569
KAJIAN TAHAP PENINGKATAN KEMAHIRAN INSANIAH PELAJAR POLITEKNIK MELALUI PROGRAM ‘TOUCH POINT CABINET AWAY FASA 2’
DALAM PEMERKASAAN TVET.
Nur Bazilah binti Ishak, Hasyimunfazlie bin Muhamad Yusoff, Zakiah binti Hassan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Email: [email protected], [email protected], [email protected]
Abstrak
Sistem pendidikan di Malaysia mengalami satu lagi transformasi dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan TVET (technical, vocational, education and training). Pembelajaran berasaskan work base learning merupakan salah satu transformasi yang telah dilaksanakan dalam mengembangkan kemahiran insaniah pelajar seiring dengan keperluan industri masa kini. Pemerkasaan TVET melalui ProgramTouch Point Cabinet Away Fasa 2 (TPCA) merupakan satu alternatif yang dilaksanakan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan mampu berdaya saing. Tujuan dan objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap peningkatan kemahiran insaniah para pelajar politeknik dari aspek komunikasi, dan pemikiran secara kritis dan menyelesai masalah sebelum dan selepas mengikuti ProgramTouch Point Cabinet Away Fasa 2. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan proses pengumpulan data dilakukan melalui teknik soal selidik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 200 orang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang terlibat secara langsung dengan program ini. . Hasil dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual perbezaan nilai min sebelum dan selepas mengikuti Program Touch Point Cabinet Away Fasa 2.Maka boleh disimpulkan terdapat perbezaan nilai min yang signifikan secara statistik diantara semua pasangan pembolehubah dari aspek komunikasi, dan pemikiran secara kritis dalam menyelesaikan masalah.Kesimpulanya, pengkaji dapat mengetahui bahawa selepas mengikuti ProgramTouch Point Cabinet Away Fasa 2 ini terdapat peningkatan kemahiran insaniah para pelajar yang terlibat dari aspek yang yang dikaji.
Kata Kunci : Kemahiran insaniah, komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran kritis, TPCA, TVET
1.0 PENGENALAN
Sistem pendidikan di Malaysia mengalami satu lagi transformasi bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Transformasi Pendidikan telah dilaksanakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Selaras dengan era golabalisasi dan dalam memenuhi keperluan industri yang memerlukan tenaga mahir, TVET (technical, vocational, education and training) ditransformasikan dari segi penyampaiannya bagi mempertingkatkan tarikan sebagai laluan pendidikan pilihan utama. Laluan telah diperluaskan kepada institusi pengajian tinggi bagi memberi kemahiran supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk memenuhi keperluan industri masa kini. TVET dianggap semakin penting kerana ianya bersangkut paut dengan corak pembangunan ekonomi sesebuah negara. Di negara maju pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang baik (Mohd Najib ,2010).Dalam menghadapi persaingan global yang semakin sengit hari ini, banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai sebelum pelajar melangkah ke alam pekerjaan. Menururt Aspalila dan Nin Hayati (2010), salah satu teras objektif Agenda Transformasi Politeknik yang dirangka sepanjang tahun 2009 sehingga 2020 iaitu pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan kemahiran tinggi
570
Pemerkasaan TVET melalui Program Touch Point Cabinet Away Fasa 2 (TPCA) merupakan satu alternatif yang dilaksanakan dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi dan mampu berdaya saing.
