• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek Dan Hubungannya Dengan Sikap Pelajar Terhadap Sains

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek Dan Hubungannya Dengan Sikap Pelajar Terhadap Sains"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek Dan Hubungannya Dengan Sikap Pelajar Terhadap Sains

Nor Hamidah Abdul Malek Zanaton H Iksan Fakulti Pendidikan, UKM

________________________________________________________________________ Abstrak

Pelbagai kaedah pengajaran sains telah disyorkan oleh kerajaan kepada guru-guru sebagai langkah penambahbaikan dalam usaha memupuk sikap yang positif terhadap sains. Pembelajaran berasaskan projek merupakan salah satu kaedah pengajaran yang disyorkan dan merupakan salah satu komponen yang terlibat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek dan mengetahui sikap pelajar terhadap sains serta hubungannya. Seramai 35 orang peserta kajian terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran min, sisihan piawai dan analisis korelasi Pearson digunakan dalam penganalisisan data. Nilai kebolehpercayaan, Alfa Cronbach bagi item-item persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek ialah 0.89 manakala nilai Alfa Cronbach setiap dimensi sikap terhadap sains yang diperoleh adalah dalam julat sekitar 0.62 hingga 0.85. Dapatan kajian mendapati sikap pelajar terhadap penghasilan projek dan sikap pelajar terhadap sains adalah pada tahap yang sederhana. Selain itu, didapati juga terdapat hubungan antara pembelajaran berasaskan projek dengan sikap pelajar terhadap sains. Kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan kepada guru-guru khususnya guru sains dalam membantu merancang pengajaran dan pembelajaran sains dan memperbaiki teknik pengajaran dengan melakukan pembelajaran berasaskan projek bagi menarik minat pelajar mendalami ilmu sains. Kata Kunci : pembelajaran berasaskan projek, sikap, sains, Pentaksiran Berasaskan Sekolah. ______________________________________________________________________________ Pengenalan

Menelusuri abad ke 21, pelbagai perkembangan dan transformasi dalam sistem pendidikan telah berlaku. Perkembangan yang pesat dalam bidang pendidikan di Malaysia menunjukkan perubahan untuk menyesuaikan pendidikan dengan arus globalisasi, kemajuan sains dan teknologi serta pembangunan modal insan (Yahya et al. 2008).

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu transformasi pendidikan yang dilakukan oleh kerajaan sebagai langkah penambahbaikan system

___________________________________________ *Corresponding author. Tel: +6013 376 0081

(2)

E-mel: hamidahmisdar@yahoo.com

penilaian sedia ada yang lebih berorientasikan kepada peperiksaan. Justeru, kerajaan telah menetapkan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) sebagai salah satu komponen yang dinilai dalam PBS seterusnya mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan oleh guru di sekolah.

PBP merupakan strategi pembelajaran pemusatan pelajar. Kaedah ini merupakan suatu kaedah pembelajaran secara ‘hands-on’ dan ‘minds-on’ yang terhasil akibat daripada proses pembelajaran yang berasaskan pada kemampuan diri pelajar dalam menghasilkan sesuatu produk atau model berasaskan projek yang telah dicadangkan oleh guru. Oleh yang demikian, perlaksanaan PBP dapat mengembangkan kemahiran ‘hands-on’ pelajar di mana pelajar perlu terlibat dalam menyediakan, melaksanakan, menghasilkan dan membentangkan sesuatu projek yang telah dibuat. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan kemahiran ‘minds-on’ pelajar di mana pelajar perlu menggunakan kemahiran berfikir mereka dalam menjayakan sesuatu aktiviti projek.

Dalam kajian ini, PBP merujuk kepada satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat, dan penyediaan laporan. Selain itu, PBP juga merujuk kepada tugasan yang memerlukan pelajar melaksanakan atau menghasilkan satu produk dalam bentuk model atau folio berdasarkan tugasan yang diberi oleh guru untuk memenuhi band tertinggi dalam PBS.

