• Tidak ada hasil yang ditemukan

B1 Inti Sari Sejarah 4 Full Version Copy

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "B1 Inti Sari Sejarah 4 Full Version Copy"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

Tamadun awal01-02

Tamadun awal dunia 03-04

Zigurat 05 Sumbangan tamadun 06 Tamadun Hwang Ho 07 Kepentingan/kegunaan/fungsi 08 Bandar terancang 09-10 Tamadun Yunani 11

Demokrasi dan Republik 12

Sumbangan pemerintahan 13-14

Ciri-ciri demokrasi 15

Sumbangan ekonomi 16

Sumbangan pendidikan 17-18

Sumbangan seni bina 19-20

Ciri-ciri sistem sosial 21

Agama utama dunia 22

Agraria dan maritim 23-24

Agama Hindu & Buddha di Asia Tenggara 25

Islam di Tanah Melayu & Asia Tenggara 26

Candi Angkor Wat 27

Candi Borobudur 28

Fungsi candi 29

Agama Hindu/Buddha dan Islam 30

Aspek kesenian dan kesusasteraan 31

Tulisan dan bahasa 32

Kesan pengaruh Islam… 59

Ciri-ciri pendidikan tidak formal 58

Ciri-ciri pendidikan formal 57

Peranan ulama sebarkan Islam 56

Peranan pedagang sebarkan Islam 55

Teori kedatangan Islam… 54

Khalifah 46

Sumbangan khalifah 47-48

Kerajaan Bani Umaiyah… 49

Kerajaan Turki Uthmaniyah… 50

Perkembangan dan pembentukan… 51-52

Pertembungan tamadun Islam… 53

Perjanjian Aqabah dan Hudaibiyah 40

Hijrah 41-42

Piagam Madinah 43

Prinsip-prinsip peperangan Islam 44

Kota Makkah… 45

Ciri-ciri masyarakat jahiliah 34

Ciri-ciri sistem kabilah… 35

Biodata Nabi Muhammad SAW 36

Berlawanan dengan ajaran Islam 37

Masyarakat jahiliah 38

Kemunculan tamadun Islam 39

Ciri-ciri peralihan zaman… 60

Sistem Feudal dan Revolusi Pertanian … 61-62

Faktor/sebab Renaissance 63 Kesan Renaissance 64 Reformation 65-66 Penjelajahan 67-68 Revolusi Pertanian 69 Revolusi Perindustrian 70 Dwiekonomi73

Getah dan bijih timah 74

Kemasukkan imigran ke Tanah Melayu 75

Imigran di Tanah Melayu 76

Kejayaan syarikat Eropah 77

Dasar British 78

Undang-undang tanah British 79

Pertanian tradisional 80

Perbandaran 81

Konsep masyarakat majmuk 82

Institusi kewangan 83

Perkembanga institusi bank84

Revolusi Perindustrian 71

(2)
(3)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Jelaskan

unsur

yang

dipentingkan

oleh

Islam

dalam

pembinaan

tamadun ?

Maksud tamadun telah diberi pelbagai tafsiran oleh dunia Barat dan Islam. Tiada kata sepakat di kalangan sejarahwan untuk merumuskan maksud tamadun.

(4)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Nyatakan

pandangan

Ibn

Khaldun

tentang

kehidupan

bertamadun.

Ibn Khaldun nama sebenarnya ialah Abd. al-Rahman Ibn Muhammad. Beliau lahir di Tunisia dan merupakan pemikir yang unggul, ahli sejarawan dan sosiologi Islam. Karya terkenal beliau ialah ‘Muqaddimah’ yang telah menjadi rujukan sarjana Barat dalam bidang sosiologi, antropologi dan sejarah.

(5)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

maksud

tamadun

mengikut

pandangan

Profesor

Syed

Naquib

al-Attas ?

Syed Muhammad Naquib al-Attas lahir di Bagor, Indonesia. Pendidikan awal pada usia 5 tahun di Johor dan semasa pendudukan Jepun beliau belajar bahasa Arab di Madrasah al-Urwatul-Wuthqa. Pendidikan tertinggi beliau bermula di Universiti Malaya diikuti Mc Gill Universiti Montreal, Kanada dan Universiti of London. Beliau turut menubuhkan International Institute of Islamic Thought and Cevilization (ISTAC) di Kuala Lumpur pada 1987.

