• Tidak ada hasil yang ditemukan

5.2 Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "5.2 Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah"

Copied!
84
0
0

Teks penuh

(1)

TOPIK 5

PENGEMBARAAN DAN

ASAS PANDU ARAH

(2)

5.1

(3)

 Orienteering ialah satu cabang pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.

 Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu.

(4)

Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri.

Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang.

(5)

Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin.

(6)

5.2

JENIS-JENIS

(7)

 Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah Foot-O yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah:

(8)

• Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering)

• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering) • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering) • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) • Orienteering Malam (Night Orienteering)

(9)

5.2.1 Kebaikan Sukan Orienteering

 Sukan untuk semua

 Meningkatkan kecergasan fizikal

 Meningkatkan kecergasan mental dan daya tumpuan  Memberi cabaran dan keseronokan

 Membina sikap positif dan keyakinan diri  Menggunakan persekitaran yang sihat

 Meningkatkan kemahiran pembacaan peta dan kompas  Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam

(10)

5.3

TERMINOLOGI

DAN ALATAN

(11)

Dalam aktiviti orienteering ini perlu tahu

terminologi alatan alatan yang digunakan bagi

menjalankan aktiviti ini antara alatan-alatan

yang digunakan adalah seperti berikut:

i. Titik kawalan (Control point)

ii. Penanda kawalan (Control marker) iii. Kad kawalan (Control card)

iv. Peta utama (Master map)

v. Keterangan kawalan (Control description) vi. Landasan (Course)

(12)

i. Titik kawalan (Control point)

Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta yang perlu dilawati oleh peserta.

Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas.

Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.

(13)

ii. Penanda kawalan (Control marker)

Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul.

Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).

Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.

Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan.

(14)

iii. Kad kawalan (Control card)

Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.

Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat.

(15)

iv. Peta utama (Master map)

Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan.

Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

(16)

v. Keterangan kawalan (Control description)

Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.

Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah.

(17)

vi. Landasan (Course)

Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.

Tanda yang berkenaan landasan adalah:

• Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. • Titik kawalan dengan tanda bulatan.

• Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih. • ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

(18)

vii. Kompas (Compass)

Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering.

Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja.

(19)

5.4

PENGETAHUAN

ASAS

(20)

Untuk memastikan aktiviti orienteering ini dapat dibuat dengan mudah dan betul, maka seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan asas berkaitan dengannya, iaitu:

1. Teknik membaca peta

2. Teknik membaca kompas

(21)

5.4.1 Teknik Membaca Peta Topografi

Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk muka bumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan

berkenaan.

Mempunyai tajuk, kontur, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan.

(22)

Membaca peta ialah proses mentafsirkan maklumat yang tergambar di atas peta kepada maklumat sebenar yang diwakilinya.

Peta merupakan satu gambaran yang dapat dilihat dari udara ke atas sesuatu tempat atau kawasan yang menggambarkan keadaan tempat itu di segi jenis tanaman, bangunan, jalanraya, sungai, paya, hutan tanah tinggi dan sebagainya.

Peta yang selalu digunakan untuk aktiviti orienteering ialah peta topografi.

(23)

5.4.2 Jenis-jenis Peta

Terdapat beberapa jenis peta yang digunakan

dalam aktiviti orienteering.

Antara peta-peta yang diterbitkan ialah:

•peta topo

•peta panduan jalan raya

•peta khusus

•atlas

•peta imejan satelit

•peta orienteering

(24)

Peta-peta ini menunjukan tempat dan bearing (navigation) tempat yang hendak ditujui.

Peta yang sesuai digunakan ialah peta orienteering. Kandungan dalam peta orienteering ialah:

• tajuk peta • arah utara

• skala (samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000) • petunjuk peta

• garisan melaras utara-selatan

• kredit – kerja ukur, Kartografi, tarikh cetakan, penaja dan sebagainya.

