2 BBNHA@2011
TAHUN 10
BBNHA SMPIHM,SERASABBNHA@2011 ZAMAN PERMULAAN :
1. Muawiyah Bin Abu Suffian 2. Yazid Bin Muawiyah 3. Muawiyah Bin Yazid 4. Marwan Al Hakam
ZAMAN KEEMASAN/KEMUNCAK : 1. Abd Malik Bin Marwan 2. Al-‐Walid Bin Abd Malik Abd 3. Sulaiman Bin Abd Malik 4. Umar Bin Aziz
5. Yazid Bin Abd Malik
ZAMAN SURAM :
1. Hisham Bin Abd Malik 2. Al-‐Walid Bin Yazid 3. Ibrahim Bin Al Walid 4. Yazid Bin Al walid
5. Marwan Bin Mohammad (Marwan II)
NAMA LAMA DAN BARU KOTA-‐KOTA ISLAM /NEGARA-‐NEGARA JAJAHAN TAKLUK
Kufah -‐ Iraq
Basrah / Baghdad (Kota Iraq) Hijaz -‐ Mekkah
Yathrib – Madinah Syam – Syria
Damsyiq – (ibu kota Syria) Damascus Afrika Utara -‐ Maghribi -‐ Morocco
Constantinople – Kerajaan Rom Kuno -‐(Istanbul-‐Turki) Byzantine – Kerajaan Rom
Tangiers –Teluk Tangier Andalus – Sepanyol (Spain) Jabal Tariq –Gibralter Barbar ( bangsa Barbarian) Goth (Bangsa Visigoth)
BBNHA@2011
PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
• PEMBUNUHAN KHULAFA AR RASYIDIN KE 3 ( KHALIFAH OSMAN ) di tangan pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahnnya. • PERLANTIKAN SY.ALI hanya di
setujui beberapa sahabat. • Muawiyah telah menjadikan
Qisas ke atas pembunuhan Sy Osman keutamaan tetapi Sy Ali lebih mengutamakan untuk menghapuskan pem-‐ berontak.
• Oleh kerana itu dia mengum-‐ pul penyokong menentang pemerintahan Sy Ali hingga membawa kepada PEPERANGAN SIFFIN
• PEPERANGAN SIFFIN ( 37 Hijrah) berlaku diantara pihak Muawiyah dan pihak Sy . Ali
• Muawiyah memiliki pengaruh di Syam oleh itu ia berjaya mengumpul tentera. • Muawiyah hampir
menemui kekalahan hingga ia membuat helah meletakkan Al Quran di hujung pedang dan meminta rundingan damai. • Rundingan itu
dikenali sebagai MAJLIS TAHKIM
MAJLIS TAHKIM
• Juga di kenali sebagai rundingan damai DAUMATUL JUNDUL • Tiap pihak menghantar wakil untuk berunding.
• Dengan kebijaksanaan dan tipu helah Amru Ibnul As ( wakil Muawiyah),ia berjaya mengekalkan Muawiyah sebagai khalifah di Syam dan Sy Ali memerintah di Kufah.
• Timbullah 2 khalifah dalam kerajaan Islam
SIKAP KHAWARIJ TERHADAP KEPUTUSAN MAJLIS TAHKIM @ KESAN PENYERAHAN KUASA
• Hasil pertelingkahan antara Muawiyah dan Sy Ali terbit satu golongan yang asalnya menyokong Sy Ali tetapi kemudiannya keluar kerana tidak puas hati dengan keputusan Sy Ali dan tipu helah yang dilakukan Muawiyah yang di kenali sebagai Khawarij. • Perseteruan 3 golongan ini akhirnya membawa kepada
BBNHA@2011
PENYERAHAN KUASA OLEH HASSAN KEPADA MUAWIYAH ( 40 – 41 Hi-‐ jrah)
• Setelah Ali terbunuh, pengikutnya melantik anak-‐ nya Hassan bin Ali untuk menjadi khalifah, tetapi kerana peribadinya yang cintakan perpaduan umat Islam ia menyerahkan jawatannya kepada Muawiyah DENGAN SYARAT setelah Muawiyah mangkat hendaklah dia menyerahkan urusan perlantikan kepada seluruh umat Islam secara demokrasi.
• Ini berlaku tahun 41 Hijrah dan dikenali dengan Amul Jama’ah ( Tahun Penyatuan)
PERISTIWA KARBALA (10 Muharram)
• Tindakan Hassan menyerahkan kuasa membangkitkan kemarahan golongan syiah yang menganggap hak khalifah adalah milik Sy Ali dan keturunannya.
• Mereka melantik Sy Hussain bin Ali untuk menjadi khalifah, sebelum Muawiyah wafat, Muawiyah telah memungkiri janjinya kepada Sy Hassan dan melantik anak Yazid Bin Muawiyah untuk menggantikannya.
• Persengketaan berterusan selepas kematian Muawiyah antara penyokong Muawiyah dan Syiah ,hingga hasil tipu helah , Sy Hussain akhirnya terbunuh di tan-‐ gan tentera Yazid dalam peristiwa Karbala .
3 GOLONGAN DALAM PEMERINTAHAN BANI UMAIYAH
1. Penyokong MUAWIYAH – mereka yangmenyokong Kerajaan Bani Umaiyah. 2. SYIAH – penyokong fanatik Sayyidina Ali dan keturunannya.Ini kerana mereka
menganggap hak khalifah adalah milik Sy.Ali kerana seketurunan dengan Rasulullah. (Bani Mutallib )
3. KHAWARIJ – mereka yang pada asalnya adalah penyokong Sy Ali dalam peperangan Siffin tetapi akhirnya berkecuali kerana tidak puas hati dengan keputusan Sy Ali dan tipu daya Muawiyah.
# Kerajaan BaniUmaiyah – menganggap golongan khawarij sebagai paling berbahaya kerana mereka ini menghalalkan darah Sayyidina Ali dan Muawiyah. Muawiyah melengkapkan tenteranya untuk melenyapkan golongan ini tetapi tidak Berjaya kerana mereka ini ber-‐ serakan di seluruh wilayah Islam.
BBNHA@2011
ZAMAN PERMULAAN KBU: 1. Muawiyah Bin Abu Suffian 2. Yazid Bin Muawiyah 3. Muawiyah Bin Yazid 4. Marwan Al Hakam
(1) MUAWIYAH BIN ABU SUFFIAN-‐ Peribadi /Riwayat :
-‐ seorang anak bangsawan, -‐ berani dan cekal hati, -‐ bercita-‐cita tinggi, -‐ luas pengalaman politik, -‐ bijak dan pahlawan handal dan -‐ mengasaskan tentera laut Islam.
Lahir 15 tahun sebelum hijrah,meninggal dunia pada tahun 60 Hijrah ketika berusia 75 tahun.
-‐ Memeluk Islam pada masa penaklukan mekah di usia 23 tahun. -‐ Ketika Nabi Muhammad S.A.W. – menjadi jurutulis wahyu.
