• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyenggaraan Berterusan Dalam Pengekalan Bangunan Warisan Di Malaysia Dan Kepentingannya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Penyenggaraan Berterusan Dalam Pengekalan Bangunan Warisan Di Malaysia Dan Kepentingannya"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENYENGGARAAN BERTERUSAN DALAM PENGEKALAN

BANGUNAN WARISAN DI MALAYSIA DAN KEPENTINGANNYA

Mohammad Ashraf Abdul Rahman¹, Zainal Abidin Akasah²

¹ ² Jabatan Kejuruteraan Bangunan dan Pembinaan, Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

¹ashrafr@uthm.edu.my ²zainal59@uthm.edu.my

Abstrak: Penyenggaraan bukan sahaja penting dalam memastikan kondisi dan fizikal sesebuah bangunan lama itu dapat beroperasi dengan cekap dan selamat malah penyenggaraan juga merupakan aktiviti yang sangat penting dalam menentukan kelangsungan hayat bangunan tersebut untuk terus kekal bagi membolehkan ianya diwarisi oleh generasi yang akan datang. Keperluan kepada penyenggaraan tidak hanya tertakluk kepada pembaikan kerosakan yang berlaku tetapi lebih kepada kaedah pencegahan daripada berlakunya kerosakan. Menurut kajian terdahulu, penyenggaraan seringkali dilaksanakan secara reaktif dan keadaan ini menyumbang kepada permasalahan yang lebih serius di masa hadapan. Oleh yang demikian, aktiviti penyenggaraan memerlukan kepada perancangan yang sebaiknya dari peringkat awal dan disusuli dengan perlaksanaan secara berterusan dari masa ke semasa oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Sehubungan dengan itu, kertas ini membincangkan mengenai kepentingan penyenggaraan berterusan bagi menguruskan bangunan lama setelah pewartaannya sebagai bangunan warisan serta faktor-faktor yang menjadi permasalahan di peringkat perlaksanaan. Di akhir perbincangan, beberapa strategi yang dapat mendorong kepada amalan penyenggaraan berterusan dikemukakan sebagai inisiatif kepada menggalakkan budaya penyenggaraan dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kualiti proses pengurusan penyenggaraan yang lebih efektif.

Kata kunci: Penyenggaraan berterusan, Bangunan Warisan, Pemuliharaan, Faktor penolakan, Strategi menangani

PENGENALAN

Senario semasa memperlihatkan perkembangan positif terhadap usaha pemuliharaan dan pengekalan bangunan-bangunan lama apabila kebanyakkan bangunan-bangunan yang terbiar dan usang ini telah menjalani proses pembaikan dan pemulihan untuk digunasemula. Ini merupakan satu kejayaan yang sepatutnya dihargai oleh semua pihak dalam usaha untuk mengekalkan serta melindungi harta-harta warisan negara supaya dapat diwarisi oleh anak bangsa pada generasi yang akan datang. Tanpa usaha sebegini, tidak mungkin warisan secantik Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stesen Keretapi Kuala Lumpur dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Sememangnya, tidak dapat dinafikan bahawa unsur-unsur keunikan dan kesenian yang ada pada sesebuah bangunan lama itu telah menjadikan bangunan tersebut begitu bernilai di samping sentimen latar belakang sejarah yang bervariasi. Menurut Yahaya (1996), bangunan-bangunan lama yang masih kekal sehingga ke hari ini amat sinonim dengan sejarah pembangunan sesebuah negara serta mempunyai keunikan yang tersendiri dari kepelbagaian aspek termasuk aspek senibina, sejarah, budaya, kemahiran membina dan nilai emosi yang terbit daripada pemerhatian masyarakat (Fieldan, 2003). Justeru itu, adalah sesuatu yang sangat merugikan sekiranya bangunan-bangunan ini dibiarkan begitu sahaja tanpa dipulihara dan dipelihara sebaiknya.