(25)

5.4.3 Warna-warna Dalam Peta

Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah:-

1. Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu - kontur & jalan raya

- daerah kutub

- dataran tinggi/ bukit - dataran rendah/ hutan - kawasan berair

(26)

5.4.4 Bentuk Muka Bumi

Garisan kontur dalam peta akan menerangkan

maksud paras ketinggian yang sama rata bagi

keadaan muka bumi berkenaan. Antara yang

perlu diketahui adalah:-

(27)

a Susuh

bukit

(spur)

Sebahagian

tanah

yang

menganjur

keluar

dari

sesuatu

kawasan

tanah

tinggi.

b Ceruk

(re-entrant)

Berlawanan dengan susuh

bukit di mana ia adalah

sebahagian

tanah

yang

melengkung ke dalam dari

sesuatu

kawasan

tanah

tinggi. Pada kebiasaannya

aliran air dari tanah tinggi

melalui kawasan ini.

(28)

c Permatang

(ridge)

Puncak

antara

dua

tebing

yang

panjang

yang

menyambungkan

beberapa siri bukit atau

tanah tinggi.

d Knol

Suatu bukit kecil yang

boleh dilihat dengan

jelas

di

mana-mana

dataran

samada

di

kawasan tanah pamah

atau tanah tinggi.

(29)
(30)

 Jarak antara garisan-garisan kontur menggambarkan keadaan cerun sesuatu tanah tinggi.  Garisan-garisan yang rapat menggambarkan

sesuatu cerun yang curam, manakala garisan-garisan yang renggang

menggambarkan

sesuatu cerun yang landai.

(31)

5.4.5 Maklumat Peta

Maklumat yang diperolehi dari peta dibahagi kepada dua iaitu:

1. Maklumat bingkai - iaitu maklumat yang

terdapat di luar dari gambar peta.

2. Maklumat gambar peta - iaitu maklumat yang

menerangkan gambaran sebenar keadaan muka bumi dan kegunaan tanah.

(32)

Dalam aktiviti pandu arah, maklumat yang amat penting untuk diketahui dan difahami ialah:

penafsiran garisan kontur yang menggambarkan

keadaan rupa bumi sesuatu kawasan sama ada berbukit, permatang, lurah, tanah rata, ataupun sungai.

Keadaan rupa bumi diterangkan dengan garisan kontur di mana jarak kenaikan antara garis kontur dipanggil selang koritur biasanya sama ada 25 kaki, 50 kaki atau 100 kaki.

(33)

lanya menggambarkan kenaikan ketinggian mengikut jarak menegak dan bukan mengikut cerun atau lereng bukit.

Selain menggambarkan ketinggian, kontur juga menggambarkan bentuk dan keadaan cerun.

Jika keadaan kontur rapat-rapat, ini bererti bahawa cerun adalah curam. Jika jarak antara garisan kontur sama, maka ia menggambarkan cerun yang seragam.

Selalunya garis kontur berbentuk “V” menunjukkan lurah dan “U” menunjukkan permatang. Arah “V” selalunya menuju ke atas bukit.

(34)

5.4.6 Skala

Skala adalah nisbah satu unit sukatan di atas peta dengan unit sukatan yang sama di atas tanah.

Dalam lain perkataan ianya adalah kaitan di antara jarak di atas peta dengan jarak di permukaan bumi yang sebenarnya yang ditunjukkan oleh skala peta itu.

(35)

Contohnya:

skala peta 1 : 50,000 = setiap satu unit sukatan di atas peta mempunyai persamaan jarak 50,000 kali pembesaran di atas tanah

(36)

5.4.7 Garisan Grid

Semua peta mempunyai garisan grid yang membahagibahagikan peta itu dengan garis-garis melintang dan membujur.

Tiap-tiap garisan melintang (Utara) dan membujur (Timuran) mempunyai nilai masing-masing yang diwakili oleh dua angka sahaja.

Angka yang terkecil ialah 00 sementara yang terbesar ialah 99.

(37)
(38)

Garisan grid ini dibuat bagi membantu kita menentukan dengan cepat dan tepat lokasi di mana kita berada.

Pembacaan garisan grid ini dibuat dengan menyebut angka timur dahulu dan diikuti dengan angka utara.

• Contohnya 98-99 garis bujur (timuran) dan 48-49 garis lintang (utara).

(39)

5.4.8 Utara peta

Dalam aktiviti pandu arah, arah utara di dalam peta adalah merupakan arah magnetik utara yang ditunjukkan oleh kompas.