-‐ Ketika Sy. Abu Bakar – juru tulis Al Quran dan memerangi negeri Syam membantu saudaranya Yazid Bin Abu Suffian.
-‐ Ketika Sy.Omar -‐ dilantik jadi gobenor Damsyiq dan menyerang Syam.
-‐ Ketika Sy.Othman – Berjaya menawan Pulau Cyprus ketika pemerintahan Sy Othman dan di tugaskan memerintah Syam sehing-‐
ga Kh.Othman terbunuh.
-‐ Ketika Sy.Ali – mengetuai kumpulan yang mementingkan Qisas ke atas pembunuh Sy.Othman hingga berlaku perang Siffin dan akhirnya berjaya menjadi khalifah di Syam hasil rundingan damai.
PERLANTIKAN -‐ rujuk perang Siffin , Majlis Tahkim, Pembunuhan Ali dan Amul Jama’ah ( Tahun Penyatuan)
KESAN PENYERAHAN KUASA -‐# Rujuk 3 golongan di zaman pemerintahan KBU.
TINDAKAN MUAWIYAH SEBAIK SAHAJA BERKUASA PENUH:
• Memindahkan pusat pemerintahan dari Madinah ke Damsyiq
-‐Damsyiq lebih bebas dari Madinah. -‐Damsyiq merupakan pusat perdagangan -‐Damsyiq mempunyai banyak pengaruh;dan -‐hampir dengan kerajaan ROME
• Menyatupadukan rakyat Islam yang kucar kacir selepas kematian sayyidina Ali
• Mengembalikan sokongan penduduk Mekkah dan Madinah yang tidak mempercayai Umaiyah
Walaubagaimanapun penduduk Mesir masih lagi dipengaruhi penyokong Sayyidina Ali semenjak majlis tahkim
SIKAP AHLI SUNNAH WAL JEMA’AH TERHADAP MUAWIYAH DAN SAYYIDINA ALI
• Tetap mengakui bahawa mereka ialah dua tokoh besar negara Islam yang berjasa, tetapi tidak bererti apa yang mereka lakukan betul kerana mereka bukan rasul
• Ulama ahli sunnah mentakwilkan bahawa tiap-‐tiap seorang dari keduanya tersalah ikhtihad masing-‐ masing sehingga bertentangan pendapat antara satu sama lain.
• Oleh itu perkara tentang mereka ,biar Allah sahaja yang menilai.
BBNHA@2011
5 GOLONGAN masyarakat Islam semasa zaman Bani Umaiyyah:
1. Bangsa Arab keturunan pemerintah :mereka memiliki banyak keistimewaan.
2. Orang Islam bangsa Arab bukan keturunan pemerintah dan bangsa Ajam (asing) : mereka mendapat keistimewaan terlepas dari cukai kepala.
3. Golongan Mawali : terdiri dari mereka yang baru memeluk agama Islam, mereka juga terlepas dari cukai kepala.
4. Golongan Kafir Zimmi ( orang kafir yang memiliki rundingan damai dengan orang Islam) dan Ahli Kitab ( penganut agama Samawi – taurat, injil, zabur) : mereka diberi hak dan kemudahan menikmati hidup dalam negeri selama mereka taat di bawah pemerintahan Islam.
5. Golongan Hamba : golongan pekerja.
PEPERANGAN / PENAKLUKAN DI ZAMAN MUAWIYAH
1. Berlaku beberapa penaklukan kecil di Timur Negara Islam ( Sind hingga Lahore)
2. PENYERANGAN CONSTANTINOPLE :
-‐Muawiyah menyediakan tentera darat dan arma-‐ da laut.
-‐1700 buah kapal disediakan dan pulau Cyprus di-‐ jadikan markas pertahanan laut.
-‐Tentera daratnya di bahagi 2 : untuk musim sejuk & musim panas dan dilengkapi pakaian ber-‐ sesuaian dengan hawa.
-‐anaknya YAZID BIN MUAWIYAH menjadi ketua menyerang Constantinople.
-‐TETAPI; kuatnya pertahanan Constantinople dengan serangan api Berjaya menhancurkan ten-‐ tera laut Islam.
3. PEMBUKAAN KOTA QAIRAWAN :
-‐ Penaklukan di utara Afrika bermula tahun 50 H.
-‐ UQBAH BIN NAFI’ ditugaskan memimpin 10,000 tentera Islam menyerang utara Afrika -‐ Tentera BARBAR telah membantu tentera
Islam membuat beberapa penaklukan hingga sampai di suatu tempat bernama QAIRAWAN. -‐ Tempat itu telah dibersihkan dan didirikan
sebuah masjid.
JASA-‐JASA MUAWIYAH BIN ABU SUFFIAN :
1. Mengadakan perkhidmatan pos, daerah terpencil mudah dihubungi. 2. Memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah ke Damsyiq. 3. Menubuhkan jabatan setia usaha, kewangan dan sebagainya.
4. Mengadakan jabatan pertahanan (perang) yang mengelolakan pertahanan Negara.
5. Menubuhkan 1700 buah angkatan tentera laut Islam. 6. Mengadakan cop mohor rasmi kerajaan.
7. Mengadakan bendera rasmi kerajaan bewarna merah. 8. Mendirikan istana pertama yang dilengkapi pengawal.
9. Menjadikan jawatan khalifah hak keturunan Bani Umaiyah serta menghapuskan sama sekali cara permesyuaratan.
BBNHA@2011
( 2 ) YAZID BIN MUAWIYAH BIN ABU SUFFIAN (60 – 64 Hijrah)
PERIBADI :
1. Lahir tahun 26 Hijrah.
2. Dididik menjadi pemimpin sejak remaja.
3. Terdidik dengan cara orang-‐ orang BADWI
4. Terkenal dengan tabiat kasar, mungkin kerana membesar dalam istana.
5. Gemar berburu dan bergurau senda dengan perempuan cantik.
6. Pernah bertugas memimpin tentera Islam menyerang Con-‐ stantinople di zaman pemerintahan bapanya.
7. Meninggal di usia 39 tahun di Hawran,Syam pada tahun 64 Hijrah.
PERLANTIKAN :
1. Di lantik berdasarkan warisan hasil cadangan Al Mughirah Bin Shu’bah. 2. Kemudian diperintahkan perwakilan
Islam membai’atkannya di Damsyiq. 3. Ada yang tidak hadir kerana tidak
bersetuju antaranya : -‐ Hussain Bin Ali -‐ Abdullah Bin Zubair -‐ Abdullah bin Omar
Perlantikannya ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan huru-‐hara serta pemberontakan.
PERLANTIKAN YAZID DITENTANG KERANA :
1. Cara perlantikan ini terkeluar dari dasar demokrasi.
2. Cara ini menyebabkan perlantikan orang-‐orang yang tidak berkelayakan.
3. Tingkah laku YAZID terkeluar daripada keperibadian Islam. 4. Tindakan Muawiyah yang
memungkiri janjinya dengan HASSAN BIN ALI ketika penyerahan kuasa dalam tahun penyatuan dahulu.(40-‐41H)
5. Penduduk Iraq (Kufah/Basrah) beranggapan Saidina HUSSAIN
BIN ALI lebih berhak menjadi khalifah.
