• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin (Final)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Faktor Kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin (Final)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK ARTIKEL : MALAYSIA’S CONFLICT WITH THE PHILIPPINES AND TAJUK ARTIKEL : MALAYSIA’S CONFLICT WITH THE PHILIPPINES AND

INDONESIA OVER LABOUR MIGRATION: ECONOMIC, SECURITY,

INDONESIA OVER LABOUR MIGRATION: ECONOMIC, SECURITY,

INTERDEPENDENCE AND CONFLICT TRAJECTORIES INTERDEPENDENCE AND CONFLICT TRAJECTORIES ABSTRAK

ABSTRAK

Perkara yang dibincangkan dalam tugasan ini ialah persetujuan kumpulan Asterix dengan artikel Perkara yang dibincangkan dalam tugasan ini ialah persetujuan kumpulan Asterix dengan artikel  bertajuk

 bertajuk Malaysia’s Conflict With The Philippines And Indonesia Over Labour Migration:Malaysia’s Conflict With The Philippines And Indonesia Over Labour Migration: Economic, Security, Interdependence And Conflict Trajectories (Terjemahan Tajuk dalam Economic, Security, Interdependence And Conflict Trajectories (Terjemahan Tajuk dalam Bahasa Malaysia : Konflik Malaysia Dengan Filipina Dan Indonesia Ke Atas Penghijrahan Bahasa Malaysia : Konflik Malaysia Dengan Filipina Dan Indonesia Ke Atas Penghijrahan Buruh: Ekonomi, Keselamatan, Saling Bergantung Dan Konflik Trajektori). Persetujuan kami Buruh: Ekonomi, Keselamatan, Saling Bergantung Dan Konflik Trajektori). Persetujuan kami dengan artikel ini disokong dengan hujahan-hujahan seperti faktor-faktor kemasukan buruh, dengan artikel ini disokong dengan hujahan-hujahan seperti faktor-faktor kemasukan buruh, kesan positif dan negatif kepada negara Malaysia. Hubungan antara Malaysia dan Indonesia dan kesan positif dan negatif kepada negara Malaysia. Hubungan antara Malaysia dan Indonesia dan Filipina yang wujud ialah Hubungan Antarabangsa.

Filipina yang wujud ialah Hubungan Antarabangsa.

DEFINISI DEFINISI

Perhubungan Antarabangsa merupakan satu lapangan yang luas. Didefinisikan sebagai semua Perhubungan Antarabangsa merupakan satu lapangan yang luas. Didefinisikan sebagai semua  perhubungan

 perhubungan atau atau kira kira bicara bicara yang yang berlaku berlaku melewati melewati atau atau menjangkau menjangkau sempadan-sempadansempadan-sempadan negara. Maksudnya, hubungan ini melibatkan transaksi antarabangsa dalam pelbagai bidang negara. Maksudnya, hubungan ini melibatkan transaksi antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti perdagangan , diplomatik, komunikasi, pelancongan, pengangkutan, pendidikan, agama, seperti perdagangan , diplomatik, komunikasi, pelancongan, pengangkutan, pendidikan, agama, kesihatan dan lain-lain. Ringkasnya, asas kepada perhubungan antarabangsa ialah perhubungan kesihatan dan lain-lain. Ringkasnya, asas kepada perhubungan antarabangsa ialah perhubungan tersebut mesti melibatkan individu, kumpulan atau pertubuhan di negara yang lain.

(2)

INTI PATI ARTIKEL

Jika dilihat dari keseluruhan artikel ini, hubungan Malaysia –  Filipina adalah lebih baik  berbanding dengan hubungan Malaysia –  Indonesia. Pada tahun 2002, apabila timbulnya konflik migran ini, hubungan Filipina masih lagi berjalan dengan lancar tanpa sebarang perbalahan yang serius sehingga konflik berjaya diselesaikan. Berbanding dengan Indonesia, hubungannya dengan Malaysia bertambah rumit tanpa ada sebarang penyelesaian.

