• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

MAKLUMAT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

PENGENALAN

Universiti Malaysia Terengganu bermula dari Pusat Perikanan dan Sains Samudera di bawah payung Universiti Putra Malaysia bertempat di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu yang menyediakan kemudahan latihan kepada para pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera dan kemudahan penyelidikan kepada pensyarah. Perpindahan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Serdang ke Kuala Terengganu telah melahirkan kampus cawangan yang dinamakan Universiti Putra Malaysia cawangan Terengganu (UPMT) pada Jun 1996 dan nama fakulti telah diubah kepada Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas serta Pusat Pengajian Matrikulasi.

Penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 5 Mei 1999 sebagai kampus bersekutu UPM. Kolej Universiti Terengganu telah diberi kuasa autonomi pada 1 Mei 2001 dan dinamakan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) pada 20 Jun 2001 selaras dengan hasrat kerajaan supaya kolej ini menerajui bidang-bidang sains dan teknologi.

Pada tanggal 1 Februari 2007, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia sekali lagi memahat sejarah dengan nama barunya sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

Sejak penubuhannya, Universiti Malaysia Terengganu telah melalui transformasi yang hebat dari sebuah Kolej Universiti yang kurang dikenali kepada sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang berjaya dengan program- program pra dan pasca siswazahnya dan cemerlang melakar nama di persada dunia dalam bidang penyelidikan sains, teknologi dan pengurusan sumber alam. Lokasi Universiti Malaysia Terengganu yang amat strategik bersempadankan Laut China Selatan dan keunikan Pantai Rantau Abang sebagai kawasan pendaratan penyu membolehkan Universiti Malaysia Terengganu menjadi sebuah institusi terunggul dalam beberapa bidang pengkhususan seperti Penyelidikan dan Pemuliharaan Penyu, Penyelidikan dan Pemuliharaan Hutan Paya Bakau, Pengurusan dan Pemuliharaan Biodiversiti, Akuakultur Tropika dan Bioteknologi Marin. Universiti Malaysia Terengganu komited untuk terus melangkah maju dan bergerak seiring dengan wawasan dan keperluan Negara dengan penubuhan Institut Oseanografi, Institut Akuakultur Tropika dan Institut Bioteknologi Marin.

VISI

Visi UMT adalah "Menjadi institusi penjana, penyebar dan pengaplikasi ilmu berinovatif serta pemangkin kepada pembangunan insan progresif dan persekitaran mapan.“

MISI

Misi UMT adalah "Memacu bidang Sains, Teknologi dan Pengurusan Sumber Alam melalui penjanaan program pengajian dan penyelidikan cemerlang ke arah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan negara".

FAKULTI

Universiti Malaysia Terengganu mempunyai enam (6) buah fakulti seperti berikut:

1. Fakulti Sains dan Teknologi 2. Fakulti Pengurusan dan Ekonomi

3. Fakulti Agroteknologi dan Sains Makanan 4. Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin 5. Fakulti Pembangunan Sosial

6. Fakulti Perikanan dan Akua-Industri

Setiap fakulti yang ditubuhkan mempunyai peranan masing-masing bagi membantu merealisasikan visi dan misi Universiti Malaysia Terengganu.

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GS02 Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)

2. GS03 Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti) 3. GS08 Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi)

4. GS15 Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) 5. GS28 Sarjana Muda Sains (Sains Kimia)

6. GS43 Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)

7. GS44 Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran) 8. GY06 Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)

9. GC10 Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

(2)

2. GG09 Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan) 3. GG31 Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai)

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GE00 Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam)

2. GE02 Sarjana Muda Perakaunan

3. GP22 Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran) 4. GP08 Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan) FAKULTI PENGAJIAN MARITIM DAN SAINS MARIN

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GG15 Sarjana Muda Sains (Sains Samudera)

2. GP18 Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)

3. GG37 Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim) 4. GS40 Sarjana Muda Sains (Biologi Marin)

5. GS68 Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) FAKULTI PEMBANGUNAN SOSIAL

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GP04 Sarjana Muda Kaunseling

2. GP31 Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) FAKULTI PERIKANAN DAN AKUA-INDUSTRI

Program-program yang ditawarkan oleh fakulti ini adalah seperti berikut : 1. GG10 Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

2. GG27 Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur) 3. G2051 Diploma Perikanan

KETERANGAN LANJUT

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Universiti Malaysia Terengganu, sila hubungi : Bahagian Akademik

Bangunan Canseleri dan Pentadbiran Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman.

Tel : 09-6684532/4219 Faks : 09-6684143

Laman Web : www.umt.edu.my

(3)

BIL

Kelayakan Minimum STPM (i) Program Pengajian

(ii) Kod

(iii) Tempoh Pengajian

Syarat Am Universiti

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.

dan

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya:

 Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;

dan

 Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

ALIRAN SAINS

1.

Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) GC10

7 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics T / Further Mathematics T atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Additional Mathematics 2.