(2)

2 Dunn dan Cantell (2005) melihat amalan pemuliharaan bangunan lama ini sebagai satu transformasi di dalam memberi peluang kepada bangunan tersebut supaya lebih berdaya saing dengan persekitaran hari ini. Dalam masa yang sama, amalan pemuliharaan ini juga turut memberi ruang kepada bangunan-bangunan ini untuk terus kekal dalam komuniti moden yang sangat komprehensif. Walaubagaimanapun, amalan ini dilihat bersifat sementara sahaja kerana pada hakikatnya kerja pemuliharaan tidak menjamin sepenuhnya akan kelangsungan hayat serta fungsi sesebuah bangunan itu. Ini kerana bangunan-bangunan yang telah siap dipulihara itu hanya dapat bertahan dalam tempoh tertentu sebelum kembali menjadi usang seperti sebelumnya dan keadaan ini sudah pasti merugikan banyak pihak. Bagi mengelakkan keadaan seumpama itu daripada berlaku, ramai sarjana bersetuju bahawa setiap bangunan yang telah dipulihara perlu diurus dan disenggara secara rutin dari masa ke semasa.

Menurut Adi Irfan et. al. (2009), penyenggaraan merupakan kesinambungan terbaik dalam praktis pemuliharaan. Selain bertujuan untuk memberi perlindungan terhadap kondisi fizikal bangunan, aktiviti penyenggaraan juga dilihat dapat mengurangkan risiko gangguan terhadap operasi bangunan. Memandangkan kerja-kerja pemuliharaan ini telah menelan kos yang tinggi, maka menjadi satu kepentingan untuk menjalankan kerja-kerja penyenggaraan bagi memastikan setiap pelaburan itu memberi pulangan yang berbaloi. Tanpa penyenggaraan, usaha pemuliharaan yang dilakukan terhadap sesebuah bangunan itu jelas sia-sia. Justifikasinya, walau sebaikmanapun kerja-kerja pemuliharaan itu dilakukan, namun sekiranya tiada pengawasan dan penjagaan yang sebaiknya selepas itu, adalah sangat mustahil bagi bangunan tersebut untuk terus mengekalkan kebolehfungsian pada tahap yang optimum.

Oleh yang demikian, usaha pengekalan bangunan-bangunan ini bukan sahaja memfokuskan kepada aktiviti pemuliharaan semata-mata malah melibatkan kepada proses perlindungan dan penjagaan sepanjang masa supaya bangunan-bangunan yang telah dipulihara itu dapat terus bertahan.

PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN: KONSEP DAN TERMINOLOGI

Lazimnya, kerja-kerja penyenggaraan meliputi aktiviti-aktiviti penjagaan, pembaikan, pemulihan atau pengubahsuaian (Hasnan, 1994) namun di dalam bidang pemuliharaan dan pengekalan bangunan, tidak semua aktiviti-aktiviti penyenggaraan tersebut sesuai untuk dilaksanakan. Ini bertujuan untuk melindungi kepentingan sejarah dan keaslian rupabentuk bangunan warisan tersebut dari sebarang tindakan yang boleh membawa kepada kemusnahan (Brereton, 1995; Worthing et. al, 2002 dan Fieldan, 2003). Merujuk kepada Keromo (2006), penyenggaraan merupakan salah satu daripada cabang aktiviti pemuliharaan yang terpenting. Tidak seperti aktiviti-aktiviti pemuliharaan yang lain, penyenggaraan perlu dilakukan mengikut kekerapan masa dan tidak hanya bergantung semata-mata kepada keperluan keadaan. Ini kerana, konsep penyenggaraan dalam bidang pemuliharaan dan pengekalan bangunan adalah bersifat proaktif dan memerlukan masa perencanaan yang strategik. Hasil daripada tindakan proaktif beserta perencanaan masa yang strategik akan mendorong kepada praktis yang berterusan. Ini sangat bertepatan dengan maksud penyenggaraan bangunan warisan itu sendiri yang menekankan konsep penjagaan berterusan sepertimana yang dinyatakan dalam Piagam Burra bahawa penyenggaraan itu dari sudut terminologinya dapat didefinisikan sebagai aktiviti penjagaan secara berterusan terhadap fabrik, kandungan-kandungan dan perletakan sesuatu tempat dan

(3)

3 aktiviti tersebut perlulah dibezakan daripada pembaikan (ICOMOS, 1999). Jelas daripada definisi tersebut, penyenggaraan itu bukanlah kerja-kerja pembaikan tetapi lebih kepada aktiviti penjagaan dan pencegahan yang berpanjangan.

