUH (19.08.2013 – 23.08.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesepuluh ialah:

1. Mendapat tugasan dari En.Gopal (Pem.Tadbir) untuk menyemak no.siri di setiap barang (borang daftar inventori) dalam bilik setiap pegawai di unit teknikal.

2. Pergi tapak di johor lama bersama Hj. Rozahan (pelukis pelan) untuk melihat proses yang sedang dijalankan di tandas masjid johor lama.

3. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi mendapatkan no.VOT dan TARIKH IKLAN untuk laporan penilaian di unit kewangan. 4. Mendapat tugasan dari Cik Noorzeyanna (Pen. jurukur bahan)

untuk menyiapkan kadar harga.

5. Mendapat tugasan dari En.Noorazlan (Jurutera Awam) untuk menghantar pelan kepada En.Mazlan (unit PSPD) untuk dicop dan minta borang hijau darinya.

6. Mendapat tugasan dari Pn.Murnee (Pem.tadbir) untuk menghubungi setiap syarikat yang terlibat dalam mesyuarat yang diadakan oleh unit teknikal (bagi memastikan pihak mereka maklum dan menghantar wakil untuk mesyuarat tersebut).

(42)

MINGGU KESEBELAS (26.08.2013 – 30.08.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesebelas ialah:

1. Mendapat tugasan dari Pn.Murnee (Pem.Tadbir) untuk menghubungi setiap syarikat yang terlibat dalam mesyuarat yang diadakan oleh unit teknikal (memaklumkan tentang terdapat pindaan waktu mesyuarat tersebut).

2. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) untuk memasukkan item sebutharga dari microsoft excel kedalam e-Perolehan.

3. Pergi ke tapak bina projek RAPID di punggai bersama En.Noorazlan (Jurutera Awam), Pn.Rosnita (Jurutera) dan Cik Intan (Jurukur Bahan) untuk mengukur dan mengecek barang yang digunakan di tapak.

4. Pergi ke tapak bina di kg.jaya sepakat dan kg. Sri pekan bersama Cik Linda (pen.jurukur awam) untuk penyerahan tapak dan memantau proses kerja yang dijalankan.

5. Membantu menysusn dokumen tender di tempat yang disediakan. 6. Menyemak no.siri setiap barang di ruang unit teknikal bagi

(43)

MINGGU KEDUA BELAS (02.09.2013 – 06.09.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua belas ialah:

1. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) menyiapkan dokumen

outcome dalam bentuk word dan membuat salinan fotokopi bagi

borang selidik Outcome.

2. Membantu En.Gopal (Pem.Tadbir) bagi meminta maklumat mengenai peratusan prestasi projek setiap pekerja yang memegang projek tersebut.

3. Sesi perjumpaaan bersama penyelia Pn.Rosnita (Jurutera) untuk perbincangan mengenai Progress report akhir.

4. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) bagi menyediakan

Power Point untuk laporan anugerah kualiti pengurusan projek.

5. Sesi pemantauan penyelia dari Politeknik Mersing (Cik Azreen bt Khamis).

6. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan september 2013. 7. Menghadiri program membudayakan al-quran di KEJORA.

8. Membantu En.Gopal (Pem.Tadbir) bagi mengemaskini dokumen sebutharga daripada tahun 2010-2013.

(44)

MINGGU KETIGA BELAS (09.09.2013 – 13.09.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketiga belas ialah

1. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) menyiapkan

hardcopyslide presentation sebanyak 25 salinan dan menghantar

kepada Pn.Noorazah (Unit Perancangan Strategik).

2. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) fotostat dokumen dan mengira semula jumlah sebutharga bagi setiap projek.

3. Membantu En.Zaidi (Pen.Peg.Senibina) bagi menyiapkan sebutharga dalam bentuk microsoft excel

4. Membantu membuat salinan gambar dari kamera ke pendrive. 5. Membantu Azwani (Pelajar Praktikal) membuat tag nama untuk

unit teknikal.

6. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) memasukkan sebutharga AK600 ke dalam sistem e-Perolehan.

7. Faxs surat dan menelefon untuk memaklumkan bagi mesyuarat tapak ke 2 (RAPID) kepada 8 buah syarikat.

8. Masuk mesyusarat mengenai sukaneka sempena cuti malaysia. 9. Lawatan tapak di (RAPID) bersama En.Noorazlan (Jurutera

Awam) dan berbincang mengenai projek tangki air di pejabat tapak RWS.

