• Tidak ada hasil yang ditemukan

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 9/2007 THE GREEN CO-OPERATIVE SOCIETY LIMITED

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 9/2007 THE GREEN CO-OPERATIVE SOCIETY LIMITED"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

1

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 9/2007

THE GREEN CO-OPERATIVE SOCIETY LIMITED

TARIKH : 18 OGOS 2007 MASA : 7.00 PAGI

TEMPAT : DEWAN BESAR, INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, SANDAKAN

I. KEHADIRAN

Senarai kehadiran anggota-anggota Koperasi The Green Co-operative Society Limited adalah seperti dalam Lampiran A. Jumlah kehadiran adalah seramai

649 orang anggota berdaftar.

TURUT HADIR

Tuan Haji Sabrilim Bin Ramli - Jabatan Pembangunan Koperasi Sabah, Sandakan

II. AGENDA MESYUARAT

1. Memilih Pengerusi Sementara Dan Setiausaha Sementara 1.1 Pengerusi Sementara.

Pencadang Encik Osman Enting (No Ahli: 114) Calon dicadang Encik Rahim Sulaiman (No Ahli: 651) Penyokong Encik Tn. Hj. Gusmit Ibrahim (No Ahli: 213)

Keputusan:

Semua anggota yang hadir majoriti menyokong cadangan untuk memilih Encik Rahim Sulaiman sebagai Pengerusi Sementara.

(2)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

2

1.2 Setiausaha Sementara.

Pencadang : Puan Chia Fui Ree (No Ahli: 968) Calon dicadang : Puan Cecilia Binti Gawid (No Ahli: 922) Penyokong : Puan Joan Theresa Pereira ( No Ahli: 1096)

Keputusan:

Semua anggota yang hadir majoriti menyokong cadangan untuk memilih Puan Cecilia Gawid sebagai Setiausaha Sementara.

2. Melantik Satu Jawatankuasa Yang Terdiri Daripada Enam Orang Anggota Dan Empat Orang Anggota Lembaga Termasuk Pengerusi Untuk Menentusahkan Deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan

2.1 Senarai enam (6) orang anggota yang dicadangkan oleh ALK untuk menentusahkan Deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 The Green Co-operative Society Limited adalah seperti berikut:

Nama Ahli

1. Tn. Hj. Ahmad Bin Hj. Talip (No. Ahli: 782) (Menggantikan Hj. Mohd. Salleh Hj. Abbas yang dipilih sebagai ALK)

2. Encik Hon Wai Kong (No. Ahli: 558) 3. Puan Dayang Binti Yusof (No. Ahli: 1294 4. Encik Tutuyoh Bin Latok (No. Ahli: 266) 5. Encik Raymond Kahin (No. Ahli: 197) 6. Encik Shim Yee Foong (No. Ahli: 946)

Keputusan:

Semua anggota yang hadir majoriti menyokong dan bersetuju dengan cadangan tersebut di atas.

2.2 Senarai empat (4) orang Ahli Lembaga Koperasi termasuk Pengerusi untuk menentusahkan deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 The Green Co-operative Society Limited adalah dicadangkan seperti berikut:

(3)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

3

(a) Tn. Hj. Abdul Rahim Hj. Abdullah (b) Encik Anuar Mohammad

(c) Encik Musa Salleh

(d) Tn. Hj. Roslee Abd. Hasan

Keputusan:

Semua anggota yang hadir menyokong dan bersetuju memilih Anggota Lembaga tersebut untuk menentusahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007.

3. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 8/2006 Bertarikh 24 Jun 2006

Keputusan:

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 8/2007 bertarikh 24 Jun 2006 telah diterima dan disahkan oleh semua anggota yang hadir.

Pencadang : Encik Felix Puni Kamoi (No Ahli: 595) Penyokong : Encik Beins Johny Mansor (No Ahli: 1244)

4. Menimbang Laporan-Laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan Pandangan Ketua Pendaftar Mengenai Akaun-Akaun Teraudit dan Laporan Lembaga Koperasi.

