• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepimpinan Distributif

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kepimpinan Distributif"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pengenalan

Kepimpinan merupakan satu aspek yang penting di dalam pengurusan. Kebolehan memimpin merupakan satu petanda bahawa seseorang itu memiliki bakat untuk menjadi seorang pengurus yang berkesan. Tetapi kecekapan memimpin saja tidak memadai untuk mencatat kecemerlangan di dalam kepimpinan dan pengurusan. Sering diperkatakan bahawa pengurus yang berkesan ialah pemimpin yang baik, tetapi pemimpin yang baik tidak semestinya seorang pengurus yang baik. Untuk menjadi seorang pengurus yang baik, seseorang itu memerlukan kebolehan merancang, menyusun dan mengawal. Bersenjatakan kuasa yang ada padanya pemimpin mestilah bijak menggabungkan semua sumber yang ada di dalam organisasi ke arah matlamat yang telah ditetapkan.

Di samping pandai menggunakan kuasa dan pengaruh, penerimaan juga merupakan inti kepada kepimpinan. Penerimaan ialah kerelaan orang bawahan untuk menerima dan memperakui pucuk pimpinan. Pada amnya manusia akan menerima sesuatu pucuk pimpinan jika di dalam penilaian mereka pemimpin yang terlibat itu berkemampuan untuk memenuhi kehendak dan keperluan hidup mereka.

Dalam mengorganisasi sesebuah sekolah seseorang guru besar perlu menjadi pemangkin kepada perubahan, agen kepada satu bentuk kepimpinan yang baru dan dapat mengubah organisasi kepada bentuk yang lebih mantap dan cemerlang. Dalam pengurusan pengkongsian tugas, kerja dan kepimpinan adalah perlu bagi mendorong pengikut merealisasikan visi, misi dan objektif. Konsep ini akan menyediakan perubahan organisasi ke arah hala tuju yang lebih mantap dan berdaya saing.

2.0 Definisi dan Konsep Kepimpinan Distributif

“Kepimpinan” ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaan memimpin” dan “Kepemimpinan” pula “keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin”. (Kamus Dewan 1994). Menurut Koontz, Harold and O’Donnel, 1976, kepimpinan secara amnya adalah semata-mata

(2)

bermakna pengaruh; satu seni atau proses mempengaruhi orang supaya berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat bersama.

Kepimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat memegang watak-watak yang berbeza antara satu dengan yang lain. Asas yang membezakannya ialah pengaruh iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur.(Gordon, Thomas 1955)

Robert, Fulmer 1975, pula berkata bahawa kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu mencapainya.

Menurut Hollander, Edwin 1978, kepimpinan adalah satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut. Proses kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utamanya untuk mencapai matlamat bersama. Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang mereka untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama.(James Gribben, 1972)

Menurut Gronn (2002 : 427) dalam Journal Distributed leadership: A Case of An Australian Voluntary Nonprofit Organization oleh Loretta M Inglis & James C Sarros (P:2) mendefinisikan Distributif sebagai kepimpinan, dimana ia membenarkan pentaksiran yang berbeza tentang kepimpinan daripada tradisional, perseorangan dan ketua yang berani. Kepimpinan distributif ialah satu status yang menunjukkan seseorang individu, satu ageregat untuk membezakan individu, sebilangan kecil daripada individu yang beraksi dalam pertunjukkan atau sebilangan besar ahli unit-unit berorganisasi.

Bennis & Nanus 1985 ; Burn, 1978,yang dipetik dari Jurnal Investigating School Leadership Practice : “A Distributed Perspective” oleh James P. Spillane, Richard Halberson & John B Daimond (2001 : P24) mendefinisikan distributif sebagai ”kemampuan untuk memberi kuasa kepada yang lain-lain” dengan tujuan menbawa perubahan yang besar dalam bentuk, sifat dan fungsi kebanyakan fenomena. Sementara Cuban, 1988 dipetik dari jurnal yang sama menyatakan bahawa distributed membenarkan kita menimbangkan dimensi pengurusan kepimpinan dengan mengekalkan syarat yang perlu bagi membantu sesebuah organisasi mencapai matlamat semasa.

