• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

Page 1 of 5

25 Ogos 2016

Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Fasal Fasal baru/pindaan

TAKRIF 1.10 "Yuran-yuran & Caj-caj Kewangan" bermaksud yuran-yuran yang dicaj yang dirujuk dalam Fasal 9.

PENERIMAAN KAD 2.3 Pihak Bank akan mengeluarkan PIN untuk Kad tersebut kepada Ahli Kad bagi tujuan menguatkuasakan transaksi ATM dan di Terminal

Tempat Jualan Eletronik. PIN & BAYAR - PIN

DAN PENGGUNAAN KAD YANG MANA BERKENAAN

4.1 Pihak Bank akan memperuntukkan PIN Sementara kepada Ahli Kad melalui Mel PIN. Mel PIN akan di hantar ke alamat berdaftar Ahli Kad melalui Mel biasa.

4.2 Ahli Kad setelah menerima PIN Sementara hendaklah menukar PIN Sementara di ATM pihak Bank sendiri dan/atau di saluran lain yang dijamin yang dibenarkan oleh pihak Bank.

4.3 Sekiranya Ahli Kad terlupa PIN beliau, pihak Bank akan mengeluarkan PIN Sementara baru kepada Ahli Kad atas permintaan Ahli Kad.

4.4. Sekiranya Kad hilang atau dicuri, Ahli kad hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak Bank dan diikuti dengan notis bertulis berserta dengan laporan polis. Kad baharu dan PIN akan dikeluarkan apabila diminta oleh Ahli Kad. Ahli Kad tidak boleh menggunakan PIN yang sedia ada untuk Kad gantian. 4.5 Ahli Kad perlu merahsiakan PIN dan tidak boleh mendedahkan

PIN kepada mana-mana pihak di bawah mana-mana keadaan. Sekiranya PIN telah terdedah kepada mana-mana pihak, Ahli Kad hendaklah dengan segera melaporkan kepada pihak Bank dan diikuti dengan notis bertulis berserta dengan laporan polis. 4.6 Dalam memilih PIN, Ahli Kad TIDAK BOLEH memilih PIN yang

jelas atau mudah diramal, termasuk:- a. mewakili tarikh lahir beliau;

b. selaku PIN abjad, sebahagian di mana namanya dikenali; c. terdiri daripada nombor urutan (contohnya 123456, 654321

dan sebagainya;

(2)

Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

Page 2 of 5

Fasal Fasal baru/pindaan

111111); atau

e. terdiri daripada nombor yang berulang (contohnya 112233, 123123).

4.7 Ahli Kad hendaklah memastikan bahawa amaun transaksi adalah betul sebelum menandatangani sebarang Resit Transaksi atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Ahli Kad pada mana-mana Terminal Tempat Jualan Eletronik yang memerlukan kemasukan PIN Ahli Kad. Dengan menandatangani Resit Transaksi atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Ahli Kad atau sebaliknya menggunakan Kad Ahli Kad pada mana-mana Terminal Tempat Jualan Eletronik, Ahli Kad dianggap telah bersetuju dengan transaksi dan mengesahkan amaun adalah betul.

4.8 Ahli Kad memberi kebenaran dan bersetuju bahawa PIN adalah sebagai satu cara untuk mengesahkan transaksi Ahli Kad di bawah terma-terma dan syarat-syarat di Terminal Tempat Jualan Eletronik.

PENGGUNAAN KAD 5.1 Ahli Kad hendaklah menandatangani Resit Transaksi /atau

memasukkan PIN 6 digit beliau di Terminal Tempat Jualan Eletronik, yang disediakan oleh Saudagar yang Sah untuk

menguatkuasakan sesuatu pembelian menggunakan Kad tersebut.

Ia akan membentuk bukti muktamad bahawa Urus Niaga Kad dan amaun yang direkodkan padanya telah dibuat dengan sepatutnya apabila Bank menerima Resit Urus Niaga atau apa-apa dokumen

kembali dengan tandatangan Ahli Kad atau Ahli Kad memasukkan

PIN 6 digit di Terminal Tempat Jualan Eletronik.

5.5 Walau apa pun peruntukan yang dinyatakan dalam Fasal 5.1 di atas,

tandatangan tidak boleh menjadi satu-satunya syarat terdahulu kepada liabiliti Ahli Kad mengenai barang-barang dan perkhidmatan yang dibekalkan, jika pihak Bank berpendapat berdasarkan bukti

dokumen yang memuaskan, pelaksanaan transaksi tanpa

tandatangan atau kegagalan menandatangan adalah disebabkan oleh sifat dan/ atau kaedah transaksi yang digunakan atau disebabkan oleh kesilapan di pihak ahli Kad dan/atau Saudagar Dibenarkan dan bank ahli VISA/MasterCard.

