• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh pemanduan bas rapid terhadap penggunaan bahan bakar

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengaruh pemanduan bas rapid terhadap penggunaan bahan bakar"

Copied!
45
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH PEMANDUAN BAS RAPID TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BAKAR

AHMAD IRSYADUDDIN BIN AMIR

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

DEDIKASI

Tesis ini didedikasikan kepada ibu bapa saya,

AMIR BIN DIN &

NAFISAH BT HJ MOHAMED

Yang telah menyokong saya sepanjang perjalanan pengajian saya serta memberi motivasi dan inspirasi

Akhirnya, tesis ini didedikasikan kepada semua orang yang menemani saya dalam perjalanan yang begitu mencabar bagi menyiapkan tesis ini.

(3)

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia utama saya, Prof. Madya Dr. Munzilah Binti Md. Rohani yang telah memberikan tumpuan dengan penuh sabar untuk memberikan bimbingan dengan penuh dedikasi serta nasihat yang berterusan, menyumbang idea yang pelbagai dan meluas, menjana buah fikiran yang kreatif dan memberikan kritikan yang membina, serta menjadi perangsang dan penyokong moral kepada saya untuk melengkapkan tesis ini dengan penuh keyakinan, sistematik dan sempurna.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada penolong penyelia saya iaitu Dr. Basil David Daniel dan Prof. Madya Dr. Mohamad Yusri Bin Aman yang telah banyak memberikan buah fikiran yang bernas dalam membantu dari segi penulisan dan analisis selain sering memberikan motivasi kepada saya bagi menyiapkan tesis ini.

Tidak dilupakan, kepada ibu bapa saya yang banyak membantu dalam memberi sokongan moral yang sepenuhnya kepada saya sejak daripada permulaan perjuanagan sehingga penulisan laporan tesis akhir. Juga tidak dilupakan buat sahabat-sahabat yang sentiasa disisi saya sepanjang menyiapkan Projek Sarjana ini.

Kepada semua yang terlibat, semoga kejayaan hari ini adalah kebanggaan kita pada masa akan datang dan semoga Allah S.W.T. akan memberkati kita semua.

(4)

ABSTRAK

Bilangan kenderaan di atas jalan raya mengalami peningkatan pada setiap tahun. Ianya membawa kepada kesesakan jalan raya terutama di dalam kawasan bandar. Pengangkutan bas awam merupakan pilihan terbaik sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan. Namun begitu, terdapat beberapa halangan daripada pengusaha syarikat bas itu sendiri untuk memberi dan mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada penumpang pada tahap yang memuaskan. Kos operasi bas merupakan salah satu faktor yang memberi kesan terhadap kualiti perkhidmatan bas. Sebanyak 50% kos operasi bas yang perlu ditanggung oleh pengusaha bas terdiri daripada bahan bakar. Oleh itu, kajian ini diperlukan untuk mengkaji pemanduan bas dalam kawasan bandar dan kesannya terhadap penggunaan bahan bakar. Objektif utama kajian ini adalah mentafsirkan jumlah penggunaan bahan bakar bagi pemanduan bas dalam kawasan bandar dan seterusnya menentukan pemanduan bas yang menggunakan jumlah bahan bakar tinggi. Data yang dikumpul adalah pada keadaan sebenar melibatkan dua laluan di sekitar Lembah Klang dengan menggunakan alat Sistem Kedudukan Global (GPS). Data yang diperolehi kemudian dimodelkan dengan menggunakan perisian SIDRATRIP. Analisis menunjukkan bahawa pecutan merupakan faktor utama yang mempengaruhi penggunaan bahan bakar. Penggunaan bahan bakar paling tinggi adalah pada julat pecutan 2.01 m/s2 hingga 2.50 m/s2. Pemanduan dari

keadaan pegun untuk 30km/j pertama memberi kesan penggunaan bahan bakar tinggi sebanyak 67% kadar kenaikan kerana pemandu menggunakan kadar pecutan yang tinggi. Seterusnya, kelajuan 30km/j – 70km/j hanya memberi kesan sebanyak 10% kadar kenaikan penggunaan bahan bakar. Manakala, kelajuan yang melebihi 70km/j memberi impak yang besar terhadap penggunaan bahan bakar tinggi sebanyak 19% kadar kenaikan. Hasil kajian membuktikan bahawa penggunaan pecutan yang tinggi akan memberi impak yang besar terhadap penggunaan bahan bakar.

(5)

ABSTRACT

The number of vehicles on the roads has increased significantly each year. It leads to road congestion especially in urban areas. Public bus transport is the best choice as alternative to reduce congestion. While the bus is the best option, there are some constraints of the bus company itself to provide and maintain the best service to passengers. Bus operating costs such as fuel consumption is one of the factors that affect bus service. 50% operating costs to be incurred by bus company is from fuel consumption. Because of this problems, this research is to examine the bus driving in urban areas and impact on the fuel consumption. The main objective of this study is to estimate total fuel consumption for bus driving in urban areas and further to determine a bus driving that uses a high amount of fuel consumption. This study involves two types of buses which is Scania and MAN. Data was collected based on real situation involves two routes in Klang Valley by using Global Positioning System (GPS). From data obtained is then modeled using software SIDRATRIP. The finding of this study revealed that the acceleration is major a major factor affecting fuel consumption. Based on result, the highers fuel consumption used when acceleration increase in the range 2.51 m/s2 to

3.00 m/s2. Another finding is when driver drive from idling to first 30 km/h will impact

higher fuel consumption which is 67% rate of increase as the driver uses a high acceleration. Next, the speed of 30km/h - 70km/h just affect as much as 10% increase in fuel consumption rates. Meanwhile, when driver uses speed more than 70 km/h, it will impact on higher fuel consumption which is 19% rate of increase. The finding on this study is high acceleration will impact high fuel used.

(6)

ISI KANDUNGAN

BAB ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Penyataan Masalah 2 1.3 Matlamat Kajian 3 1.4 Objektif kajian 4 1.5 Skop Kajian 4 1.6 Ringkasan Bab 5

(7)

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 6

2.2 Pengangkutan Persendirian Di Malaysia 7 2.3 Perkhidmatan Pengangkutan Bas Awam Malaysia 8 2.4 Usaha Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam

Di Kawasan Bandar 10

2.5 Bas Sebagai Pengangkutan Utama Di Kawasan Bandar 13

2.6 Kualiti Perkhidmatan Bas 15

2.7 Kaedah Untuk Menganggarkan Penggunaan Bahan Bakar

2.7.1 Perisian SIDRATRIP

2.7.2 Sistem Kedudukan Global (GPS) Sebagai Alat Pengukuran Profil Pemanduan

16 16 17 2.8 Faktor Mempengaruhi Penggunaan Bahan Bakar Bas Di

Kawasan Bandar 18

2.8.1 Faktor Kenderaan dan Persekitaran 19

2.8.2 Faktor Lalulintas 20

2.8.3 Faktor Kelajuan dan Pecutan 21

2.8.4 Faktor Cara Pemanduan Bas 22

2.10 Rumusan Bab 24

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Lokasi Kajian 27

3.3 Bas Kajian 29

3.4 Peralatan Kajian (GPS) 31

(8)

3.4.2 Pengumpulan Data GPS 33 3.5 Proses Menganggarkan Penggunaan Bahan Bakar 34

3.5.1 Tetapan Keluaran 36

3.5.2 Tetapan Kemasukan Data 36

3.6 Proses Pengumpulan Data Kajian 40

3.7 Pemprosesan Data 44

3.7.1 Data Berat Bas 45

3.7.2 Data Pecutan Bas 45

3.7.3 Data Kelajuan Bas 46

3.8 Rumusan Bab 46

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 48

4.2 Ekstrak Data Kajian 49

4.3 Taburan Data Fasa Pemanduan, Kelajuan dan Pecutan

Bas Kajian 50

4.3.1 Taburan Fasa Pemanduan 51

4.3.2 Taburan Data Kelajuan 52

4.3.3 Taburan Data Pecutan 56

4.4 Analisis Awalan Proses Pengesahan Data 58

4.4.1 Pengesahan Data Jarak 58

4.4.1 Pengesahan Data Penggunaan Bahan Bakar 62 4.5 Analisis Hubungan Antara Pecutan dan Kelajuan 66 4.6 Analisis Hubungan Antara Kelajuan dan Pecutan

Terhadap Penggunaan Bahan Bakar 71

4.7 Analisis Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Bahan

Bakar 73

4.7.1 Kesan Berat Penumpang Terhadap Penggunaan

Bahan Bakar 73

(9)

Bakar

4.7.3 Kesan Kelajuan Terhadap Penggunaan bahan

Bakar 77

4.9 Rumusan Bab 80

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 83

5.2 Kesimpulan 83

5.3 Cadangan Kajian 85

RUJUKAN 87

(10)

SENARAI RAJAH

NO TAJUK MUKA

SURAT 2.1 Jumlah Pendaftaran Baru Kenderaan Di Malaysia 8 2.2 Hubungan Penggunaan Bahan Bakar Dengan Pecutan Bagi Bas

Kajian 22

2.3 Definisi Pecutan, Nyahpecutan, Larian dan Pegun 24

3.1 Ringkasan Metodologi Kajian 27

3.2 Laluan Kajian a)U43 (Putrajaya-Bandar Utama) dan Laluan

Kajian b)U429 (Putrajaya-Cyberjaya) 29

3.3 Jenis Bas Yang Digunakan Untuk Kajian 30

3.4 Alat GPS Jenis DG-200 31

3.5 Lokasi Alat GPS Yang Di Pasang Dalam Bas 32

3.6 Tetapan Data GPS 33

3.7 Pusat Data GPS 34

3.8 Carta Aliran Tetapan Perisian SIDRATRIP 35

3.9 Tetapan ‘Output’ Perisian SIDRATRIP 36

3.10 Tetapan Data Perjalanan 37

3.11 Contoh Tetapan Parameter Kenderaan dan Parameter Bahan

Bakar 38

(11)