(3)

House dan Aditja (1997 : 457) dalam Journal Distributed Leadership: A Case of An Australian Voluntary Nonprofit Organization oleh Loretta M Inglis & James C Sarros (P:3) mendefinisikan kepimpinan distributif sebagai proses kepimpinan yang tidak boleh dipandang ringan dalam mengenali tabiat seseorang, lebih tepat lagi, kepimpinan merupakan hubungan kolabratif di mana ia menjadi panduan kepada asas tindakan kolektif dalam berkongsi nilai manusia yang berkerja bersama bagi mendapatkan kesan perubahan yang positif.

Barry (1991 : 34) dalam Journal Distributed Leadership: A Case of An Australian Voluntary Nonprofit Organization oleh Loretta M Inglis & James C Sarros pula menyatakan, kepimpinan distributif ialah gabungan antara peranan dan tabiat yang boleh dipisahkan, dikongsi, diputarkan dan digunakan secara berturutan dan berperingkat. Ini bermaksud dalam satu masa tertentu pemimpim yang berkebolehan boleh wujud dalam satu kumpulan dengan ”angkuh” sebagai pelengkap kepada peranan kepimpinan. ” Angkuh” bukan bermaksud sombong, takbur tetapi lebih bersikap autokratik, tegas terutama dalam menangani masalah dan isu-isu subordinat yang ”besar kepala”.

Kepimpinan Distributif boleh didefinisikan kepada pengagihan tugas, kuasa, tanggungjawab dan bidang daripada pemimpin kepada orang di bawah. Kepimpinan distributif ini boleh dijalankan di semua organisasi seperti sektor pendidikan. Kepimpinan distributif ini dapat mengurangkan jurang antara pemimpin dan subordinat.

Model ini menolong pemimpin mengenali karektor dan cara untuk berubah. Melalui kepimpinan ini, pemimpin akan menggunakan nilai, skil, pengalaman, taktik, sifat personal diri dalam membentuk nilai percaya mempercayai, pengagihan kerja dan penurunan kuasa (empowerment), dihormati dan ketulenan.

Jackie Burniskie dan Tom Barlow Menggariskan tiga model dalam Kepimpinan Distributif Shared Leadership Through Co-Pricipalship- dimana pembantu berfungsi seperti pemimpin di atas termasuk bekerja sama dengan guru lain, ibu bapa dan pelajar. Ia memerlukan koordinasi yng intensif dengan implementasi yang sesuai dan membantu dalam memberikan sokongan kepada guru dan ibubapa.

Shared Leadership Involve Small Group- Perkongsian kepimpinan dalam kumpulan kecil melibatkan ibubapa dan guru yang terlibat dalam tugas khas seperti mewujudkan pelan peningkatan sekolah

(4)

Organize School Like A Company- Pengetua atau guru besar sebagai Pengarah Urusan (CEO), manakala guru penolong kanan, ketua panitia akan bertindak dan berperanan dalam fungsi yang spesifik.

Namun demikian boleh juga diwujudkan model tersendiri di mana setiap orang menerima kepimpinan sekolah, namun sesiapa yang mempunyai kepakaran, kemahiran tertentu sebagai contoh guru panitia matematik boleh membantu rakan dalam menganlisa data murid berkaitan subjek tersebut.

Antara konsep Kepimpinan yang dikenalpasti ialah:

• Kepimpinan berbentuk perkongsian kepimpinan, dan juga berbentuk pengagihan bidang dengan subordinat dimana seterusnya pemimpin juga menerapkan amalan empowerment (penurunan kuasa)

• Kepimpinan ini mencari jalan dengan menggunakan idea, “tapping the expertise” dan penglibatan semua orang dalam perancangan dan perlaksanaan dalam sesebuah organisasi

• Kepimpinan boleh memahami masalah, ancaman dan perubahan. Ia bukan mewujudkan satu proses dari bentuk konsep kepada bentuk realiti.