PENYENGGARAAN BANGUNAN WARISAN: PRAKTIS DAN KEPENTINGAN

Secara praktik, bukanlah tugasan yang mudah untuk menguruskan sesebuah bangunan yang ternyata lebih tua daripada penghuni di dalamnya. Walaubagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk mengabaikankan kepentingan kerja-kerja penyenggaraan lebih-lebih lagi dalam memastikan keselamatan nyawa dan harta awam terjamin. Sehubungan dengan itu, praktis penyenggaraan bangunan warisan ini perlulah mengambilkira akan faktor usia dan sensitiviti bangunan yang ingin disenggara agar tidak membawa kepada sebarang kesilapan yang mampu memudaratkan operasi bangunan tersebut. Selain itu, praktis penyenggaraan juga perlu menitikberatkan keaslian serta kondisi asal bangunan tersebut tanpa mengubah mana-mana rupa bahagian melainkan dengan izin pihak berkelayakan. Tindakan ini adalah sangat penting memandangkan praktis penyenggaraan bangunan warisan ini sangat berkait rapat dengan praktis pemuliharaan. Jika diukur dari sudut kepentingan, terdapat banyak sebab mengapa penyenggaraan itu wajar dipraktikkan. Antaranya adalah untuk meningkatkan prestasi bangunan serta memberi perlindungan kepada nilai pelaburan (Maintenance of Heritage, 2006). Selain itu, penyenggaraan juga dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah bangunan yang berkemungkinan akan meningkatkan kos senggaraan. Memandangkan bangunan warisan ini masih mengekalkan penggunaan bahan asal, maka bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapatkan bekalan bahan-bahan tersebut bagi tujuan penggantian. Dengan perlaksanaan penyenggaraan yang baik, bahan-bahan tersebut dijamin akan dapat bertahan lebih lama. Dalam aspek yang lebih luas, aktiviti penyenggaraan dipercayai dapat mengimbangi stok bangunan lama dengan pembangunan masa kini. Secara tidak langsung, bangunan-bangunan warisan ini akan sentiasa kelihatan menarik dan berfungsi walaupun dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang lebih moden. Secara ringkasnya, jika melihat kepada kepentingan yang telah dinyatakan, adalah tidak wajar sama sekali untuk mengabaikan praktis penyenggaraan bangunan warisan.

PENYENGGARAAN BERTERUSAN: SATU PENDEKATAN

Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna dalam praktis pengekalan dan pemuliharaan bangunan lama selain daripada melihat bangunan yang dipelihara itu dapat terus kekal dan berfungsi sepertimana keadaan asal pada waktu ianya mula dibina dahulu. Namun atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti faktor usia, penggunaan, ancaman cuaca dan vandalisma, maka bangunan-bangunan warisan ini tidak dapat terus pugar untuk memberikan perkhidmatan secara konsisten walaupun telah menjalani proses pemuliharaan. Oleh yang demikian, adalah penting bagi bangunan ini untuk diurus senggara sebaiknya sepanjang masa.

Mengurus senggara bangunan warisan bukanlah sesuatu topik yang baru malah pendekatan ini telah lama dibincangkan seawal kurun ke-19 oleh John Ruskin dan William Morris (Kayan, 2009). Morris yang juga merupakan pengasas kepada Society for the Protection of Ancient Building (SPAB) telah menyatakan bahawa kecacatan dapat dielakkan melalui jagaan harian. Stave off decay by daily care. Berdasarkan kepada penyataan Morris tersebut, telah nyata bahawa kerja-kerja penyenggaraan ke atas bangunan warisan itu sewajarnya dilakukan dari masa ke

(4)

4 semasa secara rutin. Rasionalnya, jika sesuatu kerja itu dilakukan secara rutin, sudah pasti akan membuahkan hasil yang efektif. Begitu juga dengan kerja-kerja penyenggaraan, jika diuruskan mengikut rutin secara berterusan pastinya akan memberi kesan yang lebih baik.

Penyenggaraan rutin atau dalam istilah lain turut dinamakan sebagai penyenggaraan berterusan adalah satu cara penjagaan serta pengawasan dari masa ke semasa dengan memberi pertimbangan kepada unsur-unsur pencegahan supaya sebarang masalah yang melibatkan kemudahan serta operasi bangunan tidak terganggu. Penyenggaraan berterusan juga mengambilkira semua aspek-aspek penting yang diperlukan oleh semua pihak yang terlibat dalam mengurus senggara sesebuah bangunan warisan termasuk dari aspek pentadbiran dan teknikal. Ini dapat memudahkan pihak-pihak yang telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas penyenggaraan mengikut skop tugasan masing-masing. Sebagai contoh, kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan akan dilaksanakan oleh pihak pentadbiran manakala kerja-kerja teknikal akan dipertanggungjawabkan kepada tenaga kerja. Gabungan antara dua aspek tersebut adalah sangat penting memandangkan penyenggaraan itu melibatkan gabungan aspek-aspek pentadbiran dan teknikal bagi memulihara atau memelihara ke suatu tahap yang dikehendaki (BS 3811, 1984).

