• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN LALULINTAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2012

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN LALULINTAS UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2012"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 | P a g e PERATURAN LALULINTAS

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2012

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 38(1) Perlembagaan Universiti Pendidikan Sultan Idris [P.U (A) 452/2010], Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan ini membuat peraturan berikut;

1. NAMA DAN PEMAKAIAN

2.1 Peraturan ini boleh dinamakan Peraturan LaluLintas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

2.2 Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua yang disenaraikan seperti berikut- 2.2.1 Kakitangan UPSI

2.2.2 Pelajar UPSI

2.2.3 Kakitangan anak syarikat UPSI 2.2.4 Pekerja bukan kakitangan 2.2.5 Pelawat

2. TAFSIRAN

Dalam peraturan-peraturan ini, jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain-

“Arahan lalulintas” ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberi oleh seseorang orang yang diberi kuasa kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan di dalam kampus;

“Isyarat lalulintas” termasuklah isyarat, tiang isyarat amaran, tiang arahan, isyarat, tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan untuk pengetahuan, panduan atau penunjuk orang-orang yang menggunakan jalan;

(2)

2 | P a g e “Kakitangan” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh UPSI sama ada secara tetap, kontrak, sementara, sambilan dan termasuk seseorang yang berkhidmat di UPSI secara pinjaman yang dibayar emolumen oleh UPSI;

“Kakitangan anak syarikat UPSI” ertinya mana-mana orang yang bukan kakitangan universiti yang menjalankan sesuatu kerja tetap atau sementara di Universiti ini.

“Kampus” ertinya kawasan kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris termasuklah semua asrama, institusi dan bangunan Universiti;

“Kenderaan” ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan bagi membawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumi apabila bergerak;

“Kenderaan motor” ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jentera mekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supaya boleh digunakan di atas di jalan dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatu kenderaan motor sama ada atau tidak bahagian daripadanya kenderaan yang ditarik itu menindih atas kenderaan motor yang menariknya;

“Ketua Pegawai Keselamatan” ertinya seseorang pegawai yang mengetuai Bahagian Keselamatan UPSI;

“Meletak Kenderaan” ertinya membawa sesuatu kenderan kepada keadaan yang tidak bergerak dan menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil atau menurunkan dengan serta merta orang, barang/bagasi;

“Pekerja Bukan Kakitangan” ertinya seseorang bukan kakitangan UPSI yang menjalankan sesuatu kerja dalam kawasan kampus;

(3)

3 | P a g e “Pelajar” termasuklah mana-mana pelajar lepasan ijazah, pelajar sambilan, pelajar di bawah rancangan pengajian jarak jauh atau luar kampus, pelajar diploma, pelajar matrikulasi, pelajar bukan siswazah universiti dan pelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau sambilan di Universiti;

“Pelawat” ertinya seseorang atau kumpulan orang yang memasuki kampus UPSI selain daripada kakitangan, pelajar, Kakitangan anak syarikat UPSI dan pekerja bukan kakitangan UPSI;

“Pegawai Keselamatan” ertinya semua peringkat anggota keselamatan yang dilantik oleh pihak berkuasa UPSI dan ditugaskan mengawal keselamatan di dalam kampus UPSI;

“Pelekat Kenderaan” ertinya pelekat kenderaan motor yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa UPSI;

3. AKTA, KAEDAH DAN PERATURAN LAIN YANG TERPAKAI

3.1 Peraturan ini hendaklah dipakai bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan undang-undang lalu lintas iaitu-

3.1.1 Akta Pengangkutan Jalan 1987;

3.1.2 Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000; dan

3.1.3 Kaedah-Kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999; dan

3.1.4 Mana-mana undang-undang, kaedah atau peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

3.2 Tiada apa-apa jua peruntukan dalam peraturan ini boleh mengurangkan tanggungan mana-mana kakitangan, pelajar, kakitangan anak syarikat, pekerja

(4)

4 | P a g e bukan kakitangan dan pelawat atau mana-mana orang lain dalam kampus bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

4. KEBENARAN BERTULIS BAGI MENYIMPAN, MEMILIKI ATAU MENGGUNAKAN

KENDERAAN MOTOR DI DALAM KAMPUS

4.1 Mana-mana orang yang bercadang untuk menyimpan, mempunyai dalam milikannya atau menggunakan apa-apa kenderaan motor di dalam kawasan kampus hendaklah, pada mulanya, memohon dan memperoleh suatu kebenaran bertulis berkenaan dengan kenderaan motor itu daripada Naib Canselor, permohonan dan kebenaran bertulis itu hendaklah dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan oleh Naib Canselor, tertakluk kepada subperaturan 4.2.

