• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERISYTIHARAN JUALAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERISYTIHARAN JUALAN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

PERISYTIHARAN JUALAN

PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN

PTSPU(L)35/2013(19)

Dalam Perkara Seksyen 257 dan 263, Kanun Tanah Negara, 1965

ANTARA

PUBLIC BANK BERHAD ... PEMEGANG GADAIAN DAN

ROSLI BIN AHMAD (No. K/P : 741204-07-5791) ... PENGGADAI-PENGGADAI NOOR AZLINA BINTI MD NOOR @ MD HUSSAIN (No. K/P : 680531-07-5266)

Menurut Perintah Pentadbir Tanah Seberang Perai Utara yang diperbuat pada 31 Mac 2013, adalah diisytiharkan bahawa Pentadbir Tanah Seberang Perai Utara dengan dibantu oleh Pelelong Berlesen

AKAN MENJUAL SECARA

LELONGAN AWAM

PADA HARI KHAMIS, 15 MEI 2014, JAM 10.00 PAGI

DI PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA, PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEBERANG PERAI UTARA, KEPALA BATAS, PULAU PINANG

BUTIR-BUTIR HAKMILIK

NO. HAKMILIK : GM 1739 NO. LOT : Lot 4020 BANDAR/PEKAN/MUKIM : Mukim 08

DAERAH/NEGERI : Seberang Perai Utara/Pulau Pinang CUKAI TAHUNAN : RM40.00

PEGANGAN : Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH : Tiada

KELUASAN TANAH : 181 meter persegi

PEMILIK BERDAFTAR : Rosli Bin Ahmad - 1/2 bahagian Noor Azlina Binti Md Noor @ Md Hussain - 1/2 bahagian SYARAT NYATA : GERAN MUKIM FIRST GRADE

The land comprised in this title

a) shall not be affected by any provision of the National Land Code limiting the compensation payable on the exercise by the State Authority of a right of access or use conferred by Chapter 3 of Part Three of the Code or on the creation of a Collector’s right of way; and b) subject to the implied condition that land is liable to be re-entered if it is abandoned for

more than 3 years, shall revert to the State only if the proprietor for the time being dies without heirs;

and the title shall confer the absolute right to all forest produce and to all oil, mineral and other natural deposits on or below the surface of the land (including the right to work or extract any such produce or deposit and remove it beyond the boundaries of the land).

SEKATAN KEPENTINGAN : Tiada

BEBANAN : Digadai kepada Public Bank Berhad melalui Perserahan No. 0702SC2008001973, didaftarkan pada 8 September 2008

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum menyertai jualan lelong. LOKASI DAN PERIHAL TANAH

Hartanah ini adalah sebidang tanah bangunan yang mempunyai keluasan tanah 181 meter persegi (1,948 kaki persegi) dan terdiri di atasnya sebuah rumah teres satu tingkat (end unit) beralamat No. 103, Jalan Orkid, Taman Orkid, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

(2)

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM120,000/-

(RINGGIT MALAYSIA : SATU RATUS DUA PULUH RIBU SAHAJA) dan syarat-syarat jualan yang

dicetak di perisytiharan jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draft/Cashier Order di atas nama

PUBLIC BANK BERHAD sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam dan baki wang belian

hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan kepada PUBLIC BANK BERHAD, iaitu tidak lewat dari tarikh 12 September 2014.

Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Pentadbir Tanah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang atau TETUAN GAN TEIK CHEE & HO, Peguamcara bagi pihak Plaintif di alamat No.

589 (1st & 2nd Floor), Lorong Kemuning 1, Taman Kemuning, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman (Ruj. : DA/KLM/L/33/2013[hl 97]) Tel. 04-4900333 Faks. 04-4903222 atau kepada Pelelong

Berlesen yang tersebut di bawah :

MAHADZIR BIN RAHIM

(Pelelong Berlesen)

H/P : 019-4290736, 019-4196700

Tel : 04-5078314 Fax : 04-6430105

Ruj. : AUC-P(spu)214018

HARTA PRIMA RESOURCES

(No. Syarikat 1898336-A)

No. 92 (1

st

Floor), Jalan Tasek SS2

Bandar Tasek Mutiara

(3)

