• Tidak ada hasil yang ditemukan

Journal al-muqaddimah, vol. 7(1), Jan-Jun

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Journal al-muqaddimah, vol. 7(1), Jan-Jun"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

PENGKATEGORIAN ITEM PENULISAN DALAM KARYA FIQH MELAYU KLASIK: ANALISA AWAL

Recruiting Items in Classic Field Fiqh Work: An Effective Analysis

Mohd Puaad Bin Abdul Malik1 Faisal @ Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid2

Rahimin Affandi Abd. Rahim3

Abstrak

Karya penulisan fiqh Melayu klasik merupakan manifestasi kepada daya kemampuan dan intelektual ulama Melayu menulis dan menghasilkan ilmu yang bermutu tinggi. Tidak di nafikan, ianya menyumbang kepada pembentukkan nilai intelektual dalam kalangan sarjana Melayu yang berusaha untuk memberikan sumbangan yang terbaik kepada masyarakat. Premis artikel ini membincangkan pengkategorian item penulisan yang terhasil daripada penulisan dan penghasilan karya fiqh Melayu klasik. Ia merangkumi item-item penulisan subjek dan perbincangan kronologi, fizikal karya, status penulis sebagai perbincangan awal kepada kategori item penulisan karya fiqh Melayu. Pengkategorian item penulisan ini dianggap mempunyai kesan dalam perkembangan karya fiqh Melayu di rantau Alam Melayu kerana ia terhasil daripada penulisan yang berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada masyarakat Melayu Islam. Item dan elemen penulisan intelektual pada zaman silam ini dijadikan panduan dan rujukan hidup kita pada masa kini. Selain itu, perkembagan karya fiqh Melayu bersifat dinamik, tidak statik. Ia berkembang mengikut arus peredaran zaman dan terdapat pertumbuhan ilmu fiqh dalam penulisan fiqh Melayu mengikut abad dan zaman.

Kata kunci: Fiqh Melayu, Penulisan, Melayu, Alam Melayu Abstract

The writing of classical Malay fiqh is a manifestation of the ability and intellectual ability of Malay scholars to write and produce high-quality science. Undoubtedly, it contributes to intellectual value creation among Malay scholars who seek to make the best contribution to society. The premise of this article discusses the categorization of writing items resulting from the writing and creation of classical Malay fiqh. It covers subject-writing items and chronological discussions, physical work, author status as an initial discussion on the category of items of Malay fiqh works. The categorization of these writing items is thought to have had an impact on the development of Malay fiqh works in the Malay Nature region as it came from high impact writing and beneficial to the Muslim Malay community. The intellectual and intellectual writing elements of the past were used as guides and references to our lives today. In addition, the development of Malay fiqh works is dynamic, non-static. It flourishes by the flow of times and there is a growing fiqh knowledge in the writing of Malay fiqh by centuries and times.

Keywords: Malay fiqh, Writing, Malay, Malay Nature region

1

Calon Doktor Falsafah, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Emel: puaadmalik@siswa.um.edu.my.

2

Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Emel: faisal@um.edu.my.

3

Profesor Madya, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Emel: faqir_ila_rabbih@um.edu.my.

(2)

Pendahuluan

Dalam menulusuri sejarah perkembangan penulisan karya fiqh Melayu klasik ia memerlukan satu pencerakinan yang mengambarkan terkaitan diantara karya-karya fiqh yang terhasil. Perbincangan artikel ini akan meninjau tahap perkembangan karya fiqh Melayu dengan tafsiran item penulisan karya fiqh Melayu klasik. Pemerhatian dan pengamatan awal ini diharap berupaya memberikan gambaran pengkategorian item-item yang terdapat di dalam penulisan karya fiqh. Justeru, penelitian ini akan melihat kerangka pemetaan dengan mendeskripsikan, menggambarkan jadual serta peta karya menurut item-item dalam karya fiqh Melayu.

Artikel ini akan meneliti karya fiqh Melayu Alam Melayu yang dihasilkan dari tiga tempat yang berbeza iaitu Acheh, Tanah Melayu dan Patani pada waktu yang berbeza dan kandungan yang berbeza. Iaitu pada tahap pertumbuhan dan perkembangan item karya fiqh Melayu tahun 1600-1800. Ini kerana era abad ini merupakan era terpenting dalam sejarah perkembangan intelektual Islam di Alam Melayu. Maka terdapat beberapa karya terpilih di Alam Melayu akan dinyatakan sebagai contoh pada sesuatu zaman. Pada dasarnya penulisan berbentuk kategori yang dibentangkan oleh penulis merupakan satu proses gerak kerja intelektual dan cara terbaik untuk memahami perkembangan sejarah.4 Telah terbukti survival perkembangan dan penulisan karya fiqh tidak beku berubah mengikut arus perkembangan zaman dan masa.5 Karya-karya fiqh adalah warisan budaya yang sangat berharga sifatnya. Melalui karya kita mengetahui pemikiran, pengetahuan, budaya masyarakat lalu. Oleh itu, perlunya kajian melibatkan karya khususnya karya fiqh Melayu untuk memahami dan menerokai perjalanan sejarah perkembangannya.

Skop dan Metodologi

Dalam menyempurnakan penulisan ini, metodologi kajian yang digunakan oleh penulis ialah menggunakan reka bentuk kualitatif6 melalui pendekatan dua metode iaitu metode pengumpulan data dan metode analisis data. Secara keseluruhannya, kajian ini merupakan analisis dokumen berdasarkan kajian perpustakaan. Bagi mendapatkan bahan, maklumat dan data, pengkaji mengunakan kaedah merangkumi metode dokumentasi. Penulis mengumpulkan data dan maklumat yang dikaji melalui pelbagai sumber primer dan sekunder seperti karya asal fiqh, manuskrip, buku asal, jurnal, kajian ilmiah, kertas kerja seminar, akhbar, majalah dan bahan rujukan elektronik. Setelah memperolehi data-data yang mencukupi dengan mengaplikasikan metode pengumpulan data, pengkaji akan menganalisis secara terarah maklumat tersebut dengan metode perbandingan, metode pengamatan dan pemerhatian karya-karya fiqh serta metode analisis kandungan.

Jadual 1: Skop kajian kategori item penulisan dalam karya fiqh Melayu klasik

4

Helius Sjamsuddin, Metodologi Sejarah (Yogyakarta : Ombak, 2007), 155.

5

Mahmood Zuhdi, Pengajian Syariah: Satu Pentakrifan dalam Dinamisme Pengajian Syariah (Kuala Lumpur: Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2001), 9-12.

6

Penyelidikan kualitatif adalah penemuan-penemuan yang tidak dapat dicapai dengan menggunakan prosedur-prosedur statistik atau dengan cara kuantifikasi lainnya. Penyelidikan kualitatif dapat digunakan untuk meneliti kehidupan masyarakat, sejarah, tingkahlaku, fungsionalisasi organisasi, pergerakan-pergerakan sosial atau hubungan kekerabatan. Lihat dalam Lexy J. Moleong, Metodologi Penelitian Kualitatif (Karya Cv: Bandung, 1993), 1-3; Basrowi Sukidin, Metode Penelitian Kualitatif Persepktif Mikro, (Surabaya: Insan Cendakia, 2002), 1.

(3)

BIL NAMA KARYA TAHUN

1 Sirat al-Mustaqim 1644

2 Mir’ah al-Thullab fi Tashil al-Ma’rifat al-Ahkam wal Syari’ah li al-Mulk al-Wahhab 1672

3 al-kifayah 1726

4 Safinah al-Hukkam fi Talkhis al-Khisham 1740

5 Hidayah al-Awam Tanpa tarikh

6 Hujjah al-Balighah ‘ala Jama’ah al-Mukhasamah Tanpa tarikh

7 Sabil al-Muhtadin li al-Tafaqqah fi Amr al-Din 1780

8 I’dah al-Albab 1809

9 Ghayah al-Taqrib 1811

10 Nahju al-Raghibin 1811

11 Bulugh al-Maram 1812

12 Ghayah al-Maram 1814

13 Hidayah al-Muta’allim Wa ‘Umdat al-Mu’allim 1828

14 Fath al Manan 1834

15 Jawahir al-Saniyyah 1836

16 Sullam al-Mubtadi 1836

17 Furu’ al-Masail Wa Usul al-Wasail 1838

18 Bughyah al-Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi al-Thawab Tanpa tarikh

19 Kifayah al-Ghulam fi Bayan Arkan al-Islam wa Syuruthihi Tanpa tarikh

20 Fath al-Mubin 1856

21 Minhah al-Qarib al-Mujib wa Mughni al-Raghibin fi al-Taqrib 1882

22 Mathla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain 1886

23 Kasyf al-Litham ‘An As-Ilah al-Anam 1890

24 Bahjah al-Mubtadin wa Farhah al-Mujtadin 1893

25 Al-Fatawa al-Fathaniyyah Tanpa tarikh

(4)

Rajah 1: Metodologi Kajian

Islam di Alam Melayu

Perkempangan penulisan Alam Melayu

Perkembangan penulisan Karya Fiqh Melayu

SEKUNDER Jurnal Buku Artikel Laporan PRIMER

Karya Manuskrip Fiqh Melayu Rekod Sejarah Karya fiqh Melayu Abad 17 Karya fiqh Melayu Abad 18 Karya fiqh Melayu Abad 19

Analisa Item Penulisan Karya Fiqh Melayu Klasik

Fizikal Karya Lokasi Status Penulis

Kandungan

Dapatan kajian

(5)

