• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sosio ekonomi Tanah Melayu kurun ke 19.d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sosio ekonomi Tanah Melayu kurun ke 19.d"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pengenalan

Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersial.

Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Ekonomi masyarakat Melayu yang diamalkan di Tanah

Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874 secara umumnya berbentuk

tradisional iaitu ekonomi sara diri.1Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala lebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya.

Ekonomi komersial seperti pertanian dagangan telah dipraktikkan oleh penduduk

Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Aktiviti komersial lain seperti perlombongan

telah dijalankan secara kecil-kecilan dan tertumpu di pantai barat Semenanjung Tanah

Melayu seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Hal ini membawa kepada

kemasukan golongan imigran dari Cina dan India bagi merancakkan ekonomi komersial. Para

pembesar telah membawa masuk golongan imigran bagi menjalankan aktiviti perlombongan

di Tanah Melayu. Mereka di bawa masuk melalui pelbagai cara, misalnya di Perak, Selangor,

Negeri Sembilan dan Pahang. Sehubungan itu, penulis berpendapat bahawa benar, golongan

peranan pemerintah dilihat memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan golongan imigran

dengan memberi peluang kepada mereka dalam ekonomi Tanah Melayu berbanding

mentransformasi ekonomi masyarakat Melayu sendiri agar lebih maju. Justeru, penulis akan

mengemukakan beberapa bukti bagi menyokong pandangan tersebut.

1 A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun Ke-19: Sara Diri atau Komersial?, dalam

(2)

2.0 Faktor golongan pemerintah menjalinkan kerjasama dengan golongan imigran berbanding membantu ekonomi masyarakat Melayu.

2.1 Monopoli ekonomi oleh golongan pemerintah.

Menurut Abdul Rahman Tang Abdullah dalam artikel beliau Economic Change and

Transition of Malay Society in Malaya in Late Ninetenth and Early Twentieth Century

(2012), pengawalan ekonomi golongan pemerintah terletak pada sistem percukaian.2 Hak

untuk menuntut cukai ke atas rakyat telah dijalankan oleh golongan pemerintah sejak

perkembangan sejarah masyarakat Melayu. Terdapat tiga sumber pendapatan atau kekayaan

bagi golongan pemerintah. Pertama ialah kawalan tenaga manusia seperti buruh kerah,

perkhidmatan peperangan dan pungutan cukai. Namun tindakan pemerintah yang melampaui

tahap kesabaran petani menyebabkan petani bertindak meninggalkan tanah mereka dan

berhijrah ke kawasan lain. Perkhidmatan buruh dalam pembinaan projek awam seperti parit

dan menanam tanaman untuk pembesar.

Kedua, Amarjit Kaur dalam Semenanjung Tanah Melayu Pada Abad Ke-19 (1996)

menerangkan bahawa sumber pendapatan pemerintah diperoleh daripada perdagangan dan

ketiga diperoleh daripada hasil tanah.3 Selain itu, sumber pendapatan utama bagi pemerintah

adalah cukai. Terdapat pelbagai jenis cukai utama iaitu cukai pendapatan, cukai tanah, cukai

pengangkutan dan cukai perdagangan. Cukai pendapatan juga dikenali sebagai Cukai Raja

yang dikenakan ke atas aktiviti pertanian dan perlombongan. Cukai ini biasanya dibayar

dengan menggunakan hasil produk sendiri terutama sekali padi dan timah.4 Manakala cukai

tanah pula berasaskan konsep moden sebagai cukai tahunan. Peruntukan sebanyak 10

2 Abdul Rahman Tang Abdullah. (2012) .” Economic Change and Transition of Malay Society in Malaya in Late Nineteenth and Early Twentieth Centuries”. Jurnal Sejarah , Jilid 20 . Hlm 76.

3 Amarjit Kaur . (1996) . Semenanjung Tanah Melayu Pada Abad ke-19: Suatu Tinjauan Ekonomi dalam Masyarakat Melayu Abad Ke-19 oleh Saripan bin Rahmat . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka . Hlm 5.

