• Tidak ada hasil yang ditemukan

PKE Jurnal dan Refleksi atas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PKE Jurnal dan Refleksi atas "

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Kritikan Jurnal

Tajuk

: Pengetahuan Pengurusan Berat Badan di Kalangan Wanita

Bekerja di Kuala Lumpur

Kawasan kajian

: Kuala Lumpur, Malaysia

Penulis

: Norimah A. Karim & Mohd Ismail Noor

1.0 Tajuk

Tajuk yang diberikan ialah Pengetahuan Pengurusan Berat Badan di Kalangan Wanita Bekerja di Kuala Lumpur. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji tentang masalah kesedaran mengenai imej tubuh sedang meningkat dan ramai wanita cuba melangsingkan tubuh badan melalui pelbagai kaedah. Artikel ini melaporkan tahap pengetahuan mengenai pengurusan berat badan di kalangan wanita bekerja yang berumur 30 – 45 tahun di Kuala Lumpur. Responden merangkumi 131 guru sekolah dan 122 kakitangan awam. Kajian ini juga menunjukkan keperluan untuk pendidikan pemakanan berkaitan dengan imej tubuh dan pengurusan berat badan yang berkesan.

2.0 Isu / Persoalan

(2)

membuktikan keberkesanan produk telah cukup untuk meyakinkan mereka bahawa produk tersebut selamat untuk digunakan.

3.0 Tujuan Dan Objektif

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji masalah pengetahuan pengurusan berat badan wanita berkerja di Kuala Lumpur berkaitan dengan umur seseorang itu. Selain itu juga tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi dan mencegah obesiti yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktor yang telah dinyatakan. Selain itu juga, kajian ini juga megetahui tentang faktor-faktor seseorang individu itu mengalami masalah obesiti iaitu yang dikaitkan di sini ialah pada umur 30 tahun hingga 45 tahun. Di samping ia juga dapat memberi kesedaran kepada kaum wanita kepentingan menjaga kesihatan diri mereka jika tidak mahu terkena penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.

4.0 Instrument Dan Kaedah Analisis Data

Instrument yang digunakan dalam jurnal ialah data telah dikutip melalui pertanyaan ( question ) dan assessment of body mass index setiap subjek yang dikaji. Sampel yang digunakan ialah perempuan yang berumur antara 30 hingga 45 tahun. Kriteria sampel yang dikaji ialah pertamanya kriteria bidang profession, jumlah jam bekerja, tidak hamil dan mengandung dalam tempoh satu tahun. Seramai 253 orang wanita yang terdiri daripada 131 orang guru sekolah dan 122 orang kakitangan awam yang berumur 30 hingga 45 tahun mengambil bahagian dalam kajian ini secara sukarela. Responden dimaklumkan tujuan kajian serta kesemua kaedah pengukuran yang terlibat dan dikehendaki menandatangan borang persetujuan sebelum kajian dijalankan. Cra menganalisi pengetahuan mengenai pengurusan berat badan dinilai menggunakan borang soalselidik 10-item yang diadaptasi daripada Weight Management Knowledge Inventory (Thombs et al. 1998) yang telah divalidasikan. Responden diminta untuk menjawab satu senarai dengan 10 soalan jenis pilihan beraneka, di mana hanya satu jawapan perlu dipilih. Jawapan yang betul akan diberikan 1 markah manakala jawapan yang salah ataupun “tidak tahu” diberi 0 markah

(3)

body mass index(BMI) yang mana ia amat sesuai untuk mengukur tahap tubuh badan samaada seseorang itu mempunyai tubuh badan yang ideal ataupun mengalami masalah obesiti. Oleh itu, bahan yang digunakan untuk pertanyaan (questioning) dan mengumpulkan maklumat berat dan ketinggian merupakan teknik yang terbaik yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat dan data mengenai sampel yang hendak dikaji.

