• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seminar Penyelidikan 1998 Pusat Penyelidikan dan Perundingan 19 November Universiti Utara Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Seminar Penyelidikan 1998 Pusat Penyelidikan dan Perundingan 19 November Universiti Utara Malaysia"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

Seminar Penyelidikan 1998

Pusat Penyelidikan dan Perundingan

19 November 1998. Universiti Utara Malaysia

Trend Penggunaan dan Import Makanan

Asan Ali Golam Hassan1 Ahmad Mahdzan Ayob2

Sekolah Ekonomi Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok, Kedah

Abstrak

Import barang-barang makanan Malaysia terus meningkat dari tahun-ke setahun. Pada tahun 1996, nilai import makanan telah meningkat hampir satu bilion. Rakyat Malaysia masih membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan untuk membeli makanan. Dalam masa yang sama pengeluaran makanan dalam negara bagi barang-barang makanan tertentu terus berkurangan. Keadaan ini seterusnya akan membawa kepada masalah kadar mampu diri yang rendah dan negara akan terpaksa terus mengimport makanan dari negara luar. Sinario ekonomi masa kini juga jelas meninjukkan kepentingan sektor pertanian dari segi sumbangannya kepada KDNK dan gunatenaga semakin berkurangan. Begitu juga dengan pengeluaran pinjaman oleh institusi-institusi kewangan pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pertanian dan industri makanan terus dipinggirkan. Walaupun perancangan yang khusus telah dibuat melalui Dasar Pertanian Negara namun import makanan terus meningkat. Dari segi pengeluaran dan kadar mampu diri, pencapaian DPN didapai tidak menentu, barang yang hendak dikurangkan pengeluarannya terus meningkat sebaliknya barang yang hendak ditingkatkan pengeluarannya terus berkurangan. Krisis ekonomi mencetuskan kenaikan harga barang-barang makanan kerana Malaysia terlalu bergantung kepada negara luar untuk barang-barang makanan tertentu. Melalui kajian ini penyelidik mendapati peningkatan pendapatan negara telah menyebabkan import makanan terus menerus meningkat dengan keanjalan yang menghampiri nilai satu. Tanpa satu dasar pertanian yang kukuh dijangkakan import makanan akan terus meningkat, pengeluaran dan kadar mampu diri barang-barang akan terus berkurangan.

1 Pensyarah Sekolah Ekonomi, Universiti Utara Malaysia 2 Profesor Sekolah Ekonomi, Universiti Utara Malaysia

(2)

1. Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara pengeksort dan dan pengimport makanan. Import makanan terus meningkat dari tahun ke tahun akibat daripada peningkatan penduduk dan pendapatan per-kapita negara. Nilai makanan yang diimport bagi tempoh Januari hingga Julai 1997 berjumlah RM5,559.398 juta, dari jumlah itu import ikan dan hasil perikanan RM499.743 juta, import ternakan dan hasil ternakan RM888.989 juta, import hasil-hasil tanaman RM3,738.923 juta, lain-lain jenis makanan RM431.743 juta3.

Import makanan meningkat sebanyak 17% daripada RM7.9 bilion (1995) kepada RM9.1 bilion (1996), sebahagian besar import makanan berupa daging lembu, tenusu, beras, sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, gula, kambing, biri-biri dan ikan4. Bagi tahun 1990, setiap RM1 eksport barangan pertanian (barangan sektor pertama kecuali perlombongan), akan melibatkan import barang makanan sebanyak 27 sen dan ia meningkat kepada 35 sen pada tahun 1990 (Jadual 1.1).

Jadual 1.1: Jumlah Eksport Sektor Pertanian dan Import Makanan, 1990 dan 1995 (RM Juta)

Tahun Barangan Eksport Pertanian

Import

Makanan Nisbah Eksport Barangan Pertanian dengan Import Makanan

1990 17,761 4,844 1:0.27

1995 24,368 8,443 1:0.35

Sumber: Rancangan Malaysia Keenam, 1991, ms.25 Rancangan Malaysia Ketujuh, 1995, ms.44

Import makanan (termasuk minuman dan tembakau) lebih besar dibandingkan dengan eksport makanan malah peningkatan import makanan juga lebih besar dibandingkan dengan peningkatan eksport makanan (kecuali pada tahun 1990) Malaysia bagi tahun 1988 hingga 1994.

3 Utusan Malaysia, 12 Disember 1997 4 Utusan Malaysia, 22 Disember 1997

(3)

Walaupun eksport dan import makanan Malaysia dijangka berkurangan pada tahun 1997, tetapi dari segi nisbah eksport import ia masih tinggi. Dalam bentuk peratusan pula, bagi setiap satu peratus kenaikan eksport makanan akan melibatkan import makanan antara 1.37 hingga 1.81 peratus (Jadual 1.3).

Jadual 1.2: Eksport dan Import Makanan, Minuman dan Tembakau (RM Juta)

Tahun Eksport

Makanan Makanan Import

% Perubahan Eksport Makanan % Perubahan Import Makanan Nisbah Eksport Import Makanan 1988 2,934 4,034 - - 1:1.37 1989 3,209 4,855 8.57 16.91 1:1.51 1990 3,486 4,844 7.98 -0.23 1:1.39 1991 3,821 5,563 8.77 12.92 1:1.46 1992 3,954 5,869 3.36 5.21 1:1.48 1993 4,160 6,207 4.95 5.43 1:1.49 1994 4,583 7,024 9.21 11.63 1:1.53 1995 4,915 8,443 6.75 16.81 1:1.72 1996 5,299 9,587 7.25 11.93 1:1.83 19971 3,028 5,565 -70.79 -72.27 1:1.84 1anggaran

Sumber: Laporan Ekonomi 95/96, ms.xxii, Laporan Ekonomi 97/98, ms.xxii

Jadual 1.3: Jumlah Eksport dan Import (RM Juta)

Tahun Jumlah

Eksport Jumlah Import

% Eksport Makanan dari Jumlah Eksport % Import Makanan dari Jumlah Import Nisbah % Eksport Import Makanan 1988 55,260 43,293 5.31 9.32 1:1.75 1989 67,824 60,858 4.73 7.98 1:1.69 19901 79,646 79,118 4.38 6.12 1:1.40 1991 94,497 100,381 4.04 5.54 1:1.37 1992 103,657 101,440 3.81 5.79 1:1.51 1993 121,237 117,405 3.43 5.29 1:1.54 1994 153,921 155,921 3.00 4.51 1:1.50 1995 184,986 194,345 2.66 4.34 1:1.63 1996 197,026 197,280 2.69 4.86 1:1.81 19971 115,534 119,140 2.62 4.67 1:1.78 1anggaran

Sumber: Laporan Ekonomi 95/96, ms.xxii, Laporan Ekonomi 97/98, ms.xxii

(4)

Kegawatan ekonomi yang berlarutan sejak tujuh bulan yang lalu telah mengakibatkan kenaikan harga barang-barang makanan ekoran daripada kenaikan harga barang import. Purata nilai RM pada Januari 1998 dibandingkan dengan nilainya puratanya pada tahun 1997 menunjukkan nilai ringgit telah jatuh sebanyak 43.3% bagi setiap Dolar A.S. (Jadual 1.4).

Jadual 1.4: Kadar Pertukaran Ringgit Malaysia

Ringgit Malaysia bagi Satu Unit Mata Wang Asing: Purata 1996 Purata 1997 Purata Januari 1998 Perubahan % Dolar A.S. 2.5158 2.8132 4.3985 -43.4 Paun Sterling 3.9290 4.6434 7.1902 -42.4 Dolar Singapura 1.7843 1.8856 2.5076 -29.3 Deutschemark 1.6731 1.6217 2.4212 -35.8

Ringgit Malaysia bagi 100 Unit Mata Wang Asing:

Purata

1996 Purata 1997 Januari Purata

1998 Perubahan % Yen Jepun 2.3143 2.3216 3.3796 -37.4 Baht Thai 9.9488 9.1023 8.2503 +10.7 Peso Filipina 9.6213 9.5538 10.2367 -6.80 Rupiah Indonesia 0.1084 0.1008 0.0496 +113.7 Sumber: Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu, Februari 1998, Jabatan Perangkaan, ms.35

Kejatuhan nilai ringgit telah meningkatkan kos pengeluaran ayam antara 80 hingga 85 peratus. Ia membabitkan kenaikan harga anak ayam (dari 60 hingga 70 sen kepada RM1.10 seekor), harga bahan makanan utama (jagung dan kacang soya yang kebanyakannya diimport dari Amerika Syarikat, China dan Argentina) dan harga bahan-bahan ubatan (vitamin mineral dan antibiotik). Keadaan ini akan meningkatkan kos pengeluaran yang akhirnya akan mendesak harga makanan untuk terus meningkat5.

