• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Pertandingan Tenis Tertutup

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kertas Kerja Pertandingan Tenis Tertutup"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PERTANDINGAN TENIS SEMPENA KARNIVAL SUKAN

IPG KAMPUS KENINGAU TAHUN 2012

PENGANJUR

PERSATUAN TENIS IPG KAMPUS KENINGAU

TEMPAT

GELANGGANG TENIS IPG KAMPUS KENINGAU BEG BERKUNCI 11, 89009 KENINGAU, SABAH. TARIKH 8 SEPTEMBER 2012 TEMPAT

(2)

PERTANDINGAN TENIS IPG KAMPUS KENINGAU TAHUN 2012 1.0 Pengenalan

Sukan tenis merupakan salah satu sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras dalam negara. Namun, sukan tenis agak kekurangan bakat-bakat muda terutamannya bagi peringkat remaja. Setelah menyedari hakikat ini, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau telah mengambil inisiatif untuk mencukil bakat-bakat muda terutama dalam kalangan remaja melalui penganjuran pertandingan tenis ini.

2.0 Matlamat

a) Memperkenalkan dan mempromosikan sukan tenis dalam kalangan generasi remaja

b) Memajukan sukan tenis sebagai sukan teras di peringkat institut seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

c) Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dan sihat dari segi rohani, jasmani, intelek dan sosial.

d) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara para pensyarah dan pelajar-pelajar di IPG Kampus Keningau terutamanya dalam pembangunan sukan tenis.

3.0 Tentatif Pelaksanaan

Tarikh : 8 September 2012 (sabtu) Masa : 8.00 pagi - 4.00petang

Tempat : Gelanggang Tenis Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

4.0 Pengelolaan/Penganjuran

(3)

5.0 Penaja Utama

IPG Kampus Keningau, Sabah.

6.0 Sasaran Peserta

Semua warga IPG Kampus Keningau tidak kira dari mana-mana bahagian termasuk pekerja rendah am, pelajar mahupun pensyarah.

7.0 Jawatankuasa Pengelolaan Kejohanan

Jawatankuasa khas pengelolaan kejohanan ini yang telah dilantik oleh Kelab Tenis IPGM Kampus Keningau. (Rujuk Lampiran 1)

8.0 Sistem Pertandingan

GERKO Tenis telah sepakat memilih sistem pertandingan kalah mati sebagai cara untuk mengelola pertandingan semasa karnival sukan. (Rujuk Lampiran 2)

9.0 Status Program

Program ini diwajibkan sebagai salah satu tugasan untuk memenuhi pro-forma GERKO Tenis untuk PPISMP Sem 3 Ambilan Jun 2011.

10.0 Kewangan

10.1 Anggaran Perbelanjaan

PERKARA BAJET JUMLAH (RM)

Minuman (Air Mineral)

– botol kecil 4kotak × Rm 8.00 32.00

Sijil 20 × Rm 2.50 50.00 Hadiah Pemenang (Hamper) Johan Naib Johan Ketiga 50.00 30.00 20.00 JUMLAH (RM) 182.00

(4)

10.2 Sumber Kewangan Lain

Yuran Penyertaan Peserta RM 15

11.0 Senarai Nama Peserta

(Rujuk Lampiran 3)

12.0 Jadual Program

(Rujuk Lampiran 4)

10.0 Penutup

Kerjasama daripada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung amatlah diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program ini.

(5)

Ulasan Pegawai Eksekutif Kanan:

1. Disahkan Peruntukan Mencukupi / Tidak Mencukupi 2. Peraturan dipatuhi / tidak dipatuhi

3. Permohonan disokong / tidak disokong

(IBRAHIM BIN WAHAB) Tarikh:

Pegawai Eksekutif Kanan, IPG Kampus Keningau, Sabah. Disediakan oleh:

(Ummi Natasha Binti Ahmad ) Setiausaha,

GERKO Tenis IPG Kampus Keningau.

Disemak oleh:

(Donatus Justin) Penasihat Gerko Tenis, PPISMP Semester 3

IPG Kampus Keningau, Sabah.

Disokong oleh:

(RICHARD KAJIM) Ketua Unit Kokurikulum, IPG Kampus Keningau, Sabah.

Diluluskan oleh:

(RUJINAH BINTI MIKI) Tarikh:

Pengarah,

IPG Kampus Keningau, Sabah. Ulasan Setiausaha Akademik :

Adalah disahkan bahawa aktiviti/program ini merupakan status wajib/sokongan/pemurnian berdasarkan sukatan pelajaran/proforma.