PENDAPAT MUAWIYAH MENGENAI CARA PERLANTIKAN :
_ Muawiyah berpendapat keburukan lebih mudah berlaku jika dia tidak melantik pengganti sebelum kewafatannya.
-‐ Cara perlantikan seperti ini juga dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar As Siddiq dahulu ketika melantik Sayyidina Omar Al Khattab untuk menggantikannya; TETAPI perlantikan ini bukan berdasarkan keturunan seperti perlantikan YAZID.
BBNHA@2011
SURAT DARI KUFAH
Setelah kematian MUAWIYAH tersebar di Kufah , puak SYIAHsepakat menulis surat kepada SayyidinaHussain memintanya untuk menjadikhalifah di Kufah Surat dibalas Sayyidina Hussin dengan menyatakan dia akan menghantar sepupunya MUSLIM BIN UQAIL BIN ABI TALIB untuk meninjau keadaan di Kufah dahulu.
MUSLIM BIN UQAIL DI KUFAH
1. Khalifah Yazid bin Muawiyah melantik AN-‐NU’MAN sebagai wakil pemerintah di Kufah.
2. Muslim yang diutus untuk meninjau keadaan di Kufah pun menemui An-‐Nu’man, tetapi perkara ini diperhati oleh seorang penyokong fanatik Bani Umaiyah dan mengadukannya kepada khalifah Yazid Bin Muawiyah.
3. Oleh kerana itu,An-‐Nu’man disingkirkan dan diganti oleh UBAIDULLAH BIN ZAIYAD.
4. Ubaidullah diperintah untuk membunuh Muslim bin Uqail.
5. Sebelum Muslim dibunuh, berita tentang sambutan baik penduduk Kufah telah sampai pada Sayyidina Hussain.
PERISTIWA KARBALA
1. Berita ini membuatkan Sayyidina Hussain bertolak ke Kufah bersama 80 orang pengikutnya, walaupun ramai yang menasihatinya supaya jangan pergi.
2. Berita pembunuhan Muslim hanya sampai dipertengahan perjalanan sy.Hussain, peristiwa ini menyebabkan timbulnya perasaan ingin menuntut bela.
3. Di tengah perjalanan mereka bertembung dengan 1000 pasukan berkuda ,tetapi mereka tetap enggan berundur malahan menghala ke utara. 4. Akhirnya mereka bertemu dengan tentera yang diketuai oleh OMAR BIN
SAAD BIN ABI WAQQAS.
5. Berlakulah pertempuran pada 10 Muharram 61 H yang mengakibatkan Sy.Hussain terbunuh di KARBALA.
PEMBERONTAKAN DI MADINAH
1. Khalifah Yazid Bin Muawiyah menghantar wakil menemui Othman Bin Muhammad Bin Abu Suffian ( wakil pemerintah ) di Madinah.
2. Wakilnya di layan baik tetapi mereka memburukkan khalifah dan melantik ketua sendiri iaitu ABDULLAH BIN HANZALAH. 3. Khalifah dapat tahu, lalu mengutus AN NU’MAN BIN BASHIR
menasihati mereka.
4. An-‐Nu’man tidak berjaya, pemberontak bermaharajalela. 5. Khalifah menghantar 12,000 orang tentera ke tempat
bergelar HARRAH dan diketuai oleh MUSLIM BIN AQABAH. 6. Akhirnya penduduk Madinah menyerah kalah dan tentera
Yazid ( Muslim Bin Aqabah mengganas.
7. Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulhijjah tahun 63 Hijrah.
PEMBERONTAKAN MEKKAH
1. Selepas Pemberontakan Madinah muncul Pemberontakan Mekkah diketuai oleh ABDULLAH BIN ZUBAIR.
2. Muslim Bin Aqabah dihantar untuk menghapuskannya, tetapi di pertengahan jalan Muslim meninggal dunia.
3. Dia digantikan oleh Hussain Bin Numair.
4. Berlakulah pertempuran sengit sehingga Ka’abah rosak oleh lontaran Manjaniq.
5. Sedang pertempuran berlaku Yazid Bin Muawiyah meninggal dunia, Hussain menghentikan perang.
BBNHA@2011
KESAN PEMERINTAHAN YAZID
Yazid tidak berdaya melakukan sebarang penaklukan kerana disibukkan dengan pemberontakan-‐pemberontakan di zamannya TETAPI berja menyelamatkan kerajaannya dari di rampas pemberontak.
Pemerintahannya meninggalkan peristiwa hitam dalam sejarah kerajaan Islam dan semuanya dipertanggungjawabkan kepada Yazid dan TIGA PERISTIWA itu ialah :
• Sayyidina Hussain dibunuh dalam peristiwa Karbala.
• Pemberontakan muncul di Hijaz(Mekkah), Basrah(Iraq) dan Madinah. • Pencabulan terhadap tanah haram ( tanah suci Mekkah dan Madinah)
(3) KHALIFAH MUAWIYAH BIN YAZID 64 Hijrah
PERIBADI :
-‐Dikenali sebagai Muawiyah II
-‐ Seorang yangwarak dan taqwa, ahli ibadat dan cintakan perdamaian serta tidak berminat dengan politik.
-‐hanya beribadah selepas meletak jawatan sehinggalah kewafatannya.
WAFAT :
Ketika berusia 22 tahun pada tahun 64 Hijrah.
PERLANTIKANNYA:
-‐ Dilantik ketika berusia 21 tahun setelah mangkatnya ayahnya YAZID
-‐ Beliaumeletak jawatankerana tidakberminat dengan politik.
KEADAAN NEGARA DIZAMANNYA :
1. Setelah Yazid wafat,Hussain Bin Numair pulang ke Syam, Abdullah bin Zubair terus memerintah Hijaz. 2. Ubaidiullah bin Zaiyad kekal di Iraq dan cuba
mempengaruhi penduduk Iraq supaya me-‐ nyokongnya jadi khalifah tetapi tidak berjaya. Penduduk memulaukannya dan ada yang ber-‐ pihak pada
Abdullah Bin Zubair.
3. Penduduk Basrah berpecah belah ,semua perwakilan berpihak pada Abdullah HANYA Hassan Bin Malik (Palestin) yang masih memihak pada Bani Umaiyah. 4. Dalam kelam kabut, wakil Syam berjaya menawan
Damsyiq.
5. Akhirnya peyokong Umaiyah sepakat untuk melantik MARWAN BIN AL HAKAM
BBNHA@2011
(4) MARWAN BIN AL HAKAM BIN ABI AL ASH BIN UMAIYAH
64-‐65 HIJRAH
PERIBADI :
• Lahir pada tahun 2 Hijrah
• Bapanya Al Hakam memeluk Islam di hari pembukaan Mekkah, kerana itu dia berugama Islam sejak kecil. • Di zaman Khalifah Othman, dia menjadi setia usaha
khalifah dan sedarjat dengan Muawiyah bin Abu Suffian. • Di zaman Muawiyah , dia menjadi wakil pemerintah di
Madinah.