Dijangkakan kos hidup meningkat sehingga 30% berikutan masalah ekonomi sekarang. Menurut laporan rasmi FAMA, harga barang makanan telah meningkat antara 5% hingga 89%. Purata harga sayur-sayuran telah meningkat sebanyak 37%, buah-buahan 14%, daging 24% dan telor 16% (Jadual 1.5).

5 Utusan Malaysia, 28 Februari 1998

(5)

Jadual 1.5: Kenaikan Harga Runcit Purata Barangan Makanan Terpilih

Kategori Unit Purata 1996 Harga Harga Purata 9 April 1998 Kenaikan (RM) Kenaikan (%) Sayur-Sayuran

Cili Merah RM/kg 6.03 11.41 5.38 89.22 Cili Hijau RM/kg 4.30 8.01 3.71 86.28 Kubis Panjang RM/kg 2.70 3.53 0.83 30.74 Kubis Bulat (tanah tinggi) RM/kg 2.50 3.06 0.56 22.40 Kubis Bulat (Indonesia) RM/kg 2.12 2.56 0.44 20.75

Bayam RM/kg 2.07 2.20 0.13 6.28 Sawi RM/kg 2.28 2.35 1.07 46.93 Kangkong RM/kg 1.89 2.00 0.11 5.82 Timun RM/kg 1.44 2.19 0.75 52.08 Kacang Panjang RM/kg 2.70 4.43 1.73 64.07 Kacang Buncis RM/kg 3.96 5.91 1.95 49.24 Kacang Bendi RM/kg 3.13 3.93 0.80 25.6 Terung Panjang RM/kg 2.75 3.64 0.89 32.36 Tomoto (tanah tinggi) RM/kg 3.50 3.73 0.23 6.57 Kelapa dikupas (sedang) RM/biji 0.56 0.70 0.14 25.00 Buah-Buahan Oren Sunkist RM/biji 0.59 0.71 0.12 20.34 Epal Merah RM/biji 0.60 0.73 0.13 21.67 Pisang Berangan RM/kg 1.52 1.75 0.23 15.13 Pisang Emas RM/kg 1.47 1.60 0.13 8.84 Betik Biasa RM/kg 1.06 1.16 0.10 9.43 Belimbing Madu RM/kg 3.48 3.67 0.19 5.50 Tembikai Merah RM/kg 1.16 1.35 0.19 16.38 Daging Lembu Tempatan RM/kg 12.31 14.33 2.02 16.41 Kambing Tempatan RM/kg 14.15 16.90 2.75 19.43 Lembu Import (pejal)(India) RM/kg 6.05 7.46 1.41 23.31 Kambing Import RM/kg 7.09 10.33 3.24 45.70 Ayam (disembelih) RM/kg 4.66 5.40 0.74 15.88 Telor Ayam Gred A Sen/biji 21.75 24.92 3.17 14.57 Gred B Sen/biji 20.34 23.79 3.45 16.96 Gred C Sen/biji 19.48 22.54 3.06 15.71 Sumber: Laporan Harga Purata Barangan Peringkat Runcit, 1996. FAMA

(6)

Sebanyak 170 penternak (daripada jumlah 14,000 penternak di seluruh negara) ayam telah menutup ladang ternakan kerana kerana kenaikan kos makanan ayam sejak Julai tahun lalu, 45 buah ladang skala kecil dan sederhana mengurangkan pengeluaran ayam antara 30 hingga 45 peratus, 70 peratus daripada kos membabitkan makanan ayam dan 90% daripadanya diimport6.

Selain itu, harga ikan (terutamanya yang diimport) telah naik sebanyak 10%7. Kenaikan harga ikan juga melibatkan ikan air tawar tempatan kerana lebih 60 peratus daripada kos operasi melibatkan makanan ikan dan ianya terpaksa diimport8. Manakala harga bawang dari India pula naik sebanyak 350 peratus kepada RM5.50 sekg. berbanding RM1.20 sebelum itu9. Harga rempah-ratus pula yang kebanyakannya diimpot dari India, Madagascar, Indonesia, Romania, Bulgaria dan Iran juga telah naik dengan mendadak (Jadual 1.6).

Jadual 1.6: Kenaikan Harga Rempah-Ratus (RM/kg.)

Jenis Harga

lama Harga baru Kenaikan

Lada hitam 25.00 15.00 10.00 Lada putih 35.00 11.00 24.00 Bunga cengkeh 6.00 4.50 1.50 Ketumbar 4.50 2.80 1.70 Jintan manis 5.00 4.00 1.00 Jintan putih 8.00 7.00 1.00

Kulit buah keras 3.00 2.50 0.50

Serbuk kari 7.00 6.50 0.50

Sumber: Utusan malaysia, 10 Januari 1998.

Kenaikan harga racun dan baja juga telah memaksa pesawah padi di kawasan MADA menuntut kenaikan harga atau subsidi padi (harga padi telah dinaikan kepada RM5.39 bagi setiap 100 kg. tetapi ia tidak melibatkan kenaikan harga beras)10.

6 Utusan Malaysia, 27 Februari 1998 7 Utusan Malaysia 12 Disember 1997 8 Utusan Malaysia, 18 Februari 1998 9 Berita Harian, 8 Januari

(7)

Walaupun Malaysia telah berjaya mengeluarkan padi di Afrika11 tetapi negara hanya mampu mengeluarkan 65% beras keperluan rakyat tempatan dan Malaysia masih perlu mengimport beras dari Thailand, Vietnam, Pakistan, India dan Amerika Syarikat)12. Akibat daripada kenaikan kos pengeluaran juga, Persatuan Pengeluar Minyak Masak mencadangkan kenaikan harga minyak masak sehingga 30% (Utusan Malaysia 4 Disember 1997), Kenaikan harga makanan telah menyebabkan Persatuan Penyelengara Kantin Sekolah (ASCOM) bercadang menaikkan harga sebanyak 100%13.

1.1 Penyataan Masalah

Perancangan sektor pertanian secara lebih sistematik dan terarah telah bermula sejak Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) dan telah diperkemaskan lagi selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) di lancarkan (1971-1990). Pelbagai agensi kerajaan sama ada pada peringkat Persekutuan, negeri atau wilayah telah ditubuhkan bagi meningkatkan pengeluaran pertanian dan untuk mengatasi masalah kemiskinan penduduk luar bandar.

Dasar pertanian secara khusus, Dasar Pertanian Negara yang pertama (DPN) telah di lancarkan pada tahun 1984, manakala DPN Kedua (1992-2010) telah menggantikan DPN I yang telah dinilai semula pada tahun 1992. DPN pertama didapati ada kekurangan kerana tiada sasaran matlamat dari segi gunatenaga, nilai ditambah, eksport dan rantaiannya dengan sektor pembuatan terkandung di dalamnya14.

Walaupun sumbangan mutlak sektor pertanian kepada KDNK semakin meningkat, sumbangannya kepada KDNK dan gunatenaga secara relatifnya semakin berkurangan akibat pertumbuhan pesat sektor perindustrian (Jadual 7).

11 Utusan Malaysia, 29 Disember 1997 12 Utusan Malaysia, 10 Disember 1997 13 Utusan Malaysia, 24 Disember 1997

(8)

Jadual 1.7: Peratus Sembangan Sektor Pertanian dan Perkilangan kepada KDNK dan Gunatenaga

Tahun Pertanian Perkilangan

KDNK Gunatenaga KDNK Gunatenaga 1970an 27.3 48.9 17.7 11.3 1980an 20.7 36.4 22.3 15.8 1990 18.6 28.3 26.9 19.9 1991 17.2 26.6 28.2 21.3 1992 16.7 24.5 28.9 23.1 1993 16.1 22.7 30.1 23.6 1994 14.6 20.8 31.6 24.8 1995 13.5 18.0 33.1 25.9 1996 12.7 16.8 34.5 27.0 19971 12.2 16.4 35.5 27.1 1anggaran

Sumber: Laporan Ekonomi, pelbagai tahun

Fenomena ini memang tidak dapat dielakkan kerana ia berlaku akibat pembangunan ekonomi yang pesat di luar sektor pertanian terutama sektor perindustrian. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting dititikberatkan ialah kadar mampu-diri (rate of self-sufficiency) pengeluaran makanan negara dan pengurangan import barang makanan. Walaupun sesetengah barang makanan (seperti susu) negara sukar mencapai kadar mampu diri 100%, sekurang-kurangnya kadar yang dicapai dapat ditingkatkan dan import makanan dikurangkan dari setahun ke setahun.

Peningkatan import makanan tanpa disusuli oleh peningkatan penawaran makanan akan membawa kepada masalah kadar mampu-diri (rate of self-sufficiency) yang rendah. Selain itu ia juga akan membesarkan lagi defisit imbangan pembayaran negara.