Inisiatif dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Parlimen Kuantan dan Parlimen Indera Mahkota telah memulakan projek TPCA fasa 1 pada 4 Novemver 2017 sehingga 26 November 2017. Manakala bagi projek TPCA fasa 2, telah bermula pada Disember 2017 dan berakhir pada hujung Januari 2018. Touch Point Cabinet Away 2017 merupakan pelaksanaan program yang berbentuk pembaikan kecil bagi tujuan pembaikan kemudahan dan keperluan asas kepada kumpulan sasar di Parlimen seluruh Malaysia yang terpilih berdekatan dengan kampus Politeknik Malaysia. Untuk Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Parlimen Kuantan dan Parlimen Indera Mahkota telah dipilih dengan anggaran kos bagi Fasa 1 sebanyak RM110,000 manakala Fasa 2 sebanyak RM170,000. Terdapat tiga dun yang terlibat di Parlimen Kuantan iaitu Dun Inderapura, sebanyak 7 buah rumah, Dun Tanjung Lumpur 2 buah rumah dan Dun Teruntum 2 buah rumah. Manakala Parlimen Indera Mahkota 2 Dun yang terlibat iaitu Dun Berserah sebanyak 7 buah rumah dan Dun Semambu 4 buah rumah. Bagi pembinaan fasa 2 pula, Parlimen Kuantan telah diagihkan kepada 17buah rumah iaitu 9 buah di Dun Inderapura dan 8 buah rumah di Dun Tanjung Lumpur. Manakala Parlimen Indera Mahkota sebanyak 17 buah rumah iaitu Dun Berserah 13 buah rumah dan Dun Semambu 4 buah rumah.
Pembinaannya telah dilaksanakan oleh 300 pelajar dan 90 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan diselia oleh Pejabat Daerah dan Tanah, Kuantan bersama Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang. Melalui Program TPCA ini, pelajar didedahkan dengan suasana sebenar di tapak pembinaan (work based learning) dengan melakukan setiap peringkat kerja pembinaan. Kos untuk pembaikan dianggarkan lebih kurang RM5000 untuk sebuah rumah. Pembaikan rumah-rumah tersebut terbahagi kepada dua iaitu kerja-kerja elektrik dan juga kerja-kerja awam. Antara pembaikan yang telah di buat seperti kerja-kerja kecil pembaikan elektrik, baikpulih sistem perpaipan, menukar bumbung yang bocor, menukar pintu tandas yang rosak, kerja-kerja mengecat, penukaran lantai dan dinding yang reput, memasang dan menggantikan cermin tingkap rumah yang rosak. Semua kerja-kerja pembaikan ini dilaksanakan sendiri oleh pensyarah dan juga pelajar-pelajar yang komited untuk membantu dan menjayakan program ini.
Dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung memberikan peluang kepada pensyarah dan pelajar mempraktikkan segala kemahiran dan pengetahuan yang ada dan yang telah dipelajari di bilik kuliah. Program seperti ini juga dapat memupuk sifat prihatin dan nilai-nilai murni serta sifat prihatin terhadap gologan yang kurang berkemampuan. Penglibatan Jabatan Kejuruteraan Awan sebagai tunjang utama dalam program seperti ini merupakan platform terbaik untuk memdedahkan para pensyarah dan pelajar untuk berkhidmat kepada komuniti setempat khususnya mereka yang benar-benar memerlukan sumbangan seperti ini. Melalui akreditasi kemahiran ini, daya saing graduan akan meningkat dan seterusnya menyumbang kepada nilai kebolehpasaran graduan yang tinggi.
Semasa mengikutiprogram TPCA, pelbagai bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar.Walaupun didalam bilik darjah mereka telah diterap dan didedah kepada kemahiran-kemahiran tertentu tetapi situasi di alam pekerjaan sebenarnya mereka belum berpengalaman. Banyak ilmu dan kemahiran baharu yang perlu dikuasai terutamanya kemahiran insaniah agar mereka mampu bersaing dalam menghadapi cabaran globalisasi. Kemahiran insaniah merupakan suatu usaha ke arah melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, beretika, terlatih dan mempunyai pendidikan (MohdTaib Dora et,al, 2008).