Penulisan Karya Fiqh Alam Melayu

Kedatangan Islam ke Alam Melayu adalah penyumbang utama kepada kelahiran kegiatan penulisan buku dan karya.7 Penulisan dan pengkaryaan merupakan suatu tradisi ulama Islam selain daripada belajar dan mengajar. Menurut Abdul Kadir Muhammad penulisan fiqh terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya, penulisan awal hukum Islam, penulisan hukum Islam pada abad ke-19 dan penulisan hukum Islam abad ke-20.8 Menurut catatan sejarah, perkembangan ilmu-ilmu Islam dan penulisan karya fiqh Jawi Melayu di Nusantara ini telah berlaku pada sebelum atau bermula pada abad ke-16. Kebanyakkan karya ilmiah bertulis yang dihasilkan oleh sarjana Melayu-Islam dalam pelbagai disiplin ilmu keislaman sama ada bersifat teoritikal (seperti disiplin teologi) ataupun praktikal (fiqh dan tasawuf).9 Tidak dinafikan karya-karya ini memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang cukup besar serta menjadi rujukan penting dalam tradisi keilmuan di Alam Melayu.10 Dalam aspek penulisan fiqh, terdapat pelbagai karya sama ada dalam Bahasa Melayu atau Arab yang meliputi pelbagai metodologi penulisan sama ada penulisan sendiri, terjemahan kitab Bahasa Arab, soal jawab agama, ringkasan atau ulasan kepada sesuatu karya lain.11

Penulisan karya tulisan jawi khususnya dalam bidang fiqh boleh dikatakan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu agama yang lain. Ini kerana, ilmu fiqh berkembang sejajar dengan ilmu-ilmu Islam lain di Nusantara. Perkembangan awal bermula dengan tradisi lisan diikuti dengan hasil karya tulisan dan kemudian dalam bentuk cetakan. Kebanyakan penulisan dekad awal penulisan karya fiqh mencerminkan realiti masyarakat iaitu perkara berkaitan ibadah berbanding yang mempunyai kandungan yang tersirat di sebalik kata-kata yang rencam seperti karya fatwa dan karya

khilafiyyah. Dari sudut pengajian, peringkat awal dakwah Islam di Alam Melayu tidak terdapat

pengajian fiqh secara formal berdasarkan penggunaan metode dan pengajaran secara sistematik dengan menggunakan kitab-kitab fiqh. Namun, terdapat pengajian bercorak agama pada peringkat awal yang dijalankan di istana-istana.12 Tidak dinafikan pengajian fiqh secara tidak langsung telah mula diperkenalkan semenjak bertapaknya Islam di Alam Melayu. Ini kerana pendakwah dan mubaligh Islam awal lebih fokus menerapkan ajaran ilmu utama dan bersifat ibadah. Ini kerana ilmu ibadah adalah ilmu yang utama perlu dipelajari oleh masyarakat yang mula mengenal dan memahami ajaran Islam melalui ilmu fardhu ain seperti solat, bersuci, berwuduk dan sebagainya sebagai asas permulaan kepada agama Islam itu sendiri.13

7

Faizuri bin Abdul Latif & Faisal @ Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid, Tradisi Penulisan Hadith dalam Karya Ulama Melayu: Kajian Terhadap Kitab ‘Aqidah al-Najin, Jurnal Usuluddin, bil 30, (2009), 92.

8

Abdul Kadir bin Haji Muhammad, Sejarah Penulisan Hukum di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996), 1-98.

9

Muhammad Abu Bakar, “Pendirian dan Pembangunan: Islamisasi dan Isu-Isu Semasa dengan Rujukan kepada Tugas Generasi Ulul Albab dalam Abad Ke-21”, dalam Islam Dan Masyarakat Maju (Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1993), 39-48.

10

Abdul Hadi W.M, “Islam di Indonesia dan Transformasi Budaya”, dalam Komaruddin Hidayat dan Ahmad Gaus AF (Ed.), Menjadi Indonesia: 13 Abad Eksistensi Islam di Bumi Nusantara (Jakarta: Mizan, 2006), 470-471.

11

Najahudin Lateh et el., “Tematik Emas dalam Karya Fiqh Ulama Alam Melayu: Tinjauan Terhadap Kitab al-Sirat al-Mustaqim, Furu’ al-Masail dan Bahr al-Madhi” Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan, 2013, 65.

12

Terdapat pengajian al-Quran pada awal kesultanan Melayu Melaka dimana seorang seorang alim bernama Maulana Sadar Jahan telah menjadi guru kepada Sultan Mahmud dan puteranya; William Girdlestone Shellabear, Sejarah Melayu (Kuala Lumpur, Fajar Bakti, 1975), 240.

13

Rahimin Affandi Abdul Rahim, al-Quran dan Peranan Ulama Melayu dalam Pemodenan Rantau Alam Melayu dalam Warisan al-Quran Peradaban Manusia, ed. Mohd Radzi Othman et.al., (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2005, 20-28).

(6)

Pengkategorian Penghasilan Karya Fiqh Melayu Berdasarkan Item Penulisan

Kajian pengkategorian penghasilan karya fiqh Melayu berdasarkan item penulisan mempunyai kaitan dan kesan dari lakaran sejarah perkembangan penulisan karya fiqh. Ia memerlukan pencerakinan yang mengambarkan terkaitan diantara karya-karya yang terhasil. Penulis akan akan meninjau tahap perkembangan karya fiqh Melayu dengan tafsiran perkembangan item penulisan karya fiqh. Pemerhatian dan pengamatan awal ini diharap berupaya untuk memberikan gambaran pengkategorian penulisan karya fiqh Melayu. Ia dilihat dari sudut kerangka pemetaan dengan mendeskripsikan, menggambarkan jadual serta peta karya menurut item-item dalam karya fiqh Melayu.

Pengkatogerian ini juga dapat mengetahui katogeri item yang dipelbagaikan dalam aspek penulisan dan penghasilan karya fiqh Melayu. Maka hasil penelitian akan dibincangkan serta dianalisis untuk memahami perkembangan karya fiqh yang ditulis dan dihasilkan. Antara item-item penulisan dan penghasilan awal karya yang akan dihuraikan termasuklah kronologi, fizikal karya, status penulis, tempat, kegunaan dan sebagainya. Pengkatogerian ini juga merupakan sumber rujukan dan pengetahuan dalam memahami perkembangan penulisan karya fiqh Melayu klasik. Pemetaan jaringan karya fiqh Alam Melayu mempunyai hubungan intelektual antara satu lokasi dan satu lokasi di Alam Melayu. Selain wujud jaringan intelektual, ia juga mewujudkan hubungan yang mencakupi aspek-aspek seperti perdagangan, budaya, bahasa dan seni. Terdapat titik pertemuan dan kesinambungan antara satu karya dan karya yang lain di Alam Melayu sehingga kesinambungan ini dapat dilihat menjadi titik perkembangan karya fiqh Melayu.

Jaringan perkembangan penulisan karya fiqh Melayu terawal bermula di Acheh pada tahun 1600. Abad ke-17 adalah permulaan tempoh waktu perkembangan budaya ilmu di Alam Melayu. Acheh sebagai tempat lahirnya karya fiqh Melayu yang pertama berjudul Sirat al-Mustaqim yang ditulis oleh Syeikh Nuruddin Raniri. Demikian juga penulisan karya Mir’ah Thullab fi Tashil

Ma’rifat Ahkam wal Syari’ah li Mulk Wahhab yang ditulis oleh Syeikh Abd Rauf

al-Fansuri. Seterusnya perkembangan penulisan fiqh seterusnya berkembang ke Tanah Melayu yang dipelopori oleh Syeikh Abdul Malik yang menulis karya fiqh yang bertajuk al-Kifayah. Ia dianggap kitab fiqh yang pertama ditulis di Tanah Melayu.14 Manakala Patani menjadi pusat perkembangan karya fiqh Melayu yang produktif sehingga abad ke-19. Banyak penulisan dan karya bermutu dihasilkan oleh ulama-ulama Patani yang mencakupi pelbagai displin keilmuan sama ada tauhid, fiqh dan tasawwuf. Terdapat karya-karya penulisan fiqh yang masyhur Alam Melayu seperti di Acheh, Patani dan Tanah Melayu sepanjang perkembangan penulisan karya fiqh. Namun, penulis akan memfokuskan beberapa karya fiqh yang masyhur dan terpilih sepanjang penelitian dan pemerhatian perjalanan pengkategorian item penulisan karya fiqh Melayu. Jaringa pemetaan karya ini menjadikan rantau Alam Melayu subur dengan ilmu pengetahuan seterusnya meningkatkan ruang penghayatan dan kefahaman mengenai ajaran Islam kepada masyarakat Alam Melayu.

Pengkategorian Item Penulisan Dan Penghasilan Karya Fiqh Melayu Klasik

Dalam artikel ini, penulis akan memaparkan kategori karya fiqh Melayu berdasarkan item penulisan dan penghasilan karya fiqh Melayu. Item tersebut akan diteliti dan dibandingkan dengan karya fiqh mengikut tahun dan abad. Rasional item penulisan karya fiqh ini dipilih kerana kaitannya dianggap

14

Zurita Mohd Yusoff et.al., Tok Pulau Manis: Pioneer of Fiqh Writings in the Malay Peninsular, Asian Social Science, vol. 11, no. 1 (2015).