(3)

peratus daripada cukai pendapatan telah ditetapkan menurut tradisi Melayu dan telah

diperkenalkan oleh orang Melayu di Melaka pada separuh kedua abad ke-19. Jumlah cukai

yang dikenakan berbeza mengikut pembesar. Zukarnain Abdul Rahman dalam penulisan

beliau Ekonomi Sungai Ujong Pra-kolonial: 1800-1870 menyatakan bahawa di Sungai

Ujong, Negeri Sembila, peranan pembesar iaitu Datuk Syahbandar dan Datuk Muda Linggi

mendominasi dan mengawal kegiatan perlombongan dan perdagangan bijih timah.5 Selain

itu, kebenaran untuk mengerjakan lombong di sesuatu kawasan harus mendapat persetujuan

dari golongan pemerintah. Oleh itu, kekuasaan yang yang sedia ada mendorong sikap tamak

golongan pemerintah untuk menggalakkan ekonomi perlombongan dengan mengenakan

pelbagai cukai. Sehubungan itu, perkara ini membebankan golongan petani kerana mereka

perlu membayar pelbagai cukai.

Faktor lain adalah, penggunaan sistem kerah ke atas sumber manusia oleh golongan

pemerintah bagi menguasai ekonomi di Tanah Melayu. Sistem kerah merupakan satu sistem

yang mana pemerintah mengerahkan tenaga rakyatnya untuk melakukan sesuatu pekerjaan

tertentu.6 Biasanya golongan pembesar yang memainkan peranan penting dalam usaha

mengerahkan tenaga rakyat untuk membuat kerja-kerja sosial seperti membuat jalan,

membuat saluran dan surau. Manakala Sultan hanya mengerahkan tenaga rakyat tanpa

membayar sebarang upah atau gaji. Hal ini menyebabkan golongan rakyat tiada masa untuk

mengusahakan tanaman dan ternakan mereka kerana dipaksa oleh golongan pemerintah untuk

bekerja sebagai buruh. Tanah-tanah mereka akan terbiar dan mereka tidak mempunyai hasil

yang mencukupi bagi memenuhi keperluan harian mereka. Melalui sistem ini rakyat dikerah

melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang

5 Zulkarnain Abdul Rahman. (2001). Ekonomi Sungai Ujong Prakolonial: 1800-1870-an. Dalam Jendela Masa: Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’Khoo Kay Kim . Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 173 .

(4)

tertentu. Orang biasa yang berstatus tinggi dikecualikan dari sistem kerah.

Misalnya di Kelantan, Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber

hasil bumi seperti emas, bijih timah, lada hitam, pinang, beras, rotan, buluh, kayu gaharu dan

kain songket.7 Perkembangan ekonomi Kelantan sebelum kedatangan British dikuasai oleh

golongan pembesar dan sultan. Rakyat jelata hanya bertugas menjalankann kegiatan ekonomi

golongan tersebut sahaja. Pendapatan pembesar bergantung kepada cukai yang dikenakan ke

atas penduduk. Untuk itu pembesar sentiasa menggalakkan kemajuan daerahnya dengan

menambahkan bilangan penduduk yang produktif untuk mendapatkan lebihan hasil yang

banyak. Kekuasaan pembesar bergantung kepada kekuatan ekonomi. Oleh itu pembesar

sentiasa berwaspada agar tidak ada orang lain mengumpulkan harta yang lebih banyak bagi

tujuan pemberontakan. Pembesar juga berkongsi pendapatan yang diterima dengan

pengikutnya bagi mengekalkan sokongannya. Hasil lebihan akan digunakan sebagai pinjaman

untuk mengikat lebih ramai orang berhutang dengannya.