(6)
(7)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Nyatakan

dua

kerajaan

awal

yang

terbentuk

dalam

tamadun

Mesopotamia.

Setiap Negara Kota kebiasaannya mempunyai keluasan seribu hingga dua ribu batu persegi dengan jumlah penduduk seramai 30 hingga 35 ribu orang. Negara kota merupakan kerajaan yang berdaulat yang mempunyai unit politiknya yang tersendiri dan rakyatnya akan bersatu tenaga untuk berperang menentang musuh.

(8)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Namakan

dua

buah

sungai

yang

telah

menyumbang

kepada

pembentukan

tamadun

Mesopotamia

Pembentukan tamadun Mesopotamia terbahagi kepada bahagian utara dan selatan bandar Bagdad, Iraq. Namun pertumbuhan tamadun ini bermula di wilayah selatan, iaitu Sumer. Kehadiran orang Sumeria yang membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan membolehkan mereka mengawal pengaliran air sungai. Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.

(9)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

maksud

sistem

pemerintahan

berbentuk

teokrasi

dalam

tamadun

Mesopotamia ?

Terdapat banyak kerajaan yang muncul dalam tamadun Mesopotamia iaitu kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassites, Assyria dan Chaldea. Namun kerajaan Mesopotamia ini akhirnya jatuh setelah dikuasai oleh kerajaan Parsi.

(10)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Mengapakah

Raja

Naramsin

di

Akkad

memaksa

rakyat

menyembahnya

sebagai

tuhan ?

Raja Mesopotamia bertindak sebagai ketua agama dan berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di Zigurat dan berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan.

(11)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Nyatakan

golongan

masyarakat

yang

dikelaskan

sebagai

golongan

pemerintah

dalam

tamadun

Mesopotamia.

Perkataan ‘ Sumeria’ berasal daripada nama kuno yang merujuk kepada wilayah di selatan Iraq, iaitu Sumer. Pada peringkat awal kawasan ini mempunyai tiga kumpulan etnik iaitu orang Sumeria, orang Semitik dan orang yang tidak diketahui asal usul keturunannya (bilangan yang kecil).

(12)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Namakan

tiga

buah

bandar

yang

pernah

menjadi

pusat

pentadbiran

tamadun

Mesir

Purba.

Tamadun Mesir Purba dianggap anugerah daripada Sungai Nil. Limpahan air Sungai Nil ke daratan menyebabkan bumi Mesir menjadi subur dan seterusnya membentuk tamadun yang hebat. Gabungan kampung-kampung yang terbentuk di sepanjang Sungai Nil mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung membentuk nome (daerah). Akhirnya nome/daerah disatukan menjadi sebuah bandar pusat pentadbiran utama.

(13)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

sebab

kehidupan

di bandar

menjadi

ciri

penting

dalam

tamadun

Mesir

Purba ?

Terdapat beberapa bandar penting dalam tamadun Mesir Purba iaitu Thinis, Memphis, Thebes, Heliopolis, Fayoum dan Abydos. Bandar-bandar ini ditadbir oleh firaun iaitu ketua kerajaan Mesir Purba. Antara firaun yang terkenal Firaun Menes, Tutankhamun II, Hatshepsut dan Senuusret III.

(14)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

peranan

firaun

dalam

sistem

pemerintahan

Mesir

Purba ?

Firaun berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘Pharaoh’ yang bererti rumah yang agung. Istilah rumah yang agung merujuk kepada istana dan raja.

(15)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Senaraikan

golongan

atasan

dan

bawahan

masyarakat

dalam

tamadun

Indus.

Masyarakat di Lembah Indus mempunyai pengkhususan pekerjaan yang jelas seperti pedagangan, petanian, pertukangan dan pembuatan logam dan tembikar. Golongan buruh pula melaksanakan kerja-kerja seperti kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan. Walau bagaimanapun tamadun Indus akhirnya runtuh disebabkan oleh serangan orang Aryan dan bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.

(16)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Namakan

golongan

bawahan

yang

terdapat

dalam

organisasi

tamadun

Indus.

Petempatan kekal wujud disebabkan oleh Sungai Indus bukan sahaja menyediakan sumber air tetapi telah dapat menyuburkan tanah. Kepandaian penduduk di kawasan ini menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan hasil pertanian yang membawa kepada pertambahan jumlah penduduk dan akhirnya menyumbang kepada perkembangan bandar seperti Monhenjo-Daro, Harappa, Lothal dan Sutkagen Dor.