Untuk mendapat arah utara atas peta seseorang itu hanya diperlukan meletakkan kompas di atas peta sehingga jarum magnetik utaranya selari dengan tanda utara di dalam peta tersebut.

(40)
(41)
(42)

5.5

MENGUKUR

JARAK

(43)

Sukatan jarak yang lurus di atas peta boleh

diukur dengan menggunakan kayu pembaris,

manakala jarak berliku menggunakan benang.

Jarak yang diperolehi ditukarkan dengan skala

yang terdapat pada peta untuk mendapat jarak

sebenar.

(44)

5.5.1 Kompas

Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetik merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Kompas digunakan bagi menentukan arah sesuatu

tempat sama ada di atas peta atau di permukaan bumi.

(45)

Ketetapan sesuatu kompas adalah bergantung

kepada kepekaan jarumnya yang mudah

dipengaruhi keadaan sekeliling terutama badan

besi dan magnet.

Dua jenis kompas yang selalu digunakan ialah

kompas prismatik dan kompas silva. Kompas

dari jenis silva adalah yang paling sesuai untuk

digunakan di dalam aktiviti orienteering.

(46)

Jenis Kompas

Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama

yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi.

Antaranya adalah Kompas Tentera, Kompas

Orienteering, Kompas Marin, Kompas Kiblat,

Kompas Digital.

(47)

Kompas orienteering pula terdapat dalam

berbagai bentuk dan jenama antaranya

baseplate compass, thumb compass dan clip

compass.

Ianya direkacipta agar lebih mudah dan

praktikal. Dua jenama yang popular adalah

Suunto buatan Finland dan Silva buatan

Sweden.

(48)

5.5.2 Mencari Bearing Objek

di atas Tanah

Cara mencari bearing kompas dengan

menggunakan kompas orienteering adalah

seperti berikut:

a) Hendaklah berdiri menghala ke arah objek

yang akan dicari bearingnya.

(49)

b) Kompas hendaklah diletakkan di atas tapak

tangan dengan kedudukan tapak tangan rata.

Tentukan kedudukan anak panah mara

menghala ke arah objek yang hendak dicari

bearing. Selepas itu pusingkan badan anda

perlahan-Iahan sehingga anak panah mara

betul-betul menghala kepada objek yang tuju.

(50)

c)

Tanpa

membuat

apa-apa

perubahan

kedudukan kornpas, pusingkan dial sehingga

jarum kornpas bertindih selari dengan anak

panah kompas. Tentukan utara jarum kompas

sehala dengan utara anak panah. Bearing

kepada objek tersebut diperolehi pada bacaan

yang ada di garisan indeks.

(51)

5.5.3 Menentukan Kedudukan Peta

dengan Menggunakan Kompas

a) Peta diletakkan di atas permukaan yang rata. Kemudian letakkan pula kompas di atas peta tersebut di mana anak panah kompas menghala ke utara peta dan selari dengan garisan grid timuran di peta. Kemudian pusingkan peta sehingga jarum kompas bertindih selari dengan anak panah kompas. Dalam keadaan sedemikian peta diorientasikan sejajar dengan bumi.

(52)

5.6

PANDUAN LAZIM

BAGI

(53)

Bagi

pengembaraan yang tidak menggunakan

peta dan kompas

, terdapat

cara lain

yang boleh

digunakan untuk menunjuk arah

.

Walaubagaimanapun cara ini memerlukan

pengalaman dan penelitian yang terang dan

jelas.

(54)

5.6.1

Panduan

Lazim

Matahari

Bulan

(55)

Matahari

Matahari terbit di sebelah timur dan

terbenam di barat.

 Arah ini boleh diketahui melalui

bayang-bayang.

Jika kita dapat mengetahui arah barat dan

timur, maka bolehlah kita tentukan arah yang

hendak kita tuju.

(56)

Bulan

Bulan juga terbit di sebelah timur.

Oleh yang demikian dapatlah kita mengetahui

arah mata angin dengan berpandukan bulan

pada waktu malam.

(57)

Bintang

Bintang bergerak arah ke barat,

bintang-bintang tertentu yg menunjuk ke arah utara.

(58)

Sungai

Air mengalir ke hilir, selalunya ke hilir sungai

ada terdapat perkampungan.