4.1 Laporan Aktiviti Lembaga – (Salinan Dokumen 4 disertakan)

Laporan Aktiviti Lembaga The Green Co-operative Society Limited bagi Tahun 2006/2007 telah dibentangkan oleh Encik Musa Salleh selaku Setiausaha yang merangkumi perkara-perkara berikut:

a) Penstrukturan Semula Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi

Penstrukturan semula ini dibuat bertujuan untuk membentuk satu organisasi koperasi yang mempunyai tahap tadbir urus yang cergas, kompetitif, progresif dan inovatif bagi meningkatkan sumber pendapatan dan imej Koperasi.

b) Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi

ALK bagi penggal Julai 2006 hingga Julai 2007 telah berjaya mengadakan Mesyuarat Lembaga sebanyak 11 kali. ALK pada

(4)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

4

penggal ini telah berjaya mengadakan Mesyuarat Lembaga selaras dengan Fasal 39(2) Undang-Undang Kecil (UUK) The Green Co-operative Society Limited.

c) Kursus Yang diikuti oleh ALK, Anggota Koperasi dan Kakitangan

Seorang ALK, 2 orang anggota Koperasi dan 3 orang kakitangan Koperasi telah mengikuti Kursus bagi tempoh Julai 2006 – Julai 2007.

d) Keanggotaan Baru

Seramai 46 orang telah menjadi anggota baru Koperasi sepanjang tempoh Julai 2006 – Julai 2007.

e) Aktiviti Perniagaan dan Perladangan i) Stesyen Minyak Esso

Keuntungan yang diperolehi dari perniagaan Stesyen Minyak bagi tempoh:

• Jun – Disember 2006 = RM185,373.60

• Jan – Julai 2007 = RM167,924.11

Purata keuntungan yang diperolehi dari perniagaan Stesyen Minyak bagi tempoh Januari hingga Julai 2007 adalah RM23,989 sebulan.

ii) Syarikat Green Ladang (SGL)

Bayaran sewa yang diterima daripada Borneo Semudera bagi tahun 2006 adalah RM1,017,182.06 dan RM1,775,838.21 (setakat Julai 2007). Sejumlah RM619,536.92 cukai pendapatan telah dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri

iii) Aktiviti Penyewaan

Pendapatan yang diperolehi dari Aktiviti Penyewaan bagi tahun 2006 ialah sebanyak RM46,536.00 dan RM20,616.00 bagi tahun 2007 (setakat Julai 2007)

iv) Skim Pinjaman

• Pinjaman Peribadi – 23 orang peminjam = RM134,500.00

• Pinjaman Pendidikan – 2 orang peminjam = RM4,500.00

(5)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

5

Pembayaran balik pinjaman bagi semua Skim Pinjaman di atas dibuat melalui potongan gaji.

f) Aktiviti Sosial dan Kebajikan

i) Menziarahi beberapa orang anggota Koperasi yang sakit.

ii) Memberikan bantuan khairat kematian sebanyak RM500.00 untuk anggota yang meninggal dunia.

4.1.1 Maklumbalas dan Cadangan daripada Anggota (1) Perkara 4.1 e) iv) : Skim Pinjaman

En. Osman (No. Ahli 114) memberikan komen bahawa proses Pinjaman Peribadi adalah terlalu lambat.

Maklumbalas:

Pengerusi Koperasi memberikan penjelasan bahawa isu kelambatan bukanlah disengajakan. Ianya adalah disebabkan skim pinjaman ini baru diperkenalkan dan penyediaan dokumentasi pinjaman perlu disediakan dengan teratur untuk mengelakkan timbulnya masalah hutang lapuk. Walau bagaimanpun, perkara ini telahpun diselesaikan dan pinjaman peribadi boleh diproses dalam tempoh masa 2 minggu untuk dibawa ke Mesyuarat Lembaga Koperasi bagi kelulusan.

