• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMATIAN NIZAR BANAT CETUS PROTES DI RAMALLAH MYANMAR TERUS BERGOLAK PERLETAKAN JAWATAN PERDANA SWEDEN CETUS POLEMIK BAHARU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMATIAN NIZAR BANAT CETUS PROTES DI RAMALLAH MYANMAR TERUS BERGOLAK PERLETAKAN JAWATAN PERDANA SWEDEN CETUS POLEMIK BAHARU"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

J U N 2 0 2 1 | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

ANTARABANGSA & KESELAMATAN

KEMATIAN NIZAR BANAT CETUS PROTES DI RAMALLAH

MYANMAR TERUS BERGOLAK

PERLETAKAN JAWATAN PERDANA SWEDEN CETUS POLEMIK

BAHARU

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA

MTUC DEDAH HAMPIR SEJUTA PENCARUM KWSP TIDAK

MEMILIKI SIMPANAN LEBIH RM5,000

APLIKASI WORKING FOR WORKERS TERIMA 3,737 ADUAN

MYNIC LAHIRKAN USAHAWAN DIGITAL MELALUI PRIME

EKONOMI & KEWANGAN

UNJURAN KDNK MALAYSIA 2021 MENURUN LAGI

KESTABILAN EKONOMI MELALUI PENAMBAHBAIKAN SISTEM

PENDIDIKAN

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KE -9 UNTUK RAKYAT

ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI

PUSAT PEMASARAN HASIL PERTANIAN BERTEKNOLOGI TINGGI

BERI MANFAAT KEPADA PETANI MODEN

TEKNOLOGI BAHARU SAWIT, BAKAL DIPERKENALKAN

BAKAR 2,000 METRIK TAN TAYAR, PENYEBAB PENCEMARAN UDARA

(4)

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

ANTARABANGSA & KESELAMATAN

KEMATIAN NIZAR BANAT CETUS PROTES DI RAMALLAH

Kematian seorang aktivis bernama Nizar Banat telah menyebabkan protes besar-besaran di Ramallah ketika ini. Nizar telah ditahan dirumahnya di Hebron pada awal pagi Khamis yang lalu oleh sekumpulan pegawai Pihak Berkuasa Palestin.

Namun, berita kematian beliau mengejutkan wilayah Tebing Barat ditambah lagi dengan autopsi kematian menunjukkan beliau mengalami bukan kematian biasa. Nizar Banat adalah pengkritik tegar Pihak Berkuasa Palestin terutamanya Presiden Mahmoud Abbas. Malah, beliau juga mendesak Kesatuan Eropah memberhentikan bantuan ke atas PA yang seringkali membelakangi hak asasi manusia (AlJazeera, 26 Jun 2021).

www.aljazeera.com/news/2021/6/26/palestinians-protest-against-mahmoud-abbas-after-activists-death

MYANMAR TERUS BERGOLAK

Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) menjelaskan keadaan di Myanmar semakin parah sejak rampasan kuasa berlaku pada 1 Februari yang lalu. Kira-kira 230 ribu orang telah menjadi pelarian dan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga berhadapan masalah akses terhadap keperluan asas seperti aspek penjagaan kesihatan, air bersih, sanitasi malah turut kekurangan sokongan psikososial.

Pemerintah de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi digulingkan Tatmadaw pada 1 Februari lalu dengan dakwaan parti Suu Kyi melakukan penipuan undi dalam pilihan raya November 2020. Penunjuk perasaan yang tercetus kemudiannya mengorbankan 800 orang selain hampir 6,200 orang yang lain telah ditahan pihak keselamatan (Sinar Harian, 26 Jun 2021).

www.sinarharian.com.my/article/146409/GLOBAL/230000-pelarian-di-Myanmar-perlu-bantuan-kemanusiaan-PBB

(5)

R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PERLETAKAN

JAWATAN

PERDANA

SWEDEN

CETUS

POLEMIK BAHARU

Perdana Menteri Sweden akhirnya melepaskan jawatan yang disandang beliau sejak 2019 apabila gagal dalam undi tidak percaya di Parlimen negara itu tempoh hari. Beliau memilih untuk meletakkan jawatan berbanding mengadakan pilihan raya semula kerana berpandangan situasi semasa COVID-19 di negara itu tidak mewajarkan pilihan raya dibuat.

