ETIKA & PERADABAN
DALAM
KEPELBAGAIAN
TAMADUN:
ISLAM & MELAYU
DR ANA HAZIQAH
A RASHID
Objektif
pengajaran:
• Memahami tentang
hubungan citra semesta (worldview) dengan etika di dalam tamadun Islam dan Melayu.
• Mengetahui tentang isu-isu etika dan peradaban
dalam tamadun Islam dan
Melayu.
• Menghayati nilai-nilai murni dalam tamadun Islam dan Melayu.
This Photoby Unknown Author is licensed under CC BY-SA This Photoby Unknown Author is licensed under CC BY-SA
TAMADUN
ISLAM
Tamadun islam
• Bermula pada kurun ketujuh masihi di semenanjung Tanah Arab iaitu sejak kerajaan di bawah pemerintahan nabi
Muhammad s.a.w di kota
Madinah.
• Tampuk pimpinan seterusnya diambil alih oleh para sahabat serta penguasa-penguasa Islam yang hebat seperti tokoh-tokoh di zaman khulafa’ al-rashidin, bani Umayyah, Abbasiyah serta Turki Uthmaniyyah.
• Ia seterusnya berkembang dengan meluas dari Barat ke Asia Timur.
Pengertian Etika Islam
Etika Islam
• dikaitkan dengan istilah
‘akhlaq’ atau jamak
• daripada khuluq di dalam
bahasa Arab
Sudut bahasa
•Sikap, tabiat, budipekerti, perangai dan tingkah laku
• (Mohd Liki Hamid & Rosnaaini Hamid, 2002: 108)
Sudut istilahnya
•tingkah laku semulajadiatau kebiasaan individu
yang dipancarkan hasil daripada keadaan jiwa seseorang individu
tersebut serta tanpa
pertimbangan pemikiran terlebih dahulu
Sumber Etika dalam Islam
Al-Quran
This Photoby Unknown Author is licensed under CC BY-SA
This Photoby Unknown Author is licensed under CC BY-SA
Sunnah
sistem etika Islam adalah bersifat kekal serta
tidak akan berubah-ubah dan tidak ditelan zaman kerana ia bersesuaian dengan fitrah
Sumber etika dalam Islam
Pada asasnya,
citra semesta Islam
itu sendiri
berteraskan kepada
prinsip tauhid
yang menggariskan
bahawa
Allah s.w.t merupakan Pencipta semesta alam
dan bahawa
Allah s.w.t
sahajalah yang
wajib
disembah oleh semua makhluk
.
Ini juga bermakna bahawa
setiap anjuran dan segala
laranganNya wajib ditaati atau dijauhi
semata-mata
mahu mengejar
keberkatan daripadaNya
serta
Sumber etika dalam Islam
Penggalakkan terhadap nilai-nilai akhlak yang baik dapat diterapkan di dalam Islam kerana ketaatan dan ketakwaan yang kental terhadap Allah s.w.t
merupakan satu isbat (sanction) yang efektif dalam melahirkan masyarakat Islam yang beretika dan berakhlak mulia (Afzalur Rahman, 2003).
Ini dapat dibuktikan dengan adanya insentif serta penalti yang dijanjikan oleh Allah s.w.t dalam setiap nilai-nilai akhlak yang disebut di dalam Quran dan al-Sunnah.
Insentif seperti keredhaan dan keberkatan hidup, limpahan rezeki, ganjaran syurga serta pahala bagi praktis akhlak yang baik merupakan satu kuasa penggerak yang berkesan agar masyarakat Islam itu berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Sumber etika dalam Islam
Penalti seperti janji untuk pengakhiran yang buruk di neraka serta kekacauan hidup di dunia pula dapat menghindarkan masyarakat Islam daripada melakukan amalan-amalan yang negatif yang boleh merosakkan imannya, dirinya serta masyarakatnya.
Keyakinan bahawa Allah s.w.t itu Maha Melihat perkara yang jelas atau yang tersembunyi
mengukuhkan lagi isbat tersebut.