2.2 Peranan pemerintah

Sebagai golongan pemerintah di Tanah Melayu seharusnya menjaga kebajikan orang Melayu

itu sendiri yang telah menunjukkan taatsetia dengan membantu memenuhi keperluan harian

mereka. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat. Walau bagaimanapun, golongan

pemerintah lebih cenderung untuk bekerjasama dengan golongan imigran yang telah biasa

dan mahir dalam sistem ekonomi yang berasaskan kewangan. Penggunaan sistem wang

dalam kalangan rakyat Melayu adalah sangat terhad kerana rakyat pada ketika itu masih

mengamalkan sistem barter.8 Sukar bagi rakyat untuk memperoleh wang melalui penanaman

padi kerana mereka juga mengerjakan pertanian walaupun dalam musim menuai kerana

7 Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman . (2015) . “Sejarah Perkembangan Ekonomi SemenanjungTanah Melayudan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Pra Kolonial”

(5)

kebanyakan mereka bekerja untuk petani padi yang juga mengharapkan memperoleh wang

dari jualan tanaman mereka. Kejayaan dan kegagalan orang Melayu bergantung kepada

golongan pemerintah untuk bersedia menyesuaikan diri kepada perubahan ekonomi yang

lebih moden.

Menurut Abdul Rahman Tang Abdullah dalam artikel beliau, peluang yang diberikan

untuk rakyat bagi menceburi bidang ekonomi komersial juga terhad.9 Rakyat diberi upah

yang sedikit dan hanya mampu untuk menampung keperluan asas mereka sahaja. Keadaan ini

tidak menyediakan peluang bagi masyarakat Melayu untuk menjana pendapatan lebihan yang

boleh digunakan sebagai pelaburan modal untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan

secara kecil-kecilan.

Penglibatan imigran Cina dalam aktiviti perlombongan bijih telah berjaya

memperlihatkan satu transformasi kuasa ekonomi daripada pembesar Melayu kepada orang

Cina. Pemerintah tempatan seharusnya memberi peluang kepada rakyat untuk mengubah dan

menaik taraf ekonomi yang mundur kepada yang lebih baik dengan memberikan pinjaman

modal. Namun dilihat, orang Cina lebih bijak menggunakan peluang ini untuk

mengembangkan industri perlombongan dengan mengusahakan sendiri sesuatu kawasan

perlombongan itu dengan bantuan modal. Selain itu, penguasaan pembesar melayu terhadap

sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui beberapa perkara. Antaranya ialah

pengusaha dari Cina mesti mendapatkan kebenaran daripada pembesar melayu untuk

mengusahakan perlombongan terlebih dahulu, pembesar melayu pula akan memastikan hasil

bijih timah yang dilombong dan dijual semula kepada mereka serta harga bijih timah akan

ditentu oleh pembesar melayu sendiri.10

(6)

2.3 Reaksi orang Melayu

Ciri-ciri ekonomi tradisional masih wujud dalam kalangan masyarakat Melayu pada lewat

abad ke-19, hal ini kerana reaksi daripada orang Melayu terhadap perubahan dalam corak

ekonomi dan orientasi dalam kapitalisme dan komersialisme yang agak perlahan berbanding

dengan golongan imigran. Percanggahan asas antara ekonomi tradisional dan moden

menyebabkan reaksi yang agak perlahan bagi masyarakat Melayu ketika itu untuk

menyesuaikan diri dengan suasana ekonomi baru. Selain itu, populasi penduduk Melayu

semasa zaman pra-kolonial menetap di sekitar kawasan pedalaman, dengan kelompok mereka

yang lebih besar menetap di kawasan berhampiran dengan laut atau di pinggir sungai

merupakan salah satu faktor mengapa orang Melayu memberikan rekasi yang agak perlahan

terhadap perubahan ekonomi di Tanah Melayu.11

Seterusnya, dalam bidang perlombongan, orang Cina telah mewujudkan pasaran yang

sedia namun, orang Melayu tidak berminat untuk memajukannya. Hal ini kerana, amalan

ekonomi tradisional sara diri dan orang Melayu yang tidak mempunyai pengalaman pertanian