SIDRATRIP

3.13 Carta Aliran Kemasukan dan Keluaran Data Dari Perisian

SIDRATRIP 40

3.14 Lokasi Hab Bas di Bandar Utama, Putrajaya Sentral dan

Cyberjaya 41

3.15 Proses Pengumpulan Data 43

3.16 Paparan Data Yang Dipindah Dari GPS Ke Microsoft Excel 44 4.1 Peratusan Fasa Pemanduan Oleh Pemandu Dalam Kawasan

Bandar 52

4.2 Taburan Data Kelajuan Bagi Laluan a)Putrajaya-Cyberjaya dan

b)Cyberjaya-Putrajaya 54

4.3 Taburan Data Kelajuan Bagi Laluan a)Putrajaya-Bandar Utama

dan b)Bandar Utama-Putrajaya 55

4.4

Taburan Data Pecutan Bagi Laluan a)Cyberjaya-Putrajaya, b)Putrajaya-Cyberjaya, c)Bdr Utama-Putrajaya, d)Putrajaya-Bdr Utama

57

4.5 Perbandingan Antara Jarak Odometer (Rekod) Dengan Alat GPS

Untuk Bas SCANIA (U43) 59

4.6 Perbandingan Antara Jarak Odometer (Rekod) Dengan Alat GPS

Untuk Bas MAN (U429) 59

4.7 Garisan Linear Jarak (U429) Untuk Bas Jenis MAN 60 4.8 Garisan Linear Jarak (U43) Untuk Bas Jenis Scania 61 4.9 Perbandingan Penggunaan Bahan Bakar (Rekod) Dengan

Anggaran Penggunaan Bahan Bakar (U429) 63

4.10 Perbandingan Penggunaan Bahan Bakar (Rekod) Dengan

Anggaran Penggunaan Bahan Bakar (U43) 63

4.11 Garisan Linear Untuk Penggunaan Bahan Bakar Jenis Scania

(U43) 65

4.12 Garisan Linear Untuk Penggunaan Bahan Bakar Jenis Scania

(U429) 65

(12)

Bas

4.14 Hubungan Antara Pecutan dan Kelajuan Bas 68

4.15 Sampel Profil Kelajuan dan Pecutan Dari Data Kajian Mengikut

Fasa 70

4.16 Perbandingan Penggunaan Bahan Bakar Terhadap Pecutan

Mengikut Jenis Bas Kajian 77

4.17 Penggunaan Bahan Bakar Mengikut Kelas Kelajuan 78 4.18 Perbandingan Penggunaan Bahan Bakar Mengikut Jenis Bas

(13)

SENARAI JADUAL

NO TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Jenis Bas Di Malaysia 9

2.2 Jumlah Pendaftaran Baru Bas Di Malaysia 11

2.3 Jabatan Yang Bertanggungjawab Untuk Struktur

Pengangkutan Bandar 12

3.1 Laluan Bas Rapid Dari Putrajaya Sentral 28

3.2 Spesifikasi Bas Kajian 30

3.3 Penapisan Data Dari GPS 44

3.1 Laluan Bas Rapid Dari Putrajaya Sentral 32

3.2 Spesifikasi Bas Kajian 33

3.3 Penapisan Data Dari GPS 40

4.1 Data Untuk Laluan U43 dan U429 49

4.2 Ujian-T Tidak Bersandar untuk Jarak MAN (U429) dan

Scania (U43) 61

4.3 Ujian-T Tidak Bersandar Untuk Anggaran Penggunaan

Bahan Bakar 64

4.4 Nilai Minimum dan Maksimum Data Pecutan m/s2 69

(14)

Bakar Bagi Laluan Kajian

4.6 Ujian Kolerasi Bagi Kelajuan, Pecutan dan Penggunaan

Bahan Bakar Terhadap Bas Kajian Mengikut Laluan 72 4.7 Analisis Statistik Untuk Jarak Perjalanan 73 4.8 Analisis Statistik Untuk Penggunaan Bahan Bakar 74 4.9 Anggaran Penggunaan Bahan Bakar untuk Pertambahan

100kg Berat 75

4.10 Purata Penggunaan Bahan Bakar Mengikut Kelas Pecutan

(15)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

(16)

LAMPIRAN A

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di Malaysia, kebanyakan rakyatnya berkemampuan memiliki dua buah kenderaan untuk setiap isi rumah. Ini akan menyebabkan berlakunya masalah kesesakan, pencemaran, kos perjalanan yang tinggi dan juga peningkatan jumlah kemalangan. Oleh itu, pengangkutan awam amat digalakkan secara aktif bagi mengurangkan kesan jangka panjang yang berlarutan daripada masalah-masalah tersebut hasil dari penggunaan kenderaan persendirian (Nasrudin et al. 2013). Walaubagamanapun untuk menarik orang ramai menukar mod pengangkutan dari kenderaan persendirian ke pengangkutan awam seperti bas bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana, permintaan dan jangkaan terhadap kualiti perkhidmatan bas adalah tinggi berbanding dengan apa yang disediakan. Ini menjadi halangan utama untuk pengguna jalan raya memilih bas awam (Mann dan Abraham, 2006).

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis bas yang digunakan di antaranya adalah bas henti-henti, bas ekpress, bas pelancongan, bas sekolah dan perkhidmatan bas swasta (Rohani, 2012). Selain dari harga tambang, tahap perkhidmatan juga memberi kesan yang besar untuk menggalakkan masyarakat beralih dari menggunakan kenderaan

(17)

sendiri kepada penggunaan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Salah satu isu penting dalam menyediakan tahap perkhidmatan bas berkualiti tinggi adalah isu berkaitan kos. Kos operasi dalam pengangkutan bas awam dipengaruhi oleh banyak faktor yang melibatkan perbelanjaan pengendalian operasi bas yang perlu ditanggung oleh syarikat pengendali bas. Ini termasuk kos langsung operasi bas (gaji pemandu, bahan bakar, tayar), penyenggaraan peralatan, perbelanjaan pentadbiran, insurans, cukai, sewa dan kos modal pembelian bas. Daripada kebanyakan kos yang perlu ditanggung, kos bahan bakar merupakan kos tertinggi yang perlu dibayar (Clark et al., 2007).

Beberapa faktor dikenal pasti memberi kesan ke atas penggunaan bahan bakar kenderaan antaranya beban penumpang, kelajuan kenderaan, kekerapan berhenti, gred jalan raya dan kekerapan gangguan trafik (Ang et al., 1989). Selain faktor lalulintas, kenderaan dan keadaan alam sekitar, faktor cara pemanduan juga menyumbang kepada penggunaan bahan bakar yang tinggi. Fokus kajian ini melibatkan faktor berkaitan cara pemanduan bas dalam kawasan bandar dan kesannya terhadap penggunaan bahan bakar.

1.2 Penyataan Masalah

Pemanduan bas yang tidak cekap dan agresif serta penyenggaraan bas yang tidak berskala memberikan kesan terhadap penggunaan bahan bakar yang tinggi. Selain itu, memandu dengan laju dan kerap memecut juga boleh memberi kesan kepada peningkatan penggunaan bahan bakar. Masalah-masalah ini bukan sahaja memendekkan hayat komponen kenderaan itu sendiri, tetapi juga memberi kesan terhadap kos penyenggaraan tambahan terhadap pengusaha bas (Rohani, 2012). Walaupun peratusan bas atas jalan adalah kecil berbanding kenderaan persendirian, impak dari penggunaan bahan bakar yang tidak efisyen dan kesan cara pengendalian pemanduan tidak cekap bukan sahaja memberi kesan penggunaan bahan bakar berlebihan malah turut memberi kesan ke atas alam sekitar (Vlieger et al., 2000). Di Malaysia pengangkutan awam terutamanya bas masih lagi menggunakan sumber bahan bakar seperti diesel untuk bergerak. Kos bahan bakar merupakan komponen utama dalam kos operasi yang boleh mempengaruhi pendapatan syarikat operator dan juga kos tambang yang perlu dibayar

(18)

oleh penumpang (Clark et al., 2007). Tinjauan yang dijalankan oleh pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di beberapa syarikat pengusaha bas di Malaysia mendapati, syarikat pengusaha bas membelanjakan lebih 50% daripada kos operasi mereka untuk pembelian bahan bakar (diesel) (Nazzua, 2013). Peningkatan harga bahan bakar yang berlaku sejak kebelakangan ini memberi kesan ke atas peningkatan kos pengendalian operasi bas dan seterusnya memberi impak kepada pengguna melalui kos perjalanan yang mereka perlu tampung (tambang) serta mempengaruhi tahap kualiti perkhidmatan yang disediakan (Litman, 2014b).

Pengangkutan bas awam perlu cukup berdaya saing dari segi kualiti perkhidmatan dan kos tambang yang rendah untuk menarik bilangan penumpang yang lebih ramai (Kingham et al., 2001). Namun begitu, kos operasi terutamanya kos bahan bakar menjadi satu halangan kepada pengusaha bas untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dengan kos tambang yang lebih rendah kepada penumpang (Lan et al., 2006). Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa penggunaan bahan bakar boleh dikurangkan dengan mengoptimumkan kecekapan bahan bakar. Ini termasuk menguruskan trafik dengan baik, menggunakan teknologi yang berkaitan dengan kenderaan dan bahan bakar (Newman, 1989, Decicco dan Ross, 1996). Namun begitu ia memerlukan pelaburan yang agak besar. Mengubah cara pemanduan bas adalah penyelesaian asas yang memerlukan kos minimum tetapi ia boleh menyumbang kepada meningkatkan kecekapan penggunaan bahan bakar (Larsson dan Ericsson, 2009).