MEMORANDUM JUALAN

PERINTAH JUALAN ATAS PERMINTAAN PEMEGANG GADAIAN

PTSPU(L)35/2013(19)

ANTARA

PUBLIC BANK BERHAD ... PEMEGANG GADAIAN DAN

ROSLI BIN AHMAD (No. K/P : 741204-07-5791) ... PENGGADAI-PENGGADAI NOOR AZLINA BINTI MD NOOR @ MD HUSSAIN (No. K/P : 680531-07-5266)

MEMORANDUM : Dalam jualan dengan lelongan awam pada 15 Mei 2014 mengenai harta

yang terkandung dalam butir-butir yang tersebut di atas, ________________________________ _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________ yang telah membuat tawaran yang tertinggi dan telah diisytiharkan sebagai pembeli harta tersebut dengan harga RM______________________ (Ringgit Malaysia : __________________________ ____________________________________________________________________________________ Sahaja). Pembeli tersebut akan membayar baki harga belian dan menyempurnakan pembelian mengikut syarat-syarat di atas, dan Pentadbir Tanah dengan ini mengesahkan jualan tersebut dan mengakui penerimaan deposit tersebut oleh Pemegang Gadaian.

Harga belian : _____________________________ Wang cagaran dibayar : _____________________________ Baki harga belian : _____________________________

Tandatangan Pembeli : _____________________________ Nama : _____________________________ Kad Pengenalan : _____________________________ Alamat : __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________ __________________________________________ Pentadbir Tanah

Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara

Pulau Pinang : ______________________________

Tandatangan Peguam : _____________________________________ Nama : _____________________________________ Alamat : TETUAN GAN TEIK CHEE & HO

No. 589 (1st & 2nd Floor), Lorong Kemuning 1 Taman Kemuning, 09000 Kulim

(4)

SYARAT-SYARAT JUALAN

1. Hartanah yang akan dijual adalah seperti yang terkandung di dalam:- No Hakmilik : GM

1739, No Lot : 4020, Mukim : 08, Daerah : Seberang Perai Utara, Negeri : Pulau Pinang.

2. Tertakluk kepada satu Harga Rizab sebanyak RM120,000/- (RINGGIT MALAYSIA : SATU RATUS

DUA PULUH RIBU SAHAJA) dan orang yang menawarkan harga tertinggi dan diluluskan oleh Pentadbir Tanah, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (selepas ini dirujuk sebagai Pentadbir

Tanah tersebut), akan diisytiharkan sebagai Pembeli hartanah tersebut. Sekiranya timbul sebarang pertikaian mengenai tawaran harga yang tertinggi itu, Pentadbir Tanah tersebut boleh memerintahkan supaya hartanah tersebut dijual sekali lagi atau menyelesaikan pertikaian itu.

3. Tidak ada sesiapa yang boleh menawarkan tawaran yang kurang daripada yang terdahulu darinya dan tawaran yang dibuat tidak boleh ditarik balik. Sesiapa yang ingin membuat tawaran semasa lelongan bagi pihak orang yang persendirian, badan–badan berkanun atau syarikat yang dikehendaki mengemukakan surat kebenaran yang menyatakan bahawa beliau mewakili orang persendirian badan-badan berkanun atau syarikat tersebut. Untuk Syarikat atau badan-badan berkanun mestilah dikemukakan surat kebenaran di atas kertas surat rasmi dan ditandatangani oleh dua (2) orang Pengarah sahaja berserta cop syarikat, nama dan nombor kad pengenalan wakil tersebut. Peguam yang ingin membeli bagi pihak klien mereka juga tertakluk kepada syarat di atas.

4. Sebelum penawaran bermula, semua yang berminat untuk membuat tawaran dikehendaki mendeposit dengan Pentadbir Tanah tersebut wang sejumlah 10% dari Harga Rizab hartanah tersebut secara Bank Deraf atau Cashier’s Order sahaja atas nama PUBLIC BANK

BERHAD. Pembayaran dengan cek tidak akan dilayan. Wang sejumlah 10% tersebut akan

merupakan sebahagian dari bayaran Harga Belian jika jualan berjaya. 5. Penamaan (nominee) adalah tidak dibenarkan sama sekali.