5.0 Hasil Dapatan

Hasil dapatan yang diperolehi oleh pengkaji direkodkan Daripada sejumlah 253 responden, 122 (48%) adalah dalam golongan lebihan berat badan dan 131 (52%) mempunyai berat badan normal. Taburan jenis pekerjaan dalam kumpulan berat badan adalah seragam, di mana kumpulan berat badan normal terdiri daripada 53% guru sekolah dan 47% kakitangan awam, manakala golongan lebihan berat badan pula terdiri daripada 50% guru sekolah dan 50% kakitangan awam. Tahap pendidikan responden adalah pada tahap sekolah menengah (48%) dan tahap pengajian tinggi (52%). Dalam Jadual 2, taburan responden mengikut kategori pekerjaan menunjukkan pembahagian yang serupa iaitu 131 guru sekolah (52%) dan 122 kakitangan awam (48%). Perbezaan yang signifikan dalam tahap pendidikan (χ2 = 76.178; p < 0.001) dan min pendapatan (p < 0.001) wujud di antara kedua-dua kumpulan responden. Didapati majoriti guru sekolah (79%) mencapai tahap pendidikan institut pengajian tinggi, dan sebaliknya kebanyakan responden kakitangan awam (76%) mencapai tahap pendidikan sekolah menengah sahaja. Min pendapatan responden guru (RM2069 ± 626) juga lebih tinggi daripada responden kakitangan awam (RM1553 ± 745).

(4)

6.0 Kepentingan

Pertamanya ialah kajian ini dapat membantu mengenalpasti punca masalah berlakunya obesiti di kalangan wanita bekerjaya di Kuala Lumpur akibat kurangnya pengetahuan terhadap pengurusan berat badan. Antara masalah yang dikenalpasti ialah masalah pengetahuan pola pemakanan seharian yang tidak baik, faktor bidang professionalisme, tekanan di kawasan kerja dan faktor umur yang semakin meningkat.

Keduanya ialah kajian ini juga dapat membolehkan maklumat yang tepat melalui teknik – teknik yang sesuai untuk mendapatkan maklumat berkenaan masalah ini. Maklumat ini tidak boleh dilakukan dengan hanya pembacaan sahaja tetapi mestilah dilakukan dengan penglibatan individu yang tinggal di tempat itu sendiri. Jadi maklumat yang diperolehi adalah tepat dan koheran.

Ketiganya ialah kajian ini juga dapat mengenalpasti bahawa budaya kerja seseorang itu memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan diri. Hal ini kerana jika budaya kerja seseorang wanita berkerja itu hanya untuk bekerja 24 jam tanpa henti maka sekaligus budaya tersebut akan melahirkan seorang wanita yang kurang sihat dan mengalami masalah obesiti akibat tekanan kerja tersebut.

(5)

7.0 Hubungkait Bahan Bacaan Dengan Isu/ Pernyataan Masalah

Berhubung kajian jurnal yang telah dilakukan, saya telah mencari pelbagai

bahan bacaan dari pelbgai sumber untuk meningkatkan kefahaman dan

pengetahuan saya berkaitan dengan masalah obesiti dikalangan wanita. Sasaran

saya ialah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan spesifik berkaitan dengan

bilakah wanita mula mengalami obesiti. Penyataan penulis di dalam jurnal ini

mengatakan bahawa, wanita mula mengalami proses obesiti apabila umur mereka

mencecah 30 tahun berikutan kurangnya pengetahuan pengurusan berat badan

yang ideal dan proses itu berlaku sehingga umur mereka 45 tahun. Pada pendapat

saya, kenyataan ini kurang tepat kerana ada kenyataan lain dari sebuah jurnal iaitu

Childhood obesity, prevalence dan prevention yang menyatakan bahawa

masalah obesiti mula terjadi pada peringkat kanak-kanak lagi. Obesiti bukan satu

masalah yang datang mengikut perkiraan umur manusia, tetapi ia berlaku

disebabkan beberapa faktor yang di sebabkan oleh individu itu sendiri. Perkara ini

telah dinyatakan oleh penulis di dalam jurnalnya iaitu this study revealed that

social economic, genetic and carbohydrate consumption contribute to the

development of overweight

.

bermaksud bahawa punca lebihan berat badan

adalah disebabkan oleh pengaruh pengambilan pemakanan yang tidak seimbang,

faktor genetik dan sosial ekonomi.