Permasalahan Kajian

Dasar kerajaan Malaysia untuk mencapai sasaran 60 peratus pelajar aliran Sains dan 40 peratus pelajar aliran Sastera pada masa kini telah tersimpang jauh. Menurut Kajian Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan sehingga 27 peratus pada 2012 (Berita Harian 2012). Berlakunya pemingiran mata pelajaran Sains dalam kalangan pelajar peringkat menengah atas merupakan satu masalah yang serius kepada sebuah negara yang pesat membangun khususnya Malaysia (Zanaton et al. 2006). Maka, fenomena sikap pelajar tidak berminat pada sains adalah satu perkara yang perlu dipandang serius.

(3)

Banyak faktor yang menyumbang kepada sikap pelajar terhadap sains. Minat adalah berkait rapat dengan sikap. Sikap pelajar terhadap sesuatu perkara itu akan mempengaruhi perlakuan, perbuatan dan pandangan mereka kepada perkara tersebut. Oleh itu, minat pelajar terhadap suatu mata pelajaran itu memainkan peranan yang penting. Antara peranan minat ialah minat dapat mengubah cara pembelajaran pelajar bagi sesuatu mata pelajaran (Johari & Norsuriani 2011; Othman et al. 2009), mempengaruhi dalam pemilihan mata pelajaran (Trumper 2006; Hartini 2011) dan mempengaruhi tahap pencapaian akademik (Siti Nurhanim 2006; Othman et al. 2009). Di sini dapat dilihat bahawa minat boleh menjadikan seseorang pelajar itu cemerlang berikutan dengan pemilihan mata pelajaran yang tepat dilakukan, membuat strategi pembelajaran dan akhirnya sudah pastilah prestasi akademik pelajar akan turut meningkat.

Namun, ramai pelajar sekolah menengah mempunyai sikap yang negatif terhadap mata pelajaran Sains (Yasushi 2009; Aziz & Lin 2010). Terdapat juga ramai dalam kalangan pelajar mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap sains di bangku sekolah rendah, tetapi bertukar menjadi negatif semasa berada di sekolah menengah atas (Yasushi 2009) dan beranggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah sukar untuk lulus. Hasil kajian ini bertentangan pula dengan hasil dapatan Azizollah (2012) yang menyatakan semua pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap sains.

Proses dan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) sangat berkait rapat dalam mempengaruhi kecenderungan sikap dan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran itu. Biasanya apabila seseorang pelajar bersikap negatif terhadap sesuatu mata pelajaran yang dianggap sukar dan susah untuk dipelajari, maka ia akan melahirkan minat yang amat rendah terhadap mata pelajaran tersebut (Sabri 2007). Jadi, pelbagai pendekatan telah digunakan kini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains oleh guru-guru demi menarik minat dan perhatian serta mengubah tanggapan pelajar terhadap sains. Guru perlu melakukan pendekatan yang sesuai dan boleh menarik perhatian serta minat pelajar seterusnya memudahkan pelajar untuk memahami apa yang disampaikan sekali gus dapat memupuk sikap yang positif terhadap Sains. Menurut Wahidin et al. (2004), strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang boleh meningkatkan sikap terhadap mata pelajaran perlu dikembangkan sehingga ia boleh menjadi motivasi kepada pelajar

(4)

untuk meningkatkan proses pembelajarannya. Justeru itu, PBP yang disyorkan oleh kerajaan merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan semasa PdP sains.

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk melihat sejauh mana persepsi pelajar terhadap PBP sebagai salah satu kaedah dalam PdP sains dan hubungannya dengan sikap pelajar terhadap sains . Dapatan kajian akan dapat menyalurkan satu maklumat kepada pihak-pihak tertentu dalam menggunakan atau tidak menggunakan PBP dalam PdP sains.

Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif iaitu untuk:

a. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) b. Mengenal pasti sikap pelajar terhadap sains.

c. Mengenal pasti perkaitan antara persepsi pelajar terhadap PBP dengan sikap pelajar terhadap sains.

Persoalan Kajian

Melalui kajian ini, pengkaji berusaha untuk mencari jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:

a. Apakah tahap persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek? b. Apakah tahap sikap pelajar terhadap sains?

c. Adakah terdapat hubungan antara persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek dengan sikap pelajar terhadap sains?