Dengan bilangan penduduk dan KDNK yang semakin meningkat dijangka import makanan juga akan terus meningkat. Sejauh mana penggunaan dan import barang makanan ini meningkat dipengaruhi oleh keanjalan pendapatan permintaan dan kecenderungan mengguna sut (MPC) pengguna.

(9)

Lonjakan harga makanan telah membangkitkan kesedaran kepentingan sektor pertanian dalam menentukan kestabilan ekonomi negara. Cadangan reformasi sektor pertanian terutamanya yang berasaskan makanan harus disegerakan bagi menghidupkan semula sektor ini. Sejauh mana DPN II berjaya mengurangkan import makanan dan meningkatkan pengeluaran serta kadar mampu-diri masih menjadi tanda tanya.

1.2 Tinjauan Literatur

Perbelanjaan untuk makanan merupakan bahagian yang terbesar dari jumlah perbelanjaan bulanan purata isi rumah. Berdasarkan Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (PPI), pada tahun 1933, 22.7% dari perbelanjaan bulanan isirumah dibelanjakan untuk makanan (Jadual 1.8 & 1.9). Bahagian perbelanjaan Isi Rumah Bulanan Purata untuk makanan mewakili peratusan yang terbesar walaupun peratusannya semakin berkurangan.

Laporan PPI juga menunjukkan hampir 14% daripada perbelanjaan makanan bulanan digunakan bagi membeli daging segar, diikuti dengan ikan segar, sayur-sayuran dan beras. Malayasia mengimport beras dari dari Thailand, Vietnam, Pakistan, India dan Amerika Syarikat.

(10)

Jadual 1.8: Komposisi Perbelanjaan Isi Rumah Bulanan Purata, Semenanjung Malaysia

Kumpulan Perbelanjaan 1973 1980 1993

RM % RM % RM %

Makanan 111.11 36.2 187.84 28.4 259.78 22.7

Minuman & tembakau 11.66 3.8 21.16 3.2 28.33 2.5

Pakaian & kasut 17.19 5.6 31.09 4.7 38.72 3.4

Sewa kasar, bahan api & kuasa 45.73 14.9 116.41 17.6 240.60 21.0 Perabut, hiasan rumah & perkakas & kegiatan isi

rumah

12.58 4.1 40.35 6.1 63.32 5.5

Perbelanjaan rawatan perubatan & kesihatan 5.22 1.7 8.60 1.3 21.94 1.9 Pengangkutan dan komunikasi 37.45 12.2 119.71 18.1 211.46 18.5 Perkhidmatan rekreasi, hiburan, pendidikan &

kebudayaan 20.56 6.7 46.30 7.0 65.92 5.7

Pelbagai barang dan perkhidmatan 45.43 14.8 89.94 13.6 215.43 18.8

Perbelanjaan makan diluar rumah 125.16 10.9

Perbelanjan minum di luar rumah 18.61 1.6

Pelbagai barang & perkhidmatan lain 71.66 6.3 Perbelanjaan isi rumah bulanan purata 306.93 100.00 661.40 100.00 1,145.50 100.00 Sumber: Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah Semenanjung Malaysia (1980), Sabah &

Sarawak (1982), Jabatan Perangkaan Malaysia, 1986, ms.13

Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 1993/94, Jabatan Perangkaan Malaysia, 1995, ms.11

(11)

Jadual 1.9: Perbelanjaan Bulanan Purata Setiap Isi Rumah, Semenanjung Malaysia, 1993/94

Kumpulan Perbelanjaan Jumlah %

1 Daging segar 36.00 13.87

2 Ikan segar, selain drp. Kerang 34.17 13.15

3 Sayur-sayuran segar 27.10 10.43

4 Beras 24.94 9.60

5 Buah-buahan 19.19 7.39

6 Roti & kuih 14.44 5.56

7 Susu tepung & keluaran susu lain 12.32 4.74

8 Kerang segar 10.09 3.88

9 Ikan & kerang yang diproses 8.30 3.20

10 Minyak 6.32 2.43

11 Gula 5.99 2.30

12 Telor 5.28 2.03

13 Susu pekat 5.21 2.01

14 Teh, koko dll 5.15 1.98

15 Tepung & bijirin lain 4.82 1.86

16 Biskut 4.04 1.56

17 Rempah-rempah 3.59 1.38

18 Kelapa & kacang 3.36 1.29

19 Keluaran lain yang dibuat daripada bijirin 3.01 1.16 20 Cokelat, manis-manisan dan aiskrim 2.96 1.13

21 Kopi 2.67 1.03

22 Sayur-sayuran diawet 2.63 1.01

23 Buah-buahan diawet 2.08 0.80

24 Daging yang diproses 2.01 0.77

25 Ubi kentang & ubi lain 1.96 0.75

26 Margerin, mentega kacang dll 0.72 0.28

27 Susu mentah & dibancuh semula 0.69 0.27

28 Jem, madu dll 0.67 0.26

29 Daging beku 0.66 0.25

30 Mentega, minyak & lemak binatang yang disediakan 0.42 0.16

31 Makanan lain 3.97 1.52

32 Barang-barang runcit 5.02 0.78

JUMLAH Makanan 259.78 100.00

Sumber: Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 1993/94, Jabatan Perangkaan Malaysia, 1995, ms.55,56

(12)

Kajian empirik gelagat pengguna di Malaysia agak terbatas kerana data-data yang terlalu aggregat. Cheam15 cuba mengangarkan persamaan Engel bagi perbelanjaan makanan di Malaysia dengan menggunakan data-data daripada Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah (PPI), 1973. Kajian beliau mendapati keanjalan pendapatan yang positif bagi semua kumpulan makanan dan keanjalan ini melebihi satu bagi telur, daging dan keluaran ternakan (Jadual 1.10).

Jadual 1.10: Keanjalan Pendapatan bagi Makanan

Jenis Barang Keanjalan

Pendapatan Beras 0.097 Biji-bijian 0.575 Buah-buahan 0.897 Sayur-sayuran 0.687 Ikan 0.449 Telur 1.128 Daging 1.214 Keluaran Ternakan 1.162 Minyak 0.479 Kanji 0.305 Kacang 0.080 Gula 0.090 JUMLAH makanan 0.632 Sumber: Cheam (1979)

Kajian oleh Kwok16 mengikut sembilan kumpulan barang (menggunakan data PPI

1973) mendapati keanjalan pendapatan paling tinggi bagi kumpulan barang permainan, hiburan, pendidikan dan perkhidmatan kebudayaan (tergolong sebagai barang mewah). Manakala keanjalan paling rendah bagi makanan (Jadual 1.11).

15 Household Food Consumption Analysis in Peninsular Malaysia, Tesis PhD Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1979

(13)

Jadual 1.11: Keanjalan Pendapatan Mengikut Kumpulan Barang

Jenis Barang Keanjalan

Pendapatan

Makanan 0.269

Minuman dan tembakau 0.326

Pakaian dan kasut 0.583

Sewa, bahan api dan kuasa 0.674

Perabut, hiasan, peralatan dan perkakas rumah 0.830 Rawakan perubatan dan perbelanjaan kesihatan 0.509

Pengangkutan dan perhubungan 1.067

Permainan, hiburan, pendidikan dan perkhidmatan kebudayaan 1.122

Pelbagai barang dan perkhidmatan 1.020

Sumber: Kwok (1979)

Sritua Arief17 telah mengembangkan lagi kajian oleh Kwok dengan membahagikan barang kepada 11 kumpulan barang (Jadual 1.12). Kajian beliau mendapati keanjalan paling tinggi bagi pelajaran dan perkhidmatan (1.579) dan paling rendah bagi gula (0.2007).

Jadual 1.12: Keanjalan Pendapatan Mengikut Kumpulan Barang

Jenis Barang Keanjalan

Pendapatan

Beras 0.2585 Roti dan biji-bijian 0.6633

Daging 1.2509 Ikan 0.5813 Susu, keju dan telur 0.9478

Minyak dan lemak 0.7018

Buah-buahan dan sayur-sayuran 0.7914

Gula 0.2007 Kopi, the dan koko 0.6430

Makanan lain 0.8744

Minuman dan tembakau 0.7806

Pakaian dan kasut 1.1576

Sewa, bahan api dan kuasa 1.1140 Perabut dan peralatan rumah 1.3286 Perubatan dan kesihatan 1.3308 Pengangkutan dan perhubungan 1.5716 Hiburan, pelajaran dan perkhidmatan 1.5742 Pelbagai barang dan perkhidmatan 1.1555

Sumber: Sritua Arief (1979)

(14)

Dengan menggunakan sumber data yang sama, Rogayah18 cuba mengangarkan keanjalan silang harga permintaan di Malaysia. Kajian beliau mendapati makanan merupakan barang pelengkap bagi semua kumpulan barang (keanjalan silang yang negatif). Kenaikan harga barang lain sebanyak satu peratus akan mengurangkan permintaan kuantiti makanan kurang dari 0.5 peratus. Kajian menggunakan data siri masa (1955 hingga 1975) telah dilakukan oleh Tan (1980) bagi mengangar fungsi penggunaan. Kajian beliau mendapati MPC yang tinggi bagi Malaysia iaitu antara 0.7 hingga 0.9.