Maka, seorang individu Islam yang baik seharusnya berusaha agar menjauhi dari melakukan perbuatan yang keji serta tercela baik di hadapan manusia lainnya mahupun secara tersorok yang jauh dari pandangan mata manusia kerana dia yakin bahawa setiap perbuatannya di bawah pengawasan Allah s.w.t.
Seorang Islam yang beriman adalah seorang yang sentiasa mahukan redha Allah ke atasnya dan bukannya murkaNya.
Prinsip Utama Di Dalam Etika Islam
Etika mestilah selari dengan fitrah manusia Etika mestilah selari dengan al-din (agama) Etika mestilah membicarakan tentang dua dimensi sikap manusia Etika mestilah menyantuni hubungan manusia secara personal dan interpersonalEtika mestilah selari dengan fitrah manusia
Islam mempercayai bahawa fitrah atau sifat semulajadi
manusia itu adalah baik serta suci dari noda sejak mereka dilahirkan.
Secara semulajadinya, manusia itu senang dan
sukakan akhlak yang baik kerana ia bertepatan
dengan fitrah semulajadinya.
Maka, akhlak yang baik seperti saling
tolong-menolong, bercakap benar, mempunyai integriti, bersikap adil dan saksama amatlah disenangi dan digalakkan oleh Islam.
Etika mestilah selari dengan fitrah manusia
Walaupun pada semulajadinya manusia dilahirkan dengan fitrah yang hanya sukakan kebaikan, namun mereka juga terdedah kepada perkara-perkara sayyiat (sikap-sikap jelik) disebabkan
persekitaran serta agen-agen sosial yang mempengaruhi mereka seperti ibu bapa, keluarga serta masyarakat.
Islam memandang bahawa seharusnya manusia akan merasa malu serta jelik dengan perbuatan-perbuatan yang berlawanan dengan fitrah mereka
seperti sikap hasad (dengki), berdusta, mengamalkan korupsi dan zalim terhadap sesama manusia.
Etika mestilah selari dengan fitrah manusia
Akhlak yang baik dikatakan sesuatu perlakuan yang menenangkan jiwa manakala perlakuan yang jelik menimbulkan perasaan tidak keruan di dalam hati serta merasakan bahawa ianya suatu
aib (kelemahan/kecelaan) yang sebolehnya mahu disembunyikan daripada pengetahuan orang lain.
Maka, dapatlah disimpulkan bahawa etika Islam itu selari dengan fitrah manusia melainkan fitrah itu sendiri telah tercemar.
Etika mestilah selari dengan al-din (agama)
Di dalam Islam, orang yang
mempraktikkan
etika atau
akhlak yang mulia
dilihat
sebagai
orang yang berjaya
mempamerkan iman serta
agamanya.
Manakala orang yang
melakukan
perbuatan yang
keji
dianggap sebagai
orang yang lemah iman
serta agamanya.
Etika mestilah membicarakan tentang dua
dimensi sikap manusia
Dimensi Sikap Negatif
• menyebut tentang sikap-sikap jelik
seperti zalum (zalim), ‘ajul (terburu-buru), jadal (berbalah) dan al-ya’us (berputus asa) sebagai sikap-sikap yang bertentangan dengan fitrah manusia serta terbit hasil daripada nafsu jahat manusia.
Dimensi Sikap Positif
• disebut di dalam al-Quran adalah seperti al-ilm (ilmu pengetahuan), al-bayan (wacana intelektual) dan
al-taqwim al-hasan (karakter
semulajadi yang baik) selalu
dikaitkan dengan fitrah semulajadi manusia yang suci
Etika mestilah menyantuni hubungan
manusia secara personal dan interpersonal
Personal
• melibatkan proses tazkiyatun nafs (penyucian diri) iaitu satu proses yang mana melibatkan
penambaikan intelek serta
kerohanian jiwa yang berterusan.
• Proses ini amat penting agar dapat memastikan jiwa manusia itu sentiasa suci dan bersih dari sifat-sifat yang jelik dan tidak disukai
dalam Islam.
Interpersonal
• menekankan tentang sikap-sikap yang patut diamalkan oleh manusia
agar hubungannya dengan
masyarakat serta makhluk lain terpelihara agar dapat hidup aman
• Contoh: saling bekerjasama, bersifat pemurah, bertimbang rasa, mempermudahkan urusan orang lain serta mengucapkan kata-kata yang baik sesama manusia.
