• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Sehat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang Sehat"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

Kepentingan Pengambilan Makanan Seimbang

Kepentingan Makanan Berkhasiat

Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun

ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu

penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan

peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk

memastikan kesihatan yang baik. Punca utama serangan

penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah

kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang

memakan makanan yang berkhasiat serta kurang bersenam.

Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan

sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan,

Diri Anda Ialah

Apa Yang Anda Makan

dan kenyataan ini benar dalam soal

kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

“ Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi

usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami

kegemukan atau terlebih berat badan (obesiti). ”

Sumber dari berita harian

Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup

untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan

dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media

massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi

pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan

yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada

makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek

fizikal.

(2)

manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan

sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal

manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang

menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu

lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau

tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan

perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.

Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan

seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera

sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah

manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil

tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan

pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu

gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai

aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan

badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu

mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental

seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba

menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan

seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal

berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif

berbanding dengan individu yang seimbang aspek

pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek

mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

(3)

tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan

positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih

ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit

penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu

mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah

pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Makanan Seimbang Kurangkan

Risiko Penyakit Berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering

disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas

daripada pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan

makanan seimbang dalam diet seharian dapat membantu

mengurangkan risiko beberapa penyakit, termasuk kanser,

serangan jantung dan angin ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan

kolesterol, osteoporosis dan spina bifida. Sejauh manakah

makanan dapat membantu anda menjauhkan diri daripada

penyakit berbahaya?

1. Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu

mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan

esofagus. Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan

risiko itu tidak sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.

Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko

kanser prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun

diet tinggi lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi

ada bukti menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan

penting dalam meningkatkan risiko kanser.

(4)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan

pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat

(USDA) mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap

serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak

mengikuti garis panduan itu.

3. Lebihan kolesterol

Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan

merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah,

sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4. Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10

hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk

tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan

darah tinggi dan merendahkan tekanan darah, sekaligus

mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung koronari.

5. Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada

osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran

hijau dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti

sayur-sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin

sebelum dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi

daripada mengalami spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)

Tips Diet Seimbang

(5)

1

. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi

berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang

putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang

disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,

karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin

B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan –

boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya,

tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda,

termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat,

perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai

pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan

kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari

melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.

Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk

menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum

sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga

boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan,

sayur-sayuran dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus

menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah

keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan

pengambilan lemak berlebihan dengan:

Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit

sahaja.

Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa

(6)

Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika

boleh (contoh: kulit ayam).

Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti

marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).

Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti

membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau

mengukus) daripada menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat

dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan

sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau

serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang

berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari

tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda

menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan

masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis,

serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan

makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi

terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh

menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh

membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang

mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit

(edema).

Mempraktikkan amalan pemakanan yang betul

Amalan pemakanan sihat bermaksud amalan yang boleh menjaga kesihatan. Dengan adanya amalan pemakanan yang sihat, kita akan terhindar dari sebarang penyakit yang merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan

sebagainya. Amalan pemakanan yang sihat boleh dirancang dengan menggunakan piramid makanan yang juga digunakan dalam penyediaan makanan sihat.

(7)

yang berkhasiat dapat membolehkan manusia bekerja secara produktif dan selesa. Manusia memerlukan tenaga yang banyak dalam kehidupan seharian terutamanya orang yang bekerja sebagai buruh binaan dan petani-petani. Oleh itu, dengan mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, mereka dapat bekerja secara produktif. Di samping itu, dengan memakan makanan yang berkhasiat kita dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan osteoporosis(reput tulang).

Kita juga dapat mempraktikkan amalan pemakanan yang betul berpandukan piramid makan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Pengambilan makanan yang berlebihan bagi setiap kumpulan makanan dalam pyramid makanan atau makanan tidak seimbang bukan sahaja boleh menyebabkan penambahan berat badan, malah merupakan salah satu tanda awal ransangan terhadap setiap penyakit yang bakal kita hadapi. Kita memerlukan jadual atau carta di dalam memilih setiap makanan yang berkhasiat bagi mengekal kesihatan badan kita dan juga mengelak dari sebarang penyakit. Sekiranya kita tersilap memilih makanan untuk di makan setiap hari ia boleh mengundangkan penyakit pada badan kita. Selain daripada itu adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, untuk sarapan pagi kita boleh

mengambil secawan susu, roti dan jem dan untuk makan tengahari pula, kita boleh mengambil sepinggan nasi putih, semangkuk sup sayur, seekor ikan goreng dan jus buah-buahan. Untuk makan malam pula,kita boleh mengambil sepinggan nasi putih,kari ayam, sayur-sayuran dan segelas air kosong.

