LEMBARAN PENERANGAN PRODUK
PERINGATAN: Anda diingatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum menandatangani di bawah. Sekiranya terdapat terma dan syarat di dalam Lembaran Pendedahan Produk ini yang tidak anda fahami, anda dinasihatkan untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada kakitangan, wakil atau ejen Bank sebelum menandatangani di bawah.
Bank: Affin Islamic Bank Berhad Produk:
Akaun AFFIN Emas-i
Tarikh dikeluarkan kepada Pelanggan:
Produk ini tidak dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
1. Apakah produk ini?
Akaun AFFIN Emas-i adalah akaun emas patuh Syariah yang memberi peluang kepada pelanggan untuk menyertai pasaran komoditi logam bernilai. Produk ini disediakan untuk pelanggan yang ingin berdagang dalam emas dengan harga harian dalam bentuk penyata/sijil disebut dalam Ringgit Malaysia. Pulangan daripada akaun emas adalah daripada kenaikan nilai belian permulaan pelanggan dan tertakluk pada turun naik pasaran emas semasa. Akaun AFFIN Emas-i TIDAK dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”).
2. Apakah konsep Syariah yang digunakan untuk produk ini?
Produk ini adalah berasaskan konsep Bai’ al-Sarf, Wa’d dan Wadiah menurut Syariah
Bai’ al-Sarf adalah merujuk kepada kontrak penukaran wang dengan wang dalam jenis yang sama atau berbeza. Wang adalah medium penukaran dalam bentuk emas, nota matawang atau syiling yang mempunyai tender sah, atau bentuk lain yang diterima oleh Syariah. Di bawah produk ini Bai’ al-Sarf merujuk kepada penukaran emas kepada wang kertas atau sebaliknya.
Wa'd merujuk kepada janji yang diberi sebelah pihak yang merujuk kepada ekspresi komitmen yang diberikan oleh satu pihak kepada pihak yang lain untuk melakukan tindakan tertentu pada masa depan. Ia terpakai apabila pihak Bank menyediakan suatu aku janji untuk membeli balik emas daripada pelanggan.
Wadiah merujuk kepada kontrak di mana aset ditempatkan dengan pihak lain untuk disimpan di mana aset yang dimiliki ditempatkan dengan pihak lain atas dasar amanah untuk tujuan penyimpanan. Dalam kes ini, pihak Bank bertindak sebagai penyimpan untuk menyimpan emas bagi pihak pelanggan.
3. Apakah ciri-ciri produk ini?
Ciri-ciri Penerangan
Pembelian Permulaan Minimum /Pembelian Seterusnya
Pembelian Permulaan: Individu/Bukan Individu: RM10 atau 1 gram Pembelian Seterusnya: RM10 atau 1 gram
Nota:
1. Pembelian permulaan minimum akan ditentukan dan diumumkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
2. Individu: Individu yang telah mencapai umur 18 tahun.
3. Bukan Individu: Kelab, pertubuhan, persatuan, institusi termasuk firma, syarikat dan perusahaan perniagaan lain, pelanggan korporat dan komersial.
Ketulenan Emas 99.99%
Mata Wang Ringgit Malaysia (“RM”) Keperluan Akaun
Transaksi
Pelanggan harus mempunyai Akaun Semasa-i/Akaun Simpanan-i (“CASA-i”) atau Akaun Semasa/Akaun Simpanan (“CASA”) dengan pihak Bank terlebih dahulu sebagai satu akaun transaksi bagi tujuan berikut:
▪ Membeli dan menjual emas dengan mendebit dan mengkreditkan jumlah harga emas;
▪ Mendebitkan yuran dan caj yang berkaitan (jika ada).
Ciri-ciri Penerangan Kaedah untuk
Membeli/Menjual Emas
Melalui Kaunter di mana-mana cawangan AFFIN ISLAMIC atau AFFNBANK.
Penukaran daripada Akaun Emas Kepada Emas Fizikal
▪ Pelanggan boleh menukar Akaun AFFIN Emas-i kepada Emas Fizikal (Certikad AFFIN Emas-i).
▪ Pelanggan dikehendaki untuk menyediakan notis bertulis (minimum 5 hari bekerja notis terlebih dahulu) kepada Cawangan masing-masing memaklumkan mengenai hasrat untuk membuat pengeluaran daripada Akaun AFFIN Emas-i dan mengambil emas fizikal. Pihak Cawangan akan menghubungi Pelanggan setelah stok emas tersedia.
▪ Pelanggan mesti mengunjungi Cawangan dan mengemukakan pengenalan pelanggan iaitu MyKad dan penyata/sijil Akaun AFFIN Emas-i dan mengisi Borang Penukaran Emas.
▪ Caj perkhidmatan dan perbezaan harga emas untuk setiap denominasi (jika berkenaan) akan dikenakan. Sila rujuk perkara 5 untuk butiran lanjut mengenai caj tersebut.
