• Tidak ada hasil yang ditemukan

CARA NAK JADI KAYA PRINSIP YANG MEMBOLEHKAN ANDA JADI KAYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "CARA NAK JADI KAYA PRINSIP YANG MEMBOLEHKAN ANDA JADI KAYA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

CARA NAK JADI KAYA

PRINSIP YANG MEMBOLEHKAN ANDA JADI KAYA

Ramai orang yang tidak perasan bahawa orang kaya tidak seperti orang

biasa. Mereka mempunyai prinsip hidup yang mudah tetapi sukar dicapai oleh orang biasa.

Mereka sanggup bersusah susah dahulu sebelum mencapai kesenangan pada masa akan datang.

Mereka merupakan seorang yang penjimat dan suka menyimpan. Kebanyakkan daripada mereka mempunyai matlamat yang jelas; mereka tahu dengan tepat berapa banyak yang mereka mahukan dan berapa lama ianya boleh dicapai.

Orang kaya tahu RM1000 yang disimpan pada hari ini boleh bertambah sepanjang hidup mereka.

Di bawah adalah 12 prinsip kekayaan yang boleh kita contohi atau ikuti:

1. Mereka rancangkan kejayaan mereka. Mereka menyematkan matlamat berapakah

pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan.

Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak. Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

(2)

3. Orang kaya mempunyai disiplin. Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana. Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang. Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan. Mereka tahu setiap wang yang disimpan akan memberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang. Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak yang boleh.

Oleh: setisab

Bagaimana Orang Kaya Bermula

Share on facebook twitter google

(3)

pinterest

Beberapa persoalan sering terlintas di pemikiran kita. (i) Mengapakah ada orang yang lahir miskin dan ada pula yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya? (ii) Benarkah bahawa seseorang yang kaya itu adalah disebabkan tuah dan orang miskin jadi miskin disebabkan takdir? (iii) Benarkah bahawa untuk menjadi kaya kita perlu belajar daripada mereka yang kaya?

Kaya atau miskinnya seseorang itu, telah ditentukan Allah. Namun tidak salah untuk kita melihat, belajar dengan mencontohi kejayaan mereka yang kaya agar nasib diri kita berubah kepada yang lebih baik. Dalam Al-Quran sendiri menyebut bahawa, tidak akan diubah nasib sesuatu kaum itu, sekiranya mereka tidak merubah nya sendiri. Jadi, mari kita selami bagaimana cara orang kaya berfikir?

Bagaimanakah minda orang kaya berfikir?

Jika dikaji pemikiran orang kaya di dunia seperti Bill Gates, Warren Buffett atau di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kita akan dapat melihat ciri-ciri dan sifat-sifat peribadi yang berbeza berbanding orang biasa, iaitu:

1. Suka berniaga atau usahawan semula jadi: Hampir kesemua orang kaya memiliki perniagaan sendiri kecuali mereka yang mewarisi kekayaan keluarga. Dalam sejarah, hampir tidak pernah berlaku orang makan gaji menjadi kaya raya. Jadi jika mahu menjadi kaya, anda perlu memulakan perniagaan sendiri. Orang kaya juga ada kalanya

melakukan multi-tasking dalam kehidupan sehariannya, maksudnya melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa!

2. Berpandangan jauh dan mempunyai visi: Orang kaya percaya untuk menjadi kaya mereka perlu berpandangan jauh. Mereka juga ada matlamat hidup, tidak kira sama ada matlamat

(4)

jangka panjang dan jangka pendek. Bagi mereka, kekayaan bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu atau diberikan oleh pihak lain, tetapi diraih dengan perancangan yang baik.

3. Sukakan duit: Sifat orang kaya memang sukakan duit, namun bagi mereka wang bukanlah segala-galanya. Mereka tahu tiada batasan had kekayaan apabila bekerja sendiri

berbanding kerja makan gaji. Mereka juga menghargai duit dan belajar untuk

meningkatkan jumlah duit tersebut dan percaya wang dan kekayaan perlu untuk mencapai tujuan hidup. Dalam erti kata lain, dengan wang yang dimiliki boleh meningkatkan taraf hidup, taraf kesihatan dan kualiti kebahagian yang mereka miliki.