Di samping itu, kita juga haruslah mewajarkan pengagihan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Mereka ini kurang mendapat khasiat zat makanan kerana mereka tidak dapat makan makanan yang berkhasiat. Oleh itu, kita sebagai orang yang berkemampuan mesti menolong orang yang sebegini supaya mereka juga dapat mendapat khasiat makanan seperti kita.

Akhir sekali, mengaitkan adat makanan diantara sesama kaum dan agama sebagai contohnya agama Islam mengharamkan umatnya meminum arak dan memakan makan yang tidak halal seperti daging khinzir. Makanan yang halal tidak sahaja bermaksud daging yang halal dimakan malahan ia merangkumi aspek

penyembelihan, keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut. Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh

membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut. Bagi

(8)

Kesimpulannya, makan dan amalan pemakanan sihat sangat penting untuk kehidupan manusia sama ada kanak-kanak atau pun orang dewasa. Kita perlulah makan makanan yang berkhasiat untuk memberi tenaga kepada kita dalam melakukan aktiviti seharian. Makanan yang berkhasiat dapat juga membantu kita menjaga kesihatan dan tumbesaran kita dan ia juga dapat terhindar dari sebarang penyakit. Kita perlulah berhati-hati di dalam memilih makanan untuk dimakan setiap hari, janganlah kita memilih makanan untuk dimakan hanya berpandukan pada gerakhati kita kerana nafsu makan kita hanya akan memilih makanan yang sedap-sedap tanpa memikirkan kesan disebalik kesedapan setiap makanan yang kita makan. Secara tidak langsung ia akan mengundang penyakit pada badan kita serta menjejaskan kesihatan kita.

Merancang satu gizi seimbang

Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi yang seimbang adalah penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian.

Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang kita

makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga

kesihatan.

GIZI SEIMBANG

(9)

Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk

tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan

(air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan.

GIZI TIDAK SEIMBANG

Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja

Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang

tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.

Merancang satu gizi seimbang

Gizi seimbang adalah susunan makanan sehari-hari yang mengandung zat gizi dalam jenis dan jumlah yang sesuai dengan kebutuhan tubuh, dengan memperhatikan prinsip keanekaragaman atau variasi makanan, aktivitas fisik, kebersihan, dan berat badan ideal.

Jika seseorang mengalami kekurangan gizi, yang terjadi akibat asupan gizi di bawah kebutuhan, maka ia akan lebih rentan terkena penyakit dan kurang produktif.

Sebaliknya, jika memiliki kelebihan gizi akibat asupan gizi yang melebihi kebutuhan, serta pola makan yang padat energi (kalori) maka ia akan beresiko terkena berbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.

(10)

Sesuai dengan prinsip gizi seimbang dan pola makan berdasarkan Pedoman Gizi Seimbang (PGS), tidak dapat berlaku sama untuk setiap orang. Tiap golongan usia, status kesehatan, dan aktivitas fisik masing-masing orang, memerlukan PGS yang berbeda. Hal ini berbeda dengan pola makan berdasarkan slogan 4 sehat 5 sempurna (4S & 5S).

JANGAN LEWATKAN:

 5 Manfaat Kopi yang Sudah Teruji Ilmiah  5 Solusi Tumit Kering dan Pecah-Pecah

 Mengenal Manfaat Buah, Kulit dan Daun Salak

 Food Combining, Rahasia Sehat Dan Berat Badan Ideal  Manfaat Mangga untuk Kecantikan dan Kesehatan

Pada saat slogan 4S & 5S diciptakan sekitar tahun 1950-an, diasumsikan bahwa kebiasaan makan masyarakat makin sehat sehingga berbagai masalah kesehatan karena kekurangan dan kelebihan gizi dapat dicegah dan dikurangi. Asumsi ini ternyata tidak terwujud, baik di Indonesia maupun negara-negara lain, termasuk negara asal 4S & 5S di AS.