Lofven dilantik sebagai Perdana Menteri untuk baki penggal kedua pentadbiran Kerajaan Sweden selepas situasi tidak menentu yang melanda politik domestik di Sweden. Pengunduran beliau daripada jawatan utama negara tersebut menjadi polemik untuk perlantikan Perdana Menteri yang baharu kepada Sweden yang akan ditentukan oleh Speaker Parlimen itu sendiri (Berita Harian, 28 Jun 2021).

www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/06/833233/pm-sweden-letak-jawatan-selepas-tewas-undi-tidak-percaya

(6)

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA

MTUC DEDAH HAMPIR SEJUTA PENCARUM KWSP TIDAK

MEMILIKI SIMPANAN LEBIH RM5,000

Pendedahan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa seramai 900,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan kurang RM5,000 dikhuatiri akan menimbulkan ‘krisis sosial pekerja pencen’ sekiranya situasi ini tidak ditangani kerajaan dengan pelan solusi yang betul. Menerusi pakej PEMULIH yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kerajaan memperkenalkan i-Citra yang membolehkan pencarum mengeluarkan simpanan mereka sebanyak RM5,000 dengan pengeluaran sebanyak RM1,000 sebulan selama lima bulan.

Menurut Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap pengeluaran simpanan hari tua pekerja dengan menambah kembali atau menggantikan pengeluaran yang dibuat dalam tempoh lima tahun akan datang. Di samping itu, moratoriaum automatik yang diberikan oleh pihak bank juga perlu bersifat melunaskan tanggungjawab sosial kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan terhadap kesempitan yang sedang dilalui oleh peminjam. (Freemalaysiatoday, 29 Jun 2021)

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/29/900000-pencarum-kwsp-ada-simpanan-kurang-rm5000-kata-mtuc/

APLIKASI WORKING FOR WORKERS TERIMA 3,737 ADUAN

Menerusi aplikasi Working For Workers (WFW) yang dilancarkan awal Mei lepas, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima sebanyak 3,737 aduan terutamanya berkaitan isu Bekerja Dari Rumah (BDR). Aduan tertinggi adalah mengenai majikan yang memaksa 100 peratus pekerja datang ke tempat kerja dan tidak membenarkan pekerja BDR sedangkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, hanya 60 peratus pekerja yang dibenarkan bekerja di pejabat melibatkan sektor-sektor tertentu sahaja. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim menyatakan, sehingga hari ini 125 daripada 757 kertas siasatan yang dibuka di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan, dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan 2009) telah diambil tindakan pendakwaan yang melibatkan pelbagai kesalahan. Kesalahan tertinggi melibatkan majikan gagal menyediakan kemudahan penginapan untuk pekerja. KSM juga akan menyediakan akta mewajibkan majikan menyediakan penginapan untuk pekerja bagi memudahkan kawalan secara berpusat. (Bernama, 27 Jun 2021)

https://www.bernama.com/bm//news.php?id=1976262

(7)

R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

MYNIC LAHIRKAN USAHAWAN DIGITAL MELALUI PRIME

Bagi menggalakkan masyarakat

menceburi keusahawanan digital, MyNIC (agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia) telah memperuntukkan RM1.6 juta menerusi Program Realisasi Impian Ekonomi Digital (PRIME) yang menawarkan 20,000 domain percuma khusus kepada golongan usahawan, masyarakat luar bandar dan golongan

kurang upaya. PRIME

memperkenalkan tiga teras utama iaitu penjenamaan digital, platform teknologi dan pembangunan modal insan dengan mewujudkan kategori nama domain baharu iaitu biz.my. Selain itu, MyNIC juga menyediakan

Program Latihan Penguasaan Pasaran Digital untuk menggalakkan usahawan MSME menggunakan platform dalam talian seperti laman sesawang (web) dan media sosial untuk memajukan perniagaan mereka. Bagi menjayakan program ini, MyNIC telah bekerjasama dengan pelbagai rakan strategik termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Amanah Ikhtiar Malaysia, dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Selain itu, masih terdapat beberapa rakan strategik yang lain, bahkan MyNIC mengalu-alukan lebih banyak rakan strategik yang ingin menyertai bagi memastikan usahawan ekonomi digital ini menjadi kenyataan. (Utusan Malaysia, 18 Jun 2021)

https://www.utusan.com.my/berita/2021/06/mynic-perkenal-prime-lahirkan-usahawan- digital/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mynic-perkenal-prime-lahirkan-usahawan-digital