4. Tidak menganggap duit sebagai punca kejahatan: Bagi mereka, dengan mempunyai banyak wang, akan dapat mengelakkan mereka dari terjerumus ke dalam masalah akibat tidak memiliki duit seperti merompak, membunuh dan mencuri.

5. Orang kaya suka menyimpan: Orang kaya sentiasa menyimpan sekurang-kurangnya 50% hasil pendapatan mereka. Oleh itu jika ingin keluar dari kemiskinan maka anda perlu berusaha untuk lebih banyak menyimpan.

50 CARA JADI JUTAWAN WALAUPUN SEDANG KERJA MAKAN GAJI

Hari ini ramai orang mempunyai masalah kewangan tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana nak mengatasinya. “Kalau kita gagal untuk merancang, kita merancang untuk gagal.” Kata-kata ini sudah selalu kita dengar tapi sedar atau tidak, kita sendiri tergolong dalam golongan gagal merancang.

(5)

Biasa dengar kata-kata duit tak pernah cukup? Mungkin kita pun selalu cakap begitu. Maklumlah kerja pun dengan orang, dapat gaji tak seberapa. 10 tahun bekerja pun tidak ada simpanan. Anak dah ramai dalam bank simpanan tetap tak sampai beribu. Itu cerita waktu sekarang ini, waktu tengah kerja, ada gaji, masih muda lagi.

Cuba bayangkan semasa 20 tahun akan datang. Kalau tak beringat, 20 tahun akan datang pun belum tentu dalam akaun bank ada seribu. Hari ini ramai orang nak jadi kaya tapi tak ramai yang jadi kaya. “ orang kaya komited untuk jadi kaya, orang miskin nak jadi kaya”

Post ini akan menerangkan beberapa strategi yang semua orang boleh lakukan tak kira apa latar belakang yang mempunyai cita-cita nak merasa hidup di dunia ini sebagai seorang Jutawan. Ada cara yang cepat, dan ada cara yang lambat tetapi ceritanya tetap boleh jadi jutawan.

Saya menggunakan salah satu cara yang akan diberitahu ini dan menjadi Jutawan dalam masa 3 tahun.

Daripada seorang yang tiada apa-apa, kereta dan rumah pun tiada , simpanan dalam akaun bank tak sampai RM15. Tapi sekarang, hasilnya memang tak disangka dan saya Berjaya menjadi seorang jutawan.

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda , bagaimana anda juga boleh jadi seorang jutawan, walaupun anda masih bekerja makan gaji ataupun gaji yang anda terima tak banyak. Jangan terasa kalau saya cakap gaji anda tak banyak. Terima lah hakikat dan sebab itu anda perlu buat sesuatu perubahan , jika tidak, biarpun berpuluh tahun anda bekerja, akan alami masalah yang sama iaitu duit takde.

(6)

Jutawan yang saya ingin kongsi dengan anda bukan lah Jutawan yang ada pada nama sahaja tetapi dalam akaun bank mempunyai tunai lebih atau sama dengan RM 1 juta.

Saya amalkan 6 “S” untuk menjadi seorang Jutawan dan anda juga saya syorkan petua ini dan ingat sampai bila-bila.

Pertama, SABAR. Ini penting sebab nak dapat kejayaan bukan dalam masa satu malam. Nak jutawan memang perlu banyak sabar dan ambik masa. Lain lah kalau anda memang anak seorang Jutawan atau anda berkahwin dengan Jutawan. Semasa anda dalam perjalanan untuk menuju kejayaan, macam-macam dugaan akan anda hadapi. Contoh macam kena tipu, kena kutuk, kena reject, kena tinggalkan keluarga, kena pecat dan macam-macam lagi. Sebab itu, anda kena sabar. Pengasas kereta Honda selalu berkata, kejayaan adalah 1% dan 99% adalah kegagalan. Masksudnya, sebelum Berjaya, kita akan lalui banyak kegagalan. Jadi Sabar sahaja.