• Di lantik jadi khalifah diusia 70 tahun setelah kewafatan Muawiyah Bin Yazid.
• Walaupun hanya memerintah dalam tempoh 9 bulan 18 hari, dia telah berjaya mempertahankan Kerajaan Bani Umaiyah dari jatuh ketangan pemberontak.
• Sebelum dia meninggal, dia menentukan anaknya Abd Malik bin Marwan menjadi khalifah selepasnya mengikut langkah yang dibuat oleh Muawiyah Bin Abu Suffian.
PEPERANGAN MARAJ RAHIT:
1. Marwan dilantik menjadi khalifah ketika kerajaan Islam kelam-‐kabut dengan pemberontakkan. 2. DZAHHAQ telah menguasai Damsyiq dan ber-‐
markas di MARAJ RAHIT.
3. Marwan segera mengumpul penyokongnya, lalu menyerang Dzahhaqdi Maraj Rahit.
BBNHA@2011
(5)ABD MALIK BIN MARWAN BIN AL-‐HAKAM 65-‐68 HIJRAH
(DI KENALI SEBAGAI BAPA KHALIFAH)-‐ Kerana 4 orang anaknya menjadi Khalifah Kerajaan Bani Umaiyah
ZAMAN KEEMASAN/KEMUNCAK : 6. Abd Malik Bin Marwan 7. Al-‐Walid Bin Abd Malik Abd 8. Sulaiman Bin Abd Malik 9. Umar Bin Aziz
10. Yazid Bin Abd Malik
AL WALID SULAIMAN YAZID HISHAM
PERIBADI :
1.Lahir di Madinah,tahun 26 Hijrah. 2.Pintar akal fikiran seperti Muawiyah.
3.Ahli Kesusasteraan yang handal dan alim dalam ilmu Fiqeh, Penghafal Al Quran dan Ahli Tafsir dan Hadith. (orang yang berilmu)
4.Suka mendampingi ulama dan ahlipolitikyang handal. 5.Teknik pemerintahan-‐menghapus pemberontak dan membuat pembangunan Negara.
6.Wafat pada pertengahan bulan Syawal tahun 86 H bersamaan 9 Oktober 705 Masihi di Damsyiq setelah memerintah lebih kurang 21 tahun.
LANGKAH MENGHAPUSKAN PEMBERONTAKAN
Menghantar panglima-‐panglima handal menentang pemberontak.
Turut serta memerangi dan menghapuskan pemberontak
Memberi amaran keras kepada penentangnya dengan hukuman keras.
BBNHA@2011
JASA-‐JASA KHALIFAH ABD MALIK BIN MARWAN:
1. Menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa Rasmi. 2. Mengeluarkan matawang bercop mohor khalifah
dan berukir perkataan
3. Memperbaiki sistem pengangkutan dan pos.
4. Membina pengkalan di Tunisia untuk angkatan tentera.
5. Membina mahkamah khas bagi kakitangan kerajaan yang menyeleweng.
6. Membina semula Ka’abah yang rosak ketika perang menentang Abdullah Bin Zubair.
7. Mengadakan system sukatan dan timbangan yang lebih baik.
8. Memperbaiki dan membina sistem terusan untuk menyalurkan Sungai Paylah dan Sungai Furat ke pendalaman.
9. Mengambil berat hal bangunan indah terutama dikota.
PEMBERONTAK DI ZAMAN ABD MALIK
SYIAH AL MUKHTAR ABDULLAH BIN ZUBAIR
(1) PEMBERONTAKAN SYIAH DAN PEPERANGAN AIN WARDAH.
1. Langkah pertama khalifah ialah menghapuskan SY-‐ IAH .
2. Khalifah mengutus tentera dipimpin oleh ABDULLAH BIN ZIAD untuk menentang SULAIMAN BIN SARAD AL-‐KUZAI’E yang memimpin 6,000 orang SYIAH. 3. Perng berlaku di Ain Wardah .
4. Pihak SYIAH kalah, SULAIMAN dibunuh.
(2) PEMBERONTAKAN AL-‐MUKHTAR BIN ABI’UBAID 1. Dia menggelar dirinya Imam Mahdi yang membela kematian Sayyidina Hussain di Karbala.
2. Al-‐Mukhtar menentang pemerintahan Khalifah Abd Malik Bin Marwan di Syam dan Abdullah Bin Zubair di Hijaz.
3.Al-‐Mukhtar menghantar Ibrahim bin Ashtar untuk menentang Ubaidillah Bin Zubair yang sedang menyerang Kufah ( Iraq) .
4.Ubaidillah mati dibunuh danpihak Al-‐Mukhtar (Ib-‐ rahim) menang.
BBNHA@2011
PEMBERONTAKAN ABDULLAH BIN ZUBAIR DI MEKKAH (HIJAZ)
64-‐73 Hijrah
1. Abdullah Bin Zubair meminta saudaranya Mas’ab Bin Zubair menjadi wakilnya di Basrah (Iraq).
2. Beberapa orang berpengaruh dari Kufah menemui Mas’ab dan memintanya tunduk kepada Al-‐Mukhtar.
3. Sebaliknya Mas’ab menyerang Kufah hingga Al-‐Mukhtar mati dibunuh.
4. Kufah( Iraq)kembali di bawah kekuasaan Abdullah bin Zubair.
5. Memandangkan kegagahan Mas’ab, Khalifah Abd Malik sendiri turut serta menyerang Kufah.
6. Mas’ab terbunuh, Kufah kembali di bawah kekuasaan Khalifah AbdMalikBin Marwan. 7. Hanya Hijaz (Mekkah) sahaja yang masih
kekal di bawah pemerintahan Abdullah Bin Zubair.
AL HAJJAJ BIN YUSOF AT THAQAFI MENYERANG HIJAZ (MEKKAH) 1. Pada tahun 72 Hijrah , khalifah Abd Malik menghantar Al Hajjaj Bin
Yusof At-‐Thaqafi menyerang pemerintahan Abdullah Bin Zubair di Hijaz.
2. Al-‐Hajjaj menyerang tentera Mekah dengan lontaran Manjaniq sehingga tentera Mekah kacau –bilau dan berpihak kepada Al-‐Hajjaj termasuk anak Abdullah : Habib dan Hamzah.
3. Abdullah diminta menyerah kalah,lalu meminta pendapat ibunya Asma Binti Abu Bakar As Siddiq dengan pertanyaan patutkah dia menyerah kalah atau patutkah dia berjuang, kerana jika kalah dia pasti dimalukan.
4. Ibunya menasihatinya berjuang, lalu ia berjuang hingga terbunuh. Kepalanya di penggal dan badannya digantung disisi ka’abah. 5. Al-‐Hajjaj dilantik jadi wakil khalifah Abd Malik di Madinah dan di
Mekah pada tahun 75 Hijrah, setelah Mekah diperintah oleh Abdullah Bin Zubair selama 9 tahun (64-‐73 Hijrah)
6. Al-‐Hajjaj kemudiannya di hantar menjadi wakil di Iraq. Di Iraq,beliau melakukan keganasan terhadap penduduk Kufah dan Basrah.
