• Tidak ada hasil yang ditemukan

FATWA WAKAF DI MALAYSIA ANALISIS KHUSUS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FATWA WAKAF DI MALAYSIA ANALISIS KHUSUS"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

FATWA WAKAF DI MALAYSIA: ANALISIS KHUSUS FATWA PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI 1

Oleh:

DR MOHD AFENDI BIN MAT RANI

Abstrak

Kertas kerja ini cuba untuk menganalisis terhadap fatwa-fatwa berkenaan isu pengambilan tanah wakaf oleh Pihak Berkuasa Negeri yang bermula sejak 1951-2006. Penulisan ini hanya menumpukan kepada beberapa buah negeri di Malaysia. Pemilihan negeri-negeri ini boleh menjadi sampel kepada keseluruhan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Ini kerana pendekatan fatwa dan perkembangannya adalah hampir sama dan tidak banyak berbeza. Secara keseluruhannya fatwa berkaitan hukum pengambilan tanah wakaf oleh Kerajaan tidak banyak dibincang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan. Sekalipun isu pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan giat dijalankan oleh pihak berkuasa termasuk tanah amanah wakaf umat Islam, prosedur pengambilan tanah wakaf tidak diaplikasikan sebagaimana yang digariskan oleh pihak Mufti dan tidak dirujuk kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Hal ni kerana pemakaian Akta Pengambilan Tanah 1960 telah mengatasi bidang kuasa MAIN selaku Pemegang Amanah Wakaf di Malaysia. Pelbagai isu, halangan dan kekangan telah dikemukakan dalam penulisan ini serta beberapa cadangan sebagai penambahbaikan dalam meningkatkan keberkesan dan relevansinya institusi fatwa sebagai badan hukum di Malaysia.

1. PENDAHULUAN

Pada dasarnya setiap keputusan fatwa yang diputuskan di negara ini dilihat sebagai pandangan

rasmi negara berkaitan hukum agama. Ia diletakkan di bawah satu badan yang dikenali dengan

nama Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Di

peringkat negeri, institusi fatwa merupakan badan hukum selain Majlis Agama Islam Negeri,

Jabatan Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah yang diberi pengiktirafan oleh

undang-undang Islam negeri-negeri. (Nooh Gadut, 2003, dll, hlm.1)

Justeru, segala permasalahan dan pertikaian yang timbul berkenaan dengan hartanah wakaf yang

melibatkan hukum syarak akan dirujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa untuk

1

(2)

menyelesaikan permasalahan tersebut. (Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, 2004, hlm.92)

Undang-undang yang digubal di peringkat negeri-negeri telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri

masing-masing untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dapat membantu jabatan mufti

mengeluarkan sesuatu fatwa bagi Majlis atau kerajaan negeri. (Suwaid Tapah, 2004, hlm.26)

Jawatankuasa ini dikenali dengan pelbagai nama. Di negeri Melaka ia dinamakan Jawatankuasa

Syariah, manakala di negeri Kedah, Johor dan Terengganu ia dinamakan sebagai Jawatankuasa

Fatwa atau Lujnah.

2.0 FATWA-FATWA TANAH WAKAF DI MALAYSIA

Di Malaysia secara umumnya, fatwa-fatwa berkaitan tanah wakaf tidak begitu banyak

dibincang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dan juga Majlis Fatwa Kebangsaan,

berbanding isu-isu lain yang lebih diberi fokus dan perhatian oleh pihak berkuasa, (Noor

Naemah Abd Rahman, 2006, hlm.4) lebih-lebih lagi yang membabitkan fatwa-fatwa secara

khusus berkaitan isu pengambilan tanah wakaf. Hal ini kerana kemungkinan kes-kes yang

berlaku tidak begitu banyak sebagaimana isu yang membabitkan harta wakaf secara umum

seperti masalah penggunaan tanah Wakaf Am dan Khas, saham wakaf, pelaburan harta wakaf,

penjualan dan pembelian tanah wakaf dan lain-lain sebagaimana yang terkandung dalam

buku-buku himpunan fatwa terbitan Jabatan Mufti Negeri-negeri dan yang tidak diwartakan. (Lihat

Himpunan fatwa Negeri Kedah (t.t.), hlm.31-50)

Sebagai contoh, kajian fatwa tentang wakaf yang dibuat oleh Noor Naemah di negeri Kelantan,

(Noor Naemah Abd Rahman, hlm.4) persoalan yang biasa ditanya mengenai wakaf hanya

berkaitan masalah menjual harta wakaf, wakaf tanah untuk dijadikan masjid, status sesuatu

yang diwakafkan apakah dianggap sebagai wakaf yang sah pada syarak dan hal-hal

seumpamanya yang boleh disifatkan sebagai masalah kecil dan remeh. Meneliti fatwa-fatwa

yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan sekitar tahun 1995-1996 didapati

sebahagian besar fatwa adalah berkaitan dengan isu pembangunan tanah wakaf seperti Istibdal.

Walaupun fatwa tentang Istibdal diputuskan, namun hanya menumpukan kepada tanah-tanah

wakaf yang tidak ekonomik yang ingin dijual atau diganti dengan tanah yang lebih ekonomik.

(3)

Melaka dan Johor tidak banyak menyentuh tentang isu-isu tanah wakaf yang diambil semula

oleh Pihak Berkuasa Negeri.

3.0 FATWA PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK BERKUASA NEGERI

3.0.1 Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Isu tanah-tanah wakaf diambil oleh pihak kerajaan telah mula mendapat perhatian pihak

berkuasa agama. Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang pada 22 April 1999, Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-46 telah membincangkan isu ini di bawah tajuk hukum

menyerahkan sebahagian tanah wakaf kepada pihak

berkuasa.(http://infad.kuim.edu.my/modules.php) Keputusan fatwa tersebut berbunyi:

a. Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.

b. Tanah wakaf yang diambil dipindah milik kepada kerajaan, hendaklah dibayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.

c. Tanah wakaf yang hendak dibangunkan hendaklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang eletrik dan sebagainya.

d. Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid,

sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah

memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian

tanah wakaf yang diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan

status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang

didirikan, beberapa unit tertentu mengikut nilai semasa diperuntukkan

untuk masjid, sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh

pewakaf.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ini menunjukkan bahawa pada dasarnya

tanah wakaf tidak boleh diambil oleh kerajaan dengan sewenang-wenang atau tanpa alasan yang

munasabah. Keharusan pengambilan tersebut tidak boleh dihukum sebagai mutlak kerana ia

(4)

keharusan itu adalah bergantung kepada keadaan. Sekiranya keadaan telah dianggap kritikal dan

tiada pilihan lain atau darurah, maka dalam keadaan inilah yang mengubah asal hukum

pengambilan tanah wakaf dalam Islam. Dalam hal ini pihak kerajaan telah diberi pilihan sama

ada untuk menggantikannya dengan nilai iaitu pampasan berbentuk wang atau menggantikannya

dengan tanah lain yang mempunyai nilai yang sama atau lebih baik daripada yang pertama

dengan merujuk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam konsep Istibdal tanah wakaf.