komersial. Dalam penulisan Chai Hon Chan bertajuk Economic Development (1964)

halangan pembangunan penanaman padi Melayu adalah disebabkan kekurangan sistem

pengairan dan ketiadaan peralatan pertanian cekap. Sehingga kedua-dua keperluan

dibekalkan oleh kerajaan, tiada harapan untuk memperbaiki keadaan ekonomi petani

Melayu.12 Orang Melayu bukannya malas untuk menceburi sebarang ekonomi yang baru

seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak, suasana ketika itu yang tidak membenarkan

orang Melayu untuk menerima perubahan. Petempatan mereka yang lebih tertumpu kepada

kawasan pedalaman menyebabkan mereka lebih memilih untuk menjalankan ekonomi

11 Rahmat Saripan. (1991). Kolokium Masyarakat Melayu abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 68.

12 Chai Hon Chan . (1964) . Economic Development dalam The Development of British Malaya . Kuala Lumpur: Oxford University Press . Hlm 143.

(7)

bersifat sara diri.13 Dibebani dengan hutang dan cukai juga merupakan faktor reaksi orang

Melayu agak perlahan dalam menerima perubahan ekonomi. Mereka menjalankan kegiatan

penanaman padi dan nelayan hanya untuk memenuhi keperluan hidup mereka sahaja. Oleh

itu, mereka kurang menjalinkan hubungan dengan dunia luar. Hal ini menyebabkan,

pemikiran orang Melayu ketika itu masih belum terbuka dan tidak memberi perhatian

terhadap perubahan yang berlaku di sekitar mereka.

2.4 Kemahiran dan teknologi golongan imigran Cina

Sebelum abad ke-19 lagi perlombongan bijih timah adalah kegiatan penting di Semenanjung

Tanah Melayu. Kawasan terpenting bijih timah ialah di Perak, Selangor dan Sungai Ujong,

Negeri Sembilan. Pengeluaran bijih timah dijalankan secara kecil-kecilan sehingga

pertengahan abad ke-19. Negeri Perak merupakan pengeluar yang terbesar pada masa itu.

Pelombong ketika itu adalah penduduk tempatan terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Mereka menggunakan kaedah yang sederhana iaitu dengan cara melampan14 dan mendulang

yang membawa kepada pengeluaran timah yang terhad.15 Permintaan bijih timah agak tinggi,

oleh itu para pembesar memerlukan pemodal untuk menguruskan kegiatan perlombongan.

Bagi memenuhi keperluan semasa, para pembesar mengambil inisiatif dengan membawa

masuk lebih ramai orang Cina untuk bekerja di lombong. Para pembesar tidak berjaya

membekalkan bijih timah yang secukupnya akibat bergantung kepada orang melayu kerana

cara pengeluaran orang melayu tidak membuahkan hasil yang banyak dan keterlibatan orang

melayu dalam perlombongan bijih timah adalah secara sambilan sahaja

13 Abdul Rahman Tang Abdullah . Economic Change and Transition . Hlm 76.

(8)

Menurut petikan John H. Drabble dalam Economic History of Malaysia

menyatakan bahawa golongan imigran Cina dalam jumlah yang besar telah mendominasi

industri perlombongan pada abad ke-19 kerana mereka telah membawa masuk teknologi baru

dalam meningkatkan pemulihan bijih dan pengawalan air, selain itu memudahkan

perlombongan kedalaman yang lebih besar.16 Tahun 1840-an keadaan ini jelas dilihat apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah negeri-negeri Semenanjung Perak dan Selangor telah menarik ramai pendatang Cina yang menguasai industri pada abad

ke-19 dengan membawa teknologi baru yang lebih baik pemulihan bijih dan kawalan air

serta memudahkan perlombongan untuk kedalaman yang lebih besar.