Hipotesis Kajian

Ho 1: Tiada hubungan yang signifikan antara pembelajaran berasaskan projek dengan sikap pelajar terhadap sains.

Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah menengah dalam negeri Selangor. Seramai 35 orang yang pelajar tingkatan dua yang dipilih secara rawak telah terlibat dalam kajian

(5)

ini. Rasional pelajar tingkatan dua dipilih untuk kajian ini adalah kerana mereka telah terlibat dalam PBS selama dua tahun dan telah didedahkan dengan PBP secara tidak langsung semasa guru melaksanakan PBS.

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif manakala kaedah yang dipilih ialah kaedah tinjauan. Jenis instrumen yang digunakan dalam kaedah tinjauan ini soal selidik. Terdapat tiga bahagian utama dalam borang soal selidik iaitu Bahagian A mengenai demografi pelajar, Bahagian B mengenai persepsi pelajar terhadap PBP dan Bahagian C mengenai sikap pelajar terhadap sains. Instrumen sikap terhadap sains yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang diadaptasi dari soal selidik Zanaton et al. (2006).

Bagi Bahagian B, terdapat 16 item tentang persepsi pelajar terhadap PBP iaitu merangkumi kecenderungan kepada penghasilan produk dalam bentuk model dan folio. Manakala, dalam Bahagian C pula, terdapat 40 item yang membabitkan lima dimensi iaitu berkaitan dengan kerisauan pelajar terhadap sains, kepentingan sains dalam masyarakat, konsep kendiri dalam sains, keseronokan terhadap sains dan motivasi dalam sains.

Kerisauan pelajar terhadap sains ditonjolkan melalui rasa bimbang, tidak selesa, tertekan, gementar, rasa takut dan mempunyai hasrat yang rendah terhadap sains. Pelajar yang mempunyai tahap kerisauan yang tinggi menunjukkan sikap pelajar terhadap sains adalah negatif dan begitulah sebaliknya (Zanaton et al. 2006). Kepentingan dan keperluan ilmu sains untuk digunakan dalam kehidupan seharian dan dalam bidang pekerjaan bagi menyelesaikan masalah seharian menunjukkan dimensi kepentingan sains dalarn masyarakat.

Konsep kendiri dalam sains pula ditunjukkan melalui sikap yang ditonjolkan oleh para pelajar ketika proses pembelajaran di dalarn kelas, makmal mahupun di luar kelas. Konsep kendiri yang positif dapat dirasai oleh pelajar apabila mereka merasakan bahawa mereka boleh melakukan semua tugasan sains yang diberikan, sains mudah untuk difaharni dan cuba sebaik yang mungkin apabila menghadapi pembelajaran sains yang agak sukar. Dengan sikap yang positif ini pelajar merasakan bahawa mereka agak pandai dan suka terhadap mata pelajaran Sains itu.

(6)

Dimensi keseronokan dapat dilihat apabila pelajar merasa gembira dan seronok semasa melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran sains. Jadi keseronokan terhadap Sains dapat digambarkan melalui keseronokkan semasa mempelajari sains dalam kelas, menja1ankan aktiviti dalarn makmal, bercerita mengenai sains, menonton program sains di televisyen dan minat terhadap mata pelajaran Sains itu. Motivasi dalarn sains merupakan dimensi yang akhir yang dinilai bagi menunjukkan sikap terhadap sains. Item-item dalam dimensi ini memberikan gambaran pelajar akan lebih bermotivasi jika mereka mendapat sokongan dari dalam diri pelajar sendiri atau dari luar. Motivasi terhadap sains dalam kajian ini diukur dari segi kemudahan tugasan sains yang dirasai oleh pelajar dan juga bacaan tambahan yang mendorong mereka untuk meningkatkan motivasi dalam mempelajari sains.

Pemberian skor bagi setiap item dalam kedua-dua bahagian ini adalah berdasarkan Skala Likert lima mata. Respon skala Likert berskala lima mata ini ialah bermula daripada Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti, Setuju dan Sangat Setuju dengan mata diberikan pada setiap skala ialah 1, 2, 3, 4 dan 5. Nilai kebolehpercayaan, Alfa Cronbach bagi instrumen persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek adalah tinggi iaitu 0.89 manakala nilai Alfa Cronbach setiap dimensi sikap terhadap sains yang diperoleh dengan julat sekitar 0.62 hingga 0.85.