7. Sikapnya itu menimbulkan kemarahan Khawarij.Pertumpahan darah berlaku tanpa dapat di kawal oleh Khalifah Abd Malik.
8. HANYA disaat akhir, barulah Al-‐Hajjaj Berjaya mematahkan serangan golongan Khawarij.
9. Sejak itu barulah reda kembali pemberontakan di zaman Abd Malik.
BBNHA@2011
(6) KHALIFAH AL-‐WALID BIN ABD MALIK 86-‐96 HIJRAH
PERIBADI :
1. Lahir tahun 50 Hijrah
2. Tidak jauh berbeza dengan bapanya Abd Malik ,malah lebih lembut.
3. Berjiwa rakyat dan mencintai seni , terutama sastera. PERLANTIKANNYA :
1. Dilantik dihari kewafatan bapanya Khalifah Abd Malik Bin Marwan.
2. Selepas pengebumian bapanya, beliau terus ke Masjid Damsyiq dan berkhutbah di sana.
3. Sebaik selesai berkhutbah, orang berkumpul membai’atkannya secara rasmi menjadi khalifah.
4. Al-‐Walid merupakan khalifah Bani Umaiyah yang paling berjasa dalam pembangunan Negara dan penaklukan. 5. Al Walid meninggal pada pertengahan bulan Jamadil
Akhir tahun 96 Hijrah ( 25 Februari 715 Masihi) ketika berumur 43 tahun.
6. Memerintah selama 9 tahun 8 bulan.
FAKTOR KEJAYAAN PEMERINTAHAN.
(1) KEADAAN POLITIK DALAM NEGARA YANG STABIL & AMAN -‐semua pemberontak telah pun pemerintahan bapanya.
-‐Al Walid boleh menumpukan perhatiannyamengembangkan Islam.
(2) ADANYA PAHLAWAN YANG BIJAK DAN GAGAH seperti Musa Bin Nusair,
Tariq Bin Ziyad & Al-‐Hajjaj Bin Yusof At-‐Thaqafi
(3) KEADAAN EKONOMI NEGARA YANG STABIL DAN KUKUH.
-‐ Di sebabkan keamanan ,rakyat dapat bekerjauntuk meningkatkan ekonomi sendiri dan juga Negara.
(4) KHALIFAH SENDIRI MEMILIKI SIFAT TERPUJI
(5) ADANYA ANGKATAN PERANG YANG KUAT DAN TERATUR
BBNHA@2011
PERLUASAN JAJAHAN & PENAKLUKAN DI ZAMAN AL –WALID Atau 5 Kejayaan Penaklukan ketika pemerintahannya.
Atau
Di TIMUR
-‐Sempadan China dan India :Mukram ,Sind dan lembah Indus, dari Multan ke Selatan Punjab, Asia Tengah,Bukhara dan sekitarnya.
DI BARAT
Maghribi (morocco), kawasan laut Afrika hingga Eropah termasuk Sepanyol
5 KEJAYAAN DI BIDANG PEMBANGUNAN
(1)Membaharui Masjid Quba, Masjid Mesir dan Baitul Maqdis.
(2) Masjidil Haram dan Masjid Nabawi diperluas dan di perindah
(3) Masjid Umawi ditukar jadi Universiti Damsyiq
(4) Rumah Sakit dan Perubatan percuma di beri-‐ kan
(5) Rumah tumpangan bagi Musafir dan anak Yatim disediakan.
BBNHA@2011
PANGLIMA HANDAL DI ZAMAN PEMERINTAHAN AL WALID : Al-‐Walid beroleh kejayaan di bidang penaklukan hasil kerjasama beberapa orang panglima perangnya yang mahsyur.
(1) MUHAMMAD AL-‐QASIM
Memulakan penaklukan ke atas Sind sejak zaman Abd Malik Bin Marwan.
(2) QUTAIBAH BIN MUSLIM
-‐ Qutaibah memerintah Khurasan sebagai wakil Al-‐Hajjaj.
-‐Tahun 92H; dia berjayamenakluk hingga ke Bukhara
-‐Tahun 93 H,dia menakluki Khawarizam hingga Samarkand.
-‐Tahun 94 H, dia menawan Khsyar , di sini ia berutusan dengan maharaja China TETA-‐ PI hubungan ini terhenti dengan mening-‐ galnya Khalifah Al-‐Walid.
(3) TARIQ BIN ZIYAD & PENAKLUKANSEPANYOL
• Tariq Bin Zaid merupakan panglima perang di bawah Musa Bin Nusair. • Dia ditugaskan untuk mewakili Musa memerintah Tangiers yang berjaya ditaklukinya di Utara Afrika.
• Seorang putera bangsa Goth (dari Sepanyol) telah menemui Tariq ketika dia memerintah Tangiers bertujuan meminta bantuan untuk mengalahkan rampasan kuasa Roderick.
• Tahun 710 M , Tariq menghantar 500 orang bangsa Barbar meninjau keadaan Sepanyol.
• Tahun 711 Masihi, Tariq memimpin 7000 tentera Islam menyeberang laut tengah dan mendarat diSelatan Semenanjung Sepanyol yang kemudian di-‐ namakannya JABAL TARIQ (Gilbratar)
• Setelah semua tenteranya mendarat Tariq, membakar kapal perang mereka dan berpidato dengan penuh semangat pada tenteranya dan member plilihan sama ada untuk mati sebagai perwira di medan perang atau mati sebagai Pengecut (terjun ke Laut)
• Setelah tenteranya bersemangat mereka pun pergi ke beberapa kota antaranya Malaga,Granada,Cordova dan Toledo dengan bantuan tentera Goth.
• Kejayaan Tariq menimbulkan kedengkian Musa bin Nusair.
BBNHA@2011
(4) MUSA BIN NUSAIR
-‐ Seorang Panglima perang Khalifah Al-‐Walid yang bertugas di utara Afrika.
-‐ Dia berjaya meluaskan pemerintahan hingga ke persisiran Lautan Atlantik di Barat Laut Afrika. -‐ Dia akhirnya dilantik jadi Governor untuk seluruh Afrika Utara.
-‐Setelah Tangiers ditakluki, ia melantik panglima perangnya Tariq Bin Ziyad sebagai pemerintah di situ. MUSA & PENAKLUKAN SEPANYOL
• Tahun 712 , Musa membawa 10,000 orang Arab belayar ke Sepanyol. • Sesampai di Sepanyol, Roderick telah pun dikalahkan oleh Tariq.
• Musa meneruskan penaklukannya ke kota Medina,Sedonia, Seville dan Merida.
• Akhirnya pada tahunm 713 Masihi,seluruh Sepanyol jatuh ke tangan Musa dan Tariq telah pun disingkirkan dengan alasan melanggar perintahnya sebagai ketua Afrika Utara.
