• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUNNAH RASULULLAH SAW MENERUSI AMALAN WIRID PAGI DAN PETANG SEBAGAI USAHA PENCEGAHAN MENGHADAPI WABAK COVID-19

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "SUNNAH RASULULLAH SAW MENERUSI AMALAN WIRID PAGI DAN PETANG SEBAGAI USAHA PENCEGAHAN MENGHADAPI WABAK COVID-19"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

629 SUNNAH RASULULLAH SAW MENERUSI AMALAN WIRID PAGI DAN PETANG

SEBAGAI USAHA PENCEGAHAN MENGHADAPI WABAK COVID-19

Walid Mohd Said (corresponding author)

Nidzamuddin Zakaria, Syed Najihuddin Syed Hassan, Amran Abdul Halim, Abdulloh Salaeh, Mohd Fauzi Mohd Amin

Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Isalam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan E-Mail: walid@usim.edu.my

ABSTRAK

Kemunculan wabak COVID-19 pada penghujung tahun 2019 telah menimbulkan keresahan di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Pelbagai usaha pencegahan dan prosedur operasi yang telah diperkenalkan oleh pihak berwajib untuk orang ramai bagi mengekang penularan wabak ini. Standard Operating procedures yang diperkenalkan itu, lebih menekankan sudut luaran atau zahiriyyah, manakala aspek kerohanian atau spiritual kurang dititik beratkan. Bagi orang yang beragama Islam, pengamalan wirid pagi dan petang merupakan sebahagian dari ajaran Rasulullah saw yang digalakkan pada setiap hari tanpa mengira musim atau masa tertentu. Pengamalan wirid-wirid tersebut bukan sahaja menjadi satu bentuk ta’abud, malah didalamnya terdapat janji pasti oleh Allah swt akan memelihara pengamalnya. Kertas kerja ini akan membicarakan peranan wirid pagi dan petang sebagai pemberi ketenangan dan langkah ikhtiar memelihara diri dari ditimpa penyakit yang bahaya ini.

Kata kunci: sunnah, COVID-19, wirid, pencegahan.

PENDAHULUAN

Tahun 2020 menyaksikan satu perubahan bersifat global dalam corak hidup manusia. Ujian yang diturunkan oleh Allah SWT berupa wabak yang dinamakan COVID-19. Ia merujuk kepada singkatan dari gabungan Corona Virus Disease iaitu sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Manakala nombor 19 merujuk kepada tahun penemuannya di Wuhan, China pada Disember 2019. Terdapat beberapa jenis coronavirus lain yang pernah ditemui seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER- CoV).1

Pandemik COVID-19 memberi kesan yang buruk, bukan sahaja meragut nyawa ratusan ribu manusia dan menjejaskan sektor kesihatan, bahkan memberi impak kepada sektor ekonomi, sosial, pendidikan, aktiviti keagamaan dan lain-lain. Rakyat yang hilang pekerjaan, urusniaga yang terhad, ziarah-menziarahi antara ahli keluarga dan kenalan yang terhalang, institusi-institusi pendidikan di semua peringkat yang dihentikan serta aktiviti masjid dan surau yang digantung sementara. Semua itu adalah contoh paling jelas tentang kesan negatif COVID-19 kepada alam ini.

Menurut perspektif yang berbeza, COVID-19 memberi kesan yang baik kepada manusia. Amalan menjaga kebersihan diri dengan sentiasa membasuh tangan dengan sabun, menggunakan pelitup mulut

1 http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/FAQ-COVID-19.pdf

(2)

630 dan hidung di tempat awam adalah antara ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

ِهْيَلَع َُّللَّا ىَّلَص َِّبَِّنلا َّنَأ ُهَتْوَص اَِبِ َّضَغَو ِهِبْوَ ثِب ْوَأ ِهِدَيِب ُهَهْجَو ىَّطَغ َسَطَع اَذِإ َناَك َمَّلَسَو

Maksudnya: "Bahawasanya apabila Rasulullah SAW bersin, Baginda akan menutupi mukanya dengan tangan atau pakaiannya serta merendahkan suaranya"2

Berkata alhafiz Ibn Hajar: "antara adab bersin ialah; merendahkan suara ketika bersin dan menguatkannya ketika memuji Allah (dengan mengucapkan لله دمحلا), menutup muka supaya tidak keluar dari mulut atau hidungnya sesuatu yang memudaratkan orang yang duduk berhampirannya…"3