(45)

MINGGU KEEMPAT BELAS (16.09.2013 – 20.09.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keempat belas ialah:

1. Melawat tapak bersama Pn.Sharipah (Pelukis Pelan) di kg.sayang untuk melihat projek pondok rela

2. Sesi bergotong-royong di setiap unit sempena bulan 5S.

3. Pergi ke tapak di masjid johor lama bersama Hj.Rozahan (Pelukis Pelan) bagi penyerahan siap kerja.

4. Menyusun atur pelan-pelan di bilik pelupusan sementara di unit teknikal.

MINGGU KELIMA BELAS (23.09.2013 – 27.09.2013)

Antara aktiviti yang dijalankan pada minggu kelima belas ialah:

1. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyemak dokumen sebutharga untuk disahkan oleh Dato’ Hj Azizan B. Md. Rais (Pengurus Besar KEJORA).

2. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) mengisi borang untuk di faxskan ke syarikat lain.

3. Membantu Pn.Rosnita (Jurutera) bagi melengkapkan dokumen lampiran untuk Laporan Penuh Anugerah Kualiti Pengurusan Projek Tahun 2013.

4. Melihat Progresss Project longkang di Jalan Murni, Jalan Pembangunan dan Jalan Perumahan timur Bandar Penawar.

(46)

5. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat salinan fotokopi dokumen lampiran.

MINGGU KEENAM BELAS (30.09.2013 – 04.10.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu keenam belas ialah:

1. Membantu cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyiapkan dokumen sebutharga daripada format Microsoft Word ke format

Microsoft Excel.

2. Mendapat arahan untuk bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi memantau progress di tapak bina bangunan Ibu Pejabat KEJORA.

3. Menolong mengisi borang CIDB yang tidak lengkap untuk pekerja.

4. Mendapat arahan untuk bersama En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi penyerahan siap kerja di kawasan tempat letak kereta Tg. Balau dan kawasan tanah perkuburan bandar penawar.

5. Membantu En.Ramli (Juruteknik Awam) melengkapkan dan menyiapkan dokumen Bayaran Interim 1 dan surat lanjutan masa (EOT).

6. Mendapat arahan untuk bersama En.Noorazlan (Jurutera Awam) bagi meminta gambar yang berkenaan projek untuk Laporan Akhir di pejabat RWS Teluk Ramunia.

(47)

MINGGU KETUJUH BELAS (07.10.2013 – 11.10.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu ketujuh belas ialah:

1. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membukukan dokumen perakuan pelarasan jumlah harga kontrak (PPJHK). 2. Membantu En.Azri (Jurutera Elektrik) bagi menyemak dan

melengkapkan senarai lukisan/pelan lampu jalan untuk dipasang di 14 buah kampung.

3. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) membuat salinan hardcopy (print) bagi profil syarikat CIDB untuk tawaran tender/sebutharga/arahan kerja-SULIT.

4. Menghadiri perhimpunan bulanan bagi bulan Oktober 2013.

5. Membantu Cik Noorzeyanna (Pen.Jurukur Bahan) menyiapkan surat dokumen pusat komuniti.

6. Membantu En.Noorazlan (Jurutera Awam) menyiapkan laporan penilaian SH1703.

(48)

MINGGU KELAPAN BELAS (14.10.2013 – 18.10.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kelapan belas ialah:

1. Mengurus surat keluar / masuk ke dalam sistem.

2. Pemantauan tapak untuk pemasangan longkang di jalan murni. 3. Pemantauan tapak di The Wetlands Belukar Durian, Sedili. 4. Penyerahan siap kerja di jeti sedili kechil, kota tinggi.

MINGGU KESEMBILAN BELAS (21.10.2013 – 25.10.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kesembilan belas ialah:

1. Pemantauan tapak di Kg. Sayang.

2. Bersama-sama Encik Azri (Jurutera Elektrik) untuk membuat Pemantauan Tapak dipersimpangan Petronas Desaru-Bandar Penawar.

3. Penyerahan siap kerja di Kg.Jaya Sepakat.

4. Mendapat arahan untuk bersama-sama Puan Aisah (Juruteknik Awam) ke Penyerahan Siap Kerja dan memantau progress

project di Pengerang (Inspection besi for Elevated Tank)

5. Mendapat arahan untuk bersama-sama Encik Noorazlan (Jurutera Awam) ke Mesyuarat Tapak Kali Ke-3 di Pejabat Tapak RWS di Teluk Ramunia.