Kedua , SANGGUP. Sanggup untuk belajar, sanggup untuk keluar mencari rezeki, sanggup untuk berkongsi ilmu. Ramai orang nak kaya tapi tak ramai yang sanggup untuk jadi kaya. Ramai yang sanggup memberi alasan daripada beri komitmen pada diri sendiri untuk Berjaya. Saya pasti, bila anda sanggup untuk Berjaya, anda pasti akan menghabiskan membaca buku ini.

Ketiga , SEBAB. Jika mempunyai sebab yang kuat, tiada apa yang boleh menghalangnya kecuali Tuhan.

Orang-orang yang Berjaya mempunyai sebab yang kuat. Jika tiada sebab, orang itu mudah cepat putus asa.

(7)

Keempat, SOLAT. Selalu berdoa minta pada Tuhan semoga dipermudahkan untuk mendapatkan rezeki yang berlimpah luah. Tuhan Maha Kaya. Jika kita minta padanya, tidak terjejas sedikitpun walau secebis kuman kerana ala mini miliknya. Oleh itu minta pada Tuhan. Tuhan sangat suka kepada hambanya yang minta padanya selalu. Dulu saya selalu minta pada Tuhan untuk miliki kereta BMW, hari ini saya telah milikinya.

Kelima, SACRIFICE . Nak Berjaya jadi seorang Jutawan memang kena banyak berkorban dari segi masa, tenaga dan wang. Hari ini, ramai orang yang menjana pendapatan bila dia sanggup bekorban untuk membelanjakan wang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan , ramai orang nak pendapatan RM 1juta tapi tak sanggup keluarkan modal dan kalau boleh nak keluarkan hanya seposen sahaja.

Keenam , SETIA. Setia dalam hal ini ialah kita setia pada apa yang kita nak impikan jika tidak kita akan jadi berlari setempat dan akan bermula semula dari bawah jika tak setia.Contohnya, jika kita minat nak buat RMsejuta maksudnya kita setia pada plen kita itu dan yang lain-lain boleh datang kemudian.

(8)

Bagaimana nak hasilkan simpanan sejuta sedangkan kita masih bekerja makan gaji yang kecil ? tahukah anda, kuasa gandaan faedah daripada simpanan dalam Bank ? anda mungkin tak pernah terfikir, jika mempunyai RM200ribu simpanan yang dimasukkan dalam ASB, selepas 17 tahun, ia akan berganda menjadi RM1.1juta.

Bayangkan kalau anak kita lahir sahaja, kita dah masukkan RM200ribu dalam akaun ASB nya dan apabila dia membesar pada umur 17 tahun, selepas dia habis sekolah, dia sudah menjadi orang yang Berjaya iaitu seorang Jutawan.

Bagaimana nak dapat RM200ribu kalau sebulan pun tak pernah buat simpanan. Dapat gaji pun cukup-cukup untuk bayar macam-macam. Tanggungan makin meningkat. Perbelanjaan semakin naik sebab harga barang naik. 5 tahun dulu kalau makan nasi berlauk hanya bayar RM3.50 tapi sekarang dan jadi RM7.00.

Tak mengapa. Segala masalah yang timbul kalau kita merungut memang tak ada guna. Biarpun kita membuat demonstrasi atau komplein pasal kehidupan kita, perbelanjaan tetap meningkat. Sebab satu saje iaitu kita tak boleh nak mengubah dunia sebaliknya kita boleh mengubah diri kita.

(9)

Tanamlah sikap orang-orang yang Berjaya. Setiap masalah yang datang, kita selalu berfikiran positif dan anggaplah ia mempunyai hikmah. Kerana setiap kali masalah yang datang akan wujud satu peluang.

Hari ini anda berpeluang juga untuk hidup selesa dan hidup berduit di masa akan datang Cuma anda perlu berkorban dan sabar sikit. Anda guna kan cara yang saya bentangkan kepada anda di sini ada 50 cara untuk menjadi Jutawan walaupun anda bekerja makan gaji tak kira berapa gaji anda.