Nilai-nilai Etika Dalam Islam
Amanah
Tolong-menolong
Pemurah
Sabar
Nilai-nilai Etika Dalam Islam: Amanah
Bahasa
aman, damai, tenteram, selamat dan harmoni
Istilah
menyerahkan
tanggungjawab kepada seseorang yang berhak
menerimanya dan
dipercayai agar
melaksanakan
tanggungjawab tersebut dengan jayanya tanpa
Nilai-nilai Etika Dalam Islam: Amanah
Allah•Sebagai hamba: taat kepada perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
•Sebagai khalifah: memelihara, memakmurkan serta membangunkan bumi agar lebih sejahtera.
Rasulullah •Untuk memelihara, menghargai, mencontohi serta mengamalkan segala sunnah Rasulullah s.a.w.
Diri Sendiri
•Lahiriah: menjaga kesihatan, kebersihan & memberi hak pada anggota pancaindera.
•Rohaniah: anggota pancaindera digunakan untuk beribadatdan bukannya untuk perbuatan sia-sia & dilarang.
Orang Lain
•Setiap manusia itu mestilah menjalankan amanahnya terhadap masyarakatnya sama ada dari
sudut perkhidmatan, saling tolong-menolong, bekerjasama, bersikap ihsan, bercakap benar serta
Orang Islam berkewajipan menolong sesama manusia para kerabatnya (keluarga) jiran sesama Islam jiran bukan Islam
Nilai-nilai Etika Dalam Islam:
Tolong-menolong
Contoh:
sikap
orang
Ansar
menolong orang
Muhajirin.
Nilai-nilai Etika Dalam Islam: Pemurah
Bersikap pemurah dapatlah
diertikan dengan amalan
membelanjakan hartanya di
dalam hal-hal yang dituntut oleh
syara’
(Azman, 2002: 91).
Ia terbit daripada pengorbanan
iaitu
pengorbanan dari sudut
membelanjakan serta
mewakafkan harta
dan
menderma di jalan Allah s.w.t.
dengan ketulusan hati
tanpa
mengharapkan apa-apa ganjaran
Impak Pemurah
membersihkan hati
sang pemberi harta
daripada segala
sifat
riak, sombong dan
bongkak
di atas
pemilikan hartanya
menanam sikap saling
sayang-menyayangi
serta prihatin
terhadap
sesama insan
Status
ekonomi
Nilai-nilai Etika Dalam Islam: Sabar
Bahasa
menahan diri
Istilah
menahan atau menanggung diri daripada melakukan
perkara-perkara jelik yang
didorong oleh nafsu kepada
perkara-perkara yang disukai dan diredhai oleh
Allah s.w.t.
Nilai-nilai Etika Dalam Islam: Sabar
Dunia ini dianggap sebagai pentas di mana manusia itu diuji dengan pelbagai rintangan dan pancaroba hidup sama ada dari sudut kewangan, kesihatan dan sebagainya.
Jiwa perlu dididik supaya menjadi kuat dan kental dalam menghadapi segala ujian Allah s.w.t di dunia ini.
Orang yang hilang sabarnya acapkali memperlihatkan amarahnya, berputus asa serta menyalahkan takdir di atas kesusahan yang ditimpakan ke atasnya.
Sebaliknya, orang yang bersabar akan diberikan ganjaran amat besar
TAMADUN
MELAYU
Tamadun
Melayu
Tamadun Melayu adalah suatu
Tamadun Kepulauan
(Archipelagic Civilisation) yang tertua.
Ia berkembang dalam Gugusan Kepulauan Melayu yang terletak di pelangkahan
Khatulistiwa serta berpangkal daripada Semenanjung Tanah
Melayu yang melunjur daripada Tanah Besar Benua
Asia.
Secara zahir, Alam Melayu adalah gugusan pulau-pulau
serta Semenanjung Tanah Melayu yang didiami oleh
rumpun bangsa Melayu semenjak zaman berzaman.
Kepulauan ini serta lautan dan selat antaranya juga dikenali
sebagai NUSANTARA (Nusa-antara-lautan).