571
Memandangkan pentingnya kemahiran insaniah pada era globalisasi ini, maka pengkaji telah menjalankan kajian berkaitan kemahiran insaniah dari aspek komunikasi, kepimpinan dan berfikir secara kritis bagi mengenalpasti tahap peningkatan yang dimiliki oleh pelajar-pelajar politeknik yang terlibat dalam projek TPCA. Berdasarkan hasil dapatan kajian, ia penting bagi menentukan sama ada projek TPCA yang telah dilaksanakan dapat memberi manfaat yang baik kepada pelajar dari segi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman di tapak bina.
1.1 Latarbelakang Kajian
Pendidikan di politeknik-politeknik Malaysia pada masa kini dilihat mempunyai cabaranya yang tersendiri terutamanya dalam meningkatkan penjanamaan dan daya tarikan terhadap institusi itu sendiri. Pelbagai transformasi telah dilakukan bagi menjadikan politeknik sebagai hab pendidikan yang mampu berdaya saing dan dapat memenuhi permintaan dalam sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 dilihat sebagai usaha ke arah hala tuju baharu yang menentukan masa depan negara terutamanya dalam sektor pendidikan tinggi. Melalui pelan pembangunan pendidikan ini fokus utama yang ingin diberikan oleh kerajaan adalah terhadap sektor latihan teknik dan vokasional yang dilihat mempunyai peranan yang sama penting dalam pendidikan negara kita.
TVET (technical, vocational, education and training) merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan khusus untuk kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain. Tujuan utama TVET adalah untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada peringkat serantau dan juga global serta mengikut keperluan semasa. Sistem pendidikan teknik dan vokasional berbeza dengan sistem pendidikan umum kerana ia menekankan aspek kemahiran teknikal dan juga pengetahuan teknikal. Pendidikan ini juga adalah satu alternatif untuk melatih para pelajar ke alam pekerjaan dan mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan dari awal lagi. Di negara maju pendidikan teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar kerana ianya menyediakan prospek kerjaya yang baik (MohdNajib,2010). Penggarapan idea dan strategi berasaskan pencapaian dan peningkatan negara luar seperti Korea dan German menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjadi contoh kepada Malaysia untuk terus mengorak langkah bersaing dan berada pada mata dunia. Digarap dengan pendekatan yang lebih holistik dalam pembentukan modal insan kelas pertama menjadi keutamaan kepada satu penjelmaan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan disegani (Aminuddin, 2011). Pelbagai usaha telah dijalankan oleh politeknik bagi menerapkan pendidikan TVET dalam setiap program yang dijalankan. Salah satu adalah projek pembinaan TPCA. Melalui TPCA pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengalaman melalui workbased learning.
TPCA merupakan projek pembinaan rumah bantuan rakyat (rumah komuniti) yang dijalankan secaraCommunity Social Responsibility(CSR) yang telah dilaksanakan di parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.Idea pemberian rumah bantuan rakyat ini dicetus oleh Menteri pengajian Tinggi Malaysia iaitu Datuk Sri Idris Jusoh dan diberikan kepada penduduk setempat yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk membaik pulih rumahrumah. Ia juga merupakan inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat yang tidak berkemampuan dengan kos pembinaanya hanya RM5K untuk sebuah rumah.Melalui TPCA inipelajar dapat mempraktikkan kemahiran insaniah yang telah mereka perolehi semasa mengikuti kelas teori dan amali.
Kemahiran Insaniah adalah kemahiran yang perlu ada pada seseorang individu untuk berfungsi secara berkesan sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki (Mohd Salleh, Meor Ibrahim, Zainudin, Mohd Ali, Megat Aman Zahiri
572
dan Muhammad Abu Hadi, 2010). Kemahiran insaniah ini akan berkembang melalui proses semula jadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan (Megat Aman Zahiri, 2007). Kemahiran insaniah juga boleh didefinisikan sebagai kemahiran generik dan kemahiran ini adalah kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pelbagai pekerjaan Kearns (2001). Manakala Yahya (2001) menyatakan kemahiran insaniah atau kemahiran generik atau kemahiran employability ini adalah berkaitan kemahiran atau kualiti individu yang diperlukan oleh para majikan industri terhadap pekerja yang akan melibatkan diri dalam industri kelak. Kemahiran generik atau kemahiran insaniah adalah sebagai kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan melakukan kerja dengan baik Robinson (2000).