TANGGUNGJAWAB 7.13. Aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang - Ahli Kad tidak dibenarkan menggunakan kad beliau untuk apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti pertaruhan di dalam talian. Pihak Bank berhak, mengikut budi bicaranya mutlaknya, pada bila-bila masa, dengan notis terlebih dahulu yang mencukupi, memutuskan untuk tidak memperbaharui, membatalkan atau memansuhkan Kad,

(3)

Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

Page 3 of 5

Fasal Fasal baru/pindaan

atau menggantung atau mengehadkan penggunaan Kad oleh Ahli Kad sekiranya Ahli Kad didapati telah menggunakan kad untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang.

TRANSAKSI LUAR NEGARA

14.4. Di mana terpakai, Ahli Kad hendaklah patuh dengan Peraturan

Pentadbiran Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh Bank Negara

Malaysia berkaitan dengan transaksi luar negara.

PELBAGAI 16.1. UNDANG-UNDANG

Perjanjian ini hendaklah tertakluk dan ditafsirkan menurut undang-undang semasa Malaysia. Ahli Kad dengan ini bersetuju dan patuh terhadap bidang kuasa Mahkamah undang-undang di Malaysia. Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa penyampaian proses boleh dikuatkuasakan dengan mengeposnya kepada Ahli Kad dengan cara yang disebutkan di dalam Fasal 16.8.

16.12 FASAL PRIVASI KUMPULAN

a. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa Ahli Kad telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Bank dan Fasal ini, sebagaimana yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadinya. Bagi mengelakkan keraguan, Ahli Kad bersetuju bahawa Notis Privasi Kumpulan tersebut hendaklah dianggap sebahagian daripada Perjanjian ini.

b. Ahli Kad mengesahkan dan bersetuju dengan terma-terma Notis Privasi Kumpulan di dalam laman sesawang pihak Bank.

c. Sekiranya Ahli Kad memberi maklumat peribadi dan/atau maklumat kewangan yang berkaitan dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan saudara mara atau tanggungan atau maklumat berkaitan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi sekuriti ( bagi syarikat), bagi tujuan pembukaan atau operasi akaun/ kemudahan dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan pihak Bank, Ahli Kad: i. mengesahkan bahawa dia telah mendapat persetujuan

mereka dan / atau selainnya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada pihak Bank bagi tujuan mengikut perjanjian ini;

ii. bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; dan

iii. bersetuju untuk mengemaskini maklumat kepada Bank secara bertulis sekiranya berlaku apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut.

d. Dimana Ahli Kad mengarahkan pihak Bank untuk

melaksanakan sebarang bentuk transaksi merentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkaitan dengan transaksi merentas sempadan

(4)

Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

Page 4 of 5

Fasal Fasal baru/pindaan

(termasuk maklumat berkaitan kepada mereka yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima daripada atau dihantar ke luar negara, di mana ia boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dengan pengawal selia luar negara dan pihak berkuasa yang mempunyai kewajipannya yang sah (pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan pihak Bank atau ejen-ejennya untuk memasuki apa-apa transaksi merentas sempadan bagi pihak Ahli Kad, Ahli Kad dengan ini bersetuju pendedahan yang disebut di atas bagi pihaknya dan lain-lain yang terlibat dalam urus niaga merentas sempadan tersebut.

e. Selain itu, tetapi sentiasa tertakluk kepada sebarang undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan / atau obligasi) berkaitan dengan Bank (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), Ahli Kad dengan ini bersetuju bahawa Bank dan syarikat-syarikat lain dalam Kumpulan Affin Holdings

Berhad, dan peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional Bank boleh menghubungi Ahli Kad

mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran, yang mungkin menarik minat Ahli Kad atau memberi manfaat kepada mereka dari segi kewangan.

f. Pihak Bank boleh berkomunikasi dengan Ahli Kad melalui

pelbagai saluran, termasuk telefon, komputer atau surat menyurat dengan menggunakan maklumat hubungan yang telah anda berikan.

g. Ahli Kad boleh ‘opt-out’ dengan memberitahu pihak Bank pada

bila-bila masa jika dia tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada pihak Bank, ahli-ahli lain di dalam