Selain itu, orang ramai yang beratur di pasaraya penuh disiplin dan sabar, anak muda yang tidak lagi kelihatan membuang masa dengan melepak kosong di tepi jalan, kualiti udara dan alam sekitar yang semakin baik sebagaimana dilaporkan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi berita harian online bartarikh 8 ogos 2020. Beliau berkata "kualiti alam sekitar khususnya udara dan air sungai bertambah baik sepanjang perintah ini (pkp) diadakan. Laporan dunia turut menunjukkan, kualiti alam sekitar semakin baik ketika global berhadapan dengan wabak COVID- 19".4

Kerajaan Malaysia telah mengenakan Standard Operating procedures (SOP) yang bersesuaian dengan tahap kesan yang dialami negara bagi mencegah penularan wabak yang berbahaya ini. SOP yang ditetapkan ini, dilihat lebih menekankan aspek luaran seperti kebersihan, jarak sosial, mengelakkan sentuhan secara langsung dan sebagainya. Manakala aspek keagamaan dan kerohanian agak kurang ditekankan kepada orang yang beragama Islam. Bagi orang Islam, pengamalan zikir dan wirid adalah sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari rutin kehidupan seharian. Sebagai contoh: Muslim yang meyakini janji Allah SWT akan memelihara sesiapa yang membaca: يِف ٌءْيَش ِهِمْسا َعَم ُّرُضَي َلا يِذَّلا َِّاللّ ِم ْسِب ُميِلَعْلا ُعيِمَّسلا َوُه َو ِءاَمهسلا يِف َلا َو ِض ْرَ ْلْا yang bermasksud: Dengan nama Allah yang tiada sesuatu mampu memberikan kemudaratan dengan namaNya, di bumi dan di langit, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui. sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang, pasti tidak akan meninggalkan amalan ini walupun dalam apa jua keadaan.

ZIKIR PAGI DAN PETANG

Zikir pagi dan petang )ءاسملاو حابصلا راكذأ) merujuk kepada sejumlah bacaan zikir, wirid dan doa yang dianjurkan oleh Baginda SAW untuk dibaca dan diamalkan dalam pelbagai situasi dari seawal bangun pagi sehingga ingin tidur pada waktu malam. Ia sangat menyeluruh, bukan sahaja mengadungi bacaan pada waktu pagi dan petang, bahkan ketika terbangun dari tidur di tengah malam, terdengar bunyi guruh, menaiki tempat tinggi dan selainnya.

Kertas kerja ini hanya akan membicarakan wirid, zikir dan doa yang berkaitan secara langsung dengan COVID-19 dari perspektif pencegahan dan perisai diri dari penyakit, musibah dan lain-lain.

ZIKIR, WIRID DAN DOA PENCEGAH COVID19

Zikir, wirid dan doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW terlalu banyak dan menyeluruh meliputi segenap urusan kehidupan seorang muslim. Seseorang muslim digalakkan berdoa dengan doa yang

2 Riwayat at-Tirmizi, no.2745. 5/86.

3 al-Asqalani (1379H) Ibn Hajar. Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari. Bairut: Dar al-Ma'rifah,10/602.

4 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680144/covid-19-kualiti-alam-sekitar-semakin-baik-ketika-pkp

(3)

631 ma'thur dari sunnah Rasulullah SAW. Walaubagaimanapun, diharuskan berdoa dengan susunan bahasa sendiri jika tidak menyalahi aturan dan syarat berdoa yang maqbul.

Namun dalam tulisan ini, penulis hanya memfokuskan zikir dan doa yang terkandung dalam himpunan zikir, wirid dan doa yang sahih dan ma'thur, menerusi beberapa kitab himpunan seperti Hisnul Muslim yang mempunyai kaitan yang langsung dengan aspek pencegahan dari COVID-19.

Antara wirid terpilih sebagai amalan yang menjadi pelindung daripada COVID-19 adalah seperti berikut:

1. Perisai diri dari perkara yang memudaratkan.

Membaca al-Mu'awwizat, iaitu surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas, sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang.