6. Sebaik sahaja jatuh tukulan terakhir, pembeli diwajibkan menandatangani Memorandum di bawah Syarat-syarat Jualan ini.

7. Baki wang Harga Belian hendaklah dibayar oleh Pembeli kepada Pemegang Gadaian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan (selepas ini dirujuk sebagai tempoh tersebut). Pembayaran hendaklah dibuat secara wang tunai, Bank Deraf atau Cashier’s Order sahaja atas nama PUBLIC BANK BERHAD. Bagi tujuan penyelesaian pembelian dan pembayaran baki Harga Belian, masa adalah syarat utama kontrak. Tidak ada masa lanjutan akan dibenarkan selepas tamat tempoh seratus dua puluh (120) hari itu. 8. Kegagalan dalam pembayaran baki wang Harga Belian untuk jualan lelong dalam Tempoh

tersebut, hartanah tersebut akan dilelong semula berdasarkan pada terma-terma dan syarat-syarat yang diperuntukkan di sini. Deposit dirampas oleh Pentadbir Tanah dan akan dilupuskan mengikut Seksyen 267A dan 268.

9. Bermula dari masa Jualan segala risiko mengenai kehilangan, kerosakan oleh api, gangguan, khianat dan lain-lain kemalangan, ketidakdudukan dan lain-lainnya terhadap hartanah tersebut adalah ditanggung oleh Pembeli semata-mata.

10. Pembeli adalah disifatkan telah memeriksa dengan teliti hartanah tersebut serta telah mendapat Notis mengenai semua notis-notis dan kehendak-kehendak Pihak–Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan. Pembeli hendaklah mematuhi segala kehendak-kehendak itu. Pembeli juga hendaklah mengakui identiti hartanah yang dibeli dengan apa yang terkandung dalam munimen tersebut.

(5)

11. Hartanah tersebut dijual tanpa milikan kosong dan tertakluk kepada kesemua penyewaan yang wujud jika ada dan kesemua tuntutan para penyewa dan dan para penghuni melalui status adat kontrak atau sebagainya, pihak Pemegang Gadaian tidak perlu untuk menyerahkan milikan kosong ke atas hartanah tersebut yang dijual.

12. Perihal hartanah tersebut hendaklah dipercayai dan dianggap telah diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua isemen, liabiliti dan hak (jika ada) yang wujud di atasnya tanpa apa-apa obligasi yang timbul untuk mendifinasikannya dan tiada kesilapan, kenyataan khilaf atau salah perihal yang boleh memansuhkan Jualan dan juga tiada apa-apa pampasan boleh dibenarkan berkaitan dengannya. Setelah baki Wang Belian dibayar, pembeli haruslah mendapat milikan hartanah tersebut secara sendiri dan membiayai kosnya sendiri tanpa membabitkan kewajipan Pemegang Gadaian untuk memberikan milikan kosong.

13. Di dalam keadaan di mana Pemegang Gadaian membelanjakan sebarang wang untuk mematuhi sebarang kewajipan atau tuntutan oleh Pihak Pihak Berkuasa Negeri atau Tempatan mengenai hartanah tersebut di antara tarikh Jualan dan penamatan Jualan, pembeli haruslah pada penamatan Jualan membayar kembali kepada Pemegang Gadaian amaun yang telah dibelanjakan untuk mematuhi kehendak-kehendak tersebut yang timbul sebelum penamatan Jualan. Pemegang Gadaian di dalam mana-mana keadaan setelah menerima notis mengenai kehendak tersebut akan memberi notis kepada Pembeli mengenainya dan akan memberikan pilihan kepada Pembeli samada untuk mematuhi kehendak-kehendak tersebut kecuali Pembeli enggan atau lalai untuk mematuhi kehendak-kehendak tersebut.

14. Sebaik sahaja baki harga belian dibayar, Pentadbir Tanah akan mengeluarkan Sijil Jualan untuk Pembeli mengikut peruntukkan perenggan (a) dan (b) Seksyen Kecil (4), Seksyen 265, Kanun Tanah Negara 1965. Sijil berkenaan hendaklah disediakan dan disempurnakan dengan perbelanjaan pembeli dan juga hendaklah membayar cukai setem dan bayaran pendaftaran. Hartanah tersebut dijual tertakluk kepada semua penyewa yang sedia ada dan semua tuntutan daripada penyewa dan penghuni secara berkontrak lazim, statue atau sebaliknya jika ada .