Kumpulan Affin Holdings Berhad, dan peniaga, rakan kongsi strategik, ejen dan penasihat profesional Bank

dengan menghubungi Pusat Panggilan kami di nombor

03-5522 3000 menulis kepada mana-mana Pengurus Cawangan

Perkhidmatan atau Pengurus Perhubungan atau dengan menulis kepada Jabatan Perniagaan Kad:

AFFIN BANK BERHAD Cards Business Department

301 Block C, Level 3 Menara Glomac Kelana Business Centre 97 Jalan SS7/2

47301 Kelana Jaya, Selangor

h. Ahli Kad dengan ini mengakui bahawa komunikasi tertentu seperti penyata akaun dan laman sesawang Bank yang mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan lain Bank yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penghantaran/perkhidmatan dan/atau produk-produknya, operasi akaun Ahli Kad dan/atau kemudahan

(5)

Hakcipta 2016 Affin Bank Berhad (25046-T)

Page 5 of 5

Fasal Fasal baru/pindaan

dengan Bank, dan/atau kos tambahan kepada Bank.

i. Pihak Bank boleh menggunakan agensi rujukan kredit untuk

membantu membuat keputusan, contohnya apabila ada keperluan untuk:

i. menyemak butiran pada permohonan kredit dan berkaitan kredit atau lain-lain kemudahan;

ii. menguruskan kredit dan akaun atau kemudahan berkaitan kredit, termasuk menjalankan ulasan portfolio Ahli Kad; dan / atau;

iii. mendapatkan semula hutang.

j. Ahli Kad akan dihubungkan oleh agensi-agensi rujukan kredit

kepada mana-mana nama lain yang mungkin digunakan atau telah digunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Pihak Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Ahli Kad dan bagaimana pengurus beliau menguruskan akaun/ kemudahan dengan agensi-agensi rujukan kredit yang berkaitan.

k. Ahli Kad tidak boleh menahan pihak Bank untuk

bertanggungjawab ke atas mana-mana semakan kredit yang pihak Bank langgani. Ahli Kad hendaklah bertanggungjawab untuk mengemaskini kepada agensi laporan kredit sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam status kredit mereka seperti yang dinyatakan di dalam laporan kredit. Ahli Kad bersetuju bahawa pihak Bank tidak akan bertanggungjawab sekiranya laporan kredit mereka diterbitkan tanpa sebarang kecuaian di pihak Bank.

Pihak Bank berhak untuk meminda Fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya dan hendaklah memberikan notis 21 hari terlebih dahulu kepada Ahli Kad secara bertulis dan meletakkan pindaan tersebut pada laman sesawang Bank dan / atau dengan meletakkan notis di ruang perbankan atau di tempat yang mudah dilihat dalam cawangan-cawangan Bank.

Nota: Walau apa pun yang tersebut di atas, apabila permintaan dibuat oleh anda untuk mendapatkan versi dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakan anda dengan versi dalam Bahasa Malaysia dengan sewajarnya.

Referensi

Dokumen terkait

Pada proses pemesanan produk, pelanggan harus login dengan akun yang sudah dibuat pada situs terlebih dahulu. Setelah login, pelanggan memilih menu belanja untuk

Dalam teori struktur modal penggunaan hutang memiliki beberapa keuntungan bagi perusahaan diantaranya bunga hutang dapat mengurangi pajak perusahaan; hutang memiliki

Kebijakan yang dapat dilakukan pemerintah untuk mendukung penggunaan bioetanol sebagai bahan bahan bakar adalah pembukaan lahan pesisir untuk budidaya mikroalga

Perhatian bangsa Indonesia terhadap penelitian dan pengembangan telah mulai dirintis sejak terbitnya Keputusan Presiden RI Nomor 20 Tahun 1964 tentang Badan

Materi Indikator Bentuk Soal Nomor soal 3.4. Memahami berpikir kronologi, perubahan dan kesinambungan Teori masuknya Islam ke Indonesia 3.4.1.. dalam kehidupan

maka fasa yang terkena gangguan tersebut memiliki nilai arus yang paling tinggi dibandingkan dengan arus fasa lainnya [6]. Dari Gambar 4.1 dapat dilihat gelombang arus

Hasil uji statistik (uji t) menunjukkan bahwa profitabilitas yang di ukur menggunakan Return on Investment (ROI) berpengaruh signifikan terhadap nilai perusahaan

Raimundo Pannikkar (1978, 77) seorang orientalis Kristian yang beribukan penganut Katholik dan berbapakan penganut Hindu mengungkapkan bahawa, “kebenaran yang dikemukakan baik