Sabda Rasulullah SAW:

»ءيش لك نم هتفك يسيْ ينحو حبصي ينح تارم ثلاث الَّاق نم«

Maksudnya: "Barangsiapa membacanya tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang, cukup baginya (sebagai perisai) dari semua gangguan"5

Selain surah-surah di atas, Ayat 285-286, surah al-baqarah, dibaca pada waktu malam:

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: "Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali"

(285)Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir (286)"

Rasulullah SAW bersabda:

َ ي ْلآا ِناَت آ ْنِم

ُ»هاَتَفَك ٍةَلْ يَل ِفِ اَُهََأَرَ ق ْنَم ِةَرَقَ بْلا ِةَروُس ِرِخ »

Maksudnya: "Sesiapa membaca dua ayat pada akhir surah al-baqarah pada waktu malam, cukuplah ia baginya (sebagai pelindung)"6

2. zikir dan doa memohon kebaikan pada waktu siang dan malam.

َلحا ُهَلو ،ُكْللما ُهَل ،ُهَل َكْيِرَش لَ ُهَدْحَو ُالله َّلَإ َهلإ لَ ،َِِّللَّ ُدْمَلحاَو ،ِلله ُكْللما َحَبْصأَو اَنْحَبْصأ ٍءيَش ِهلُك ىَلَع َوُهو ،ُدْم ِمْوَ يلا اَذَه ِفِ اَم ِهر َش ْنِم َكِب ُذوُعَأو ،ُه َدْعَ ب اَم َْيرَخَو ِمْوَ يلا اَذَه فِ اَم َْيرَخ َكُلأْسأ ِهبَر ،ٌريِدَق ُذوُعأ ِهبَر ،ُهَدْعَ ب اَم ِهرَشَو ِْبََقلا ِفِ ٍباَذَعو ِراَّنلا ِفِ ٍباَذَع ْنِم َكِب ُذوُعأ ِهبَر ،َِبَِكلا ِءوُسو ،ِلَسَكلا َنِم َكِب

Maksudnya: Kami dan seluruh kerajaan Allah SWT memasuki waktu pagi ini di dalam kekuasaanNya. segala pujian bagiNya. tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya. bagiNya segala kekuasaan dan pujian. Dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu. Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan yang terdapat pada hari ini,

5 Riwayat Abu daud, no.5082, 4/322 dan Tirmizi, No. 3575, 5/765.

6 Riwayat Bukhari, No. 4008, 10/36 dan Muslim, No. 1914, 2/246.

(4)

632 dan selepasnya. Dan aku berlindung denganMu daripada keburukan hari ini dan selepasnya.

Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada sifat malas, terlalu tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada azab api neraka dan azab kubur.

Bagi versi malam,

ُهَلو ،ُكْلُلما ُهَل ،ُهَل َكْيِرَش لَ ُهَدْحَو ُالله َّلَإ َهلإ لَ ،َِِّللَّ ُدْمَلحاَو ،َِِّللَّ ُكْلُلما ىَسْمأو اَنْ يَسْمأ ٍءيَش ِهلُك ىَلَع َوُهو ،ُدْمَلحا ِهرَش ْنِم َكِب ُذوُعأو ،اَه َدْعَ ب اَم َْيرَخَو ِةَلْ يَّل لا ِهِذَه ِفِ اَم َْيرَخ َكُلأْسأ ِهبَر ،ٌريِد َق ِهبَر ،اَهَدْعَ ب اَم ِهرَشو ِةَلْ يَّللا ِهِذَه ِفِ اَم ِْبََقلا ِفِ ٍباَذَعو ِراَّنلا ِفِ ٍباَذَع ْنِم َكِب ُذوُعأ ِهبَر ،َِبَِكلا ِءوُسو ،ِلَسَكلا َنِم َكِب ُذوُعأ

Maksudnya: Kami dan seluruh kerajaan Allah SWT memasuki waktu petang ini di dalam kekuasaanNya. segala pujian bagiNya. tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya. bagiNya segala kekuasaan dan pujian. Dialah yang berkuasa atas setiap sesuatu. Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan yang terdapat pada malam ini, dan selepasnya. Dan aku berlindung denganMu daripada keburukan malam ini dan selepasnya. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada sifat malas, terlalu tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu daripada azab api neraka dan azab kubur.7

Dalam zikir dan wirid ini terkandung doa memohon kebaikan pada waktu siang dan malam, dan berlindung dari keburukan pada siang dan malam. Wabak penyakit COVID-19 termasuk dalam keburukan yang dimohon untuk dijauhkan.