1.3 Matlamat Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan pemanduan bas berdasarkan kelakuan pemandu menggunakan pecutan dan kelajuan yang boleh memberi impak kepada penggunaan bahan bakar.

(19)

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama untuk kajian ini adalah:

1. Mengkaji potensi peranti GPS dan Perisian SIDRATRIP sebagai alat mengukur penggunaan bahan bakar

2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan bakar bagi pemanduan bas dalam kawasan bandar

1.5 Skop Kajian

Kajian ini melibatkan pembinaan pangkalan data yang diperolehi daripada alat GPS yang di pasang pada keadaan sebenar terhadap bas yang diuji. Anggaran penggunaan bahan bakar adalah berdasarkan data dari alat GPS dan di analisis dengan menggunakan perisian SIDRATRIP. Analisis cara pemanduan bas adalah berdasarkan kelakuan pemandu mengawal pedal minyak terhadap pecutan, nyahpecutan, larian dan pegun. Selain itu, analisis hanya dilakukan terhadap data yang diperolehi daripada alat GPS yang di pasang pada bas kajian tanpa mengambilkira pemandu yang berbeza. Kajian cara pemanduan juga tidak mengambilkira keadaan aliran trafik dan analisis yang dilakukan hanyalah melibatkan penggunaan bahan bakar sahaja.

Terdapat beberapa pembatasan terhadap kajian yang dijalankan. Analisis adalah berpandukan data yang diperolehi daripada alat GPS. Faktor cuaca yang boleh memberi kesan dan ralat terhadap ketepatan bacaan GPS tidak diambil kira dalam kajian ini. Analisis anggaran penggunaan bahan bakar dilakukan dengan menggunakan Perisian SIDRATRIP berdasarkan data yang diperolehi daripada alat GPS dan data yang digunapakai hanyalah melibatkan lokasi berdasarkan latitud dan longitud, jarak perjalanan, kelajuan kenderaan serta tindakan pemandu mengawal pedal minyak terhadap pecutan, nyahpecutan, larian dan pegun. Parameter spesifikasi bas dan anggaran penggunaan bahan bakar adalah menggunakan nilai yang dicadangkan oleh perisian tersebut (default value) melainkan parameter berat bas.

(20)

Faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan bahan bakar iaitu tekanan angin tayar, beban yang berubah hasil dari perubahan bilangan penumpang serta usia bas yang berbeza tidak diambilkira di dalam kajian ini selain yang dinyatakan di dalam bab yang seterusnya. Kos penggunaan bahan bakar tidak diambil kira dalam kajian ini. Selain itu, kajian yang dijalankan hanya melibatkan penggunaan bas Rapid di bawah Syarikat Prasarana Malaysia Berhad. Kajian hanya melibatkan dua laluan utama dalam kawasan bandar di Lembah Klang iaitu laluan U429 (Putrajaya – Cyberjaya) dan laluan U43 (Putrajaya – Bandar Utama) dan sebanyak 56 buah bas sahaja yang digunakan untuk proses pengambilan data yang melibatkan bas jenis Scania untuk laluan U43 dan juga bas jenis MAN untuk laluan U429.

1.6 Ringkasan Bab

Kajian ini terbahagi kepada lima bab utama. Bab pertama dalam kajian ini adalah mengenai pengenalan yang menerangkan tentang isu kajian yang dilakukan serta objektif yang ingin dicapai di akhir kajian. Bab kedua dalam kajian ini ialah mengenai kajian literatur yang menerangkan tentang penyelidikan lepas berkaitan dengan kajian ini. Isu seperti faktor yang menyumbang kepada penggunaan pengangkutan bas awam, kualiti perkhidmatan bas dan penggunaan bahan bakar turut disertakan dalam bab ini. Selain itu, kaedah pengukuran yang digunakan dalam kajian ini juga dihuraikan.

Bab tiga dalam kajian ini menerangkan tentang kaedah serta bagaimana pengumpulan data dilakukan. selain itu, kaedah yang digunakan untuk mendapatkan anggaran penggunaan bahan bakar turut dihuraikan dari peringkat proses pengumpulan data hingga hasil analisis diperolehi. Selain itu, bab ini juga turut menghuraikan bagaimana pengesahan data dilakukan terhadap jarak perjalanan bas dan penggunaan bahan bakar terhadap bas kajian dengan menggunakan ujian regresi dan ujian-T. Analisis data dalam bab empat menerangkan hasil analisis yang diperolehi untuk mencapai objektif kajian yang telah ditentukan pada bab satu. Bab terakhir iaitu kesimpulan dan cadangan adalah mengenai kesimpulan serta cadangan terhadap hasil analisis dari penyelidikan ini serta langkah yang boleh diambil untuk penyelidikan lanjut.

(21)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini pada permulaan menerangkan berkaitan dengan pengangkutan awam di Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam menggalakkan orang awam beralih dari menggunakan pengangkutan sendiri kepada pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan dan sebagainya terutamanya di kawasan bandar. Bahagian ini turut menjelaskan mengenai jenis-jenis perkhidmatan bas yang ada di negara ini.

Bahagian kedua bab ini pula menerangkan tentang kualiti perkhidmatan bas yang disediakan di dalam kawasan bandar. Seterusnya, bahagian ketiga bab ini menjelaskan mengenai alat dan perisian yang digunakan dalam kajian ini untuk mencapai objektif kajian. Alat yang digunakan untuk proses pengumpulan data adalah alat GPS dan perisian yang digunakan untuk proses menganalisis data adalah perisian SIDRATRIP. Bahagian terakhir bab ini menjelaskan tentang faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan bakar. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada penggunaan bahan bakar seperti cara kawalan pedal minyak, memandu dengan kelajuan yang tinggi dan sebagainya.

(22)

2.2 Pengangkutan Persendirian Di Malaysia

Peningkatan kenderaan berdaftar di Malaysia dilihat meningkat dari tahun ke tahun. Statistik pendaftaran kenderaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ) berdasarkan laporan tahunan pada (2012) menunjukkan jumlah kenderaan yang didaftarkan pada tahun 2010 telah meningkat kepada 1,158,072 berbanding 1,017,361 pada tahun 2009. Jumlah kenderaan baru yang didaftarkan pada tahun 2011 juga didapati meningkat kepada 1,211,999 dan peningkatan ini berterusan pada tahun 2012 iaitu kepada 1,311,749. Ini menunjukkan peratusan peningkatan pendaftaran kenderaan sebanyak 6.5% dari tahun 2009 hingga 2010, 2.3% dari tahun 2010 hingga 2011 dan 4% dari tahun 2011 hingga 2012 (Rajah 2.1). Daripada jumlah itu, Kuala Lumpur dilaporkan mencatatkan bilangan pendaftaran kenderaan baru yang paling tinggi setiap tahun dari tahun 2009 hingga 2012 berbanding negeri-negeri lain (JPJ, 2012). Peningkatan jumlah kenderaan setiap tahun menyumbang kepada masalah kesesakan lalulintas, pencemaran alam sekitar dan juga risiko berlakunya kemalangan terutamanya dalam kawasan bandar (Borhan et al., 2014).

Kajian mengenai keselesaan pemanduan ke tempat kerja di kawasan bandar di Malaysia terhadap 700 pemandu oleh Shafii dan Musa (2010) mendapati bahawa sebanyak 208 responden mengalami masalah gangguan emosi disebabkan oleh masalah kesesakan lalulintas. 150 responden yang lain menyatakan mereka masih boleh bersabar manakala 359 responden mengalami rasa tidak selesa disebabkan kesesakan yang berlaku. Menurut kajian ini juga kesesakan turut mempengaruhi kualiti hidup penduduk yang tinggal di bandar.

Dalam kajian Shafii et al. (2011) dan Shafii dan Musa (2010) mengenai faktor dan kesan kesesakan terhadap pengguna jalan raya di tiga kawasan bandar dalam Malaysia iaitu di Putrajaya, Kajang dan Kuala Lumpur mendapati bahawa penggunaan pengangkutan di kawasan bandar terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu 45.8% menggunakan kereta, 26.4% menggunakan motosikal, 1.4% menggunakan monorel dan teksi, 4.9% menggunakan komuter, 3.5% menggunakan keretapi berkelajuan tinggi dan 16.7% menggunakan bas. Melalui kajian ini juga, penyelidik mendapati bahawa

(23)

peratusan penggunaan kenderaan sendiri sebagai penyumbang kepada kesesakan dan memberi kesan kepada pemandu kenderaan seperti keletihan dan sakit kepala.

Rajah 2.1 : Jumlah Pendaftaran Kenderaan Baru Di Malaysia (JPJ,2012)

2.3 Perkhidmatan Pengangkutan Bas Awam Malaysia

Pengangkutan bas adalah salah satu pengangkutan yang penting dalam pengangkutan awam di Malaysia. Pengangkutan bas di Malaysia sangat digemari kerana ia mempunyai liputan rangkaian yang lebih baik daripada yang lain-lain rangkaian pengangkutan awam. Perkhidmatan bas awam adalah amat penting di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama yang lain sebagai alternatif yang murah untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Walaubagaimanapun, pemilihan perkhidmatan bas awam sebagai mod pengangkutan utama adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kualiti perkhidmatan dan kepuasan pengguna (Lai, 2011).

