• Tidak ada hasil yang ditemukan

DARI MEJA PENGARANG. Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DARI MEJA PENGARANG. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

[Type text]

(2)

[Type text]

DARI MEJA PENGARANG…

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bismillahirahmannirahim, Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga kami menjalankan perniagaan “drop ship” kami iaitu pakaian jubah lelaki daripada Syarikat Elrah Exclusive dengan berjalan lancarnya.

Perniagaan kami ini dijalankan ialah bertujuan untuk menyediakan baju jubah lelaki yang elegan dan menarik serta ingin menaikkan lagi nama dan gaya jubah di dalam arus trend pakaian fesyen sekarang ini. Seterusnya, kami juga amat menekankan dan menitikberatkan tentang soal penjagaan dari segi aurat kerana pemakaian jubah ini memang tidak asing lagi dengan perkara penjagaan aurat kerana ia sememangnya telah di tuntut di dalam agama islam. Selain itu juga, kami ingin memberitahu dan menyampaikan kepada pengguna dimana cara untuk memakai jubah ini sangat mudah sekali serta ia amat selesa dan sopan apabila di pakai ketika adanya majlis-majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan , majlis-majlis hari ulang tahun , dan amat digalakkan juga di pakai ketika hari-hari perayaan serta bagi kalangan orang-orang muslim amat sesuai dan selesa memakai jubah ini ketika di dalam mengerjakan ibadah seperti sembahyang.

Akhir kata dari kami, semoga anda semua berpuashati dan setia menjadi pelanggan tetap kami dalam memajukan jubah kami di samping dapat berkongsi serba sedikit ilmu yang ada dalam E-book ini.

Inn sya Allah, amin. Selamat membaca  Salam ingatan dari kami, En. Mohd Irfan & En. Azri .

(3)

[Type text]

INGIN MENGIMPIKAN JUBAH JEJAKA YANG ELEGAN DAN PENUH BERGAYA?

TETAPI ANDA TIDAK TAHU TIPS – TIPS UNTUK PEMAKAIAN JUBAH INI.

JANGAN BIMBANG KAMI TELAH MENYEDIAKAN 100% TIPS-TIPS KEPADA ANDA UNTUK PEMAKAIAN JUBAH INI, JADI BUKU INI AKAN MEMBIMBING ANDA SEPENUHYA DI DALAM CARA-CARA UNTUK PEMAKAIAN JUBAH INI.

SETELAH ANDA MEMBACA DAN MEMAHAMI TIPS-TIPS DI DALAM PEMAKAIAN JUBAH INI SAYA PASTI ANDA TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK

DAN SENTIASA KONFIDEN DI DALAM PEMAKAIAN JUBAH INI.

ANDA TIDAK AKAN RUGI JIKA ANDA MEMILIKI TIPS-TIPS INI KERANA IA AMAT PENTING DAN SANGAT BERGUNA DI KEMUDIAN HARI KELAK. YANG PASTINYA , ILMU YANG BERGUNA HENDAKLAH SENTIASA DIKONGSI

(4)

[Type text]

DARI MEJA PENULIS.

Salam sejahtera,

Terima Kasih kepada pelayar internet kerana sudi mengunjungi dan

memuat turun Ebook kami. Di ruangan ini kami akan menerangkan tips-tips serta cara cara di dalam pemakaian jubah seperti pemilihan dari segi kain dan menjelaskan jenis-jenis kain yang sesuai di gunakan di Malaysia. Selain itu, kami juga akan menerangkan bagaimana teknik-teknik

pembasuhan untuk pakaian jubah ini. Seterusnya, perkara yang akan kami huraikan kepada anda ialah jenis-jenis warna kain jubah yang mana paling sesuai untuk anda guna mengikut tema majlis yang anda mahukan.

Akhir sekali, kami sudahpun menyimpulkan dan meringkaskan untuk anda fahami bagaimana pengaruh warna itu dengan personality anda kerana masyarakat pada zaman kini amat memang menitikberatkan sekali tentang pemilihan warna bagi pakaian-pakaian mereka.