• Apa yang berlaku pada Tariq, akhirnya menimpa Musa Bin Nusair,Khalifah Al Walid telah memerintahnya pulang ke Damsyiq atas alasan melanggar perintah khalifah.
• Sebelum pulang, musamemerintah anaknya Abd Aziz bin Musa memerintah Sepanyol. • Berangkatlah Musa dengan membawa harta rampasan perang.
• Sampai di Damsyiq, khalifah Al Walid sedang gering ,saudaranya Sulaiman Bin Abd Malik menjadi pemangku khalifah
• Sebelum Musa meninggalkan Sepanyol, Sulaiman telah mengutus surat supaya jangan membawa harta rampasan itu pulang ke Damsyiq agar harta itu menjadi miliknya setelah ia menjadi khalifah.
• Kerana itulah Musaakhirnya dipenjara dan hartanya dirampas serta anaknya Abd Aziz dilucutkan jadi pemerintah Sepanyol.
BBNHA@2011
(7) KHALIFAH SULAIMAN BIN ABD MALIK 96-‐99 HIJRAH
PERIBADI :
(1) SEBELUM JADI KHALIFAH
• Seorang yangbergaul dengan golongan berakhlak dan tidak berakhlak menyebabkan dia bersifat kekadang terpuji kekadang buruk perangai.
(2) SETELAH MENJADI KHALIFAH
• Terpengaruh dengan kebendaan dan bersifat hasad dengki sehingga membunuh panglima-‐panglima berpengaruh kerana iri hati.
• Bertindakmelulu dan tidak menghargai nasihat rakan, suka kemewahan, hiburan dan berfoya-‐ foya dengan perempuan cantik. PERLANTIKANNYA :
Dilantik setelahsaudaranya Al-‐Walid meninggal WAFAT :
Pada hari Juma’at bulan Safar tahun 99 Hijrah ketika berusia 45 tahun setelah memerintah selama 2 tahun 8 bulan
CORAK PEMERINTAHAN KHALIFAH SULAIMAN ;
(1) Membunuh panglima-‐panglima berjasa seperti Muhammad Al Qasim dan Qutaibah bin Muslim.
(2) Memecat semua pegawai-‐pegawai yang bersubahat dengan abangnya Al Walid yang hendak melantik Abd Aziz bin Al Walid (tetapi Abd Aziz meninggal dunia)
(3) Musabin Nusair dipenjara,di buang negeri ke Madinah dan akhirnya di bunuh setelah hartanya di rampas.
(4) Membebaskan orang-‐orang yang dipenjara oleh Al-‐Hajjaj.(Khawarij)
BIDANG PEMBANGUNAN ;
Tiada sebarang pembaharuan, hanya berjalan menurut rancangan yang di-‐ usahakan oleh Al-‐Walid.
BBNHA@2011 BIDANG PENAKLUKAN : (1) Selatan Perancis :
• Panglima perang Al-‐Hur Bin Rahman( yang menggantikan Musa bin Nusair & Abd Aziz Bin Musa) di Sepanyol telah berjaya meredah banjaran gunung Pyrennes (Sempadan Sepanyol dan Perancis)
• Dia Berjaya menakluki daerah lembah Garonne (Garonne Valley) di selatan perancis dalam Tahun 717 Masihi.
(2) Jurjan /Tabaristan :
• Wakil pemerintah di Khurasan , Yazid Bin Al Muhallab Berjaya menakluki dua tempat ini.
(3) Kota Constantinople & General Leo :
• General Leo, panglima perang Rom Timur di Constantinopletelah dilucutkan jawatannya.
• Kerana marah , dia pergi ke Damsyiq untuk menemui khalifah Sulaiman bagi menawarkan diri sebagai penunjuk jalan bagi menawan Constantinople.
• Khalifah Sulaiman Bin AbdMalik menyediakan tenteranya di bawah pimpinan saudaranya Masalmah Bin Abd Malik untuk menyerang Constantinople.
• Ketika itu maharaja Rom Timur meninggal, berita ini menggembirakan orang-‐orang Islam.
• Hal General Leo belot,diketahui oleh orang Rom. Mereka memujuk General Leo untuk berpihak pada mereka dengan menjanjikan takhta maharaja.
• Oleh kerana General Leo telah mengetahui taktik yang sudah diatur oleh tenteraIslam ketika bersama mereka, mu-‐ dahlah diamenewaskan tenteraIslam.
• Serangan ketiga ke atas Constantinople gagal lagi. (Pertama & Kedua :ketika pemerintahan Muawiyah)
BBNHA@2011
(8) KHALIFAH OMAR BIN ABD AZIZ 99 – 101 Hijrah
PERIBADI ;
• Nama sebenarnya : Omar Bin Abd Aziz Bin Marwan Bin Al-‐Hakam.
• Ibunya : Ummu Assim binti Omar Bin Al-‐Khattab. • Cucu kepada Saidina Omar dan Marwan Al Hakam. • Sejak muda dia terkenal dengan sifat lemah lembut,
warak dan taqwa.
• Kuat beribadah danmembaca Al Quraan.
• Sentiasa merendah diri, pemaaf dan melayan rakyat dengan baik.
• Pakaiannya serba sederhana, tidak gemar berlagak, jauh dari sikap sombong / takbur.
• Semasa kecil terdidik di Madinah,di sinilah dia mendalami ilmu fiqh dan Hadith.
• Ketika Al-‐Walid memerintah ; dia menjadi wakil pemerintah di Madinah dan membaharui pembinaan masjid Nabawi.
PERLANTIKANNYA:
atas wasiat bertulis Khalifah Sulaiman Bin AbdMalik yang memintanya menjadi khalifah dan selepas itu dihendaklah dilan-‐ tik Yazid Bin Abd Malik
Dikenali sebagai ‘WALI BANI UMAIYAH’ Kerana : I. Peribadinya yang tegas, bertaqwa, adil dan
berbudi luhur.
II. Tidak gemar kepada kemewahan dan menyamakan dirinya dengan rakyat biasa.
III. Bencikan pertumpahan darah dan cintakan kedamaian.
IV. Tidak mahu pengawal peribadi.
V. Banyak membelanjakan wang Negara untuk fakir miskin, membina hospital dan masjid serta berusaha mengumpul hadith.
KEWAFATANNYA:
Tahun 101 Hijrah setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan.
BBNHA@2011
PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR BIN ABD AZIZ DAN JASA-‐JASANYA
SUDUT PEMBANGUNAN DAN PENAKLUKAN
Tiada pembangunan baru dan penaklukan baru KERANA :
• Beliau tidak suka perang,
• Tidak membezakan antara bangsa Arab dan bangsa Parsi berbeza dengan kebanyakan khalifah Bani Umaiyah yang mementingkan bangsa Arab.
• KESANNYA:
• Golongan penentang ( Khawarij ) membentuk pakatan sulit menentang Bani Umaiyah.