(59)
(60)

5.6.2 Bergerak ke

Tempat Dituju

(61)

Perancangan Perjalanan

Sebelum bergerak ke tempat yang dituju

sedikit

perancangan perlu dilakukan

untuk

memastikan perjalanan akan menjadi lebih

mudah dan selamat

.

(62)

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian

dalam perancangan adalah seperti berikut:

a) Tentukan arah di atas peta dengan jelas dan

tepat.

b) Dalam apa keadaan, kita hendaklah tahu dan

cekap meramal sesuatu yang boleh ditemui

di hadapan kita.

c) Kita hendaklah mencatat apa-apa yang luar

biasa atau mercu tanda yang boleh ditemui

di sepanjang perjalanan sebagai rujukan.

(63)

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam perancangan Tentukan arah di atas Peta cekap meramal sesuatu Mencatat

kawasan tinggi dan

berbukit-bukau - mengikut permatang

kawasan landai dan rata –

(64)

Perhatian!!!

Setelah menetapkan tempat yang hendak dituju dan merancang perjalanan untuk sampai ke tempat tersebut, kita hendaklah sentiasa menjaga arah

haluan perjalanan yang disesuaikan dengan keadaan muka bumi dan tumbuh-tumbuhan, supaya ianya

(65)

Perhatian!!!

Jika kehilangan haluan kita hendaklah

berhenti dengan segera, berehat sebentar,

tenangkan fikiran dan menyemak semula arah

laluan.

(66)

Kaedah Pergerakan

“Bergerak dalam kumpulan”

a) Hendaklah bergerak dengan tertib dan formasi

yang teratur.

b) Membuat perbincangan sebelum perjalanan

dibuat.

c) Hendaklah bergerak dalam pasangan, jangan

berpecah terutamanya pada waktu malam gelap.

(67)

d) Jika bergerak dalam kumpulan yang besar,

boleh mengarahkan satu kumpulan kecil untuk

mencari

jalan,

rintis

dan

(jika

perlu)

menyediakan tapak khemah untuk rehat.

e) Ketua kumpulan jangan bergerak terlalu cepat.

Jika ada rintangan perhatikan semua telah

melepasinya dan mendapatkan rehat yang

cukup.

(68)

f) Adalah lebih baik melangkah dengan seragam

dan bergerak perlahan kerana ini kurang

memenatkan.

g) Kerap kali mengambil rehat dan bertanya

keadaan setiap orang.

h) Jika membawa galas, hendaklah sentiasa

dibetulkan dan disusun semula supaya kemas

dan seimbang.

(69)

Kaedah Pergerakan

“Bergerak Waktu Malam”

Berjalan di waktu malam di kawasan yang kurang diketahui sangat membahayakan kerana penglihatan yang terhad dan kurang jelas.

Keadaan ini boleh menyebabkan kita mudah kehilangan arah yang dituju.

Oleh yang demikian, penggunaan kompas untuk memandu pergerakan amatlah perlu.

(70)

Kaedah Pergerakan

“Bergerak Waktu Malam”

Di

samping

itu

hendaklah

sentiasa

menggunakan pendengaran dan hiduan, di

samping melangkah dengan perlahan dan

menguji tempat dipijak sebelum bergerak.

(71)

Kaedah Pergerakan

“Bergerak di kawasan bukit dan

gunung”

Perjalanan mengikut sungai adalah memakan

masa kerana ianya mungkin menempoh jeram,

tebing tinggi dan batu licin yang sukar hendak

dilalui dengan berjalan kaki.

Di kawasan lereng curam, langkah hendaklah

dipendekkan.

(72)

Kaedah Pergerakan

“Bergerak di kawasan bukit dan

gunung”

Penggunaan tali atau pun pemegang semasa menuruni lereng licin amatlah digalakkan.

 Bagi lereng yang terlalu curam, bergerak mengikut arah zigzag adalah digalakkan untuk mengelakkan berlaga lutut.

 Semasa menuruni lereng yang curam, lutut hendaklah sentiasa dibengkokkan, dan gunakan tumit untuk mencari tapak.