Semenjak dari tahun 1970-an, pekerja asing dari Indonesia dan Filipina telah menjadi suatu bahagian penting dalam ekonomi Malaysia. Bilangan mereka semakin bertambah sehingga tahun 1980-an. Pada tahun 1999, Malaysia telah menjadi negara yang terbesar dalam penerimaan  buruh asing di dalam beberapa sektor utama, seperti pembuatan, pertanian perladangan,  pembinaan dan perkhidmatan. Sebelum berlakunya krisis kewangan global pada tahun 2009, sektor seperti pembuat telah mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 52% daripada  jumlah tenaga kerja sektor ini, diikuti dengan sektor pembinaan iaitu sebanyak 34% dan 33%

dan sektor perladangan.

Penghijrahan pekerja asing dari Indonesia telah melalui 3 fasa, iaitu fasa pertama pada tahun 1970-an, diikuti dengan fasa kedua selepas pertengahan 1980-an dan fasa ketiga pada akhir tahun 2008 selepas tamatnya Krisis Asia. Namun begitu pada tahun 2009, apabila berlakunya Krisis Kewangan Global, bilangan pekerja asing menurun dengan begitu mendadak berikutan  pemberhentian kerja dan penghantaran balik pekerja.

Pada tahun 2000 telah berlaku suatu peristiwa penculikan, di mana telah mencetuskan kebimbangan kerajaan Malaysia terhadap keselamatan negara. Pada tahun 2002-2003 kerajaan Malaysia telah melancarkan operasi Ops Nyah II Bersepadu bagi mengambil langkah untuk mengusir pendatang asing tanpa izin dan menggubal dasar dan peraturan bagi menangani

(3)

mereka. Hal ini telah menimbulkan konflik di antara kedua-dua buah negara. Sekali gus menimbulkan kemarahan ahli politik di negara tersebut dan mendapat kutukan daripada badan- badan NGO mereka. Namun demikian, Duta kerajaan Indonesia telah melakukan lawatan kerja

ke Malaysia untuk melihat cara penahanan pendatang asing tanpa izin ini dan telah melahirkan rasa puas hati mereka dengan cara yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

Operasi yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia telah mendapat pelbagai kecaman negatif daripada pelbagai pihak. Pelbagai tuduhan yang dilemparkan, namun hubungan Malaysia  –  Filipina masih lagi tidak goyah. Berbanding dengan hubungan Malaysia –  Indonesia yang telah mengalami kemerosotan semenjak dari tahun 2002. Rentetan daripada peristiwa itu, pelbagai masalah remeh –  temeh sering sahaja timbul dan diperbesar oleh pelbagai pihak.

Pada tahun 2005, kerajaan Malaysia telah melancarkan operasi Ops Tegas, ramai  pendatang asing tanpa izin secara sukarela meninggalkan Malaysia. Ini menyebabkan sektor seperti pembinaan dan pertanian Malaysia hampir lumpuh dan ada yang terpaksa diberhentikan sementara operasinya. Hal ini telah menyebabkan Malaysia memanggil kembali mereka. Namun demikian, Indonesia sengaja melambatkan proses dan mengenakan bayaran yang tinggi untuk  permit kerja. Ini menyebabkan Malaysia telah mengambil langkah drastik dengan membenarkan  pekerja asing ini menggunakan visa pelancong untuk masuk bekerja dalam negara Malaysia. Ini

dikatakan telah melanggar undang-undang imigresen.

Beberapa masalah utama yang disentuh ialah konflik yang timbul di negara Malaysia akibat kemasukan imigran asing dari Indonesia dan Filipina. Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara penerima imigran asing yang tertinggi dengan tujuan untuk meningkatkan ekonomi negara. Walaupun begitu, kesan kemasukan imigran asing boleh dilihat daripada aspek  positif dan juga negatif. Kesan negatif yang wujud menimbulkan konflik antara negara. Selain

(4)

itu, turut menekankan bagaimana hubungan baik antara negara dapat dikekalkan. Contohnya, walaupun mempunyai isu antarabangsa dengan Filipina, namun hubungan antara kedua-dua negara ini tidak terjejas seperti mana hubungan Malaysia dengan Indonesia yang lebih rumit.

Isu utama di negara Malaysia akibat daripada penghijrahan buruh melibatkan keselamatan negara, ekonomi, hubungan saling bergantung antara satu sama lain dan konflik-konflik yang timbul.