Terdapat juga hadis lain yang mengandungi doa memohon kebaikan seperti hadis di atas:

ُهَرْصَنو ،ُهَحْتَ ف :ِمْوَ يلا اَذَه َْيرَخ َكُلأْسأ ِهنإ َّمُهَّللا ،َْينِمَلاَعلا ِهبَر َِّللَّ ُكْلُلما َحَبْصأو اَنْحَبْصأ ُهَروُنَو ،

ُذْوُعأو ،ُهاَدُهو ،ُهَتَكَرَ بو هَدْعَ ب اَم ِهرَشَو ِهْيِف اَم ِهرَش ْنِم َكِب

Maksudnya:Kami dan seluruh kerajaan Allah SWT memasuki waktu pagi ini di dalam kekuasaan Allah, Tuhan tuan punya sekalian alam. Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, pembukaannya, kemenangannya, cahayanya, berkatnya, dan petunjuknya. Aku berlindung denganMu dari kejahatannya dan kejahatan selepasnya.8

Manakala bagi versi petang:

َينمَلاَعلا ِهبَر َِّللَّ ُكْللما ىَسْمأو اَنْ يَسْم

أ

ِهنإ َّمُهَّللا ،

،اَهاَدُهَو ،اَهتَكَرَ بو ،اَهَرْوُ نو اَهَرْصَنو ،اَهَحْتَ ف ،ِةَلْ يَّللا ِهِذَه َْيرَخ َكُلأْسأ اَهَدْعَ ب اَم ِهرَشَو اَهْ يف اَم ِهرَش ْنِم َكِب ُذْوُعأو

Maksudnya: Kami dan seluruh kerajaan Allah SWT memasuki waktu petang ini di dalam kekuasaan Allah, Tuhan tuan punya sekalian alam. Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu kebaikan malam ini, pembukaannya, kemenangannya, cahayanya, berkatnya, dan petunjuknya.

Aku berlindung denganMu dari kejahatannya dan kejahatan selepasnya.

3. Tawakkal dan menyerah segala urusan kepada Allah

ِميِظَعْلا ِشْرَعْلا ُّبَر َوُهَو ُتلَّكَوَ ت ِهيَلَع َوُه َّلَِإ َهَلِإ َلَ َُّللَّا َِبِْسَُ

ح Maksudnya: cukuplah Allah (sebagai pelindung) bagiku, tiada Tuhan yang berhak disembahmelainkan Dia. KepadaNya aku bertawakkal dan Dialah Tuhan yang menguasai Arasy yang Agung.

Rasulullah SAW bersabda:

ةرخلآاو ايندلا رمأ نم هههَأ ام َّللَّا هافك تارم عبس يسيْ ينحو حبصي ينح الَّاق نم «

»

7 Riwayat Muslim, No. 7083, 8/82.

8 Riwayat Abu Daud, no. 5084, 4/322. Dihasankan sanadnya oleh Syua'ib dan Abd Qadir Arna'ut.

(5)

633 Maksudnya: barangsiapa membacanya di waktu pagi dan petang sebanyak tujuh kali, Allah SWT akan mencukupkannya dalam urusan dunia dan akhirat.9

Dalam suasana pandemik, semua manusia dalam keadaan berjaga-jaga, tidak kurang juga yang panik dan ketakutan. Justeru, Meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah SWT dan menyerahkan segala urusan kepadaNya setelah mematuhi SOP dan arahan pihak berkuasa, akan melahirkan ketenangan jiwa bagi orang yang mengamalkannya.

4. Doa memohon kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan

ِفِ ِنِِفاَع َّمُهَّللا ، ِنَدَب ِفِ ِنِِفاَع َّمُهَّللا َّمُهَّللا َتْنَأ َّلَِإ َهَلِإ َلَ ،يِرَصَب ِفِ ِنِِفاَع َّمُهَّللا ،يِعَْسم

،ِرْفُكْلا َنِم َكِب ُذوُعَأ ِهنِإ َتْنَأ َّلَِإ َهَلِإ َلَ ،ِْبََقلا ِباَذَع ْنِم َكِب ُذوُعَأَو ،ِرْقَفلاَو

Maksudnya: Ya Allah, kurniakan kesihatan tubuh badanku, kesihatan pendengaranku, kesihatan penglihatanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari kekufuran dan kefakiran, aku berlindung denganMu dari azab kubur. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau.10

Doa ini dibaca sebanyak tiga kali pada waktu pagi, dan tiga kali pada waktu petang.

