• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sejarah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sejarah"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sejarah?

mendekati acuan tersebut adalah Geschichte yang berarti sudah terjadi.

Dalam istilah bahasa-bahasa Eropah, asal usul istilah sejarah yang dipakai dalam

literatur bahasa itu terdapat beberapa variasi, meskipun begitu banyak yang mengakui

bahawa istilah sejarah berasal dari bahasa Yunani. Dalam bahasa Inggeris dikenal dengan

history, bahasa Prancis historie, bahasa Italia storia, bahasa Jerman geschichte, yang berarti yang terjadi, dan bahasa Belanda dikenal gescheiedenis1.

Maksud sejarah ialah asal usul (keturunan); salasilah. Sejarah merujuk kepada

kejadian atau peristiwa yang telah berlaku yang benar-benar terjadi di masa lampau2. Oleh itu

pengertian sejarah ini bersangkut paut dengan waktu dan peristiwa. Dan, karena itulah

masalah waktu penting dalam memahami satu peristiwa, maka para sejarawan cenderung

mengatasi masalah ini dengan membuat periodisasi.

Sejarah bermaksud "menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui kaedah

penyiasatan adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat

terhadap peristiwa silam atau lampau. Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas

catatan penulisan telah dicipta. Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan.

Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan

untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat

secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-peristiwa3.

Sejarawan-sejarawan berdebat mengenai sejarah dan kegunaannya. Ini termasuklah membincangkan

kajian disiplin berkenaan sebagai satu penamat di dalamnya dan sebagai satu kaedah

menyediakan "perspektif" pada masalah masakini. Cerita-cerita yang biasa kepada budaya

1Wikipedia Ensiklopedia bebas. Sejarah. Dilayari pada 20.9.2013. http://id.wikipedia.org/wiki/Sejarah

2 Kamus Bahasa Melayu Nusantara . (edisi kedua). (2011). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan

Pustaka.m.s.2412.

3

Professor Alun Munslow. (2001). What History is?. Dilayari pada 20.9.1013.

(2)

tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber-sumber luar (seperti legenda yang mengelilingi

King Arthur) biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah. Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai prasejarah. Di kalangan ilmuwan, ahli sejarawan Yunani abad

kelima SM Herodotus dianggap sebagai "bapa sejarah", dan, bersama-sama dengan ahli

sezamannya Thucydides, membentuk asas-asas kajian sejarah. Pengaruh mereka,

bersama-sama dengan tradisi-tradisi sejarah yang lain di dalam bahagian dunia yang lain, sudah

mewujudkan banyak interpretasi yang berbeza mengenai tabii sejarah yang telah berubah

selama berabad-abad lamanya dan masih berkesinambungan berubah. Kajian sejarah moden

mempunyai banyak bidang berbeza termasuklah mereka yang fokus terhadap kawasan

tertentu dan mereka yang menumpukan terhadap perkara-perkara tertentu atau unsur-unsur

penyiasatan sejarah yang bertema.

“Sejarah Sebagai Rekod

Dan Catatan Yang Berkaitan Dengan Pengalaman Manusia. Sejarah Juga Merupakan Peristiwa Lampau Yang Sebenarnya

Berlaku.”

Jelaskan Maksud Kenyataan Tersebut.

Sejarah sememangnya berkait rapat dengan manusia dan segala aktiviti yang dijalankan oleh

manusia. Dan, masyarakat manusia sememangnya memerlukan sejarah4. “Air yang dicincang

tidak akan putus”, inilah perumpamaan yang sangat sesuai dengan sejarah. Sejarah tidak

dapat dihapuskan atau dimusnahkan dari diri seseorang atau sesebuah negara kerana ia

merupakan rekod atau catatan yang pernah berlaku pada diri seseorang atau sesebuah negara

dan menjadikannya sebagai pengalaman. Masa lalu itu merupakan sumber abstrak dan juga

nyata bagi manusia untuk menjalani kehidupan dengan penuh keyakinan. Dan sejarah boleh

membuatkan diri seseorang itu cuba untuk berusaha bagi menentukan cara hidup yang akan

datang. Sejarah adalah perkara atau peristiwa yang telah pun berlaku dan adalah mustahil

untuk kita kembali lagi bagi membetulkannya. Sejarah merupakan pengalaman kita di masa

4A

(3)

lalu, jika kita dapat membentuknya atau menggambarkannya kembali walaupun tidak

sepenuhnya ia hanya berbentuk ingatan dan pengalaman. Dari pengalaman inilah yang

membantu kita untuk menjadi yang lebih baik lagi di hari-hari yang mendatang.