PENGENALAN

Konflik antara Malaysia –  Indonesia telah wujud sejak 1958 dan konfrontasi diumumkan secara langsung atas arahan Soekarno, Presiden Indonesia pada 20 Januari 1963. Pada 28 Jun 1964, satu pertempuran antara tentera Indonesia dan Malaysia telah berlaku di Pulau Sebatik.

Konfrontasi ini mula reda pada tahun 1964 namun kempen ‘Ganyang Malaysia’ tetap diteruskan

sehingga 28 Mei 1966. Sejarah hubungan antara Malaysia –   Indonesia mempunyai konflik namun ekonomi Malaysia bergantung pada buruh asing khasnya dari Indonesia sehingga dikatakan Liow (2003), buruh Indonesia memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ekonomi negara sejak lewat 1980-an.

Imigran Filipina pula merupakan antara golongan imigran yang terbesar di Sabah. Migrasi ke negeri Sabah berlaku sejak berabad lamanya. Menurut Kitingan (1989), imigran dari rumpun  bangsa Austronesia termasuklah dari Selatan Filipina, Indonesia dan Kepulauan Kokos telah  berhijrah ke negeri Sabah sejak lebih 200 tahun dahulu. Menurut Pillai (1992), laporan-laporan yang diterbitkan menunjukkan bahawa negeri Sabah sahaja mencatatkan jumlah hampir 500,000  pendatang tanpa izin. Jumlah ini adalah anggaran berdasarkan tinjauan yang telah dibuat oleh

(5)

Sabah. Sejumlah 335,500 daripada jumlah ini merupakan rakyat Filipina dan selebihnya ialah Indonesia.

Ini membuktikan bahawa kedatangan pendatang asing ke Malaysia menjadi lebih pesat sekitar tahun 1980-an. Penghijrahan mereka didorong oleh kedekatan lokasi, pengangguran (Baker 1965), perdagangan, pergolakan politik dan belenggu kemiskinan di negara mereka (Yap Ben Liang 1993) dan untuk mencari pendapatan di negara jiran yang lebih stabil. Jumlah imigran asing di Malaysia sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Hal ini menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap ancaman keselamatan negara walaupun membantu dari segi ekonomi.

HUJAHAN

Faktor kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Kedatangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) ke negara Malaysia dapat dibahagikan kepada dua faktor utama iaitu faktor penarik dan faktor penolak.

Faktor penarik

Antara faktor tarikan utama yang menyebabkan kedatangan pendatang tanpa izin ke Malaysia ialah peluang pekerjaan yang tinggi. Permintaan buruh yang tinggi dalam sektor  perladangan menyebabkan sesetengah pihak mengambil cara mudah dengan memberikan  peluang pekerjaan kepada mereka. Tambahan lagi, rentetan daripada pembangunan pesat negara, sektor pembinaan juga menawarkan peluang pekerjaan kepada buruh asing. Hal ini ditambah  pula dengan sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat untuk bekerja di dalam sektor  perladangan dan pembinaan menyebabkan kerajaan terpaksa membuka peluang kepada buruh

(6)

Kestabilan ekonomi juga merupakan salah satu faktor tarikan pendatang asing tanpa izin ke Malaysia. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan melebihi 8% untuk lapan tahun berturut-turut didorong antara lain kepesatan bidang ekonomi berkaitan dengan perindustrian, perladangan dan  perkhidmatan. Di sebabkan faktor inilah, pendatang asing masuk ke dalam negara ini tanpa sebarang permit yang sah. Ekonomi yang stabil dan juga nilai mata wang yang tinggi di negara ini lebih menarik minat mereka untuk masuk ke Malaysia.