(5)

[Type text]

TIPS YANG PERTAMA.

1. MENGETAHUI & MENGENAL JENIS-JENIS KAIN YANG SESUAI UNTUK PAKAIAN JUBAH DI MALAYSIA.

- Terdapat 5 jenis kain yang sesuai digunakan di cuaca Negara kita seperti :-

i. Cotton ( Kain Kapas ) ii. Kain Chiffon

iii. Viscose iv. Jacquard

v. Crepe

2. Seterusnya , saya akan menerangkan kain “ Cotton “ ataupun kain kapas dimana ia asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

o Antara ciri – ciri lainnya

⦁ nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan ⦁ kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku

⦁ kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam.

⦁ noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.

⦁ boleh dicuci atau di dry clean ⦁ tidak mudah kusut saat dicuci

⦁ apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat.

o Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

i. Cotton Jepun (Japanese Cotton)

Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika

diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti

⦁ dibagian sisi hujung bahan terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.

⦁ daya menyerap keringat lebih bagus.

⦁ harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran. ⦁ permukaan kain lebih halus.

(6)

[Type text]

⦁ sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya

ii. Cotton Paris

Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.

iii. Cotton Silk

Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah :

⦁ permukaan kain lebih mengkilap.

⦁ harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun

⦁ daya serap keringat paling rendah.

⦁ warna kilapnya tahan lama meskipun sering dicuci.

iv. Cotton minyak

Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilapnya lain dengan cotton silk).

⦁ harga sama dengan cotton biasa. ⦁ daya serap keringat yang baik

⦁ kilap akan berkurang setelah beberapa kali pencucian.

v. Cotton biasa

⦁ motifnya macam-macam : polos, garis, kotak, bunga atau abstrak. ⦁ harga lebih murah.

⦁ daya serap keringat sederhana bagus.

⦁ warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

3. Selain itu , kain yang biasa di gunakan juga di tempat kita ialah kain “ Chiffon “ iaitu diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden. Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent)

biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut.

(7)

[Type text]

Antara jenis chiffon yang hangat di pasaran ialah :-

Chiffon Sutera

Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.

Chiffon Georgette

Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette. Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera.

Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

4. Di samping itu, kain yang sesuai digunakan iaitu kain “ Viscose “ kerana antara ciri – cirinya:

⦁ Terasa lembut dan dingin di kulit

⦁ Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat ⦁ Menyerap keringat

⦁ Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam

⦁ Boleh dicuci atau di dry clean

⦁ Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent

5. Walau sedemikian, kain “ Jacquard “ juga sering di gunakan oleh remaja- remaja sekarang ini kerana ia Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.

6. Akhir sekali , kain yang paling digemari oleh masyarakat melayu sekarang ini ialah kain jenis “ Crepe “ kerana ia Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut. Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe.

(8)

[Type text]

TIPS YANG KEDUA.

Jubah terus menjadi trend remaja dan juga golongan dewasa.Pada mulanya kebanyakan rekaan jubah hanya berpotongan lurus dan

menggunakan satu warna sahaja.Seiring dengan perkembangan fesyen serta kehendak muslimah yang mahukan rekaan baju yang moden namun tetap menutup aurat, kini muncul pelbagai rekaan dan warna jubah cantik yang boleh anda miliki.

Tetapi, bagaimana jika anda bersaiz besar, masih sesuaikah anda menggayakan jubah cantik?

Berikut beberapa tips memakai jubah cantik untuk anda yang berbadan besar :

1. Jika anda berbadan besar dan ingin memakai jubah, pastikan ukurannya sedikit longgar dan elakkan memilih material jubah yang melekat di tubuh.Jubah yang ketat hanya akan memperlihatkan lebih jelas lagi setiap lekuk tubuh anda yang dipenuhi lemak. Sebaliknya pilih jubah cantik yang longgar tetapi sesuai jatuh di badan anda.