(17)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

tiga

kepercayaan

utama

masyarakat

Shang ?

Tulang Oracle (tulang binatang) digunakan untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan ini akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan serta disabitkan dengan sesuatu kejadian. Amalan ini telah membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China berdasarkan rekahan-rekahan yang terdapat pada tulang tersebut.

(18)
(19)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Nyatakan

peranan

Sistem

Tulisan

Pada

Zaman

Tamadun

Awal.

Dalam tamadun awal terdapat empat jenis sistem tulisan iaitu Ceuniform (Mesopotamia), Hieroglif (Mesir Purba), Piktograf (Indus) dan Ideogram (Hwang Ho).

(20)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

sumbangan

utama

perkembangan

ilmu

matematik

dan

astronomi

dalam

kehidupan

masyarakat

Mesir

Purba ?

Imhotep merupakan jurutera, ahli fizik dan saintis yang bertanggungjawab membina piramid Sakkara semasa zaman pemerintahan Firaun Djoser. Beliau telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata. Dianggarkan dua juta blok batu dan seratus ribu orang hamba digunakan untuk membina piramid.

(21)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

sumbangan

tamadun

Mesopotamia

dalam

bidang

astronomi ?

Tamadun Mesopotamia telah memberi sumbangan dalam pelbagai bidang kepada kehidupan manusia antaranya dari aspek seni bina, tulisan, matematik, kalendar, geometri, perubatan, undang-undang , kesusasteraan, penciptaan roda, kapal layar dan astronomi.

(22)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

kesan

kemajuan

ilmu

perubatan

dalam

tamadun

Mesir

Purba ?

Dokumen perubatan Mesir Purba telah ditemui di dalam makam Firaun Khufu. Dokumen ini merupakan catatan perubatan tertua di dunia berusia 1600 S.M. dan telah disalin beberapa kali oleh para jurutulis diraja. Sememangnya tidak dinafikan jurutulis merupakan golongan yang sangat dihormati dalam pentadbiran firaun apabila golongan ini berada setara dengan taraf golongan bangsawan, pembesar, rahib dan tuan tanah.

(23)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

fungsi

roda

dalam

tamadun

Mesopotamia ?

Tamadun Mesopotamia telah menyumbang ciptaan alat pengangkutan terawal kepada dunia. Contohnya orang Sumeria telah meng-gunakan kapal layar serta pengangkutan beroda sejak tahun 3000 S.M.. Oleh itu mereka mampu menguasai jalan darat dan laut sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut Mediterranean.

(24)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

kesan

penggunaan

kapal

layar

dalam

tamadun

Mesopotamia ?

Epik Gilgamesh mengisahkan kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh yang memiliki sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga manusia, wajah yang tampan dan susuk badan yang sasa serta memiliki kekuatan dan keberanian dalam memberi perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk. Di samping itu epik ini turut men-ceritakan tentang pemerintahan, percintaan, kehidupan yang kekal abadi dan kesaktian.

(25)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Mengapakah

pendidikan

diberi

penekanan

dalam

tamadun

Mesir

Purba ?

Kerajaan Mesir Purba mewujudkan sistem pen-didikan untuk kanak-kanak daripada keluarga atasan. Mereka diberi pendidikan sejak dari kecil. Institusi pendidikan ini diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan.

(26)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

sumbangan

Firaun

Hatshepsut

dalam

tamadun

Mesir

Purba.

Firaun Hatshepsut (wanita bangsawan terulung), adalah firaun ke 5 dari dinasti ke 18 Mesir Purba. Firaun Hatshepsut dianggap sebagai permaisuri yang memerintah paling awal dalam sejarah dan perempuan kedua menaiki takhta sebagai ‘Raja Mesir Hulu dan Hilir’ selepas Permaisuri Sobekneferm dari dinasti ke 12.

(27)
(28)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Jelaskan

beberapa

pembaharuan

yang

diperkenalkan

oleh

tamadun

Hwang Ho

dalam

bidang

pertanian.

Masyarakat Hwang Ho percaya kuasa raja merupakan mandat dari tuhan iaitu jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran (pertanian) dan kesejahteraan hidup kerana pemerintahan itu direstui tuhan. Contohnya pada zaman pemerintahan Dinasti Shang rajanya sangat perihatin terhadap pembangunan pertanian sehingga hasil pertanian berlipat kali ganda yang membawa kepada pertambahan penduduk.