 Negara Filipina dan Indonesia mempunyai penawaran tenaga kerja yang tinggi tetapi  pekerjaan pula sangat terhad. Malaysia mencapai jumlah penduduk seramai 28.3 juta tetapi daripada jumlah ini, guna tenaga yang ditawarkan sangat sedikit. Antara mereka pula, ada yang memilih pekerjaan, ada juga yang mengharapkan upah yang tinggi. Sanggup untuk menjadi  penganggur daripada memenuhi permintaan tenaga kerja. Ini menyebabkan majikan memilih

untuk mengupah warga asing tambahan yang tiada permit dengan bayaran upah yang lebih rendah. Bagi imigran asing, bayaran upah itu tentunya tinggi kerana apabila ditukarkan dengan nilai mata wang negara mereka, nilainya lebih tinggi dan dapat membantu keluarga mereka di negara asal.

Di Indonesia, pekerja ladang di bayar 2000 rupiah iaitu lebih kurang RM3 sehari. Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan pendapatan mereka tidak mencukupi dan seterusnya mendorong mereka berhijrah ke Malaysia yang menjanjikan pembayaran upah yang lebih tinggi walaupun mereka terpaksa masuk secara haram ke dalam negara ini.

Faktor tarikan pendatang asing ke dalam Malaysia yang seterusnya ialah keamanan dan kemakmuran negara. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan masyarakatnya hidup  bersatu padu. Hal inilah yang menarik pendatang asing untuk berhijrah ke Malaysia. Mereka mencari tempat yang strategik untuk mencari rezeki seterusnya menetap di sini. Mereka melihat

(7)

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi. Sedangkan di negara mereka pelbagai masalah yang berlaku terutamanya  peperangan dan ketidakstabilan politik. Peperangan sering berlaku di negara asing yang

menyebabkan mereka terpaksa mengambil risiko dengan menyelinap masuk secara haram ke dalam negara Malaysia.

Faktor penolak

Faktor penolak yang utama mendorong pendatang asing tanpa izin menyeludup masuk ke negara Malaysia ialah kekurangan peluang pekerjaan di negara asal. Penduduk yang ramai menyebabkan peluang pekerjaan tidak dapat menampung penduduk yang ada. Hal ini menyebabkan mereka nekad untuk berhijrah ke negara lain demi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga dan diri mereka sendiri. Contohnya boleh dilihat di Pulau Jawa Indonesia yang kekurangan tanah menyebabkan ramai penduduk terpaksa menganggur. Pengangguran inilah yang akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah sosial terutamanya yang melibatkan remaja.

Kemiskinan di negara asal yang mendatangkan pelbagai masalah mendorong pendatang asing tanpa izin masuk secara haram ke dalam Malaysia. Akibat kemiskinan penduduk di negara seperti Myanmar, Indonesia, India dan Bangladesh mengalami kebuluran disebabkan oleh  bencana alam yang kerap kali terjadi di negara mereka. Di sebabkan itulah yang menyebabkan

negara mereka tidak boleh berdiri sama tinggi dengan negara yang sentiasa membangun. Selain itu, disebabkan oleh kemiskinan juga kadar buta huruf semakin bertambah. Keadaan ini yang mendorong mereka masuk secara haram ke dalam negara ini dan meninggalkan negara mereka walaupun mereka terdedah kepada bahaya.

(8)

Kesan Positif

Mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja

Industri sawit merupakan sektor pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia dari segi penjanaan pendapatan eksport (RM 65 billion) dan di bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang, peneroka dan pekebun kecil (2 juta isi keluarga). Justeru, industri sawit perlu dikekalkan untuk terus berkembang dalam menjana pertumbuhan ekonomi ketiga bagi menunaikan tanggungjawab ekonomi dan sosial negara pada masa hadapan. Sejajar dengan itu, industri sawit wajar diberi perhatian khususnya dalam pertimbangan asas untuk mengatasi masalah yang dihadapi sekarang dan bagi merancang kesinambungan pertumbuhannya pada masa hadapan. Sekiranya tidak diberi perhatian, prestasi industri sawit akan terjejas dan mampu memberi implikasi negatif terhadap pembangunan ekonomi negara. Namun begitu, Industri sawit dijangka akan menghadapi masalah pertumbuhan  pada masa hadapan kerana kekurangan tenaga kerja untuk menggerakkannya. Hal ini disebabkan

kerana kurangnya minat dalam kalangan tenaga kerja tempatan sementara kemajuan dalam teknologi telah mencapai kemajuan di peringkat hiliran tetapi masih terhad di peringkat huluan. Peranan pendatang asing sebagai tenaga kerja akan menjadi faktor penting pada masa hadapan kerana dapat mengatasi masalah kekurangan pekerja di bidang pertanian, mahupun perladangan.

Meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia

Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun, dengan pertumbuhan ekonomi yang mantap. Malaysia sentiasa melakukan perubahan menyeluruh khususnya dalam  pembangunan infrastruktur, dan prasarana yang sistematik. Oleh itu, kesemua ini perlu di

(9)

 bangunkan dalam masa yang singkat selaras dengan perkembangan Negara. Dalam usaha untuk mencapai misi tersebut, keperluan tenaga buruh diperlukan kerana memainkan peranan penting dalam mempercepatkan arus pertumbuhan Negara. Sungguhpun begitu, Malaysia mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memajukan pembangunan tersebut dan secara tidak langsung menyebabkan Malaysia memerlukan tenaga buruh dari luar seperti Vietnam, Myanmar, India dan Indonesia. Dengan adanya pendatang asing yang bekerja sebagai tenaga buruh, maka  proses pembangunan Negara akan berlangsung dengan cepat.

Memberi manfaat kepada negara.

Antara manfaat kedatangan pendatang asing ke Malaysia ialah pertukaran teknologi. Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negara mempelajari dan memperoleh teknologi baru melalui program usaha sama yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu.

Menaikkan imej negara

Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu mempromosikan negara ke pentas dunia. Contohnya mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat di sini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancong negara untuk terus berkembang.

Dapat meningkatkan produktiviti negara

Kemasukan pendatang asing ke negara ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah dan secara tidak langsung dapat membantu negara meningkatkan lagi  produktiviti yang sedia ada untuk keperluan global.

(10)

Kesan Negatif

Masalah rumah setinggan

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah  perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan  pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu,  pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini.

Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta  pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang

mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

Menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah  pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana

gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual  barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi ka

ya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat tempatan.

(11)

Keselamatan sosial terancam

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terus melakukan jenayah di sini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman  perumahan dimasuki pencuri setiap malam buat satu tempoh yang panjang. Hal ini men yebabkan  penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari. Lebih menyedihkan, wira negara yang terkorban dalam  perbincangan tersebut.

Pelbagai penyakit berjangkit

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan  pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS. Berita Harian (2 Disember) 1993, melaporkan bahawa penduduk Sabah terdedah kepada jangkitan Virus AIDS yang dibawa oleh

(12)

 pendatang tanpa izin. Datuk Yong Teck Lee yang menjadi Ketua Menteri Sabah menyatakan  bahawa terdapat 189,001 orang pendatang tanpa izin dirawat sebagai pesakit luar dan 29,459 dimasukkan ke hospital kerajaan. Situasi ini amat membimbangkan kerana rakyat tempatan terdedah kepada pelbagai isu sosial.

Pang (1989) menyatakan bahawa kemasukan jumlah imigran yang tinggi di Sabah telah meningkatkan kadar perbelanjaan yang diperuntukkan oleh Jabatan Kesihatan Sabah. Sehubungan itu, kerajaan terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar untuk merawat pesakit-pesakit yang merupakan warga asing.

Langkah Mengatasi Isu PATI

Memantau kedudukan pendatang asing selepas tamat tempoh VISA / mengetatkan Prosedur Pengeluaran VISA

Merujuk dalam Utusan Malaysia kerajaan bercadang mewujudkan jabatan khusus bagi menangani isu pekerja asing termasuk memantau kedudukan mereka semasa bekerja di negara ini selepas tamat tempoh visa. Jabatan berkenaan juga berfungsi untuk mengatasi lambakan  pekerja asing di negara ini yang didapati menimbulkan banyak masalah sosioekonomi kepada negara. Selain itu, warga asing yang ingin datang ke Malaysia perlu menjalani proses saringan di negara asal masing-masing supaya tidak timbul masalah selepas berada di negara ini.