Sama seperti penyenggaraan berkala yang lain, penyenggaraan berterusan juga melibatkan urusan perancangan serta penjadualan yang menitikberatkan langkah-langkah kawalan terhadap jangkaan berlakunya kerosakan. Berdasarkan jangkaan yang dibuat, maka penetapan kadar masa serta kekerapan sesuatu penyenggaraan itu dapat ditentukan lebih awal dan keadaan ini memudahkan proses penyenggaraan. Secara tidak langsung, pihak yang bertanggungjawab akan dapat menentukan keutamaan penyenggaraan mengikut kepentingan dan dalam masa yang sama juga bajet penyenggaraan dapat dianggarkan dengan lebih efektif.

Bangunan lama yang masih lagi kekal sehingga ke hari ini telah menjadi sebagai warisan yang kini merupakan sebahagian daripada aset pembangunan negara di masa lampau. Sesebuah aset tidak akan memberi pulangan yang memuaskan seandainya penyenggaraan terhadapnya diabaikan atau penyenggaraan hanya akan dilakukan terhadapnya apabila timbul kerosakan yang serius atau runggutan pengguna di mana aset tidak mencapai pada tahap yang optimum (llll). Walaupun bangunan yang telah diiktiraf sebagai warisan itu rata-rata berusia melebihi seratus tahun, namun dengan penjagaan dan pemerhatian yang sewajarnya, bangunan-bangunan tersebut berkemungkinan dapat bertahan untuk satu jangkamasa yang lebih lama. Ini kerana, adalah sesuatu yang sukar bagi sesebuah bangunan untuk mencapai jangka hayat yang panjang tanpa disenggara dengan sempurna (Hakim dan Min, 1991).

Sehubungan dengan itu, pendekatan penyenggaraan berterusan dilihat amat sesuai untuk dipraktikkan dalam mengurus senggara bangunan warisan ini supaya dapat terus berfungsi di masa akan datang.

PENYENGGARAAN BERTERUSAN: FAKTOR PENOLAKAN

Amalan penyenggaraan telah diakui sebagai langkah terbaik dalam mengekal dan melindungi kelangsungan bangunan warisan supaya terus berada pada tahap yang dikehendaki (Morris,

(5)

5 1887; Dunn dan Cantell, 2005; Brereton, 1995; Worthing et. al., 2002). Walaubagaimanapun tidak ramai yang menjadikan pendekatan ini sebagai satu amalan malah terdapat sebilangan pihak yang menolak pendekatan ini dengan pelbagai alasan. Menurut Nigel dan Dunn (2005) dalam Ashraf (2009), beberapa alasan yang dipercayai menjadi isu dan dilema telah dikenalpasti sebagai faktor penolakan terhadap kerja-kerja penyenggaraan bangunan warisan ini. Antara faktor penting yang telah dinyatakan adalah disebabkan oleh kekangan wang dan peruntukan dalam menjalankan kerja-kerja penyenggaraan. Ini berikutan kerja-kerja penyenggaraan tersebut memerlukan perbelanjaan yang tinggi dari aspek bekalan dan sumber manusia. Berikutan daripada kekangan tersebut, maka ramai pemilik yang lebih suka untuk menangguhkan kerja-kerja penyenggaraan berbanding melaksanakannya mengikut rutin yang ditetapkan. Antara lain, faktor penolakan juga dipengaruhi oleh justifikasi negatif oleh sesetengah pihak yang berasakan bahawa perlaksanaan penyenggaraan mendatangkan lebih banyak kerugian berbanding faedah yang diterima. Ini berikutan daripada tekanan pembangunan yang menyebabkan keperluan gunatanah yang menjadi semakin terhad memaksa sesetengah pihak mengambil tindakan untuk merobohkan bangunan-bangunan lama ini bagi digantikan dengan projek moden yang lebih menguntungkan. Contoh yang paling hampir adalah perobohan Penjara Pudu di Kuala Lumpur. Tambahan lagi, orang ramai tidak lagi berminat untuk berkunjung ke bangunan-bangunan yang telah digazetkan dan ini menyebabkan pemilik-pemilik bangunan tersebut merasakan bahawa usaha mereka mengurus senggara bangunan mereka adalah sia-sia. Selain daripada itu, mentaliti sesetengah pihak beranggapan bahawa penyenggaraan itu satu kerja yang berstatus rendah kerana melibatkan perkara-perkara yang kotor dan menjijikkan. Sehubungan dengan itu, kerja-kerja tersebut dipertanggungjawabkan kepada buruh-buruh tempatan dan asing yang tidak berkelayakan untuk menjalankan penyenggaraan bangunan warisan. Sebagai kesan, bangunan warisan tersebut tidak disenggara mengikut prosedur yang sepatutnya dan boleh mengakibatkan kemusnahan. Tambahan lagi, tiada panduan atau model yang seragam yang dapat membantu memberi kefahaman terhadap pemilik dan pelaksana dalam melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan di bangunan warisan dan ini antara sebab mengapa kerja-kerja penyenggaraan yang dilaksanakan tidak berlandaskan kepada prinsip yang betul.