(29)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Nyatakan

beberapa

perubahan

yang

berlaku

dalam soal

pemujaan roh

nenek-moyang

yang

diamalkan

oleh

masyarakat

Cina pada

masa kini ?

Shang Ti merupakan dewa tertinggi di syurga dan merujuk kepada nenek moyang pemerintahan Shang. Orang China kuno mempercayai satu kuasa agung yang dikenali sebagai Tien. Konsep Tien sukar dijelaskan, tetapi Tien boleh dimaksud-kan sebagai satu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta. Tien kadang-kadang dirujuk sebagai syurga. Pemikiran ini seterusnya mempengaruhi konsep Yin & Yang.

(30)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

kepercayaan

yang

terkandung

dalam

konsep

Ying

dan

Yang ?

Masyarakat tamadun Hwang Ho mengamalkan kepercayaan animisme (mempercayai bahawa setiap benda hidup mempunyai semangat yang harus disembah dan dipuja seperti sungai, bukit, gunung dan pokok), politiesme (kepercayaan banyak tuhan seperti tuhan syurga dan tuhan bumi), penyembahan roh nenek moyang dan kepercayaan terhadap penilikan nasib meng-gunakan tulang Oracle serta kepercayaan Yin & Yang.

(31)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

dua

unsur

utama

yang

terdapat

dalam

falsafah

perang

Sun Tzu ?

Buku yang ditulis sekitar tahun 400 - 320 S.M. Ini pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 716 -735 M. Sementara itu, di Eropah, buku ini diperkenalkan oleh Jean Joseph Marie Amiot, yang menerjemahkannya ke dalam bahasa Perancis. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Kapten E. F. Calthrop, seorang kapten berbangsa Inggeris. Pada masa kini falsafah perang Sun Tzu diaplikasikan sebagai tektik dalam urusan perniagaan.

(32)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Info Sejarah

Kembali

Apakah

konsep

yang

digunakan

oleh

pemerintah

China

untuk

mendapatkan

sokongan

rakyat ?

Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia (2205 – 1766 S.M.). Kemudian diikuti oleh Dinasti Shang (1766-1050 S.M.). Walau bagaimanapun kezaliman pemerintahan Raja Shang menyebabkan kebangkitan golongan hamba menentangnya. Keadaan ini akhirnya membolehkan kemunculan Dinasti Chou mengambil alih tampuk pemerintahan Dinasti Shang. Selepas Dinasti Chou lahirlah Dinasti Chin dan diikuti Dinasti Han dalam pemerintahan kerajaan China.

(33)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

yang

menyebabkan

manusia

memilih

kawasan

lembah

sungai

sebagai

lokasi

petempatan

kekal ?

Proses pembentukan tamadun manusia berlaku apabila manusia dapat menyesuaikan diri dengan alam sekitar, iaitu dengan memilih petempatan yang memudahkan mereka menjalankan ke-hidupan harian.

(34)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Jelaskan

kesan

daripada

pengamalan

Kod

Undang-undang

Hammurabi

dalam

tamadun

Mesopotamia.

Kod Undang-undang Hammurabi diambil sempena nama Raja Hammurabi yang memerintah Babylon. Beliau menjadi raja di seluruh Mesopotamia setelah berjaya menakluki Akkad. Pada ukiran batu ini ter-dapat inskripsi 282 kod undang-undang dan antara-nya ada meantara-nyatakan bahawa sekiraantara-nya seseorang bangsawan mematahkan tulang seseorang bangsawan yang lain, tulangnya akan dipatahkan dan sekiranya seseorang bangsawan mencedera-kan mata seseorang rakyat biasa atau mematahmencedera-kan tulangnya maka bangsawan ini didenda dengan satu wang perak.

(35)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Nyatakan

beberapa

kepentingan

penciptaan

kertas

dalam

tamadun

Mesir

Purba.

Penciptaan kertas dalam tamadun Mesir Purba dibuat daripada pokok Papyrus yang hidup subur di lembah Sungai Nil. Mereka telah meleperkan batang-batang pokok ini menjadi kepingan untuk dijadikan kertas. Sementara itu dalam tamadun China penciptaan kertas dilakukan oleh Chai Lun. Beliau telah berjaya mencipta kertas dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur-sayuran yang dicincang dan dijadikan pulpa. Pulpa ini kemudiannya diratakan pada skrin poros, dituskan dan dikeringkan dalam kepingan yang nipis.