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Informatik Maritim

GC28 7 semester

3.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Perikanan)

GG10 6 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut :

 Biology

 Physics

 Chemistry

 Mathematics T/ Further Mathematics T 4. Sarjana Muda Sains (Sains Samudera)

GG15 6 semester

5.

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Akuakultur)

GG27 6 semester

Sarjana Muda Sains (Biologi Marin)

(4)

7.

Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan dan Pemakanan)

GG09 8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Chemistry 8.

Sarjana Muda Sains Makanan (Teknologi Makanan)

GS04 8 semester

9. Sarjana Muda Sains (Sains Kimia) GS28

6 semester

10.

Sarjana Muda Sains (Kimia Analisis dan Persekitaran)

GS44 6 semester

11. Sarjana Muda Sains (Sains Biologi) GS02

6 semester Memenuhi Syarat Am Universiti

serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Biology 12.

Sarjana Muda Sains Agroteknologi (Teknologi Lepas Tuai)

GG31 6 semester

13.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)

GS03 6 semester 14.

Sarjana Muda Sains (Matematik Komputasi)

GS08 6 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics T/ Further Mathematics T 15.

Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan)

GS43 6 semester

16.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Fizik Elektronik dan Instrumentasi) GS15

6 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics T

 Further Mathematics T

 Physics

(5)

BIL

Kelayakan Minimum STPM (i) Program Pengajian

(ii) Kod

(iii) Tempoh Pengajian

17.

Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar)

GY06 8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

 Mathematics T

 Further Mathematics T

 Physics

18.

Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Maritim)

GG37 8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

 Mathematics T

 Further Mathematics T

 Physics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Bahasa Inggeris

(6)

19.

Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim) GS68

8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

 Mathematics T

 Further Mathematics T

 Physics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Bahasa Inggeris

dan Tidak Rabun/Buta Warna

Tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali dan

Lulus temu duga yang ditetapkan

ALIRAN SASTERA

20. Sarjana Muda Perakaunan GE02

8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

 Ekonomi

 Perakaunan

 Pengajian Perniagaan dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics S

atau

(7)

BIL

Kelayakan Minimum STPM (i) Program Pengajian

(ii) Kod

(iii) Tempoh Pengajian

21. Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) GE00

6 semester

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Bahasa Inggeris

22.

Sarjana Muda Pengurusan (Maritim)

GP18 7 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

 Ekonomi

 Geografi

 Perakaunan

 Pengajian Perniagaan.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics S

atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Bahasa Inggeris

(8)

23.

Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran)

GP22 6 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

 Ekonomi

 Geografi

 Perakaunan

 Pengajian Perniagaan.

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics S

atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Bahasa Inggeris 24.

Sarjana Muda Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial) GP31

6 semester

(9)

BIL

Kelayakan Minimum STPM (i) Program Pengajian

(ii) Kod

(iii) Tempoh Pengajian

25. Sarjana Muda Kaunseling GP04

8 semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:

 Bahasa Malaysia/Kesusasteraan Melayu/Literature in English

 Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Arab

 Syariah/Usuluddin

 Sejarah

 Geografi

 Ekonomi

 Pengajian Perniagaan

 Perakaunan

 Sains Sukan

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics S

atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Bahasa Inggeris

26.

Sarjana Muda Pengurusan (Pelancongan)

GP08 06 Semester

Memenuhi Syarat Am Universiti serta

KEPERLUAN KHAS PROGRAM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B- (NGMP 2.67) pada peringkat STPM dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran berikut:

 Ekonomi

 Geografi

 Perakaunan

 Pengajian Perniagaan dan

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

 Mathematics S

atau

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

(10)

Mendapat sekurang-kurangnya lulus (Gred E) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:

 Bahasa Inggeris

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan penelitan yang dilakukan, dapat disimpulkan bahwa Naïve Bayes dan Support Vector Machine memiliki performa yang cukup baik untuk memprediksi sentimen dari suatu

Penguasaan keterampilan guru IPA yang ditunjukkan oleh grafik antara lain keterampilan menanya sudah dilakukan oleh 21 orang dari 25 orang, dengan alasan untuk mengecek

Menurut penelitian yang dilakukan oleh Sitorus (2005) tentang Dampak Implementasi Model Praktik Keperawatan Profesional Terhadap Mutu Asuhan Keperawatan di Rumah Sakit

Struktur navigasi yang digumakan adalah Hirarki. Pengguna menjalankan aplikasi, dan akan masuk ke dalam Menu Utama aplikasi Virtual Reality tersebut. Pada menu

Tindak pidana sebagaimana dimaksud dalam Pasal 50 ayat (1), ayat (2), dan ayat (3) apabila dilakukan oleh dan atau atas nama badan hukum atau badan usaha, tuntutan dan

dalam perkara yang sama namun terhadap para pelakunya diperiksa dalan berkas perkara yag berbeda (splitsing). Perbedaan penulisan hukum yang diangkat oleh penulis terletak

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:.. •

Memiliki sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi / Asasi Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Sabah dalam mata pelajaran berikut:.