• Pemimpin boleh melihat dari sudut yang lebih baik, menguji, mengawal dan berani mengambil risiko.

• Dalam suasana kepimpinan ini kesalahan/kesilapan akan menghasilkan penemuan baru kepada pendekatan terbaharu.

• Kepimpinan ini memberi kuasa subordinat bekerja lebih effisen, bermakna dan lebih efektif.

• Dalam situasi kepimpinan ini, bukan semua orang sebagai pembuat keputusan, tetapi setiap yang pakar dan mempunyai kemahiran boleh menyumbang kepada proses membuat keputusan.

• Kepimpinan ini tidak beerti melanggar kebiasaan dalam kepimpinan dan pengurusan. • Kepimpinan ini adalah mengenai kerjasama dan percaya- mempercayai dan bukan satu persaingan/pertandingan antara individu atau unit. Berkongsi dalam satu misi dalam mencapai matlamat yang sama.

(5)

• Kepimpinan distributif bermaksud semua warga organisasi mesti bersifat mengambil bahagian (bertanggungjawab) dalam sesuatu organisasi.

2.1 Perubahan mengikut Cook, Hunsker dan Coffey (1997) mendefinisikan perubahan sebagaimana berikut:

“The coping process of moving from the present state to desired state that individual, groups and organisations, undertake in respone to dynamic internal and external factors”

Quinn menjelaskan perubahan organisasi melibatkan segala bentuk modifikasi yang

bermakna dan telah dilakukan oleh pemimpin terhadap sebahagian atau keseluruhan jentera organisasi. Pengurusan perubahan merupakan satu proses pembaharuan yang dilakukan secara berterusan oleh organisasi dari segi hala tuju, struktur, kemampuan untuk memenuhi keperluan pelanggan dalaman dan pelanggan luara mempunyai imej yang jelas tertangn.Pemimpin memainkan peranan yang amat penting dalam menganjurkan pembaharuan dalam organisasi. Pemimpin perlu mempunyai imej yang jelas tentang organisasi bersabit apa, arah yang ingin ditujui dan bagaimana tujuan ni akan dicapai. Maka dengan kepimpinan yang sesuai seperti distributif amat sesuai diaplikasikan di sesebuah sekolah.

3.0 Dapatan Kajian

Pengagihan kepimpinan atau distributif mula dibicarakan oleh seorang ahli Psikologi Australia , CA Gibb ( 1954 ) dalam bukunya ’Psikologi Sosial – Satu Kebimbingan Hubungan Utama’. Persoalannya ialah sama ada idea pengagihan kuasa ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh atau sekadar luaran sahaja.

Tujuan utama distributif ialah supaya kuasa yang ada tidak tertumpu atau dimonopoli satu kumpulan kecil sahaja. CA Gibb cuba mengaplikasikan pengagihan kuasa ini di dalam sesebuah organisasi supaya bila seseorang pemimpin bertukar nanti akan ada pelapis di kalangan pemimpin sedia ada.

Kepimpinan berbentuk distributif (perkongsian) ini selalunya mendorong pengikut merealisasikan visi dan misi yang dibentuk dan memotivasikan pengikut mencapai objektif organisasi. Distributif Leadership Model (DLM) telah dibangunkan selama 4 tahun di MIT

(6)

Leadership Centre , Philedelphia oleh Profesor Deborah Ancona, Tom Malone dan Wanda Orlikowski dengan Pensyarah Kanan Peter Saget. mereka mendapati ia merupakan alat yang amat berkesan dan boleh diintegrasikan dalam kepimpinan. Kepimpinan (DLM) menyediakan satu rangka kerja dalam pengajaran kepimpinan dan kepimpinan di lapangan sebenar.