Terdapat pelbagai jenis operasi pengangkutan bas yang digunakan di antaranya adalah bas henti-henti, bas ekpress, bas ulang-alik, bas pelancongan, bas sekolah,

0 200000 400000 600000 800000 1000000 1200000 1400000 2009 2010 2011 2012 Kuala Lumpur Jumlah Pendaftaran K en de ra an Y an g Di D af tar ka n (B ila ng an ) Tahun

(24)

perkhidmatan bas swasta dan dalaman. Rohani (2012) menerangkan definisi untuk setiap jenis bas seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 : Jenis Bas Di Malaysia (Rohani, 2012)

Jenis Bas Definisi

Bas Rapid Transit (BRT)

 sistem transit yang menghubungkan perjalanan penumpang

dengan lain-lain jenis transit awam seperti kereta api atau tren serta mempunyai laluan bas sendiri.

 Di Malaysia, BRT juga akan di wujudkan untuk menawarkan

perkhidmatan ekspress yang meliputi keseluruhan bandar Kuala Lumpur. Namun begitu, BRT di Malaysia masih lagi di dalam peringkat perancangan. (GTP).

Bas Ekspres

 Bas Ekspress merupakan pengangkutan awam yang

menghubungkan di antara satu bandar dengan bandar yang lain.

 Contoh bas ekspres dikendalikan oleh syarikat swasta yang ada di

Malaysia adalah K.K.K.L Sdn Bhd, Trans Lim Sdn Bhd, Cepat Ekspres Sdn Bhd dan Sutera Liner Sdn Bhd.

Bas Henti – Henti

 Digunakan untuk memenuhi permintaan perjalanan jarak pendek

dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi.

 Contoh bas henti - henti di Malaysia ialah bas Rapid yang

dikendalikan oleh Syarikat Prasarana Sdn Bhd.

Bas Ulang Alik  Disediakan untuk menjadi sebagai transit kepada pekerja.

 Contoh bas ulang alik adalah bas kilang.

Bas Swasta dan Dalaman

 Disediakan untuk kegunaan khas sebagai contohnya oleh

sesebuah syarikat.

Bas Pelancong  Digunakan untuk membawa pelancong dari luar atau dalam

negara melawat ke suatu kawasan

Bas Sekolah  Digunakan untuk menyediakan pengangkutan bagi mengambil

(25)

2.4 Usaha Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam Di Kawasan Bandar

Di Malaysia, pihak yang bertanggungjawab terhadap pengangkutan awam adalah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MoT). Dua sektor utama di bawah MoT bagi memantapkan perkhidmatan pengangkutan awam ialah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). NKRA memfokuskan kepada mempertingkatkan pengangkutan awam di bandar serta memantau kualiti manakala SPAD memfokuskan kepada keselamatan terhadap pengangkutan awam yang digunakan (MoT, 2012). Melalui penubuhan kedua-dua sektor ini, kerajaan Malaysia mampu memantau secara lebih dekat operasi perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan.

Di kawasan bandar, penggunaan pengangkutan awam di kalangan masyarakat amat digalakkan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan kesan jangka panjang yang berlarutan terhadap masalah berkaitan kesesakan. Pelbagai langkah diambil kerajaan bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam termasuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan bas. Antara usaha yang dilakukan adalah mewujudkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang bertujuan untuk mempertingkatkan pengangkutan awam bandar (NKRA,2011). Kementerian pengangkutan menetapkan 4 kategori utama NKRA yang merangkumi penambahbaikan terhadap perkhidmatan bas, penambahbaikan perkhidmatan rel, integrasi antara mod-mod pengangkutan awam dan rangkaian pengangkutan awam di bawah NKRA.

Ini termasuklah penggunaan pengangkutan awam bas. Jadual 2.2 menunjukkan jumlah pendaftaran bas baru di Malaysia dari tahun 2009 hingga 2012. Berdasarkan laporan ini, lebih 1,400 buah bas baru didaftarkan setiap tahun di Malaysia. Pendaftaran bas baru tertinggi adalah pada tahun 2011 iaitu sebanyak 2,405 buah bas disebabkan inisiatif kerajaan dibawah NKRA yang menambah bilangan bas sebanyak 470 buah bagi menggalakkan lagi pengangkutan awam. Selain itu, Kuala Lumpur merupakan negeri yang mengeluarkan bas baru yang paling tinggi dari tahun 2009 hingga 2012 berbanding negeri-negeri lain.

(26)

Jadual 2.2 : Jumlah Pendaftaran Baru Bas Di Malaysia (JPJ, 2012)

Pelbagai inisiatif diwujudkan dalam kawasan bandar di bawah 4 kategori utama seperti menyediakan laluan bas, meningkatkan kualiti hentian bas dan mewujudkan terminal-terminal pengangkutan awam. Antara pencapaian yang telah dicapai melalui NKRA adalah (NKRA, 2011a):

i. Menambah 470 buah bas baru pada tahun 2011 – 400 buah bas 44 tempat duduk dan 70 buah bas mini.

ii. Memperkenalkan 9 koridor Bus Expressway Transit (BET) baru

iii. Membaikpulih 1,102 buah hentian bas – 634 hentian bas pada tahun 2010 dan 468 hentian bas pada tahun 2011.

iv. Membina 272 buah perhentian bas baru

Kerajaan Malaysia juga telah merancang pelbagai penambahbaikan sistem pengangkutan awam yang akan dilaksanakan di antara tahun 2013-2015 di bawah NKRA bagi (NKRA, 2011b) :

i. Meningkatkan integrasi/pertukaran mod pengangkutan di antara perkhidmatan bas dan rel

ii. Membina aplikasi internet/telefon bimbit berkenaan maklumat pengangkutan awam dari segi lokasi, laluan, tambang dan jadual pergerakan.

iii. Membaikpulih hentian bas sediaada kepada hentian bas yang lebih selesa serta meluaskan perkhidmatan bas.

iv. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lancar bagi semua operator.

v. Meningkatkan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam di dalam pusat Bandar.

Tahun 2009 2010 2011 2012

Kuala Lumpur 649 667 1,201 479

Jumlah Pendaftaran

(27)

Bagi menyokong penambahbaikan pengangkutan awam di Malaysia, setiap tahun kerajaan mengeluarkan dana kepada sektor pengangkutan awam. Dana ini digunakan bagi membina hentian akhir bandar dan menaiktaraf perhentian bas serta tempat parkir kenderaan. Pada tahun 2012 kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM400 juta kepada SPAD untuk membantu membiayai pengusaha bas berhenti-henti bagi melancarkan sistem pengangkutan bandar di Malaysia. Struktur institusi bertanggungjawab telah dibahagikan di antara beberapa jabatan seperti yang dinyatakan pada Jadual 2.3.

Jadual 2.3 : Jabatan Yang Bertanggungjawab Untuk Struktur Pengangkutan Bandar (Pelan Struktur KL 2020)

Peringkat Kerajaan

Persekutuan/Kerajaan Tempatan Jabatan Berkaitan Pengangkutan

Jabatan Perdana Menteri

 Unit Perancang Ekonomi

 Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang

Kementerian Dalam Negeri  Polis DiRaja Malaysia Kementerian Kerja Raya

 Jabatan Kerja Raya

 Unit Perancang Lebuh Raya

 Lembaga Lebuh Raya Malaysia Kementerian Pengangkutan

 Jabatan Pengangkutan Jalan

 Jabatan Kereta Api

 Perbadanan Aset Kereta Api Kementerian Pembangunan

Perusahaan  Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

 Jabatan Pengangkutan Bandar

 Jabatan Kerja Awam

 Direktorat Penguatkuasaan

Berdasarkan laporan ekonomi Malaysia pada tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), keberhasilan usaha kerajaan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di lihat agak memberangsangkan

(28)

apabila peratusan bilangan penumpang yang menggunakan pengangkutan awam bertambah sebanyak 21% pada tahun 2013 berbanding 17% pada tahun 2010. Berdasarkan laporan itu juga, di lihat jumlah keseluruhan pengguna yang menggunakan pengangkutan awam adalah sebanyak 437,525 orang pada tahun 2013 (MoF, 2013). Walaubagaimanapun, sasaran pihak kerajaan adalah untuk memastikan sebanyak 30% masyarakat di kawasan bandar akan menggunakan pengangkutan awam menjelang tahun 2015 (MoF, 2010).

Di Negara seperti Jepun, program menggalakkan penggunaan pengangkutan awam telah dilaksanakan. Melalui program ini, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya menyampaikan maklumat lengkap tentang jadual dan laluan perkhidmatan pengangkutan awam bagi membantu rakyat Jepun merancang perjalanan mereka. Satoshi (2006) melaporkan melalui program ini, kerajaan Jepun berjaya mengurangkan jumlah kenderaan persendirian di atas jalan raya sebanyak 18% selain dapat mempertingkatkan penggunaan pengangkutan awam sebanyak 50%.

2.5 Bas Sebagai Pengangkutan Utama Di Kawasan Bandar

Walaupun telah banyak usaha dijalankan bagi menaiktaraf pengangkutan awam untuk menarik orang ramai menukar mod pengangkutan dari kenderaan persendirian ke pengangkutan awam seperti bas, namun ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Berdasarkan kajian perbandingan antara beberapa negara terhadap kepuasan perjalanan pengangkutan awam yang telah dilakukan dari tahun 2010 hingga tahun 2011 oleh Sullivan dan Frost (2011), Kuala Lumpur menduduki tempat ke 14 daripada 23 bandar-bandar utama. Kedudukan ini ditentukan berdasarkan kelajuan, kos perjalanan serta kepuasan pengguna menggunakan pengangkutan awam.