(6)

kepada ibu dan bayi yang dikandung seperti diabetis dan hipertensi. Tindakkan yang

diambil oleh mereka ialah dengan menyertai program yang mengambil segala aktiviti

mereka seperti dari segi pemakanan, riadah dan lain-lain lagi.

(7)

8.0

Cadangan Penambaikan

8.1 Pelan Tindakan

Bil Perkara Strategi Tindakan Catatan

(8)

8.2 Jadual

Contoh Borang Peribadi Responden

Bil. Nama Umur Jantina Status

1.

Contoh Borang Instrumen : Kaedah Pemerhatian

Bil. Nama No K/P Jantina umur Aktiviti

seharian

catatan

1.

Contoh Pembahagian Masa/Aktiviti Responden

Bil. Nama Aktiviti catatan

(9)

8.3 Ramalan dan Kajian Masa Depan

Berdasarkan plan tindakan yang telah saya sediakan untuk memperbaiki

jurnal yang telah dihasilkan oleh penulis, maka saya hanya mampu untuk membuat

ramalan dan kajian masa hadapn terhadap jurnal ini. Melalui kajian ini, saya yakin

jurnal ini akan dapat mengeluarkan satu keputusan yang lebih tepat dan koheran

setelah saya cuba melakukan penambahbaikan terhadap tempoh masa kajian. Saya

mencadang supaya tempoh masa kajian dipanjangkan adalah untuk memastikan

pemerhatian yang dibuat terhadap sampel lebih terperinci dari segi tingkah laku

seorang wanita berkerja secara mingguan. Seterusnya ialah,penambahbaikan yang

saya laksanakan ialah, saya mencadang supaya kajian ini dibuat melibatkan semua

status kerjaya. Ini adalah kerena untuk memastikan keputusan yang diperoleh

adalah seimbang. Sekiranya, kajian hanya tertumpu kepada wanita yang bekerja

sebagai seorang guru atau doctor sahaja sudah tentu hasil kajian menunjukkan

bahawa wanita mengalami obesiti pada umur yang tersebut.

(10)

Refleksi

Ahmad As Siddique Bin Abdullah (920621-08-5759)

Satu kajian telah dibuat oleh sebuah akhbar yang menyatakan bahawa, 16.8

juta rakyat sedang mengalami masalah obesiti.Ini menunjukkan satu angka yang

sangat besar untuk membuat perbandingan dengan jumlah keseluruhan rakyat

Malaysia iaitu seramai 28 juta.Rentetan daripada isu ini, saya telah membuat satu

kritikan terhadap sebuah jurnal yang bertajuk Pengetahuan Pengurusan Berat

Badan di Kalangan Wanita Bekerja di Kuala Lumpur. Ini adalah bertujuan untuk

meningkatkan kefahaman saya dengan lebih mendalam berkaitan dengan masalah

obesiti dan melatih saya untuk melakukan kritikan ilmiah.

Setelah selesai melaksanakan tugasan ini, saya mendapati bahawa, terdapat

ruang-ruang kritikan yang dapat dilakukan terhadap sesuatu kritikan sama ada

kritikan berbentuk positif mahupun negatif. Bagi jurnal yang saya kaji ini, saya

mendapati tidak banyak kekurangan yang ada di dalam jurnal ini. Justeru itu, kritikan

yang saya lakukan lebih menjurus kepada kritikan positif yang berbaur sedikit unsur

kritikan negatif yang berbentuk penambahbaikan. Walaubagaimanapun, jurnal ini

mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Kekuatan yang saya dapat lihat ialah,

maklumat-maklumat yang disampaikan adalah tepat dan dapat dibuat rujukan ilmiah.

Referensi

Dokumen terkait