Kemahiran insaniah merupakan kemahiran bukan teknikal yang sangat penting dalam pembangunan diri, sahsiah dan kehidupan seharian pelajar serta berguna untuk melahirkan insan yang mempunyai ketrampilan diri dan berdaya saing sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Dalam aspek pembangunan diri para pelajar, aspek kemahiran insaniah ini harus diberi perhatian yang sewajarnya selaras dengan wawasan negara bagi melahirkan insan yang berkualiti. Kemahiran insaniah biasanya dibahagikan kepada beberapa aspek seperti kemahiran kepimpinan ,kemahiran komunikasi, kemahiran pemikiran secara kritis, kemahiran kerja berpasukan, etika dan moral serta pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat.
Aspek utama yang dibincangkan dalam kajian ini ada kemahiran insaniah dari aspek komunikasi, dan pemikiran kritis dan menyelesai masalah. Kemahiran berkomunikasi merujuk kepada satu proses pembentukan dan perkongsian maksud antara dua atau lebih daripada dua pihak (Tubbs & Moss, 2000). Keperluan berkomunikasi bagi individu adalah sama seperti keperluan-keperluan lain. Komunikasi antara manusia tidak boleh dipisahkan daripada proses kemanusiaan kerana ia melibatkan diri manusia itu sendiri yang mempunyai perasaan seperti gembira, sedih, keyakinan diri, rendah diri, ego, marah dan sebagainya. Pemikiran kritis pula ditakrifkan sebagai prosespemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkanserta mempertingkatkan pemahaman. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaituanalisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisispernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelummembuat kesimpulan. Ia mementingkan kebolehan menilai daripada aspek idea,bukti, cadangan, tindakan dan penyelesaian masalah. Kebiasaannya orang yangberfikiran kritis suka menyoal perkara-perkara yang dia ingin. Paul & Elder (2001), mentakrif pemikiran kritis sebagaikebolehan pemikir untuk mengawal pemikiran mereka. Seorang pemikir yang kritiscenderung membuat sesuatu dengan betul, jujur, dan jelas (Ennis, 2000).
Kemahiran insaniah ini amat penting kepada para graduan politeknik kerana mereka akan berhadapan dengan suasana kerja yang agak mencabar nanti. Ia merupakan salah satu alternatif oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dalam memperkasakan TVET kepada pelajar-pelajar politeknik. Tenaga kerja perlu juga dilatih untuk mencapai standard yang diperlukan di pasaran pekerjaan . Berdasarkan tanggapan ini, Politeknik memegang peranan utama untuk pembangunan modal insan pada peringkat pertengahan dalam menyalurkan kemahiran dan pendidikan dalam bidang teknikal, perdagangan dan sektor perkhidmatan (Sahul Hamed et al., 2010).
1.2 Objektif Kajian
1) Mengenalpasti tahap peningkatan kemahiran insaniah pelajar politeknik dari aspek komunikasi sebelum dan selepas mengikutiProgram TPCA fasa 2
573
2) Mengenalpasti tahap peningkatan kemahiran insaniah pelajar politeknik dari aspek pemikiran secara kritis dan penyelesaian masalah sebelum dan selepas Program TPCA fasa 2
1.3 Skop Kajian
1) Kajian adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar politeknik dari aspek komunikasi, dan pemikiran kritis.