Dalam doa ini terkandung permohonan agar dipelihara kesihatan oleh Allah SWT

) ِنَدَب ِفِ ِنِِفاَع َّمُهَّللا(

iaitu dipelihara dari penyakit.

5. Doa memohon perlindungan dan kesejahteraan diri dan keluarga.

ْلاَو َوْفَعْلا َكُلَأْسَأ ِهنِإ َّمُهَّللا ،ِةَرِخلآاَو اَيْ نُّدلا ِفِ َةَيِفاَعْلاَو َوْفَعْلا َكُلَأْسَأ ِهنِإ َّمُهَّللا َع

ِنِيِد ِفِ :َةَيِفا َياَيْ نُدَو ،

، ِلياَمَو ،يِلْهَأَو ،يِقْوَ ف ْنِمَو ، ِلياَِشِ ْنَعَو ، ، ِنِيَِيْ ْنَعَو ،يِفْلَخ ْنِمَو ،َّيَدَي ِينَب ْنِم ِنِْظَفْحا َّمُهَّللا ، ِتياَعْوَر ْنِمآَو ، ِتياَرْوَع ُْتَْسا َّمُهَّللا ِتَِْتَ ْنِم َلاَتْغُأ ْنَأ َكِتَمَظَعِب ُذوُعَأَو

Maksudnya: Ya Allah, aku memohon kepadaMu pengampunan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Ya Allah, aku memohon pengampunan dan kesejahteraan pada agamaku, urusan duniaku, ahli keluargaku, dan hartaku. Ya Allah, tutupkanlah keaibanku, amankanlah diriku dari ketakutan. Ya Allah, peliharalah diriku dari arah depan, belakang, kanan, kiri, atas dan aku berlindung dengan keagunganmu dari diceroboh dari arah bawahku.11

Dalam tempoh yang sukar ini, antara yang dimohon ialah Afiah yg bermaksud kesejahteraan dalam urusan dunia denagn dipelihara diri, ahli keluarga dari COVID-19, diberi ketengangan dari ketakutan (panik) yang melanda ketika berada di tempat yang dikhuatiri, dilindungi dari semua arah yang boleh mendatangkan penyakit atau mudarat.

6. Zikir perisai dari kejahatan makhluk di bumi dan langit

ُميِلَعْلا ُعيِمَّسلا َوُهَو ِءاَمهسلا ِفِ َلََو ِضْرَْلْا ِفِ ٌءْيَش ِهِْسما َعَم ُّرُضَي َلَ يِذَّلا َِّللَّا ِمْسِب

Maksudnya: Dengan nama Allah yang tiada sesuatu mampu memberikan mudarat Bersama namaNya di bumi dan di langit dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.

Rasulullah SAW bersabda:

9 Diriwayatkan oleh Ibn as-Sunni secara marfu', no. 71, Abu Daud secara mauquf, no. 5081, 4/321. Disahihkan sanadnya oleh Syu'aib dan Abd Qadir al-Arna'ut.

10 Riwayat Abu Daud, no. 5090, 4/324. Ahmad, 5/42. an-Nasa'i dalam kitab amal alyaum wa al-laylah, no.22. Bukhari dalam adab al-mufrad, Ibn As-sunni, 69.

11 Riwayat Abu Daud, no. 5074. Ibn Majah, no.3871. disahihkan oleh al-Albani.

(6)

634

ءيش هرضي لِ ىسمأ اذإ ًثَلاثو ،حبصأ اذإ ًثَلاث الَّاق نم «

»

Maksudnya: sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi, dan tiga kali pada waktu petang, tidak akan dimudaratkan oleh sesuatu.12

Terdapat doa lain yang lebih umum untuk berlindung dari kejahatan makhluk, sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis:

َقَلَخ اَم ِهرَش ْنِم ِتاَّماَّتلا َِّللَّا ِتاَمِلَكِب ُذوُع أ

Maksudnya: aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang jahat.