(49)

MINGGU KEDUA PULUH (28.10.2013 – 01.11.2013)

Antara aktiviti yang dilakukan pada minggu kedua puluh ialah:

1. Memantau progress kerja untuk cube test dan compaction test di anak syarikat Kejora Development Holdings.

2. Membantu Puan Rosnita (Jurutera) membuat Surat Panggilan Sesi Taklimat Pembentangan Projek Bagi Tujuan Perunding dan memperbetulkan kesalahan di dalam minit mesyuarat.

3. Mendapat arahan untuk mengikuti Encik Shalan (Pelukis Pelan) ke Kampung Belukar Durian melihat progress work bagi pembinaan chalet dan jambatan gantung.

4. Mendapat arahan untuk bersama-sama Haji Rosli (Juruteknik Awam) ke pemantauan kerja-kerja Coring Test bagi sepanjang jalan ke Muzium Johor Lama.

5. Memulangkan badge kepada Puan Marliana di Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

(50)

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Pengenalan Projek

Pihak Petronas akan membangunkan sebuah Hub Industri Minyak dan Gas di Pengerang, Kota Tinggi, Johor. Lanjutan dari itu, sebanyak tiga (3) buah kampung yang akan dibuatpengambilalihan tanah (PBT) iaitu, Kampung Sungai Kapal, Kampung Langkah Baik dan Kampung Teluk Empang bagi Fasa 1, manakala bagi Fasa 2 ialah Kampung Jawa, Kampung Batu Mas dan Kampung Sebong. Di Fasa 2, terdapat empat (4) buah kampung yang disediakan lotnya. Tetapi hanya tiga (3) buah kampung sahaja yang terdapat di Fasa 2.Sebuah lagi kampung belum ditentukan lagi nama kampungnya, tetapi lot untuk sebuah kampung itu memang disediakan.

Dalam mesyuarat diantara pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), pihak UPEN meminta KEJORA melaksanakan projek Cadangan Pembinaan Tangki Air dan Pemasangan Paip Retikulasi Untuk Pembangunan Perumahan dan Insfrastruktur di Plot A Bagi Penduduk Yang Terlibat Dengan Pembangunan Hub Industri Minyak dan Gas di Pengerang, Kota

(51)

Tinggi, Johor.Bagi projek ini, kaedah turnkey telah digunakan.Kaedah ini adalah salah satu kaedah conventional yang telah sekian lama digunakan di Malaysia.Seperti yang diketahui makna kaedah ini ialah perjanjian di antara dua pihak yang bersetuju di mana satu pihak menawarkan kerja (majikan) dan satu pihak lagi bersedia menjalankan kerja-kerja yang ditawarkan (kontraktor).Turnkey pula bermakna menyerahkan kunci apabila projek siap kelak.Kontrak turnkey yang ditakrifkan di dalam bahan rujukan membawa maksud satu perjanjian di antara majikan yang mencadangkan projek dengan kontraktor di mana kontraktor bertanggungjawab merekabentuk, menyiapkan dan membiayai kos-kos pembinaan sehingga projek yang dicadangkan siap (Hand Over).Majikan hanya membuat pembayaran setelah projek siap (apabila kontraktor menyerahkan kunci).

Kontraktor mempunyai kuasa ke atas projek dan boleh menentukan apa yang patut dilakukan ke atas projek yang sedang dijalankan. Ini kerana kontraktor adalah sebagai majikan sehinggalah projek diserahkan. Pihak kontraktor akan mengeluarkan modal untuk menjalankan projek dan memastikan projek berjalan mengikut apa yang terkandung dalam perjanjian untuk memastikan projek dapat disiapkan dan diserahkan secara sempurna bagi mendapatkan bayaran daripada majikan.

Di sini kontraktor hendaklah memberi jaminan bahawa rekabentuk yang dicadangkan dan dipersetujui oleh majikan adalah yang terbaik.Ini penting kerana kontraktor bertanggungjawab terhadap majikan di atas apa-apa kecacatan yang timbul dari kesilapa-apan rekabentuk.Ini bermakna

(52)

kontraktor bertanggungjawab walaupun itu bukanlah berpunca dari kesalahan dan kecuaiannya.