3.0.2 Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Terengganu

Di Terengganu, meneliti fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri

Terengganu sejak tahun 1951-2006 tidak banyak mengeluarkan fatwa berkaitan masalah

pengambilan tanah wakaf dan isu pembangunan Istibdal tanah wakaf. (Noor Naemah Abd

Rahman, hlm.6) Ini berbeza dengan fatwa-fatwa umum berkaitan wakaf banyak dirujuk kepada

Jawatankuasa Fatwa dan diputuskan di dalam minit mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat

Istiadat Melayu (MAIDAM). (Ahmad Hidayat Buang et. al. (ed.), hlm.169)

Hasil kajian ini mendapati permasalahan tentang isu pengambilan tanah wakaf oleh PBN tidak

banyak dibangkitkan dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa. Sedangkan

keterlibatan tanah wakaf yang diambil oleh PBN negeri ini begitu tinggi dan berlaku sejak sekian

lama. (Mohd Afandi Bin Mat Rani, 2008, hlm.235-237) Ini ekoran daripada kurangnya perhatian

dan kesungguhan pihak terbabit, persoalan tentang isu pengambilan tanah wakaf tidak banyak

dikemukakan kepada pihak Mufti. Kajian mendapati keputusan fatwa yang pertama berkaitan isu

ini dapat dikesan pada tahun 1990. Fatwa-fatwa yang diputuskan sebelum tahun 1990 tidak ada

yang membincangkan isu ini, walaupun pengambilan tanah wakaf di negeri Terengganu berlaku

sejak tahun 1951-an lagi. Fatwa-fatwa yang ditemui ini hanya dapat dirujuk melalui fail-fail

pengambilan tanah wakaf, kerana ia tidak dicatatkan secara tersusun dan tidak

didokumentasikan.

Pada tahun 1990, Mufti Kerajaan Negeri Dato’ Engku Alwi bin Engku Hj Ambak telah mengeluarkan fatwa tentang pengambilan tanah dan isu Istibdal dengan merujuk kepada

beberapa buah kitab seperti Mughni al-Muhtaj, Hasyiyah al-Jamal, Nihayah al-Muhtaj. (Lihat

Lampiran II) Fatwa ini adalah antara yang pertama di negeri Terengganu yang membincangkan

(5)

Sesuatu benda itu apabila diwakafkan maka dengan itu hak milik empunyanya terhadap benda itu terlucutlah dan serentak dengan itu hak miliknya berpindahlah kepada Allah SWT. Oleh itu pengawal harta wakaf hendaklah mempertahankan harta itu yang telah diamanahkannya untuk mengawali harta tersebut supaya ia terus terpelihara dan dapat dimanfaatkan sebagaimana yang ditentukan oleh orang yang mewakafkannya. Pengawal wakaf juga hendaklah mempertahankan sedaya-upayanya harta-harta wakaf di bawah kawalannya supaya tidak disia-siakan tujuan orang yang mewakafkannya. Sekiranya dalam keadaan tertentu berlaku sesuatu terhadap harta wakaf yang menyebabkan harta yang diwakafkan itu terlepas daripada kawalan pengawal dan hal itu adalah diluar keupayaannya, maka harta wakaf itu bolehlah dikira sebagai harta wakaf yang telah dirosakkan dan pengawal berhaklah mendapatkan gantinya iaitu harganya

Di dalam membuat keputusan ini Jawatankuasa Fatwa telah menetapkan beberapa syarat

berkaitan tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan seperti berikut:

i. Tanah wakaf yang diambil balik hendaklah diganti dengan tanah yang sepertinya dan kemudian dilafazkan dengan Sighah Wakaf;

ii. Tanah daripada jenis padi yang diambil balik hendaklah diganti dengan tanah yang sama jenis dengannya;

iii. Selagi ada tanah yang sama jenis di dalam kawasan yang sekitarnya maka tidaklah harus dicari ganti di kawasan-kawasan yang lain;

iv. Istibdal dilakukan dengan nilaian harga tanah yang diambil dan pihak pengawal hendaklah mempertahankan nilai yang dibayar itu adalah harganya. Dengan itu soal mendapatkan ganti dengan keluasan yang tidak sama disebabkan nilai yang semakin tinggi adalah tidak timbul.

v. Wang lebihan dari membeli gantian wakaf hendaklah dibeli sekadar yang boleh dari bahagian terhadap gantian

Berdasarkan kepada keputusan fatwa Mufti Kerajaan Negeri Terengganu yang dikeluarkan pada

tahun 1990 oleh Dato’ Engku Alwi bin Engku Hj Ambak ini jelas menunjukkan bahawa tanah

-tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan mencukupi hanya PBN menggantikannya dengan

bayaran pampasan sahaja. Manakala pihak yang dipertanggungjawab sepenuhnya adalah

MAIDAM untuk menggantikannya mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Jawatankuasa Fatwa

telah membuat penetapan dan garis panduan bahawa tanah wakaf yang diambil oleh kerajaan

(6)

diganti itu hendaklah tanah jenis penggunaan yang sama dan berada di kawasan yang

berhampiran serta mempunyai nilai yang sama.

