• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "IMBUHAN (10 markah) 1 (1) bertujuan (2) dituju"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

MKR/KA/CY 1 P4/SA1/P2/2016 IMBUHAN (10 markah)

Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan

karangan di bawah ini. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan ( ) yang disediakan.

Persatuan Kejiranan Kebun Baru telah mengadakan perjumpaan penduduk pada minggu lepas. Perjumpaan itu (1)_____ untuk berkongsi tentang gelanggang multifungsi yang akan disediakan di kawasan perumahan mereka. Sebelum itu, para (2)_____ Akademi Sukan Kebun Baru telah mempersembahkan pertunjukan silat. Pertunjukan silat itu (3)_____ oleh seorang mahaguru silat yang terkenal di Singapura.

Pengerusi persatuan penduduk juga memberitahu mereka matlamat yang hendak dicapai, “(4)_____ kami ialah supaya gelanggang multifungsi yang akan (5)_____ kelak dapat memberikan manfaat kepada para penduduk di sini agar dapat menjalankan aktiviti rekreasi bersama-sama sambil beramah mesra.”

Seorang dermawan juga telah berhasrat untuk menyumbangkan wang bagi menjayakan aktiviti yang bakal dirancang. Penduduk kejiranan Kebun Baru amat gembira dengan berita tersebut.

1 (1) bertujuan (2) dituju (3) menuju (4) tujuan ( ) 2 (1) belajar (2) diajar (3) mengajar (4) pelajar ( ) 3 (1) bimbingan (2) dibimbing (3) membimbing (4) pembimbing ( ) 4 (1) berharap (2) diharap (3) harapan (4) mengharap ( ) 5 (1) binaan (2) dibina (3) membina (4) pembinaan ( ) Markah yang diperoleh

(2)

MKR/KA/CY 2 P4/SA1/P2/2016 PERIBAHASA ( 8 markah )

Arahan: Setiap ayat di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan ayat tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di dalam kurungan ( ) yang

disediakan.

(1) ada bakat (2) ambil berat

(3) baik budi (4) besar hati

(5) cari jalan (6) ikat perut

(7) ringan tulang (8) tolak ansur

6. Abang selalu membantu Ibu membersihkan rumah sehingga ramai yang memuji Abang itu rajin bekerja.

(__________)

7. Razak akan mengurangkan makan kerana hendak berjimat supaya dia dapat membeli kasut but bola sepak yang baru.

(__________)

8. Azman amat disenangi oleh kawan-kawan dan guru-guru kerana berperangai mulia dan mempunyai peribadi yang baik.

(__________)

9. Ibu dan bapa sentiasa menumpukan perhatian dengan sepenuh hati terhadap kebajikan dan keperluan anak-anak mereka.

(__________) Markah yang

(3)

MKR/KA/CY 3 P4/SA1/P2/2016 MELENGKAPKAN TEKS ( 10 markah )

Arahan: Pilih sepatah perkataan yang sesuai daripada senarai di bawah ini bagi setiap

tempat kosong. Tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan. (1) banyak (2) berangkat (3) cerita (4) kepada (5) membuang (6) mengambil (7) penanda (8) pulang (9) semua (10) untuk

Setiap kali melancong ke sesebuah tempat, biasanya kita akan membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Pada minggu yang lalu, Razali dan keluarganya telah (10) _(___)_ ke Pulau Langkawi. Sewaktu melancong di sana, mereka telah membeli (11) _(___)_ cenderamata. Mereka membeli kain batik, barang ukiran, kemeja-T dan (12) _(___)_ buku. Keluarganya juga tidak lupa membeli pelbagai jenis keropok dan kerepek. Setiap tempat yang mereka kunjungi pasti ada cenderamata yang dibeli mereka. Razali dan keluarga akan (13) _(___)_ masa mengagihkan cenderamata itu apabila mengunjungi rumah Datuk dan Nenek pada hujung minggu. Ibu telah membelikan kain batik (14) _(___)_ Datuk dan Nenek. Manakala Razali pula menghadiahkan kemeja-T kepada sepupu-sepupunya. Bapa juga telah memberi keropok ikan kepada jiran mereka.

Markah yang diperoleh

(4)

MKR/KA/CY 4 P4/SA1/P2/2016 KEFAHAMAN 1 ( 8 markah )

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang mengikutinya dan tulis angka jawapan pilihankamu di dalam kurungan ( ) yang disediakan.

