• Tidak ada hasil yang ditemukan

Asal Usul nama Batu Seremban

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Asal Usul nama Batu Seremban"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Asal Usul Batu Seremban

Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

CARA BERMAIN

Buah Satu:

 Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.

 Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.

 Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.

 Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,

(2)

 Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.

 Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.

 Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:

 Buah tiga ada sedikit perbezaan.

 Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.

 Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

 Buah ibu akan dilambungkan ke udara.

 Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:

 Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.

 Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.

 Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

(3)

 Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.

 Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.

 Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

 Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.

 Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.

 Selepas itu, hanya satu biji buah yang akan dikutip.

 Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.

 Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.

 Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

Rujukan – http://tamancikgufilza.blogspot.com/2005/08/1e-permainan-tradisional.html

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih

dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

(4)

Permainan Batu Seremban

Pengenalan

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Referensi

Dokumen terkait