Begitu juga pada tahun 1997, Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan fatwa kepada Pengarah

Tanah dan Galian Terengganu. Jawatankuasa Fatwa tersebut menggariskan peraturan bahawa

sebarang pengambilan yang melibatkan tanah wakaf hendaklah mendapat kelulusan MAIDAM

terlebih dahulu. Ini bermakna jika tidak mendapat kelulusan atau keizinan MAIDAM tindakan

pengambilan itu adalah tidak sah dan berlawanan dengan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal

Agama Islam 1986, Seksyen 143. Selain itu Pentadbir Tanah Kuala Terengganu hendaklah

membayar pampasan sama ada tanah wakaf tersebut didaftarkan atas nama Majlis atau

sebaliknya.

“Pengambilan balik sesuatu yang diwakafkan tidaklah semudah apa yang terjadi di masa-masa lampau, ia perlu kepada kelulusan MAIDAM selaku pengawal tunggal bagi semua wakaf sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentabdiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 Seksyen 143 dan sekiranya diluluskan maka gantian atau bayaran hendaklah dibuat kepada Majlis Agama untuk diambil tindakan yang sewajarnya”. (Surat Mufti kepada PTD KT( MAIDAM 01-006/14 Bhg 9-9-(50) bertarikh pd 18/Nov/1997).

Selain fatwa di atas, Jawatankuasa Fatwa negeri Terengganu juga telah membuat keputusan

bahawa semua tanah kerajaan yang digunakan bagi tujuan aktiviti keagamaan hukumnya adalah

sama seperti tanah wakaf yang lain. Tanah wakaf hendaklah dikekalkan walau dalam apa jua

keadaan sekalipun. Sekiranya berlaku keadaan mendesak dan kepentingan orang ramai perlu

diutamakan, maka tanah tersebut boleh diambil dengan syarat dibayar ganti rugi atau pampasan.

Di pihak MAIDAM hendaklah berusaha mendapatkan tanah yang lain sebagai ganti wakaf.

(Lihat Fail Pengambilan Tanah Wakaf 03-003 (34).)

Bagi kategori tanah perkuburan pula Jawatankuasa Fatwa secara jelas berpandangan bahawa ia

tidak boleh dihapuskan bagi tujuan pembangunan. Mana-mana tanah tapak kubur hendaklah

dikekal dengan seadanya. Fatwa tersebut menyatakan: (http://infad.kuim.edu.my/modules.php)

(7)

Islam menghormati dan memberi perlindungan kepada orang-orang Islam yang sudah mati sepertimana diberikan semasa hidup di mana hukum-hukum mengenainya dijelaskan di dalam kitab-kitab Fekah. Di antara lain iaitu kubur di mana seseorang itu ditanam adalah menjadi haknya. Oleh itu haram mencerobohi kubur sama ada dengan mengendali, membongkar atau sebagainya.

Tanah perkuburan Islam yang biasanya ditanam orang-orang Islam padanya tidak diketahui pewakafnya adalah diistilahkan oleh ulama fekah dengan “musbalah” dan tanah perkuburan di dalam bahagian itu terus kekal sebagai tanah perkuburan dan mengikut hukum Islam tidak ada sesiapapun yang boleh mengubahnya.

3.0.3 Keputusan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah

Di negeri Kedah, Jawatankuasa Fatwa Negeri telah membuat keputusan bahawa pengambilan

tanah yang terlibat dengan tapak, kawasan dan struktur bangunan masjid dan surau hendaklah

dikecualikan atau dielakkan terus daripada sebarang pengambilan tanah. Tapak dan bangunan

masjid hendaklah dipertahankan dan dikekalkan sebagai tapak masjid. Sekiranya projek yang

hendak dijalankan itu adalah bagi tujuan pembinaan jalan atau tujuan awam lain yang tidak

boleh dielakkan, maka pengambilan tanah boleh dibuat dengan kedudukannya berjauhan dari

kawasan masjid atau surau. Manakala bahagian tanah yang terlibat hendaklah diganti tanah lain

dengan keluasan yang sama taraf dengannya. Bangunan masjid dan surau pula mesti dibina

bangunan yang baru di atas tapak yang lain.

Pengambilan tapak/ kawasan masjid yang terlibat dengan projek menaiktaraf laluan K10 dari Pekan Gurun ke Pekan Sik Kedah dikecualikan sama ada ia terlibat dengan pembesaran jalan atau dijadikan simpanan sahaja. Tapak masjid sama sekali tidak boleh diganggu, diceroboh atau dicemarkan (Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 10hb. Julai 2005)

Bagi pengambilan tanah yang terlibat dengan tapak perkuburan Islam hendaklah diganti dengan

jumlah keluasan yang sama dan kubur-kubur yang terlibat hendaklah dipindahkan ke kawasan

berhampiran. Berkaitan dengan tanah kubur ini juga Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Negeri

(8)

dengan tanah perkuburan yang tidak perlu dipindah dengan melihat kepada perbezaan usia tanah

kubur berkenaan.

Keputusan Jawatankuasa ini memberi kelonggaran hukum jika membabitkan tanah perkuburan

yang melebihi tempoh 100 tahun, ia tidak perlu dipindah dan dikorek jika terlibat dengan

pengambilan tanah untuk tujuan pembesaran jalan. Alasan yang dikemukakan ialah pada

kebiasaannya anggota mayat manusia yang berusia 100 tahun ke atas telah hancur. Tetapi bagi

tanah perkuburan yang usianya kurang daripada 60 tahun hendaklah digali dan dipindahkan ke

tanah perkuburan yang lain. Keputusan fatwa ini menjelaskan bahawa:

(http://infad.kuim.edu.my/modules.php)

Tiada ketegahan pada syara‟ pengambilan tanah yang melibatkan tanah perkuburan bagi tujuan memperbesarkan ban kampung kerana pembesaran itu adalah maslahah am kepada masyarakat. Mana-mana perkuburan yang terlibat yang sudah berusia 100 tahun bolehlah ditambun di atasnya tanpa dikorek atau digali kubur-kubur itu kerana di dalam tempoh itu pada gholibnya juzu‟-juzu‟ mayat semuanya telah hancur lebur dan mana-mana perkuburan yang terlebih berusia 60 tahun ke bawah hendaklah digali atau dikorek dengan cermat dan jika didapati juzu‟-juzu‟ mayat maka hendaklah dihimpunkan dan jika ditanam semula di mana-mana tanah perkuburan Islam.