Jadual 1: Interpretasi nilai pekali alfa Cronbach

Nilai kebolehpercayaan alpha, α Interpretasi nilai pekali alfa Cronbach > 0.9 Sangat baik > 0.8 Baik > 0.7 Boleh diterima > 0.6 Dipersoalkan > 0.5 Tidak baik < 0.4 Lemah

(7)

Kaedah statistik deskriptif digunakan bagi kajian ini untuk penganalisisan data. Perisian Statistical Package for Sciences (SPPS) digunakan untuk menganalisis data kerana perisian ini dapat menganalisis dengan cepat, mudah dan tepat. Min, sisihan piawai, peratusan dan kolerasi Pearson digunakan dalam kajian ini. Bagi menjawab persoalan kajian tentang tahap persepsi dan tahap sikap, interpretasi skor min seperti Jadual 2 digunakan. Dalam perkara ini, pengkaji telah menggunakan petunjuk (indicator) intrepretasi skor min yang telah dibina oleh Jamil Ahmad (1993). Dalam interpretasi skor min ini, nilai bagi 1.00 hingga 2.33 adalah tahap rendah, 2.34 hingga 3.66 adalah tahap sederhana dan skor bagi 3.67 hingga 5.00 merupakan tahap tinggi seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2 : Interpretasi Skor Min Tahap Sikap dan Tahap Persepsi Pelajar

Skor min Interpretasi

1.00 hingga 2.33 Tahap Rendah 2.34 hingga 3.66 Tahap Sederhana 3.67 hingga 5.00 Tahap Tinggi Sumber: Jamil Ahmad. 1993.

Dapatan dan Perbincangan a) Profil Peserta Kajian

Kajian ini melibatkan sekolah menengah yang terdiri daripada pelajar dari Tingkatan Dua. Profil pelajar yang terlibat dalam kajian ini ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Profil Pelajar

Jantina Bilangan Peratusan (%)

Lelaki 15 42.86

Perempuan 20 57.14

Jumlah 35 100

Merujuk Jadual 3, peserta kajian yang banyak terlibat dalam kajian ini ialah daripada jantina perempuan iaitu seramai 20 orang pelajar perempuan yang mewakili

(8)

sebanyak 57.14% dan seramai 15 orang pelajar lelaki terlibat dalam kajian ini yang mewakili sebanyak 42.86% daripada keseluruhan peserta kajian.

b) Persepsi pelajar terhadap PBP dan sikap pelajar terhadap sains

Persepsi pelajar terhadap PBP yang dibincangkan dalam kajian ini ialah kecenderungan pelajar dalam menghasilkan model sesuatu alat ataupun penghasilan folio. Skor min persepsi pelajar terhadap PBP ditunjukkan dalam Jadual 4. Daripada Jadual 4, dapat disimpulkan bahawa pelajar-pelajar mempunyai persepsi yang positif tetapi sederhana terhadap PBP (min =3.55, s.d = 0.79). Begitu juga dengan sikap pelajar terhadap sains dimana pelajar-pelajar mempunyai sikap positif yang sederhana terhadap sains (min =3.56, s.d = 0.47).

Jadual 4 : Skor Min bagi Persepsi Pelajar terhadap PBP dan Sikap Pelajar terhadap Sains

Min Sisihan Piawai N Tahap

Persepsi terhadap PBP 3.55 0.79 35 Sederhana

Sikap terhadap sains 3.56 0.47 35 Sederhana

c) Sikap pelajar terhadap sains

Sikap pelajar terhadap sains terhadap telah dibahagikan kepada lima dimensi sikap dan perbincangan akan dibuat berdasarkan dimensi-dimensi tersebut yang meliputi kerisauan terhadap sains, kepentingan sains dalam masyarakat, konsep kendiri dalam sains, keseronokan dalam sains dan motivasi dalam sains. Perbincangan akan dilihat dari segi min dan sisihan piawai bagi setiap dimensi sikap terhadap sains.