Pedoman Gizi Seimbang

Oleh karena itu pedoman 4S & 5S sejak awal tahun 1990-an secara internasional telah digantikan oleh pedoman yang lebih rinci yang disebut pedoman gizi seimbang (PGS) dengan alasan sebagai berikut :

Pertama

Susunan makanan yang terdiri atas 4 kelompok ini, belum tentu sehat, bergantung apakah porsi dan jenis zat gizinya sesuai dengan kebutuhan.

Contoh, jika pola makan kita sebagian besar porsinya terdiri atas sumber karbohidrat (nasi), sedikit sumber protein, sedikit sayur dan buah sebagai sumber vitamin, maka pola makan tersebut tidak dapat dianggap sehat.

Sebaliknya, jika pola makan kita terlalu banyak sumber lemak dan protein seperti hidangan yang banyak daging dan minyak atau lemak, tetapi sedikit sayur dan buah, maka pola makan itu tak dapat dianggap sehat.

Selain jenis makanan, pola makan berdasarkan PGS menekankan pula proporsi yang berbeda untuk setiap kelompok yang disesuaikan atau diseimbangkan dengan kebutuhan tubuh. PGS pun memperhatikan aspek kebersihan makanan, aktivitas fisik, dan kaitannya dengan pola hidup sehat lain.

Kedua

Susu bukan “makanan sempurna” seperti anggapan umum selama ini. Dengan anggapan itu banyak orang, termasuk kalangan pemerintah, menganggap susu merupakan “jawaban” atas masalah gizi. Sebenarnya, susu adalah sumber protein hewani yang juga terdapat pada telur, ikan dan daging.

(11)

Ketiga

Slogan 4S & 5S yang dipopulerkan oleh Prof. Poerwo Soedarmo, Bapak Gizi Indonesia, di tahun 1950-an dianggap tak lagi sesuai dengan perkembangan iptek gizi, seperti halnya slogan “Basic Four” di Amerika yang merupakan acuan awal 4S & 5S pada masa itu. Basic Four dari AS yang diciptakan tahun 1940-an bertujuan mencegah pola makan orang Amerika yang cenderung banyak lemak, tinggi gula, dan kurang serat.

Namun, setelah dievaluasi tahun 1970-an, ternyata slogan tersebut tidak memperbaiki pola makan penduduk Amerika, yang disertai dengan meningkatnya penyakit degeneratif terkait gizi. Sejak itu, slogan “Basic Four” diperbarui dan disempurnakan menjadi “Nutrition Guide for Balance Diet” dengan visual piramida.

Di Indonesia sendiri “Nutrition Guide for Balance Diet” diterjemahkan menjadi PGS yang juga menggunakan visual piramida. Berbeda dengan Nutrition Guide AS yang beragam pola hidangan makanan, makin mudah terpenuhi kebutuhan akan berbagai zat gizi.

Pola makan bergizi seimbang mengatur secara proporsional keragaman golongan makanan, baik dalam jenis maupun jumlah sesuai dengan kebutuhan tubuh. Beberapa sumber makanan yang bisa membentuk satu gizi seimbang antara lain sebagai berikut : Karbohidrat Sebagai Sumber Energi Utama

Karbohidrat dikenal sebagai sumber energi utama bagi tubuh, sehingga digolongkan sebagai makanan pokok. Sumber karbohidrat utama dalam pola makanan Indonesia adalah beras.

Di beberapa daerah, selain beras digunakan juga jagung, ubi, sagu, sukun dan lain-lain. Sebagian masyarakat juga menggunakan mi dan roti yang dibuat dari tepung terigu. Karbohidrat terdiri dari zat “dapat dicerna” dalam bentuk zat gula (glukosa) dan zat pati dan yang “tidak dapat dicerna” dalam bentuk serat.

Sumber karbohidrat yang baik adalah yang masih mengandung serat. Ada serat yang larut dalam air dan yang tidak dapat larut. Walaupun keduanya tidak memberikan zat gizi pada tubuh, namun serat memberikan manfaat kesehatan.

(12)

Pada prinsip Gizi Seimbang, konsumsi gula dibatasi. Konsumsi makanan bergula berlebihan mendorong timbulnya kegemukan dan segala akibatnya seperti diabetes. Para pakar menetapkan rentang konsumsi karbohidrat sebesar 45-65 persen energi total.

Protein Memberikan Berbagai Manfaat Kesehatan

Protein terdiri dari asam amino. Diantaranya ada yang esensial karena tidak bisa dihasilkan oleh tubuh dan hanya dapat diperoleh dari makanan. Selebihnya dapat diproduksi oleh hati bila komponen yang diperlukan tersedia.