15. Pemegang Gadaian tidak bertanggungjawab untuk mengenepikan sebarang kaveat yang berada di atas tanah tersebut sungguhpun Pemegang Gadaian akan, di atas perbelanjaan Pembeli membantu Pembeli yang berjaya untuk mengenepikan kaveat tersebut untuk memudahkan pendaftaran pindahmilik.

16. Kos pindahmilik dan semua perbelanjaan bersampingan dengannya hendaklah ditanggung oleh Pembeli.

17. Apa-apa tunggakan cukai pintu, cukai tanah dan caj perkhidmatan (service/maintenance charges) sebelum tarikh lelongan awam hendaklah dibayar dari harga jualan dan bayaran-bayaran ini pada dan selepas tarikh lelongan awam, hendaklah ditanggung oleh Pembeli berkenaan. Lain lain bayaran yang bersangkutan dengan pindahmilik hendaklah diitanggung oleh pembeli berkenaan.

18. Pemegang Gadaian tidak dikehendaki menunjuk, menyerah atau mendapat sebarang dokumen atau Surat Ikatan yang tidak ada dalam miliknya kepada pembeli dan tidak juga bertanggungjawab tentang sebarang pembayaran proses menghantarserah dokumen tersebut kepada pembeli dan tiada bantahan akan dilayan atas alasan ketiadaan.

19. Sampai ke tarikh yang telah ditetapkan untuk membuat pampasan segala hasil (untung) dari, dan segala perbelanjaan berkaitan dengan harta tersebut akan dinikmati atau dibayar oleh Pemegang Gadaian. Sewa semasa dan perbelanjaan yang akan dibayar (jika ada) akan dibahagi untuk maksud ini dan amaun yang telah dibahagi akan dibayar sebaik sahaja pembelian hartanah tersebut diselesaikan.

(6)

20. Pihak Pemegang Gadaian adalah bebas untuk membuat tawaran di lelongan ini dan sekiranya ia berjaya menjadi Pembeli maka akan menolak harga pembelian dengan amaun yang terhutang di atas gadaian tersebut pada tarikh jualan itu berserta dengan kos dan perbelanjaan lelongan.

Referensi

Dokumen terkait

Pada penelitian ini, digunakannya One Pose Cafe sebagai objek karena memiliki review pengunjung dengan rata-rata tertinggi dibandingkan cafe lainnya, dan juga One Pose

Sementara itu, Kantor Akuntan Publik yang memiliki reputasi baik cenderung akan dipilih oleh klien untuk membantunya dalam melakukan audit laporan keuangan, karena

nanganan untuk menyiangi ikan, seperti alat penusuk Rentang waktu yang digunakan kapal pancing tonda dalam penangkapan dan pendaratan tidak begitu lama, yaitu sekitar 7 hari,

Langkah berikutnya adalah menghitung kinerja ruas jalan pasar dengan anggapan pengaruh adanya bangkitan kendaraan sehingga volume arus lalu lintas mengalami

Dari model- model pembelajaran tersebut penulis memilih model pembelajaran berbasis proyek (Project Based Learning) adalah sebuah pembelajaran dengan aktivitas jangka panjang

Aktor-aktor tersebut di antaranya: 1) militer (SCAF (Supreme Council of Armed Forces)) yang mengambil alih kekuasaan sementara pada masa transisi; 2) kelompok Islam yang di

Sehingga untuk pompa ukuran 1,5 inci dengan susunan ILK memiliki efisiensi terbaik pada tinggi terjunan 2.5 meter dengan debit masukkan 2,458 liter/detik sedang

Halaman Utama Halaman Utama Kawruh Basa Kawruh Basa Tetuwuhan Tetuwuhan Kewan Kewan Manungsa Manungsa Kembang Kembang Godhong Godhong Woh Woh Isi Isi Wit Wit Anak Kewan Anak