• Tidak ada hasil yang ditemukan

MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU ASEAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MALAYSIA DAN HUBUNGAN SERANTAU ASEAN"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Malaysia Dan Hubungan Serantau ASEAN

1. Pembentukan ASEAN bermula dengan pembentukan SWAFET (1959) tetapi gagal utk mencapai persetujuan.

2. ASA dibentuk dan dianggotai Malaya,Thailand, dan Filipina (1961) tetapi matlamat ASA tidak Berjaya disebabkan masalah konfrontasi Indonesia dan tuntutan Filipina ke atas Sabah.

3. Malaysia, Indonesia dan Filipina berusaha lagi kearah persekutuan kukuh selepas konfrontasi dengan melibatkan lebih banyak negara sebagai anggota dan menubuhkan ASEAN pada 8 Ogos 1967 di bawah Deklarasi Bangkok.

4. ASEAN dianggotai negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei Darulsalam (1984), Vietnam (1995), Laos dan Mynmar (1997) dan Kemboja (1999).

5. Dua negara iaitu Timor Leste dan Papua New Guinea menjadi negara pemerhati untuk menganggotai ASEAN.

6. Sekretariat tetap ASEAN terletak di Jakarta, Indonesia.

Matlamat ASEAN.

1. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dalam kalangan negara anggota.

2. Menggalakan kerjasama dalam social, ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

3. Meningkatkan keamanan dan kestabilan negara serantau.

4. Meningkatkan pengajian Asia Tenggara bagi mengadakan kerjasama dengan pertubuhan global dan negara serantau.

5. Memajukan perdagangan, industri dan pertanaian.

6. Mengamalkan dasar berkecuali melalui ZOPFAN yang diistiharkan dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971.

Kerjasama ASEAN.

1. Kerjasama ASEAN dilakukan oleh Menteri Luar Negara, Menteri Pelancongan, Menteri Kesihatan, Menteri Pelajaran dan Menteri Ekonomi.

(2)

2. Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN dikenali ASEAN Economic Ministers Meeting (AEMM) diadakan setiap dua tahun sekali.

3. Mesyuarat AMM (Annual Ministerial Meeting) dijalankan oleh Menter Luar ASEAN untuk membincangkan perkara sosiobudaya dan membentuk Komuniti Asia Timur. (a)Mengadakan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama dengan negara anggota pada

tahun 1976.

(b) Mengadakan Kerjasama tentang Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (1995). (c) Mengadakan Kerjasama Asia Pasifik (APEC).

(d)Mengadakan Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) yang memainkan peranan penyelaras antara negara Asia yang terlibat dalam proses dialog dengan Eropah, iaitu mesyuarat pemimpin-pemimpin Asia di luar Mesyuarat Asia-Eropah Keenam (ASEM6).

Kerjasama Ekonomi ASEAN

Projek Perindustrian ASEAN

1. ASEAN telah membuat pengisytiharan Pakatan ASEAN pada 23-24 Febuari 1976 di Bali, Indonesia.

2. Projek Perindustrian ASEAN dilaksanakan di negeri-negeri ASEAN seperti: (a) Projek Baja ASEAN di Indonesia;

(b) Projek Perlombongan Potasium di Thailand;

(c) Projek Vaksin Hepatitis B dan Enjin Diesel di Singapura; (d) Projek Pendidikan dan Urea di Bintulu, Malaysia;

(e) Projek Fabrikasi Tembaga di Filipina.

3. Perdagangan dua hala antara Malaysia dengan ASEAN pada tahun 2004 menguntungkan negara dengan pencapaian sebanyak RM216.33 bilion.

4. Malaysia menggunakan 25.1% daripada jumlah eksport negara kepada negara-negara ASEAN.

(3)

5. Jumlah bahan mentah Malaysia yang dieksport ke negara ASEAN ialah: (a) Indonesia ---- sebanyak 44.3% atau RM3.59 bilion;

(b) Singapura ---- sebanyak 15% atau RM9.39 bilion; (c) Thailand ---- sebanyak 30.9% atau RM5.42 bilion; (d) Vietnam ---- sebanyak 37.9% atau RM1.19 bilion; (e) Filipina ---- sebanyak 34.9% atau RM1.90 bilion.

6. Malaysia mengamalkan perdagangan antara rantau dalam ASEAN.

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN(AFTA)

1. Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dilancaran pada 1993.

2. Melaksanakan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) selama 15 tahun melalui Skim Keutamaan Tarif Sama Rata.

3. Melalui Skim ini, barangan yang dijual mesti mengandungi 60% kompenan barangan tempatan dan bebas daripada halangan tariff (NTB) dan pembukaan lebih luas sector perkhidmatan.

4. Eksport negara dijalankan di bawah Skim Tarif Keutamaan Sama Rata (CEPT).

5. Barangan utama yang dieksport melalui skim ini ialah jentera, peralatan, elektrik, bahan kimia, organik, besi, keluli dan artikel plastik.

6. Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

7. Mengadakan kerjasama ASEAN + 3, iaitu ASEAN dengan Korea, Jepun dan China. 8. AFTA hanya akan melaksanakn penghapusan tarif sepenuhnya pada tahun 2010 dalam

kalangan enam negara asal ASEAN (ASEAN-6) dan pada tahun 2015 bagi Kemboja, Laos, Mnymar dan Vietnam (CLMV) bagi mewujudkan liberalisasi perdagangan.

Isu antara Malaysia dengan Negara ASEAN

Negara Isu

(4)

2. Tambak Batu

3. Jambatan menggantikan Tambak Johor 4. Bekalan air mentah

Thailand 1. Pencerobohan nelayan ke Perairan Malaysia 2. Keganasan ke selatan Thailand

3. Pendatang tanpa izin Indonesia 1. Pendatang tanpa izin 2. Pertindihan sempadan Filipina 1. Tuntutan ke atas Sabah

2. Pendatang tanpa izin Vietnam

Tuntutan keatas Kepulauan Spratly Myammar

Pekerja tanpa izin

Komuniti Ekonomi ASEAN(AEC) atau Pasaran Tunggal ASEAN

1. AEC dirangka untuk meningkatkan status ASEAN sebagai destinasi pelabur 2. Komuniti Ekonomi ASEAN dicadang akan dilancarkan pada tahun 2015

3. AEC merupakan langkah untuk menggembleng semua usaha kearah membentuk pasaran tunggal ASEAN menjelang tahun 2015.

4. ASEAN berhadapan dengan risikohilang kedudukanya sebagai destinasi pelaburan jikarangka ini dijalankan dengan cepat.

(5)

5. Anggota AEC terdiri daripada Malaysia,Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina manakala kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam boleh menyertai AEc apabila mereka bersedia.

6. Objektif AEC adalah untuk:

(a) Mengurangkan kemiskinan serta jurang pendapatan (b)Membaiki kualiti hidup di serata rantau negara ASEAN (c)Bersatu dalam menghadapi isu ekonomi antarabangsa.

Pertumbuhan Ekonomi Serantau Utara dan Selatan Malaysia

1. Melibatkan tiga buah negara ASEAN di bahagian utara dan selatan.

2. Di bahagian utara, hubungan ekonomi dijalankan antara Thailand, Malaysia dan Indonesia.

3. Di bahagian selatan, hubungan ekonomi dijalankan antara Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Kerjasama Politik ASEAN

Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

1. ASEAN merupakan gabungan negara Asia Tenggara yang mengamalkan dasar berkecuali.

2. ASEAN dianggap sebagai zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dengan cirri-ciri tidak memiliki, meletak atau menggunakan senjata nuklear di Asia Tenggara.

3. ASEAN ingin mewujudkan kawasan yang aman dan sejahtera, bebas dan berkecuali. 4. Dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 19711, Menteri Luar negara ASEAN

telah mengumumkan konsep ZOFPAN bagi tujuan menjaga keamanan dan kesejahteraan ranatu Asia.

(6)

a. Negara kuasa besar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China harus menghormati dan menjaga kepentingan negara Asia Tenggara;

b. Negara kuasa besar tidak menceroboh Kedaulatan negara ASEAN;

c. Negara kuasa besar tidak boleh menggunakannegara ASEAN sebagai pusat pengujian senjata nuclear atau membina pusat ketenteraan mereka;

d. Kerjasam negara ASEAN dapat dikukuhkan tanpa campur tangan kuasa luar dan pada masa yang sama bebas daripada kuasa asing.

6. Kebaikan konsep ZOFPAN ialah:

a. Melalui konsep ini, negara ASEAN tidak akan dijajah;

b. Konsep ini menjadikan Asia Tenggara sebagai satu rantau yang aman;

c. ZOFPAN dapat mewujudkan Blok Pengukuran Kepercayaan untuk mengadakan dialog melalui proses PMC dan ASEAN Regional Forum (ARF).

Komuniti ASEAN

Terdapat beberapa agenda dijalankan untuk merealisasikan hubungan ASEAN dengan negara lain.

Komuniti Asia Timur

1. Ditubuhkan dalam siding kemuncak Asia Timur (EAS) pada tahun 2005. 2. ASEAN berusaha untuk mengadakan hubungan dengan negara Asia Timur. 3. Kerjasama Asia TImur bagi jangka panjang adalah berasaskan tiga tongga, iaitu

Komuniti Ekonomi Asia Timur, Komuniti Keselamatan Asia Timur dan Komuniti Sosiobudaya Asia Timur.