3.0.4 Keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Melaka

Di negeri Melaka, Jawatankuasa Syariah telah mengeluarkan fatwa bahawa semua tanah wakaf

yang diambil oleh kerajaan hendaklah dibayar pampasan dan penggantian tanah lain perlu dibuat

oleh MAIM sebagai ganti tanah wakaf yang diambil. (Rujukan pewartaan 2 Februari 1995.

No.54. Lihat lampiran II) Fatwa tersebut menjelaskan:

Bahawa menurut hukum syarak tanah-tanah wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberikan kepada sesiapa dan tidak boleh dipindah milik. Demikianlah sebagaimana yang berlaku pada wakaf sayyidina Umar al-Khattab r.a. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi wakaf yang pertama dalam Islam.

(9)

Oleh yang demikian, jika tanah wakaf diambil balik oleh pihak berkuasa negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletak hak dan dibayar kepada Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf.

Berkaitan dengan pengambilan tanah jenis tapak kubur pula, tapak kubur yang berusia kurang

daripada 60 tahun tidak boleh diambil dan perlu dielakkan daripada pengambilan. (Temubual:

En. Mohd Hairul Amin bin Mohd Sis)

3.0.5 Keputusan Lujnah Fatwa Negeri Johor

Di negeri Johor, (Rujukan Fail (2) dlm. JMJ606/ WAKAF (W)-2/2004) tidak terdapat banyak

tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan oleh PBN. Terdapat satu kes permohonan

pengambilan balik tanah (PBT) oleh Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru bagi tapak tanah wakaf

masjid Taman Munsyi Ibrahim Lot PTD 84437 seluas 4.4923 ekar bagi menggantikan tapak

masjid Taman Bukit Mewah Lot PTD 39931 seluas 14.776 meter persegi di Mukim Tebrau

Johor Bahru. Lujnah Fatwa yang telah bersidang pada 16 Januari 2004, telah membuat keputusan

bahawa:

Istibdal Syarie adalah diharuskan sama ada dengan tukaran, belian atau jualan yang tidak mengurangkan keluasan tapak asal.

Keharusan ini adalah secara bersyarat:

Majlis Bandaraya Johor Bahru hendaklah terlebih dahulu membayar nilaian baki keluasan iaitu 0.84 ekar kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan nilaian semasa, atau;

Majlis Bandaraya Johor Bahru hendaklah terlebih dahulu menggantikan dengan tapak lain di kawasan lain yang memerlukan tapak masjid daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru atau memohon daripada pihak kerajaan.

(10)

Perkara yang sama telah dibincangkan secara panjang lebar oleh Jemaah Ulama Majlis Agama

Islam Kelantan (MAIK) berkenaan tanah-tanah rakyat yang diambil oleh kerajaan sama ada

untuk tujuan pembangunan awam dan juga untuk tapak masjid dan surau. (Lihat Lampiran III)

Walaupun keputusan yang dibuat ini mengkhususkan kepada tanah milik individu, namun secara

tidak langsung ia juga terpakai juga kepada tanah wakaf milik MAIK. Mesyuarat Jemaah

Ulamak MAIK pada 17hb. Julai 1994 telah mempersetujui:

(http://infad.kuim.edu.my/modules.php)

Bahawa pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan yang mempunyai muslihat umum (public purpose) adalah harus

Adapun pengambilan tanah rakyat oleh Kerajaan untuk orang perseorangan atau projek tertentu maka hukumnya adalah sebagaimana berikut:

Hukumnya harus jika dipersetujui oleh pemilik tanah berkenaan;

Jika ianya tidak dipersetujui oleh pemilik tanah tersebut dan tiada apa-apa muslihat umum padanya, maka hukumnya tidak harus;

Jika pengambilan tanah itu pada pandangan kerajaan sangat mendatangkan kebaikan kepada umum dan tidak ada pilihan lain bagi menggantikannya maka hukumnya harus sekalipun tanpa persetujuan dari pemiliknya;

Sebarang pengambilan balik tanah tersebut dengan syarat hendaklah diberi pampasan atau gantirugi yang adil kepada pemiliknya

Segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah Ulama adalah berdasarkan kepada dalil-dalil berikut:

i. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak halal harta seseorang Islam

melainkan dengan persetujuan tuannya”dan hadith: “Tiada memudaratkan dan tiada dimudaratkan.”

ii. Kaedah Syarak yang berbunyi: “Sebarang tindakan yang dibuat oleh pemerintah ke

(11)

bagi rakyat adalah sama seperti kedudukan wali atau pengurus terhadap anak-anak

yatim.

Berdasarkan kepada jawapan fatwa yang diputuskan oleh Jemaah Ulama ini, Pentadbir Tanah di

negeri Kelantan telah menjadikannya sebagai prosedur dalam urusan pengambilan tanah bermilik

di negeri tersebut. Fatwa ini dipatuhi sepenuhnya dan diikuti oleh pentadbir–pentadbir tanah.

Pejabat Tanah dan Galian Kelantan (PTG) telah mengeluarkan Surat Pekeliling kepada semua

pentadbir tanah memaklumkan bahawa masalah pengambilan balik tanah di bawah Akta

Pengambilan Tanah 1960 telah dibuat rujukan kepada Majlis Agama Islam Kelantan.

Sehubungan dengan itu pentadbir-pentadbir tanah telah dinasihatkan supaya merujuk terlebih

dahulu kepada fatwa ini sebelum melaksanakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960,

Seksyen 3. Pekeliling ini berkuatkuasa mulai tarikh fatwa berkenaan dibuat. Pejabat Tanah dan

Galian Kelantan telah mengarahkan agar tanah-tanah individu hendaklah dielakkan daripada

diambil dengan cara paksaan untuk membina tapak masjid/ surau, kecuali setelah mendapat

keizinan daripada tuan tanah atau ahli warisnya: (Lihat Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian

Kelantan, Bilangan 5 Tahun 1976)

“...adalah saya dengan hormatnya memaklumkan bahawa tanah-tanah untuk tapak surau-masjid yang diwakafkan oleh tuannya sendiri atau dibeli kemudian diwakafkan oleh pembelinya untuk tujuan yang tersebut atau diwakafkan oleh penerima-penerima pusaka, maka tanah-tanah tersebut memanglah tidak berbangkit dari segi hukum syarak. Adapun tanah yang diambil balik daripada pemiliknya dengan jalan paksa, maka pengambilannya itu adalah haram dari segi hukum, dan jika dijadikan juga tapak masjid maka amalan-amalan sembahyang dan lain-lain yang dikerjakan di atasnya tidak sempurna pahalanya”.