Khaulah binti hakim meriwayatkan bahawasanya beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

ام رش نم تاماتلا الله تاملكب ذوعأ :لاق ثُ ًلَزنم لزن نم « نم لحري تَّح ءيش هرضي لِ قلخ

كلذ هلزنم

»

Maksudnya: barangsiapa yang singgah di suatu tempat lalu membaca: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptaNya, tidak akan dimudaratkan oleh sesuatu sehingga ia meninggalkan tempat itu.13

Kejahatan atau kemudaratan yang dimaksudkan dalam doa ini termasuk wabak dan penyakit. Berkata Ibn Al-Qayyim tatkala menghuraikan maksud 'sesuatu' )ءيش(: "iaitu dari sebarang kejahatan yang timbul dari makhluk samada haiwan, manusia, jin, serangga, ribut, petir, atau sebarang bentuk musibah di dunia dan akhirat"14

Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa doa ini dibacakan pada waktu petang sebanyak tiga kali sebagaimana hadis Abu Hurairah RA:

ةليللا كلت ةَُحم ههرضت لِ تارم ثلاث يسيْ ينح الَّاق نم «

»

Maksudnya: barangsiapa membacanya pada waktu petang sebanyak tiga kali, tidak akan terkena racun pada malam itu.15

7. Doa memohon diperelokkan segala urusan

ُموُّيَ ق َيا ُّيَح َيا َةَفْرَط يِسْفَ ن َلَِإ ِنِْلِكَت َلََو ُهَّلُك َ ِنْأَش ِلي ْحِلْصَأ ُثيغَتْسَأ َكِتَْحمَرِب

ٍْينَع

Maksudnya: wahai Tuhan yang tetap hidup, yang kekal mentadbir selama-lamanya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perelokkanlah segala urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun sekadar sekelip mata.16

Sentiasa memohon pertolongan dari Allah, untuk menjaga segala urusan hambanya. Dlm doa ini juga, berlepas diri dari segala bentuk daya dan usaha manusia dan menyrah urusan sepenuhnya kepada Allah SWT.

8. Doa berlindung dari penyakit-penyakit berbahaya

12 Diriwayatkan oleh Abu Daud, no.5088, 4/323. Tirmizi, no.3388, 5/465. Ibn Majah, no.3869, Ahmad, 446.

13 Riwayat Muslim, no. 7053, 8/76.

14 https://www.alukah.net/library/0/84432/#ixzz6Ugc3KFS0

15 Riwayat Tirmizi, no.3604. Ahmad, no.7885, 2/290. Nasa’i dalam amal alyaum wa allaylah, no.590. dinilai sahih oleh al- Albani.

16 Nabi SAW berpesan kepada anaknya Fatimah supaya mengamalkan zikir ini pada waktu pagi dan petang. Hadis ini riwayat Nasa’i, no.10405, 6/147. Al-Hakim, no.2000, 1/730, beliau menilainya sahih menurut syrat Bukhari dan Muslim.

Baihaqi dalam sy’uab al-Iman, no.761, 1/476.

(7)

635

َّللا ِماَقْسَلْا ِئِهيَس ْنِمَو ِماَذُْلجاَو ِنوُنُْلجاَو ِصََبَْلا َنِم َكِب ُذوُعَأ ِهنِّإ َّم ُه

Maksudnya: wahai Tuhanku, aku berlindung denganMu dari penyakit panau, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.17

Wabak COVID-19 jelas termasuk dalam pengertian umum penyakit yang buruk sebagaimana disebut dalam doa ini.

PENUTUP

Krisis COVID-19 belum berakhir lagi. Banyak negara di dunia yang masih bertarung untuk menghentikan penularan wabak ini. Bagi masyarakat di Malaysia, teruskan bertawakal kepada Allah SWT dan mengamalkan doa dan wirid harian yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dengan penuh pengharapan. Zikir dan wirid yang dinukilkan dalam tulisan ini, bukanlah semua doa dan wirid yang terdapat dalam khazanah hadis Rasulullah SAW, masih terdapat versi doa dan zikir yang harus diamalkan. Selain itu, kita juga seharusnya konsisten mengamalkan nilai positif yang terhasil ekoran ujian Allah ini; berdisiplin mematuhi arahan pihak berwajib, meningkatkan tahap kebersihan diri dan persekitaran, sentiasa berwaspada. Imbangilah di antara bersikap tawakal kepada Allah sepenuh hati dengan mengamalkan doa dan mengambil kira sunnatullah sebagai asbab yang menentukan sesuatu perkara berlaku. Semoga Allah mengangkat penyakit ini dan kehidupan manusia kembali seperti sediakala.