“The Distributed Leadership Model (DLM) provides the framework for teaching leadership and for leadership practice in general. As leadership moves away from a “command and control” model to a more “culculative and coordinate” model, the way that leadership is thaught must change, too. “

Peter Senge

Dalam sesebuah organisasi terutama sekolah perlu membuat perubahan bagi memastikan organisasinya terus bersaing dalam era globalisasi ini. Terdapat 4 komponen utama DLM yang dikaji di MIT iaitu:

- Sense making – boleh memahami keadaan di mana kita bekerja

- Relating- membina hubungan erat antara dan semasa dalam organisasi - Visioning- mencipta sesuatu yang menambat perhatian masa hadapan - Inventing – mereka cara baru bekerjasama untuk mencapai visi.

Rajah 1: Amalan Kepimpinan dari Perspektif Distributif Leadership Pratice L L L L F F Followers F TIME Leadership Pratice

(7)

Berdasarkan kepada beberapa perkara di atas Kepimpinan Distributif merupakan satu anjakan paradigma di sesebuah sekolah. Ia menjadikan sesebuah organisasi persekolahan menjadi lebih effisen, dan menggurangkan birokrasi dalam pengurusan sekolah.

Mengikut Johnathan A. Supovitz dalam Jurnal Manage Less, Lead More menyatakan:

“An important benefit of distributive leadership is that it will free up time for principles to become true instructional leaders.”

Mengikut Johnathan A. Supovitz lagi:

“ Instructional leadership is the mantra of school reform today. Distributed practices can help principles free some time to focus on instructional leadership”.

Seseorang pemimpin sekolah dalam sudut kepimpinan distributif, akan dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin instruksional peranan dalam dari perspektif sebagai pemimpin pengajaran. Guru besar sering kekurangan masa untuk membuat perubahan. Dalam dimensi kepimpinan distributif, pemimpin tidak perlu banyak mengurus tetapi lebih banyak memimpin. Pemimpin sekolah akan mempunyai banyak masa dalam mengendalikan kurikulum dan peningkatan akademik, membuat pemantauan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah dalam kurikulum serta boleh menganalisa pencapaian pelajar bersama-sama dengan subordinat serta membuat pelan tindakan bagi meningkatkan prestasi akademik.

Pendidik, komuniti, penyelidik dan pembuat polisi bersetuju bahawa pengurus/pemimpin sekolah pada hari ini tidak boleh memimpin bersendirian menjadi hero atau superman dan superwoman dalam membentuk watak dan persekitaran sekolah yang cemerlang. Kemampuan seseorang pemimpin itu terbatas oleh keupayaan, masa, tenaga, kemahiran dan dari segi kecekapan. Mengikut Profesor John Diamond dari Havard Graduate School of Education menyatakan:

“Distributed leadership is a powerfull way to understand leadership activity in school in more complex and interconnected ways”

(8)

Melalui ini perbandingan boleh dibuat tentang kokpit sebuah kapalterbang, yang mempunyai penumpang, anak kapal di dalam kokpit, panel di dalamnya, orang yang cuba mendaratkan kapal terbang .Seterusnya fikirkan bahawa aktiviti bagi mendaratkan kapal terbang bukan kerja sembarangan boleh dilaksanakan dan juruterbang sebagai pemimpin tidak dapat mendaratkannya tanpa pemabantunya, jurutera dan pengawal trafik. Maka pembahagian tugas dan tanggungjawab di sini adalah perlu dalam keseragaman dan kesepaduan supaya tugas yang dijalankan mampu dilaksanakan dengan berkesan.

Kepimpinan distributif boleh dijadikan sebagai satu strategi organisasi sekolah yang amat berkesan. Berdasarkan kepada Pengarah Bahagian Pengetuaan di Harvard University, seseorang pengetua aatau guru besar dipandang seperti kenyataan berikut:

“Principles is expected simultaneously to be a servant-leader, an organitional and social archited, an educator, a moral agent, a child advocate and a social worker, a communit-v activist, and a crisis negotiator-, while raising student’s standardizes – test performance.”