(8)

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

EKONOMI & KEWANGAN

UNJURAN KDNK MALAYSIA 2021 MENURUN LAGI

Unjuran kali ketiga oleh Bank Dunia

terhadap prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2021 sekali lagi menunjukkan penurunan apabila ia dijangka hanya mampu mencapai sehingga 4.5 peratus.

Kali pertama KDNK 2021 Malaysia diunjurkan adalah pada tahun lepas di mana Bank Dunia menjangkakan

Malaysia mampu meningkatkan kembali prestasi ekonomi pada tahap 6.7 peratus. Namun begitu, pada Mac 2021, institusi kewangan antarabangsa itu menurunkan unjuran KDNK Malaysia kepada 6.0 peratus. Faktor utama kepada perubahan unjuran ini adalah disebabkan polisi yang diambil oleh Malaysia dalam mendepani cabaran COVID-19 termasuk perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh dunia yang bermula pada bulan Mei 2021 yang lalu. (BERNAMA, 28 Jun 2021)

https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1976630

KESTABILAN EKONOMI MELALUI PENAMBAHBAIKAN SISTEM

PENDIDIKAN

Di dalam sebuah perbincangan mengenai hala tuju ekonomi yang dianjurkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada 2 Jun 2021 yang lalu, penambahbaikan sistem pendidikan dipercayai mampu menjadi faktor kukuh dalam mengembangkan ekonomi sesebuah negara pasca pandemik COVID-19. Perbincangan yang melibatkan sembilan individu berpangkat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) daripada pelbagai syarikat terkemuka itu menunjukkan tiga daripadanya bersetuju bahawa generasi baharu perlu diberikan pendidikan dan kemahiran yang memenuhi permintaan pasaran pada masa hadapan.

Menurut Dr. Tariq Al Gurg, CEO di syarikat Dubai Cares, pendidikan berkualiti adalah asas dalam melahirkan sumber manusia yang berkualiti tinggi dan mempunyai kemahiran dan peranan yang strategik. Perkara yang sama turut dikongsi oleh CEO syarikat The Lego Foundation di mana beliau mengatakan bahawa sistem pendidikan perlu ditambahbaik dalam memastikan minat terhadap pembelajaran sentiasa berkembang dan berpotensi melahirkan pelbagai kemahiran anak-anak. Selain itu, Setiausaha Umum Gabungan Kesatuan Sekerja Antarabangsa, Sharan Burrow berpendapat, pekerjaan yang mengambil kira perlindungan sosial seperti hak untuk mendapat pendidikan bakal menjadi suatu pekerjaan yang berimpak tinggi pada masa hadapan. (World Economic Forum, 2 Jun 2021)

https://www.weforum.org/agenda/2021/06/how-to-build-an-inclusive-recovery-jobs-skills-and-education-leaders/

(9)

R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KE-9 UNTUK RAKYAT

Pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu mengurangkan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) ke-9 itu memperuntukkan sebanyak RM 150 bilion dengan suntikan langsung berjumlah RM 10 bilion.

Sebelum ini, sebanyak lapan PRE telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia yang menelan belanja keseluruhan sebanyak RM 380 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM 83 bilion. Selain lanjutan Program Subsidi Upah dan Geran Khas Prihatin, rakyat Malaysia yang berkelayakan terutamanya golongan B40 juga bakal menerima sambungan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan.