3.0.7 Keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

Di negeri Perak, (http://infad.kuim.edu.my/modules.php ) Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

telah membincangkan isu berkenaan status tanah kurniaan kerajaan yang diberikan kepada

Majlis Agama Islam Perak (MAIP) bagi tujuan aktiviti keagamaan. Antaranya tanah tapak

pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan, tapak sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan

(12)

terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan untuk dibangunkan dengan projek-projek

pembangunan. Perkara ini telah dibangkitkan sebagai satu masalah kepada MAIP agar

penggunaannya tidak menyalahi hukum-hukum wakaf dalam Islam jika sekiranya status tanah

tersebut adalah tanah wakaf.

Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan 17

Januari 2002 kali ke 154 dan telah bersetuju bahawa status tanah-tanah pemberian kerajaan

untuk tujuan rumah ibadat orang Islam, masjid, surau dan tanah perkuburan adalah termasuk

dalam kategori wakaf. Manakala tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan pembangunan

dianggap sebagai tanah Baitulmal.

4.0 ANALISA FATWA PENGAMBILAN TANAH WAKAF OLEH PIHAK

BERKUASA NEGERI DI MALAYSIA: HALANGAN DAN KEKANGAN

Secara keseluruhannya, setelah meneliti keputusan minit mesyuarat semua fatwa di Malaysia

begitu bertegas dalam soal pengambilan yang membabitkan tanah wakaf. Sebagai Pemegang

Amanah Tunggal hartanah wakaf adalah menjadi hasrat MAIN untuk mempertahankan seboleh

yang mungkin bagi mengelakkan tanah wakaf diambil khususnya tanah wakaf Khas seperti tapak

masjid/ surau dan kubur. Ini dapat dibukti di Terengganu, walaupun Jawatankuasa Fatwa

mengetahui dari segi undang-undang tanah negara bahawa pentadbir tanah tidak perlu memohon

persetujuan daripada MAIN, namun di atas keprihatinan dan menjaga kemaslahatan hukum

syarak, setiap pengambilan yang dibuat oleh kerajaan hendaklah terlebih dahulu mendapat

keizinan MAIDAM. Prasyarat yang digariskan oleh Jawatankuasa Fatwa ini jelas bertentangan

dengan Akta Pengambilan Tanah 1960,Seksyen 3.

Keadaan yang sama juga berlaku di negeri Kedah, tanah-tanah kubur dan masjid khususnya perlu

dielak sama sekali diambil oleh kerajaan walaupun membabitkan pembangunan awam.

Kebanyakan fatwa negeri-negeri yang diputuskan oleh jawatankuasa masing-masing agak

ringkas dan tidak diperincikan. Aspek metod jawapan fatwa bukan sahaja terlalu ringkas, malah

tidak menyatakan pandangan mazhab, tanpa dalil dan tidak dijelaskan sumber rujukan. (Noor

Naemah Abd Rahman, hlm.5) Berbeza di negeri Kelantan, terdapat fatwa khusus berkaitan

pengambilan tanah milik oleh kerajaan. Majlis fatwa telah membezakan antara pengambilan

(13)

pihak yang mengambil tanah adalah dari badan swasta persetujuan perlu diambil terlebih dahulu

daripada pemilik tanah, sekalipun bagi membina masjid kegunaan ramai. Keizinan adalah

menjadi keutamaan dan prasyarat kepada pengambilan mana-mana tanah bermilik. Keputusan

yang dibuat oleh Majlis Ulama Kelantan ini agak terperinci berbanding negeri lain.

Keputusan semua fatwa negeri bahawa bagi setiap tanah wakaf yang diambil oleh PBN

hendaklah dibayar pampasan sama ada dalam bentuk wang atau tanah. Namun terdapat juga

tanah wakaf yang diambil tanpa dikenakan sebagai pampasan dengan alasan tanah tersebut

belum didaftarkan kepada MAIN. Berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri

Perak berkenaan status tanah kurniaan kerajaan yang diberikan kepada Majlis Agama Islam

Perak (MAIP) bagi tujuan aktiviti keagamaan adalah dianggap sebagai wakaf sebagai tanah

wakaf yang lain. Maka sebarang pengambilan yang membabitkan tanah wakaf hendaklah dibayar

pampasan berdasarkan harga nilaian semasa. Namun oleh kerana tidak ada fatwa yang dibuat di

negeri Kedah, terdapat sekurang-kurang 25 lot tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan.

Daripada jumlah tersebut hanya 16 lot sahaja yang dibayar pampasan oleh kerajaan. Selebihnya

9 lot lagi yang diambil oleh kerajaan tidak dibayar pampasan kerana masih mempunyai status

Rezab Certificate (R/C). Tanah-tanah ini adalah jenis wakaf tapak masjid dan kubur. (Mohd

Afandi Bin Mat Rani, hlm.264-266) Justeru, Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Kedah perlu melihat

dan menilai kembali kes ini kerana hampir separuh daripada tanah wakaf jenis Khas di negeri

Kedah belum didaftarkan dengan MAIK.

Manakala wang pampasan yang dibayar oleh kerajaan hendaklah digunakan untuk membeli

tanah lain sebagai ganti wakaf. Keputusan ini telah disepakati dan dipersetujui oleh semua fatwa

negeri yang terlibat dengan pengambilan tanah wakaf. Pihak yang ditugaskan untuk

mengendalikan tanggungjawab ini adalah diberikan kepada MAIN dan bukannya Pentadbir

Tanah. Di negeri Johor, fatwa negeri telah mengenakan syarat jika diganti dengan tanah, Majlis

Bandaraya Johor hendaklah berusaha mencari tanah untuk urusan penggantian, atau permohonan

boleh dibuat melalui tanah kerajaan. Keputusan ini menepati dengan keadaan semasa hari ini

bahawa penggantian tanah dengan tanah adalah lebih baik berbanding wang pampasan yang pasti

akan menyukarkan MAIJ untuk mencari ganti tanah yang lain. Namun jika dilihat kepada senario

(14)

kerajaan dan pentadbir tanah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku. Ini dapat

dibuktikan hampir keseluruhan tanah wakaf yang diambil oleh PBN sehingga kini belum diganti

dengan tanah yang lain sebagai wakaf. (Ibid., hlm.300-308) Justeru, keputusan Lujnah Fatwa

Negeri Johor boleh diikuti dan diperincikan kepada negeri-negeri yang lain.