Sofiah ialah seorang anak tunggal. Sofiah tidak mempunyai sepupu yang sebaya dengannya. Namun Sofiah tidak kesunyian kerana dia ada ramai kawan sejak dari sekolah tadika. Sikap Sofiah yang peramah membuat semua orang sayang dan suka berkawan dengannya.

Sofiah selalu ingat pesan Ibu, “Setiap orang memerlukan kawan dalam hidup. Kawan merupakan orang yang rapat dengan kita selepas keluarga. Kawan memainkan peranan yang penting dalam hidup kita.”

Ayahnya pernah berkata,“Kawan dapat mempengaruhi perwatakan kita. Hubungan yang rapat antara kita dengan kawan merupakan faktor utama situasi ini berlaku.”

Sebenarnya, Sofiah juga lebih suka berkongsi cerita atau masalah dengan kawannya berbanding dengan ibu bapa kerana dia berpendapat bahawa kawan yang sebaya lebih memahami sikap dan perasaannya. Ini tidak bermakna yang Sofiah berahsia dengan ibu bapa. Adakalanya Sofiah lebih selesa berbual dengan kawannya tentang topik yang menjadi kegemaran anak-anak seusia mereka.

Ibu dan Ayah selalu menggalakkan Sofiah berkawan dengan orang-orang yang mempunyai sikap-sikap positif dan bersopan santun. Seorang kawan yang baik akan sentiasa memberi dorongan dan nasihat kepada kawannya untuk melakukan sesuatu yang membawa kebaikan bersama. Sofiah sentiasa mendengar nasihat Ibu dan Ayah agar berhati-hati ketika memilih kawan.

(5)

MKR/KA/CY 5 P4/SA1/P2/2016 15. Sofiah mempunyai ramai kawan kerana dia ____________________.

(1) hanya seorang anak tunggal (2) tidak ada sepupu yang sebaya (3) mempunyai sikap yang peramah

(4) memerlukan seorang kawan dalam hidup

( )

16. Ibu dan Ayah Sofiah menasihatinya supaya ____________________.

Markah yang diperoleh (1) bersopan santun

(2) mempunyai sikap-sikap positif (3) berhati-hati semasa memilih kawan (4) memberi dorongan kepada kawannya

(6)

MKR/KA/CY 6 P4/SA1/P2/2016

17. Ibu telah mengirim pesanan ringkas kepada Sofiah. Bayangkan kamu Sofiah. Jawab pesanan ringkas itu dengan menggunakan informasi dalam petikan di halaman 4. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

Markah yang diperoleh Sofiah, Ibu berasa sedih kerana Sofiah tidak mahu memberitahu ibu tentang masalah Sofiah di sekolah. Mengapa?

Maaf, Ibu. Saya _____________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________ __________________________________________________

(7)

MKR/KA/CY 7 P4/SA1/P2/2016 KEFAHAMAN 2 ( 9 markah )

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab semua soalan yang mengikutinya. Tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.

Fendi ialah peminat sukan bola sepak. Dia gemar bermain dan juga gemar menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. Apabila ada perlawanan bola sepak di stadium, atau di mana-mana padang bola, Fendi akan pergi menonton tidak kira hujan atau panas. Ibu dan bapa Fendi telah banyak kali menasihatinya supaya lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran, tetapi nasihat mereka tidak diendahkan.

“Fendi, Ibu tidak melarang kalau kamu nak bermain bola sepak, tetapi kerja sekolah sudah diselesaikan?” Tanya ibunya setiap kali Fendi meminta izin untuk bermain bola.

Fendi menjawab,”Nantilah Fendi siapkan selepas pulang dari bermain bola.”

Lama-kelamaan, Fendi semakin degil. Beberapa hari sebelum peperiksaan, Fendi telah pergi menyaksikan perlawanan bola sepak tanpa diketahui oleh ibu dan bapanya. Dia sengaja tiba awal di padang bola supaya dapat melihat kedua-dua pasukan berlatih. Tiba-tiba, hujan turun dengan lebat. Pakaian Fendi basah kuyup terkena hujan. Fendi menggigil kesejukan tetapi dia tetap menunggu sehingga bermula perlawanan bola sepak dan terus menonton sehingga tamat. Sewaktu tiba di rumah, Ibu Fendi terkejut melihat keadaannya yang agak lemah dan basah.