• Golongan Syiah bergabung dengan Bani Abbas memperjuangkan un-‐ tuk mengembalikan hak khalifah kepersukuan Bani Hashim ( ke-‐ turunan Rasulullah )
KEMAJUAN-‐KEMAJUAN & USAHA YANG DILAKUKANNYA ;
1. Menukar pegawai lemah yang dilantik Khalifah Sulaiman kepada pegawai yang cekap.
2. Memperbaiki hubungan Syiah dengan Bani Umaiyah.
3. Mubaligh-‐mubaligh dihantar ke India,Turki dan untuk kaum Barbar di Afrika.
4. Memerintahkan Muhammad Bin Abu Bakar untuk mengumpul dan membukukan hadith Nabi SAW. 5. Cukai yang tinggi dihapuskan. 6. Hukuman bunuh akan lebih dahulu
diteliti oleh Khalifah Omar Bin Abd Aziz.
KESAN KEADILAN DAN SIKAP UMAR BIN ABD AZIZ
Sifat khalifah Umar yang adil telah menimbulkan kesan POSITIF ke atas rakyat, antaranya :
1. Rakyat bebas dari pengaruh kebendaan yang melalaikan. 2. Rakyat merasa cukup dan ber-‐
syukur dengan apa yang ada. TETAPI meninggalkan kesan negatif terhadap politik negara kerana:
-‐golongan Abbassiah mengadakan gerakan sulit untuk menjatuhkan Kerajaan Bani Umaiyah.
BBNHA@2011
JASA-‐JASA KHALIFAH UMAR BIN ABD AZIZ
1. Menanam sikap berbaik-‐baik sesama umat Islam ( tidak kira bangsa Arab atau bukan Arab) 2. Melepaskan tahanan politik kecuali pembunuh.
3. Menarik balik kuasa membunuh dari wakil pemerintah yang diberikan oleh khalifah terdahulu. Beliau menjalankan kerja ini dan tidak sewenang-‐wenangnya melakukan pembunuhan kecuali Qisas ( hukum bunuh balas bunuh)
4. Wakil pemerintah banyak yang dilucutkan kecuali mereka yang bertaqwa.
5. Menarik balik cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam bagi menarik hati mereka.
6. Menghapuskan cacian terhadap sayyidina Ali dalam khutbah Juma’at ( yang dimulakan oleh Muawiyah Bin Abu Suffian) dan digantikan dengan satu ayat menyeru berbuat baik dan larangan melakukan keja-‐ hatan yang kekal dalam khutbah Juma’at hingga ke hari ini.
7. Menggalakkan pengajian ilmu Al Quraan dan Hadith.
8. Membina rumah persinggahan di tempat jauh untuk musafir.
BBNHA@2011
(9) KHALIFAH YAZID BIN ABD MALIK 101-‐105 HIJRAH
PERIBADI ;
1. Beliau ialah Yazid bin Abd Malik bin Marwan bin Al-‐Hakam dan lahir pada tahun 65 Hijrah.
2. Dikenali sebagai Yazid II kerana sikap-‐ nya yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan tugasnya sebagai khalifah.
3. Beliau menggemari arak, bercumbu dengan dayang-‐dayang istana dan penari-‐penari jelita dalam majlis maksiat.
4. Meninggal di usia 38 tahun, bulan Sya’aban tahun 105 Hijrah setelah memerintah selama 4 tahun 1 bulan. PERLANTIKANNYA :
Ditentukan oleh Khalifah Sulaiman bin Abd Malik selepas pemerintahan khalifah Omar bin Abd Aziz.
KEADAAN NEGARA DI ZAMANNYA
POLITIK DALAM NEGARA
-‐ Muncul pemberontakkan di Basrah oleh Yazid Bin Muhallab. -‐ Yazid bin Muhallab merupakan
kurungan politik yang dilepaskan oleh Khalifah Umar Bin Abd Az-‐ iz.
-‐ Tentera Yazid Al-‐Muhallab berjaya menawan Al-‐Ahwaz. -‐ Khalifah Yazid menghantar
saudaranya Masalamah Bin Abd Malik menentang pemberontak -‐ Yazid Al-‐Muhallab dan Hibba
Al-‐Muhallab kalah.
EKONOMI NEGARA
-‐ Menjalankan semula cukai yang dihentikan oleh Khalifah Umar TETAPI cukai tersebut digunakannya untuk diri sendiri menyebabkan rakyat benci.
PENAKLUKAN :
1. Cuba menakluk Khazar tetapi tidak berjaya.
2. Armenia berjaya ditakluki oleh Al-‐ Jarrah bin Abdullah.
3. Selatan Perancis tidak Berjaya di takluki kerana Duke Eudo Berjaya mengalahkan As-‐Samah bin Abdullah
BBNHA@2011
(10) KHALIFAH HISHAM BIN ABD MALIK 105-‐125 Hijrah
PERIBADI :
-‐ Beliau ialah Hisham bin Abd Malik bin Marwan Bin Al-‐Hakam.
-‐ Lahir tahun 92 Hijrah.
-‐ Beliau seorang yang lembut tutur kata, berbudi bahasa serta pandai menjaga tarafnya sebagai seorang khalifah. -‐ Tidak sombong dan bongkak
dengan kedudukannya.
-‐ Beliau wafat dalam bulan Rabi’ul Akhir tahun 125 Hijrah setelah memerintah hampir 11 tahun.
PERLANTIKANNYA :
Ditentukan oleh Khalifah Yazid sebe-‐ lum wafatnya dengan menetukan penggantinya iaitu Al-‐Walid Bin Yazid.
KEADAAN NEGARA DI ZAMAN PEMERINTAHANNYA
PENAKLUKAN :
1. Al-‐Hur Bin Abd Rahman ber-‐ jaya menakluk selatan Perancis.
2. Abd Rahman bin Abdul-‐ lah Al-‐Ghafiqi berjaya masuk ke tanah besar Perancis hingga ke Tours. Mereka ditentang pemerintah perancis Charles Matel dan menerima kekalahan.
POLITIK DALAM NEGARA ;
-‐ Gerakan pemberontak muncul semula di Iraq ,Khurasan dan Morocco (Syam)
-‐ Pemberontakan ini dicetuskan oleh 3 golon-‐ gan ;iaitu :
1. KHAWARIJ : Muncul semula di Iraq TETAPI berjaya di patahkan oleh tentera Hisham dan muncul lagi di Syam dengan kerjasa kaum Bar-‐ bar tetapi Berjaya dikalahkan oleh wakil pemerintah Afrika Utara.
2. SYIAH : Zaid bin Ali Zainul Abidin bin Hussain mengetuai Syiah tetapi berjaya dikalahkan 100 tahun kemudian golongan keturunan Zaid
ini berjaya menubuhkan pemerintahan di Ya-‐ man.