Dalam hal ini, pihak KEJORA bertindak sebagai pemilik projek telah bersetuju untuk melantik Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaksanakan projek tersebut.Tetapi SAJ tidak mempunyai lesen untuk melaksankan projek pembinaan.Pihak SAJ telah mencadangkan anak syarikat mereka iaitu, Ranhill Water Services Sdn. Bhd. (RWS) sebagai kontraktor untuk melaksankan projek pembinaan ini.

Sekiranya sesuatu projek menggunakan kaedah turnkey, maka secara automatik kaedah Design and Build digunakan.Maka dengan itu, pihak RWS diminta untuk mencari atau melantik pihak perunding dan sub-kontraktor yang berkaitan. Pihak Perunding yang dilantik oleh pihak RWS ialah perunding dari Syarikat RAF Consult Sdn. Bhd. sebagai Juruperunding Sivil dan Struktur, perundingdari Syarikat NHK Ultimate Consult Sdn. Bhd. bertindak sebagai Juruperunding Mekanikal dan Elektrik dan perunding dari syarikat Pakatan Ukur Bahan Sdn. Bhd. sebagai Perunding Jurukur Bahan.

Pegawai Penguasa bagi projek ini ialah Pengurus Besar KEJORA, manakala Wakil Pegawai Penguasa ialah Ketua Unit Teknikal, KEJORA.Mesyuarat Serah Tapak telah dilakukan pada 9Julai2013 dan sekali gus merupakan tarikh bermulanya proses pemibinaan. Tarikh siap projek dijangka pada 8Januari2015.Jangka masa pembinaan di dalam kontrak ialah selama 18 bulan.

(53)

Kaedah Design and Build digunakan secara automatik kerana kaedah turnkey telah digunakan. Jumlah harga di dalam kontrak ialah RM16,978,831.43. Kaedah Design and Build merupakan satu konsep di mana hanya satu pihak sahaja dipanggil iaitu RWS yang akan memeterai kontrak dengan pihak KEJORA untuk menjalankan kerja-kerja perancangan, kerja reka bentuk dan kerja pembinaan mengikut kehendak-kehendak yang telah dinyatakan dan dipersetujui dengan pihak KEJORA. Setelah projek itu siap dibina dengan sempurna, RWSakan menyerahkan projek tersebut kepada pihak KEJORA untuk dilengkapkan dengan landskap, hiasan dalaman, peralatan serta kelengkapan-kelengkapan lain yang tidak termasuk didalam kontrak.

4.2 PembinaanSuction Tank, Elevated Tank dan Pump House

Dalam projek ini, cadangan membina tangki air melibatkan tiga elemen iaitu, pembinaan tangki air (Elevated), tangki air (Suction) lengkap dengan pam serta kuarters pekerja dan kerja-kerja elektrikal dan mekanikal untuk operasi.

(54)

4.3 Jenis Tangki

Tangki simpanan juga dikenali sebagai tangki agihan, kerana selain menyimpan air tangki ini juga berfungsi mengagihkan air kepada pengguna. Terdapat pelbagai jenis tangki simpanan yang digunakan dan lazimnya diletakkan pada aras yang lebih tinggi dari kawasan bekalan bagi memastikan tekanan yang diperlukan untuk pengagihan mencukupi sehingga ke kawasan yang paling jauh dari tangki simpanan. Tangki ini dibina daripada pelbagai jenis bahan.Bahan-bahan yang biasa digunakan untuk membina tangki ialah konkrit, keluli dan bahan gentian seperti kaca dan plastik.Bagi projek ini, bahan gentian kaca digunakan dalam pembinaan

suction tank.Jadual 4.1 menunjukkan jenis-jenis tangki simpanan dan

(55)

Jadual 4.1 : Jenis-Jenis Tangki Simpanan dan Fungsinya.

Bil Jenis Tangki Fungsi

1. Tangki Simpanan Loji Menyimpan air yang telah diolah di loji rawatan sebelum disalurkan untuk diagihkan kepada pengguna melalui tangki pengimbang dan tangki perkhidmatan.

2. Tangki Pengimbang Menerima bekalan air bersih dan mengagihkan kepada satu atau beberapa tangki perkhidmatan. Tangki pengimbang juga perlu menyimpan bekalan air dalam kuantiti yang banyak. Muatan minimum ialah 450m³ dan maksimum 9000m³

3. Tangki Perkhidmatan

a. Tangki bentuk cendawan b. Tangki bentuk silinder c. Tangki segi empat

Tangki perkhidmatan ialah tangki yang membekalkan air yang diterima dari tangki pengimbang untuk diagihkan kepada kawasan agihan seperti

kawasan perumahan atau

perindustrian. Terdapat pelbagai bentuk tangki perkhidmatan seperti bentuk cendawan, silinder dan segi empat.

