• Tidak ada hasil yang ditemukan

PIS MENGHARUM DI PROGRAM CITRA PUISI POLITEKNIK MALAYSIA 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PIS MENGHARUM DI PROGRAM CITRA PUISI POLITEKNIK MALAYSIA 2016"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PIS MENGHARUM

DI PROGRAM CITRA PUISI POLITEKNIK MALAYSIA 2016

Politeknik Ibrahim Sultan melalui Unit Kebudayaan Kesenian dan Warisan PIS, telah menghantar barisan Delegasi Budayawan PIS dalam menyertai Program Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016 pada 18-21 April 2016. Program yang meletakkan pertandingan sebagai pengukur kecemerlangan pelajar dan staff ini adalah anjuran bersama Bahagian Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. Program ini merupakan salah satu program kebudayaan, kesenian dan warisan dengan memilih puisi sebagai seni warisan yang diangkat dikalangan generasi muda terutamanya golongan teknokrat untuk dipertandingkan. Selain itu, program ini juga dapat membantu menambah khazanah puisi negara dan menyemarakkan lagi puisi di kalangan generasi muda. Pertandingan ini diadakan bertujuan memulihara kesinambungan, meningkatkan kefahaman serta meneruskan usaha memelihara dan memperkembangkan warisan bangsa. Malahan menyemarakkan seni budaya dalam kalangan pelajar Malaysia yang berbilang kaum selaras dengan usaha kerajaan untuk Merakyatkan Seni.

Program ini telah disertai oleh 12 buah politeknik dari seluruh Politeknik Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dalam program ini beberapa kategori telah dipertandingkan antaranya Lagu Puisi, Deklamasi Puisi dan Penulisan Puisi. Delegasi budayawan PIS telah diberi mandat untuk bertanding dalam semua kategori yang dipertandingkan. Delegasi budayawan ini yang terdiri daripada Ahli Kelab Teraju Ujong Tanah (TaUT) dan beberapa pelajar berbakat dan diiringi Dua (2) orang pegawai pengiring merangkap jurulatih iaitu En. Johaini Bin Ibrahim dan Pn. Norhaniza Binti Junid telah diberi tanggunjawab untuk mecapai kecemerlangan dalam program ini.

Alhamdulillah, cabaran yang diberikan kepada Delegasi Budayawan PIS telah berjaya mencapai objektifnya dan mengharumkan nama PIS. Sekalung tahniah dan berkat usaha pelajar terutama dari wakil Kelab TaUT iaitu kumpulan Ritma Ujong Tanah yang terdiri daripada Muhammad Izzuddin Bin Md Shukor , Saiful Assaf Bin Johan, Mu’adz Bin Kamal dan Batrisyia Bt Abd Rajak, mereka telah berjaya mengondoli Johan bagi Kategori Lagu Puisi, sekaligus telah menyandang Gubahan Lagu Puisi Terbaik oleh Muhammad Izzuddin Bin Md Shukor dan Lirik Lagu Terbaik oleh Saiful Assaf Bin Johan dengan membawa pulang wang bernilai RM300.00,

(2)

plak dan sijil. Manakala bagi kategori Deklamasi Puisi bagi kategori Deklamasi Puisi Lelaki iaitu deklamatornya adalah Muhammad Noor Fitri Bin Mansor telah mendapat tempat ke-5 dengan membawa pulang plak dan sijil. Bagi kategori Pendeklamasi Bukan Melayu pula iaitu deklamatornya adalah Leun Ming Mei telah berjaya mendapat tempat ke-4 dengan membawa pulang plak dan sijil. Tahniah dan sekalung penghargaan juga diucapkan diatas usaha peserta Delegasi Budayawan PIS yang lain iaitu Siti Norshafiqah Bt Saparuddin Deklamator bagi kategori Deklamasi Puisi Perempuan dan Siti Aisyah Mohd Khir Hadi Penulis bagi Kategori Penulisan Puisi yang turut bersama memikul tanggunjawab kecemerlangan buat PIS.