Protein memberikan banyak manfaat bagi tubuh. Yang pertama dan yang terpenting, protein bertanggungg jawab untuk pertumbuhan dan pemeliharaan semua sel dan struktur tubuh, seperti tulang, otot, sel darah, kulit dan rambut. Protein juga merupakan unsur utama enzim yang membantu banyak reaksi kimia dalam tubuh, diantaranya pencernaan.

Protein juga merupakan bagian dalam produksi hormon seperti insulin, hormon tiroid, estrogen dan testosteron. Protein untuk makanan kita bisa berasal dari nabati, seperti kedelai dan kacang2an, atau berasal dari sumber hewani seperti daging, susu dan olahannya serta telur. Dengan kedelai sebagai pengecualian, hanya protein hewani yang mengandung semua asam amino dan dalam jumlah cukup.

Adapun makanan nabati (sumber protein nabati) mengandung asam amino yang kurang lengkap, kecuali bila kacang-kacangan dikonsumsi secara kombinasi dan bervariasi, sesuai dengan prinsip pertama Gizi Seimbang. Oleh sebab itu, camilan yang terdiri atas berbagai jenis kacang-kacangan adalah tergolong camilan yang sehat.

Vitamin Dan Mineral – Walau Hanya Diperlukan Sedikit Namun Penting Vitamin dan mineral adalah zat gizi mikro yang memperlancar proses pembuatan energi dan proses biologis lainnya yang diperlukan untuk mempertahankan kesehatan. Ada banyak vitamin dan mineral yang dikenal luas, namun ada beberapa yang masih menjadi masalah kesehatan masyarakat.

Masalah kekurangan vitamin dan mineral merupakan masalah utama yang banyak dialami negara berkembang, termasuk Indonesia. Vitamin-vitamin yang menjadi masalah kesehatan masyarakat adalah vitamin A, berbagai vitamin B, khususnya folat, vitamin B1, B2, dan vitamin B12, sedangkan mineral-mineral yang menjadi masalah kesehatan

masyarakat adalah yodium, zat besi, dan zat seng.

Jenis mineral lain seperti kalsium, mungkin merupakan masalah bagi sekelompok orang yang secara klinik terkait dengan risiko penyakit, tetapi bukan masalah kesehatan masyarakat. Vitamin dan mineral terutama banyak terdapat dalam sayur dan buah.

Untuk mempertahankan kandungan vitamin dan mineral, sayur sebaiknya dihidangkan dalam bentuk mentah setelah dicuci bersih atau setengah matang sebagai salad atau lalapan.

Masyarakat, terutama anak-anak, yang kekurangan vitamin A antara lain karena sayur umumnya merupakan makanan yang kurang disukai di dalam keluarga. Oleh sebab itu sayuran dan buah-buahan dianjurkan dikonsumsi sesering mungkin tiap hari.

(13)

saja vitamin yang berasal dari makanan hewani relatif lebih mahal daripada sayur dan buah.

Air

Air merupakan zat gizi dan unsur yang paling berlimpah dalam tubuh. Makin muda seseorang, makin banyak kandungan air dalam tubuhnya. Air penting untuk fungsi tubuh, seperti pengatur suhu tubuh, sistem saraf, cairan otak dan sumsum tulang belakang.

Air diperlukan untuk melakukan banyak reaksi kimia penting pencernaan dan metabolisme. Untuk menjaga keseimbangan air dapat dipengaruhi oleh umur, aktivitas fisik, suhu, pola makan dan status kesehatan (seperti saat hamil dan menyusui, untuk seorang ibu). Pada masyarakat umum, jumlah air yang dikonsumsi minimum 2 liter atau 8 gelas per hari.

Mewajarkan Pengagihan Makanan Kepada Golongan Kurang

Bernasib Baik

Syukur alhamdulillah kita dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dan membangun. Kesejahteraan negara kita bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat belajar dan bekerja tetapi dapat mengelakkan kita daripada kebuluran. Setiap hati kita menjamu makan makanan berkhasiat dan menjalani gaya hidup yang sihat.

(14)

membeli makanan berkhasiat. Mereka kekurangan sumber protein seperti daging, ayam dan ikan. Kesannya, ramai penduduk yang menghadapi malnutrisi dan penyakit kekurangan zat. Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk mengagihkan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sana.