(56)

Rajah 4.1 : Bahan gentian kaca digunakan dalam pembinaan Suction Tank

(57)

4.4 Preliminaries Works 4.4.1 Pengenalan

Dalam sebuah projek pembinaan, preliminaries adalah salah satu perkara yang paling utama di mana ia telah dipersetujui oleh kedua-belah pihak iaitu pihak KEJORA dan RWS dan telah termenterai di dalam tender kontrak yang telah dikeluarkan.

Ini termasuklah dokumen-dokumen yang terlibat seperti terkandung di dalam kehendak permulaaan syarat-syarat am. Contonhya, sample dan ujian, pemeriksaan tapak, insurans untuk kemalangan dan kerosakan harta benda, Insurans of Workmen

Compensation/ SOCSO, contoh-contoh bahan atau ketukangan,

susun atur tapak, program kerja Critical Path Method (CPM), gambar kemajuan kerja dan segala dokumen yang berkaitan.

4.4.2 Susun Atur Tapak dan Kemudahan Perkhidmatan Di Tapak Bina 4.4.2.1 Jalan Sementera

Adalah penting bagi sesebuah tapak projek menyediakan jalan keluar masuk bagi kemudahan untuk laluan jentera.Selain itu, ianya bagi memudahkan bahan-bahan binaan dibawa masuk dengan mudah dan cepat.

(58)

4.4.2.2 Pejabat Tapak

Merupakan tempat untuk menjalankan mesyuarat tapak dan tempat menyimpan segala dokumen penting mengenai tapak serta carta-carta program kerja. Kontraktor juga akan menyediakan segala kelengkapan dan alatan bagi keselesaan Pegawai Penguasa dan semua yang terlibat dari pihak KEJORA.Bagi projek ini, pejabat tapaknya di Teluk Ramunia.

4.4.2.3 Tandas

Keperluan ini juga akan disediakan oleh pihak kontraktor bagi kemudahan kedua-dua belah pihak.

4.4.2.4 Stor Menyimpan Alatan dan Bahan-Bahan

Stor memainkan peranan penting bagi menyimpan segala alat kelengkapan yang akan diguna di dalam projek. Stor akan dipastikan selamat dan terjamin daripada dicuri. Ianya juga untuk mengelakkan bahan-bahan yang mudah rosak terdedah pada cuaca.

4.4.2.5 Papan Tanda

Papan tanda akan disediakan oleh pihak kontraktor kerana ia telah tertakluk di dalam tender projek. Lukisan pelan bagi papan tanda juga disediakan mengikut spesifikasi KEJORA.

(59)

4.4.2.6 Pagar Sekeliling Tapak Projek

Merupakan salah satu daripada langkah keselamatan yang harus dipatuhi oleh pihak kontraktor. Tujuannya adalah untuk memastikan orang awam tidak memasuki kawasan pembinaan yang boleh mengakibatkan kemalangan yang tidak disengajakan atau disengajakan.

4.4.2.7 Bekalan Elektrik dan Bekalan Air

Pihak kontraktor juga akan memastikan segala bekalan kemudahan ini disediakan di tapak projek. Kontraktor akan memohon kepada TNB dan kepada SAJ bagi memenuhi keperluan ini. Pemasangan bekalan ini akan dipasang oleh sub-kontraktor.

4.4.3 Pemantauan Perlaksanaan Kerja

Secara amnya, tugas KEJORA adalah memantau perjalanan segala aktiviti di tapak pembinaan bagi setiap kerja yang dilakukan untuk memastikan aktiviti yang akan dilakukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Antara skop aktiviti yang dilihat adalah kerja ukur, kerja tanah, penyediaan pelan tapak, penyiasatan tapak, kerja-kerja awalan, kerja substruktur dan superstruktur, kerja kayu, kerja-kerja konkrit dan sebagainya yang terlibat dalam pembinaan.

(60)

4.4.4 Ujian Tanah

Dalam projek pembinaan tangki air ini, ujian yang dilakukan ke atas tapak bina adalah menggunakan ujian Proba Mackintos. Secara amnya, penyiasatan tanah adalah satu langkah yang paling utama dalam sesebuah pemibinaan yang dilaksanakan.