Kajian oleh Eboli dan Mazzulla (2007) menyatakan bahawa untuk meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, perkhidmatan yang disediakan mestilah memenuhi ciri-ciri tahap perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Selain itu, penulis juga menyatakan bahawa pemilihan pengangkutan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti gaya hidup pengguna dan jenis perjalanan tahap perkhidmatan yang disediakan. Kajian oleh Nasrudin et al, (2014) menyatakan bahawa perkhidmatan bas yang tidak cekap

(29)

boleh mempengaruhi pengguna untuk tidak menggunakan pengangkutan awam. Pengkaji juga menyatakan cara untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam adalah dengan menaikkan harga petrol, harga tol dan juga harga parkir bagi kenderaan persendirian. Kenaikan harga petrol dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan meningkatkan jumlah penggunaan pengangkutan awam (Borhan et al, 2014).

Pilihan di antara pengangkutan awam dan kenderaan persendirian adalah sangat berkaitan dengan faktor-faktor seperti kos perjalanan. Kualiti perkhidmatan bas diukur dari segi keselesaan, kekerapan perjalanan, maklumat , akses , kemampuan untuk membayar harga tiket dan lain-lain (Litman, 2014a). Kos perjalanan tambang bas yang murah akan menarik kepada pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam (Kingham et al, 2001). Prestasi perkhidmatan pengangkutan bas awam adalah bergantung kepada kualiti perkhidmatan yang di sediakan. Dengan meningkatkan prestasi operasi perkhidmatan bas dari aspek keselamatan, keselesaan dan kebersihan mampu untuk menggalakkan masyarakat beralih dari menggunakan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam (Rohani, 2012).

Kenaikan harga bahan bakar juga turut menjadi faktor menyumbang kepada pertukaran mod pengangkutan persendirian kepada pengangkutan awam terutamanya di kawasan bandar. Menurut Litman (2014b), perkara ini turut dipengaruhi oleh faktor berlakunya kesesakan yang teruk, kos tempat letak kenderaan yang mahal serta perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik berbanding di kawasan luar bandar. Penyelidikan lain pula berpendapat bagi kawasan luar bandar yang mempunyai kapasiti penduduk yang rendah akan cenderung untuk menggunakan pengangkutan sendiri sekiranya berlaku kenaikan harga tambang bas (Paulley et al., 2006).

Kajian yang dijalankan oleh Syed dan Khan (2000) di Ottawa-Carleton Kanada telah mengkelaskan faktor yang boleh menarik masyarakat beralih kepada penggunaan pengangkutan awam. Menurut pengkaji, jadual perjalanan bas mampu mempengaruhi penumpang menggunakan pengangkutan awam sebanyak 22.1%, perkhidmatan sepanjang perjalanan bas sebanyak 10.9%, khidmat pelanggan yang disediakan sebanyak 5.6%, tahap kebersihan sebanyak 4.3%, galakan penggunaan pengangkutan awam kepada pengguna sebanyak 3.5%, keselamatan di perhentian bas sebanyak 3.2%,

(30)

keselamatan penumpang sebanyak 3.1% dan mengurangkan harga tambang sebanyak 2.6%. Sementara itu, kajian di Malaysia yang dilakukan oleh Suwardo (2010) mendapati bahawa tempoh masa perjalanan sesebuah bas itu mampu mempengaruhi pengguna pengangkutan awam. Sekiranya tempoh perjalanan boleh dikurangkan, maka permintaan terhadap pengangkutan awam akan meningkat.

Kajian di negara Amerika menunjukkan bahawa kenaikan harga bahan bakar sebanyak 10% telah meningkatkan jumlah penumpang sebanyak 2.2% (Mattson, 2008). Ini berlaku disebabkan kos bahan bakar yang perlu di tanggung oleh masyarakat meningkat. Menurut penulis lagi, kesan kenaikan harga bahan bakar di rasai sepenuhnya oleh masyarakat selepas 3 bulan kenaikan harga bahan bakar berlaku. Di Malaysia, kenaikan harga bahan bakar sebanyak 10% akan meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam sebanyak 0.603% (Nazri et al., 2013).

2.6 Kualiti Perkhidmatan Bas

Menurut Rohani (2012), perkhidmatan bas dengan kualiti yang baik serta tambang yang murah adalah salah satu aspek yang penting untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Walaubagaimanapun, kos operasi yang di tanggung oleh pengusaha bas sering menjadi halangan utama untuk mengekalkan kualiti. Pengkaji juga menerangkan hubungan di antara tambang bas dengan kos operasi bas. Jika pengusaha bas perlu menampung perbelanjaan yang tinggi untuk operasi bas, pengguna pula inginkan harga tambang yang rendah untuk pengangkutan awam. Oleh itu, sokongan kewangan yang rendah boleh menyebabkan tambang bas yang tinggi di kenakan oleh pengusaha bas.

Walaupun kesesakan lalulintas dapat dikurangkan apabila masyarakat beralih kepada penggunaan pengangkutan awam akibat daripada kenaikan harga bahan bakar, namun begitu kenaikan harga bahan bakar akan meningkatkan harga tambang serta mengurangkan kualiti perkhidmatan secara berperingkat (Litman, 2014b).

(31)

2.7 Kaedah Untuk Menganggarkan Penggunaan Bahan Bakar

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunapakai dalam menganggarkan penggunaan bahan bakar iaitu melalui kaedah pengujian di makmal, kaedah pengujian secara langsung dan juga kaedah pengujian menggunakan model ramalan. Pengujian di makmal akan mengambil kira keadaan persekitaran pemandu yang sangat terhad dan hanya dilakukan di dalam makmal sahaja. Pengujian secara langsung pula mempertimbangkan keseluruhan persekitaran sebenar ketika memandu seperti keadaan jalan dan tingkah laku pemandu. Manakala, kaedah pengujian dengan menggunakan model ramalan pula adalah dengan membangunkan model ramalan. Kajian ini menggunakan kaedah pengujian model ramalan.

2.7.1 Perisian SIDRATRIP

SIDRATRIP merupakan satu perisian yang dibangunkan oleh Akcelik pada tahun 2003 dan diperbaharui pada tahun 2011 dari segi penggunaan parameter untuk menyesuaikan dengan jenis kenderaan masa kini (Akcelik, 2011). Perisian ini merupakan model ramalan yang digunapakai untuk meramal penggunaan bahan bakar terhadap keadaan sebenar berdasarkan data yang di kumpul dari kenderaan. Perisian ini akan meramal penggunaan bahan bakar berdasarkan kelajuan, jarak perjalanan dan juga coordinat yang direkodkan daripada pengunaan alat seperti Global Positioning System (GPS). Selain data anggaran penggunaan bahan bakar, data tahap kebisingan dan juga tahap pencemaran juga boleh diperolehi. Beberapa data spesifikasi kenderaan telah ditetapkan seperti berat kenderaan, panjang kenderaan dan kuasa enjin maksimum untuk tiga jenis kelas kenderaan berbeza iaitu kenderaan penumpang, kenderaan ringan dan juga kenderaan berat. Namun begitu, spesifikasi ini boleh diubah mengikut kesesuaian dan jenis kenderaan yang dikaji.

Perisian SIDRATRIP menggunakan rumus seperti yang tertera di bawah untuk mendapatkan data penggunaan bahan bakar.

(32)

Ft = {α + β1RTV + [β2Mv

a

2v/1000]a>0} for RT > 0 … (1)

Ft = α for RT ≤ 0 … (2)

Di mana,

ft = kadar penggunaan bahan bakar sesaat (ml / s)

RT = jumlah daya (kN) yang diperlukan untuk memandu kenderaan tersebut Mv = berat kenderaan (kg) termasuk penumpang dan setiap beban lain a = kadar pecutan sesaat (m / s 2), negatif untuk nyahpecutan

α = kadar penggunaan bahan api tetap/statik ((ml / s)

β1 = parameter kecekapan, yang berkaitan bahan bakar yang digunakan untuk tenaga yang disediakan oleh enjin

β2 = parameter kecekapan, yang berkaitan dengan bahan bakar semasa pecutan positif dengan produk tenaga inersia dan pecutan

Panwai et al. (2010) telah menggunakan SIDRATRIP untuk menganalisis data kajiannya bagi mendapatkan tahap pencemaran dan juga penggunaan bahan bakar. GPS digunapakai dalam kajian beliau untuk proses pengumpulan data. Kajiannya mendapati bahawa pengesahan data perlu dilakukan bagi memastikan data yang dianalisis menggunakan perisian SIDRATRIP boleh digunapakai.

Kajian telah dijalankan di South Africa oleh Pretorius et al. (2012) untuk mendapatkan kadar penggunaan bahan bakar dan tahap pencemaran oleh kenderaan yang diuji iaitu bas. Pengkaji telah menggunakan perisian SIDRATRIP sebagai cara untuk menganalisis data bagi mendapatkan perbandingan kadar penggunaan bahan bakar dan tahap pencemaran pada waktu puncak dan luar puncak.

2.7.2 Sistem Kedudukan Global (GPS) Sebagai Alat Pengukuran Profil Pemanduan

Terdapat beberapa jenis alat yang boleh digunapakai untuk mendapatkan profil kelajuan kenderaan pada keadaan sebenar, antaranya ialah Global Positioning System (GPS). GPS dikenali sebagai sistem yang memberikan lokasi (latitud dan longitud) samaada di

(33)

darat, laut,dan udara berdasarkan signal yang diperolehi dari isyarat satelit di ruang angkasa. Selain itu, GPS juga mampu menentukan lokasi dan halaju kenderaan dengan tepat (Hofmann-Wellenhof et al., 1993).