(73)

Kaedah Pergerakan

“Bergerak di dalam hutan”

Berjalan dalam kawasan hutan ada kalanya perlu menebas tumbuhan untuk memudahkan perjalanan.  Jika perlu menebas tebang pokok kecil, hendaklah

dibuat seberapa rapat ke tanah supaya pokok tumbang tidak menghalang jalan dan tidak terdapat tunggul yang boleh membahayakan, terutamanya jenis buluh.

(74)

Kaedah Pergerakan

“Bergerak di dalam hutan”

Jika terdapat tumbuhan duri mengkuang dan

asam paya yang tebal, jangan cuba merintis

tetapi sebaik-baik buatlah susuran.

(75)

Kaedah Pergerakan

“Menyeberangi sungai”

Panduan berikut boleh diikuti untuk keselamatan:

a) Kuala sungai selalunya luas dan dalam, dan terikat

dengan keadaan air pasang surut. Cuba elakkan dari menyeberangi kawasan ini kecuali ada perahu atau rakit.

b) Sebelum menyeberang semak dahulu kedalaman air

dan kekuatan aras.

c) Ulu sungai walaupun tidak luas, airnya selalu laju,

ada terdapat jeram, tebing, curam dan berbatu-batu.

(76)

d) Jangan mengharung air jika terlalu sejuk, ini

mungkin menyebabkan terjadinya ketegangan

otot.

e) Gunakan kayu untuk mengukur kedalaman

dan kelajuan air.

f) Jika berseluar panjang hendaklah dilipat

untuk mengurangkan tolakan/tarikan air.

(77)

5.6.3 Panduan Jarak dan

Tempoh Masa Perjalanan

Dalam keadaan biasa, kelajuan perjalanan yang diambil adalah berbeza dari satu situasi yang lain.

Bagi membantu kita merancang perjalanan untuk sampai ke sasaran, panduan kelajuan berikut bolehlah digunakan.

(78)

tanah lapang ………4 - 5 kmj

mendaki ……….2 -2.5 kmj

meredah hutan rata………2.5 - 3.5 kmj

meredah hutan lereng …………..1 - 1.5 kmj

meredah lalang tebal ……….0.5 - 0.8 kmj

meredah resam tebal………. 0.1 - 0.3 kmj

meredah hutan pava dalam………0.1 - 0.2 kmj

(79)

5.7

TINDAKAN

APABILA SESAT

JALAN

(80)

Tanda-tanda

awal

yang

menunjukkan

berlakunya kejadian sesat jalan ialah apabila

kita tidak sampai ke tempat yang dituju dalam

masa yang sewajarnya.

(81)

Dalam keadaan ini, langkah-Iangkah berikut perlulah diambil:-

a) Hentikan perjalanan dan berehat dahulu. Jangan panik.

b) Teliti peta dan bandingkan dengan perjalanan yang telah dibuat.

c) Berpatah balik ke titik kawalan atau lokasi terakhir jika tidak dapat memastikan tempat sebenar kita berada.

(82)

d) Jika selepas berpatah balik ke lokasi akhir

juga tidak dapat membantu mencari sasaran,

maka mencari kawasan yang ada manusia.

Gunakan kompas untuk mengambil bearing ke

arahnya.

e) Jika anda masih gagal, carilah aliran air atau

anak sungai dan mengikutnya sehinqqa ke

sungai dan berjumpa perkampungan.

(83)

5.7.1 Langkah Pencegahan

daripada Sesat Jalan

Langkah-Iangkah berikut hendaklah diberi perhatian yang mengelakkan berlakunya sesat jalan:-

a) Jangan terburu-buru semasa bergerak.

b) Selalu semak arah perjalanan dengan keadaan muka bumi yang ditempuhi menggunakan peta dan kompas.

(84)

c) Lakarkan laluan perjalanan dari satu titik ke

titik kawalan yang lain dan menandakan

ciri-ciri muka bumi yang ditemui.

d) Jika mengesyaki sebarang kesilapan

berlaku,

maka

pergerakan

hendaklah

dihentikan segera. Selepas semakan dan

pembetulan ke atas bacaan kompas dan peta

dibuat, perjalanan bolehlah diteruskan.

Referensi

Dokumen terkait