Jadual 5 : Min Sikap terhadap Sains bagi Lima Dimensi Sikap

Min Sisihan

Piawai

N Tahap

Kerisauan terhadap sains 2.45 0.43 35 Sederhana

Kepentingan sains dalam masyarakat 3.99 0.62 35 Tinggi

(9)

Keseronokan dalam sains 3.57 0.76 35 Sederhana

Motivasi dalam sains 4.05 0.78 35 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan dapatan bagi kelima-lima dimensi sikap terhadap sains. Dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 4 menunjukkan tahap kerisauan pelajar (min =2.45, s.d = 0.43) dan tahap keseronokan dalam sains berada pada tahap yang sederhana (min = 3.57, s.d = 0.76). Didapati juga sikap pelajar adalah berada pada tahap yang tinggi bagi dimensi kepentingan sains dalam masyarakat (min = 3.99, s.d = 0.62), konsep kendiri dalam sains (min = 3.76, s.d = 0.73), dan motivasi dalam sains (min = 4.05, s.d = 0.78). Ini menunjukkan walaupun pelajar mempunyai motivasi dan konsep kendiri yang baik terhadap sains, dan sedar akan kepentingan sains dalam masyarakat, namun pelajar merasakan sains itu merisaukan diri mereka dan sains bukanlah suatu yang begitu menyeronokkan.

d) Kolerasi antara Persepsi Pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek dengan Sikap Pelajar terhadap Sains.

Hubungan atau perkaitan di antara persepsi pelajar terhadap PBP dengan sikap pelajar terhadap sains dapat diketahui melalui kolerasi Pearson dalam Jadual 6.

Jadual 6 : Kolerasi antara Persepsi Pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek dengan Sikap Pelajar terhadap Sains

Total sikap pelajar terhadap sains.

Persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek

Kolerasi Pearson 0.673**

Sig. (2-hala) 0.000

N 35

** Kolerasi ialah signifikan pada 0.01 (2 hala).

Kolerasi antara persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek dengan sikap pelajar terhadap sains telah dikaji dengan mengunakan kolerasi koefisien Pearson product-moment. Didapati terdapat hubungan positif yang kuat di antara persepsi pelajar terhadap pembelajaran berasaskan projek dengan sikap pelajar terhadap sains (r=0.673, n=35, p<0.05). Maka hipotesis nul berjaya ditolak. Dapatan ini menyokong dapatan

(10)

kajian Pau Chai Hung pada tahun 2012 yang menyatakan bahawa PBP menyebabkan perubahan terhadap sikap pelajar dimana didapati pelajar lebih banyak terlibat dalam aktiviti pembelajaran sains ketika PBP dilaksanakan oleh guru ketika PdP sains.

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian jelas menunjukkan pelajar tingkatan dua mempunyai persepsi yang baik terhadap pembelajaran berasaskan projek yang merupakan salah satu kaedah yang digunakan dalam pembelajaran sains. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap sains. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pembolehubah-pembolehubah yang dikaji iaitu persepsi pelajar terhadap PBP mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan sikap pelajar terhadap sains.

Oleh yang demikian, bagi guru-guru yang telah mempraktikkan PBP boleh meneruskan strategi ini menggunakan PBP sebagai strategi pengajaran. Manakala bagi guru-guru yang masih belum mempraktikkan PBP, menggunakan kaedah PBP dilihat sebagai satu kaedah pengajaran yang boleh meningkatkan sikap pelajar terhadap sains. Semoga kesan daripada perubahan kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang sains, memotivasikan pelajar dan mendorong pelajar berfikiran secara kreatif dan kritis, bersikap aktif di dalam kelas, boleh bekerja dalam satu kumpulan, meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi sejajar dengan pelajar berkemahiran abad ke 21.

RUJUKAN

Aziz Nordin & Lin Hui Ling. 2010. Hubungan sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar tingkatan dua. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizollah Arbabi Sarjou. 2012. A study of Iranian students’ attitude towards science and technology, school science and environment, based on the ROSE Project. Journal of Studies in Education 2(1): 90-103.

Berita Harian. 2012. 29 Mac.