4.2 Permohonan bagi kebenaran itu hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan perakuan kenderaan motor itu dan hendaklah disertai dengan perakuan pendaftaran kenderaan, lesen kenderaan motor(roadtax) semasa dan polisi insuran pihak ketiga semasa berkenaan dengan kenderaan motor itu dan lesen memandu yang sah berkenaan dengan pemohon itu.

4.3 Kebenaran tersebut hendaklah dipamerkan pada bila-bila masa secara mudah dilihat di atas kenderaan motor.

4.4 Kebenaran yang dinyatakan di dalam subperaturan 4.1 dan 4.2 akan diberikan dalam bentuk pelekat kenderaan atau pas pelawat yang hendaklah dipamerkan pada setiap masa dan mudah dilihat di atas kenderaan motor.

(5)

5 | P a g e

5.0 KESALAHAN LALULINTAS

Mana-mana orang yang memandu atau mengawal sesebuah kenderan atau kenderaan motor-

5.1 Tidak mempunyai atau tidak membawa bersamanya suatu lesen memandu yang sah yang dokehendaki kepadanya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987;

5.2 Tiada cukai jalan;

5.3 Tidak mempunyai atau mempamerkan kebenaran Universiti bagi menyimpan, memiliki atau menggunakan apa-apa kenderaan motor di dalam kampus;

5.4 Memandu atau menunggang di dalam kawasan kampus pada kelajuan yang lebih daripada yang ditunjukkan oleh isyarat lalu lintas;

5.5 Meletak kenderaan atau kenderaan motor di tempat selain di bahagian jalan yang digunakan sebagai laluan bagi kenderaan motor; termasuklah laluan pejalan kaki, bahu jalan, atas rumput, koridor, beranda, kaki lima, laman dalam atau dalam mana-mana bangunan atau tempat lain sama ada di sisi jalan laluan atau selainnya, yang biasanya tidak dimaksudkan atau tidak disediakan secara khas untuk laluan kenderaan motor;

5.6 Meletak kenderaan atau kenderaan motor di mana-mana tempat atau dalam apa-apa cara yang menyebabkan bahaya, halangan atau kesulitan kepada mana-mana orang atau kenderaan lain.

5.7 Meletak kenderaan atau kenderaan motor di ruang Parkir khas.

(6)

6 | P a g e 5.9 Berkelakuan dalam apa-apa cara atau melakukan apa-apa perbuatan yang

menghalang atau menganggu perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur di dalam kawasan kampus;

5.10 Menghalang atau mengingkari arahan Pegawai Keselamatan dalam menguatkuasakan peraturan ini; atau

5.11 Melakukan apa-apa kesalahan lalulintas lain yang ditafsirkan sebagai suatu kesalahan lalu lintas oleh Universiti;

Telah melakukan suatu kesalahan lalu lintas di bawah peraturan ini dan boleh diambil tindakan berdasarkan peraturan 6.

6. TINDAKAN PENGUATKUASAAN

6.1 Mengeluarkan Saman

6.1.1 Notis saman dikeluarkan dan diberi terus kepada pesalah atau diletakkan pada kenderaan atau kenderaan motor berkenaan.

6.1.2 Maklumat berkaitan kesalahan akan direkodkan di pejabat Bahagian Keselamatan.

6.1.3 Kadar bayaran saman bagi semua kesalahan lalu lintas di bawah peraturan ini adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja.

6.1.4 Bayaran saman hendaklah dibayar di kaunter bayaran Bahagian Keselamatan secara tunai atau melalui pemotongan gaji.

6.1.5 Semua bayaran saman hendaklah dibayar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh notis saman dikeluarkan.

(7)

7 | P a g e 6.1.6 Pengurangan bayaran saman bagi kesalahan lalu lintas di bawah peraturan

ini adalah tertakluk kepada budi bicara Ketua Pegawai Keselamatan.

6.2 Mengunci Roda

6.2.1 Roda kenderaan akan dikunci bagi kenderaan yang diletakkan di kawasan larangan meletak kenderaan.

6.2.2 Notis saman akan dikeluarkan kepada pesalah dan pesalah hendaklah membayar saman membuka kunci sebelum kunci tersebut dibuka-

i. Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) bagi membuka kunci roda; dan ii. Ringgit Malaysia Dua Puluh (RM20.00) bagi membuka kunci rantai.

6.2.3 Setelah bayaran saman diterima, Pegawai Keselamatan yang bertugas akan membuka kunci roda atau kunci rantai kenderaan atau kenderaan motor dengan segera.