Memperketat Kawalan dan Pengawasan Di sepanjang Persisiran Pantai

Pihak kerajaan perlu lebih mengambil berat iaitu dengan memperketat kawalan dan  pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara dan pengawasan di sepanjang persisiran perairan negara diperketat. Hal ini demikian kerana, terdapat kawasan-kawasan yang menjadi laluan

(13)

 pendatang asing untuk menceroboh masuk ke negara kita tanpa izin menyebabkan ramai  pendatang asing terutamanya rakyat dari Indonesia yang datang ke negara kita untuk mencari sumber pendapatan. Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengenal pasti kawasan yang dijadikan sebagai tempat pendaratan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin atau dikenali sebagai PATI.

Membasmi Kemiskinan Kerajaan Indonesia dan Filipina

Kerajaan perlu mewujudkan kerjasama yang lebih erat dengan negara Indonesia dan Filipina untuk membantu dari segi teknologi atau mencari ruang untuk menjana ekonomi di negara jiran sekali gus membuka ruang pekerjaan kepada penduduk tempatan di sana. Selain itu, Kerajaan Indonesia dan Filipina perlu memainkan peranan agar rakyat mereka terjamin dari kemiskinan. Dasar buka pintu kepada pelabur asing dapat membantu mereka daripada berhijrah ke negara asing.

Penguatkuasaan Undang-Undang yang Lebih Tegas di Sempadan Negara

Mengetatkan pengawasan di sempadan negara dapat membantu mengurangkan jumlah kemasukan imigran asing. Langkah proaktif dan pencegahan ini akan memastikan aktiviti mereka tidak melangkau tahap antarabangsa malah dapat membendung masalah ini daripada terus menular daripada akar umbi di samping membaiki imej negara yang sering dikatakan mempunyai undang-undang yang boleh ditembusi.

(14)

Mendidik Penduduk Tempatan Melalui Media Massa Dan Alat Penyebaran Maklumat Warga tempatan harus didedahkan dengan kesan-kesan negatif ke atas negara dan rakyat kesan daripada kemasukan imigran tanpa izin. Majikan tempatan harus dikenakan tindakan undang-undang yang lebih wajar jika menggunakan warga asing tanpa izin.

Majikan juga harus sentiasa diberi pendedahan agar tidak bersikap mementingkan diri dan keuntungan semata-mata sebaliknya semangat cintakan negara patut di semai dalam jiwa. Masyarakat juga harus didedahkan dengan cara-cara yang mudah untuk menghubungi pihak  berkuasa untuk melaporkan sebarang aktiviti atau kecurigaan yang timbul terhadap warga asing.

Membasmi Rasuah

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memainkan peranan untuk membasmi rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia yang membantu dalam membawa masuk pendatang tanpa izin

Kesimpulan

Walau apa jua pendapat dan pandangan masyarakat tentang isu pendatang tanpa izin ini, kedatangan pekerja ini masih lagi mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri. Terpulanglah kepada polisi kerajaan sama ada ingin kebaikan atau menghadapi masalah dengan isu ini. Hal ini kerana kedatangan warga asing ke Malaysia banyak memberi sumbangan tetapi mereka juga memberikan kesan buruk kepada masyarakat dan negara. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.

(15)

Bibliography

Arshad, N. (2013, Oktober 28). Pekerja asing sebar TB.

Ghani, R. H. (2012).Malaysia-Indonesia Kepelbagaian Sudut Pandang. UUM Press.

Hassan, C. H. (2009). Buruh Asing Di Malaysia: Trend, Kaedah, Kesan, Masalah Dan Cara Mengatasinya.  Jati, Vol. 14, 119-131.

Hoon, K. G. (2004). JKP 212 Hubungan Antarabangsa Modul 1-4. PPPJJ, USM.

Ismail, R., Bachtiar, N., Osman, Z., & Noor, Z. M. (2003). Peranan Buruh Asing terhadap Pertumbuhan Output, Kesempatan Kerja dan Upah dalam Sektor Pembuatan di Malaysia.Ekonomi Malaysia 37 , 103-128.

Yakin, H. S. (2003). Akulturasi Imigran Filipina Generasi Pertama Dan Kedua Di Sabah. Universiti Malaysia Sabah Kota Kinabalu.

Referensi

Dokumen terkait