3. BANI HASHIM : Di pimpin oleh Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.
Bersekutu dengan Syiah untuk mengembali-‐ kan hak khalifah ke persukuan Bani Hashim (keturunan Nabi SAW)
Gerakan ini akhirnya berjaya menamatkan pemerintahan KBU pada tahun 50 H
BBNHA@2011
1. Selepas khalifah Hisham Bin Abd Malik, menurut perjanjian takhta khalifah hendaklah diserahkan kepada Al-‐Walid Bin Yazid , yang kemudiannya di berikan kepada Yazid Bin Al-‐Walid dan Ibrahim Bin Al-‐Walid.
2. Berlaku perlantikan dua putera mahkota dalam satu masa iaitu Yazid dan Ibrahim Bin Al-‐Walid. 3. KEADAAN NEGARA :
-‐ Khalifah Al-‐walid Bin Yazid, Yazid bin Al-‐walid dan Ibrahim bin Al-‐Walid tidak mengambil berat hal Negara. Semua hanya menghiraukan diri sendiri.
-‐ Ada yang leka dengan pangkat dan kekayaan, berhibur dengan wanita, berkelahi sesame sendiri kerana berebut pengaruh. -‐ Keadaan ini menimbulkan pemberontakkan dalam Negara.
KERAJAAN BANI UMAIYAH SELEPAS PEMERINTAHAN KHALIFAH HISHAM 125-‐132 HIJRAH / 743-‐750 MASIHI
(khalifah ke 11-‐13)
(14) KHALIFAH MARWAN BIN MOHAMMAD (MARWAN II)
1. Selepas tiga orang khalifah ini , muncul seorang khalifah berkebolehan iaitu Marwan Bin Mohammad.
2. Marwan Berjaya menjadi khalifah setelah Berjaya mengalahkan Khalifah Ibrahim Bin Al-‐Walid dalam satu perebutan kuasa dalam tahun 126 Hijrah.
3. Malangnya, kedatangan Marwan II sebagai pahlawan cekap sudah terlambat kerana pemberontak telah bersedia dengan kekuatannya dan akhirnya berjaya menyingkirkan Marwan II.
BBNHA@2011
1. HUSSAIN BIN ALI
Beliau ialah Husain bin Ali bin Abi Talib, ibunya bernama Fatimah binti Muhammad sallahhu’alaihiwassalam. Dilantik menjadi khalifah setelah abangnya Hassan meletak jawatan di tahun penyatuan (Amul Jama’ah). Hussain berangkat dari Madinah ke Kufah setelah menerima jemputan penduduk Kufah yang memintanya menjadi khalifah selepas kematian Muawiyah bin Abu Suffian. Hussain telah ditentang oleh Yazid bn Muawiyah dan akhirnya mati terbunuh dalam satu serangan hendap di Karbala pada 10 Muharram.
2. HAJJAJ BIN YUSOF
Beliau seorang panglima perang yang terkenal dalam masa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, dan dilantik menjadi gabenor di Hijaz. Berjaya meluaskan pengaruh Islam pada masa pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik. Pada masa pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik beliau menjadi gabenor di Iraq.
Beliau mententeramkan pemberontakan Khawarij dan menghancurkan Syiah di Kufah, dan berjaya menghapuskan pemberontakan Abdullah bin Zubair. Orang yang pertama mengadakan tempat-tempat maksiat di Iraq yang telah dibasmi oleh khalifah Omar bin Abdul Aziz. Walau bagaimanapun beliau adalah orang yang pertama membuat tanda-tanda bacaan dalam Al-Quran.
BBNHA@2011
3. ABDULLAH BIN ZUBAIR
Beliau ialah Abdullah bin Zubair bin Al-Awwam, bapanya adalah salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi Mu-hammad sallahhu’alaihiwassalam, ibunya bernama Asma’ binti Abu Bakar Al-Siddiq. Seorang yang baik budi pekerti dan alim dalam hukum-hakam agama. Menentang kezaliman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dan bangun memimpin pemberontakan diMekah.
Berjaya memerintah Mekkah selama 9 tahun, setelah Hussain Bin Numair (panglima perang utusan Khalifah Yazid Bin Muawiyah) menghentikan peperangan ke atas Abdullah setelah kematian khalifah. Abdullah bin Zubair akhirnya Ber-jaya di kalahkan oleh Al-Hajjaj Bin Yusof At-Thaqafi.
4. ABDUL RAHMAN AD-DAKHIL
Beliau ialah pengasas kerajaan Bani Umaiyah kedua di Sepanyol dari tahun 138-372H bersamaan dengan 760-794M. Dia dilahirkan pada tahun 116 hijrah bersamaan dengan tahun 378 masehi. Nama sebenarnya Abdul Rahman bin Muawiyah bin Hisham, cucu kepada khalifah Hisham bin Abdul Malik, iaitu khalifah yang ke 10 kerajaan Bani Umaiyah.
Digelar Abdul Rahman Ad-Dakhil yang bererti Abdul Rahman yang baru masuk kerana beliau baru masuk ke Sepanyol dan terus memerintah di sana. Beliau seorang yang bijak, bersopan, gagah perkasa, dan mempunyai pan-dangan yang luas dan terkenal kerana ilmu pengetahuannya.
Berjaya mendirikan Kerajaan Baru Bani Umaiyah di Sepanyol semasa pemerintahan Abu Jaafar bin Al-Mansor ketika pemerintahan Kerajaan Bani Abasiyah. Beliau mengisytiharkan dirinya merdeka daripada pemerintahan Abbasiyah. Memerintah sebagai khalifah di Sepanyol selama 21 tahun yang menggelarkan dirinya sebagai Amir sehinggalah ia wafat pada tahun 172 hijrah bersamaan 794 masehi. Dia menjadikan Cordova sebagai pusat pemerintahan.
BBNHA@2011 Tokoh-tokoh lain:
5. Abd Rahman Bin Abdullah Al-Ghafiqi.
Beliau adalah seorang pemimpin tentera Islam yang gagah dan berani memimpin gerakan operasi secara besar-besaran di Selatan Perancis di samping Al-Hur Bin Rahman dan As-Samah Bin Abdullah. Beliau memimpin tentera Islam masuk ke tanah besar/perancis hingga ke Tours dalam usaha meluaskan jajahan takluk ke benua Eropah. Tetapi kemaraan beliau dihalangi oleh Charles Martel (pemerintah Perancis)
6. Musa Bin Nusair. 7. Tariq Bin Ziad. 8. General Leo . 9. Roderick .
CORAK PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
1. Menjadikan jawatan Khalifah sebagai warisan keluarga dan sistem monarki yang tidak pernah diamalkan oleh Khulafah Ar-Rasyidin.
2. Mengutamakan keturunan bangsa Arab dan mengenepikan keturunan lain.
3. Jawatan-jawatan dalam kerajaan hanya diberikan kepada orang-orang Arab dan keluarga khalifah sahaja, walaupun ada orang lain yang lebih bijak.
4. Mementingkan keduniaan dalam pemerintahan, memperkenalkan sistem dan adat istiadat dalam istana yang memisahkan rakyat dan pemerintah.
5. Mementingkan kekuatan angkatan tentera, terutama tentera laut seperti melengkapkan kapal pe-rang.