Hartini Ahmad Rabuan. 2011. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar orang asli terhadap kerja amali mata pelajaran kemahiran hidup di tiga buah

(11)

sekolah menengah dalam daerah Kluang, Johor. Tesis. Universiti Teknologi Malaysia.

Jamil Ahmad. 1993. Tinjauan tentang kekangan-kekangan dalam pelaksanaan sains KBSM di sekolah-sekolah menengah Negeri Kedah Darul Aman. Disertasi Sarjana Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Johari Hassan & Norsuriani Ab Razi. 2011. Faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap matematik di kalangan pelajar sekolah menengah. Universiti Teknologi Malaysia.

Joseph A. Gliem & Rosemary R. Gliem. 2003. Calculating, Interpreting, and Reporting Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert-Type Scales. Midwest Research to Practice Conference in Adult, Continuing, and Community Education.

Othman Talib, Wong Su Luan, Shah Christirani Azhar & Nabilah Abdullah. 2009. Uncovering Malaysian Students’ Motivation to Learning Science. European Journal of Social Sciences 8(2): 266.

Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 2012. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pau Chai Hung. 2012. Penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan projek untuk membantu murid Tahun Empat memahami tajuk Cara Tumbuhan Membiak. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL. 27 hingga 28 September : 254-268 Sabri Ahmad. 2007. Kesan strategi pengajaran ke atas gaya pembelajaran, sikap dan

pencapaian dalam matematik. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia. Siti Nurhanim Abd Halim. 2006. Kajian mengenai aspek-aspek yang mempengaruhi

minat pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran Kimia KBSM di kawasan bandar dalam Daerah Kota Setar, Kedah. Tesis. Universiti Teknologi Malaysia.

Trumper, R. 2006. Factors affecting junior high school students’ interest in Physics. Journal of Science Education and Technology 15(1): 47-58.

Wahidin, Kamisah Osman & T. Subahan Mohd. Merah. 2004. Penggunaan Peta Konsep dan Peta Vee dalam Meningkatkan Sikap Pelajar Terhadap Kimia. Jurnal Pendidikan 29: 125-144.

Yahya Buntat, Muhammad Sukri Saud, Mohd. Sharif Mustaffa & Siti Fatimah Saari. 2008. Hubungan antara harga diri dan pencapaian sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Sains dan Matematik. Anjuran Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Johor Bharu, Johor, 11-12 Oktober.

(12)

Yasushi, O. 2009. Comparison of attitudes toward science between grade 9 and 10 Japanese students by using the PISA Questions and its implications on science teaching in Japan. Paper presented at the PISA research conference in Kiel, Germany, September 14-16.

Zanaton Hj Iksan, Lilia Halim & Kamisah Osman. 2006. Sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar sains di peringkat menengah dan matrikulasi. Jurnal Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 14(2): 131-147.

Referensi

Dokumen terkait

Daripada ujian post-hoc Turkey, didapati hanya pelajar Fisioterapi menunjukkan purata skor yang lebih tinggi (M = 4.35 ± 0.54) daripada pelajar Sains Pertuturan (M = 3.75 ± 0.59)

Dengan memahami persepsi pelajar daripada aspek-aspek yang tersebut, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran berkaitan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Hasil ujian Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pelajar dan efikasi kendiri sains pelajar terhadap pencapaian Sains

Secara keseluruhannya, didapati kebanyakan kajian yang dijalankan hanya tertumpu dalam menguji keberkesanan PBM terhadap pencapaian, sikap dan persepsi pelajar

Ia juga menunjukkan bahawa (1) terdapat korelasi yang signifikan antara pembelajaran berasaskan inkuiri terhadap penguasaan konsep sains pelajar, (2) terdapat korelasi yang

Dapatan kajian mendapati sikap pelajar lebih menggemari untuk mempelajari bahasa Inggeris daripada bahasa Indonesia dan responden juga mempunyai motivasi belajar bahasa yang

Meningkatkan keterampilan pembelajaran Sains-fizik dan sikap pelajar terhadap kaedah pembelajaran kendiri tanpa kehadiran guru dengan berbantukan komputer di Sekolah

Persepsi pelajar terhadap aspek dalam perisian matematik yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti penglibatan dalam kelas, perubahan minda pelajar dan pencapaian