1.3 Objektif Kajian

1. Menganggarkan keanjalan pendapatan-import barang-barang makanan

2. Menggangarkan kecenderungan mengimport sut (MPM) barang-barang makanan 3. Menggangarkan kadar mampu-diri pengeluaran barang-barang makanan

4. Menganggar keanjalan pengapatan-penggunaan barang makanan 5. Menilai pencapaian Dasar Pertanian Negara II

1.4 Tesis Kajian

Tesis 1: Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK dan gunatenaga akan terus

berkurangan walaupun jumlah KDNK dan gunatenaga negara semakin meningkat.

Tesis 2: Jumlah Import (penggunaan) barang-barang makanan menunjukkan trend

yang semakin meningkat dengan keanjalan pendapatan-import menghampiri 1.00

Tesis 3: MPM dan MPC barang makanan berhubung secara positif dengan

peningkatan pendapatan

Tesis 4: DPN gagal dalam mengurangkan import barang-barang makanan

Tesis 5: DPN gagal dalam menepati sasaran pengeluaran dan kadar-mampu diri

barang-barang makanan

18 A General Equilibrium Approach to Fiscal Incidence and Redistribution Policies in West Malaysia, Tesis PhD Vanderbilt University, Tennessee, 1988

(15)

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian gelagat pengguna bagi barang makanan dengan menggunakan data siri masa (1970 hingga 1996) ini dijangka akan memperlihatkan beberapa penemuan terbaru gelagat pengguna (keanjalan dan MPC) di Malaysia. Kajian ini juga cuba menggunakan konsep keanjalan per kapita dan keanjalan benar perkapita. Satu konsep baru dalam kajian mikroekonomi gelagat pengguna.

Hasil kajian boleh digunakan bagi merangka polisi dan perancangan pengeluaran dan import makanan pada masa akan datang.

1.6 Kaedah Penyelidikan

Data dianalisis dengan cara melihat peratusan perubahan, atau melihat arahaliran. Kami menggunakan regresi mudah untuk mengira pekali keanjalan mengimport bersandar kepada pendapatan negara.

Kajian ini cubu mendapatkan keanjalan pendapatan-import (berapa banyak import berubah jika pendapatan berubah), keanjalan pendapatan-penggunaan (berapa banyak penggunaan akan berubah jika pendapatan berubah) dan kencenderungan mengimport sut (MPM) barang-barang makanan.

Keanjalan dan MPM merupakan konsep utama yang digunakan dalam membuat kajian empirik gelagat pengguna. Ia juga merupakan konsep yang penting dalam menganalisis implikasi dasar-dasar kerajaan dan dalam membuat ramalan permintaan sesuatu barang tersebut pada masa hadapan.

Kajian ini mengandaikan keanjalan import, keanjalan pendapatan-penggunaan dan purata MPM yang tetap sepanjang tempoh kajian Keanjalan dan MPM ini hanya dipengaruhi oleh perubahan pendapatan (KDNK) tanpa mengambil

(16)

kira perubahan harga. Purata MPM sepanjang tempoh kajian diperolehi dari MPM setiap tahun.

1.6.1 Sampel dan Pengumpulan Data

Data-data kajian dipungut dalam bentuk siri masa dari tahun 1970 hingga 1996 dari laporan-laporan tahunan Kementerian Pertanian (pelbagai laporan), Laporan Ekonomi dan laporan-laporan Jabatan Perangkaan (yang bersesuaian).

1.6.2 Penganalisaan Data

Trend import, pengeluaran dan penggunaan dianggarkan menggunakan persamaan berbentuk polynonial;

Y = α + β1T + β2T2 ... + β4T4

Y = pembolehubah bersandar yang dianggarkan trendnya T = tahun

Kajian akan cuba mengangarkan persamaan regresi yang menunjukkan logaritma perbelanjaan setiap barang makanan sebagai fungsi logaritma pendapatan (Log-Linear Model).

1. Penggangaran keanjalan pendapatan-import dan kecenderungan mengimport sut (MPM) Mit = αYtβeut LnMit = lnα + βlnYt + ut oleh itu; ∂Mi t Yt β = --- x --- = keanjalan pendapatan-import ∂Yt Mit ∂Mi t

--- = kecenderungan mengimport sut (MPM) ∂Yt

(17)

oleh itu; Purata MPM bersamaan dengan

MPMit1970,...1996 = [β (M

i

t/Yt)] / n

2. Penggangaran keanjalan pendapatan-penggunaan Cit = αYtβeut LnCit = lnα + βlnYt + ut oleh itu; ∂Ci t Yt β = --- x --- = keanjalan pendapatan-penggunaan ∂Yt Cit Petunjuk M = import C = penggunaan

Y = pendapatan (KDNK harga pasaran) i = jenis barang makanan

t = 1970 hingga 1996 n = 27 tahun

1. 7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian hanya melibatkan import dan penggunaan barang makanan sahaja bagi tempoh 1970 hingga 1996 dan berdasarkan data-data yang sedia ada sahaja tanpa melibatkan sebarang kerja lapangan.

(18)

2. Analisis Data Kajian

Jadual 2.1: Petunjuk-Petunjuk Ekonomi, 1970-1997

KDNK pada harga

KDNK sektor

Pertanian Gunatenaga Jumlah Malaysia Gunatenaga Dalam Sektor Pertanian Tahun Jumlah Penduduk (Juta) CPI1

RM Juta RM Juta daripada % KDNK negara

Ribu orang Ribu orang % daripada gunatenaga negara 1970 8,809,500 56.4 9,951 2,323 23.3 3,340.0 1,776 53.2 1971 9,003,309 57.3 10,529 2,338 22.2 3,467.0 1,803 52.0 1972 9,201,382 59.2 11,348 2,271 20.0 3,599.0 1,830 50.8 1973 9,403,812 65.4 18,622 4,634 24.9 3,735.0 1,857 49.7 1974 9,610,696 76.8 22,858 4,954 21.8 3,877.0 1,885 48.6 1975 9,822,131 80.2 22,332 4,804 21.5 4,020.0 1,915 47.6 1976 10,038,218 82.3 27,964 5,392 19.3 4,182.0 1,945 46.5 1977 10,259,059 86.2 32,263 5,519 17.1 4,337.0 1,959 45.2 1978 10,484,758 90.5 37,886 9,513 25.1 4,542.0 1,968 43.3 1979 10,715,423 93.7 46,424 10,060 21.7 4,700.0 1,999 42.5 1980 11,473,000 100.0 53,308 10,189 19.1 4,816.9 1,911 39.7 1981 11,748,352 109.7 57,613 10,684 18.6 5,030.7 1,934 38.4 1982 12,030,312 116.1 62,579 11,375 18.2 5,165.1 1,929 37.3 1983 12,319,040 120.4 69,941 11,302 16.2 5,429.4 1,711 31.5 1984 12,614,697 125.1 79,550 11,623 14.6 5,564.7 1,724 30.1 1985 12,965,800 125.5 77,470 11,854 15.3 5,624.6 1,760 31.3 1986 13,276,979 126.4 71,594 12,348 17.2 5,706.5 1,807 31.7 1987 13,595,627 126.8 79,625 13,216 16.6 5,984.0 1,846 30.8 1988 13,921,922 130.0 90,861 13,399 14.7 6,176.0 1,889 30.6 1989 14,256,048 133.7 101,536 14,768 14.5 6,390.0 1,833 28.7 1990 14,589,200 137.8 115,701 14,799 12.8 6,686.0 1,738 26.0 1991 14,910,162 143.9 129,381 14,828 11.5 6,891.0 1,833 26.6 1992 15,238,186 150.6 148,537 15,531 10.5 7,096.0 1,738 24.5 1993 15,573,426 156.0 165,206 16,205 9.8 7,396.2 1,680 22.7 1994 15,916,041 161.2 190,274 16,047 8.4 7,618.4 1,585 20.8 1995 16,307,100 166.7 218,726 16,230 7.4 7,915.4 1,413 17.8 1996 16,649,549 172.5 249,784 16,580 6.6 8,161.4 1,339 16.4 19972 16,999,190 176.5 274,361 17,168 6.3 8,390.9 1,275 15.2

1Indeks Harga Pengguna (1980=100) 2Anggaran Kementerian Kewangan

(19)

Sinario kini sektor pertanian jelas menunjukkan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara semakin berkurangan sama ada dari segi peratus sumbagan sektor pertanian kepada KDNK negara (purata peratus perubahan tahunan -4.0%) atau peratus daripada gunatenaga negara (purata peratus perubahan tahunan -4.4%).