(Blackman and Fenwick 2000)

Berdasarkan kepada pernyataan di atas dapat dinyatakan seseorang pemimpin sekolah begitu terdesak dalam memimpin dan menguruskan sekolah. Ekspetasi guru-guru, murid-murid, ibu bapa, komuniti dan stake- holder begitu tinggi terhadap keupayaan seseorang guru besar dan pengetua. Melalui kepimpinan distributif, dengan adanya pengagihan kepimpinan kepada semua pihak yang berkaitan dapat meringankan bebanan yang digalas oleh guru besar. Ia akan dapat memberikan fokus kepada kepimpinan pengajaran.

Seterusnya persekitaran yang boleh diwujudkan oleh kepimpinan distributif adalah seperti berikut dimana guru besar boleh berfungsi sebagai penunjuk jalan “shepherds” berbanding pegawal atau penjaga “guardians” kepada perubahan. Maka pemimpin boleh membina dan mencari peluang bagi mewujudkan peluang untuk organisasinya berubah. Disamping itu pemimpin sekolah juga memberikan kuasa dan pengagihan dalam membuat keputusan kepada subordinat sementara beliau berusaha untuk memberi arahan.

(9)

4.0 Aplikasi Kepimpinan Distributif Di Sekolah

Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada kecekapan dan keberkesanan pemimpin dalam memimpin dan mengurus. Pemimpin perlu bijak menggunakan personalitinya dalam mempengaruhi pemimpin bawahan dan subordinat bagi memimpin sekolah. Melalui kepimpinan distributif, pengurus boleh berubah dari tahap yang kaku atau “vaccum” kepada perubahan mengamalkan pengkongsian kepimpinan, pengagihan tugas kepada subordinat. Mengikut Ainon Mohd dalam bukunya, Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja menggariskan beberapa ciri pemimpin yang berkesan seperti berikut:

• Menetapkan hala tuju

• Berpengetahuan dalam bidang teknikal • Menjaga standard prestasi tinggi organisasi • Mendukung dan menyokong

• Fleksibiliti

• Memastikan pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar dapat dicapai.

• Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan kemerosotan akademik sekolah.

• Membentuk atau mewujudkan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada melalui atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif.

• Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.

Lataran itu, dalam merealisasikan perubahan dan hala tuju sesebuah sekolah seseorang pemimpin perlu menoleh kepada bentuk Kepemimpinan Distributif. pemimpin boleh berubah dari tahap yang kaku atau “vaccum” kepada perubahan yang mengamalkan pengkongsian kepimpinan, pengagihan tugas (distribute) dan seterusnya penurunan kuasa kepada pemimpin bawahan dan subordinat

Pengagihan dan pengkongsian boleh diaplikasikan mengikut kepakaran, kemahiran dan kesesuaian tugas seseorang subordinat. Maka, pemimpin memberi kepercayaan kepada subordinat menjalankan tugas dengan lebih bermotivasi, penuh kepercayaan dan ada

(10)

kebebasan dalam kreativiti serta berinovasi. Ini kerana subordinat boleh, merancang, mengelola, melaksana dan memantau dalam sesuatu tugasan yang diberi. Subordinat berani meluahkan idea dan pencetus idea kepada organisasi sekolah. Kepimpinan distributif kelihatan dan bersifat demokratik dilaksanakan. Seseorang pemimpin pula dapat bertindak sebagai pemimpin Instruksional. Pemimpin sekolah boleh menumpukan kepada “core business” iaitu bidang akademik yang menjadi tunjang kepada pencapaian sesebuah sekolah. Guru besar mempunyai banyak masa merancang strategi akademik, mengenal pasti hala tuju, memantau pengajaran dan pembelajaran serta mengadakan perbincangan dengan staff mengenai cara meningkatkan keupayaan kurikulum. Ini kerana Kepimpinan Distributif amat selari dengan kepimpinan Instruksional.

