APA ITU KAWAD KAKI?
Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera,bomba dan polis yang melibatkan pegerakan kaki, tangan dan badan serentak.
OBJEKTIF KAWAD KAKI
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia.
2. Meningkatkan kemahiran, kecekapan serta berkemampuan mengendalikan hal-hal berkaitan kawad kaki dan pengurusan perbarisan.
3. Membentuk sifat kepimpinan yang tinggi kepada pegawai di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
4. Menjadikan seorang pegawai/jurulatih yang mempercayai diri dan bertatatertib pada setiap masa.
5. Membentuk anggota supaya bekerjsama dalam satu kumpulan.
6. Membina semangat berpasukan, berdisiplin dalam membentuk jati diri serta dapat membentuk sesebuah pasukan supaya sentiasa bekerjasama dalam pasukan.
7. Melahirkan anggota pertahanan awam yang berkeyakinan dan sentiasa mengamalkan budaya cemerlang dan berdisiplin.
8. Membina dan melahirkan anggota Bomba yang bersifat tegas sentiasa bekerjasama dan kekuatan diri dari segi fizikal dan mental.
TUJUAN
Memberikan ilmu pengetahuan serta membentuk disiplin yang tinggi kepada pegawai/jurulatih bagi menambah kemahiran kawad serta dapat
mengendalikan apa-apa jua perbarisan.
PENGUCAPAN KHUTBAH KAWAD KAKI
Assalamualaikum skuad,
Pada pagi/petang ini, saya akan mengawadkan skuad.
Penanda disebelah kanan siapa dia…
Penanda disebelah kiri siapa dia…
Itu adalah barisan hadapan.
Barisan tengah, tengah juga.
Barisan belakang, belakang juga.
Apa yang saya mahu perintah saya yang betul hendaklah skuad buat dengan betul dan cergas.
Perintah yang salah jangan dibuat.
Peringatan!
Apabila berjalan, skuad hendaklah pacakkan tumit, lenggangkan tangan ke hadapan sama paras dengan bahu dan juga ke belakang seberapa yang boleh.
Faham itu skuad!
PERATURAN–PERATURAN SEMASA BERADA DI PADANG KAWAD
Menepati waktu berkumpul yang telah ditetapkan.
Pelajar dilarang memakai sebarang aksesori.
Berpakaian kemas dan mengikut peraturan-peraturan sahsiah rupa diri yang telah ditetapkan.
Menghormati jurulatih dan komander yang bertugas.
Hendaklah menjaga kebersihan padang kawad.
Dilarang meludah atau membuang sampah merata.
Pelajar perempuan dilarang mengenakan sebarang mekap.
Pelajar lelaki dilarang menyimpan misai , janggut, dan jambang.
PERINGKAT-PERINGKAT PEMBELAJARAN KAWAD KAKI
Sebelum mempelajari peringkat-peringkat pembelajaran kawad kaki,pendedahan mengenai asas-asas pergerakan dalam kawad kaki akan dilaksanakan.
Peringkat-peringkatnya adalah seperti :
Kawad Statik
Kawad ini adalah kawad asas yang belum melibatkan sebarang pergerakan berjalan.
Perintah:
1. Sedia
“Skuad…Sedia.”
Senang diri
“Skuad…Senang diri.”
2. Begerak ke kiri
“Bergerak ke kiri, kiri…pusing.”
3. Begerak ke kanan
“Begerak ke kanan, belakang…pusing.”
4. Menghadap ke belakang
“Menghadap ke belakang, kanan pusing.”
5. Menghadap ke hadapan
“Menghadap ke hadapan, ke belakang pusing.”
6. Keluar baris
“Skuad…Keluar baris.”
Kawad Dinamik
Kawad ini melibatkan pergerakan berjalan.
Perintah:
Arahan Bahasa Hukuman
1. Sedia Skuad/Baris/Kontijen…Sedia
2. Senang diri Skuad/Baris/Kontijen…Senang diri 3. Gerakkan skuad ke kanan Bergerak ke kanan bertiga-
tiga/berturut-turut…Ke kanan…Pusing 4. Gerakkan skuad ke kiri Bergerak ke kiri bertiga-tiga/berturut-
turut…Ke kiri…Pusing
5. Berjalan Dari kiri @ kanan…Cepat jalan
6. Berhenti semasa cepat jalan Skuad/Baris/Kontijen…Henti 7. Menghadap ke hadapan Skuad/Baris/Kontijen…Akan menghadap ke hadapan…Ke belakang…Pusing
8. Menghadap ke belakang Skuad/Baris/Kontijen…Akan menghadap ke belakang…Ke belakang…Pusing
9. Ke belakang pusing(cepat jalan) Bergerak ke kanan @ kiri bertiga- tiga…Ke belakang…Pusing(atas kaki kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadapi ke hadapan.