Hubungan sejarah dengan manusia, ia sentiasa memerlukan masa lalunya, ataupun

sejarahnya kerana masa lalu itu merupakan sebahagian daripada pengalaman dirinya.

Setengah daripada masa lalu itu akan dilupakannya dan setengahnya pula akan

diabadikannya. Ada sebab-sebab yang penting mengapa masa lalu itu tidak akan, dan tidak

dapat dilupakannya secara keseluruhannya. Masa lalu itu adalah sejarahnya dan dia

menganggap beberapa peristiwa yang penting yang telah berlaku kepada dirinya pada masa

lalu sebagai peristiwa tersebut semakin bertambah bila umurnya semakin bertambah. Dari

segi itulah, dia menjadi manusia bersejarah dalam erti kata lain, ia hidup melalui

pengalamannya dan menyedari kepentingan pengalamannya itu di dalam kehidupannya. Dan

salah satu kepentingan yang sangat disedarinya tentang pengalamannya itu ialah pengalaman

menjadikan landasan bagi merangka kehidupan bagi masa-masa yang mendatang. Sudah

tentulah setiap insan di dunia ini menghendaki kehidupan yang bahagia. Oleh sebab itulah,

kehendak yang merupakan harapan dan cita-cita ini menunjukkan perhubungan di antara

masa lalu dengan masa kini dan seterusnya dengan masa yang akan datang.

Untuk memahami masa kini, setiap individu itu harus mengimbas kembali masa lalu

dan memahaminya. Dengan memahaminya ia boleh mengenal tentang keadaan serta

kewujudan masa kini dan juga diri individu tersebut yang sebenarnya. Sejarah banyak

membantu manusia untuk memilih jalan mana untuk dilalui. Ia membantu kita membuat

pilihan berdasarkan pengalaman manusia. Sejarah juga merupakan peristiwa lampau yang

sebenarnya berlaku. Misalnya di zaman silam masyarakat Yunani Purba, seperti yang pernah

diceritakan Herodotus yang percaya bahawa sesebuah negara atau pun peradapan itu, sentiasa

mengalami proses kitaran, bahawa sejarah itu adalah suatu gejala yang berulang-ulang, yakni

sesuatu peristiwa yang telah berlaku berulang kali di dalam kitaran-kitaran yang saling

berganti5. Oleh sebab itulah kita sering mendengar ungkapan hidup itu sendiri umpama roda.

Setiap kelahiran dan kewujudan seorang insan, maka sesebuah negara juga dianggap

mempunyai suatu titik kelahiran, kemudiannya berkembang sehingga kemuncak kejayaan

atau kegemilangannya dan akhirnya mengalami keruntuhan. Dengan itu mereka melihat

peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu akan berlaku pada masa-masa yang berlainan.

(4)

Sebab itulah, mereka merasakan adanya pengajaran pada setiap peristiwa yang berlaku itu

dan merasakan seolah-olah sejarah ingin memberikan mereka petunjuk. Salah seorang ahli

sejarah mereka yang terkenal, Tatu Dionysius menganggap sejarah itu sebagai suatu falsafah

yang memberikan pengajaran melalui contoh-contoh6. Dengan erti kata lain sejarah

membolehkan mereka belajar daripada kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan

sebelumnya dan memberi peluang untuk membetulkannya serta mengelak dari mengulangi

kesalahan yang sama.