(7)

relevan dengan perkembangan dan penulisan karya fiqh Melayu. Ia meliputi kronologi, bahasa, fizikal, rujukan dan item yang dapat menjelaskan perkembangan karya fiqh Melayu. Ini kerana, karya penulisan dapat dijadikan sumber utama untuk menjelaskan jaringan hubungan ulama dan intelektual, hubungan guru-murid, sahabat, keluarga ataupun kerabat. Selain informasi jaringan intelektual, karya penulisan juga menjadi penghubung kepada perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan (knowledge).15 Item pertama yang akan dibincangkan adalah berkaitan kronologi. Kronologi bermaksud susunan peristiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan.16 Kronologi di dalam bahasa latin adalah chronologia manakala dari bahasa Yunani purba adalah chronos dan logia. Ia memberi gambaran huraian ilmu untuk menyusun peristiwa menurut turutan kejadian dalam masa. Misalnya, penggunaan garis masa atau turutan peristiwa.17 Melalui kronologi kita dapat mengetahui dan memahami bagaimana perkembangan karya fiqh Melayu disusun dan dicatatkan berdasarkan apa yang dilakarkan sejarah.

Kronologi

Pembahagian pemetaan kronologi karya fiqh Melayu bermula pada awal abad ke-17 dan sampai kemuncaknya pada abad ke-19. Manakala proses perkembangan dan penghasilan kitab Jawi di Alam Melayu telah melalui tiga era yang berbeza. Ini dijelaskan dalam teori yang dikemukan oleh Syed Naqiub al-Attas yang menegaskan perkembangan Islam di Alam Melayu terbahagi kepada 3 zaman. Pertama era tahun 1200-1400 dimana era penerimaan Islam secara luaran semata-mata. Nilai-nilai pra Islam seperti feudal masih kuat dipegang oleh masyarakat Melayu. Kedua era tahun 1400-1700 era kegemilangan Islam dengan berkembangnya sistem pendidikan Islam dan lahirnya kitab Jawi di dalam pelbagai displin ilmu. Ini termasuklah karya-karya fiqh Melayu yang terkenal dan masyhur penggunaannya di Alam Melayu. Ketiga era 1700-2000 iaitu era kemunduran tamadun Islam dengan penjajahan kuasa barat.18 Justeru, abad ke-19 merupakan suatu era yang penting dalam sejarah perkembangan intelektual Islam di Alam Melayu. Senario ini dapat dilihat dengan kemunculan tokoh-tokoh besar ulama yang telah memainkan peranan yang signifikan dalam pengembangan dan

15

Ajidar Matsyah, Jaringan Ulama-Ulama Melayu dalam Manuskrip, Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan, Banda Aceh, Indonesia, 2013.

16

Kamus Dewan. Ed. Ke-4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010), 831 entri kronologi

17

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kronologi laman dilewati pada 26 Julai 2018

18

S.M. Naquib al-Attas, Preliminary Statement On A General Theory Of The Islamization Of The Malay-Indonesian Archipelago (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969), 29-30.

KRONOLOGI LOKASI TAHUN 1600 1800 1700 2 KARYA MASYHUR 5 KARYA MASYHUR 19 KARYA MASYHUR ABAD 17 ABAD 19 ACHEH ACHEH/TANAH MELAYU PATANI/ TANAH MELAYU ABAD 18

(8)

pemantapan proses Islamisasi masyarakat setempat dalam segenap aspek kehidupan seperti penulisan, pendidikan, kemasyarakatan, politik dan sebagainya.19

Melalui item kronologi, penulis membahagikan kepada dua karya fiqh Melayu yang terpilih dan masyhur pada tahun 1600 karya Sirat Mustaqim dan Mir’ah Thullab fi Tashil Ma’rifat

al-Ahkam wal Syari’ah li al-Mulk al-Wahhab. Manakala terdapat empat karya fiqh Melayu yang

masyhur pada tahun 1700 iaitu kifayah, Safinah Hukkam fi Talkhis Khisham, Hidayah

al-Awam, Hujjah al-Balighah ‘ala Jama’ah al-Mukhasamah dan Sabil al-Muhtadin li al-Tafaqquh fi Amr al-Din. Manakala pada tahun 1800 mencatatkan perkembangan yang produktif bagi karya fiqh

Melayu terdapat 19 karya fiqh masyhur yang terpilih.

Tahun dan Abad

Mengikut catatan sejarah, karya Sirat Mustaqim ditulis pada 1644 manakala karya Mir’ah

al-Thullab ditulis pada 1672. Penelitian terhadap perkembangan karya fiqh yang pertama Alam Melayu

adalah penulisan karya Sirat al-Mustaqim. Selepas 28 tahun karya Sirat al-Mustaqim ditulis muncul karya fiqh Melayu berjudul Mir’ah al-Thullab sebagai karya fiqh yang masyhur Alam Melayu. Terdapat perbezaan tempoh masa yang panjang selama 28 tahun antara karya Sirat al-Mustaqim dan karya Mir’ah al-Thullab. Penulisan karya Sirat al-Mustaqim bermula dan tersebar di Acheh manakala

Mir’ah al-Thullab juga lahir di Acheh. Namun kemunculan karya fiqh kedua mengambil satu jangka

masa yang lama sehingga terhasilnya penulisan karya fiqh yang kedua. Walaupun abad ini dikatakan abad perkembangan tamadun intelektual tetapi perkembangan dan penghasilan karya fiqh dilihat tidak berkembang seperti pada zaman kegemilangannya.

Tidak dinafikan terdapat ramai ulama dan cendiakawan Islam berada di Acheh20 sehingga Acheh menjadi salah satu pusat perkembangan dan penyeberan ilmu yang terkenal selepas kejatuhan Melaka. Penyebaran ajaran Islam di Acheh ketika itu disebarkan oleh pendakwah daripada ahli tarekat dan ahli sufi. Berbagai-bagai amalan tarekat diamalkan oleh masyarakat Acheh antara yang terkenal adalah Tarekat Qadiriyah. Sultan-sultan Aceh juga sangat kuat berpegang kepada amalan tasawuf. Maka, tidak hairanlah ajaran Tasawuf menjadi lebih dominan dan berjaya mewarnai kehidupan beragama di Aceh. Begitu juga, karya-karya agama juga lebih tertumpu pada tasawuf dan falsafah dan kurang penekanannya kepada karya penulisan bercorak fiqh.21 Kekurangan karya penulisan fiqh juga boleh dilihat dari sudut fokus utama dan penyebaran Islam dan usaha menyebarkan dakwah Islam, memberikan kefahaman kepada masyarakat serta menyampaikan asas hukum Islam khususnya perkara berkaitan ibadah. Ia menjadi satu agenda utama ulama dan pendakwah ketika itu. Oleh itu, aspek penulisan dan penghasilan karya agak kurang diberikan perhatian dan penekanan ketika permulaan perkembangan Islam di Acheh. Selain itu, bagi penulis keterbatasan ulama dan cendiakawan Acheh untuk menulis karya-karya agama hususnya karya fiqh disebabkan bahan-bahan penulisan yang sukar didapati pada ketika itu. Begitu juga, bidang penulisan hanya dipelopori oleh

19

Penulisan Karya Hadis Nusantara Abad Ke-19: Antara Syeikh Nawawi Banten Dan Syeikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani, Muhammad Mustaqim Mohd Zarif (Usim), Prosiding Seminar AntArabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD), 2011, 366.

20

Mahsun Fuad, Hukum Islam Indonesia Dari Nalar Partisipatoris Hingga Emansipatoris (Yogyakarta: Penerbit LKiS, c. 1, 2005).

21

Shah Rul Anuar Nordin, Impak Dakwah Kitab Taj al-Salatin kepada Masyarakat Melayu di Aceh Kertas Kerja Seminar AntArabangsa Dakwah & Etnik 2014: KUIS, 19 Nov 2016.

(9)

golongan bangsawan yang mampu untuk mendapatkan bahan-bahan penulisan berbanding ilmuan dan masyarakat Melayu.

Fizikal Karya

Karya-karya fiqh Melayu dianggap sebagai satu sumbangan besar ulama Melayu tradisi yang berupaya menghasilkan idea dan gagasan yang dapat digunakan sehingga kini. Tasawwur perbincangan dan perbahasan hukum yang dihasilkan melalui penulisan membuktikan keupayaan ulama Melayu yang yang kreatif dan produktif dalam menghasilkan sesuatu penulisan. Pada dasarnya penulisan dan penghasilan karya fiqh ini turut mencerminkan budaya hidup masyarakat Melayu yang lalu. Dalam meneliti situasi ini, ia memerlukan pengenalan manuskrip secara keseluruhnnya. Ia mencakupi dari gambaran bentuk fizikal sehinggalah gambaran isi kandungannya. Fizikal karya bermaksud keadaan dalaman dan luaran yang terdapat kepada sesuatu karya fiqh. Karakter dalaman dan luaran ini perlu diteliti kerana ia mempunyai kesinambungan dalam perjalanan perkembangan karya fiqh Melayu. Antara fizikal karya yang diteliti termasuklah fizikal karya yang berbentuk manuskrip, cetakkan, khat dan tulisan Jawi.