Mungkin anda tidak membaca post ini tapi disebabkan anda nak berubah sekarang anda ikuti apa yang nak disampaikan. Jika anda sudah selesa, anda tak hiraukan. Macam saya beritahu tadi, bila datang satu masalah, wujud satu peluang. Kini, anda akan didedahkan dengan 50 peluang dan cara bagaimana nak jadi jutawan.

Jutawan yang saya maksudkan selama ini ialah mempunyai simpanan dalam akaun bank melebihi RM 1 juta. Semasa pendapatan saya mencecah RM 1 juta, saya dipanggil jutawan tapi ada sesuatu yang tak berapa seronok bila ada pendapatan RM 1 juta iaitu simpanan tak ada 1 juta.

Bila saya sudah menjadi jutawan, satu pengalaman baru yang saya alami, contoh macam ramai orang termasuk kawan-kawan ingin jadi seperti saya jadi jutawan dan berpendapatan RM 1 juta. Tapi dalam masa yang sama saya rasa ada sesuatu yang kurang. Simpanan tak sampai 1 juta.

(10)

Mungkin, jika saya beringat dan mempunyai disiplin, saya dapat menyimpan ¾ pendapatan saya dan hanya belanja ¼ sahaja mungkin waktu itu simpanan saya dah ada ¾ juta. Tak cukup ke belanja ¼ iaitu

RM250,000 setahun?

Sekarang , saya dah mula membina sumber pendapatan sampingan yang saya yakin dengan strategi hasilkan simpanan kecil-kecilan akan menjadi jutaan ringgit dalam masa beberapa tahun dan pastinya di hari persaraan, saya tak perlu untuk bekerja atau mencari duit lagi. Waktu itu habiskan masa dengan melawat dunia dan dalam akaun Bank ada lebih dari RM 10 juta.

………bersambung di post akan datang

Tinggalkan Komen Anda

Name (required) Mail (will not be published) (required)

Website

* Komen :

Reset Hantar

tony

January 4, 2010 at 1:53 am

Salam,

Saya ingin bertanya. Saya mempunyai masalah keyakinan diri, malas, dan

sukar bergaul terutamanya dengan perempuan. Adakah elok jika saya

menyertai bengkel ISP? Lagi satu, adakah bengkel ini akan diadakan pada

16 hb januari ? Hmm….dan ISP atau tendai ini tidak bertentangan dengan

ajaran Islam kan?

Referensi

Dokumen terkait

Jumlah korban : diisi dengan jumlah seluruh korban pada kasus kecelakaan tersebut baik yang mati, luka berat maupun luka kecil kecelakaan tersebut kemudian dibagi menurut

Dari hasil penelitian yang telah dilakukan, maka dapat disimpulkan bahwa tanggapan responden tentang variabel harga termasuk dalam kategori “baik”dengan persentase sebesar

12 Kunto (2004) juga meneliti tentang Peranan Pemuka Pendapat dalam proses adopsi dan difusi teknologi konservasi lahan kering di Kecamatan Imogiri Kabupaten Bantul.

menjadi hal yang penting untuk diperhatikan sebagai upaya mempercepat kesembuhan pasien, sehingga peneliti tertarik untuk melakukan penelitian lebih lanjut terkait

Pada tabel tersebut ditunjukkan bahwa perlakuan chitosan dengan berbagai konsentrasi yang dicoba memberikan pengaruh yang nyata pada variabel jumlah kuntum bunga, panjang mahkota

Penelitian ini bertujuan untuk mempelajari dan memperoleh informasi mengenai: (1) aktivitas nico- tinamide adenin dinucleotide dehydrogenase (NADH) mitokondria, (2) kemampuan

Persiapan yang dilakukan sebelum pelaksanaan akreditasi di bidang kurikulum atau kegiatan belajar mengajar adalah sekolah menyiapkan semua dokumen kurikulum yang

d. Peserta agar menjaga pola makan dan berolahraga cukup sebelum pelaksanaan pemeriksaan laboratorium dan penunjang. Ada pun beberapa hal yang dapat dilakukan adalah