(2) Perkara 4.1 e) i): Stesyen Minyak Esso

(a) En. Osman Enting (No. Ahli 114) mencadangkan agar pentadbiran Esso diperbaiki. Ahli keluarga/kawan para pekerja di Esso tidak dibenarkan masuk ke Pejabat Esso untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

(b) En. Sabturani Hj. Abdullah (No. Ahli: 624) menyarankan supaya pengurusan perniagaan stesyen minyak perlu dipertingkatkan untuk lebih berdayasaing terutamanya dengan kemunculan beberapa stesyen minyak yang baru di daerah Sandakan.

(c) En. Samin Salim (No. Ahli: 375) memberikan komen bahawa jalan keluar/masuk untuk mengisi minyak adalah tidak begitu sesuai. Beliau mencadangkan supaya faktor keselesaan pelanggan perlu diambilkira dalam perkara ini.

Keputusan:

Mesyuarat telah mengambil maklum cadangan di atas dan perkara tersebut perlu diperbaiki.

(6)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

6

4.2 Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD).

JAD dianggotai oleh Encik Awangku Effendy Bin Pg. Mahmud, Tuan Haji Awang Bakar dan Encik Chak Chee Ving (Encik Chak Chee Ving telah meletakkan jawatan). Laporan JAD dibentangkan oleh Encik Awangku Effendy Bin Pg. Mahmud. Beliau terlebih dahulu memaklumkan bahawa tujuan JAD diwujudkan bukannya sengaja mencari kesalahan tetapi membantu pihak Koperasi Green mencapai objektif penubuhannya secara cekap dan berkesan. Laporan JAD merangkumi:

• Pejabat Am (Wisma The Green)

• Stesen Minyak ESSO

• Syarikat Green Ladang

JAD telah mendapati beberapa kelemahan dalam pentadbiran Koperasi yang harus diperbaiki seperti dalam Dokumen 7 (dilampirkan).

4.2.1 Maklumbalas dan Cadangan dari Anggota Mengenai Laporan JAD (1) Pengambilan Pekerja untuk Stesen Minyak Esso.

Tn. Hj. Mohd. Ali Sulong (No. Ahli: 44) mencadangkan supaya anak-anak anggota perlu diberi keutamaan dalam soal pengambilan pekerja di stesyen minyak esso. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan pengangguran dikalangan anak-anak anggota.

Maklumbalas

Pengerusi Koperasi memaklumkan bahawa memang pengambilan pekerja memberi keutamaan kepada anak-anak anggota berdasarkan kelulusan, temuduga dan penilaian. Belum ada kes anak anggota yang dipecat hanya mereka sendiri yang berhenti.

(2) Laporan Tahunan dan Cek (Pembahagian Dividen)

Tn. Hj. Mohd. Ali Sulong (No. Ahli: 44) mencadangkan agar laporan tahunan diberi wajah baru termasuklah kulit dan meletakkan gambar-gambar ALK dan JAD. Beliau juga mencadangkan agar cek-cek bagi agihan keuntungan bagi jumlah yang sedikit perlu dibayar secara tunai.

Keputusan:

Pengerusi mengambil maklum bagi semua perkara yang diutarakan oleh anggota dan majoriti anggota yang hadir bersetuju agar agihan keuntungan bagi jumlah yang sedikit dibayar secara tunai kepada anggota.

(7)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

7

(3) Pemasangan Logo dan Rekod Penggunaan Minyak

En. Samin Salim (No. Ahli: 375) menyarankan agar pemasangan Logo dan Rekod Penggunaan Minyak perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan kenderaan tersebut disalahgunakan. Perkara ini telahpun berlarutan dan ianya perlu diambil perhatian dan tindakan segera.

Keputusan:

Pengerusi mengambil maklum perkara yang diutarakan dan menyarankan ALK mengambil tindakan yang sewajarnya.

(4) Esso – En. Osman Enting

Encik Osman Enting (No. Ahli: 114) memohon agar dikeluarkan satu

Surat Amaran kepada pekerja-pekerja Pejabat Esso agar tidak mengisi minyak kepada mana-mana kenderaan sebelum pembayaran dilakukan. Ini bagi mengelakkan kerugian disebabkan pelanggan tidak membayar selepas mengisi minyak.