(36)
(37)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Sungai Indus menjadi penyumbang utama kepada pembinaan tamadun awal India. Petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus menyebabkan berlakunya pertumbuhan ekonomi yang pesat dan seterusnya membentuk bandar terancang.

Apakah

yang

menyebabkan

pembentukan

tamadun

Indus ?

(38)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

faktor

yang

membolehkan

pembentukan

tamadun

Indus ?

Dalam tamadun Indus, kedudukan pedagang berada di kelas tasan selepas pendeta. Ini berbeza dengan tamadun-tamadun awal yang lain. Kedudukan ini memperlihatkan pengiktirafan kumpulan pedagang memainkan peranan penting dalam penyebaran agama. Penyebaran agama Hindu-Buddha dan Agama Islam tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh para pedagang.

(39)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Namakan

beberapa

bahagian

utama

dalam

bandar

terancang

tamadun

Indus.

Perumahan di bandar Indus mempunyai bilik mandi dan tandas. Air dan kumbahan dari rumah disalir keluar melalui paip ke longkang-longkang yang mengalir di bawah tanah. Longkang ini tidak ditutup terus untuk membolehkan kerja pembersihan dilakukan jika tersumbat. Hasil kumbahan ini akan di hantar ke pusat pembuangan di luar bandar.

(40)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Apakah

hasil

perdagangan

yang

utama

dalam

tamadun

Indus ?

Masyarakat Indus dipercayai menjalin hubungan perdagangan luar dengan masyarakat Mesopotamia. Hubungan perdagangan antara kedua-dua tamadun dibuktikan melalui penemuan cap mohor buatan masyarakat Indus di Mesopotamia. Cap mohor ber-bentuk empat segi ini dibuat daripada batu lembut yang diukir dan dipanaskan. Tujuan cap mohor ini sebagai lambang pengenalan diri para pedagang Indus. Sumber Mesopotamia ada menyatakan nama bandar Makan dan Melluha berkemungkinan merujuk kepada Mohenjo-Daro.

(41)

Inti Sari Sejarah Tingkatan 4

Kembali

Nyatakan

dua

faktor

masyarakat

Indus

berupaya

membina

bandar

terancang.

Tamadun Indus terkenal dengan perancangan bandarnya seperti bahagian utamanya terdapat pusat pentadbiran, keagamaan, tempat mandi awam untuk upacara ritual dan pembersihan, tempat penyimpanan hasil pertanian dan pelabuhan. Bahagian keduanya pula terdapat kawasan perumahan yang disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat dengan setiap blok dipisahkan dengan rangkaian jalan raya yang lurus serta mempunyai sistem kumbahan yang terancang.

Referensi

Dokumen terkait

5 Pemerintahan Indonesia tidak mampu untuk membangun kembali Aceh sendiri, sehingga perlunya bantuan dari negara lain maupun LSM untuk juga. berkontribusi dalam

Urine normal berwarna jernih transparan berwarna kuning muda dan urine kuning pekat biasanya tidak normal atau terindikasi dehidrasi berat, akan tetapi masyarakat

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa senam otak secara signifikan bermanfaat dalam meningkatkan fungsi kognitif lansia yang mengalami demensia dibuktikan dengan

Lulus penilaian kemampuan dan kepatutan (fit and proper test) dari Dewan Komisioner Otoritas Jasa Keuangan (OJK) nomor KEP- 17/NB.1/2013 tertanggal 15 Februari

HH-02.KU.02.02 Tahun 2010 tentang Tata Cara Pengelolaan dan Pelaporan Penerimaan Negara Bukan Pajak atas Biaya Pelayanan Jasa Hukum di Bidang Notariat, Fidusia, dan

Sedangkan, hasil penelitian yang telah dilakukan di MTs Al-Mudzakkirin Sadasari berdasarkan hasil analisis statistik yang diperoleh dari kelas eksperimen yaitu kelonpok yang

SD BAWURAN 21 (CPU (Peralatan Personal Komputer),Komputer unit lainnya,Lap Top,Laptop,Mini Komputer,Note Book,PERALATAN PERSONAL KOMPUTER Lain- lain,PERSONAL

Berdasarkan hasil yang diperoleh bahwa jumlah pemesanan produk susu dan rasanya yang optimal untuk susu indomilk dengan rasa coklat 10 pack, susu indomilk dengan rasa