“Fendi, kenapa ni? Kenapa baju kamu lencun?” Tanya Ibu.

Jawab Fendi dengan lemah, “Ibu, Fendi minta maaf tidak meminta izin menonton perlawanan bola sepak tadi. Saya basah terkena air hujan.”

Keesokkan harinya dia demam. Fendi dibawa berjumpa doktor yang menasihatinya supaya berehat di rumah selama tiga hari. Fendi mula berasa bimbang kerana peperiksaan akan menjelang dalam masa tiga hari lagi dan dia masih belum sempat mengulangkaji sepenuhnya.

(8)

MKR/KA/CY 8 P4/SA1/P2/2016 18. Apakah nasihat ibu dan bapa Fendi kepadanya ?

____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

19. Mengapakah Fendi datang awal ke padang bola walaupun perlawanan bola sepak belum bermula?

____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

20. Bagaimana Fendi boleh terkena demam?

____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

21. Mengapakah Fendi berasa bimbang setelah doktor menyuruhnya berehat di rumah selama tiga hari?

____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

22. Dalam perenggan keempat, perkataan yang menunjukkan bahawa Fendi tidak mahu menurut kata atau tidak mahu menerima nasihat ialah ________________________.

(1 markah)

SELESAI

Markah yang diperoleh

(9)

MKR/KA/CY 9 P4/SA1/P2/2016

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 Bahasa Melayu Darjah 4 KUNCI JAWAPAN 1. IMBUHAN (1) 1 (2) 4 (3) 2 (4) 3 (5) 2 2. PERIBAHASA (6) 6 (7) 7 (8) 3 (9) 2 3.MELENGKAPKAN TEKS (10) 2 (11) 1 (12) 7 (13) 6 (14) 10 4. KEFAHAMAN 1 (15) 3 (16) 3

(17) ....lebih selesa berbual dengan rakan sebaya (2m) yang memahami sikap dan perasaan saya. (2m)

KEFAHAMAN 2

(18) Ibu dan bapa Fendi telah menasihatinya supaya lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran.(2m)

(19) Dia tiba awal di padang bola supaya dapat melihat kedua-dua pasukan berlatih.(2m) (20) Fendi terkena hujan sehingga pakaiannya basah kuyup(1m) dan dia menggigil kesejukan (1m) sepanjang perlawanan bola sepak itu.

(21) Fendi berasa bimbang kerana peperiksaan akan bermula dalam masa tiga hari lagi(1m) dan dia masih belum selesai mengulangkaji pelajarannya.(1m)

Referensi

Dokumen terkait

Algoritma ini mengacu kepada prinsip diffusion dan confusion dari Shannon dengan mengimplementasikan operasi subtitusi, transposisi, dan iterasi yang dikombinasikan

Narkoba, Kebakaran di Pasar Senen, Bisnis Trump di Indonesia, Kebijakan Pemasok Obat, Kegiatan Bela Negara, Kerja Sama RI-Cina, Kuota Haji 2017, Pelantikan Presiden AS,

Rata-rata mortalitas larva ulat tritip instar III menurut dosis ekstrak tapak liman yang telah diaplikasikan (Tabel 6 dan 7), menunjukkan bahwa kenaikan dosis pestisida

Dengan demikian penelitian ini menunjukkan bahwa dukungan sosial dari keluarga, atasan, dan rekan kerja berperan signifikan terhadap resilient self-efficacy guru

Berdasarkan penelitian yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahwa masa simpan berpengaruh nyata terhadap kadar air, aroma, dan tekstur wafer limbah pertanian berbasis

Dari hasil wawancara yang saya lakukan, dapat disimpulkan bahwa terjadi miss komu- nikasi antara masyarakat yakni panitia pemekaran dengan Pemerintah Kab.Bone Selatan,

Make up karnaval itu menggunakan body painting, jadi semuanya dari wajah sampai tubuh itu memakai body painting (tato tapi, menggunakan.. Memakai make up yang

Mulai dari Inspektorat Provinsi Jawa Timur kepada Pemerintah Kabupaten Madiun, kemudian di Kecamatan sampai dengan di koordinasikan kepada kepala desa atau