Di negara kita, mungkin juga terdapat segelintir golongan yang sangat miskin sehingga tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Contohnya golongan gelendangan yang hidup meminta sedekah dan ehsan daripada orang awam. Mereka bukan sahaja tiada tempat tinggal malah tiada wang untuk membeli makanan berkhasiat.

Bantulah golongan gelendangan ini dengan menyumbangkan makanan kepada mereka. Jika mereka makan makanan berkhasiat, InsyaAllah mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk berkerja dan menyara keluarga mereka. Secara tidak langung, dengan mengagihkan makanan kepada golongan miskin, dapat membantu meningkatan tahap sosiol ekonomi mereka.

P E N G AG I H A N M A KA N A N K E PA DA YA N G KU RA N G B E R N A S I B B A I K / M E M E R LU KA N

(15)

serta moden,mempunyai pelbagai cara nak menyumbangkan sedikit sebanyak daripada harta kita untuk orang lain.

Antara orang yang kurang bernasib baik/memerlukan

-Fakir miskin/Pengemis

*Tidak mempunyai wang untuk beli makanan berkhasiat dan berzat.

-Orang yang sedang berperang

*Mereka memerlukan khasiat dan zat yang cukup untuk

berperang.

-Orang yang tidak berkemampuan membeli makanan yang berkhasiat

*Contohnya di Congo dan Liberia kerana harga makanan yang mahal.

Oleh itu,kita sebagai yang berkemampuan sewajarnya menolong dan bersedekah dengan hati yang ikhlas.Semoga dapat membantu mereka walaupun yang diberi tidak

seberapa.Bersyukurlah kerana keperluan kita mencukupi tidak seperti di negara negara lain.

* ADAB MAKAN YANG MENEPATI SENSITIVITI DAN KEPERCAYAAN AGAMA.

(16)

diharamkan memakan daging khinzir dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim.Makanan yang halal tidak saja bermaksud,daging dari binatang yang halal dimakan,tetapi juga mencukupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut,seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam. * Bagi agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang,hasil laut,burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang,dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun,sayur-sayuran berbuah,dan buah-buahan yang bersih dan suci. * Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan mereka.Namun,itu merupakan tanggapan yang salah

sebenarnya.Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu.Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan

India,termasuk penganut agama Islam,Buddha,Sikh,Zen,Jainism dan

sebagainya.Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia,kebanyakan orang kampong di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya.Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.

Rancang Gizi Seimbang Dengan Senarai Kalori Makanan

Seharian

Rabu, Mei 29, 2013 PBS, Sains Ting 2 56 comments

Adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam

(17)

Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jantina, umur, saiz badan, jenis pekerjaan, iklim dan keadaan kesihatan. Manakala setiap 8000 kalori yang lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda. Di bawah ini, disenaraikan kalori-kalori mengikut makanan harian kita.

Kategori: Makanan Rutin

1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori 2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori 3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori 4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori 5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori 6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori 7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori 8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori 9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori 10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori 11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori 12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori 13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori 14. Emping jagung kosong (secawan) = 160kalori

(18)

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori 5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori 6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori 7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori 8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori 9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori 10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori 11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori 12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori 13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Kuih Muih

1.Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori 2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori 3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori 4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori 5. Popia goreng (satu) = 130 kalori 6. Popia basah (satu) = 95 kalori 7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori 8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori 9. Karipap (sebiji) = 130 kalori 10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori 11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Makanan Segera

1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori 2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori 3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori 4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori 5. Burger keju (satu) = 425 kalori 6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori 7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori 8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

(19)

1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori 2. Betik (sepotong) = 45 kalori 3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori 4. Durian (5 ulas) = 64 kalori 5. Limau (sebiji) = 42 kalori 6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori 7. Nenas (sepotong) = 59 kalori 8. Epal (sebiji) = 63 kalori 9. Ciku (sebiji) = 44 kalori 10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman

1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal 2. Minuman kotak 250g = 105 kal 3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal 4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal 5. Aiskrim 2 skop = 390 kal 6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal 7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal 8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal

(20)

Untuk merancang pemakanan yang sihat dan seimbang juga, kita juga perlu mengambilkira beberapa faktor lain seperti:

a) keperluan kalori seharian kita

keperluan kalori seharian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Sebagai contoh, keperluan kalori bagi seorang budak lelaki yang aktif dengan seorang budak perempuan yang kurang aktif adalah berlainan.

b) kelas makanan yang seimbang

mengandungi kelas makanan yang seimbang dan mencukupi. Tidak ada kelas makanan yang berlebihan atau tidak mencukupi, kerana setiap zat makanan adalah penting dan mempunyai fungsi masing-masing.