Sejajar dengan peningkatan teknologi yang semakin canggih, penambahbaikan alat GPS telah dilakukan pada tahun 2003 dengan menambah Sistem Penambahan Luas Kawasan (WAAS). Ketepatan terhadap bacaan lokasi meningkat dimana kesalahan untuk bacaan latitud kurang dari 2 meter manakala kesalahan untuk bacaan longitud kurang dari 3 meter. Namun, WAAS hanya boleh digunapakai di kawasan Amerika Syarikat (Grewal et al., 2007).

Witte dan Wilson (2004) dalam kajiannya mendapati bahawa alat GPS yang dipasang pada kenderaan untuk merekodkan kelajuan kenderaan mampu untuk memberi kelajuan secara tepat. Seterusnya dalam kajian Bullock et al. (2005) pula mendapati bahawa GPS sesuai digunakan untuk mengumpul data pada keadaan sebenar. Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa penggunaan GPS sebagai alat untuk mengumpul data bas kajian adalah sangat efektif dari segi kos dan masa kerana kos GPS yang murah serta mudah alih membolehkan pengguna mengawal jumlah data yang diperlukan. Selain dari kelajuan, GPS juga mampu menunjukkan lokasi untuk setiap tindakan berdasarkan koordinat (latitud and longitud). Rohani (2012) turut menggunakan alat GPS dalam kajiannya untuk mengenalpasti lokasi bas kajian dan mengasingkan data berdasarkan koordinat. Berdasarkan kajian-kajian lepas ini, jelas menunjukkan bahawa penggunaan alat GPS adalah sesuai dan efektif untuk merekod profil kelajuan pada keadaan sebenar.

2.8 Faktor Mempengaruhi Penggunaan Bahan Bakar Bas Di Kawasan Bandar Di dalam kawasan bandar, terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan bahan bakar. Keadaan lalulintas, sikap pemandu, kelajuan, pecutan dan nyahpecutan, serta keadaan jalan raya itu sendiri mampu mempengaruhi penggunaan bahan bakar (Scania, 2015). Selain itu, keadaan jalan raya, model bas, penyenggaraan enjin, kelajuan kenderaan, jumlah beban yang dibawa dan kekerapan berhenti boleh mempengaruhi kecekapan penggunaan bahan bakar. Menurut Nicolai dan Weiss (2008),

(34)

penyenggaraan bas, gaji pemandu, penggantian bateri, sistem tiket dan penggunaan bahan bakar merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kos yang perlu di tanggung oleh pengusaha bas. Selain itu, infrastruktur, peralatan dan membeli bas baru juga merupakan contoh kos modal yang juga perlu di sediakan oleh pihak pengusaha bas (Clark et al., 2007).

Faktor seperti bilangan penumpang yang dijangka akan menggunakan pengangkutan awam dan purata jarak perjalanan harian akan memberi gambaran terhadap bilangan pengangkutan awam beserta jarak perjalanan yang perlu disediakan. Selain itu, harga bahan bakar semasa, gaji pekerja dan keperluan penyenggaraan akan memberi anggaran kos operasi yang perlu ditanggung dan secara tidak langsung tambang bas dan subsidi boleh ditentukan (Nicolai dan Weiss, 2008). Semua faktor ini boleh mempengaruh kos operasi yang perlu ditanggung oleh pihak pengusaha pengangkutan awam bergantung kepada cara penyelidikan dan persediaan yang dilakukan.

2.8.1 Faktor Kenderaan dan Persekitaran

Faktor dari kenderaan dan persekitaran itu sendiri mampu mempengaruhi kecekapan penggunaan bahan bakar. Antaranya ialah beban kenderaan serta penggunaan hawa dingin.

i. Beban

Faktor beban yang lebih pada kenderaan dilihat mampu mempengaruhi kadar penggunaan bahan api. Dengan membawa barangan yang tidak diperlukan di dalam kenderaan, ia membawa kepada penggunaan bahan api yang lebih. Selain itu, kapasiti penumpang yang ramai juga mampu menyebabkan beban pada enjin dan sekaligus meningkatkan penggunaan bahan api (Driverside, 2014). Reynolds (2007) di dalam kajiannya mendapati penambahan berat kenderaan akan memberi kesan terhadap penggunaan bahan bakar. Dalam kajiannya mendapati bahawa setiap 100kg penambahan berat akan meningkatkan penggunaan bahan bakar iaitu sebanyak 0.72Liter/100km terhadap kenderaan ringan.

(35)

ii. Penghawa Dingin

Sistem penghawa dingin di dalam kenderaan memerlukan tenaga untuk memampatkan ejen penyejukan. Semakin tinggi tahap penyejukan yang diperlukan, maka penggunaan bahan api juga dilihat semakin tinggi. Menurut Weilenmann et al. (2010) dan Haworth et al. (2001), penjimatan terhadap penggunaan bahan bakar berlaku apabila pemandu mengurangkan penggunaan penghawa dingin. Namun, apabila suhu diluar kenderaan adalah lebih tinggi, adalah digalakkan untuk menghidupkan penghawa dingin kerana keadaan yang panas boleh menjejaskan tumpuan dan keselamatan pemandu.

iii. Persekitaran

Pemanduan bas itu juga telah dikelaskan sebagai pekerjaan yang mempunyai tekanan yang tinggi disebabkan keadaan persekitaran pekerjaan yang berhadapan dengan kesesakan lalulintas dan tekanan masa (Dorn et al., 2010). Penumpang juga memberi kesan yang besar terhadap cara pemanduan bas (Maheshwari dan D’Souza, 2012). Faktor-faktor ini akan memberi kesan terhadap cara pemanduan dan secara tidak langsung akan mempengaruhi cara kawalan pemanduan serta penggunaan bahan bakar.

2.8.2 Faktor Lalulintas

Kesesakan lalu lintas mempunyai tiga kesan prinsip pada pengguna jalan raya yang meningkatkan masa perjalanan, meningkatkan kos operasi kenderaan dan meningkatkan jumlah pelepasan gas. Selain itu, ia juga meningkatkan penggunaan bahan api. Treiber (2007) di dalam kajiannya mendapati kesesakan lalu lintas biasanya membawa kepada peningkatan penggunaan bahan api sebanyak 80% disamping meningkatkan masa perjalanan.

Kesesakan lalu lintas di dalam kawasan bandar bukan sahaja meningkatkan masa perjalanan tetapi juga secara tidak langsung memberi kesan kepada kos operasi bas (Mcknight, 2003). Faktor-faktor seperti aliran trafik dan bilangan persimpangan adalah halangan utama kepada pemandu bas itu untuk mengekalkan kelajuan yang stabil.

(36)

Keadaan ini menyebabkan fasa pecutan dan nyahpecutan lebih kerap berlaku dan secara tidak langsung memberi kesan kepada jumlah bahan bakar yang digunakan.

Di samping itu, kesesakan aliran lalulintas juga boleh memberi kesan kepada keselesaan dan keselamatan penumpang (Rohani, 2012). Pengurusan trafik di kawasan bandar bagi mengurangkan kesesakan merupakan pendekatan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah keselamatan pemanduan dan penggunaan bahan bakar (Newman, 1989). Di sesetengah negara seperti United Kingdom dan Malaysia lorong bas disediakan bagi membantu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bas. Teknologi Sistem Pengangkutan Pintar ( ITS) untuk menguruskan pergerakan bas juga telah terbukti mampu untuk meningkatkan pergerakan bas agar lebih selamat dan ekonomi (Hounsel et al., 2008).

2.8.3 Faktor Kelajuan dan Pecutan

Kelajuan merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi jumlah penggunaan bahan bakar bagi kenderaan. Mileage (2012) telah menjalankan kajian yang membandingkan penggunaan bahan bakar terhadap dua jenis bas yang sama dimana bas yang pertama dipandu dengan kelajuan tetap 90km/j manakala bas yang kedua dipandu dengan kelajuan tetap 120km/j. Hasil kajian mendapati bahawa bas yang dipandu dengan kelajuan tetap 120km/j menggunakan bahan bakar 23% lebih tinggi berbanding dengan bas yang dipandu dengan kelajuan tetap 90km/j. Penjimatan boleh dilakukan sekiranya kadar kelajuan diturunkan dan ini dibuktikan apabila negara Sepanyol telah menjimatkan sekitar 3.2 billion setahun apabila mengubah polisi had laju dari 120km/j kepada 110km/j di negara tersebut.

Pecutan juga memberi kesan kepada jumlah penggunaan bahan bakar. Kajian yang dijalankan di Southampton oleh Rohani (2012) mengenai isu tingkah laku pemandu bas dan penggunaan bahan bakar mencadangkan bahawa penggunaan bahan bakar adalah sensitif terhadap perubahan pecutan. Menurut penyelidik, penggunaan bahan bakar meningkat sebanyak 67% bagi peningkatan pecutan apabila bergerak dari keadaan pegun. Lebih daripada 50ml bahan bakar boleh dijimatkan dalam tempoh 10 saat sekiranya pemandu mengurangkan kadar pecutan dari keadaan pegun. Selain itu,

(37)

memandu dengan pecutan yang tinggi dan agresif akan meningkatkan penggunaan bahan bakar dengan mendadak berbanding memandu secara ekonomik dan normal. Rajah 2.2 menunjukkan hubungan penggunaan bahan bakar terhadap pecutan.