Keputusan Fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan mufti tidak mengikat keputusan Pihak Berkuasa

Negeri. Hal ini kerana prosedur pengambilan tanah di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta

Pengambilan Tanah 1960 yang mengatasi bidang kuasa MAIN atau pihak mufti. Dalam hal ini

adalah dicadangkan supaya badan fatwa tidak hanya diberi tugas untuk mengeluarkan hukum

sahaja, tetapi lebih daripada itu, keputusan yang dibuat oleh mufti hendaklah mengikat sesuatu

peraturan dan menjadi sebahagian daripada prosedur pelaksanaan. Badan ini juga perlu diberi

peruntukan atau kuasa untuk mempersoalkan sejauhmana fatwa yang dikeluarkannya

dikuatkuasa dan segala apa cadangan dan saranan yang dikemukakan akan dilaksanakan. Dalam

hal ini adalah dicadangkan badan fatwa tidak hanya diberi tugas untuk mengeluarkan hukum

sahaja, tetapi lebih daripada itu, keputusan yang dibuat oleh mufti hendaklah mengikat sesuatu

peraturan dan menjadi sebahagian daripada prosedur pelaksanaan kepada Pihak Berkuasa Negeri

sebagaimana yang dilakukan di negeri Kelantan. Badan ini juga perlu diberi peruntukan atau

kuasa untuk mempersoalkan sejauhmana fatwa yang dikeluarkannya dikuatkuasa dan

dilaksanakan segala apa cadangan dan saranan yang dikemukakan.

Selain itu, beberapa faktor hukum yang menjadi halangan dan kekangan ke arah penyelesaian

tanah-tanah yang diambil oleh PBN hendaklah diteliti semula. Antara yang dibangkitkan ialah

kesukaran untuk mengistibdalkan tanah-tanah yang diambil kerana saiz keluasannya terlalu kecil

dan tanah-tanah ini banyak terikat dengan syarat pewakaf dan konsep Istibdal tidak hanya terikat

tanah dengan tanah atau penggantian diharuskan dengan selain daripada tanah. Dengan bilangan

fatwa yang agak terhad, secara umumnya fatwa yang diputuskan ini mengekalkan apa yang

menjadi amalan secara tradisi di Malaysia iaitu merujuk kepada mazhab Syafi’i sebagai satu-satu

mazhab dalam mengemukakan jawapan terhadap kebanyakan isu yang berbangkit. (Noor

Naemah Abd rahman, Abdul Karim Ali, Ridzwan Ahmad, 2004, hlm.181-188) Begitu juga

aspek lain seperti pelaksanaan konsep ijarah dan pajakan terhadap tanah-tanah PBT bagi

(15)

memerlukan suatu paradikma hukum yang bersifat kontemporari yang mengambilkira keadaan

dan situasi semasa tanpa.

KESIMPULAN

Hukum pengambilan tanah wakaf secara paksa tidak dinyatakan secara jelas sama ada daripada

di dalam al-Quran atau hadith Rasulullah saw. Amalan ini juga tidak berlaku pada zaman

Baginda dan para sahabat. Justeru, pelaksanaan pengambilan tanah wakaf yang dilakukan oleh

pihak berkuasa adalah termasuk dalam perbincangan fiqh semasa yang memerlukan kepada

persoalan ijtihadiyyah dengan merujuk kepada kaedah-kaedah Fiqh (Qawa„id al-Fiqhiyyah)

yang mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan semasa yang berlaku pada zaman ini.

Hukum pengambilan tanah wakaf di dalam Islam yang diadaptasikan daripada pengecualian

hukum asal memerlukan kepada suatu prosedur yang konkrit dan jelas agar pelaksanaannya tidak

mencetuskan kezaliman dan menimbulkan penganiayaan kepada salah satu pihak terutama

kepada pemilik tanah yang dilucutkan hak milik mereka. Pengambilan tanah wakaf oleh kerajaan

adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ketat berbanding pengambilan tanah individu atau

orang perseorangan. Ini berikutan konsep ibadat wakaf dalam Islam dan pengambilan tanah oleh

pihak berkuasa mempunyai matlamat dan tujuan yang sama iaitu untuk kepentingan umum.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa atau Jemaah Fatwa Negeri hendaklah berperanan

memutuskan sesuatu fatwa dengan mengambilkira persekitaran dan keperluan semasa atau

dikenali sebagai fatwa kontemporari. Fatwa yang dikeluarkan hendaklah dalam bentuk yang

lebih jelas dan diselaraskan di peringkat negeri dan juga kebangsaan. Setiap keputusan fatwa

yang diputuskan juga hendaklah mempunyai pendirian yang tegas bahawa tanah-tanah wakaf

perlu dielakkan daripada diambil oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya atau mana-mana

(16)

RUJUKAN

Ahmad Hidayat Buang et. al. (ed.), Fatwa di Malaysia, cet.1, Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-undang Universiti Malaya.

Cawangan Syariah UITM (2004), Pengurusan Fatwa Di Malaysia, Jurnal Penyelidikan Islam, JAKIM, bil.17, 2004.

Himpunan fatwa Negeri Kedah (t.t.), jld.1,2 dan 3, Jabatan Mufti Negeri Kedah dengan Kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Himpunan Keputusan Fatwa Negeri Johor (t.t), Majlis Agama Islam Johor.

Ismail bin Yusof (1996), Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, jld.1, cet.3, Dian Darul Naim Sdn Bhd.

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid (2004), “Fatwa dan Isu Semasa: Masalah dan Cabaran di Malaysia”, Jurnal Syariah, jld.12, bil.2, Julai 2004.