Keputusan:

Pengerusi mengambil maklum tentang perkara ini dan menyarankan ALK mengambil tindakan sewajarnya.

(5) Pengauditan Sykt Green Ladang

En. Tutuyoh Latok (No. Ahli: 226) mencadangkan JAD perlu mengaudit Sykt. Green Ladang.

Maklumbalas

Setiausaha Koperasi menerangkan bahawa JAD memang mempunyai kuasa untuk mengaudit mana-mana perniagaan koperasi termasuklah Sykt. Green Ladang.

Keputusan:

Pengerusi mengambil maklum tentang perkara ini dan menyarankan supaya JAD mengambil tindakan sewajarnya.

(6) Kekerapan Audit Dalaman. En. Sabturani – Kekerapan Audit.

En. Sabturani Hj. Abdullah (No. Ahli: 624) mencadangkan agar JAD lebih kerap menjalankan pengauditan, antara 3-4 kali setahun. Pengauditan yang lebih kerap dan berkesan akan menyumbang kepada keuntungan Koperasi.

(8)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

8

Keputusan:

Pengerusi mengambil maklum tentang perkara ini dan menyarankan supaya JAD mengambil tindakan sewajarnya.

4.3 Pandangan Wakil Jabatan Pembangunan Koperasi

Wakil daripada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Tn. Hj. Sabrilim Ramli menyatakan bahawa (JPK) berpuas hati dengan pengurusan baik Koperasi Green. Beliau juga memaklumkan bahawa Koperasi Green boleh mencapai kemajuan sehingga diperingkat kebangsaan. Setakat ini Koperasi Green pernah dicalonkan untuk anugerah koperasi terbaik peringkat kebangsaan tetapi masih belum memenangi anugerah tersebut. Walau bagaimanapun Koperasi Green akan dicalonkan lagi untuk anugerah tersebut pada masa akan datang.

Maklumbalas

Semua anggota yang hadir menerima baik kenyataan wakil JPK berkenaan.

Keputusan:

Pengerusi mengambil maklum tentang perkara ini dan menyarankan supaya ALK melipatgandakan lagi usaha untuk memperbaiki pentadbiran dan pengurusan Koperasi Green.

5. Menimbang Dan Meluluskan Akaun-Akaun Teraudit Koperasi Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006 Dan Akaun-Akaun Teraudit Syarikat Green Ladang Sdn. Bhd. Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006 Cadangan Pembahagian Keuntungan Dan Laporan Juruaudit Koperasi.

Laporan akaun-akaun teraudit Koperasi dan Sykt. Green Ladang telah dibentangkan oleh Tuan Haji Roslee Abd. Hasan selaku Bendahari. Akaun-akaun ini telah diedarkan kepada semua anggota koperasi sebelum Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9/2007

5.1 Maklumbalas dan Cadangan Anggota

5.1.1 Penghutang Perumahan: Encik Nawang Alman (No. Ahli: 109) dan En. Victor Dotimas (No. Ahli: 57).

(1) Tn. Hj. Ali Sulong (No. Ahli: 44) mencadangkan supaya rumah tersebut disewakan dan rundingan hendaklah dibuat dengan penghutang berkenaan mengenai cadangan ini.

(9)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

9

(2) En. Sabturani Hj. Abdullah (No. Ahli: 624) mencadangkan beberapa opsyen seperti berikut:

• Sewakan rumah tersebut.

• Tarik balik hak milik rumah dan jadikan hak milik koperasi.

• Jual rumah tersebut secara lelong.

Keputusan:

Semua anggota yang hadir bersetuju supaya rumah tersebut dilelong.

5.2 Meluluskan Akaun-Akaun Teraudit Koperasi Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006 Dan Akaun-Akaun Teraudit Syarikat Green Ladang Sdn. Bhd. Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006

Pencadang: En. Osman Enting (No. Ahli: 114) Penyokong: En. Felix Puni Kamoi (No. Ahli: 595)

Keputusan:

Semua anggota yang hadir bersetuju supaya akaun-akaun teraudit Koperasi dan akaun-akaun teraudit Syarikat Green Ladang Sdn. Bhd. tersebut diluluskan.