10. Hormat Hormat…Hormat ke
hadapan…Hormat(atas kaki kiri) 11. Terima gaji Hormat selaku terima gaji…Hormat ke
hadapan…Hormat(atas kaki kiri) 12. Ke kanan @ kiri hormat Hormat…Hormat ke
kanan/kiri…Hormat(atas kaki kiri) 13. PPandang kanan @ kiri Pandang…Kanan/kiri(atas kaki kiri) 14. PPandang hadapan Pandang hadapan(atas kaki kiri)
15. Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalan…Tukar langkah(atas kaki kiri berturut dengan kaki kanan)
16. Cepat jalan ke perlahan jalan Tukar langkah
perlahan…Perlahan…Jalan(atas kaki kanan)
17. Ke belakang pusing(perlahan jalan) Bergerak ke kanan @ kiri bertiga- tiga…Ke belakang…Pusing(atas kaki kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadap ke hadapan
Berhenti semasa berjalan perlahan Skuad/Baris…Henti(atas kaki kanan) 18. Perlahan jalan ke cepat jalan Tukar langkah cepat…Cepat
jalan…(Kaki kiri berturut dengan kaki kanan)
19. Hentak kaki semasa cepat jalan Hentak…Kaki(atas kaki kanan) 20. Maju selepas hentak kaki Maju…(atas kaki kanan)
21. Menghadap ke belakang semasa Skuad/Baris…Akan menghadap ke
cepat belakang…Ke kanan @ kiri pusing(kaki yang mengikut arah)
22. Tukar langkah semasa hentak kaki Tukar langkah semasa hentak
kaki…Tukar langkah(mana-mana kaki berturut-turut)
23. Sekiranya skuad anda menghadap ke belakang(semasa berhenti)
Skuad/Baris…Akan bergerak ke kanan/kiri,ke kanan/kiri…Pusing
Kawad Formasi
Kawad yang melibatkan pergerakan dan formasi.
Perintah:
“Skuad…formasi”
BAHAGIAN-BAHAGIAN KAWAD KAKI (PERINTAH)
Arahan Bahasa Hukuman
1. Sedia Skuad/Baris/Kontijen…Sedia
2. Senang diri Skuad/Baris/Kontijen…Senang diri 3. Gerakkan skuad ke kanan Bergerak ke kanan bertiga-
tiga/berturut-turut…Ke kanan…Pusing 4. Gerakkan skuad ke kiri Bergerak ke kiri bertiga-tiga/berturut-
turut…Ke kiri…Pusing
5. Berjalan Dari kiri @ kanan…Cepat jalan
6. Berhenti semasa cepat jalan Skuad/Baris/Kontijen…Henti 7. Menghadap ke hadapan Skuad/Baris/Kontijen…Akan menghadap ke hadapan…Ke belakang…Pusing
8. Menghadap ke belakang Skuad/Baris/Kontijen…Akan menghadap ke belakang…Ke belakang…Pusing
9. Ke belakang pusing(cepat jalan) Bergerak ke kanan @ kiri bertiga- tiga…Ke belakang…Pusing(atas kaki kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadapi ke hadapan.
10. Hormat Hormat…Hormat ke
hadapan…Hormat(atas kaki kiri) 11. Terima gaji Hormat selaku terima gaji…Hormat ke
hadapan…Hormat(atas kaki kiri) 12. Ke kanan @ kiri hormat Hormat…Hormat ke
kanan/kiri…Hormat(atas kaki kiri) 13. Pandang kanan @ kiri Pandang…Kanan/kiri(atas kaki kiri) 14. Pandang hadapan Pandang hadapan(atas kaki kiri)
15. Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalan…Tukar langkah(atas kaki kiri berturut dengan
kaki kanan) 16. Cepat jalan ke perlahan jalan Tukar langkah
perlahan…Perlahan…Jalan(atas kaki kanan)
17. Ke belakang pusing(perlahan jalan) Bergerak ke kanan @ kiri bertiga- tiga…Ke belakang…Pusing(atas kaki kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat tangan anggota yang menghadap ke hadapan
18. Berhenti semasa berjalan perlahan Skuad/Baris…Henti(atas kaki kanan) 19. Perlahan jalan ke cepat jalan Tukar langkah cepat…Cepat
jalan…(Kaki kiri berturut dengan kaki kanan)
20. Hentak kaki semasa cepat jalan Hentak…Kaki(atas kaki kanan) 21. Maju selepas hentak kaki Maju…(atas kaki kanan)
22. Menghadap ke belakang semasa cepat
Skuad/Baris…Akan menghadap ke belakang…Ke kanan @ kiri pusing(kaki yang mengikut arah)
23. Tukar langkah semasa hentak kaki Tukar langkah semasa hentak
kaki…Tukar langkah(mana-mana kaki berturut-turut)
24. Sekiranya skuad anda menghadap ke belakang(semasa berhenti)
Skuad/Baris…Akan bergerak ke kanan/kiri,ke kanan/kiri…Pusing PERINTAH ASAS KAWAD KAKI
1. MEMBENTUK SKUAD – JADIKAN TIGA BARISAN Kata Perintah - ”Tiga barisan dihadapan saya... gerak”
Pergerakan:
1. Anggota dengan pantas berlari beratur membentuk barisan bertiga-tiga.
2. SEDIA
Kata Perintah - “Skuad, skuad…..sedia”
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet), kedudukan tangandi belakang punggung dengan sebutan “up”.