Mohd Afandi Bin Mat Rani (2008), Pengambilan Tanah Wakaf Oleh Pihak berkuasa Negeri: Analisis Menurut Hukum Syarak dan Aplikasinya di Malaysia, Tesis Ph.D, Universiti Malaya

Muhammad Zubir Awang (1998), Himpunan Jawapan Kemusykilan-kemusykilan Agama, cet.1, Kuala Terengganu: Jabatan Mufti Negeri Terengganu.

Nooh Gadut (2003), “Kedudukan dan Peranan Fatwa dalam Pelaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia”, (Kertas Kerja Seminar Perundangan Syariah Ke Arah Mewujudkan Kerangka Perundangan Islam yang Lebih Lengkap dalam Sebuah Negara Islam: Kes Malaysia, Anjuran Kerajaan Negeri Selangor, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan Kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor, Pada 10 Disember 2003).

Noor Naemah Abd Rahman, Luqman Hj Abdullah, Anisah Abd Ghani (2006), “Fatwa-fatwa Wakaf di Malaysia: Analisa Khusus di Negeri Kelantan”, (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Pada 12-14 September 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, di Hotel Legend Kuala Lumpur).

Noor Naemah Abd rahman, Abdul Karim Ali, Ridzwan Ahmad (2004), “Keterikatan fatwa Kepada Mazhab Syafi’i: Analisis Terhadap Fatwa-Fatwa Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan”, Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), pada 15-16 Disember 2004, di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Kajang Selangor

(17)

TEMUBUAL

En. Mohd Hairul Amin bin Mohd Sis, Ketua Bahagian Wakaf dan Sumber Am, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), pada 15/11/2006, di Pejabat MAIM.

LAPORAN/ MINIT MESYUARAT

Fail MAIDAM (03-003/4 (28). Kes tuntutan pampasan bagi pengambilan tanah tapak perkuburan Lot 609 Mukim Bukit Payong, Terengganu

Fail Pengambilan Tanah Wakaf 03-003 (34).

Rujukan (2) dlm. JMJ606/ WAKAF (W)-2/2004.

Jabatan Mufti Negeri Terengganu, bil (53), JMN.Tr. 1/4. 13hb. Disember 1990.

Majlis Agama Islam Melaka, Pewartaan 2 Februari 1995. No.54.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 10hb. Julai 2005.

Surat Pekeliling, Pengarah Tanah dan Galian Kelantan, Bilangan 5 Tahun 1976.

Surat Mufti kepada PTD KT( MAIDAM 01-006/14 Bhg 9-9-(50) bertarikh pd 18/Nov/1997).

SENARAI STATUT

Akta Pengambilan Tanah 1960, Seksyen 3

Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka (No.5/1991) Seksyen 33(1)(2)

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor (bil.14/1978) Seksyen 15(1)

Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam Kedah (No.9/1962) Seksyen 36(1)

Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (bil.2/1986) Seksyen 24(1)

INTERNET

http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=1192, 20

Januari 2006.

http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2077, 20

Januari 2006

(18)

http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=4304, 20 Januari 2006.

http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2092 20

Januari 2006.

LAMPIRAN 1

FATWA BAYARAN PAMPASAN BAGI PENGAMBILAN TANAH WAKAF

Rujukan pewartaan 2 Feb. 1995. No.54

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang yang telah diberikan oleh seksyen 30 (1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, Mufti Negeri Melaka bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah membuat fatwa yang berikut:

A) Bahawa menurut hukum syarak tanah-tanah wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberikan kepada sesiapa dan tidak boleh dipindah milik. Demikianlah sebagaimana yang berlaku pada wakaf sayyidina Umar al-Khattab r.a. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi wakaf yang pertama dalam Islam

B) Bahawa menurut seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, tanah-tanah wakaf di negeri Melaka ini terletak pada Majlis Agama Islam sebagai pemegang Amanah yang Tunggal

C) Oleh yang demikian, jika tanah wakaf diambil balik oleh pihak berkuasa negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu

(19)

LAMPIRAN II

1.1. Istibdal Syarie diharuskan sama ada tukaran, belian dan jualan yang tidak mengurangkan keluasan tapak asal 2.2. Tapak Masjid Taman Munsyi Ibrahim

Lot PTD 84437 seluas 4,4923 ekar

FATWA PENGAMBILAN TANAH WAKAF DI NEGERI KELANTAN

(20)

adalah merupakan suatu perkara biasa untuk tujuan tertentu menurut kuasa yang diberikan oleh (Akta Pengambilan Tanah 1960)

Mesyuarat telah membincang masalah tersebut dan bersetuju memfatwakan sebagaimana berikut:-

(1) Bahawa pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk perlaksanaan rancangan-rancangan kerajaan yang mempunyai maslahat umum adalah harus.

(2) Adapun pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk perseorangan atau untuk projek yang tertentu maka hukumnya adalah sebagaimana berikut:-

- hukumnya harus jika dipersetujui oleh pemilik tanah berkenaan.

- Jika ianya tidak dipersetujui oleh pemilik tanah tersebut dan tiada apa-apa maslahat umum padanya, maka hukumnya tidak harus.

- Jika pengambilan tanah itu pada pandangan kerajaan sangat mendatangkan kebaikan kepada umum dan tiada pilihan lain bagi menggantikannya maka hukumnya harus sekalipun tanpa persetujuan dari pemiliknya.

(3) Sebarang pengambilan balik tanah tersebut dengan syarat hendaklah diberi suatu pampasan yang adil kepada pemiliknya.

(4) Keputusan itu bersandarkan kepada nas-nas berikut:- (1) Hadis Rasulullah (s.a.w) yang berbunyi:-

(لالحيلاهئزهانلسهلاإنعبيطسفن)

Maksudnya: tidak halal harta seseorang Islam melainkan dengan persetujuan tuannya. (لارزضلاورازض)

Maksudnya: tiada memudaratkan tiada dimudaratkan.

(2) Kaedah syar’I yang berbunyi: tasrif ماهلأاىلعةيعزلاطىنهةحلصولاب (sebarang tindakan yang dibuat oleh pemerintah ke atas rakyat adalah ditilik kepada maslahat umum. Dalil bagi kaedah tersebut ialah berdasarkan hadis (ةلزنهماهلأانهةيعزلاةلزنهيلىلانهنيتيلا) kedudukan pemerintah bagi rakyat sama seperti kedudukan wali atau pengurus terhadap anak yatim.