2) Sampel kajian adalah terdiri daripada 200 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan haji Ahmad Shah
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Bahagian ini menyentuh mengenai reka bentuk kajian, proses pemilihan peserta kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, prosedur menganalisis data serta keesahan dan kebolehpercayaan. Mohd Majid Konting (2000) menjelaskan kaedah kajian yang dipilih haruslah bersesuaian dengan persoalan kajian. Rekabentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan proses pengumpulan data dilakukan melalui teknik soal selidik. Dalam kajian ini, borang soal telah digunakan untuk proses pengumpulan data bagi mengenalpastiSampel terdiri daripada pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung dengan Program TPCA fasa 2. Instrumen kajian diedarkan pada pelajar yang dikenalpasti.Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Mohd. Majid (1999) menyatakan soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Di dalam kajian ini, penyelidik telah memilih untuk menggunakan soalan skala kadar di dalam kaedah Likert di mana responden bebas memilih jawapan daripada satu kontinum (ekstrem ke ekstrem). Dalam kajian ini, soal selidik yang digunakan mengandungi tiga bahagian iaitu I, II, III. Bahagian I mengandungi maklumat responden, bahagian II mengandungi item aspek peningkatan kemahiran komunikasi dan. Bahagian IIIpula mengandungi item bagi aspek kemahiran berfikiran kritis dan menyelesai masalah. Skala likert 1 hingga 5 digunakan untuk mengukur maklumbalas responden bagi setiap item yang dikemukakan. Data-data yang diperolehi dikumpul mengikut skala likert dan dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 20.0.
2.1 Kajian Rintis
Khalid Johari (2003) menyatakan bahawa kajian rintis yang dijalankan adalah bertujuan untuk menguji item dari segi bahasa dan mendapatkan darjah kepercayaan. Selain itu, kajian rintis dijalankan untuk menguji kefahaman responden terhadap item-item yang dibina untuk memperoleh tahap keesahan dan kebolehpercayaan setiap item instrumen. Penyelidik boleh mengubah suai struktur soal selidik sekiranya didapati perlu diperbaiki sebelum kajian sebenar dijalankan. Bagi menentukan item-item bagi soalselidik yang digunakan bagi kajian ini relevan dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian rintis telah dijalankan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Seramai 168 orang peserta telah terlibat dalam kajian rintis ini. Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diproses dengan menggunakan perisian SPSS Version 20.0. Nilai alpha yang diperolehi adalah 0.968.MohdSalleh dan ZaidatunTasir (2001) menyatakan bahawa kajian yang mencapai nilai alpha lebih daripada 0.6 adalah mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi.
574 3.0 DAPATAN KAJIAN
Borang soal selidik yang diedarkan telah dianalisis untuk menentukan tahap min dan kesignifikan. Tahap min ini digolongkan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Menurut Landell (1997), tahap kecenderungan keputusan responden adalah seperti jadual 1.
Jadual 1: Tahap kecenderungan Skor Min (Menurut Landell (1997)
Jadual 2 : Aspek Kemahiran Berkomunikasi Min sebelum Min selepas Beza min Peningkatan (%) Kemahiran Berunding Dengan Orang Lain 3.06 4.14 1.08 21.6 Kemahiran Memberi Pendapat Kepada Orang
Lain
3.24 4.28 1.04 20.8
Kemahiran Bekerja Dalam Pasukan 3.40 4.62 1.22 24.4 Kemahiran Memimpin Perbincangan 3.12 4.14 1.02 20.4 Kemahiran berkongsi idea dengan orang lain 3.24 4.18 0.94 18.8 Berkeupayaan memberi nasihat dan panduan 3.08 4.04 0.96 19.2 Kemahiran berkomunikasi dengan orang
tempatan
3.26 4.30 1.04 20.8
Kemahiran menggunakan bahasa yang baik 3.52 4.44 0.92 18.4
PURATA KESELURUHAN 3.24 4.27 1.027 20.55
Merujuk kepada jadual 2, didapati nilai yang diperolehi dari aspek kemahiran berkomunikasi, secara keseluruhan berlaku peningkatan terhadap setiap item yang diuji. Berdasarkan item kemahiran berunding dengan orang lain dan kemahiran memberi pendapat kepada orang lain.Melalui Program TPCA fasa 2ini, para pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka merujuk kepada jadual 2. Ini disebakan semasa program tersebut para pelajar dapat berkomunikasi sesama mereka dan juga dengan masyarakat setempat.Bagi item pertama iaitu kemahiran berunding dengan orang lain.Menunjukan peningkatan 21.6%.Semasa Program TPCA fasa 2para pelajar sentiasa berkomunikasi dengan tuan rumah atau penerima bantuan Program TPCA melibatkan perkara-perkara yang diperlukan untuk membaiki rumah mereka.Ini kerana peruntukan yang diberikan adalah amat terhad.Maka hanya sesetengah kerosakan sahaja yang mampu dibaiki.