Penebusan/Jualan Emas
Syarat bagi penebusan/jualan Akaun AFFIN Emas-i:
▪ Penebusan/jualan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank. Pelaksanaan akan dilakukan oleh orang/entiti yang didaftarkan di bawah rekod Bank sebagai pembeli/pemilik emas.
▪ Pelanggan dikehendaki untuk mengisi Borang Penebusan Emas sebelum transaksi penebusan/jualan dan mengemukakan pengenalan pelanggan contohnya MyKad dan penyata/sijil Akaun AFFIN Emas-i.
▪ Harga Belian akan dikreditkan ke dalam CASA/CASA-i pelanggan setelah selesai transaksi penjualan dan Akaun AFFIN Emas-i dengan baki sifar akan ditutup.
▪ Penebusan sebahagian adalah dibenarkan.
Harga Jualan &
Belian (Harga Emas)
▪ Pasaran Emas dibuka pada pukul 9.30 pagi dan ditutup pada jam 4.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari kelepasan am dan hujung minggu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (“WPKL”).
▪ Harga Jualan menandakan harga di mana pihak Bank menjual emas kepada pelanggan. Harga Belian menandakan harga di mana pihak Bank membeli emas daripada pelanggan.
▪ Harga Jualan & Belian dipamerkan di ruang perbankan dan di www.affinalways.com.
▪ Harga Jualan dan Belian mungkin berubah mengikut promosi dan kempen oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
▪ Harga Belian atau Harga Jualan sebenar akan ditentukan semasa transaksi sebenar dilaksanakan.
Hari Perniagaan Transaksi emas dijalankan dari Isnin hingga Jumaat kecuali hari kelepasan am dan hujung minggu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (“WPKL”) dari pukul 9.30 pagi hingga jam 4.00 petang.
4. Apakah terma dan syarat yang perlu saya ketahui?
Kelayakan untuk membeli Akaun AFFIN Emas-i Individu:
▪ Terbuka kepada residen, bukan residen dan warga asing yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.
▪ Akaun Bersama adalah TIDAK dibenarkan.
Bukan Individu:
▪ Korporat – Institusi Perbankan Domestik, Entiti Bukan Bank Domestik (Perusahaan Perniagaan Dalam Negeri), Entiti Lain Dalam Negeri
▪ Komersial
▪ Kerajaan – Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Berkanun.
▪ Lain-lain – Kelab, Persatuan dan Institusi termasuk Firma, Syarikat dan Perusahaan Perniagaan lain.
5. Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
1. Yuran Penukaran
Yuran & Caj Formula / Jumlah
(a) Perbezaan Harga Emas1
Perbezaan Harga Emas Harian pada hari transaksi (setiap gram) x Berat emas dalam gram
(b) Caj Perkhidmatan *RM 10 bagi setiap transaksi (sehingga 10 denominasi per transaksi)
1 Perbezaan harga emas merujuk kepada perbezaan harga emas pada hari transaksi per gram bagi denominasi yang dimiliki (akaun) dengan harga emas pada hari transaksi per gram bagi denominasi pilihan (fizikal).
Ilustrasi:
Pada 31 Disember 2020, seorang pelanggan berhasrat untuk menukar 100g emas di dalam Akaun Emas-i pelanggan kepada Emas Fizikal dalam pelbagai denominasi seperti satu (1) keping 50g, satu (1) keping 20g, dua (2) keping 10g dan dua (2) keping 5g. Pelanggan tersebut telah membeli emas100g pada 9 September 2020 di mana harga emas adalah berjumlah RM25,000.
Emas Sendiri
dalam Akaun Emas-i
Deno Pilihan
Emas Fizikal
Kuantiti (kepingan)
Harga Harian Emas bagi Emas
Sendiri dalam Akaun Emas-i 31 Dis 2020
Harga Emas Harian bagi Deno Pilihan Emas Fizikal per Kuantiti 31 Dis 2020
Jumlah Harga Emas Harian
bagi Emas Sendiri dalam Akaun Emas-i 31 Dis 2020 (a)
Jumlah Harga Emas Harian
bagi Deno Pilihan Emas
Fizikal 31 Dis 2020 (b)
100g 1 RM27,000.00 RM27,000.00
50g 1 RM13,636.50 RM13,636.50
20g 1 RM5,530.80 RM5,530.80
10g 2 RM2,818.90 RM5,637.80
5g 2 RM1,501.00 RM3,002.00
JUMLAH 6 RM27,000 RM27,807.10
Perbezaan Harga Emas [(b) – (a)] RM807.10
Yuran Penukaran:
Perbezaan Harga Emas RM807.10
Caj Perkhidmatan RM10.00
JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR OLEH PELANGGAN RM817.10
Oleh itu, berdasarkan kepada ilustrasi di atas, pelanggan tersebut hendaklah membayar yuran penukaran sebanyak RM817.10 untuk jumlah 100 gram berat emas.