Rajah 2.2 : Hubungan Penggunaan Bahan Bakar Dengan Pecutan Bagi Bas Kajian (Sumber : Rohani, 2012)

2.8.4 Faktor Cara Pemanduan Bas

Menurut kajian oleh Holmen dan Niemeier (1998), cara pemanduan boleh memberi kesan ke atas penggunaan bahan bakar dan pelepasan gas dari kenderaan. Menurut Mierlo et al., (2004), perubahan gaya pemanduan daripada pemanduan agresif kepada pro-agresif dapat mengurangkan 5% - 25% penggunaan bahan bakar manakala menurut Vlieger et al., (2000) pula memandu secara agresif dapat meningkatkan penggunaan

Pe ng gu na an B ah an B ak ar (L /j) Pecutan (m/s2

(38)

bahan bakar sehingga 40% tetapi ianya juga bergantung kepada keadaan jalan dan juga teknologi kenderaan.

Kajian yang dijalankan di Belgium oleh Beusen et al. (2009) mengenai isu pemanduan kenderaan melaporkan bahawa, penggunaan purata bahan bakar sebelum dan selepas mengikuti kursus pemanduan memandu yang boleh mengurangkan penggunaan bahan bakar telah dikurangkan sebanyak 5.8%. Menurut penyelidik, perbezaan dalam penggunaan bahan bakar juga ditentukan berdasarkan perubahan dalam parameter tingkah laku pemandu berdasarkan tips pemanduan ekonomi seperti menukar gear setelah menghampiri 2000 rpm dan pemanduan yang menggunakan kelajuan yang stabil serta penukaran gear yang optimal untuk perjalanan yang jauh.

Zarkadoula et al., (2007) telah menjalankan kajian di Greece berkenaan cara pemanduan bas yang ekonomik. Terdapat tiga fasa utama di dalan kajian tersebut iaitu fasa pertama, pemandu di minta untuk memandu seperti biasa. Fasa kedua, pemandu yang sama akan diberi kursus latihan pemanduan yang ekonomik manakala pada fasa ketiga, pemandu di minta untuk mengaplikasikan cara pemanduan yang ekonomik pada laluan yang sama. Hasil kajian mendapati, purata pengurangan menggunaan bahan bakar yang boleh dijimatkan adalah sebanyak 4.35% untuk setiap kilometer apabila pemandu memandu secara ekonomik.

Kawalan pedal minyak terbahagi kepada 4 jenis kawalan iaitu pecutan, nyahpecutan, larian dan juga pegun (Rohani, 2012). Menurut Hillier dan Coombes, (2004), kawalan pedal minyak akan mempengaruhi jumlah diesel yang masuk ke dalam enjin kenderaan. Apabila pedal minyak ditekan, maka bukaan untuk diesel masuk ke dalam enjin akan semakin luas dan berlaku penambahan kelajuan terhadap kenderaan tersebut. Penjelasan secara terperinci bagaimana aliran daripada pedal minyak yang mempengaruhi kelajuan tidak dibincangkan di dalam thesis ini kerana ianya melebihi skop kajian yang dijalankan.

Pecutan berlaku dari suatu keadaan yang mana berlakunya pertambahan kelajuan dan pertambahan nilai pecutan positif dalam unit m/s2 apabila pemandu menekan pedal

minyak. Nyahpecutan pula ialah pengurangan nilai pecutan negatif dalam unit m/s2

apabila pemandu melepaskan pedal minyak atau menekan brek untuk memperlahankan kenderaan. Seterusnya, larian berlaku apabila pemandu mengekalkan kelajuan sedia ada

(39)

dan tiada pertambahan atau pengurangan terhadap kawalan pedal minyak serta tiada sebarang pecutan dan nyahpecutan yang berlaku. Manakala, keadaan pegun berlaku apabila kenderaan berhenti dan tiada nilai untuk kelajuan dan pecutan. Akçelik dan Besley (2002) menerangkan tentang 4 fasa pemanduan yang mempengaruhi kelajuan kenderaan (Rajah 2.3).

Rajah 2.3 : Definisi Pecutan, Nyahpecutan, Larian dan Pegun (sumber : Akcelik & Besley, 2002)

2.9 Rumusan Bab

Bab ini membincangkan mengenai kajian-kajian lepas yang telah dilakukan berkaitan dengan pengangkutan awam bas, faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan bahan bakar serta kaedah yang boleh digunakan untuk menganggarkan penggunaan bahan bakar. Rumusan bab adalah seperti berikut :

i. Faktor seperti tambang bas yang murah, kualiti perkhidmatan yang memuaskan dari segi kekerapan jadual perjalanan bas, keselesaan dalaman bas dan jenis laluan yang disediakan mampu mempengaruhi orang awam untuk beralih dari menggunakan kenderaan persendirian kepada perkhidmatan pengangkutan awam

(40)

RUJUKAN

Akcelik, R. (2011). Akcelik & Associates Pty Ltd - SIDRA TRIP User Guide. Akçelik, R., & Besley, M. (2002). Acceleration and deceleration models. 23rd

Conference of Australian Institutes of Transport Research (CAITR 2001), Monash University, Melbourne, Australia.

Ang, W., B., & Fwa, T. F. (1989). Study on thr fuel consumption characteristics of public buses . Energy 14, 797 – 803.

Beusen, B., Broekx, S., Denys, T., Beckx, C., Degraeuwe, B., Gijsbers, M., Panis, L. I. (2009). Using on-board logging devices to study the long-term impact of an eco-driving course. Transportation Research - Part D, 14, 514–520.

Borhan, M. N., Syamsunur, D., Akhir, N. M., Razuhanafi, M., Yazid, M., Ismail, A., & Rahmat, R. A. (2014). Predicting the Use of Public Transportation : A Case Study from Putrajaya , Malaysia. Scientific World Journal, 2014, 784145.

Bullock, P., Jiang, Q., & Stopher, P. R. (2005). Using GPS Technology to Measure On-Time Running of Scheduled Bus Services. Journal of Public Transportation, 8(1), 21–40.

Chua, Y. P. (2009). (Buku 5) Statistik Penyelidikan Lanjutan-Ujian Regrasi, Analisis Faktor dan Analisis SEM. Shah Alam. Mc. Grow Hill Education.

Clark, N. N., Zhen, F., Wayne, W. S., & Lyons, D. W. (2007). Transit Bus Life Cycle Cost and Year 2007 Emissions Estimation. (FTA WV-26-7004.2007.1).

Morgantown : U.S. Department Of Transportation Federal Transit Administration. Decicco, J., & Ross, M. (1996). Recent advances in automotive technology and the

cost-effectiveness of fuel economy improvement. Transportation Research Part D: Transport and Environment, 1(2), 79–96.

(41)

Dorn, L., Stephen, L., af Wåhlberg, A., & Gandolfi, J. (2010). Development and validation of a self-report measure of bus driver behaviour. Ergonomics, 53(12), 1420–1433.

Driverside. (2014). Car Repair Estimates - What should you pay. Diakses pada 27 Mei 2014 dari. Retrieved from http://www.driverside.com/car-service/.

Eboli, L., & Mazzulla, G. (2007). Service Quality Attributes Affecting Customer Satisfaction for Bus Transit. Journal of Public Transportation, 10(3), 21–34. Ericsson, E. (2000). Variability in urban driving patterns. Transportation Research Part

D: Transport and Environment, 5(5), 337–354.

Field, A. (2013). Discovering Statistics Using IBM SPSS Statistics. SAGE Publication Ltd.

Frey, H. C., Rouphail, N. M., Zhai, H., Farias, T. L., & Gonçalves, G. a. (2007). Comparing real-world fuel consumption for diesel- and hydrogen-fueled transit buses and implication for emissions. Transportation Research Part D: Transport and Environment, 12(4), 281–291.

Grewal, M. S., Weill, L. R., & Andrews, A. P. (2007). Global Positioning Systems, Inertial Navigation, and Integration (2nd ed.). Wiley.

Haworth, N, U., B, V., & Corben. (2001). Evaluation of a 50 km/h Default Urban Speed Limit for Australia. Melbourne, Monash University Accident Research Centre.

Hillier, V. A. W., & Coombes, P. (2004). Fundamentals of Motor Vehicle Technology

(Fifth Edit). Nelson Thornes Ltd.

Hofmann-Wellenhof, B., Lichtenegger, H., & James, C. (1993). Global Positioning System Theory and Practice (Fourth Edi). Springer-Verlag.

Holmen, & Niemeier. (1998). Characterizing the Effects of Driver Variability on Real-World Vehicle Emissions. Transportation Research - Part D, 3(2), 117–128. Hounsell, N. B., Shrestha, B. P., Head, J. R., Palmer, S., & Bowen, T. (2008). The Way

Ahead for London ’ s Bus Priority at Traffic Signals. IET Intelligent Transport Systems, 2, 193–200.

JPJ. (2012). Laporan Tahunan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Kingham, S., Dickinson, J., & Copsey, S. (2001). Travelling to work : will people move out of their cars, 8, 151–160.

(42)

Lai, W. T. (2011). Behavioral intentions of public transit passengers—The roles of service quality, perceived value, satisfaction and involvement, 18(2), 318–325. Lan, L. W., & Kuo, A. Y. (2004). Modeling bus drivers’ aberrant behaviors and the

influences on fuel and maintenance costs. Journal of Advanced Transportation,

38(1), 93–113.

Lan, L. W., Wang, M.-T., & Kuo, A. Y. (2006). Development and Deployment of Public Transport Policy and Planning in Taiwan. Transportation, 33(2), 153–170.

Larsson, H., & Ericsson, E. (2009). The effects of an acceleration advisory tool in vehicles for reduced fuel consumption and emissions. Transportation Research Part D: Transport and Environment, 14(2), 141–146.

Litman, T. (2014a). Evaluating Public Transit Benefits and Costs : Best Practices Guidebook (p. 137). Victoria Transport Policy Institute.

Litman, T. (2014b). Transit Price Elasticities and Cross-Elasticities. Journal of Public Transportation, 7(2), 37–58.