Bagi item kedua iaitu kemahiran memberi pendapat kepada orang lain juga menunjukkan nilai min yang positif. Setiap pelajar bagi Program TPCA fasa 2 ini dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada lebih dari 10 orang pelajar.Ada juga kumpulan yang terdiri dari 30 orang pelajar untuk sesebuah rumah yang terpilih.Maka aspek memberikan pendapat perlu dikuasai apabila melibatkan ramai pelajar.Begitu juga item kemahiran bekerja dalam pasukan.Terdapat peningkatan kerana untuk membaiki rumah penerima ini,maka para pelajar perlu bekerja sama dalam pasukan untuk menyiapkan dan membaiki kerosakan rumah penerimatersebut mengikut masa yang diberikan.
Aspek kemahiran memimpin perbincangan juga meningkat dalam menjayakan Program TPCA fasa 2ini.Sebelum memulakan sebarang kerja-kerja pembaikan rumah
Kod Kumpulan Julat Tahap
1 2 3 1.00-2.39 2.40-3.79 3.80-5.00 Rendah Sederhana Tinggi
575
penerima,para pelajar perlu berbincang bersama mereka atau tuan rumah. Ini perlu untuk memastikan hasilnya dapat memuaskan kedua-dua pihak.Para pelajar juga perlu sentiasa kerkeupayaan memberi nasihat dan panduan anatara satu sama lain kerana Program TPCA fasa 2ini memerlukan aspek ini untuk kerja-kerja pembaikan sentiasa berjalan lancar.Selain itu kemahiran berkomunikasi dengan orang lain juga menunjukkan peningkatan, di mana para pelajar sentiasa berkomunikasi dengan masyarakat sekitar.Sesetengah perkara para pelajar memerlukan pertolongan tukang-tukang kayu tempatan. Item yang terakhir adalah kemahiran menggunakan bahasa yang baik.Apabila melibatkan masyarakat setempat maka para pelajar perlu sentiasa menggunakan bahasa yang baik antara mereka dan juga komunikais dengan masyarakat tempatan.
Jadual 3: Aspek Kemahiran Berfikiran Kritis Dan Menyelesai Masalah (KKM) Min sebelum Min selepas Beza min Peningkatan (%) Kebolehan Mencari Idea Dan Mencari
Penyelesaian Alternatif
3.14 4.16 1.02 20.4 Kemahiran Berfikir Melangkaui Batas 3.14 4.18 1.04 20.8 Kemahiran Memberi Perhatian Sepenuhnya
Terhadap Tanggungjawab
3.28 4.20 0.92 18.4 Kebolehan Memahami Dan Menyesuaikan Diri
Dengan Budaya Komuniti Dan Persekitaran
3.36 4.22 0.86 17.2 Kemahiran Mengaplikasi Pemahaman Dan
Pengetahuan Kepada Masalah Baru Dan Berlainan
3.32 4.32 1.00 20.0
Kemahiran Memberi Idea Dalam Kumpulan 3.28 4.26 0.98 19.6 Kebolehan Mengembang Kemahiran Berfikir
Dan Menilai
3.22 4.22 1.00 20.0 Mencapai Pemahaman Yang Baik 3.34 4.48 1.14 22.8
PURATA KESELURUHAN 3.26 4.26 0.995 19.9
Jadual 3diatasmenunjukan item-item kemahiran berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah.Jelas menunjukanbahawa terdapat peningkatan bagi setiap item tersebut.Bagi item yang pertama iaitu kebolehan mencari idea dan mencari penyelesainalternatifmenunjukan peningkatan 20.4%.Semasa program Touch Point Cabinet Away Fasa 2 para pelajar perlu sentiasa mencari idea terutama melibatkan kerja-kerja pembaikan rumah penerima.Sesetengan rumah yang terlibat perlu pembaikan yang ketara dan kos yang tinggi.Maka idea dan penyelesaian alternatif amat diperlukan.Aspek kemahiran berfikir melangkaui batas juga menunjukkan peningkatan.Ini kerana sesetengah kerosakan rumah yang terlibat terlalu besar dan teruk seperti rumah yang sudah berusia.