Tujuan ujian ini dilakukan adalah untuk mengelak masalah-masalah pada struktur pembinaan. Antara masalah-masalah yang mungkin timbul adalah berlakunya enapan tanah dan boleh menjejaskan struktur yang lain.

4.5 Kerja-Kerja Tanah

4.5.1 Pengenalan

Dalam melaksanakan kerja-kerja penggalian, beberapa aspek penting harus diambil kira. Pihak kontraktor mestilah memastikan kawasan pengalian berada dalam keadaan selamat bagi memudahkan untuk membuat anggaran bagi segala keperluan untuk kawasan kerja tersebut mengikut had kerja yang telah diberikan mengikut spesifikasi.

Sepanjang pemantauan saya ke tapak bina, segala kerja tanah telah siap dilaksanakan, kerja yang sedang dilakukan adalah kerja-kerja perlantakan cerucuk. Jadual di sebelahadalah peralatan, loji dan mesin yang digunakan dalam kerja-kerja tanah.

(61)

Jadual 4.2 : Peralatan, Loji dan Mesin Yang Digunakan Dalam Kerja-Kerja Tanah

Bil. Jentera dan Mesin

Kegunaan

1. JCB Digunakan untuk kerja pengorekan, memunggah tanah dan mengangkut barang.

2 Bad Pusher Digunakan untuk kerja-kerja seperti meratakan tanah pada ketebalan yang diperlukan.

3. Mesin Compact Diguna bagi kerja-kerja seperti pemadatan tanah bagi mencapai kehendak yang diperlukan.

4. Mini Roller Digunakan bagi meratakan permukaan tanah terutama selepas menggunakan mesin compact.

(62)

4.6 Kerja Cerucuk 4.6.1 Pengenalan

Asas bangunan merupakan elemen terpenting dalam sesebuah binaan di mana ianya berfungsi untuk menanggung dan mengagihkan beban daripada struktur bangunan terus ke lapisan tanah. Beban yang ditanggung adalah beban hidup, beban mati, beban angin yang akan disebarkan dengan selamat tanpa berlaku kerosakan pada bangunan. Asas juga mesti mempunyai kedalaman yang mencukupi bagi mengukuhkan kedudukan bangunan dari dipengaruhi oleh keadaan tanah sekeliling. Asas yang digunakan mestilah mempunyai daya ketahanan dari serangan bahan kimia yang terdapat dalam tanah.

Dalam projek ini, spun pile digunakan untuk pembinaan

elevated tank. Manakala square pile digunakan dalam

pembinaan suction tank.

4.6.2 Jenis-Jenis Cerucuk

Cerucuk boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut keadaan tanah iaitu :

i) Cerucuk Tanggung Hujung (End Bearing Pile) ii) Cerucuk Geseran (Friction Pile)

(63)

Cerucuk tanggung hujung adalah cerucuk yang dilantak sehingga ke lapisan tanah keras iaitu setelah mencapai set yang telah ditetapkan, di mana beban yang di bawa dari bangunan akan terus disebarkan ke permukaan tanah keras.

Cerucuk geseran pula adalah cerucuk yang tidak mencapai permukaan tanah keras tetapi telah mencapai set yang telah ditetapkan sewaktu kerja perlantakan dijalankan, di mana beban akan ditanggung oleh geseran antara permukaan cerucuk dengan permukaan tanah.

Panjang cerucuk yang digunakan adalah 12m bagi

starter pile dan 6m bagi sambungan. Set perlantakan bagi

cercucuk pula adalah 24m. sekiranya kerja perlantakan cerucuk telah mencapai 24m dalam, maka hentakan akan dihentikan. Cerucuk yang digunakan mestilah telah cukup usia dan mendapat kelulusan sebelum digunakan. Segala kerja perlantakan cerucuk adalah mengikut pelan yang telah ditetapkan dan akan diawasi oleh penyelia tapak dari pihak kontraktor dan wakil dari pihak KEJORA.