(VASANTHI A/P SUBRAMANIAM) Tarikh:

Setiausaha Akademik,

(6)

LAMPIRAN 1

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGELOLAAN PERTANDINGAN TENIS

Penaung : Puan Rujinah Binti Miki

(Pengarah IPG Kampus Keningau, Sabah)

Penasihat : Encik Donatus Justin

Pengerusi : Carolyne Lee Kah Yan

Timb. Pengerusi : Siti Safiah Binti Danan

Setiausaha : Ummi Natasha Binti Ahmad

Bendahari : Voo Fui Shuen

AJK Kecil : 1. Peralatan

- Mark Chin

- Alwe Alvera Kimis - Masitah Binti Malik

2. Publisiti

- Dayana Binti Damsah

- DG. Ainattun Nazwa Binti Amidi - Toh Meng Chun

3. Pengadilan

- Siti Nor Shafiqah Binti Junaidi - Faizah Binti Julhatab

- Fareha Quonita Binti Kaipin

4. Kebajikan

- Khairunisa Binti Roslih - Maria Salin

- Rozaina Binti Hamma

(7)

5. Keselamatan

- Hafizah Binti Rosle - Sri Farhana Binti Asmat

- Sharifah Nor Adibah Binti SH Suhor

6. Makanan

- Nurul ‘Izzati Binti Norali

(8)

LAMPIRAN 2

PERATURAN DAN SYARAT

PERTANDINGAN TENIS PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU SABAH

TAHUN 2012

1.0 PENGANJUR

GERKO Tenis PPISMP Semester 3, IPG Kampus Keningau.

2.0 PENGELOLA

Jawatankuasa Khas yang telah dilantik oleh GERKO Tenis PPISMP Semester 3, IPG Kampus Keningau

3.0 NAMA, TARIKH DAN TEMPAT

3.1 Pertandingan ini dikenali sebagai Pertandingan Tenis Anjuran GERKO Permainan tenis.

3.2 Pertandingan ini akan berlangsung pada 8 September bermula jam 8.00 pagi di Gelanggang Tenis IPG Keningau.

4.0 YURAN PENYERTAAN

Satu peserta RM 15 diperlukan.

5.0 JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan perseorangan kategori lelaki dan perempuan.

6.0 HADIAH YANG DITAWARKAN

Hadiah yang ditawarkan adalah hanya untuk Johan, Naib Johan dan tempat Ketiga.

7.0 PENDAFTARAN PESERTA

7.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat satu minggu sebelum kejohanan dengan melengkapkan Borang Penyertaan Rasmi yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.

7.2 Setiap pasukan diwajibkan untuk menghantar seorang wakil peserta lelaki dan seorang wakil peserta perempuan.

(9)

7.4 Borang Pendaftaran Pemain yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan sebelum pertandingan bermula.

8.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA

8.1 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 10 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri. 8.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada AJK

tanpa borang penyertaan yang lengkap.

8.3 Peserta yang ingin menarik diri haruslah memberitahu kepada pihak penganjur tanpa melalui orang lain.

9.0 SISTEM PERTANDINGAN

9.1 Setiap pusingan akan dijalankan secara sistem kalah mati.

9.2 Jika terdapat peserta yang tiba lewat atau gagal untuk bermain pada masa yang ditetapkan maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

10.0 PERATURAN PERMAINAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang International Federal Netball Association (IFNA) yang diguna pakai sekarang. Jawatankuasa Pertandingan berhak memutuskan sebarang perkara yang tiada dalam peraturan ini dan keputusan yang diambil adalah MUKTAMAD.

11.0 PENGADIL

Keputusan pengadil pada awal dan akhir permainan adalah MUKTAMAD.

12.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIBATALKAN

Sekiranya terdapat hal-hal yang tidak dijangkakan atau akibat hal-hal luar kawalan oleh kedua-dua pasukan, maka perlawan yang ditunda atau diberhentikan itu akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

13.0 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan.

(10)

14.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

15.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang telah ditetapkan, tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Penasihat berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, peserta-peserta akan dimaklumkan.

15.2 Pengadilan oleh Jawatankuasa Pengelola adalah adil dan muktamad serta tidak boleh diragui.

15.0 HAL-HAL LAIN

Jawatankuasa TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ke atas sebarang kemalangan, kematian, kecacatan anggota badan, kehilangan harta benda atau sebarang kecederaan lain yang berlaku semasa pertandingan dijalankan.

(11)

LAMPIRAN 3

BIL. SENARAI NAMA PESERTA JANTINA

1. Nurul Syafikah Binti Ahmad P

2. Shafina Binti Sahipah P

3. Lidia Binti Jismy P

4. Nur Hafizah Binti Razak P

5. Putra Amri Binti Rosli L

6. Mohd. Ali Bin Amin L

7. Fazril Bin Hakimi L

8. Rosnirah Binti Roslan P

9. Asanizan Binti Tasim P

10. Mohd Hanafi bin Atan L

11. Mohd Irfan bin Samsudin L

12. Nur Farah Nadhirah Binti Amran P

13. Lee Yuu Kan L

14. Alexender Chong L

15. Nur Adibah Binti Amin P

16. Hani Binti Daniel P

17. Fazlina binti Faizal P

18. Ahmad bin Saiful L

19. Mohd Irwan bin Akim L

(12)

LAMPIRAN 4

Tentatif Program

8.00 pagi – Pendaftaran Peserta 8.30 pagi – Taklimat Pertandingan 9.00 pagi – Kejohanan dimulakan 12.30 t/hari – Rehat

2.00 Petang – Kejohanan bersambung 4.30 petang – Kejohanan dijangka selesai 5.00 petang – Majlis Penyampaian Hadiah 6.00 petang – Majlis Bersurai

Referensi

Dokumen terkait