Item yang ketiga ialah kemahiran memberi perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan juga memberikan nilai min yang meningkat.Program TPCA fasa 2 ini mempunyai masa yang telah ditetapkan untuk disiapkan oleh para pelajar dan pensyarah pembimbing.Para pelajar telah menyiapkan pembaikan rumah-rumah tersebut mengikut jadual dan masa yang ditetapkan.Aspek yang seterusnya ialah kebolehan memahami dan menyesuaikan diri dengan buadaya komuniti dan persekitaran.Semasa Program TPCA fasa 2ini,para pelajar sentiasa terlibat dengan masyarakat setempat yang terdiri daripada orang kampung.Budaya pelajar dan masyarakat kampung agak berbeza maka kemahiran ini amat penting. Aspek kemahiran seterusnya iaitu kemahiran mengaplikasi pemahaman dan pengetahuan kepada setiap masalah baru menunjukkan peningkatan.Program TPCA fasa 2memberikan para pelajar masalah dan ilmu yang baru kepada para pelajar.Para pelajar didedahkan kepada keadaan yang baru. Para pelajar juga perlu menguasai kemahiran memberi
576
idea dalam kumpulan.Ini amat diperlukan kerana situasi yangpara pelajar hadapi dan lalui memerlukan kemahiran ini.
Kemahiran mengembangkan kemahiran berfikir dan menilai keadaan juga dapat ditingkatkan ketika para pelajar terlibat dalam Program TPCA fasa 2.Item yang terakhir adalah kemahiran mencapai pemahaman yang baik.Terdapat peningkatan dalam aspek ini iaitu 22.8 %.
5.0 KESIMPULAN
Kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan dari kedua-dua aspek kemahiran insaniah komunikasi,dan pemikiran kritis dan menyelesai masalah setelah pelajar mengikuti program Touch Point Cabinet Away Fasa 2ini. Daripada ujian grekuensi nilai min,terdapat peningkatan yang positif bagi setiap item untuk kedua-dua aspek yang dikaji iaitu kemahiran berkomunikasi dan pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah. Melalui Program TPCA fasa 2 ini juga pelajar dapat mengembangkan kemahiran insaniah mereka dalam melengkapkan diri bagi mengharungi cabaran di dalam dunia globalisasi masa kini. Keupayaan untuk mengharungi cabaran dan mengambil risiko bagi menyahut cabaran juga patut diterapkan kepada pelajar (Hazilah Mohd Amina et. Al, 2013). Pelajar politeknik perlu dilatih dan diterapkan dengan pendidikan TVET semasa mengikuti pengajian lagi bagi mencapai standard yang diperlukan di pasaran pekerjaan. Pendidikan yang berkualiti mampu melahirkan pelajar yang mampu menampilkan bakat dan berkemampuan meyakinkan orang ramai terhadap kebolehan diri mereka.