2. Penggantian Penyata/Sijil Emas yang Hilang: RM5.00
3. Penutupan Awal Akaun Emas (dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pembelian): RM20.00
Nota:
• Pihak Bank akan memaklumkan kepada anda sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh perlaksanaan berkuat kuasa sekiranya terdapat sebarang perubahan di dalam yuran dan caj yang dikenakan ke atas produk ini.
• Sila rujuk laman sesawang kami di www.affinalways.com untuk yuran dan caj terperinci.
•
*Cukai akan dikenakan, jika berkenaan.6. Apakah kebarangkalian hasil emas saya?
Sila rujuk analisis prestasi emas untuk 5 tahun seperti yang dilampirkan di bawah:
Sumber: https://goldprice.org
7. Apakah risiko utama?
(a) Risiko Pasaran
Pelbagai faktor akan mempengaruhi nilai Akaun AFFIN Emas-i, termasuk keadaan pasaran, sentimen dan keyakinan pelabur, kadar keuntungan, penukaran nilai matawang, kadar inflasi, perniagaan, ekonomi, politik, kewangan, sosial, alam sekitar dan faktor-faktor tempatan dan global yang lain.
(b) Risiko Harga
Harga Akaun AFFIN Emas-i bergantung kepada pergerakan dalam Pasaran Emas. Nilai rujukan sedemikian boleh berubah-ubah dan perubahan dalam harga boleh mengakibatkan harga, peringkat atau nilai bergerak secara bertentangan dengan kepentingan dan mempengaruhi pulangan Akaun AFFIN Emas-i secara negatif.
(c) Risiko Pulangan/Pelaburan
Pelanggan terdedah kepada perubahan nilai rujukan antara masa pelanggan membeli emas dan pada masa penebusan/jualan. Prestasi masa lalu bukan merupakan petunjuk pulangan pada masa hadapan. Pulangan emas adalah daripada kenaikan nilai belian permulaan pelanggan dan tertakluk pada turun naik keadaan pasaran emas dunia dan tempatan. Walau bagaimanapun, pulangan tidak dijamin sementara risiko potensi kerugian adalah tinggi dan cukup besar jika dan ketika harga emas menurun.
PELANGGAN DINASIHATKAN UNTUK MEMPERTIMBANGKAN SEMUA FAKTOR RISIKO-RISIKO YANG BERKAITAN DENGAN AKAUN AFFIN EMAS-i SEBELUM MELAKUKAN TRANSAKSI EMAS.
8. Dimanakah saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan?
▪ Sekiranya anda ingin membuat aduan mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Bank, sila hubungi:
Alamat:
Customer Care & Quality 17th Floor, Menara Affin 80, Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur
Pusat Panggilan Waktu Operasi:
8:00 pg. – 12:00 mlm. (Isnin – Ahad)
03-8230 2222
Talian Khidmat Pelanggan Waktu Operasi:
8:45 pg. – 5:45 ptg. (Isnin – Khamis) 8:45 pg. – 4:45 ptg. (Jumaat)
1-800-88-3883
Faks 03-2026 1104
E-mel [email protected]
Laman Sesawang www.affinalways.com
Negara Malaysia LINK atau TELELINK di:
Alamat:
Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Ground Floor, Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur
No. Telefon Waktu Operasi:
9:00 pg. – 5:00 ptg. (Isnin – Jumaat)
1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
+603-2174 1717 (luar negara)
Faks 03-2174 1515
E-mel [email protected]
9. Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam maklumat peribadi saya?
Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya. Makluman hendaklah secara bertulis dan dialamatkan atau dihantar dengan tangan kepada cawangan AFFIN ISLAMIC atau AFFIN BANK yang berhampiran.
10. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat selanjutnya?
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai produk ini, sila rujuk kepada Terma dan Syarat yang boleh didapati di semua cawangan AFFIN ISLAMIC atau AFFIN BANK yang berhampiran atau layari www.affinalways.com.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan kami di 03-8230 2222 atau e-mel kepada [email protected].
AMARAN:
PULANGAN EMAS ADALAH DARIPADA KENAIKAN NILAI BELIAN PERMULAAN PELANGGAN DAN TERTAKLUK PADA TURUN NAIK PASARAN EMAS SEMASA. AKAUN AFFIN EMAS-i TIDAK DILINDUNGI OLEH PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PIDM).
Maklumat yang dinyatakan dalam lembaran pendedahan ini sah dari 21 Disember 2021.
Saya/Kami dengan ini mengakui bahawa terma utama lembaran penerangan produk ini, khususnya, terma yang memberi kesan kepada kewajipan saya/kami, telah dijelaskan dengan mencukupi kepada saya/kami oleh kakitangan, wakil atau ejen Bank.
Nama : ____________________________
Tarikh : ____________________________
Tandatangan : ____________________________