Karya Manuskrip

Manuskrip adalah nama yang diberikan kepada naskhah penulisan yang bertulis tangan yang menggunakan tulisan Jawi. Karya fiqh Melayu abad ke-17 yang dihasilkan dalam bentuk manuskrip. Karya tersebut adalah karya Sirat al-Mustaqim dan Mir’ah al-Thullab fi Tashil al-Ma’rifat al-Ahkam

wal Syari’ah li al-Mulk al-Wahhab. Begitu juga, karya fiqh abad ke 18 adalah karya manuskrip

seperti kifayah Safinah Hukkam fi Talkhis Khisham, Hidayah Awam dan Hujjah

al-Balighah ‘ala Jama’ah al-Mukhasamah. Manakala karya abad ke-19 terbahagi kepada dua karya

manuskrip dan karya cetakkan. Antara karya fiqh cetakkan abad ke-19 adalah Bulugh al-Maram,

Ghayah al-Maram, Nahju al-Raghibin, Fath al Manan, Jawahir al-Saniyyah, Sullam al-Mubtadi, Hidayah Muta’allim Wa ‘Umdat Mu’allim, Furu’ Masail Wa Usul Wasail, Bughyah

al-FIZIKAL DAKWAT MANUSKRIP CETAKAN KERTAS HITAM/ MERAH KUNING TERSUSUN TULISAN TANGAN ALAM MELAYU TIMUR TENGAH

C

E

T

A

K

K

A

N

KHAT TULISAN KHAT NASAKH JAWI/ARAB TURKI BOMBAY

(10)

Thullab li Murid Ma’rifah al-Ahkam bi al-Thawab, Kifayah al-Ghulam fi Bayan Arkan al-Islam wa Syuruthihi, Minhah al-Qarib al-Mujib wa Mughni al-Raghibin fi al-Taqrib, Bahjah al-Mubtadin wa Farhah al-Mujtadin.

Di samping itu, terdapat karya fiqh abad ke-19 karya manuskrip dan karya cetakkan seperti karya Fatawa Fathaniyyah terbitan Matba’ah Patani Press, karya Furu’ Masail Wa Usul

al-Wasail terbitan Matba’ah Bin Halabi, Patani Thailand. Ini bererti terdapat dua kategori penghasilan

karya pada abad ke-19. Terdapat karya manuskrip dan cetakkan. Ini kerana, percetakkan karya berbentuk agama mula dicetak dan diberi perhatian bermula pada awal abad ke-19. Terdapat banyak karya-karya yang dicetak atas keperluan dan permintaan masyarakat untuk sesi pengajaran di pondok, pasentren, istana dan pusat pengajian seperti masjid dan sebagainya. Ini seterusnya membuka ruang perkembangan percetakkan karya agama khususnya karya fiqh berkembang pesat selepas abad yang ke-19. Fakta ini dapat dibuktikan dengan perkembangan pesat karya-karya agama pada akhir abad yang ke-19 dan awal abad ke 20 begitu produktif sehingga terdapat banyak karya tulisan agama dicetak pada abad tersebut. Karya dalam bentuk manuskrip banyak tersimpan dipelbagai perpustakaan, muzium dan koleksi peribadi seperti contoh karya manuskrip Sirat al-Mustaqim. Menurut kajian yang dilakukan oleh Jamalluddin22 terdapat 106 naskah kitab Sirat al-Mustaqim dalam bentuk manuskrip yang dikesan sehingga Jun 2008. Manakala, karya manuskrip yang disimpan di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia sebanyak 79 naskhah. Terdapat 29 naskhah manuskrip lengkap sementara 50 naskah lagi tidak lengkap. Kebanyakkan karya Sirat al-Mustaqim disalin dan ditulis pada tahun pertengahan 1700M dan pertengahan tahun 1800M. Terdapat salinan yang lengkap dan salinan yang tidak lengkap. Salinan-salinan yang lengkap ini disalin dari berbagai tempat dan tahun yang dinyatakan secara ringkas.23

Cetakkan

Menerusi pengadaptasian teknologi percetakan, penghasilan karya-karya agama dihasilkan dan telah dicetak serta diterbitkan dalam kuantiti yang besar untuk kegunaan masyarakat sebagai teks-teks pengajian agama dalam pelbagai bidang termasuk akidah, feqah, tafsir, hadis, tasawuf dan sebagainya. Karya-karya cetakkan fiqh Melayu bermula seawal abad yang ke 19.24

Terdapat perbandingan teks di antara karya manuskrip dan karya fiqh yang bercetak. Melalui perbezaan ini, kita dapat mengetahui dan membezakan penulisan dan penghasilan yang terdapat pada karya fiqh Melayu. Menurut Wan Mohd Shagir25 perbincangan dan huraian perbezaan manuskrip dan karya bercetak dari sudut penggunaan bahasa dan tulisan Jawi. Ini termasuklah dari sudut penggunaan huruf-huruf Jawi dan pendekatan Bahasa Melayu dalam membentuk Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi. Bagi penulis, antara perbezaan ketara yang dapat dirumuskan antaranya kandungan karya penulisan manuskrip tidak tersusun secara sistematik. Ini kerana, fokus utama karya penulisan

22

Jamalluddin Hashim, Kitab Al-Sirat Al-Mustaqim Karangan Shaykh Nur Al-Din Al-Raniri (Kitab Al-Taharah Dan Al-Salah): Teks Dan Analisis, Tesis Ijazah Kedoktoran, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.

23

Data ini diambil berdasarkan no kod karya Sirat al-Mustaqim yang disalin dan disimpan di Pusat manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia.

24

Penulisan Karya Hadis Nusantara Abad Ke-19: Antara Syeikh Nawawi Banten Dan Syeikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani, Muhammad Mustaqim Mohd Zarif (Usim), Prosiding Seminar AntArabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD), 2011, 366.

25

Wan Mohd Shagir, Tulisan Melayu/Jawi dalam Manuskrip dan Kitab Bercetak: Suatu Analisis Perbandingan dalam Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu (Shah Alam: Malindo Printers Sdn. Bhd, 1997), 87-105.

(11)

manuskrip agar kandungan ilmu dapat disampaikan tanpa mengira susunan dan aturan. Manakala karya cetakkan fiqh lebih sistematik dan tersusun dengan penulisan khat yang dicetak dengan cetakkan bertaip. Cetakkan pada kulit karya muka hadapan juga memperlihatkan keadaan cetakkan yang ringkas, berbeza dan menarik berbanding manuskrip. Walaupun ringkas dan tiada lakaran grafik pelbagai warna dan simbol namun ia masih dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui isi kandungan dan perbincangan yang terdapat di dalam karya tersebut.

Sebelum kedatangan Islam ke Alam Melayu tradisi penulisan dipengaruhi oleh tradisi penulisan India. Daun lontar adalah adalah daun yang digunakan bagi tujuan penulisan. Tradisi tulisan dan penulisan biasanya menggunakan peralatan tertentu dan lebih banyak berkembang dalam kalangan rahib Hindu dan jurutulis istana sahaja. Rakyat biasa pada umumnya kurang mengenali tradisi tulisan kerana karya yang dihasilkan dalam bentuk demikian tidak banyak dan hanya tersebar dalam kalangan rahib dan jurutulis berkenaan. Tambahan pula, karya yang berkaitan dengan agama Hindu tidak tersebar luas kepada rakyat jelata.26 Selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu kertas menjadi sebagai bahan utama penulisan oleh masyarakat Melayu. Hampir kesemua manuskrip Melayu tulisan Jawi menggunakan bahan kertas.27 Terdapat jenis bahan kertas yang digunakan sebagai bahan tulisan dalam catatan perkembangan penulisan manuskrip Melayu. Antara bahan yang digunakan sebagai bahan tulisan adalah kertas, lontar, kulit kayu, rotan, dan sebagainya. Tulisan tangan pada kertas biasanya diguna pakai pada manuskrip yang berbahasa Melayu, Mandailing, Aceh, Minangkabau, Bugis, Sunda, Bali dan berbahasa Jawa.28 Kertas berkenaan biasanya diperbuat daripada kapas dan sering dikenali sebagai kertas buatan tangan. Sejak akhir abad ke-19 Masihi, kebanyakan kertas yang digunakan untuk menulis manuskrip Melayu adalah buatan kilang yang diimpot daripada negara-negara Eropah. Manakala di Alam Melayu pula, terdapat manuskrip yang terkenal dalam masyarakat Melayu seperti manuskrip yang biasanya menggunakan daun lontar, buluh atau bambu, kulit kayu, deluwang, kertas, juga ada yang menggunakan bahan daripada tanduk (kerbau), telapak gajah (hanya digunakan pada manuskrip Kerinci yang berbentuk segi empat). Bahkan pernah juga ditemui alas naskhah daripada bahan tempurung kelapa dan batang buluh atau bambu yang menjadi warisan khazanah orang Melayu di Nusantara.

Status Penulis

Dalam menelusuri perkembangan karya fiqh Melayu status penulis amat signifikan sebagai item penulisan karya fiqh Melayu. Ia diketengahkan kerana dapat memberikan maklumat tambahan tentang penulisan dan pengarang karya. Status seseorang pengarang ini meliputi gelaran kepada tokoh pengarang, asal kelahiran sama ada dari rumpun Melayu atau berasal dari luar Alam Melayu. Kebanyakan penulis karya fiqh Melayu terdiri daripada ulama yang berbeza latar belakang di dalam bidang pendidikan. Mereka mampu untuk berkarya dengan pelbagai displin ilmu seperti ilmu tauhid, fiqh dan tasawwuf. Karya mereka menjadi kesinambungan kepada karya yang lahir pada abad yang ke-20. Ini kerana tradisi dan legasi idea penulisan ulama-ulama Melayu terdahulu tetap utuh dijadikan bahan rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

26

Makmur Harun, Firman & Muhammad Yafri Yahya, Abms3203 Jawi Dan Kajian Manuskrip Melayu, Buku Panduan Kursus Open University Malaysia, edisi 1, 2016.

27

Wan Ali Wan Mamat, Penyediaan Halaman Kertas Untuk Penulisan Manuskrip Melayu dalam Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu (Shah Alam: Malindo Printers Sdn. Bhd, 1997), 227.

28

Makmur Harun, Firman & Muhammad Yafri Yahya, Abms3203 Jawi Dan Kajian Manuskrip Melayu, Buku Panduan Kursus Open University Malaysia, edisi 1, 2016.