Negara asal : Malaysia Negeri : Kelantan

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Sumber:

http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=4304 20

januari 2007

Tarikh Diisu : 1994

LAMPIRAN IV

(21)

1. LATAR BELAKANG.

1.1 Kerajaan Negeri Perak, dari masa ke semasa telah dan akan mengurniakan tanah kepada Majlis Agama Islam Perak bagi tujuan-tujuan pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan, sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan pembangunan Islam.

1.2 Kadangkala timbul masalah apabila tanah-tanah tersebut mahu dimajukan dengan melibatkan pengambilan semula oleh kerajaan dan projek-projek pembangunan yang lain.

1.3 Satu keputusan fatwa perlu di adakan dengan jelas terhadap isu tersebut agar penggunaannya tidak menyalahi hokum-hukum waqaf dalam Islam jika sekiranya status tanah tersebut adalah tanah waqaf.

1.4 Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 kali ke 154 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan.

1.5 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:

1.5.1 SS Dato' Seri (Dr) Hj Harussani bin Haji Zakaria - Pengerusi 1.5.2 SF Tuan Hj Mohd Yusof Hussin

1.5.3 AF Dato' Hj Abdul Rahman Osman 1.5.4 AF Tuan Haji Abdul Majid Zainal Abidin 1.5.5 AF Tuan Hj Mat Hashim Anang

1.5.6 AF Prof Madya Hj Mohd Salleh Hj Ahmad 1.5.7 Tuan Hj Abdul Latif Abdul Rahman 1.5.8 Tuan Haji Abdul Rahman Salleh 1.5.9 Tuan Haji Muhd Rivai Batu Bara

2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH.

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 154 yang bersidang pada hari ini 3 Zul qaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 bersetuju bahawa tanahtanah pemberian kerajaan untuk tujuan rumah ibadat orang Islam, masjid, surau dan tanah perquburan adalah dikira waqaf

manakala tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan pembangunan adalah dikira sebagai harta baitul mal.

3. DALIL DAN HUJJAH

(22)

karangan al-Qadhi Abi Yahya Zakaria al-Ansori al-Syafie, jilid ke-5;

Syarat bagi orang yang mewaqafkan adalah ahliyah at-Tabrru' maka sah waqaf dari orang kafir untuk tujuan pembinaan masjid walaupun bukan atas tujuan taqarrub kepada Allah begitu juga sah waqaf dari hamba mub'idh bukan hamba mukatab , begitu juga tidak sah waqaf dari seorang muftis dan juga waqaf seorang yang masih dijagai hartanya oleh walinya dan waqafnya

diuruskan oleh walinya Seorang Pemerintah sah waqafnya dari baitul mal untuk pihak-pihak tertentu pendapat ini seperti yang difatwakan oleh Ibnu Solah dan Imam An Nawawi.

3.2 Dipetik dari kitab (هقفلايجهنولاىلعبهذهماهلإايعفاشلا)al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab al-Imam as-Syafie, juzuk ke-5, m/s 17 - Bab Waqf Imam al-Muslimin wa Khalifatuhum min Bait al-Mal (فقوماهإنيولسولانهتفيلخونهتيبلاهنيولسولا )

Waqaf Pemerintah Muslim dari harta Baitul Ma

lUlama'-ulama' mazhab Syafie telah mengharuskan bagi Imam-imam(pemerintah) muslimin dan khalifahnya untuk mewaqafkan sebahagian dari tanah-tanah baitul mal jika tindakan itu

membawa kemaslahatan kepada umat Islam. Dalam hal ini mereka mengecualikan syarat sempurna milik bagi pewaqaf disebabkan khalifah tidak memiliki harta-harta baitulmal, walaupun begitu mereka berpendapat bahawa sah waqaf berkenaan . Mereka berdalil kepada waqaf yang telah di lakukan oleh Omar AI Khattab semasa beliau memegang jawatan khalifah yang dikenali sebagai waqaf Sawwad al-'Iraq. Telah berkata Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Raudhah ''Jika Imam berpandangan untuk mewaqafkan tanah rampasan perang

sepertimana yang dilakukan oleh Omar r.a hukumnya adalah harus jika mendapat persetujuan dari mereka yang berhak terhadap harta itu samada persetujuan mereka dengan penggantian hak mereka atau selainnya.

Negara asal : Malaysia Negeri : Perak

Badan yang mengisu fatwa : Dato’ Seri haji Harussani B. Zakaria Penulis/Ulama : Dato’ Seri haji Harussani B. Zakaria

Referensi

Dokumen terkait

juga jembatan dengan bentang panjang serta memiliki fungsi lebih dari jembatan biasa dalam ini perhitungan strukturnya akan lebih kompleks sehingga struktur-struktur

Terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Norhayati Abdul Rahman (2000), tetapi kajian ini hanya sekadar menyentuh tentang imej bangsa Brunei dalam puisi Melayu moden. Justeru,

Ketenagaan Penyuluhan di Provinsi Jawa tengah terdiri dari Penyuluh Pertanian (PP) PNS, Tenaga Harian Lepas Tenaga Bantu Penyuluh Pertanian (THL-TBPP), Penyuluh Swadaya.

Setelah penulis melakukan pengamatan dan melakukan wawancara kepada pelanggan bahwa kualitas pelayanan pembayaran rekening PDAM Tirta Bening Cabang Juwana Kota

Seperti halnya seleksi yang dilakukan pada tahap regenerasi maka melalui seleksi yang langsung diberikan pada embrio kedua varietas memberikan respon yang sama di mana

Hasil penelitian oleh Purnamayanthi, (2017) menyatakan bahwa ada hubungan antara tingkat pengetahuan Siswi SMA Kelas XI tentang menstruasi dengan perilaku penanganan

Kelebihan katalis asam sulfat yaitu katalis ini lebih cepat bercampur ke dalam sebuah campuran reaksi, yang bisa memungkinkan tingkat yang sangat tinggi dari interaksi antar

Penelitian ini hanya berkisar pada pembahasan mengenai tinjauan teoritik tentang novel dan pendidikan islam yang meliputi: kajian teori mengenai nilai-nilai pendidikan islam