Dari tahun 1970 hingga 1997, KDNK sektor pertanian hanya berkembang pada purata tahunan 9.4 peratus berbanding KDNK Malaysia secara keseluruhannya berkembang pada purata tahunan 13.7 peratus. Dalam jangka masa yang sama, jumlah gunatenaga di Malaysia telah berkembang pada purata tahunan sebanyak 3.5 peratus, manakala bagi sektor pertanian sahaja purata ini mencatatkan nilai negatif 1.1 peratus. Keadaan ini mengambarkan produktiviti sektor pertanian yang semakin meningkat dan peralihan kepada penggunaan teknit-teknit pengeluaran intensif modal .

(20)

2.1 Keanjalan Pendapatan-Import dan Kecenderungan Mengimport Sut (MPM) Barang-barang makanan

Jadual 2.1: Keanjalan Pendapatan-Import, 1970-1996

Bahagian/

Seksyen Anggaran persamaan PendapatanKeanjalan

-Import Keju & dadih LnMt = -10.59 + 1.068lnYt

(-15.66) (28.23) R2 = 0.970 1.068 Daging & makanan daripada daging LnMt = -6.23 + 1.000lnYt

(-10.83) (31.06) R2 = 0.975 1.000 Ikan, krustasea & moluska LnMt = -4.55 + 0.938lnYt

(-6.31) (23.24) R2 = 0.956 0.938 Buah & kacang, mentah, kering LnMt = -3.98 + 0.879lnYt

(-2.40) (9.74) R2 = 0.848 0.879 Sayur segar, didinginkan, disejukbekukan,

diawet

LnMt = -3.71 + 0.878lnYt

(-8.54) (36.18) R2=0.981 0.878 Susu, krim & barangan susu kecuali

mentega & keju LnM (-3.92) (21.23) Rt = -2.81 + 0.849lnYt 2 = 0.947 0.849 Binatang hidup LnMt = -4.55 + 0.846lnYt

(-4.87) (16.20) R2 = 0.913 0.846 Bijirin TSTL, dikisar LnMt = -5.18 + 0.828lnYt

(-3.21) (9.18) R2 = 0.771 0.828 Rempah-rempah LnMt = -2.53 + 0.738lnYt

(-3.40) (17.75) R2=0.927 0.738 Gandum & meslin, tidak dikisar LnMt = -0.06 + 0.694lnYt

(-0.11) (21.69) R2 = 0.950 0.694 Bahan-bahan makanan untuk binatang

(tidak termasuk bijirin tidak dikilang) LnMt = 0.038 + 0.684lnYt

(0.05) (15.88) R2 = 0.910 0.684 Kopi dan penggantinya LnMt = -1.02 + 0.650lnYt

(-0.7) (7.93) R2 = 0.716 0.650 Teh & mate LnMt = -1.77 + 0.641lnYt

(-2.04) (13.19) R2 = 0.874 0.641 Sediaan bijirin & sediaan kanji @ tepung

buah-buahan @ sayur-sayuran LnM (0.58) (8.23) t = 0.77 + 0.609lnYtR2 = 0.730 0.609 Gula, sediaan gula & madu LnMt = 2.44 + 0.580lnYt

(3.72) (15.84) R2 = 0.909 0.580 Beras LnMt = 5.52 + 0.379lnYt

(3.82) (4.68) R2 = 0.467 0.379 Mentega & barangan minyak & lemak lain

dari susu LnM (7.78) (7.83) Rt = 5.21 + 0.299lnYt 2 = 0.718 0.299 JUMLAH IMPORT MAKANAN LnMt = 1.96 + 0.723lnYt

(7.84) (51.68) R2 = 0.990 0.723

(21)

Keanjalan pendapatan-import (Jadual 2.1) bagi semua barang makanan (yang dikaji dalam kajian ini) berhubung secara positif dengan pendapatan. Keanjalan yang tinggi (anjal) bagi Kaju dan dadih (1.1) dan daging dan makanan daripada daging (1.0). Lain-lain barang import ditakrif sebagai tidak anjal kerana keanjalannya kurang dari satu. Keanjalan pendapatan import yang terendah pula ditunjukkan oleh beras (0.38) dan mentega (0.30). Seperti dijangka, beras mempunyai keanjalan import yang rendah, mencadangkan perubahan “diet” bagi kebayakan penduduk Malaysia.

Keanjalan pendapatan-import makanan secara keseluruhan ialah 0.722. Ertinya, bagi setiap 1% kenaikan pendapatan negara, import bahan-bahan makanan meningkat sebanyak 0.7%. Walaupun angka ini boleh ditakrifkan “tidak anjal”, ia adalah suatu nilai yang agak tinggi, menghampiri nilai 1. Purata MPM (Jadual 2.2) paling tinggi bagi gula, sediaan gula dan madu (0.00402) dan paling rendah bagi keju dan dadih (0.00009).

Jadual 2.2: Purata Kecenderungan Mengimport Sut Makanan, 1970-1996

Bahagian/

Seksyen Purata MPM

Gula, sediaan gula & madu 0.00402 Susu, krim & barangan susu kecuali mentega & keju 0.00356 Ikan, krustasea & moluska 0.00333 Gandum & meslin, tidak dikisar 0.00289 Bahan-bahan makanan untuk binatang

(tidak termasuk bijirin tidak dikilang)

0.00267 Sayur segar, didinginkan, disejukbekukan, diawet 0.00250 Daging & makanan daripada daging 0.00197 Buah & kacang, mentah, kering 0.00184

Beras 0.00182

Sediaan bijirin & sediaan kanji @ tepung buah-buahan

@ sayur-sayuran 0.00138

Binatang hidup 0.00060

Rempah-rempah 0.00057

Kopi dan penggantinya 0.00050

Mentega & barangan minyak & lemak lain dari susu 0.00025

Bijirin TSTL, dikisar 0.00024

Teh & mate 0.00019

Keju & dadih 0.00009

(22)

2.2. Keanjalan Pendapataan-Penggunaan

Keanjalan pendapatan-penggunaan makanan paling tinggi bagai daging ayam iaitu 0.74. Ini bermakna satu peratus pendapatan meningkat akan menyebabkan penggunaan daging ayam meningkat sebanyak 0.74 peratus (Jadual 2.3). Keanjalan pendapatan-penggunaan paling rendah bagi beras iaitu hanya 0.14. Bagi setiap satu peratus peningkatan pendapatan, penggunaan beras hanya meningkat sebanyak 0.14 peratus.

Jadual 2.3: Keanjalan Pendapataan-Penggunaan Makanan, 1970-1995

Bahagian/ Seksyen

Anggaraan persamaan Keanjalan Pendapatan-penggunaan Daging Ayam LnCt = 0.75 + 0.74lnYt

(0.36) (15.45) R2 = 0.912 0.74

Daging Lembu LnCt = 4.13 + 0.53lnYt

(3.32) (10.47) R2 = 0.827 0.53

Telor Ayam LnCt = 9.37 + 0.50lnYt

(13.56) (17.79) R2 = 0.932 0.50

Susu Lembu LnCt = 7.90 + 0.49lnYt

(3.97) (6.07) R2 = 0.660 0.49

Ikan (air masin sahaja)

LnCt = 10.73 + 0.39lnYt

(6.60) (6.11) R2 = 0.727 0.39

Daging Khinzir LnCt = 9.13 + 0.38lnYt

(17.33) (17.85) R2 = 0.933 0.38

Daging Kambing LnCt = 7.61 + 0.32lnYt

(5.76) (5.95) R2 = 0.606 0.32

Beras LnCt = 17.52 + 0.14lnYt

(32.13) (6.43) R2 = 0.633 0.14 ( ) = nilai T-Stat

(23)

3. KESIMPULAN DAN IMPLIKASI KAJIAN 3.1 Pencapaian DPN: Pengurangan Import Makanan

Import jumlah barangan makanan terus meningkat dari tahun kesetahun. Walaupun pengurangan import makanan bukanlah salah satu daripada objektif khusus DPN namun peningkatan pengeluaran dan nilai ditambah merupakan salah satu daripada rangka kerja makro-sektoral DPN.