4. Komuniti Asia Timur diperkukuhkan bagi memastikan gagasan ASEAN+3 mencapai matlamatnya.

5. Mengadakan kerjasama kewangan, bantuan pakar dan pindaan teknologi dari negara Asia Timur.

Program Tindakan Vientiane (VAP)

1. Dilulusakan dalam Persidangan Kemuncak ASEAN ke-9 di laos pada tahun 2004. 2. Program Tindakan Vientiane diwujudkan untuk mencapai keamanan, kerjasama dan

(7)

3. Meningkatkan kerjasama perniagaan dan projek antarabangsa. 4. Melalui program ini, negara ASEAN dapat mencapai matlamatnya. Hubungan ASEAN dengan negara Lain

1. ASEAN mengadakan hubungan dengan Rusia melalui Sidang Kemuncak ASEAN-RUSIA Pertama.

2. ASEAN mengadakan hubungan dengan India melalui Sidang Kemuncak AEAN-INDIA ke-4.

3. ASEAN mengadakan hubungan dengan Korea Selatan melalui Sidang Kemuncak AEEAN-KOREA SELATAN ke-9.

4. AEAN mengadakan hubungan dengan Jepun melalui Sidang Kemuncak ASEAN-JEPUN ke-9.

Sosial dan Kebudayaan 1. Budaya

(a) Aktiviti kebudayaan dan sukan diadakan untuk mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara negeri ASEAN.

(b)Melaksanakan beberapa aktiviti seperti: (i) Sukan SEA;

(ii) Pesta Filem ASEAN dan lagu ASEAN;

(iii) Pertukaran program televisyen seperti drama negara ASEAN dan rancangan radio;

(iv) Rombongan kebudayaan dan pertukaran lawatan serta menubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darulsalam (MABBIM) dan menggalakkan kerjasama pengetahuan.

2. Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)

(a) Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) telah ditubuhkan pada bulan November 1965 di Bangkok.

(b) SEAMEO menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan sains dan budaya seperti:

(8)

(ii) Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC);

(iii) Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik (RESCAM), di Pulau Pinang.

(iv) Menubuhkan Majlis Bahasa Brunei Darulsalam, Malaysia dan Indonesia bagi mengembangkan bahasa Melayu dan menyelaras istilah serta sebutan.

3. Perairan

(a) Menubuhkan Badan Penasihat Perkapalan ASEAN dan Persatuan Nasihat Pemilik Kapal bagi mengelak monopoli sesebuah syarikat perkapalan.

(b) Malaysia, Indonesia dan Singapura memberikan kerjasama yang berkesan dalam mengurangkan aktiviti lanun di Selat Melaka.

Sains dan Teknologi

1. Menubuhkan Pusat Serantau Sains di Asia.

2. India dan Jepun hari ini mendatangani memorandum persefahaman (MOU) dalam Pembangunan Sains dan Teknologi (S&T) yang dijangka akan member manfaat kepada pembangunan di rantau ASEAN.

3. Bekerjasama dan berkongsi data makulmat, pembangunan teknoilogi nano, pertukaran dan pembangunan teknologi makulmatdan komunikasi (ICT), pengurusan bencana (tsunami) dan pembangunan sumber manusia dengan ASEAN.

Lain-lain

1. Penerbangan awam---persetujuan untuk memudahkan pendaratan kapal terbang Negara asing.

2. Perdagangan----menubuhkan Persekutuan Dewan Perdagangan dan Perusahaan ASEAN. 3. Pelancongan----mengadakan tahun melawat negara ASEAN, contohnya Tahun melawat

(9)

Cabaran Asean dan Pengaruh Globalisasi

Globalisasi

1. Malaysia menyokong penyaluran pelaburan dari negara maju tanpa halangan.

2. Menjalankan perdagangan adil di rantau ASEAN dan bukan perdagangan tanpa batas. 3. Melakukan pemindahan teknologi, mengurangkan jurang digital antara negara ASEAN. 4. Mengamalkan dasar memakmurkan jiran secara perkongsian pintar dengan negara

ASEAN bagi menguntungkan semua negara.

Cabaran ASEAN

1. Sosial dan Agama

(a) Masalah perkauman dan agama yang berlaku di beberapa buah negara ASEAN seperti selatan Thailand di mana sebanyak 87 orang Muslim terbunuh manakala di selatan Filipina berlaku pemberontakan pelampau untuk membentuk negara sendiri. (b)Masalah dadah, penyeludupan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) menjadi

cabaran besar dalam kalangan negara ASEAN. Kerajaan Malaysia misalnya terpaksa berkompromidengan negara jiran disebabkan perjanjian persahabatan ASEAN. (c) Masalah pembekalan dan pembayaran kos air antara Singapura dengan Malaysia.

(10)

(a) Masalah pengganas yang menyerang kerajaan untuk mendapatkan kemerdekaan seperti GAM di Indonesia, Abu Sayyaf, Kumpulan Jemaah Islamiah (JI) dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

(b) Isu berpanjangan tentang pertahanan Aung San Sui Kyi di Myanmar dan kritikan kesatuan Eropah terhadap ASEAN dalam pembangunan politik ASEAN.

3. Ekonomi

(a) Penempatan askar Amerika Syarikat di Singapura mencabar kewibawaan ZOPFAN. (b) Masalah Kepulauan Spartly dan blok minyak di perairan Selat Melaka dan Laut

China Selatan dengan Indonesia.

(c) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang member bantuan kewangan bagi tujuan mempengaruhi negara ASEAN semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1987-1988. (d)Malaysia Berjaya membebaskan diri daripada menjadi mangsa penyangak mata wang

yang menyebabkan nilai mata wang negara jatuh semasa kegawatan ekonomi Asia pada tahun 1997-1999.

Referensi

Dokumen terkait