2. Di samping itu,perhatikan motif jubah yang ingin anda pilih. Elakkan memilih menggunakan motif dengan ornament yang besar. Motif besar hanya akan membuatkan badan anda nampak besar dan penuh. Jika anda ingin menggunakan jubah bermotif, pilih motif atau corak yang vertikal.Corak garis vertikal akan menimbulkan kesan tinggi dan langsing.Warna corak yang dikenakan sebaiknya menggunakan warna pastel atau garis-garis kecil yang cukup padat. Elakkan

menggunakan garis yang tebal atau lebar. Jubah dengan warna-warna pastel yang lembut akan memberikan ilusi pakaian yang membuatkan anda kelihatan lebih kurus.

3. Selain itu, anda juga perlu pastikan potongan jubah yang anda sukai itu benar-benar sesuai dengan aktiviti yang bakal anda lakukan. Anda yang bertubuh besar juga disarankan tidak menggunakan warna jubah yang berkilat atau memancar-mancar. Perkara ini akan

membuatkan tubuh anda kelihatan semakin melebar dan siluet tubuh juga akan jelas terbentuk. Sebaiknya, anda yang bertubuh besar memilih jubah daripada material cotton, chiffon dan spandex Korea dengan ukuran longgar.

4. Potongan jubah untuk anda yang berbadan besar sebaiknya bukan daripada jenis layer. Rekaan ini akan menimbulkan efek penuh dan tebal pada badan.Anda sebaiknya memilih jubah dengan potongan mengembang pada bahagian bawah. Jika anda tetap mahu

menggayakan jubah cantik dengan potongan beropol, sebaiknya pilih material ringan dan melayang sehingga jatuh di badan.

(9)

[Type text]

TIPS YANG KETIGA

CARA-CARA MENJAGA PAKAIAN

1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA

Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Detergen yang digunakan untuk merendam pakaian biasanya

akan menyebabkan pakaian cepat rosak baik baju lelaki ataupun wanita.

2. PISAHKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENISNYA

Pisahkan pakaian yang berwarna gelap (hitam, merah, biru, hijau) dengan yang berwarna cerah untuk mengelakkan warna pakaian yang gelap luntur dan melekat pada pakaian yang berwarna cerah.

3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT

Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti tudung atau selendang pula, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut daripada pakaian lain.

4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA

Pakaian yang telah siap dibasuh, di'downy', dan ditoskan airnya, perlulah segera dijemur agar pakaian tidak menjadi busuk.

Referensi

Dokumen terkait

Inspirasi bagi tema pertama boleh didapati dalam Surah 89 Ayat 19 yang berbunyi: "Dan kamu sentiasa makan harta pesaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal

Dari metode yang sudah dilakukan tersebut, dapat disimpulkan bahwa ternyata responden setuju dengan mengetahui proses kreatif dari suatu pementasan teater boneka maka

Menu ini berfungsi untuk melihat secara keseluruhan hasil Heijunka MDP yang telah dilakukan oleh marketing dan EID .Tampilan submenu ini dapat dilihat pada gambar 4.34... Gambar

Penelitian yang akan dilakukan pada orang tua anak untuk mengidentifikasi tingkat kecemasan para orang tua anak saat hospitalisasi berlangsung, sehingga dapat diketahui

Gambar 4.3 Class Diagram Tahap Perancangan (Kelas Bisnis dan Kelas Akses) 1..* 1..* 1..* 1..* 1..* 1..* Kelas Akses 1..* 1..* 1..* 1..* mengupdate data mengupdate data WEB PPI 99

Struktur aktiva memiliki koefisien parameter positif, hal ini menunjukan bahwa perubahan pada struktur aktiva akan diikuti perubahan yang searah secara nyata dari

Kehadiran Jurnal Ilmiah di lingkungan Fakultas, memiliki arti yang signifikan sebagai media yang diharapkan dapat mengaktualisasikan visi dan misi Unla pada umumnya dan

Username diisi dan password tidak diisi atau kosong kemudian klik tombol login Username: aulia12 Password : (kosong) Sistem akan menolak akses anggota dan