(12)

Panggilan

Salah satu cara yang signifikan untuk memperlihatkan situasi jarak sosial, sama ada rapat atau pun sebaliknya adalah melalui penggunaan bentuk panggilan atau sapaan. Bentuk panggilan atau sapaan secara umumnya adalah perkataan atau frasa yang digunakan untuk merujuk atau memberikan nama kepada seseorang atau pihak itu secara langsung iaitu semasa berinteraksi. Samaada dalam komunikasi lisan ataupun tulisan.29 Dalam kajian ini, penulis akan menjelaskan status kepada penulis karya fiqh Melayu kepada panggilan-panggilan yang diberikan kepada pengarang karya. Terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada penulis karya fiqh Melayu. Ini berdasarkan data yang dilihat dalam penulisan karya mereka dan juga artikel-artikel yang ditulis oleh pengkaji tokoh-tokoh ulama Alam Melayu. Antara gelaran yang diberikan kepada penulis karya ini termasuklah syeikh, tuan guru, ustaz dan ulama. Menurut kamus Dewan30 maksud perkataan syeikh adalah sebutan atau gelaran kepada waris keturunan daripada sahabat-sahabat Nabi SAW. Ia juga sinonim dengan gelaran kepada orang-orang Arab yang berasal daripada Hadramaut dan panggilan kepada orang alim dan seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Ini bermaksud, seseorang yang dipanggil dengan gelaran syeikh itu mempunyai kelayakkan dari sudut ilmu pengetahuan di dalam bidang agama dan mempunyai satu kedudukan di dalam masyarakat. Alam Melayu merupakan destinasi yang menjadi persinggahan khususnya oleh ulama Arab dari Hadramaut. Ia adalah jalan laluan perdagangan mereka sementara menunggu pertukaran angin Monsun. Selain sebagai pedagang, mereka juga adalah pendakwah Islam. Penduduk tempatan memuliakan, sambil memberi gelaran Ulama atau Syeikh memandangkan kehadiran mereka dari bumi Anbia’. Ramai di kalangan anggota masyarakat Alam

29

Amat Juhari Moain, Sistem Sapaan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik, Jurnal Dewan Bahasa, 37(8), (1987), 717-721.

30

Kamus Dewan. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, h. xx, entri syeikh STATUS PENULIS MELAYU SYEIKH ULAMA KELAHIRAN ARAB ASING USTAZ TUAN GURU

(13)

Melayu tersasar dengan dakwah ini dan ternyata mudah31 menerima dan menganuti agama Islam yang dibawa oleh mereka, termasuklah para pembesar dan anggota kerabat Raja-Raja Melayu, yang sebelumnya tebal dengan kepercayaan serta amalan agama Hindu dan fahaman-fahaman nenek moyang. Penyebaran dakwah oleh ulama Arab ini, mewujud jalinan hubungan kekeluargaan di antara penduduk tempatan, termasuk raja-raja Melayu. Berdasarkan perbincangan ini, penulis beranggapan maksud definisi Syeikh itu adalah seseorang yang berilmu dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu agama dan mampu untuk mendidik, berdakwah dan menyampaikan ilmu tersebut kepada masyarakat.

Dalam perkembangan penulisan karya fiqh Melayu beberapa penulis karya fiqh digelar dengan panggilan Syeikh sama ada secara lisan atau tulisan. Antara tokoh yang dipanggil dengan gelaran Syeikh adalah pengarang karya Sirat al-Mustaqim iaitu Syeikh Nuruddin al-Raniri. Ini kerana keilmuannya dan kedudukannya yang mulia sebagai seorang mufti di Acheh. Gelaran syeikh ini juga digelarkan kepada Syeikh Mohd Daud al-Patani. Beliau dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Faṭani.32 Gelaran dan panggilan ini boleh dikaitkan dengan kedudukan keilmuan mereka sebagai orang yang berilmu dan sumbangan mereka di dalam penyebaran dan perkembangan dakwah Islam di Nusantara.

Manakala gelaran ustaz adalah suatu gelaran yang sinonim dengan guru agama atau orang yang mempunyai pengetahuan di dalam bidang agama bagi lelaki.33 Walaupun tidak merujuk secara khusus gelaran ustaz ini kepada penulis-penulis karya tetapi ia menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang menuntut ilmu menmanggil guru-guru mereka dengan panggilan ustaz. Ianya adalah satu penggilan untuk menunjukkan rasa hormat seorang murid terhadap guru mereka. Panggilan ustaz ini menjadi satu gelaran dan panggilan yang menjadi kelaziman dimana-mana tempat pengajian di Alam Melayu seperti pondok, madrasah dan pasantren. Manakala gelaran ‘Tok Guru’ bagi status penulis karya adalah kerana akhlak peribadi sebagai seorang berilmu dan beramal dengan ilmunya, tahap pendidikan yang diterima serta pengalaman hidup yang dikecapinya. Gelaran Tok Guru bukanlah satu gelaran berbentuk ‘mengampu’ malah suatu penghormatan yang diberikan masyarakat kepadanya.34 Menurut Awang Had Salleh Guru yang mengajar pengajian agama disesebuah pondok dinamakan Tuan Guru. Keilmuan Tuan Guru ini juga diakui oleh penduduk disesebuah kampong kerana ketinggian keilmuannya di dalam pengajian agama Islam.35 Melalui status penulis karya terdapat gelaran tuan atau tok guru yang diberikan kepada penulis karya fiqh Melayu. Antara gelaran ini diberikannya adalah kepada pengarang karya Tok Guru Pulai Condong. Berdasarkan kepada perbincangan diatas, pengkaji mendapati terdapat gelaran atau panggilan tertentu di berikan kepada penulis atau pengarang kitab dan karya agama. Gelaran dan panggilan ini adalah panggilan sebagai tanda hormat atas ketokohan dan keilmuan yang terdapat pada tokoh ilmuan yang berpendidikan agama. Ia juga sebagai gelaran kepada mereka yang benar-benar memiliki kelayakkan sebagai ilmuan di dalam bidang agama.

31

Aladin Hj. Mamat, Ulama Golongan Syed di Terengganu: Peranan dan Sumbangan dalam Perkembangan Islam, Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2013.

32

Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1990), Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani: Ulama’ dan Pengarang Terulung Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbitan Hizbi, 22.

33

Kamus Dewan. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, entri syeikh

34

Ismail bin Yusoff, Pemikiran dan perjuangan Islam dan politik Nik Abdul Aziz bin Nik Mat 1964-2004 Thesis Ph.D, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2009.

35

Awang Had Salleh, Institusi Pondok di Malaysia dalam Zainal Kling (ed.) Masyarakat Melayu (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 1997), 33-49.

(14)

Kelahiran

Perkembangan dan penghasilan karya fiqh Melayu juga melihat kepada asal kelahiran penulis karya. Kebanyakkan penulis karya fiqh Melayu berketurunan Melayu. Melayu Acheh, Patani dan Tanah Melayu. Terdapat juga penulis karya yang berasal dari luar Alam Melayu. Ini dapat dilihat keturunan asal ayah kepada Tok Pulau Manis penulis karya al-kifayah berasal dari Iraq dan berhijrah ke Tanah Melayu. Manakala Tok Pulau Manis dilahirkan dan dibesarkan di Trengganu. Demikian juga terdapat penulis karya fiqh Melayu berasal dari luar Alam Melayu seperti dari India seperti Syeikh Nuruddin al-Raniri yang berasal dari Ranir, India Arab dan sebagainya. Namun, hampir kebanyakkan penulis karya fiqh Melayu berasal dari rumpun atau rantau Alam Melayu dari daerah dan tempat yang berbeza. Antara penulis karya yang berasal dari rumpun Alam Melayu seperti Syeikh Daud al-Patani yang berasal dari Patani. Jadual lapan dibawah menunjukkan status kelahiran dan asal keturunan penulis karya fiqh:

Jadual 2: Status kelahiran penulis dan keturunan penulis karya fiqh Melayu

BIL NAMA KARYA NAMA PENGARANG KELAHIRAN ASAL KETURUNAN

1 Sirat al-Mustaqim Syeikh Nur al-Din al-Raniri Ranir, India India

2

Mir’ah Thullab fi Tashil al-Ma’rifat al-Ahkam wal Syari’ah li al-Mulk al-Wahhab

Syeikh Abd al-Rauf al-Fansuri Singkil, Pantai Barat Sumatera

Ada pendapat yang menyatakan bahawa nenek moyang al-Singkili adalah berasal dari Persia. Ia datang ke kesultanan Samudera Pasai pada akhir abad XIII dan menetap di Fansur. Sama dengan nenek moyang Hamzah yang berasal dari Persia.