Kesimpulan Bagi Kedua-dua Soalan

Secara kesimpulannya sejarah bermaksud asal usul (keturunan); salasilah dan merujuk

kepada kejadian-kejadian atau peristiwa-peristiwa yang benar-benar terjadi di masa lampau.

Dan, dari pengertian sejarah ini, sejarah mempunyai sangkut paut dengan waktu dan

peristiwa. Dan, karena itulah masalah waktu penting dalam memahami satu peristiwa, maka

para sejarawan cenderung mengatasi masalah ini dengan membuat periodisasi.

Sejarah sememangnya mempunyai kegunaan atau nilai yang sangat signifikan

terhadap diri seseorang insan, masyarakat, institusi dan juga negara. Dan tidak dapat

disangkalkan lagi perkaitannya sejarah dengan kehidupan harian kita, begitu juga dalam

membuat penyelidikan lainnya tetap memerlukan sejarah bagi menetapkan teori atau andaian

malah mengukuhkan hujah-hujah terhadap sesuatu pandangan. Sejarah tentang sesuatu

peristiwa atau ilmu pengetahuan boleh dijadikan sebagai teladan serta sempadan dalam

mencapai keharmonian dan kesejahteraan insan, masyarakat dan juga negara. Sebab itulah,

setiap rekod dan catatan yang berkaitan dengan pengalaman manusia dianggap sejarah.

Malah sejarah juga merupakan peristiwa lampau yang benar-benar berlaku dalam kehidupan

manusia.

(5)

Rujukan

Barnes, H. E. (1963). A History Of Historical Writing. New York: Dover Publications.

Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (edisi kedua). (2011). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marwick, A. (1985). The Nature Of History. London: MacMillan Publishers Ltd.

Meyerhoff, H (eds). (1959). The Philosophy Of History In Our Time. New York: Anchor Book.

Muhd. Yusuf Ibrahim. (1994). “kepentingan Sejarah Kepada Manusia Dan Negara” dalam Jebat. Kuala lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Hj. Yahya. (1988). Sejarah dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya Dengan Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Pollard, S. (1971). The Idea Of Progress: History And Society. Harmods Worth: Penguin Book Ltd.

Rujukan Dari Laman Sesawang

Professor Alun Munslow. (2001). What History is?. Dilayari pada 20.9.1013.

http://www.history.ac.uk/ihr/Focus/Whatishistory/munslow6.html

Wikipedia Ensiklopedia bebas. Sejarah. Dilayari pada 20.9.2013.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil analisis data menggunakan batuan software SPSS 16, penelitian pada kelas eksperimen menunjukkan bahwa terdapat pengaruh dari aktivitas siswa

Dari penjelasan diatas dapat diketahui bahwa permainan real-time strategy dalam lingkup strategi yang digunakanya dapat dimodelkan menjadi sebuah decision tree yang membantu

Sebaran contoh menurut kategori z-score anak dan pengetahuan, sikap serta praktik gizi ibu/pengasuh dapat dilihat pada Tabel 25 Sebesar 38.9% ibu/pengasuh dengan pengetahuan gizi

Permasalahan utama ketenagakerjaan yang masih dihadapi Jawa Timur adalah pengangguran, yang antara lain disebabkan (1) tidak imbangnya pertumbuhan angkatan

Tahap ketiga yaitu evaluasi, dalam tahap ini peneliti membandingkan hasil pengukuran yang telah diperoleh pada tahap pre-test dan post-test dan melakukan

Pada implementasi kebijakan KTSP di Kota Lubuklinggau ini, implementor meliputi aparatur Dinas Pendidikan Provinsi Sumatera Selatan, aparatur Dinas Pendidikan Kota

Pada gambar 4.7 dan gambar 4.8 dapat dijelaskan bahwa keasaman total tidak berpengaruh dengan besarnya % fraksi kondensat perengkahan akan tetapi keasaman permukaan justru

Kemungkinan perang demikian - seperti halnya di Libia - akan menjadi suatu perang udara (Bld.:luchtoorlog), karena AS setelah kampanye yang sangat berat di Irak mengetahui bahwa