“Penekanan yang lebih akan diberikan kepada pembangunan tanaman-tanaman pelbagai, terutamanya pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan, termasuk pengeluaran perikanan dan ternakan yang potensinya untuk penggantian import akan dimaju dan digalakkan”,

...DPN (1992-2010), 1994, ms.23, Kementerian Pertanian Malaysia

Secara purata DPN I telah berjaya mengurangkan import mentega dan barangan mentega, beras, bijirin dikisar, sediaan bijirin dan sediaan kanji, buah diawet, kopi, koko dan teh. Walau bagaimanapun barangan ini (kecuali beras) merupakan barang makanan yang kurang penting (dari segi bahagian dari perbelanjan isirumah) (Jadual 3.1).

Import barang makanan penting seperti binatang hidup telah meningkat sebanyak 111% pada penghujung DPN I, dibandingkan dengan nilainya pada tahun 1984 (bermulanya DPN I). Dalam tempoh yang sama, import daging dan makanan dari daging meningkat sebanyak 50%, susu, krim dan barangan susu sebanyak 138%, keju dan dadih 153%, ikan 164%, gandum 67%, sayur 71%, buah dan kacang 22%, gula 53%, rempah 50% dan bahan-bahan makanan binatang 85%. Dari segi import keseluruhan, ia telah meningkat kepada 49% pada penghujung DPN I.

Pencapaian DPN II pula sehingga tahun 1996, menunjukkan import makanan bagi semua jenis barangan makanan (seperti yang disenaraikan dalam Jadual 3.1) yang semakin meningkat. Import barangan yang telah berjaya dikurangkan pada penghujung DPN I seperti mentega dan barangan mentega, beras, bijirin dikisar, sediaan bijirin dan sediaan kanji, buah diawet, kopi, koko dan teh juga telah meningkat semula berbanding dengan nilainya pada tahun 1992 (bermulanya DPN II). Import mentega dan barangan mentega

(24)

telah meningkat sebanyak 19%, beras 55%, bijirin dikisar 40%, sediaan bijirin dan sediaan kanji 107%, buah diawet 51%, kopi 137%, koko 1,189% dan teh 36%.

Dalam tempoh yang sama, import barang makanan lain seperti binatang hidup telah meningkat sebanyak 53%, daging dan makanan dari daging 82%, susu, krim dan barangan susu sebanyak 52%, keju dan dadih 95%, ikan 39%, gandum 64%, sayur 86%, buah dan kacang 58%, gula 51%, rempah 49% dan bahan-bahan makanan binatang 92%. Dari segi import keseluruhan, ia telah meningkat kepada 67% pada tahun 1996 lebih tinggi dari peratus peningkatan import makanan penghujung DPN I (49%).

Jadual 3.1: Purata Perubahan Import Makanan Selepas Pelancaran DPN I dan DPN II

Kod SITC Bahagian/Seksyen DPN I1 DPN II2

00 Binatang hidup Bertambah Betambah

01 Daging & makanan daripada daging Bertambah Bertambah 022 Susu, krim & barangan susu kecuali mentega

dan keju

Bertambah Bertambah 023 Mentega & barangan minyak & lemak selain

dari susu Berkurangan Bertambah

024 Keju & dadih Bertambah Bertambah

03 Ikan, krustasea & moluska Bertambah Bertambah 041 Gandum & meslin, tidak dikisar Bertambah Bertambah

042 Beras Berkurangan Bertambah

047 Bijirin TSTL, dikisar Berkurangan Bertambah 048 Sediaan bijirin & sediaan kanji atau tepung

buah-buahan atau sayur-sayuran Berkurangan Bertambah 054 Sayur segar, didinginkan, disejukbekukan,

diawet Bertambah Bertambah

057 Buah & kacang, mentah, kering Bertambah Bertambah 058 Buah, diawet & sediaan buah Berkurangan Bertambah

06 Gula, sediaan gula & madu Bertambah Bertambah 071 Kopi & penggantinya Berkurangan Bertambah

072 Koko Berkurangan Bertambah

074 Teh & mate Berkurangan Bertambah

075 Rempah-rempah Bertambah Bertambah

08 Bahan-bahan makanan binatang kecuali bijirin tidak dikilang

Bertambah Bertambah 11984-1992, 2sehingga 1996

(25)

3.2 Pencapaian DPN: Peningkatan Pengeluaran dan Kadar Mampu-Diri

Matlamat pengeluaran barangan makanan penting (kecuali beras) dan kadar mampu-diri tidak dinyatakan dengan jelas dalam DPN I. Berbanding dengan DPN II pula, sasaran pengeluaran dan kadar mampu-diri barangan makanan penting seperti beras, sayur-sayuran, telor, ikan, daging (lembu, kambing, ayam & khinzir), buah-buahan dan susu serta kadar pertumbuhannya telah dinyatakan dengan agak lengkap kerana ianya penting dari segi keselamatan makanan.

“Dasar Makanan akan mempunyai matlamat ke arah meningkatkan paras pengeluaran secara berangsur-angsur dan berperingkat-peringkat bagi barangan makanan yang penting”.

... DPN (1992-2010), 1994, ms.41, Kementerian Pertanian Malaysia)

Setelah mengambil kira faktor faedah berbanding, DPN II telah menetapkan sasaran jumlah pengeluaran tempatan barangan makanan penting dan kadar mampu-diri bagi tahun 1995 dan 2000 (Jadual 3.2). Walau bagaimamapun, pada tahun 1995 pencapaian pengeluaran daging lembu, kambing dan bebiri, daging ayam, susu lembu dan telor lebih rendah dari sasaran yang telah ditetapkan. Manakala pengeluaran beras dan daging khinzir pula sebaliknya (lebih besar dari sasaran).

Selepas pelancaran DPN I, pengeluaran daging lembu tidak menunjukkan tanda-tanda peningkatan, hanya pada penghujung DPN I, pengeluaran daging lembu lelah meningkat sebanyak 1.6% berbanding dengan pengeluarannya pada tahun 1984. Pengurangan pengeluaran ini disebabkan oleh kos pengeluaran yang semakin meningkat.

Selepas pelancaran DPN II (1992), pengeluaran daging lembu telah mula meningkat ekoran dari dasar-dasar khusus peningkatan pengeluaran daging lembu melalui perluasan integrasi ternakan lembu dan pengeluaran fidlot. Walau bagaimanpun pengeluaran daging lembu hanya meningkat sebanyak 8% kepada 14,400 tan berbanding dengan sasarannya sebanyak 60% (21,375 tan) pada tahun 1995. Walaupun pengeluaran terus meningkat berbanding dengan tahun 1992, kadar

(26)

mampu-diri semakin berkurangan. Pada tahun 1995, kadar mampu-diri daging lembu hanyalah 19.7% berbanding dengan sasaranya sebanyak 28%.

Bagi daging kambing (termasuk bebiri) pula, pengeluarannya berkurangan kepada 530 tan (1992; 658 tan) berbanding sasarannya sebanyak 2,250 tan pada tahun 1995. Ini menyebabkan kadar mampu-diri daging kambing semakin mengecil kepada 4.8% pada tahun 1995 (1992;7.3%) berbanding dengan sasarannya sebanyak 30%. Keadaan ini mengambarkan langkah-langkan galakan seperti pengimpotan baka-baka eksotik, menambah bilangan asas bebiri betina dan peluasan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) tidak berjaya meningkatkan pengeluaran daging kambing.

Jadual 3.2: Sasaran, Pencapaian dan Unjuran Pengeluaran dan Kadar Mampu-Diri

Tahun Pengeluaran Kadar Mampu-Diri

1995 Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian Daging Lembu (tan) 21,375 14,400 28.00 19.73 Daging Kambing-Bebiri (tan) 2,250 530 30.00 4.84 Daging Khinzir (tan) 126,124 246,620 76.00 141.77 Daging Ayam-Itik (tan) 700,000 631,360 124.00 114.32 Telor (‘000’ biji) 6,834,674 6,164,000 115.00 110.40

Beras (tan) 1,120,000 1,373,000 52.00 76.36

Susu Lembu (‘000’ litter) 40,763 30,8791 5.00 5.761 2000 Sasaran Unjuran2 Sasaran Unjuran2 Daging Lembu (tan) 27,750 15,000 30.00 8.00 Daging Kambing-Bebiri (tan) 3,950 620 43.00 5.00 Daging Khinzir (tan) 84,143 380,000 45.00 175.00 Daging Ayam-Itik (tan) 950,000 940,000 139.00 131.00 Telor (‘000’ biji) 8,518,327 8,600,000 120.00 122.50

Beras (tan) 1,102,000 1,400,000 65.00 70.00

Susu Lembu (‘000’ litter) 46,349 40,000 5.00 3.00

1 data bagi tahun 1994

2 unjuran penyelidik berdasarkan trend dari tahun 1970 hingga 1995 Sumber; Perangkaan Tahunan Ternakan, FAMA

Perangkaan Padi Tahunan, Kementerian Pertanian

(27)

Keadaan yang sebaliknya pula berlaku pada pengeluaran daging khinzir, pengeluaran meningkat hampir dua kali ganda berbanding dengan sasarannya pada tahun 1995 walaupun kerajaan cuba mengurangkan pengeluaran dan kadar mampu-diri daging khinzir bagi pengawalan pencemaran dan penjagaan standard persikataran. Pengeluaran daging khinzir meningkat kepada 246,620 tan pada tahun 1995 (1992; 222,373 tan) berbanding dengan sasarannya 126,124 tan. Kadar mampu-diri daging khinzir juga telah meningkat kepada 141.8% (1992; 140.1%) lebih besar dari sasarannya iaitu sebanyak 76% pada tahun yang sama.