(64)

Rajah 4.3 : Spun Pile

(65)

4.6.3 Perlaksanaan Kerja a) Maklumat Cerucuk

Apabila cerucuk tiba di tapak bina, pemeriksaan dan pengesahan adalah perlu dilakukan supaya cerucuk yang dibekalkan telah mencapai usia 28 hari. Cerucuk mestilah tertera tarikh ianya dibuat, kelas cerucuk, berat cerucuk dan nombor rujukan. Selain itu, memeriksa rekod ujian bagi setiap cerucuk adalah penting dan menyemak jumlah cerucuk yang dibekalkan mengikut pesanan yang telah ditetapkan.

b) Pelan Terperinci

Setelah semua maklumat telah lengkap diperolehi, pelan kedudukan cerucuk pada bangunan perlu disertakan bagi memudahkan kerja perlantakan berjalan lancar dan menepati kedudukan yang telah ditetapkan. Pelan tersebut juga akan melampirkan lukisan topi cerucuk dan saiz acuan.

(66)

c) Aktiviti Menanam Cerucuk

Sebelum aktiviti perlantakan cerucuk dilakukan, kedudukan cerucuk mestilah tepat pada tanda yang telah ditetapkan mengikut pelan yang sedia ada. Bahan-bahan dan alatan yang digunakan untuk kerja perlantakan cerucuk adalah mesin perlantak, drop hammer (bergantung pada diameter

pile), mesin welding, minyak antiras atau pencegah karat

dan driving cap.

4.6.4 Prosedur Kerja Perlantakan Cerucuk

1) Jarak cerucuk yang hendak dilantak mestilah sama dengan jarak yang terdapat pada borang perlantakan cerucuk. 2) Semasa mendirikan cerucuk, pastikan cerucuk mengikut

kedudukan yang telah ditanda dan mengikut pelan. Kepugakan cerucuk dipastikan dengan menggunakan timbang air atau pelambab antara dua sudut berbeza. 3) Pada peringkat awal, perlantakan dilakukan perlahan-lahan

mengikut ketinggian sebenar jatuhan penukul apabila kedudukan telah stabil.

4) Rekod perlantakan akan dicatat pada borang perlantakan yang disediakan.

5) Setiap kedalaman 0.3m, bacaan bilangan hentakan akan direkod pada borang sehingga mencapai set.

(67)

6) Starter pile yang digunakan berukuran 12m dan akan

disambung menggunakan cerucuk 6m panjang. Sambungan akan dibuat selagi belum mencapai set. Sambungan dibuat menggunakan welding dan disapu dengan cat antiras atau cat cegah pengaratan. Perlantakan akan diteruskan selepas 15 minit bagi memastikan sambungan betul-betul kukuh.

7) Kepugakan akan diperiksa seklai lagi sebelum kerja

perlantakan dilakukan.

8) Setelah mencapai set, graf akan diletak pada cerucuk dan

bacaan akan diambil pada 10 hentakan terakhir di mana setiap satu kotak graf mewakili 1mm dan sekiranya set yang ditetapkan oleh RWS adalah 24mm, maka graf yang terhasil mestilah tidak melebihi 24mm tersebut.

9) Semasa mengambil set, jatuhan penukul hendaklah

diperlahankan untuk memastikan graf yang terhasil lebih berkesan.

(68)

Rajah 4.5 : Kerja-Kerja Penanaman Cerucuk di Suction Tank

(69)

4.6.5 Prosedur Perlaksanaan Topi Cerucuk atau Pile Cap

Selepas kerja-kerja lantakan cerucuk dilakukan disetiap point yang ditetapkan mengikut pelan, kerja pemotongan cerucuk akan dilakukan untuk membuat topi cerucuk. Terdapat 3 jenis topi cerucuk iaitu 1 point, 2 point dan 3 point.

Berikut adalah langkah-langkah bagi kerja membuat topi cerucuk :

i. Selepas kerja piling siap dilakukan, permukaan keliling tanah pada cerucuk akan dikorek sedalam 1.5m dalam. ii. Bentuk cerucuk bergantung pada beban yang hendak

ditanggung di mana sekiranya beban yang ditanggung besar nilainya, bentuk tiga segi atau 3 point digunakan. iii. Cerucuk akan dipotong mengikut panjang yang telah

ditetapkan sehingga hanya menampakkan 50mm sahaja.

iv. Kotak bentuk dipasang mengikut saiz yang ditetapkan dalam pelan. Saiz pile cap biasanya mengikut standard spesifikasi.

v. Besi bagi pile cap akan dimasukkan terlebih dahulu sebelum pile plug dimasukkan.Pile plug akan dimasukkan 1m dalam keadaan cerucuk dan besinya akan diikat pada besi topi cerucuk.