PENYENGGARAAN BERTERUSAN: STRATEGI PENGGALAKAN

Sebagai respon kepada faktor penolakan di atas, beberapa langkah serta strategi telah dirangka bagi menggalakkan usaha penyenggaraan sehingga akhirnya akan menjadi satu amalan yang berterusan. Dalam masa yang sama, orang ramai terutamanya para pemilik bangunan serta pelaksana penyenggaraan akan mendapat manfaat daripada usaha yang dilaksanakan. Sebagai langkah awal, penyelidik-penyelidik terdahulu seperti Brereton (1995); Worthing et. al. (2002); Fieldan (2003); Dunn dan Cantell (2005) dan Kayan (2003) telah mencadangkan supaya satu usaha bersepadu dan konsisten perlu dilakukan diperingkat pentadbiran dan juga pelaksana. Ini termasuk memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada pihak yang terlibat melalui penganjuran kursus, bengkel mahupun seminar serta memberi tauliah kepada mereka yang berkelayakan. Dalam masa yang sama juga, polisi yang berkaitan dengan pemuliharaan bangunan lama perlulah lebih seragam dan boleh digunapakai secara menyeluruh bagi semua tempat dan kawasan. Sehubungan dengan itu, adalah menjadi suatu kepentingan dalam menghasilkan satu model seragam yang dapat dijadikan rujukan oleh semua pihak. Selain itu, bantuan serta inisiatif kewangan yang mencukupi juga perlu diberikan untuk mereka yang berminat dalam membangunkan industri warisan termasuk usaha memulihara mahupun memelihara bangunan

(6)

6 lama. Di peringkat bawahan pula, usaha dan galakan perlulah digiatkan bagi menyemai rasa cintakan warisan negara termasuk dalam memberikan pendedahan terhadap kepentingan bangunan warisan sejak di bangku sekolah lagi. Galakan juga perlu diberikan kepada para akademik yang melibatkan diri sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam bidang pemuliharaan dan pengekalan bangunan warisan ini.

KESIMPULAN

Merujuk kepada perbincangan di atas, dapat disimpulkan di sini bahawa amalan penyenggaraan merupakan sebaik-baik langkah dalam melindungi dan menjaga bangunan warisan ini daripada sebarang ancaman yang dapat mengganggu kemudahan serta kelancaran operasi bangunan. Penyenggaraan yang baik sudah pastinya bermula daripada perancangan yang rapi dan dilaksanakan mengikut sepertimana yang telah direncanakan secara rutin dari masa ke semasa melalui pendekatan penyenggaraan berterusan. Dengan mengambilkira faktor usia dan kondisi bangunan warisan tersebut, pendekatan ini amatlah bersesuaian memandangkan tinggalan daripada warisan ini penuh dengan sensitiviti yang perlu dipelihara. Jika tidak diuruskan sebaiknya, tidak mustahil aset bernilai negara ini akan hilang daripada pandangan umum satu hari nanti. Keberkesanan penyenggaraan berterusan bukanlah bergantung hanya kepada faktor perancangan dan perlaksanaan oleh pihak yang telah dipertanggungjawabkan semata-mata malah campurtangan semua pihak adalah sangat dituntut. Ini termasuk penyertaan dari pihak kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, organisasi swasta, individu serta orang awam. Melalui penyertaan semua pihak, maka apa yang telah kita warisi hari ini akan dapat dipanjangkan untuk warisan generasi masa hadapan. Warisan kita masa hadapan kita.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan buat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), rakan penyelidik serta mereka yang terlibat membantu sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam penyiapan kertas kerja ini.