Inilah juga tanah air bagi rumpun bangsa Melayu yang
berkongsi satu baka keturunan, persamaan adat-resam, satu
bahasa dan budaya yang dipegang bersama.
Peradaban yang tua inilah yang menjadi
teras dan tunggak kepada
negara-negara moden di Alam Melayu
yang ada sekarang.
Di sinilah berkembangnya satu
rumpun bangsa Melayu
, satu keturunan
baka (DNA), satu bahasa dan satu ragam budaya.
Dengan landasan hidup sedemikian, mereka melahirkan suatu
Peradaban
Kepulauan yang tersendiri dalam susila Peradaban Melayu
yang lahir
Etika Dan Adat
Bahasa
kebiasaan ataupun sesuatu yang tidak bersifat
kebendaan
(Soleman, 1987)
Istilah
satu sistem atau panduan tingkahlaku yang diterima
dan digunapakai secara turun-temurun dan diperakui
oleh masyarakat akan amalannya sehingga
dianggap sebagai satu tradisi yang perlu dilestarikan
Fungsi Adat
panduan bagi masyarakat Melayu
mengatur perilakunya
di dalam pelbagai
institusi seperti institusi
sosial, politik,
ekonomi, undang-undang
dan sebagainya.
untuk menjamin dan memelihara
keamanan, keharmonian serta
kesejahteraan sosial
agar kekacauan
atau pergolakan dapat dielakkan.
Kategori Adat
Peraturan, hukum dan undang-undang yang diwariskan turun-temurun
serta dipatuhi oleh masyarakat di dalam menjalani kehidupan sosial mereka
Ia adalah cerminan kepada pemikiran masyarakatnya yang bijaksana dalam menentukan peraturan berinteraksi sesama manusia yang bermatlamatkan permuafakatan, kerukunan dan ketenteraman.
Adat yang diadatkan
Berbentuk lebih spesifik dan mengkhusus seperti
kelaziman individu dari sudut perbuatan
Ini termasuklah segala jenis
tingkahlaku yang diamalkan oleh masyarakat Melayu seperti cara berpakaian, cara makan, tatatertib di hadapan orang tua dan sebagainya.
Etika Dan Adab
Bahasa
budi bahasa yang halus dan juga tingkah laku dan tutur kata
yang sopan (Kamus Dewan, 1994: 6)
Istilah
tindakan atau perbuatan yang dipraktikkan secara wajar, tepat dan
sesuai hasil daripada jasad, hati serta akal manusia yang terdisiplin
Sumber Etika Peradaban Melayu
Animisme
Hindu-Buddha
Animisme
Satu kepercayaan yang
mana meyakini bahawa
setiap benda mempunyai
roh
,
memiliki keperibadian
tersendiri
serta
mempunyai
kuasa dalam menentukan
nasib seseorang individu
Hindu-Buddha
Berteraskan kepada keyakinan dengan kewujudan dewa-dewa
yang berkuasa ke atas kehidupan manusia.
Sistem kepercayaan Hindu-Buddha ini kuat mempengaruhi masyarakat Melayu pada zaman dahulu terutama di kalangan
golongan istana. Misalnya, raja-raja dipandang mulia kerana mereka dikatakan sebagai jelmaan dewa-dewa.
Justeru, mereka berhak diletakkan di kedudukan yang paling tinggi dek kerana statusnya bukan lagi dianggap taraf manusia
Islam
mengubah keyakinan masyarakat Melayu terhadap kewujudan roh-roh, semangat serta dewa-dewa
mengubah stratifikasi sosial masyarakat Melayu iaitu daripada mempercayai bahawa raja itu adalah jelmaan dewa-dewa kepada
khalifah (wakil Tuhan) di muka bumi
Maka, sebagai orang Islam, masyarakat Melayu berpegang kepada
konsep tauhid iaitu mengEsakan Allah s.w.t tanpa menyamakan Dia dengan sesuatu yang lain.
Allah s.w.t merupakan satu-satunya Tuhan Pencipta dan selayaknya
Nabi Muhammad s.a.w pula diimani sebagai nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t
dalam menyampaikan ajaran Islam, iaitu satu-satunya agama yang diredhai Allah s.w.t.