5.3 Pembahagian Dividen.

ALK mencadangkan pembahagian dividen sebanyak 100% diberikan kepada anggota bagi keuntungan koperasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006.

Keputusan:

Pembahagian dividen dibayar berdasarkan jumlah syer yang dipegang oleh anggota. Cadangan diterima dan oleh semua anggota yang hadir.

6. Menimbang dan Meluluskan Belanjawan Tahunan Tambahan bagi Tahun 2007 dan Belanjawan Tahunan bagi Tahun Kewangan 2008

6.1 Anggaran Belanjawan Tahunan Tambahan Bagi Tahun 2007 (Dokumen 5 - dilampirkan)

Anggaran belanjawan tahunan tambahan bagi tahun 2007 dibentangkan oleh Bendahari Tn. Hj. Roslee Abd. Hasan.

Anggaran belanjawan tambahan ini dicadangkan untuk diluluskan oleh En. Osman Enting (No. Ahli: 114) dan disokong oleh En. Felix Puni kamoi (No. Ahli: 595).

(10)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

10

Keputusan:

Semua anggota yang hadir bersetuju supaya anggaran belanjawan tambahan bagi tahun 2007 diluluskan.

6.2 Anggaran Belanjawan Bagi Tahun 2008 (Dokumen 6 - dilampirkan)

Anggaran belanjawan tahunan bagi tahun 2008 dibentangkan oleh Bendahari Tn. Hj. Roslee Abd. Hasan.

Anggaran belanjawan ini dicadangkan untuk diluluskan oleh Tn. Hj. Mohd Ali Sulong (No. Ahli: 44) dan disokong oleh En. Osman Enting (No. Ahli: 114).

Keputusan:

Semua anggota yang hadir bersetuju supaya anggaran belanjawan bagi tahun 2008 diluluskan.

7. Meluluskan Elaun-Elaun kepada Anggota-Anggota Lembaga dan Jawatankuasa audit. Dalaman dan Saraan kepada Anggota-Anggota Lembaga yang Dilantik sebagai Pengarah bagi Subsidiari Koperasi.

Tidak ada perbincangan.

8. Meluluskan Firma Panel Audit Luaran

Berikut adalah senarai nama Panel Firma Audit Luaran yang dicadangkan untuk menjadi Juruaudit Luaran Koperasi.

Bil Nama Firma

1. Yong Ng & Co.

Tingkat 5, Wisma Tai 7 Tai, 254C, Jalan Dunlop, P O Box 640

91008 TAWAU

2. Ernst & Young

Tingkat 16, Wisma Khoo Siak Chiaw, Jalan Buli Sim-Sim, 90000 SANDAKAN.

(Tingkat 4, Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail

(11)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

11

Agenda ini dicadangkan untuk diluluskan oleh En.Osman Enting (No. Ahli: 114) dan disokong oleh Tn. Hj. Mohd. Ali Sulong (No. Ahli: 44).

Keputusan:

Majoriti anggota bersetuju untuk melantik kedua-dua panel firma audit luaran di atas sebagai Juruaudit Luaran bagi The Green Co-Operative Society Limited dan anak syarikat koperasi iaitu Syarikat Green Ladang Sdn. Bhd.

9. Menimbang Dan Meluluskan Skop Dan Had Pelaburan Daripada Wang Berlebihan Koperasi

Tidak ada perbincangan.

10. Menetapkan Had Maksimum Keterhutangan Koperasi

Tidak ada perbincangan.

11. Mendengar, Menimbang atau Memutuskan apa-apa Urusan lain Koperasi ini yang baginya Satu Notis Tidak Kurang Daripada Tujuh Hari telah Diberikan. 11.1 Usul-Usul oleh Lembaga - (Dokumen 8 - disertakan)

Usul-Usul dibentangkan oleh Setiausaha Koperasi En. Musa Salleh.

(1) Struktur organisasi dan konsep pentadbiran dan pengurusan Koperasi, pengurusan Syarikat Green Ladang dan Stesen Minyak yang telah dirombak diterimapakai dan diluluskan.