Maheshwari, & D’Souza. (2012). Improving Performance of Public Transit Buses By Minimizing Driver Distraction. School of Business, Hampton University, USA. Mann, E., & Abraham, C. (2006). The role of affect in UK commuters’ travel mode

choices: An interpretative phenomenological analysis. British Journal of Psychology, 97(2), 155–176.

Mattson, J. (2008). Effects of Rising Gas Prices on Bus Ridership for Small Urban and Rural Transit Systems, (Working Paper).

Mcknight, C. E. (2003). Impact of Congestion on Bus Operations and Costs. FHWA Report, October 2003.

Mierlo, J. Van, Maggetto, G., Burgwal, E. Van De, & Gense, R. (2004). Driving Style and Traffic Measures — Influence On Vehicle Emissions and Fuel Consumption.

Proc. of the I MECH E Part D Journal of Automobile Engineering, 218(1), 43–50. Mileage, G. (2012, January). How Does Your Driving Speed Affects Your Fuel

Consumption. Diakses pada 20 April 2014 dari. Retrieved from http://www.gas- mileage-calculator.com/articles/how-does-your-driving-speed-affects-your-fuel-consumption.html

MoF. (2010). Laporan Ekonomi Malaysia. Diakses pada 2 September 2014 dari. Menteri Kewangan Malaysia. Retrieved from

http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=17 12:lap&lang=ms

(43)

MoF. (2013). Laporan Ekonomi Malaysia. Diakses pada 2 September 2014 dari. Menteri Kewangan Malaysia. Retrieved from

http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=27 35:laporan-ekonomi-2013-2014&Itemid=2478&lang=ms

MoT. (2012). Kementerian Pengangkutan Malaysia. Diakses pada 2 Mei 2014 dari.

Menteri Pengangkutan Malaysia. Retrieved from http://www.mot.gov.my/my/darat/NKRA

Nasrudin, N., Nor, A. R. M., Noor, H. M., & Abdullah, Y. A. (2013). Urban Residents’ Awareness and Readiness for Sustainable Transportation Case Study: Shah Alam, Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 105(006), 632–643.

Nasrudin, N., Rostam, K., & Rose, R. A. C. (2014). Transportation policies and the readiness of local public for sustainable transportation - A perception study of Shah Alam , Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 2(2), 133–142.

Nazri, M., Aishah, N., Rahman, A., Atiq, R., & Rahmat, A. O. K. (2013). Kesan

Kenaikan Harga Bahan Bakar Terhadap Penggunaan Pengangkutan Awam. Jurnal Teknologi, 65(2), 129–133.

Nazzua, R. (2013). Kos Operasi Bas Di UTHM. Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Newman, P. W. . (1989). Gasoline Consumption and Cities : A Comparison of US Cities With A Global Survey. Journal of American Planning Association, 55(1), 24–37. Nicolai, J. C., & Weiss, D. M. (2008). Influences Of Operational Issues On The

Operational Cost Of BRT Buses And BRT Systems. The 27th Southern African Transport Conference (SATC 2008), 2008 South Africa, 558–568.

NKRA. (2011a). GTP 2.0: Meningkatkan Perubahan. Diakses pada 8 April 2014 dari. Retrieved from

http://www.pemandu.gov.my/gtp/Improving_Urban_Public_Transport-@-GTP_2@0_Improving_Urban_Public_Transport.aspx?lang=ms-my

NKRA. (2011b). Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar GTP 1.0. Diakses pada 8 April 2014 dari. Retrieved from

http://www.pemandu.gov.my/gtp/Improving_Urban_Public_Transport-@-GTP_1@0_Improving_Urban_Public_Transport.aspx?lang=ms-my

Panwai, S., Haripai, C., & Tapkwa, C. (2010). Development of SIDRA-TRIP Integrated GPS Model to Evaluate Fuel Consumption/Emission on Expressway and

(44)

Paulley, N., Balcombe, R., Mackett, R., Titheridge, H., Preston, J., Wardman, M., … White, P. (2006). The demand for public transport: The effects of fares, quality of service, income and car ownership. Transport Policy, 13(4), 295–306.

Pina, V., & Torres, L. (2001). Analysis Of The Efficiency Of Local Government Services Delivery . An Application To Urban Public Transport. Transportation Reserach, 35(10), 929–944.

Pretorius, T., & Vanderschuren, M. (2012). Voluntary Transport Demand Management : Route Choice Study In Port Elizabeth. 31st Southern African Transport Conference (SATC 2012).

Reynolds, C., & Kandlikar, M. (2007). How hybrid-electric vehicles are different from conventional vehicles: the effect of weight and power on fuel consumption.

Environmental Research Letters, 2(1), 014003.

Rohani, M. (2012). Bus Driving Behaviour and Fuel Consumption. School of Civil Engineering And The Environment, University of Southampton. Thesis For Doctor of Philosophy.

Satoshi, F. (2006). Determinants of the effectiveness of travel feedback programs—a review of communicative mobility management measures for changing travel behaviour in Japan. Transport Policy, 13(5), 339–348.

Scania. (2015). The Ultimate Driver’s Test. Diakses pada 7 Julai 2015 dari. Retrieved from http://newsroom.scania.com/en-group/2015/06/11/the-ultimate-drivers-test/ Shafii, H., Meryam, S., & Musa, S. (2011). Pengangkutan Di Bandar : Isu dan

Penyelesaian. Journal of Techno-Social, 31–46.

Shafii, H., & Musa, S. M. S. (2010). Pengaruh Keselesaan ke Tempat Kerja Terhadap Kualiti Hidup Penduduk Bandar di Mukim Kajang , Selangor. Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities, 79(May-August), 105–115.

Snare, M. C. (2002). Dynamics Model For Predicting Maximum and Typical

Acceleration Rates Of Passenger Vehicles. Master’s Thesis. Department of Civil and Environmental Engineering, Virginia Polytechnic Institute and State

University, Blacksburg, VA.

Sullivan, & Frost. (2011). Journey Experience Index Ranks Copenhagen, Seattle & Sydney as Top 3 Cities with Highly Satisfied Commuters. Diakses pada 21 Jun 2015 dari. Retrieved from

http://www.frost.com/prod/servlet/press-release.pag?docid=236013797

Suwardo, W., Napiah, M., & Kamaruddin, I. (2010). Bus Operation Characteristics and Performance Indicators as a Preliminary Study in Promoting Public Transport: A

(45)

Case Study Based on the Ipoh-Lumut Corridor in Perak. Prosiding Kebangsaan Awam ’07, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, USM.

Syed, S. J., & Khan, A. M. (2000). Factor Analysis For The Study Of Determinants Of Public Transit Ridership. Journal of Public Transportation, 3(3), 1–17.

Tong, H. Y., Hung, W. T., & Cheung, C. S. (2000). On-Road Motor Vehicle Emissions and Fuel Consumption in Urban Driving Conditions. Journal of the Air & Waste Management Association, 50(4), 543–554.

Treiber, M. (2007). How Much does Traffic Congestion Increase Fuel Consumption and Emissions ? Applying a Fuel Consumption Model to the NGSIM Trajectory Data.

Transportation Research Board 87th Annual Meeting.

Vlieger, I. De, Keukeleere, D. De, & Kretzschmar, J. G. (2000). Environmental Effects of Driving Behaviour and Congestion Related To Passenger Cars. Atmos. Environ,

34(27), 4649–4655.

Wahlberg, A. E. (2007). Long-term effects of training in economical driving: Fuel consumption, accidents, driver acceleration behavior and technical feedback.

International Journal of Industrial Ergonomics, 37(4), 333–343. Weilenmann, M., Alvarez, R., & Keller, M. (2010). Fuel Consumption and

CO2/Pollutant Emissions of Mobile Air Conditioning at Fleet Level - New Data and Model Comparison. Environmental Science & Technology, 44, 5277–5282. Witte, T. H., & Wilson, a M. (2004). Accuracy of non-differential GPS for the

determination of speed over ground. Journal of Biomechanics, 37(12), 1891–1898. Zarkadoula, M., Zoidis, G., & Tritopoulou, E. (2007). Training urban bus drivers to

promote smart driving: A note on a Greek eco-driving pilot program.

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait

1. Untuk mengetahui besamya per- bedaan pendapatan petani , antara program TRI dengan usaha tani padi. Untuk mengetahui besam¥a per- bed aan pemanfaatan jumlah jam

(Ciprus és Málta figyelmen kívül szokott maradni.) Nemcsak a tanulmányok témái, hanem a kutatói közösségek is elkülönültek/elkülönülnek egymástól. Ez a

Pemampasan beban talian melalui nilai gandaan penguat yang sama menghasilkan profil yang malar manakala gandaan penguat yang lebih besar daripada beban talian

Masing-masing Pihak akan memfasilitasi sesuai dengan peraturan nasional, waktu masuk, tinggal dan berangkat dari wi l ayah personil dari salah satu Pihak yang secara

Telekomunikasi Indonesia dengan menggunakan algoritma Support Vector Machine , langkah awal yang dilakukan pada penelitian ini adalah dengan menentukan datasetnya, dimana

artikel hasil penelitian dalam Proseding Seminar Internasional Seminar bersama ITB-UKM, tanggal 12- 13 Desember 2007, Dengan judul : “ Toxicity of ethanolic extract from stem

Dengan memperhatikan hal-hal ter- sebut di atas, maka perlu kiranya dilakukan penelitian lebih mendalam untuk mengetahui besaran kontribusi pelaksanaan supervisi

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh desentralisasi fiskal dalam konsep belanja daerah dan dalam konsep pendapatan daerah serta jumlah tenaga