Al-Quran dan al-Sunnah merupakan dua sumber atau teras dalam setiap aspek kehidupan masyarakat Melayu.
Ini termasuklah penyerapan elemen Islam ke dalam aspek etika, sistem nilai serta adat
yang berlandaskan syariat Islam (peraturan bersumberkan hukum Islam).
‘Adat bersendikan hukum, Hukum bersendikan syara’, Syara’ bersendikan kitabullah. Syara’ mengata, adat memakai,
Nilai-nilai Etika
Peradaban Melayu
Memuliakan Ibu Bapa
& Orang Tua
Apa tanda Melayu jati,
Mentaati ibu bapa sepenuh hati; Apa tanda Melayu jati,
Nilai-nilai Etika
Peradaban Melayu
Halus Budi Pekerti &
Bahasa
Kalau hendak tahu orang berbangsa, Tengok kepada budi dan bahasanya;
Dalam berkata berlemah lembut, Dalam melangkah berpatut-patut,
Bila duduk tahu tempatnya, Bila tegak tahu adatnya.
Nilai-nilai Etika
Peradaban Melayu
Mempertahankan Serta
Membela Keadilan &
Kebenaran
Apa tanda Melayu jati,
Membela kebenaran berani mati, Berani kerana benar,
Berani pada yang hak, Berani menegakkan keadilan, Berani menghapus arang di kening,
Berani mati memegang amanah, Berani mati membela maruah,
Nilai-nilai Etika
Peradaban Melayu
Kesetiaan Kepada
Pemimpin
Elok kampung ada tuanya, elok negeri ada rajanya,
Adat hidup orang terhormat, kepada pemimpinnya ia taat.
Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah.
Nilai-nilai Etika
Peradaban Melayu
Bermuafakat &
Tolong-menolong
Apa tanda hidup beradat: Runding selesai dalam muafakat,
Hak ditakar, kewajipan disukat, Mana yang jauh diperdekat, Mana yang jarang diperapat,
Mana yang lupa diberi ingat, Kata putus pendapat pun bulat,
Nilai-nilai Etika
Peradaban Melayu
Mementingkan Maruah
Serta Harga Diri
Adat hidup orang bertuah, Aib dan malu dijadikan amanah,
Membawa diri tiada menyalah, Malu duduk menengah-nengah, Malu berdiri sombong dan pongah,
Berbuat kebaikan tiada gah, Bercakap dengan berlembut lidah.
Nilai-nilai Etika
Peradaban Melayu
Amanah
Orang amanah membawa tuah, Orang amanah hidup bermaruah,
Orang amanah dikasihi Allah, Siapa hidup memegang amanah,
Penghayatan Nilai
Memahami serta menghalusi
nilai-nilai murni yang
dianjurkan oleh Islam
yang
mana
dipraktikkan oleh
tamadun Islam dan tamadun
Melayu
agar melahirkan
warga yang berfikiran
terbuka, bertoleransi serta
beretika
di dalam negara
Malaysia yang berbilang
kaum.
Menghayati kepentingan
kemajuan aspek bukan
kebendaan
(dari sudut etika)
yang seharusnya
bergerak
seiring dengan kemajuan
kebendaan
agar dapat
dijadikan model untuk
diteladani oleh masyarakat
Kesimpulan
Adalah dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak persamaan di dalam isu-isu etika yang dipraktikkan oleh kedua-dua tamadun Islam dan Melayu.
Keduanya bertunjangkan al-Quran dan al-Sunnah yang mendasari sumber etikanya.
Walaupun tamadun Melayu pada mulanya menerima pengaruh animisme serta Hindu-Buddha, namun ternyata prinsip-prinsip Islam lebih ditekankan dalam adat-adat yang menjadi garis panduan etika bagi masyarakatnya.
Ciri-ciri inilah yang melonjakkan kedua-kedua tamadun ini mencapai zaman kegemilangan berabad lamanya kerana ia bukan sahaja menekankan kemajuan dalam bentuk kebendaan
sahaja, malah kemajuan dari sudut bukan kebendaan juga perlu seiring agar pembangunan dapat dikecapi secara holistik.