Unit kebudayaan, Kesenian dan Warisan PIS, Kelab Teraju Ujong Tanah serta barisan Delegasi Budayawan PIS mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan dan bantuan semua pihak sehingga kejayaan ini tercipta.

UNTUKMU POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Digarap dan Disediakan Oleh :

Johaini Bin Ibrahim

(Pegawai Kebudayaan & Penasihat Kelab Teraju Ujong Tanah)

Dapatan Oleh:

Muhammad Izzuddin Bin Md Shukor (Ketua Biro Ritma Ujong Tanah) Muhammad Noor Fitri Bin Mansor ( AJK Biro Peran Ujong Tanah)

(3)

Senarai Nama Peserta Dan Pegawai Pengiring

Berikut adalah senarai penuh barisan pelajar dan pegawai pengiring yang terlibat dari dalam Penyertaan Program Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016.

Tarikh : 18 – 21 April 2016 Hari : Isnin - Khamis

Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam

Tempat : Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah

Senarai Nama Pegawai Pengiring:

BIL NAMA JAWATAN /GRED EMAIL NO.TEL / HP CATATAN

1. En. Johaini Bin Ibrahim

Pegawai

Unit Kebudayaan, Kesenian dan Warisan PIS DH44 [email protected] 012 7352093 Pengurus Lagu Puisi & Deklamasi puisi 2. Pn. Nor Haniza Bt Junid

Penyelaras

Unit Kebudayaan, Kesenian dan Warisan PIS. DH44 [email protected] 013 7013764 Pengurus Deklamasi Puisi & Penulisan Puisi

Senarai Nama Pelajar:

BIL NAMA PELAJAR NO. K/P NO. PEND CATATAN

1 Muhammad Izzuddin Bin Md Shukor 950408-01-5441 09DEP13F1008 Lagu Puisi 2 Saiful Assaf Bin Johan 961105-12-6383 09DEP14F1008 Lagu Puisi 3 Batrisyia Bt Abd Rajak 971209-01-6022 09DEV15F2008 Lagu Puisi 4 Mu’adz Bin Kamal 950908-12-5321 09DHK13F1027 Lagu Puisi 5 Muhammad Noor Fitri Bin Mansor 960202-07-5667 09DEV14F1025 Deklamasi Puisi 6 Siti Norshafiqah Bt Saparuddin 951230-10-5646 09DEE13F1011 Deklamasi Puisi 7 Leun Ming Mei 971202-13-5870 09DEP15F1083 Deklamasi Puisi 8 Siti Aisyah Mohd Khir Hadi 941117-05-5182 09BTH15F3017 Penulisan Puisi

(4)

SISIPAN GAMBAR

Program Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016.

Tarikh : 18 – 21 April 2016 Hari : Isnin - Khamis

Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam

Tempat : Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah

Lagu Puisi yang dipersembahkan oleh kumpulan Ritma Ujong Tanah telah dinobatkan sebagai Lirik Lagu Puisi

Terbaik yang bertajuk Janji Buat Kekasih adalah hasil nukilan saudara Saiful Assaf Bin Johan.

Saudara Muhammad Izzuddin Bin Md Shukor

menerima Piala dan sijil bagi kategori Gubahan Lagu

Puisi Terbaik dari hasil gubahannya sendiri.

Peserta PIS dinobatkan sebagai Juara kategori Lagu

Puisi dan sekaligus menyandang Gubahan Lagu Puisi Terbaik serta Lirik Lagu Puisi Terbaik di Citra Puisi

Politeknik Malaysia 2016. Peserta PIS dari kumpulan Ritma Ujong Tanah sedang

membuat persembahan bagi kategori Lagu Puisi dengan mendendangkan lagu Janji Buat Kekasih.

(5)

SISIPAN GAMBAR

Program Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016.

Tarikh : 18 – 21 April 2016 Hari : Isnin - Khamis

Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam

Tempat : Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah

Deklamator PIS Leun Ming Mei dengan sedang

mendeklamasikan sajak bertajuk Lantera Zaman, nukilan

Mahaya Mohd Yassin, bagi kategori Deklamasi Puisi

Bukan Melayu

Deklamator PIS, saudara Muhammad Noor Fitri Bin

Mansor menerima hadiah setelah berjaya mendapat tempat ke-5 dengan membawa pulang plak dan sijil, bagi

kategori Deklamasi Puisi Lelaki.