Keputusan:

Semua anggota yang hadir bersetuju menerima dan meluluskan usul ini. (2) Bagi mengelakkan berulangnya masalah yang membantutkan

pengurusan serta mengakibatkan perbelanjaan yang tidak wajar ditanggung oleh Syarikat Green Ladang, dicadangkan Lembaga Koperasi hendaklah diberikuasa untuk melantik tidak kurang daripada dua (2) orang anggota Lembaga sebagai Pengarah dalam Syarikat Green ladang bagi melaksanakan dasar dan keputusan Lembaga Koperasi dan berhak untuk menamatkan perlantikan mana-mana ahli pengarah tersebut tanpa

(12)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

12

perlu mendapatkan persetujuan ahli pengarah tersebut pada bila-bila masa yang diputuskan oleh Lembaga.

Keputusan:

Semua anggota yang hadir bersetuju menerima dan meluluskan usul ini. (3) Wang pendahuluan yang telah diterima oleh koperasi daripada anak

syarikat Koperasi iaitu Syarikat Green Ladang Sdn. Bhd. yang berjumlah RM1,819,196.00 setakat 31.12.2006 itu hendaklah ditukar menjadi agihan keuntungan daripada Syarikat Green Ladang kepada Koperasi bagi tujuan memperkemaskan pengurusan kewangan Syarikat Green ladang.

Keputusan:

Semua anggota yang hadir bersetuju menerima dan meluluskan usul ini. (4) Syarikat Green Ladang Sdn. Bhd. hendaklah meluluskan dan

mengeluarkan kepada Koperasi sebagai agihan keuntungan wang berjumlah RM400,000.00 daripada keuntungan bersih syarikat bagi tahun 2006.

Keputusan:

Semua anggota yang hadir bersetuju menerima dan meluluskan usul ini. (5) Koperasi berusaha mendapatkan francais operator stesyen minyak dan

untuk tujuan tersebut, Koperasi bolehlah membeli mana-mana kawasan tanah dalam negeri Sabah yang sesuai untuk operasi stesyen minyak tersebut dan jika memerlukan dana tambahan, bolehlah mendapatkan dana tersebut daripada Syarikat Green Ladang Sdn. Bhd.

Keputusan:

Semua anggota yang hadir bersetuju menerima dan meluluskan usul ini.

(6) Bagi menjadikan program Koperasi Dekati Anggota (KDM) lebih menarik dan memberangsangkan, dicadangkan Syarikat Green Ladang Sdn Bhd mengambilalih keseluruhan Lot B, Wisma Green dan ruang bawah dijadikan pusat perkhidmatan, kemudahan dan keselesaan anggota. Dengan itu semua kos pembaikan dan ubahsuai dibiayai oleh Syarikat Green Ladang Sdn Bhd.

Keputusan:

Usul diterima dan diluluskan oleh semua anggota yang hadir setelah diberi penjelasan oleh Pengerusi dan Setiausaha.

(7) Bagi memelihara konsep keadilan, dicadangkan penerimaan masuk bekas anggota di bawah Seksyen 12 Undang-Undang Kecil hendaklah

(13)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

13

dibekukan sehingga Undang-Undang Kecil baru digubal, dibentang dan diluluskan pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang.

Keputusan:

Usul diterima dan oleh semua anggota yang hadir.

11.2 Usul oleh Anggota (Dokumen 8ª - disertakan)

Usul dibentangkan oleh Setiausaha Koperasi En. Musa Salleh. Usul oleh anggota adalah seperti berikut:

a) Menurunkan bayaran fee masuk untuk menjadi anggota Koperasi bagi waris berjumlah RM500.00 kepada RM50.00 sahaja.

b) Tempoh masa tuntut waris tanpa bayaran fee masuk dilanjutkan dari 3 bulan kepada 6 bulan.

c) Menaikkan fee masuk daripada RM100.00 kepada RM1,000.00 kepada anggota yang telahpun keluar dari menjadi anggota Koperasi dan masuk semula menjadi anggota.