RUJUKAN

Adi Irfan C.A. et. al., (2009), Penyenggaraan Bangunan Resort Senibina Melayu di Malaysia, The Malaysian Surveyor, Vol.44, No.1, 2009

Ahmad A.G. (1993), Conservation of British Colonial Buildings Built Between 1800 and 1930 in Malaysia, Disertasi PhD, University of Sheffield.

Ahmad B.R. (2003), Prinsip dan Praktis Pengurusan Penyenggaraan Bangunan, Edisi Pertama, Kuala Lumpur.

Ashraf (2009), A Proposal on Developing Process Modeling for Maintenance Management of Heritage Building in Malaysia, ICON-BSE, 14 – 15 Disember 2009, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Brereton (1995), The repair of Historic Buildings: Advice on Principles and Methods, English Heritage, London

British Standards Institution (1984). British Standard Glossary of Building, Maintenance Management (BS3811, 1984) London.

(7)

7 Dann, N and Cantell, T. (2005) Maintenance from philopsophy to practice, Journal of Architectural Conservation, Vol. 11 No. 1.

Fielden, B.M. (2003), Conservation of Historic Buildings, 3rd ed., archtectural Press, Oxford

Hakim dan Wan (1991), Teknologi Penyenggaraan Bangunan, Kuala Lumpur

Hasnan A., (1994). Pengurusan Penyelenggaraan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (Terjemahan)

International Council on Monuments and Sites (1999), The Burra Charter, International Council and on Monuments and Sites, Paris.

Kayan (2009), Maintenance for historic buildings: a current perspective, Structural Survey, Vol 23 No. 3.

Kayan (2003), Pengurusan penyenggaraan bangunan lama kerajaan, The Malaysian Surveyor, Vol 38.1, No. 1

Keromo, P. (2006), Konservasi Secara Umum, Bengkel Konservasi Monumen dan Tapak Tanah Bersejarah, 27-29 November 2006, Hotel Mahkota, Melaka.

Maintain Our Heritage (2004), Putting it off: How lack of Maintenance Fails our Heritage, Maintain our Heritage, Bath.

Worthin et. al., (2002), Issues in conservation management, Proceedings of the CIB w070 2002 Global Symposium: Applying and Extending the Global Knowledge Base, Glasgow.

Yahaya (1996), Some aspects of building conservation in Malaysia, Pustaka Kajian Pemuliharaan Bangunan, Universiti Malaya.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam penyusunan APBD berorientasi pada anggaran berbasis kinerja yaitu suatu pendekatan penganggaran yang mengutamakan keluaran / hasil dari kegiatan atau program yang

1) Kedua variabel tersebut merupakan komponen indikator internal untuk menilai kebijakan utang, apabila jumlah persentase kepemilikan saham tinggi diharapkan pemilik saham

Indriana Arninda Dewi, Kertas Kerja Adaninggar dalam Bedhaya Suhingrat, 2016. Kertas kerja ini Membantu penyaji dalam memahami karya “Bedhaya Suhingrat” dan

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa: (1) Tokoh yang terdapat dalam cerpen Ayat Keempat karya Joni Syahputra yang menginterpretasikan maskulinitas adalah Syahbuddin, Datuk

Snowboling sampling merupakan informanpertama untuk mempertegas atau memperkenalkan peneliti dengan informan pertama sehingga dapat melangsungkan penelitian

kebangkrutan dan untuk menyelamatkan bank dari risiko kerugian yang lebih besar jika debitor bangkrut. Demikian pula, keputusan investor untuk memborong saham-saham

Dengan memulai asuransi dari usia muda, tidak hanya premi yang harus Anda bayarkan lebih rendah, Anda pun akan terlindung mulai dari dini.. Asuransi

Berdasarkan dua kondisi yaitu tegangan gesek τ 0 dan tekanan di dasar aliran p h , dapat dikatakan bahwa erosi di dasar saluran yang mempunyai kemiringan dasar antara 13°