Imigran Cina memperkenalkan teknik perlombongan yang lebih efektif iaitu

penggunaan pam kelikir, palong dan lombong dedah. Kaedah pam kelikir adalah dengan

menggunakan pam untuk memancutkan air yang kuat bagi memecah tanah yang

mengandungi bijih timah (Rujuk Rajah 3). Lumpur dipam naik ke palung untuk mendapatkan

bijih timah.17 Selain itu, golongan imigran ini mendapat bantuan modal daripada golongan

pembesar untuk mengerjakan lombong sendiri di bawah kawalan pembesar dan akhirnya

mereka tidak memerlukan pembesar kerana mereka mendapat modal terus dari Melaka.18

Kedatangan orang Cina telah mengaburi bayangan bahawa masyarakat Melayu ketika itu

turut terlibat dalam aktiviti perlombongan walaupun bahagian dalam jumlah pengeluaran

bijih semakin berkurang. Sebahagian sebab menagapa sumbangan orang Melayu dalam

sektor ini dianggap sangat kecil dan tidak memberansangkan dinyatakan oleh sarjana terkenal

iaitu Wong Lin Ken:

16John Drabble. (2000) . An Economic History of Malaya, c.1800-1990:The Transition to Modern Economic Growth. A Modern Economic History of Southeast Asia .

http://www.palgrave.com/page/detail/an-economic-history-of-malaysia,-c.1800-1990-john-drabble/?sf1=barcode&st1=9780230389465.

17 Simon Watt, John Collett. (1979). 21 Chain and Washer Pumps from the 1958 Peking Agricultural Exhibition. London: Intermediate Technology. Hlm 5

(9)

Morever, the Malays were only part-time miners, and their method of mining and smelting was clumsy and uneconomical. They had neither the commercial shrewdness nor the attitude for hardwork so essential for the success of any businessundertaking.19

Walaupun menggunakan kaedah pelombongan dan melebur yang dikatakan tidak baik dan

tidak ekonomi, hakikatnya pelombong Melayu telah menghasilkan bijih timah kepada dunia

selama beratus-ratus tahun. Selain itu, walaupun kepesatan pelombong Cina, masih ada

pelombong Melayu yang mengerjakan lombong secara besar-besaran di Kinta.

3.0 Analisis

Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan buruh

Cina ke Tanah Melayu dan bekerja di kawasan perlombongan serta perladangan seperti di

ladang-ladang gambir, lada hitam dan tebu.20 Kehadiran modal asing dalam perlombongan

bijih timah adalah faktor terpenting kepada peningkatan buruh asing ke Tanah Melayu. Selain

itu, sikap pemerintah Melayu ketika itu yang tidak mementingkan peningkatan ekonomi dan

taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan berbanding dengan golongan imigran.

Mereka mengenakan cukai yang tinggi bertujuan untuk menjaga kedudukan mereka sebagai

pemerintah dan sebagai sumber pendapatan utama mereka. Sepatutnya pemerintah harus

membantu meningkatkan kehidupan dan ekonomi orang Melayu.

Seterusnya, bagi golongan rakyat pula, kebanyakan petempatan orang Melayu berada

di kawasan pedalaman yang masih kekal dengan pekerjaan tradisi iaitu sebagai petani dan

nelayan. Penggunaan wang tidak begitu meluas dalam kalangan rakyat kerana kebanyakan

mereka mempunyai wang yang sedikit dan antara mereka tidak mempunyai wang langsung.

Hal ini kerana, masyarakat Melayu ketika itu masih mengamalkan sistem barter dalam

19 Wong Lin Ken. (1965) . The Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: University of Arizona Press . Hlm. 21 .