Bagai pengeluaran daging ayam (termasuk itik) pengeluarannya menunjukkan trend yang semakin meningkat. Pengeluarannya telah meningkat kepada 631,360 tan (1992; 497,295 tan), walau bagaimanapun pencapaian ini lebih rendah dari sasaran sebanyak 700,000 tan pada tahun 1995. Kadar mampu-diri daging ayam berkurangan kepada 114.3% (1992; 115.2%) dan lebih rendah daripada sasarannya 124% pada tahun yang sama. Keadaan yang sama juga berlaku pada pengeluaran telor ayam (termasuk itik). Pengeluarannya telah meningkat kepada 6,164,000 juta biji (1992; 5,780,000 juta) pada tahun 1995. Lebih rendah dari sasarannya 6,834,600 juta biji pada tahun 1995. Kadar mampu-diri pengeluaran telor telah berkurangan kepada 110.4% (1992; 111.9%) lebih dari sasarannya 125% pada tahun 1995.

Walaupun negara mengalami kurang faedah berbanding dalam pengeluaran beras (padi), pengeluaran dan kadar mampu-diri beras pula lebih besar dari sasaran DPN II. Pengeluaran beras telah meningkat kepada 1,373,000 tan (1992; 1,298,000 tan) berbanding dengan sasarannya 1,120,000 tan pada tahun 1995. Kadar mampu-dirinya pula meningkat kepada 76.4% (1992; %) berbanding sasarannya 52% pada tahun yang sama.

(28)

3.3 Keperluan Kepada Perancangan Makanan Lestari

Kegawatan ekonomi yang dialami sekarang telah membuka mata perancang-perancang dasar betapa perlunya pengukuhan dan peningkatan pengeluaran makanan dikawalselia dengan semantap mungkin. Dasar makanan haruslah menjadi teras utama dalam penggubalan Dasar Pertananian Negara III. Penekanan kepada Dasar Makanan yang mampan bukan sahaja dapat mengurangkan pengaliran keluar wang negara, mengecilkan defisit imbangan perdagangan makanan tetapi juga penting dari segi keselamatan makanan negara (national food security).

Tumpuan dasar bagi mengurangkan import makanan haruslah kepada barangan yang mencatatkan defisit yang besar dalam imbangan pembayaran makanan dan barangan makanan penting setelah mengambil kira faktor faedah berbanding dan agroklimatik (Jadual 3.3). Pengeluaran barangan makanan seperti gula, sayur-sayuran dan daging boleh dipertingkatkan lagi kerana kurang dipengaruhi oleh faktor agriklimatik. Selain daripada itu, tumpuan dasar juga haruslah mengambil kira faktor keanjalan pendapatan kerana ia akan mempengaruhi kecenderungan untuk mengimport makanan dengan memberi keutamaan kepada barangan yang mencatatkan keanjalan pendapatan yang tinggi kerana kenderungan barangan ini untuk terus diimport lebih besar (Jadual 6). Jadual 3.3: Imbangan Pembayaran Barangan Makanan, 1996 & 1997 (RM Juta)

1996 1997

Kumpulan

Makanan Eksport Import Imbangan Perdagangan Eksport Import Imbangan Perdagangan

Bijirin 390.4 2,522.2 -2,131.8 381.6 2,651.3 -2,269.7 Hasil Tenusu 275.1 983.0 -707.9 346.8 993.4 -646.6 Gula 213.2 875.5 -662.3 223.3 981.1 -757.8 Sayur-Sayuran 160.2 769.7 -609.5 177.0 846.3 -669.3 Buah-buahan 359.4 500.5 -141.1 371.0 528.1 -157.1 Ikan 805.8 834.7 -28.9 926.4 916.1 10.3 Daging 696.0 573.3 122.7 680.1 700.5 -20.4

Kopi, Koko, Teh &

Rempah 790.2 383.2 407.0 1,037.8 506.1 531.7

Lain-lain makanan 619.0 772.6 -153.6 839.9 899.3 59.4

JUMLAH 4,309.3 8,214.7 -3,905.4 4,983.9 9,022.2 -4,038.3 Sumber: Kementerian Pertanian Malaysia

Data 1996 dan 1997 menunjukkan defisit yang besar dalam imbangan pembayaran yang disumbangkan oleh import input-input pertanian (melebihi RM1.6 billion) (Jadual 14).

(29)

Pengeluaran input pertanian tempatan (makanan ternakan, racun, baja, ubatan) perlu ditingkatkan segera bagi menggantikan produk import. Ini kerana 21% dari import makanan dan input pertanian terdiri dari barangan tersebut (Jadual 3.4). Kenaikan harga input pertanian akan meningkatkan kos pengeluaran dan mengurangkan dayasaing keluaran makanan tempatan. Peranan P&P, perpindahan teknologi dan kerjasama antarabangsa dalam bidang pertanian harus terus digembleng.

Jadual 3.4: Imbangan Pembayaran Input Pertanian, 1996 & 1997 (RM Juta)

1996 1997

Input Pertanian Eksport Import Imbangan Perdagangan

Eksport Import Imbangan Perdagangan Makanan ternakan 412.8 851.3 -438.6 316.4 991.7 -675.3 Baja1 298.9 944.6 -645.7 231.1 1,123.9 -892.8 Racun tanaman2 174.0 193.6 -19.6 162.0 199.5 -37.5 Ubatan ternakan 23.3 81.2 -57.9 23.6 97.5 -73.9 JUMLAH 909 2,070.7 -1,161.8 733.1 2,412.6 -1,616.5 1,2

meliputi semua jenis tanaman termasuk komoditi utama Sumber: Kementerian Pertanian Malaysia

Kepentingan mengurangkan import, meningkatkan kadar mampu-diri seharusnya mendahului kepentingan untuk menambah eksport makanan. Walaupun DPN telah berjaya mengurangkan import barangan makanan tertentu, tetapi kebanyakkannya merupakan barangan makanan tidak penting, sebaliknya import barangan makanan penting terus meningkat. Kadar mampu-diri barangan makanan yang belum mencapai pengeluaran 100% harus terus ditingkatkan. Sasaran kadar mampu-diri beras 65% pada penghujung DIN II seharusnya dinilai semula ke satu kadar yang lebih tinggi atau sekurang-kurangnya mengekalkan kadar yang telah dicapai pada tahun 1995 (76%) bagi mengurangkan pergantungan import beras.

Kurangnya keyakinan institusi kewangan untuk menyalurkan pinjaman kepada sektor pertanian merupakan salah satu sebab mengapa sektor pertanian terus dipinggirkan dalam pembangunan negara. Dalam masa yang sama, pinjaman dan pendahuluan kepada sektor-sektor lain (perkilangan, perdagangan dan perumahan, perkhidmatan kewangan, perniagaan dan lain-lain) terus meningkat (Jadual 3.5).

(30)

Jadual 3.5: Pinjaman dan Pendahuluan Institusi Kewangan 1980 1985 1990 1995 1997 (Jan-Sept) Bank Perdagangan Sektor Pertanian 1,648.4 (7.8) 2,936.3 (6.0) 4,238.3 (5.2) 3,870.2 (2.2) 5,596.8 (2.1) Jumlah pinjaman dan

prndahuluan kepada semua sektor

21,031.1 48,981.2 80,758.0 176,007.4 260,461.0

Syarikat Kewangan 1982 1985 1990 1995 1997 (Jan-Sept) Sektor Pertanian 485.8

(8.5) 712.6 (5.8) 1,014.9 (3.8) 835.3 (1.5) 1,182.4 (1.2) Jumlah pinjaman dan

prndahuluan kepada

semua sektor 5,712.0 12,325.8 27,023.0 62,752.0 101,711.7 Angka dalam () = peratus dari jumlah keseluruhan

Sumber: Laporan Bank Negara, Nov. 1997 Kementerian Pertanian Malaysia

Tabung Makanan yang diperkenalkan oleh kerajaan merupakan satu cadangan yang baik, walay bagaimanapun ia hanya bersifat sementara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan boleh campur tangan dengan memperkenalkan tabung khas (pada peratusan tertentu institusi kewangan) dari jumlah pinjaman dan pendahuluan yang harus disalurkan kepada sektor pertanian. Selain itu, Bank Pertanian, Pertubuhan Peladang dan koperasi senarusnya berperanan penting sebagai sumber pinjaman dan pendahuluan.