3

al-kifayah Syeikh Abdul Malik bin

Abdullah

Trengganu Keluarga sebelah datuknya berasal dari Iraq dan berhijrah ke Tanah Melayu

4 Safinah Hukkam fi Talkhis

al-Khisham Syeikh Jalaluddin al-Asyi

Acheh berasal dari keluarga golongan agama, terkenal dan berpengaruh di Aceh. Ayah beliau ialah Syeikh Kamaluddin dan datuk Qadhi Baginda Khathib at-Tarun Pasir, kedua-duanya adalah ulama besar, terkenal dan berpengaruh di Aceh. 5 Hidayah al-Awam Syeikh Jalaluddin al-Asyi

6 Hujjah al-Balighah ‘ala Jama’ah

al-Mukhasamah Syeikh Jalaluddin al-Asyi

7 Sabil al-Muhtadin li al-Tafaqqah fi Amr al-Din

Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari

Banjar (Kalimantan Selatan)

Beliau daripada keluarga kerajaan Banjar berketurunan Raja Banjar di Martapura

8 I’dah al-Albab Syeikh Daud al-Fatani Kampung Parit

Marhum, Kerisek, Patani

Keturunan dan keluarga Syeikh Daud merupakan keturunan ulama dan keluarga beliau mendominasi pengajian Islam di rantau Nusantara. Antara keluarga beliau yang juga ulama besar di Tanah Melayu dan Nusantara Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas (Kg Bukit Bayas, Terengganu) dan Syeikh Abdul Kadir Pasir Panjang (Kg. Hj Kadir, Terengganu). 9 Ghayah al-Taqrib Syeikh Daud al-Fatani

10 Nahju al-Raghibin Syeikh Daud al-fatani 11 Bulugh al-Maram Syeikh Daud al-Fatani 12 Ghayah al-Maram Syeikh Daud al-Fatani 13 Hidayah al-Muta’allim Wa ‘Umdat

al-Mu’allim Syeikh Daud al-Fatani

14 Fath al Manan Syeikh Daud al-Fatani

15 Jawahir al-Saniyyah Syeikh Daud al-Fatani 16 Sullam al-Mubtadi Syeikh Daud al-Fatani 17 Furu’ al-Masail Wa Usul al-Wasail Syeikh Daud al-Fatani 18 Bughyah Ma’rifah al-Ahkam bi al-Thawab al-Thullab li Murid Syeikh Daud al-Fatani 19 Kifayah al-Ghulam fi Bayan Arkan

al-Islam wa Syuruthihi

Syeikh Ismail bin Abdullah

al-Minkabawi Minangkabau Kepulauan Melayu

20 Fath al-Mubin

Syeikh Muhammad Shalih bin Muhammad Murid Rawa

Kabupaten Pasaman, Sumatera Barat

Kepulauan Melayu 21 Minhah al-Qarib al-Mujib wa Syeikh Wan Abdul Samad al- Kampung Tabal Ibunya bernamaTok Cu Mah

(15)

Kandungan Dan Susunan

Dalam penulisan fiqh Melayu terdapat beberapa pendekatan yang telah ditulis oleh penulis dan ilmuan Melayu terdahulu. Usaha ini dilihat sebagai penggunaan akal dan daya intelektual (ijtihad) yang maksimum dalam membina penulisan fiqh berasaskan kepada sumber yang diperakui oleh syarak.36 Pendekatan penulisan ini diberikan istilah yang tertentu untuk huraian sesuatu penulisan seperti penulisan corak matan. Matan bermaksud penulisan yang ditulis secara ringkas. Pengarang hanya menulis fakta-fakta penting tanpa menjelaskan dan menghuraikan secara terperinci isu dan permasalahan fiqh. Pendekatan penulisan secara matan ini agak sukar untuk dibaca sekiranya tidak

36

Muhammad Ibn Ali Ibn Muhammad al-Shawkani, Irsyad al-Fuhul (Kaherah: Dar al-Saadah,1327H), 264; Noor Naemah binti Abd. Rahman, Fatwa Jemaah Ulama Kelantan Tahun 1920an Hingga 1990an: Satu Analisis, Tesis Ijazah Kedoktoran, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2004, 1; Rahimin Affandi bin Abdul Rahim, Ijtihad: Satu Analisis Perbandingan, Jurnal Syariah, (1993), 154.

Mughni al-Raghibin fi al-Taqrib Kalantani (Tuan Tabal) (sekarang dalam Wi layah Selatan Thaila nd)

berasal dari Sulawesi, Indonesia. Manakala bapanya berasal dari Pengkalan Kubur, Tumpat Kelantan.Tuan Tabal adalah termasuk dalam keturunan ulama’ Patani yang terkenal.

22 Mathla’ Badrain wa Majma’ al-Bahrain

Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani

Pulau Duyung Kecil, Kuala Terengganu

Melayu Patani. Ibu bapanya telah berhijrah ke Trengganu selepas pencerobohan Siam.Beliau lahir daripada keluarga besar ulama Patani

23

Wushah Afrah wa Ashbah al-Falah

Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani

24 Kasyf Litham ‘An As-Ilah al-Anam

Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani (Tuan Minal) Kampung Anak Ru Patani. Ada Pendapat yang mengatakan belaiu lahir di Bendang Badang, Kampung di Lembangan Sungai Patani. Melayu Patani

25 Bahjah Mubtadin wa Farhah al-Mujtadin

Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani

Kampung Jambu, Negeri Jerim, Patani Patani

Beliau berasal dari keturunan para muballigh agama Islam yang datang dari Hadhramaut. Sebahagian pengkaji sejarah mengatakan bahawa nasab silsilahnya bertalian dengan Saidina Abbas Bin Abdul Mutalib, bapa saudara Rasulullah S.A.W 26 Al-Fatawa al-Fathaniyyah Syeikh Ahmad bin Muhammad

Zain al-Fathani

KANDUNGAN & SUSUNAN

MATAN SYARAH HASIAH NAZAM

(16)

terdapat komentar atau syarah dari mana-mana ulama atau fuqaha yang akan menghuraikan maksud dan pengertian pada setiap baris matan yang ditulis dalam sesuatu kitab tersebut.

Terdapat beberapa contoh kitab fiqh klasik yang ditulis dengan kaedah penulisan sebagai rujukan seperti Bidayat al-Mubtadi’ oleh al-Marghinaniyy, matan atau Mukhtasar Khalil karangan Syaikh Khalil Ibn Ishaq, Al-Ghayah Wa taqrib ditulis oleh Abu Syuja’, Mukhtasar

al-Khiraqiyy karangan Abu Al-Qasim Umar Ibn Al-hasan al-Khirraqi. Dalam penulisan karya fiqh

Melayu terdapat beberapa karya yang mengunakan pendekatan dan corak secara matan iaitu ringkas tanpa huraian dan penjelasan yang lengkap seperti karya Sirat al-Mustaqim. Kandungan perbincangan karya ditulis secara ringkas dan memerlukan kepada huraian yang lebih komprehensif.

Di antara kitab-kitab Jawi Melayu dijadikan bahan pengajaran melalui pendekatan pengajaran secara matan kemudian dikembangkan menjadi komentar (syarh), catatan pinggir (hasyiyah), bahkan adakalanya muncul dalam bentuk ringkasan (mukhtashar) dan syair (nazham). Misalnya dalam fiqh al-Taqrib, Fathu al-Qarib karya al-Bajuri, Qurrah al-‘Ayn, Fath al-Mu’in, I’anatuh al-Tahalibin atau Nihayah az-Zayn.37 Terdapat penulisan fiqh yang ditulis dengan corak syarah. Penulisan berbentuk syarah ini ditulis untuk mengulas dan menghuraikan matan atau mukhtasar. Penulis syarah ini akan mengulas setiap istilah dan kenyataan yang sukar atau kurang jelas penafsiran pemahamannya. Selain itu, ulasan dan komentar akan diberikan terhadap pandangan dan ijtihad ulama lain terhadap sesuatu masalah yang dibincangkan. Penulisan gaya syarah ini kebiasaannya tidak melakukan pentarjihan terhadap pendapat atau pandangan ulama-ulama. Contoh seperti Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari menyebut komentar yang diberi oleh ulama yang meriwayatkan sesuatu hadis. Apabila beliau menulis sesebuah hadis dalam karyanya beliau turut menyertakan ulasan yang diberikan kepada hadis tersebut oleh periwayat hadis. Ulasan ini sebagai satu isyarat sama ada sesuatu hadis itu diterima dan ditolak. Perkara ini sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi pengarang kitab hadis terdahulu seperti yang terdapat dalam kitab Sunan al-Tirmidhi, Sahih Ibn Khuzaimah. Pengarang biasanya menyertakan komentar pada akhir riwayat hadis agar pembaca yang akan datang boleh merujuk dan membuat kajian lanjutan mengenai maklumat tambahan yang disertakan. Ini antara amanah ilmu yang beliau tunjukkan dan sepatutnya menjadi ikutan bagi para penuntut ilmu selepasnya. Ini kerana dalam kebanyakan kitab hadis nusantara pengarang hanya menyebut hadis tanpa disertakan ulasan periwayat hadis. Ini menyukarkan para pembaca sama ada orang awam atau pengkaji selepasnya untuk mencari sumber asal dan menilai taraf hadis yang dinyatakan. Justeru, terdapat bentuk penulisan karya fiqh Melayu menggunakan kaedah penulisan syarah. Antara bentuk dan corak penulisan syarah ini karya

Safinah al-Hukkam yang mensyarahkan karya Sirat al-Mustaqim. Kitab Melayu/Jawi yang pertama

ditulis dalam bentuk syarah juga dimulai dengan karya Sheikh Daud al-Fathani berjudul Sullamul

Mubtadi fi Ma'rifati Thariqatil Muhtadi. Disyarah pula oleh cicit saudara beliau bernama Sheikh

Muhammad Nur al-Fathani iaitu seorang ulama dan Qadi Mekah pada zamannya.38 Selain itu, penulisan hasiah bermaksud penulisan kitab fiqh yang berbantuk Ta’liq (komentar)atau Mulahazhat (catatan) yang dilakukan terhadap sesuatu syarh. Bentuknya hampir sama dengan bentuk penulisan jenis syarh, tetapi bezanya penulis kitab jenis Hasyiah ini hanya akan memilih perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang tertentu dalam kitab

syarh untuk diulas dengan komentar-komentar atau catatan yang tertentu. Antara kitab-kitab yang

ditulis dengan jenis penulisan hasyiah ialah39 Hasyiah Ibn ‘Abidin atau disebut juga Rad

37

Husen Hasan Basri, Pengajaran Kitab-Kitab Fiqih Di Pesantren, EDUKASI, vol. 10, no. 1 (2012), 20.