Keputusan:

Usul-Usul oleh Anggota tidak dapat dibincangkan dan diluluskan kerana kehadiran anggota tidak mencukupi 2/3 daripada jumlah ahli berdaftar. Walau bagaimanapun adalah diputuskan bahawa Usul-Usul ini akan dibawa dan dibincang pada Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun 2008.

12. Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-Undang Kecil Koperasi ini

Tidak ada perbincangan.

13. Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan daripada mana-mana Anggota yang terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga, dengan syarat suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan kepada Koperasi mengenainya.

Tidak ada perbincangan.

14. Meluluskan apa-apa perbelanjaan bagi perlantikan orang-orang yang kompeten bagi membantu Jawatankuasa Audit Dalaman

(14)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

14

15. Menimbang dan meluluskan apa-apa Laporan yang hendak dikemukakan menurut kehendak Akta dan Peraturan

Tidak ada perbincangan.

16. Memilih Anggota-Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman 16.1 Pemilihan Anggota-Anggota Lembaga Koperasi (ALK):

Sebelum proses pemilihan ALK dimulakan, Pengerusi Sementara telah mengumumkan mengenai kedudukan ALK seperti berikut:

(a) Bilanagn ALK yang meletakkan jawatan ialah 3 orang. (b) ALK yang mengosongkan jawatan dan boleh dilantik semula:

• Encik Abdul Kahar Hj. Abdullah (No. Ahli: 630) (c) ALK yang kekal memegang jawatan:

1) Tn. Hj. Abdul Rahim Hj. Abdullah (No. Ahli: 383) 2) En. Anuar Hj. Mohammad (No. Ahli: 783)

3) En. Musa Salleh (No. Ahli: 956)

4) Tn. H.j Roslee Abd. Hasan (No. Ahli: 155) 5) En. Merjuki Kayat *(No. Ahli: 658)

6) En. Ahmad Sapawi Matusin (No. Ahli: 552) 7) Tn. Hj. Hussin Tukiman (No, Ahli: 1046) 8) Pn. Mary Pan Yuk Fong (No, Ahli: 2)

Pengerusi Sementara memaklumkan bahawa empat (4) orang ALK akan dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan ini melalui proses pengundian. Beliau seterusnya meminta kerjasama daripada Urusetia Pemilihan untuk membantu meneruskan pemilihan ALK. Pengerusi Sementara seterusnya membuka pencalonan kepada semua anggota yang hadir. Berikut adalah nama-nama calon, pencadang, dan penyokong:

(15)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

15

Nama Calon Nama Pencadang Nama Penyokong

1) En. Abd. Kahar Hj. Abdullah (No. Ahli: 630)

Hjh. Saidah H.j Bakia (No. Ahli: 391)

Tn. Hj. Hussin Tukiman (No. Ahli: 1046) 2) En. Badery Suod

(No. Ahli: 784)

En. Osman Enting (No. Ahli: 114)

En. Mazlan Sulaiman (No. Ahli: 1027)

3) Tn. Hj. Mohd. Salleh Abbas (No. Ahli: 366)

En. Jamal Jali (No. Ahli: 239)

En. Awgku Effendy Pg. Mahmud (No. Ahli: 1153) 4) En. Osman Enting

(No. Ahli: 114)

Tn. Hj. Hussin Tukiman (No. Ahli: 1046)

En. Matzailan Osup (No. Ahli: 872)

5) Tn. H.j Ahmad Hj. Talip (No. Ahli: 782)

Tn. Hj. Mohd. Ali Sulong (No. Ahli: 44)

Tn. Hj. Ahmad Nawi (No. Ahli: 307)

Keputusan Pemilihan ALK:

Setelah proses pengundian selesai dijalankan, berikut adalah jumlah undi yang diperolehi bagi setiap calon:

Nama Calon Bilangan Undi

1) En. Abd. Kahar Hj. Abdullah (No. Ahli: 630) 81

2) En. Badery Suod (No. Ahli: 784) 68

3) Tn. H.j Mohd. Salleh Abbas (No. Ahli: 366) 60

4) En. Osman Enting (No. Ahli: 114) 262

5) Tn. Hj. Ahmad Hj. Talip (No. Ahli: 782) 42

Berdasarkan jumlah undi yang diperolehi, berikut adalah calon yang terpilih untuk mengisi empat (4) jawatan ALK:

Bil Nama Jumlah Undi

1. En. Osman Enting (No. Ahli: 114) 262 2. En. Abdul Kahar Hj. Abdullah (no. Ahli: 630) 81 3. En. Badery Suod (No. Ahli: 784) 68 4. Tn. Hj. Mohd. Salleh Abbas (No. Ahli: 366) 60

Bilangan anggota yang mengundi ialah 535 orang. Daripada jumlah itu, sebanyak 22 undi adalah undi rosak.

(16)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

16

16.2 Pemilihan Juruaudit Dalaman (JAD):

Berikut adalah nama-nama calon, pencadang, dan penyokong untuk jawatan JAD:

Bil Nama Calon Nama Pencadang Nama Penyokong

1. En. Awgku Affendy Pg. Mahmud (No. Ahli: 1153)

En. Osman Enting (No. Ahli: 114)

En. Matzailan Osup (No. Ahli: 872)

2. Tn. H.j Awang Bakar (No. Ahli: 280)

En. Osman Enting (No. Ahli: 114)

Tn. Hj. Ahmad Nawi (No. Ahli: 307)

3. En. Samin Bin Salim (No. Ahli: 375)

Tn. Hj. Mohd. Ali Sulong (No. Ahli: 44)

Ahmad Nawi (No. Ahli: 307)

Keputusan Pemilihan JAD:

Calon yang dicadangkan telah dipersetujui untuk dipilih oleh semua anggota yang hadir tanpa proses pengundian untuk mengisi tiga (3) jawatan JAD, iaitu:

1. En. Awgku Affendy Pg. Mahmud (No. Ahli: 1153) 2. Tn. Hj Awang Bakar (No. Ahli: 280)

3. En. Samin Bin Salim (No. Ahli: 375)

IV PENGANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat Agung The Green Co-operative Society Limited Kali ke 9/2007 telah ditangguhkan pada jam 3.20 petang.

Minit dicatat oleh:

(CECILIA GAWID) Setiausaha Sementara No Ahli: 922

(17)

Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke 9/2007 “The Green Co-Operative Society Limited” (18 Ogos 2007) Dewan Besar ILP, Sandakan

17

MINIT MESYUARAT INI DITENTUSAHKAN OLEH JAWATANKUASA MENENTUSAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 9/2007 SEPERTI BERIKUT:

Senarai enam (6) orang anggota dan empat (4) orang anggota Lembaga termasuk Pengerusi yang dilantik untuk menentusahkan deraf Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-9/2007:

BIL ANGGOTA TANDATANGAN

1. Tn. Hj. Ahmad Bin Hj. Talip (No. Ahli: 782) 2. En. Hon Wai Kong (No. Ahli: 558)

3. Pn. Dayang Binti Yusof (No. Ahli: 1294) 4. En. Tutuyoh Bin Latok (No. Ahli: 266) 5. En. Raymond Kahin (No. Ahli: 197) 6. En. Shim Yee Foong (No. Ahli: 946)

BIL ANGGOTA LEMBAGA TANDATANGAN

1. Tn. Hj. Abdul Rahim Hj. Abddulah (No. Ahli: 383) 2. En. Anuar Hj. Mohammad (No. Ahli: 783)

3. En. Musa Salleh (No. Ahli: 956)

4. Tn. Hj. Roslee Abd. Hasan (No. Ahli: 155) s.k. Pengarah

Jabatan Pembangunan Kopersi Sabah,

KOTA KINABALU

s.k. Pengarah

Jabatan Perhutanan Sabah

SANDAKAN

s.k. Jabatan Pembangunan Koperasi Sabah,

WILAYAH SANDAKAN

s.k. Semua Anggota Lembaga,

The Green Cooperative Society Limited s.k. Semua Anggota

The Green Cooperative Society Limited /cg

Referensi

Dokumen terkait