Selain daripada meningkatkan pengeluaran, rantaian dengan industri makanan haruslah dipelbagaikan sama ada oleh pelabur tempatan atau asing. Keadaan sekarang, pelabur tempatan sukar mendapatkan pinjaman dan pendahuluan untuk pertanian manakala pelabur asing kurang berminat dengan industri makanan. Pada tahun 1993 jumlah hanya 2.9% dan semakin berkurangan kepada 0.8% pada tahun 1996 (Jadual 3.6).

(31)

Jadual 3.6: Pelaburan Asing, Malaysia 1970-1997 (RM Juta)

Jumlah Pelaburan Asing di Malaysia Pelaburan Asing dalam Pengilangan Makanan Tahun

RM Juta RM Juta % Sumbangan

1984 275 21.8 7.9 1985 959 56.6 5.9 1986 1,688 293.8 17.4 1987 2,060 202.6 9.8 1988 4,878 571.1 11.7 1989 8,653 290.7 3.4 1990 17,629 325.7 1.8 1991 17,055 232.9 1.4 1992 17,772 215.1 1.2 1993 6,287 185.1 2.9 1994 11,339 202.3 1.8 1995 9,143 119.4 1.3 1996 17,056 128.0 0.8

1pertanian, perhutana, perikanan termasuk ternakan dan hortikulture Sumber: Laporan Ekomoni, pelbagai tahun

3.4 Ringkasan Kajian

Harga makanan telah meningkat dengan mendadak sejak berlaku krisis ekonomi yang melanda Malaysia dan jiran-jirannya. Krisis ekonomi mencetuskan kenaikan harga barang-barang makanan kerana Malaysia terlalu bergantung kepada negara luar untuk barang-barang ini. Rakyat Malaysia masih membelanjakan sebahagian besar daripada pendapatan untuk membeli makanan (ciri sebuah negara yang masih membangun, dan belum negara maju), oleh itu dasar pertanian perlu memberi penekanan kepada pengeluaran makanan sebagai langkah menjamin “keselamatan makanan” yang membawa kepada kestabilan sosiopolitik.

Secara keseluruhan, peningkatan pendapatan negara telah menyebabkan import makanan terus menerus meningkat dengan keanjalan yang menghampiri nilai 1.00. Unjuran import makanan mendapati jumlahnya akan terus meningkat, unjuran bagi pengeluaran dan kadar mampu diri semakin berkurangan (bagi barang-barang tertentu). Oleh itu boleh dijangka bahawa jika tiada dasar tertentu, negara akan terus mengimport barangan makanan dengan meningkatnya kemakmuran negara.

(32)

Sejak DPN pertama mula dilancarkan, import makanan tidak berkurangan, malah telah meningkat. Ini disebabkan dasar itu tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana telah diserahkan kepada sektor swasta yang lebih mementingkan dayamaju ekonomi sesuatu projek. Pengeluaran makanan pula telah mengalami perubahan yang tidak menentu dan tidak menepati sasaran DPN itu. Barangan yang hendak dikurangkan pengeluaran telah mengalami peningkatan, dan barangan yang hendak dtingkatkan pengeluaran tidak mencapai sasaran.

Import makanan tertentu telah menyebabkan defisit dalam imbangan pembayaran meningkat; ini merupakan justifikasi terkuat mengapa pengeluaran makanan dijadikan dasar utama pertanian negara. Import input-input pertanian terus menyumbangkan kepada defisit dalam imbangan pembayaran negara.

Sektor pertanian semakin “dipinggirkan” oleh institusi kewangan sejak tahun 1980 lagi. Ini mencerminkan juga berkurangnya permintaan untuk kredit pertanian oleh sektor swasta. Pelabur asing menunjukkan minat yang semakin pudar terhadap sektor pengilangan makanan di Malaysia. Ini mencadangkan bahawa pulangan ke atas pelaburan modal dalam sektor ini mungkin tidak begitu menarik berbanding dengan sektor-sektor lain, seperti pembuatan elektrik dan elektronik.

Walaupun negara sedang mengejar era negara perindustrian, perancangan pertanian terutamanya perancangan pengeluaran dan pemprosesan makanan tidak harus dipinggirkan. Pembangunan sektor pertanian seharusnya dianggap sebagai pelengkap sektor perindustrian.

Tumpuan pembangunan terhadap sektor perindustrian sahaja tidak akan dapat menjamin kestabilan ekonomi yang dialami dapat dikekalkan. Pergantungan terhadap import makanan yang berlebihan hanya akan melemahkan lagi kadar mampu-diri pengeluaran makanan dalam negara, tiada insentif untuk mencuba teknik pengeluaran yang baru, kurangnya daya saing keluaran makanan dalam negara dan kesan-kesan buruk yang lain.

(33)

Para penggubal dasar haruslah lebih prihatin kepada keperluan memantapkan sektor pertanian sebagai pelengkap kepada pembangunan ekonomi negara. Walaupun negara hendak menuju ke arah negara perindustrian, sektor pertanian tidak perlu diabaikan, seperti yang tidak dilakukan oleh negara-negara maju. Kegagalan DPN I dan II diharap menjadi pengajaran yang berguna dalam merangka DPN III. Kegawatan ekonomi yang membawa kepada kenaikan harga barangan makanan jika tidak dikawal akan membawa kepada masalah-masalah ekonomi dan sosial yang lebih serius lagi jika tiada sebarang langkah yang drastik diambil bagi menyekal harga barang dari terus meningkat.

RUJUKAN

Ahmad Mahdzan Ayob 1995. Teori Mikroekonomi. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Ahmad Mahdzan Ayob 1993. Pembangunan Pertanian, Ekonomi, Dasar dan Bukti

Empirik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Asan Ali Golam Hassan. 1998. Menilai Semula dasar Pertanian Negara. dlm. MASSA. Oktober. Bil.160. Kuala Lumpur. Utusan Melaya Bhd. ms.42-43.

Cheam Soon Tee 1979. Household Food Consumption Analysis in Peninsular of

Malaysia. Tesis PhD., Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Jabatan Pertanian. Perangkaan Padi Malaysia, 1995 ___________ Perangkaan Padi Malaysia, 1995 ___________ Perangkaan Padi Malaysia, 1994 ___________ Perangkaan Padi Malaysia, 1993 ___________ Perangkaan Padi Malaysia, 1992

Kementerian Pertanian Malaysia. Buku Perangkaan Pertanian 1995.

__________________ 1997. Perdagangan Import dan Eksport Makanan dan

Hasil Pertanian.

__________________ 1994. Dasar Pertanian Negara (1992-2010).

__________________ 1992. Perangkaan Pertanian, Ternakan dan Perikanan

(34)

__________________ 1991. Perangkaan Pertanian, Ternakan dan Perikanan

untuk Pengurusan 1985-1990.

__________________ 1988. Perangkaan Pertanian, Ternakan dan Perikanan

untuk Pengurusan 1980-1987.

Kwok Kwan Kit 1979. An Analysis of Household Demand in Peninsular Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Malaysia. 1998. Ekonomi Malaysia Sepintas Lalu. Februari. Jabatan Perangkaan. ___________ 1997. Laporan Ekonomi 97/98. Kementerian Kewangan Malaysia. ___________ 1996. Laporan Ekonomi 96/97. Kementerian Kewangan Malaysia. ___________ 1995. Laporan Ekonomi 95/96. Kementerian Kewangan Malaysia. ___________ 1994. Laporan Ekonomi 94/95. Kementerian Kewangan Malaysia. ___________ 1997. Buku Tahunan Perangkaan. Jabatan Perangkaan

___________1997. Perangkaan Penting Malaysia. Jabatan Perangkaan.

___________ 1995. Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah, 1993/94. Jabatan Perangkaan.

___________ 1986. Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isirumah Semenanjung

Malaysia (1980), Sabah dan Sarawak (1982). Jabatan Perangkaan.

Rogayah Mat Zin 1988. A General Equilibrium Approach to Fiscal Incidence and

Redistribution Policies in West Malaysia. Tesis Ph.D., Vanderbilt University,

Tennessee.

Sritua Arief 1983. Consumption Patterns in Peninsular Malaysia: A Household

Budget Survey, dlm. Sritua Arief dan Jomo K.Sundaram (ed), The Malaysian

Economy and Finance. East Balmain: East Rosecon.

Tan Poo Chang 1980. Consumption Model for West Malaysia, dlm. Kajian Ekonomi

Referensi

Dokumen terkait