38

Bicara Agama Karya Ulama Patani Rujukan Nusantara

Http://Ww1.Utusan.Com.My/Utusan/Info.Asp?Y=2009&Dt=0525&Sec=Bicara_Agama&Pg=Ba_01.Htm#Ixzz 5spzexyxe

39

(17)

Mukhtar yang ditulis oleh Muhammad Amin Ibn Umar atau lebih dikenali dengan panggilan Ibn

‘Abidin. Seorang ulama bermazhab Hanafi. Kitab hasyiah ini adalah komentar kepada kitab al-Dur

al-Mukhtar yang dikarang oleh al-Haskafiyy. Kitab ini juga merupakan kitab hasyiah yang agak

panjang sehingga menyerupai kitab syarh. Kedua Hasyiah al-Syarqawiyy yang dikarang oleh Abdullah Ibn Hijaziyy Ibn Ibrahim al-Syarqawiyy ulama mazhab Syafie. Kitab ini merupakan kitab hasyiah kepada kitab Syarh al-Tahrir karangan Zakaria ibn Muhammad al-Ansariyy. Selain daripada bentuk penulisan seperti di atas, terdapat bentuk lain dalam penulisan kitab fiqh seperti penulisan mengikut mazhab, penulisan muqarran (perbandingan), penulisan ayat dan hadith hukum, fatwa, usul,

qawa’id dan sebagainya.40

Manakala penulisan tajuk dan bab di dalam karya fiqh Melayu disusun dengan begitu baik sekali. Beberapa karya dilihat disusun dengan tajuk dan pembahagian yang sepadan dan sesuai dengan tajukknya. Dan terdapat beberapa karya yang tidak lengkap dan sempurna di dalam pembahagian tajuknya. Bagi penulis kebanyakkan karya fiqh Melayu mempunyai tajuk dan bahagian-bahagian yang telah dikelaskan untuk memudahkan khalayak pembaca. Bagi penulis ulama Melayu terdahulu pada telah menyusun dengan baik setiap kandungan dan bab. Ini bermakna mereka telah meletakkan asas yang kuat sebelum sesuatu karya itu ditulis dan dikembangkan ke rantau Alam Melayu.

GAYA PENULISAN

40

Ibid.

TAHMID UMUM PRODUKTIF

PENULISAN

PENUTUP KOMPENTASI

BAB FASL KITAB

SUBJEK

METODOLOGI

(18)

Metode atau kaedah penulisan fiqh antara tiga abad awal 17, 18 dan 19 adalah berbeza. Penulisan abad ke-17 lebih menumpukan kepada penulisan ibadah yang ringkas. Ini kerana, zaman permulaan penyebaran Islam dan mereka mengambil pendekatan memberi gambaran awal kefahaman tentang ajaran Islam kepada masyarakat Melayu. Manakala penulisan di abad ke-18 mencerminkan penulisan yang lebih mendalam kepada persoalan-soalan ibadah. Namun terdapat penambahbaikan telah dilakukan dalam penulisan karya abad ke-18. Antaranya dalam persoalann dan perbincangan hukum fiqh dan perbincangan muamalat. Manakala penulisan di abad ke-19 lebih cenderung kepada bentuk pendalilan dalam karya fiqh Melayu. Antara dalil-lalil yang menjadi keutamaan di dalam karya-karya fiqh tersebut adalah dalil al-Quran dan hadis yang menjadi pegangan yang dominan pada zaman itu.

Kerangka keseluruhan penulisan karya fiqh Melayu abad 1600-1800M adalah berpaksikan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Ini dapat dilihat dalam penulisan awal penulisan fiqh 1700 karya

Sabil al Muhtadin oleh Syeikh Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari dalam bab thoharoh.41 Dalam menghuraikan masalah thoharoh beliau telah menggunakan metode pengistibantan hukum berdasarkan kepada pendalilan hukum dari al-Quran dan al-Sunnah. Kematangan penulisan karya fiqh Melayu merangkumi kecanggihan metodologi ulama Melayu. Setiap pengkaji kitab Jawi memang akan terkesan dengan mutu ilmiah yang dimilikinya. Ia menepati kriteria karya ilmiah seperti mana difahami dalam konteks moden. Karya penulisan42 ini memberi sumbangan yang besar dalam setiap aspek kehidupan dan masih menjadi rujukan di rantau Alam Melayu sehingga membentuk hubungan intelektual yang mementingkan ilmu pengetahuan berdasarkan budaya ilmu yang sejati.43

Bagi penulis metodologi fiqh Alam Melayu ditentukan oleh pusat pengajian fiqh di Haramayn. Walaupun bentuk kerangka epistemologi Haramyn ditentukan tetapi ia diolah dengan sentuhan idea dan ciri Alam Melayu. Ini menjadikan versi fiqh Alam Melayu berbeza dengan versi fiqh lokasi luar Alam Melayu. Apa yang perlu difahami penulisan karya-karya fiqh Melayu lebih berasaskan kepada karya terjemahan ke dalam bahasa Melayu daripada kitab fiqh klasik Arab. Ini dapat dilihat, kebanyakan karya yang dihasikan di Haramyan menjadi lokasi golongan ilmuan Melayu melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Walaupun karya-karya fiqh Melayu dianggap dalam dunia akademia sebagai karya intelektual Islam tetapi ia sebenarnya dihasilkan dari usaha sentesis antara karya-karya Islam Timur Tengah dengan kearifan tempatan Melayu Islam.

Terdapat beberapa pendekatan penulisan yang ditulis di dalam karya fiqh Melayu. Dari sudut tahmid pembuka bicara karya, penutup, penulisan secara umum, kompentasi karya dan karya yang produktif. Selain itu, dari sudut stuktur bab dalam karya hanya dibahagikan kepada 3 bab sahaja. Tahmid atau pembuka bicara di dalam penulisan adalah kata-kata pujian yang dilontarkan oleh pengarang karya di dalam penulisan. Kata-kata pujian ini termasuklah memuji dan bersyukur kepada Allah dan Baginda Muhammad SAW kerana dapat menyelesaikan penulisan. Melalui pemerhatian kepada karya-karya fiqh Melayu, kebanyakkan karya fiqh Melayu memulakan penulisan dengan lafaz bismillah dan berkhutbah memuji Allah SWT seterusnya berselawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a. Di dalam tulisan catatan pengantar penulis karya menyatakan

41

Kitab Sabil al-Muhtadin lil fiqh Umur al-Din, MSS 555, Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur

42

Dalam disiplin penulisan dan pengkaryaan ilmu fiqh, terdapat ramai ulama yang menyumbang ke arah pembangunan budaya keilmuan dalam masyarakat Melayu Nusantara. Di antara mereka adalah Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari, Syeikh Daud al-Fatani, Syeikh Abdul Samad al-Palembani dan sebagainya.

43

Wan Mohd Nor Wan Daud, Penjelasan Budaya Ilmu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997), 108-109.

(19)

kata-kata pembuka bicara atau di dalam Bahasa Arabnya dikenali sebagai tahmid44 atau juga disebut sebagai muqaddimah. Ini adalah gambaran awal terhadap pemikiran penulisan yang akan dipersembahakan kepada khalayak pembaca. Antara penulisan karya fiqh Melayu yang terdapat kata-kata pembuka bicara dan tahmid adalah Sirat45 dan Mirah46 terdapat tahmid dan tasbih kepada Allah serta pujia-pujian kepada Nabi Muhammad SAW antara teks yang terdapat di dalam karya Ghayah

al-Taqrib yang memuji-muji tuhan dan minta di jauhkan segala godaan dan ganguan dari syaitan yang di

rejam. Melalui pemerhatian penulis mendapati kebanyakkan karya fiqh memulakan penulisan dengan kalimah:

Ku Mulai Penulisan ini47 Segala puji hamba tetapkan48

Berdasarkan pemerhatian terhadap karya-karya fiqh yang ditulis di dalam bentuk umum tanpa ada perbincangan dan penerangan khusus terhadap sesuatu isu yang dibincangkan. Gambaran sesuatu isu hanya dihuraikan secara umum tanpa melangkaui kepada had perbincangan yang lebih komprenhansif yang lebih luas. Penutup bicara atau khitam adalah penutup perbahasan dan perbincangan dalam karya penulisan. Kebiasaan penulisan penulis akan memuji-muji Allah dan memohon maaf diatas kekurangan dan kesalahan yang terdapat di dalam penulisan. Selain itu, penulis juga memohon agar penulisan dimanfaatkan untuk kebaikkan masyarakat dan umat Islam. Ini dapat lihat bagaimana kebanyakkan karya fiqh Melayu menutup karya penulisan mereka dengan memuji Allah SWT.

Manakala penulisan bagi tajuk dan bab di dalam karya fiqh Melayu ianya disusun dengan begitu baik sekali. Beberapa karya dilihat disusun dengan tajuk dan pembahagian yang sepadan dan sesuai dengan tajukknya. Dan terdapat beberapa karya yang tidak lengkap dan sempurna di dalam pembahagian tajuknya. Bagi penulis kebanyakkan karya fiqh Melayu mempunyai tajuk dan bahagian-bahagian yang telah dikelaskan untuk memudahkan khalayak pembaca. Ini dapat dibuktikan pada analisis rajah 3.5. Bagi penulis ulama Melayu terdahulu pada telah menyusun dengan baik setiap kandungan dan bab. Ini bermakna mereka telah meletakkan asas yang kuat sebelum sesuatu karya itu ditulis dan dikembangkan ke rantau Alam Melayu. Manakala subjek penulisan karya fiqh adalah pokok perbincangan di dalam sesuatu penulisan. Ianya dibahagikan kepada beberapa sub perbincangan antaranya:

44

Maksud tahmid adalah bicara pembuka kata untuk mengucapkan puji-pujian kepada Allah atau dalam lafaz-lafaz untuk kita mengigati Allah SWT lihat Kamus Dewan. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010, 33, entri tahmid.