6.3 Kegagalan membayar saman dalam tempoh yang ditetapkan akan menyebabkan-

6.3.1 Tindakan Tatatertib

Tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh kakitangan dan Kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 bagi kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pelajar.

(8)

8 | P a g e 6.3.2 Senarai Hitam

Menyenaraihitamkan mana-mana kenderaan motor kakitangan anak syarikat UPSI, pekerja bukan kakitangan atau pelawat yang mempunyai saman tertunggak melebihi tiga (3) kali dan melarang kenderaan tersebut daripada memasuki kawasan kampus sehingga saman tertunggak dijelaskan sepenuhnya.

7. PELEKAT KENDERAAN MOTOR

7.1 Semua kenderaan motor kakitangan, pelajar, kakitangan anak syarikat UPSI, pekerja bukan kakitangan UPSI atau pelawat yang diletakkan di mana-mana lot parkir UPSI hendaklah mempamerkan pelekat kenderaan motor yang sah tempoh.

7.2 Pelekat kenderaan motor adalah pas rasmi yang menunjukkan kelayakan sesebuah kenderaan motor menggunakan kemudahan parkir di dalam kawasan kampus. Setiap pelekat kenderaan motor hendaklah diperbaharui mengikut tahun atau sesi yang ditetapkan dan sah digunakan untuk tahun atau sesi berkenaan sahaja.

7.3 Ketua Pegawai Keselamatan boleh menyenarai hitam, membatalkan atau menggantung kemudahan pelekat kenderaan bagi suatu tempoh masa yang difikirkan wajar kepada seseorang kakitangan, pelajar, kakitangan anak syarikat UPSI atau pekerja bukan kakitangan UPSI kerana kegagalan menjelaskan saman tertunggak atas mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah peraturan ini.

7.4 Seseorang kakitangan, pelajar, kakitangan anak syarikat UPSI atau pekerja bukan kakitangan UPSI yang dibatalkan atau digantung kemudahan pelekat kenderaannya tidak dibenarkan meletakkan kenderaan motor di kawasan kampus bagi suatu tempoh masa kemudahan tersebut dibatalkan atau digantung.

(9)

9 | P a g e 7.5 Mana-mana kenderaan motor yang tiada pelekat kenderaan atau pelekat

kenderaan telah tamat tempoh tidak dibenarkan menggunakan kawasan parkir di Kawasan Kampus.

8. KESELAMATAN KENDERAAN

Keselamatan mana kenderaan atau kenderaan motor yang diletakkan di mana-mana kawasan parkir UPSI adalah di bawah tanggungjawab pemiliknya (park at your own risk). UPSI tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang diakibatkan oleh bencana alam, kemalangan, vandalisme, apa-apa perbuatan jenayah dan sebagainya.

9. PELEPASAN TANGGUNGJAWAB

UPSI tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa jua tuntutan oleh pemilik Kenderaan atau kenderaan motor disebabkan kemalangan dan kerugian yang berpunca daripada ketidaksempurnaan struktur jalan, struktur binaan dan lanskap yang berhubungkait dengan kawasan kampus.

10. TARIKH BERKUATKUASA

Tarikh berkuatkuasa Peraturan LaluLintas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2012 ini adalah pada 1 Januari 2013.

Referensi

Dokumen terkait

Farizul Athir bin Mohd Ramli. Farizul Athir bin

Seseorang layak untuk menuntut insentif dalam bentuk potongan satu atau dua kali bagi perbelanjaan dibenarkan yang dilakukan untuk R&D, jika semua syarat

1.4 UPSI berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa atau ditamatkan pengajian anda pada mana-mana peringkat tempoh pengajian apabila didapati kenyataan dan maklumat yang

lokasi pengamatan pantai berlumpur teridentifikasi lebih banyak jenis burung air hal tersebut disebabkan karena pada pantai berlumpur merupakan tempat aktivitas mencari makan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa (1)Pengenalan sains berbasis eksperimen sederhana dapat meningkatkan kreativitas anak dari siklus I sebesar 73,91% (17 anak)

Permasalahan merujuk pada kerusakan lingkungan, hal tersebut terlihat dari gambar pertama yang menjelasakan mengenai sumber energi yang sangat beresiko, seperti yang di

Dua buah variable dikatakan mempunyai korelasi yang linear jika memiliki tingkat signifkan (linearty) <5%. Artinya uji liniearitas pada pengujian asumsi regresi

Guru sebagai pelaku pendidikan yang langsung berinteraksi dengan siswa dalam kegiatan pembelajaran harus mampu menjadi teladan, menunjukkan kebiasaan yang mencerminkan