(10)

kehidupan harian. Justeru, masyarakat Melayu masih berada dalam keadaan tidak bersedia

untuk menerima pembaharuan dan mempunyai pemikiran yang masih belum terbuka

mengenai pembaharuan ekonomi. Keadaan hidup mereka tidak begitu menggalakkan

terhadap penerimaan ekonomi baru. Bentuk ekonomi masyarakat Melayu lebih bersifat diri

dan berkeadaan tertutup, diamalkan sevara tradisional, kurang berdaya saing dan hasil

pengeluarannya berskala kecil dan berada pada tahap produktiviti yang rendah.21

4.0 Kesimpulan

Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu, bukan sahaja

mengalami perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Kemasukan buruh

asing secara beramai-ramai telah mendorong kepada pembentukan masyarakat majmuk dan

pertambahan penduduk di Tanah Melayu. Kehadiran imigran di Tanah Melayu memberi

kesan terhadap kehidupan sosioekonomi. Masyarakat Melayu era pra-kolonial dilihat

mempunyai kehidupan sosioekonomi yang tersendiri, dengan struktur politiknya yang

berbentuk feudalisme serta terdiri daripada masyarakat tunggal sebelum kedatangan

kolonialisme British. Kegiatan hidup masyarakat Melayu ketika itu bersifat mudah.

(11)

Bibliografi

Abdul Rahman Tang Abdullah. (2012). Economic Change and Transition of Malay Society In Malaya. Jurnal Sejarah, 2, 71-95.

Chan, C. H. (1964). The Development of British Malaysa. New York: Oxford University Press.

Drabble, J. (n.d.). An Economic History of Malaya 1800-1900. (Economic History

Association) Retrieved Oktober 27, 2015, from John Drabble . (2000) . An Economic History of Malaya, c.1800-1990:The Transition to Modern Economic Growth. A Modern Eco http://www.palgrave.com/page/detail/an-economic-history-of-malaysia,-c.1800-1990-john-drabble/?sf1=

Ghee, L. T. (1977). Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya 1874-1941. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Jackson, J. C. (n.d.). Malay Mining Method in Kinta in 1884. 12-18.

Ken, W. L. (1965). Tin Malayan Tin Industry to 1914. Tucson: University of Arizona.

A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun Ke-19: Sara Diri atau Komersial? In T. L. Badriyah Haji Salleh, Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Redzuan Othman. (2001). Jendela masa : kumpulan esei sempena persaraan Datuk Khoo Kay Kim. Mohammad Yusof, Ed. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rahmat Saripan. (1991). Kolokium Masyarakat Melayu abad ke-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Simon Watt, J. C. (1976). 21 Chain and Washer Pumps. London: Intermediate Technology. Uqbah Iqbal, Nordin Hussin, Ahmad Ali Seman. (2015). Sejarah Perkembangan Ekonomi

Referensi

Dokumen terkait

Balamang bagi keagamaan dimana tradisi ini yang dilakukan oleh masyarakat Ujung Pasir saat datangnya bulan suci Ramadhan juga menyimbolkan adanya penghormatan

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa (1) kemampuan pemecahan masalah pada kelompok siswa yang memperoleh pembelajaran berbasis masalah lebih baik daripada

Tetapi Undang-Undang yang sama juga mengatur adanya kewajiban dasar manusia, yaitu seperangkat kewajiban yang apabila tidak dilaksanakan tidak memungkinkan terlaksananya dan

Untuk reaksi yang melibatkan gas tetapan kesetimbangan dapat dinyatakan dari harga tekanan parsial masing-masing gas pada saat setimbang, sebab konsentrasi gas dalam suatu ruangan

Rerata dari proporsi sikap responden tentang kesediaan orang lain di dalam desa/dusun untuk mengorbankan waktu proyek yang tidak bermanfaat langsung bagi keluarganya sendiri

yang paling besar pada nilai konduktivitas, dinyatakan dalam persamaan berikut:. k- = konduktivitas dari cairan yang terdapat pada

Oleh karena itu harus ada inovasi dalam model pengembangan belajar literasi melalui pelajaran Bahasa Indonesia seperti komunikasi yang dilakukan harus dua arah dan transaksional,

Pembangunan manusia merupakan paradigma pembangunan yang menempatkan manusia (penduduk) sebagai fokus dan sasaran akhir dari seluruh kegiatan pembangunan, yaitu