45

Kitab Sirat al-Mustaqim, MSS 144, Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

46

Koleksi British Library (BL), London No kod Or. 16035 karya digital

http://www.bl.uk/manuscripts/Viewer.aspx?ref=or_16035_f001r;

Mir’ah al-Thullab di http://eresources.nlb.gov.sg http://eresources.nlb.gov.sg/printheritage/detail/b5042e02-fd82-4143-83a0-c83ee26f547f.aspx?s=islam

47

Kitab Ghayah al-Taqrib, MS 262, Pusat Manuskrip Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

48

(20)

Jadual 3: Berdasarkan subjek perbincangan karya fiqh Melayu klasik

BIL NAMA KARYA TAHUN SUBJEK PERBINCANGAN

1 Sirat al-Mustaqim 1644 Fiqh Ibadah: Solat, Haji, Thoharah, Wudu’

2 Mir’ah al-Thullab 1672 Soal dan Jawab khusus untuk para Qadhi

3 al-kifayah

1726 Fiqh Ibadah: Bersuci, Solat, Puasa, Zakat, Binatang yang halal dan haram di makan dan pengebumian jenazah.

4

Safinah al-Hukkam 1740 Perbincangan tentang hakim, Jual-beli, Munakahat, hukum jirah dan faraid.

5 Hidayah al-Awam Tanpa tarikh Fiqh Ibadah yang ringkas

6 Hujjah al-Balighah Tanpa tarikh Perbahasan Fiqah Kehakiman Islam

7 Sabil al-Muhtadin 1780 Fiqh Ibadah

8 I’dah al-Albab 1809 Perbincangan Fiqh Munakahat

9 Ghayah al-Taqrib 1811 Perbincangan harta Pusaka

10 Nahju al-Raghibin 1811 Perbincangan Fiqh Muamalat

11 Bulugh al-Maram 1812 Takbiratul Ihram & Niat dalam Solat 12 Ghayah al-Maram 1814 Perbincangan Ibadat haji dan Umrah 13 Hidayah al-Muta’allim 1828 Fiqh Ibadah : Di anggap paling lengkap

14 Fath al Manan 1834 Perbincangan aqidah, tasawwuf dan fiqh 15 Jawahir al-Saniyyah 1836 Perbincangan aqidah, tasawwuf dan fiqh 16 Sullam al-Mubtadi 1836 Perbincangan aqidah, tasawwuf dan fiqh

17 Furu’ al-Masail 1838 Soal Jawab : Fatwa dan Qadi dan juga aspek ibadat, muamalat, perkahwinan dan jenayah

18 Bughyah al-Thullab Tanpa tarikh Fiqh Ibadah Mazhab Shafi’e

19 Kifayah al-Ghulam Tanpa tarikh Fiqh Ibadah

20 Fath al-Mubin 1856 Fiqh Ibadah

21

Minhah al-Qarib 1883 Fiqh Ibadah : Thoharah, Solat, Haji, Zakat, Jihad & Hukum

fiqh

22 Mathla’ al-Badrain 1886 Perbincangan aqidah, tasawwuf dan fiqh

23 Kasyf al-Litham 1890 Perbincangan Furu’ fiqh dalam bentuk soal jawab 24 Bahjah al-Mubtadin 1893 Perbincangan fiqh

25 Al-Fatawa al-Fathaniyyah

Tanpa tarikh Soal Jawab Persoalan Fiqh

26 Wushah al-Afrah 1894 Perbincangan fiqh, Iman dan Islam

Kesimpulan

Perbincangan mengenai kategori item karya fiqh Melayu adalah perbincangan signifikan dalam menganalisa perkembangan penulisan karya fiqh Melayu. Penulis melihat kepada kepentingan pengkategorian item penulisan pada hakikatnya menyerlahkan perkembangan penulisan karya fiqh sekaligus membuktikan kebolehan dan kewibawaan ulama Melayu silam menghasilkan karya yang bermutu tinggi dan seterusnya memperlihatkan tahap penguasaannya yang mendalam terhadap sesuatu ilmu.49 Di samping itu ditambah dengan kaedah penulisan yang menarik boleh menjadi antara faktor ia dijadikan bahan kajian dan rujukan bahan pengajaran di Alam Melayu. Ini kerana,

49

Muhammad Adib Shamsudin et al., “Metod Penulisan Kitab Matla’ al-Badrayn Wa Majma’ al-Bahrayn, Jurnal Melayu (5), (2010), 148.

(21)

kebanyakan karya ilmiah bertulis yang dihasilkan oleh ulama Melayu-Islam dalam pelbagai bidang disiplin ilmu seperti ilmu fiqh mempunyai kaitan dengan hal-hal kemasyarakatan.50

Rujukan

Abdul Hadi W.M, “Islam di Indonesia dan Transformasi Budaya”, dalam Komaruddin Hidayat dan Ahmad Gaus AF (Ed.), Menjadi Indonesia: 13 Abad Eksistensi Islam di Bumi Nusantara, Jakarta: Mizan, 2006.

Abdul Kadir bin Haji Muhammad, Sejarah Penulisan Hukum di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.

Ajidar Matsyah, Jaringan Ulama-Ulama Melayu dalam Manuskrip, Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan, Banda Aceh, Indonesia, 2013.

Aladin Hj. Mamat, Ulama Golongan Syed di Terengganu: Peranan dan Sumbangan dalam Perkembangan Islam, Tesis Ph.D, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur, 2013.

Amat Juhari Moain, Sistem Sapaan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik, Jurnal

Dewan Bahasa, 37(8), 1987.

Faizuri bin Abdul Latif & Faisal @ Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid, Tradisi Penulisan Hadith dalam Karya Ulama Melayu: Kajian Terhadap Kitab ‘Aqidah al-Najin, Jurnal Usuluddin, bil 30, (2009).

Helius Sjamsuddin, Metodologi Sejarah, Yogyakarta: Ombak, 2007. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kronologi laman dilewati pada 26 Julai 2018.

Husen Hasan Basri, Pengajaran Kitab-Kitab Fiqih Di Pesantren, EDUKASI, vol. 10, no. 1 (2012).

Kamus Dewan. Ed. Ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.

Laman web Perpustakaan Negara Malaysia

http://www.pnm.gov.my/manuskrip/Melayu/02spenulisan/201alat_kertas.htm

Mahmood Zuhdi, Pengajian Syariah: Satu Pentakrifan dalam Dinamisme Pengajian Syariah, Kuala Lumpur: Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2001.

Makmur Harun, Firman & Muhammad Yafri Yahya, Abms3203 Jawi Dan Kajian Manuskrip Melayu, Buku Panduan Kursus Open University Malaysia, edisi 1, 2016.

Muhammad Abu Bakar, “Pendirian dan Pembangunan: Islamisasi dan Isu-Isu Semasa dengan Rujukan kepada Tugas Generasi Ulul Albab dalam Abad Ke-21”, dalam Islam Dan

Masyarakat Maju, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1993.

Muhammad Ibn Ali Ibn Muhammad al-Shawkani, Irsyad al-Fuhul (Kaherah: Dar al-Saadah,1327H). Najahudin Lateh et el., “Tematik Emas dalam Karya Fiqh Ulama Alam Melayu: Tinjauan Terhadap

Kitab al-Sirat al-Mustaqim, Furu’ al-Masail dan Bahr al-Madhi” Seminar Serantau Kajian

Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan, 2013.

50

Rahimin Affandi Abdul Rahim et al., Warisan Karya Ulama Melayu-Islam Silam dan Kaitannya dengan Pengajian Moral di Zaman Moden, Jurnal Usuluddin, bil. 27, (2008), 170.

(22)

Noor Naemah binti Abd. Rahman, Fatwa Jemaah Ulama Kelantan Tahun 1920an Hingga 1990an: Satu Analisis, Tesis Ijazah Kedoktoran, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2004.

Penulisan Karya Hadis Nusantara Abad Ke-19: Antara Syeikh Nawawi Banten Dan Syeikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani, Muhammad Mustaqim Mohd Zarif (Usim), Prosiding Seminar Antarabangsa Sunnah Nabawiah: Realiti dan Cabaran Semasa (MUSNAD), 2011.

Rahimin Affandi Abdul Rahim, al-Quran dan Peranan Ulama Melayu dalam Pemodenan Rantau

Alam Melayu dalam Warisan al-Quran Peradaban Manusia, ed. Mohd Radzi Othman et.al.,

(Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2005.

Rahimin Affandi bin Abdul Rahim, Ijtihad: Satu Analisis Perbandingan, Jurnal Syariah, (1993). S.M. Naquib al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the

Malay-Indonesian Archipelago (Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969.

Terdapat pengajian al-Quran pada awal kesultanan Melayu Melaka dimana seorang seorang alim bernama Maulana Sadar Jahan telah menjadi guru kepada Sultan Mahmud dan puteranya; William Girdlestone Shellabear, Sejarah Melayu, Kuala Lumpur, Fajar Bakti, 1975.

Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fatani: Ulama’ dan Pengarang

Terulung Asia Tenggara. Shah Alam: Penerbitan Hizbi, 1990.

Zurita Mohd Yusoff et.al., Tok Pulau Manis: Pioneer of Fiqh Writings in the Malay Peninsular, Asian

Referensi

Dokumen terkait