Perkara yang paling mendapat tumpuan ketika ucapan Perdana Menteri pada Isnin yang lalu (28 Jun 2021) adalah berkenaan moratorium pinjaman pendidikan selama tiga bulan dan moratorium pinjaman bank selama enam bulan. Umum mengetahui bahawa ramai yang kehilangan dan terjejas pendapatan. Justeru, bantuan ini diharapkan mampu meringankan beban mereka. Namun begitu, terdapat juga beberapa bantuan yang mendapat kritikan rakyat yang tidak mengikut kesesuaian keadaan dan mampu menimbulkan keraguan seperti Bantuan Bakul Makanan melalui Ahli Parlimen berjumlah RM 300,000 untuk setiap parlimen dan Inisiatif Bank Bergerak yang berjumlah RM 18 juta. (Malaysia Today, 28 Jun 2021)

https://www.malaysia-today.net/2021/06/28/pm-umum-pakej-pemulih-bernilai-rm150-bilion/

(10)

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI

PUSAT PEMASARAN HASIL PERTANIAN BERTEKNOLOGI

TINGGI BERI MANFAAT KEPADA PETANI MODEN

Institut Latihan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang telah memperkenalkan projek Pusat Pemasaran Hasil Pertanian Berteknologi Tinggi telah membantu ramai petani dan usahawan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pertanian moden. Pertanian moden ini telah menggunakan teknologi yang terkini antaranya vertical farming dan fertigasi gantung. Selain itu, projek ini juga membekalkan maklumat dari segi teknikal dan praktikal secara khusus bagi memastikan usahawan mahupun petani dapat dibimbing sebaik mungkin.

Sementara itu, usahawan dan petani juga dinasihatkan untuk merujuk agensi berkaitan seperti FAMA dan Jabatan Pertanian (DOA) dalam memperoleh sebarang maklumat berkaitan tanaman. Hal ini kerana, penanaman mengikut permintaan pasaran adalah penting bagi mengelakkan lebihan bekalan komoditi sekali gus merugikan petani berlaku di kala negara masih berhadapan dengan pandemik Covid-19 (Sinar Harian, 21 Jun 2021).

https://www.sinarharian.com.my/article/145567/BERITA/Nasional/Pusat-pemasaran-hasil-pertanian-berteknologi-tinggi-bantu-usahawan-tani-moden

TEKNOLOGI BAHARU SAWIT, BAKAL DIPERKENALKAN

Merujuk kenyataan Ketua Pengarah

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir bahawa dalam industri komoditi sawit akan diperkenalkan empat teknologi baharu. Empat teknologi tersebut merangkumi satu teknologi kejuruteraan ladang yang berperanan untuk mengangkut kelapa sawit segar, satu teknologi biojisim bagi mengawal kadar pencemaran dari kilang sawit dan dua teknologi kawalan penyakit dalam ladang kelapa sawit.

Kempat-empat teknologi tersebut akan diperkenalkan pada program Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) 2021 yang akan diadakan secara maya pada 1 Julai 2021. Program TOT ini akan diadakan setiap tahun dengan memperkenalkan teknologi dan inovasi dalam industri sawit sekali gus meningkatkan pengkomersialan teknologi. Sementara itu, program ini juga membuka peluang kepada semua pemain taruh industri sawit untuk melihat teknologi baharu dan teknologi lama selain membantu mereka sehingga berjaya mengkomersialkan produk (Berita Harian, 28 Jun 2021).

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/06/833020/mpob-bakal-perkenal-empat-teknologi-baharu-sawit

(11)

R I N G K A S A N B U L A N A N I S U S E M A S A | 9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

BAKAR 2,000 METRIK TAN TAYAR,

PENYEBAB

PENCEMARAN

UDARA

Sebuah premis di kawasan Pulau Carey telah melakukan pembakaran terbuka dengan membakar 2,000 metrik tan tayar. Pembakaran tersebut telah menyebabkan keselesaan penduduk di sekitar Telok Panglima Garang terganggu selain pencemaran udara turut berlaku. Pembakaran terbuka tersebut sepatutnya tidak berlaku memandangkan negara masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sehubungan dengan itu, pemilik premis tersebut telah dipanggil untuk hadir ke Jabatan Alam Sekitar Selangor (JAS) selepas surat arahan telah dikeluarkan bagi memberikan keterangan berhubung dengan isu tersebut. Pada masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi juga mengharapkan agar tindakan tegas dikenakan ke atas premis tersebut yang secara sengaja melakukan pencemaran udara sehingga menjejaskan kehidupan penduduk. (Utusan Malaysia, 29 Jun 2021).

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/pembakaran-terbuka-cemar-udara-pulau-carey/

(12)

Referensi

Dokumen terkait