RUJUKAN Al-Quran

Al-Ahmad, Majdi bin Abd al-Wahhab & Said bin wahf al-Qahtani. “Syarh Hisn al-Muslim Min Azkar Al-Kitab wa Al-Sunnah”. Riyadh: Matba’ah Safir.

Al-Asqalani, Ibn Hajar. (1379H). “Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari”. Bairut: Dar al-Ma'rifah.

Al-Badr, Abd Razzaq bin Abd al-Muhsin. (2003). “Fiqh Al-Ad’iyah wa al-Azkar”. Kuwait.

Al-Baihaqi, Ahmad bin al-Husain. (1410H). ‘Syu’ab Al-Iman”. Bairut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1407H/1987M). “al-Jamek Al-Sahih Al-Mukhtasar”. Bairut: Dar Ibn Kathir.

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. (1989). “Al-Adab al-Mufrad”. Bairut: Dar Al-Basya’ir.

Al-Hakim, Muhammad bin Abdullah. (1990). “Al-Mustadrak Ala Al-Sahihain”. Bairut: Dar al-Kutub al- Ilmiyyah.

Al-Naisaburi, Muslim bin al-Hajjaj. “Al-Jamek al-Sahih”. Bairut: Dar Ihya’ Al-Turath Al-Arabi.

Al-Nawawi, Yahya bin Syaraf. (1994). “Al-azkar”. Bairut: Dar al-Fikr.

Al-Qazwini, Ibn Majah. “Sunan Ibn Majah”. Dar Ihya’ al-Kutub al-Arabiyyah.

Al-Sijistani, Abu Daud, “Sunan Abi Daud”. Dar Al-Fikr.

An-Nasa'i, Ahmad bin Syu’aib. (1406H). “Amal al-Yaum wa al-Laylah”. Bairut: Mu’assasah Al-Risalah.

At-Tirmizi, Muhammad bin Isa. “Al-jamek al-kabir”. Bairut: Dar Ihya’ Al-Turath Al-arabi . Hanbal, Ahmad. (1420H/1999M). “Musnad Ahmad Bin Hanbal”. Mu’assasah Al-Risalah.

17 Riwayat Abu Daud, no. 1554, 1/2. Dinilai sahih oleh al-Albani.

(8)

636 Ibn As-Sunni, Ahmad bin Muhammad. “Amal Al-Yaum wa al-Laylah”. Jeddah/Bairut: Dar al-Qiblah &

Mu’assasah Ulum al-Quran.

Nonchi, Mohd Hairi. (2020). “Manhaj Ahl Al-Sunnah Dalam Menghadapi Wabak COVID-19”.

Selangor: Santai Ilmu Publication.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680144/covid-19-kualiti-alam-sekitar-semakin- baik-ketika-pkp

https://www.alukah.net/library/0/84432/#ixzz6Ugc3KFS0

http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/FAQ-COVID-19.pdf

Referensi

Dokumen terkait

Seksi 10.1 Pemeliharaan Rutin Perkerasan, Bahu Jalan, Drainase, Perlengkapan Jalan Dan Jembatan.1. Penanganan tanah lunak dengan beban timbunan tambahan sementara

Ada ayat yang sangat baik untuk kita renungkan agar mental juara ini bisa tumbuh dalam diri kita.. sebuah ayat yang menggambarkan seperti apa hakekat kita

Desain taman rumah dengan kombinasi kriteria hemat energi tinggi dan komposisi empat (C 3 K 4 ) memiliki nilai SBE paling tinggi, yaitu 128. Lanskap ini disukai oleh

Memastikan staf akademik dan staf pengurusan diberi taklimat berkenaan langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 oleh UNIMAS COVID-19 Task Force yang perlu dibuat sebelum,

Kebiasaan nelayan memanfaatkan arus surut siang dan malam hari disebabkan karena penangkapan pada waktu arus surut siang dan arus surut malam hari memberikan hasil

Tambahan pula penularan wabak COVID-19 yand sedang melanda sekarang ini memerlukan kepada strategi dan perancangan kewangan yang baik bagi mempertahankan ekonomi

8.2 Permohonan penubuhan Tabung Relif COVID-19 hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan mulai 30 April 2020 sehingga 30 Jun 2021 atau sehingga wabak COVID-19

Hubungan Gangguan Tidur dengan Kelelahan pada Sistem Kerja Bergilir (Shift) Malam terhadap Karyawan Minimarket 24 jam di Kota Denpasar. Bali: Skripsi