(70)

vi. Saiz besi pula bergantung pada beban yang ditanggung dan rekabentuk topi cerucuk mengikut lukisan pelan. vii. Lapisan kedap atau lean concrete dilakukan pada

permukaan tanah yang telah dipadatkan.

viii. Pemeriksaan besi pada topi cerucuk akan dilakukan oleh Pegawai Penguasa bersama Perngurus Projek untuk mendapatkan kelulusan sebelum dikonkrit.

ix. Selepas tempoh konkrit tamat, pengawetan atau curing pada topi cerucuk akan dilakukan menggunakan guni basah.

x. Tamat tempoh pengawetan, semburan anai-anai akan dilakukan yang bertujuan untuk membentuk satu rintangan bahan kimia untuk tempoh jangka masa panjang di tanah di bawah lantai bangunan untuk mencegah serta menghalang kehadiran anai-anai. xi. Selepas semua kerja di atas dilakukan pada semua

point yang terdapat pada pelan, permukaan yang digali

(71)

4.7 Ujian Bebanan 4.7.1 Pengenalan

Terdapat dua kaedah dalam menjalankan ujian beban iaitu kaedah PDA (Pile Dynamic Analysis) dan Load Test (Maintain

Load Test). Ujian ini dijalankan untuk menguji kekuatan

cerucuk untuk menampung beban yang akan menampung beban yang akan ditanggung bagi mengelak berlakunya lebihan beban dan kegagalan cerucuk yang dilantak. Selain itu, ianya juga untuk memastikan kerja melantak cerucuk mencapai kedalaman yang maksimum (end bearing)

PDA pula beroperasi menggunakan teknologi moden di mana penggunaan computer digunakan untuk mendapatkan keputusan. Cara ini mengambil masa yang singkat dan cepat. Namun, keputusannya tidak begitu tepat. Kaedah Maintain

Load Test pula mengambil masa selama 2 hari atau 48 jam.

Beban akan dikenakan berperingkat-peringkat dan diturunkan juga berperingkat dan cara ini lebih berkesan berbanding kaedah PDA.

(72)

Rajah 4.7 : Load Test di Elevated Tank (Piling Point No.56)

(73)

4.7.2 Perlaksanaan Kerja Ujian Beban

Terdapat tiga (3) peringkat dalam kerja ujian beban iaitu :

a. Penambahan Beban

b. Maintained Load (Tida Penambahan Beban)

c. Penurunan Beban

i. Penambahan Beban

Beban diletakkan di atas cerucuk semasa menambahkan berat berperingkat-peringkat sama nilai hingga berat iaitu berat beban dua kali beban working load(berat beban + 10% berat maksimum)

Penambahan beban dibuat secara 8peringkat untuk bangunan dan bagi kerja jalan, 12 peringkat dilakukan. Bacaan pemendapan cerucuk akan dibaca pada Dial Gauge bagi setiap 15 minit untuk jam pertama dan 30 minit untuk jam kedua.

(74)

Penambah beban akan dibuat setelah bacaan pemendapan atau kadar pemendapan tidak melebihi 0.25mm atau 0.01 inci dalam satu jam. Sekiranya perbezaan pemendapan melebihi had di atas, penambahan tidak akan dibuat lagi sebaliknya bacaan setiap 15 minit diteruskan sehingga kadar pemendapan tidak melebihi kadar 0.25 mm/jam. Gred graf pemendapan melawan masa akan ditunjukan pada setiap beban penambahan.

ii. Maintained Load (Tida Penambahan Beban)

Beban untuk maintained load adalah penambahan beban mencapai beban maksimum (2 kali working load). Beban maksima ujian akan dikekalkan selama 24 jam dan bacaan pemendapan dibuat pada setiap satu jam.

(75)

iii. Penurunan Beban

Penurunan beban dibuat secara peringkat pada kadar berat yang sama nilai dan dilakukan pada setiap satu jam. Bacaan pemendapan diambil pada setiap 15 minit. Bagi bacaan ujian beban berakhir setelah 1 jam bebanan sifar di mana bacaan diambil pada setiap 15 minit.

4.7.3 Penilaian Ujian

Residual Settlement selepas bebanan disifarkan tidak

melebihi 6.5mm. Jumlah pemendapan telah melebihi 12.5mm ketika beban pada paras working load. Jika jumlah pemendapan telah melebihi 38.0mm atau 10% daripada garis pusat cerucuk yang mana nilai terendah pada bebanan maksima ujian (2kali working load).

Referensi

Dokumen terkait