Deklamator PIS, saudari Leun Ming Mei menerima hadiah setelah berjaya mendapat tempat ke-4 dengan membawa pulang plak dan sijil, bagi kategori Deklamasi Puisi

Bukan Melayu.

Deklamator PISMuhammad Noor Fitri Bin Mansor

sedang mendeklamasikan sajak bertajuk Di Bahtera

Cinta Warga, nukilan Sabariah Bahari bagi kategori

(6)

SISIPAN GAMBAR

Program Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016.

Tarikh : 18 – 21 April 2016 Hari : Isnin - Khamis

Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam

Tempat : Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah

Deklamator PIS, Siti Norshafiqah Bt Saparuddin

sedang mendeklamasikan sajak bertajuk Zikir Merdeka,

nukilan Jamilah Harun bagi kategori Deklamasi Puisi

Perempuan.

Sesi bergambar kenangan para peserta delegasi Budayawan dan pegawai pengiring Politeknik Malaysia bersama barisan Juri professional di Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016.

Deligasi Budayawan Pelajar dan pegawai pengiring PIS meraikan kejayaan yang dirangkul di Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016.

Sesi bergambar para Peserta dengan barisan Juri professional iaitu Roslan Madun, Siso (Kopratasa) dan, Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016.

(7)

SISIPAN KARYA PENULISAN PUISI

Program Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016.

TAJUK : SINAR DI HUJUNG MENDUNG NAMA PENULIS : SITI AISYAH MOHD KHIR HADI

Indahnya dunia

Udara yang dihirup bagaikan mengerti Diri yang penuh cita tinggi

Terbang bersama sepoi pergi Tawa nikmat riang jiwa Tari samba lentur juara

Hancur dalam sendu tak berlagu Tersingkap, terungkap, tidak terucap Bebola mata bersinar cahaya

Arena impian menjadi saksi menggapai bintang di langit Tari ditonton irama penuh gaya Kini semuanya bagai debu Syurga dunia berubah pandangan Diejek dicerca madahku bungkam Mutiara bergenang tak siapa menggerti Angin menghembus laranya hati

Seakan memahami perit ku rasa Pandanganku kelam rentakku kaku Ku toleh kiri, jiwaku kosong berderai Ku toleh kanan, aku rebah tersungkur Sirnakah aku tidak sempurna?

Titip titip bayu menghembus peribadi Pancaran mentari menghangat tubuhku Aku nekad! Aku bukan yang dulu Takkan pernah aku kalah pada ejekan Tidak sekali lagi!

Siapa pernah menyangka?

Gadis yang dulunya pasir kini permata Bintang yang dulunya mati kini menyinar Gelap yang tiada sempadan kini bercahaya Bagaikan sinar di hujung mendung

(8)

SISIPAN KARYA LAGU PUISI

Program Citra Puisi Politeknik Malaysia 2016. TAJUK : JANJI BUAT KEKASIH

NAMA PENULIS LIRIK PUISI : SAIFUL ASSAF BIN JOHAN

NAMA KOMPOSER LAGU : MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MD SHUKOR

BAR

Dalam dingin sepertiga malam, Lirih tasbih memecah hening, Alun bait sifatNya dua puluh, Suluh rohani yang kontang.

Bertebaran kala nahaarun, Sujud tika terbit mentari, Jangan dilupa wajib yang lima, Beriman pada yang Hakiki.

Biasakah kau dengar pada suaraNya, Yang menghidupkan dan mematikan mu, Bisakah kau turut segala suruhanNya, Yang janjiNya pasti terhidang buat diri mu.

Yang ada akan kekal ada, Ya berubah ketentuan dariNya, Semboyan bergema sirna semua Sang kekasih tetap dipelihara JanjiNya

Referensi

Dokumen terkait