Dalam mengaplikasi kepimpinan distributif, ia lebih kepada kepimpinan bersama “share leadership”. Ia bermaksud pemimpin dan staf berkongsi tugas dan tanggungjawab dalam mencapai matlamat. Ia bukan bermaksud pemimpin menyerahkan tanggungjawab keseluruhan kepada subordinat. Ia juga bukan bermaksud subordinat diberi tugas sewenang-wenangnya. Pemimpin perlu membuat pemantauan dan bersama merancang dan melaksanakan tanggungjawab berpusatkan kepada hubungan atau tugas. Melalui kepimpinan ini pemimpin perlu mengekalkan hubungan baik dengan pengikut, mengambil berat kebajikan pengikut, serta menaruh kepercayaan.

Di masa yang sama seseorang pemimpin perlu berpusatkan tugas. Ia boleh mengagihkan tugas kepada pengikut supaya pemimpin boleh bertindak sebagai Pemimpin Instruksional. Penyelidikan kepimpinan di Universiti Michigan mengkaji tingkah laku pemimpin yang berpusatkan pekerja dan berpusatkan pengeluaran. Mereka merumuskan bahawa seseorang pemimpin boleh memaparkan tingkah laku berpusatkan kepada tugas dan hubungan pada masa yang sama.(Likert 1961)

Mengikut Teori Pemimpin Mengikut Keadaan (Teori Situasi) pemimpin boleh menggunakan Gaya Penugasan.

“Pemimpin memberi kepercayaan dan menyerahkan tanggungjawab dan tugas kepada subordinat. Mereka yang dipimpin dikehendaki membuat keputusan berkenaan tugas-tugas yang mereka jalankan”.

(11)

Pemimpin boleh mengagih-agihkan tugas-tugas kurikulum kepada guru penolong kanan kurikulumn pentadbiran dari aspek pengkongsian tugas. GPK kurikulum membuat perancangan kurikum bersama ketua bidang, ketua panitia dan jawatan kuasa bagi peningkatan kurikulum dalam bilik darjah. GPK kurikulum perlu memikirkan pelaksanaan, strategi pengukuhan atau sokongan kepada pengurusan kurikulum. Manakala pihak pemimpin sekolah memikirkan tentang strategi utama dalam kurikulum, perbelanjaan, serta perancangan peringkat tertinggi seperti dalam jawatan kuasa exco sekolah. Begitu juga dalam pengurusan Hal Ehwal Murid dan Ko Kurikulum. Guru besar sebagai pemantau juga menyumbang idea dalam merencanakan pembangunan di sekolah. Penglibatan ibubapa boleh digerakkan. Pengkongsian yang berbentuk permuafakatan ini boleh dilaksanakan oleh pemimpin sekolah dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru. Sebagai contoh dalam memantapkan pencapaian akademik, ibubapa boleh diberi tanggungjawab menguruskan kelas tambahan dengan menggunakan tenaga dan kemahiran ibu bapa menjalankan kelas bimbingan, tuisyen atau motivasi

Peringkat komuniti setempat seperti Lembaga Pengurusan Sekolah boleh digembleng dengan pengkongsian tanggungjawab seperti mencari dana untuk menampung perbelanjaan menjalankan program sekolah seperti motivasi, kem cuti sekolah, kelas tiusyen berbayar dan pelbagai program tambahan.

Dalam dunia globalisasi yang memerlukan perubahan , seseorang pengetua dan guru besar mempunyai banyak tugas termasuk kepada ibu bapa dan komuniti koloborasi dengan agensi yang menyokong sekolah. Maka dari itu perlu adanya “participatory leadership”, “de-centered leadership” bagi mewujudkan konsep kepimpinan yang berubah mengikut konsep kepimpinan berkesan.