Cubalah kira berapa banyak kalori yang anda ambil dalam satu hari. Atas sikap tak pernah ambil tahu dan tak nak ambil tahulah menyebabkan Malaysia tergolong dalam kalangan negara yang menghadapi masalah OBESITI....

Adab Makan Yang Menepati Sensitivity dan Kepercayaan

Agama di Malaysia

Isnin, Jun 03, 2013 PBS 62 comments

Adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama di Malaysia. PBS Sains Tingkatan 2 B6D2E1. Saya kongsikan maklumat mengenai adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama Islam, Buddha, dan Hindu di Malaysia ini sebagai bahan rujukan dalam menghasilkan buku skrap . Bagi yang mempunyai maklumat dan rujukan bagi adab makan agama lain, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini.

(21)

1) Islam

Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam.

Jadi bagaimana hendak memilih makanan yang halal ,bersih dan suci ?. Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.

Kategory Makan yang Halal dimakan

1. Semua jenis buah-buahan yang bersih

2. Semua jenis sayur-sayuran yang bersih

3. Semua kehidupan laut yang tidak beracun

4. Binatang yang disembelih dengan Nama Allah

Kategori makanan yang Haram dimakan

1. Binatang yang mati dengan sendiri

2. Binatang yang mati dalam kemalangan

3. Binatang yang dibunuh

(22)

5. Buah-buahan yang beracun dan kotor

Ketegori Binatang yang haram dimakan

1. Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )

2. Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa )

3. Binatang yang hidup di dua alam – air dan darat – ( Kura-kura ,

Buaya ).

4. Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir)

5. Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir )

6. Binatang yang beracun ( Ular , Cicak )

7. Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak

disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis

nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang

demikian itu adalah perbuatan fasik. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak

cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 5:3

Petikan dari: Makanan yang Halal dan Haram | Rahsia Alam. com

2. Buddha

Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan

(23)

dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.

Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation). Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis kesalahan mungkin akan lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang manusia kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation) seseorang manusia.

Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-anak binatang tersebut akan menjadi yatim dan mungkin mati kebuluran.

Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain, agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang.

Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan merosakkan saraf dan usus manusia.

Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan

sayur-sayuran berdaun, sayur-sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan suci.

Petikan dari: Kaedah Makanan Dalam Agama Buddha | Rahsia Alam. com

3) Hindu

(24)

Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.

Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang digelar “Mattu Ponggal”. “Ponggal” merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada hari berikutnya mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal” di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi.

Lembu yang telah dihias cantik

Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina dihormati sebagai ibu di India.

(25)

kerja-kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan.

Haiwan ini dihormati oleh masyarakat India kerana jasa dan khidmatnya

Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan dihormati sebagai ayah di India.

Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.

Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu untuk melakukan kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan seperti lembu, kerbau, beruk, anjing dan sebagainya sedikit sebanyak kerja manusia menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di tengah panas selain bebanan kerja yang berat.

ADAB MAKAN YANG MENEPATI SENSITIVITI DAN KEPERCAYAAN AGAMA DI MALAYSIA Secara

(26)

penyembelihan mengikut kaedah Islam. Jadi bagaimana hendak memilih makanan yang halal , bersih dan suci ? Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang. Kategory Makan yang Halal dimakan 1. Semua jenis buah-buahan yang bersih 2. Semua jenis sayur-sayuran yang bersih 3. Semua kehidupan laut yang tidak beracun 4. Binatang yang disembelih dengan Nama Allah Kategori makanan yang Haram dimakan 1. Binatang yang mati dengan sendiri 2. Binatang yang mati dalam kemalangan 3. Binatang yang dibunuh 4. Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor 5. Buah-buahan yang beracun dan kotor Kategori Binatang yang haram dimakan 1. Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang ) 2. Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa ) 3. Binatang yang hidup di dua alam – air dan darat – ( Kura-kura , Buaya ). 4. Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir) 5. Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir ) 6. Binatang yang beracun ( Ular , Cicak ) 7. Binatang yang tidak berdarah ( Lipas ) Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak enderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha

(27)

agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan mereka. Namun, itu merupakan tanggapan yang salah sebenarnya. Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi. Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang digelar “Mattu Ponggal . “Ponggal  merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada hari berikutnya mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal  di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu-lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi. Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina dihormati sebagai ibu di India. Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja-kerja

perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan. Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan dihormati sebagai ayah di India. Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia. Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu untuk melakukan kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan seperti lembu, kerbau, beruk, anjing dan sebagainya sedikit sebanyak kerja manusia menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di tengah panas selain bebanan kerja yang berat. SUMBER : http://www.cikguhailmi.com/2013/06/adab-makan-yang-menepati-sensitivity-dan-kepercayaan-agama-di-malaysia.html Haiwan ini dihormati oleh masyarakat India kerana jasa dan khidmatnya

Makanan dan amalan pemakanan bermaksud makan makanan yang berkhasiat dengan cara dan nisbah yang betul supaya tubuh menerima zat makanan yang seimbang.

Makanan berkhasiat penting bagi membolehkan pembesaran manusia lebih

sempurna daripada aspek fizikal.Tubuh perlukan zat dan vitamin supaya membina badan yang kuat dan dapat menjalankan tugas dengan baik disamping dapat menahan sebarang jangkitan penyakit.

(28)

Pemakanan berkhasiat juga menyebabkan perkembangan mental yang sempurna ,cerdas dan tidak cepat letih serta mampu berfikir dengan lebih efektif dalam menyelesaikan masalah.

Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat kita mestilah mempraktikan amalan cara pemakanan yang betul.Lebihkan makan buah-buahan dan kekacang contohnya kacang pea,kacang tanah dan kacang soya yang kaya dengan

protein,karbohiderat,gentian dan vitamin. kitajuga perlu minum banyak air 6-8 gelas sehari bagi membantu proses penghadaman, penyerapan,pengangkutan zat, perkumuhan dan pengawalan suhu badan.

Bagi mendapatkan tubuh yang sihat kita juga perlu menjauhkan makanan berlemak dalam makanan kerana tubuh hanya perlu 20% -30% sahaja lemak dalam diet harian. Disamping itu kita perlu kurangkan gula dalam makanan.Gula berlebihan bermakna menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya Selain itu makanan bergaram juga hendaklah dikurangkan contohnya makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.

Pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan mesti dirancang dengan satu gizi seimbang. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Makan megikut pyramid makanan adalah lebih mudah.

i.Makanlah 8-12 hidangan sehari makanan mengandungi karbohideratseperti nasi, mee, dan roti.

ii. Makan buah-buahan dan sayuran sebanyak 3-5 kali sehari.

iii. Makan ikan, ayam, kekacang dan susu 2- 3 kali sehari.

iv. Makan dengan sedikit gula, garam dan minyak.

Pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik merupakan ibadah sedekah dan mengagih-agihkan sumbangan kepada golongan yang terpinggir adalah suatu kebajikkan dituntut di dalam Islam untuk mempamerkan kemurnian agama sekali gus membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh segelintir masyarakat Islam atau bukan Islam. Realitinya mereka yang layak menerima sumbangan ini ialah warga oku, masyarakat orang asli, mangsa-mangsa bencana seperti banjir dan gempa bumi, anak - anak yatim yang kurang bernasib baik,warga emas yang memerlukan bantuan. Begitu juga golongan ibu tunggal yang

memerlukan serta warga miskin dan daif yang hidup dalam serba kekurangan.

(29)

sesudah makan dan bacalah Bismilah dan Hamdalah.Makanlah dengan

menggunakan tangan kanan,duduk dan tidak bersandar. Amat digalakan makan bersama, berbual dengan tenang supaya mendatangkan keberkatan. Tidak makan dan minum dalam keadaan panas kerana apabila meniup makanan , hembusan akan membebaskan karbon dioksida(co2) pada air (H20) menyebabkan minuman itu menjadi bercuka (H2co3).Semasa makanpilihlah lauk yang terdekat dahulu dan guna 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.Makanlah ketika lapar dan berhenti sebelum kenyangDan sentiasa bersyukur kerana diberi rezeki.

Sebagai kesimpulan kita perlu mengambil makanan yang seimbang dan berzat kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada

pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah . Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya.

Referensi

Dokumen terkait