2. Hentakan kaki kiri dan jatuhkan tapak kaki supaya terdapat satu bunyi sahaja serentak dengan kiraan “satu”.
3. SENANG DIRI
Kata Perintah - “Senang…..diri”
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki, kedudukan tangan masih lagi rapat dibelakang penjahitan seluar dengan sebutan “up”.
2. Angkat dan hentak kaki kiri, jatuhkan tapak kaki. Pada masa
yang sama bawa kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang dengan kiraan “satu”.
4. REHATKAN DIRI
Kata Perintah - “Rehatkan…….diri”
Pergerakan:
1. Tangan dinaikkan ke atas punggung serentak dengan kiraan “satu”.
5. MEMBETULKAN SKUAD 5.1 KE KANAN LURUS
Kata Perintah - “ Ke kanan…….lurus”
Pergerakan:
1. Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam.
Semua anggota lain dengan pantashentakkan kaki kiri ke hadapan selangkah dan letakan tapak ke bumi dengan kiraan “satu”.
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dengan hentak disebelah kaki kiri, pada masa yang sama palingkan muka memandang ke kanan kecuali orang pada kedudukan paling kanan barisan dan anggota barisan hadapan angkat tangan kanan separas bahu dengan kiraan ”dua”.
3. Setelah itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentakkan disebelah kaki kanan dan terus hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut mengambil lurus sehingga mendapat kedudukan lurus.
4. Setelah mendapat kedudukan lurus semua anggota diam dan tunggu kata perintah seterusnya “Pandang Depan”.
5.2 PANDANG DEPAN
Kata Perintah - “Pandang……..depan”
Pergerakan:
1. Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan turunkan tangankanan ke sebelah rusuk balik ke kedudukan sedia.
6. NOMBOR
Kata Perintah - “Da...ri Kanan, Nombor”
Pergerakan:
1. Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.
7. HENTAK KAKI - DALAM STATIK
Kata perintah dengan nombor - ”Hentak kaki dengan nombor, dari kiri…..hentak”
Pergerakan:
1. Apabila mendapat perintah hentak kaki, dengan pantas mengangkat kaki kiri dan hentak bergilir dengan kaki kanan.
8. BERPUSING
8.1 BERPUSING KE KANAN
Kata Perintah - “Bergerak ke kanan, kanan…pusing”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas, pusing ke kanan dengan menggunakan tumitkaki kanan dan hujung kaki kiri, pusing ke kanan 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet) dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan ”dua”.
8.2 BERPUSING KE KIRI
Kata Perintah - “ Bergerak ke kiri , kiri ……..pusing”
Pergerakan :
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kiri
dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan, pusing ke kiri 90 darjah dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (anklet)dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan
”dua”.
8.3 BERPUSING KE BELAKANG
Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada disebelah kiri;
Kata Perintah – “Bergerak ke kiri, belakang...pusing”
Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan hadapan (Penanda) berada disebelah kanan;
Kata Perintah - ”Bergerak ke kanan, belakang....pusing”
Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke hadapan;
Kata Perintah - ”Menghadap ke belakang belakang...pusing”
Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke belakang.
Kata Perintah - ”Menghadap ke hadapan , belakang...sing”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke belakang dengan menggunakan tumit kaki makna dan hujung kaki kiri, pusing ke belakang 180 darjah berpusing mengikut sebelah kanan dengan kiraan ”satu”.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat
pergelangan kaki (angklet)dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan
”dua”.
9. BERJALAN
Kata Perintah - ”Da...ri kiri, cepat jalan”
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah dengan kaki kiri ke hadapan pacak tumit ke bumi dengan kiraan ”satu” dan seterusnya.
10. KELUAR BARIS
Kata Perintah - ”Keluar ... baris”
Pergerakan :
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan iaitu 90 darjah dengan kiraan“satu”
2. Angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (anklet) dan hentak di sebelah kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan “dua”.
3. Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri dengan kiraan “satu” terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan “dua”,”tiga” dan seterusnya bersurai.
CONTOH GAMBAR KAWAD KAKI
RUJUKAN
1. Internet
http://www.ikbnbm.gov.my/index.php/component/content/article/82- kokurikulum/189-bomba-dan-penyelamat
http://www.scribd.com/doc/48888781/Arahan-Asas-Kawad-Statik
http://pdfscout.org/pdf/kawad-kaki.html
http://bombamelaka.gov.my/program/kadet-bomba/
2. Buku
Buku Komander Kesatria UiTM Alor Gajah, November 2010.
Nota Kebombaan: Asas Keselamatan Kebakaran.