Dalam mengaplikasikan kepimpinan ini di sekolah pemimpin perlu memberikan kebebasan kepada pemimpin di bawah dan subordinat membuat perubahan namun pemantauan atau monitoring itu amat perlu dalam mempastikan kepimpinan ini berfungsi sebagaimana sepatutnya. Pemimpin pada masa ini tidak boleh memimpin secara koservertif yang memegang semua tampuk kuasa dan semua arahan datang dari satu pihak sahaja. Seseorang pemimpin yang berketerampilan perlu menurunkan sedikit sebanyak tugas dan kuasa. Sebagai contoh Guru Kanan Hal Ehwal Murid dibenarkan menjalankan pentadbiran HEM dengan membuat perancangan tahunan dan, membuat kertas kerja , mengendalikan

(12)

mesyuarat dan menjalankan pogram. Namun begitu guru besar perlu diberitahu, berunding, bermesyuarat dan memantau program . Guru besar sebagai pemimpin teratas pula perlu mengawal dari segi peruntukan kewangan dan perbelanjaan. Kemudian Guru Kanan HEM berkongsi tugas dengan ahli dalam Jawatan Kuasa Perancangan HEM seperti menyerahkan tugas BOSS (Skim Pinjaman Buku Teks) dan guru berkaitan boleh memproses borang pinjaman dan murid-murid yang layak menerima buku teks mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. Demikianlah Kepimpinan Distributif boleh dilaksanakan. Namun seseorang pemimpin perlu memantau, menyelia dan tidak menyerahkan bulat-bulat yang diberikan kepada subordinat.

5.0 Rumusan

Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan (distributive leadership) adalah seorang yang dapat mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat dan menentukan arah tujuan organisasi dan memotivasikan subordinat untuk menangani masalah seterusnya menggerakkan organisasi ke arah masa depan yang cerah. Ciri-ciri atau sifat-sifat pemimpin yang ingin berubah memainkan peranan penting ianya merangkumi motivasi kepimpinan, integrasi, keyakinan diri dan pengetahuan yang luas di samping kebolehan dalam melaksanakan perkongsian kepimpinan dalam mengurus organisasinya ke arah perubahan yang positif. Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan ini adalah merupakan pemimpin karismatik yang mana ia juga merupakan komponen dalam kepimpinan transformasi. Pemimpin distributif merupakan pemimpin perubahan yang dapat mencorak visi kepada realiti. Mereka melakukan perkongsian dalam menjana perubahan melalui karisma, perhatian individu terhadap pengikut, kepintaran stimulasi, membentuk visi mereka, membina kepercayaan dan keyakinan diri yang positif.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam implementasi kebijakan otonomi khusus sangat membutuhkan saling kerja sama dan berkoordinasi antara pemerintah pusat, pemerintah daerah Provinsi, pemerintah

Desa dapat lebih fokus dalam mengintenfisikasi pelayanan publik serta pembangunan dalam skala yang lebih kecil. Kenyataan tersebut setidaknya mendorong otonomi yang

sensor pada tahun 1977, yaitu film “Wasdri”. Film ini sempat tertahan.. selama 6 tahun di BSF karena dianggap dapat menimbulkan gambaran yang keliru tentang

Lain halnya dengan intelektual organik masyarakat sipil yang diperankan sebagai agen intelelektual organik yang berafiliasi dengan kekuatan masyarakat sipil

Kalimat “Penyambung suara rakyat yang merakyat ” terdiri dari beberapa kata yaitu kata “pemyambung” dalam KBBI artinya orang yang menyambung atau alat untuk menyambung, lalu

Secara keseluruhan, unsur-unsur struktur kebahasaan puisi yang terdapat dalam puisi “TTC”, yakni sajak awal dan akhir, asonansi, personifikasi,

Frekuensi layanan PDAM yang diinginkan rumah tangga terhadap pelayanan air PDAM di Desa Tirtonirmolo Kecamatan Kasihan Kabupaten Bantul memiliki frekuensi layanan yang sangat

pemecahan masalah siswa yang telah diuji pada saat pretes dan postes dikelas eksperimen dan kontrol dapat dilihat kemampuan pemecahan masalah siswa kelas eksperimen