RUJUKAN
A.Esa, M.Y. Abd Hadi, Dan B. MohdSalleh. Peranan Ko-Kurikulum Di Politeknik Dalam Memenuhi
Keperluan Pihak Industri Di Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di
Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat Pengajian Tinggi 2007, 12-14 Disember 2007 Hotel Palace of the GoldenHorses, Seri Kembangan, Selangor Ahmad bin Esa,Kamarudin bin Khalid,Sarebah binti Warman(2014).’ Penerapan dan
Kesedaran
Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Silat dalam Kalangan Pelajar UTHM’.Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014
Alkendele, D. O. (2012). Enhancing Teamwork and Communication Skills Among First Year Students at The University Botswana. Generic Skills. 6(1), 2-15
Baharudin Ali Masrom Al-Haj (2012). “Reformasi Pendidikan Vokasional Dan Teknikal Di Malaysia ”Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara.
Ennis, R. H. (2000). Test reliability: A practical exemplification of ordinary language philosophy.
Philosophy of Education Society. Kappa Phi Journal, 65(1),28-31.
Gallie, D., Zhou, Y., Felstead, A., & Green, F. (2012). Teamwork, Skill Development and Employee
577
Gun Mayudi (2014). Penentu Migrasiantarabangsa Di Malaysia: Kajian Kes Pekerja Asing Dari
Indonesia, Bangladesh Dan Filipina’. Universiti Malaysia Sarawak
HanumHassan,RazliAhmad,Lt Kol.(B) Azuddin Bahari (2008).”Kemahiran Insaniah Dan Kepentingan Penerapanya Dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP.
Hassan, H. (2002). Ciri-ciri kualiti pelajar untuk keperluan pekerjaan pada masa kini. Latihan Ilmiah,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
Ismail, M.H. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif
majikan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012. Dicapai pada Sep 25, 2014 dari http://www.ukm.my
HanumHassan,RazliAhmad,Lt Kol.(B) Azuddin Bahari (2008).”Kemahiran Insaniah Dan Kepentingan Penerapanya Dalam Program Baktisiswa Perdana UniMAP.
HazilahMohd Amina, Johari Jaafarb, ZaihosnitaHooda, SaidahSaada, HamizahMohd Amina (2013).
‘Kemahiran Insaniah Pelajar Prasiswazah: Analisis Perbezaan Jantina’. www.jurnalteknologi.utm.my eISSN 2180–3722 | ISSN 0127–9696
Jantan, H. (2005). Konsep pembelajaran sepanjang hayat: Menjadikan agenda dalam pengurusan sumber manusia. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Awam KamalularifinSubari,* Maliani Mohamad, Nor FadilaMohd Amin, Asnul Dahar
Minghat,Sarimah Ismail, YusriKamin (2013). ‘Meninjau Kemahiran Insaniah Pelatih Institut Latihan Perindustrian (ILP) Dalam Kerjaya’. Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia.
Landell K. (1997). “Management by Menu.” London:Wiley dan Sons Inc.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Akmal Bin Masud (2013),Pembangunan Kemahiran Kerja Berpasukan Menerusi Kursus
Pengurusan Kokurikulum Dalam Kalangan Pelajar Sarjana Pendidikan Teknik Dan Vokasional Uthm
Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Salleh Abu, ZaidatunTasir (2001).’Pengenalan kepada analisis data berkomputer SPSS 10.0 for
Windows’’ .Venton Publishing (M) Sbn. Bhd.
Mohd. Salleh Abu, ZaidatunTasir (2001).’Pengenalan kepada analisis data berkomputer SPSS 10.0 for Windows’’ .Venton Publishing (M) Sbn. Bhd.
578
MohdZakiKamsah,MohdSallehAbu,Wahid Razzaly,2006.”Penerapan Kemahiran Insanih (KI) kepada Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Di IPTA. .
Mokhtar, M. (2006). Menghayati globalisasi ekonomi.Shah Alam: Penerbit UiTM
Noor Aini Ahmad, ZamriMahamod&ZaharaAziz. (2012). Pengajaran kemahiran komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 Norris, S. P., & Ennis, R. H. (1989). Evaluation critical thinking. California:
CriticalThinking Press and Software, Pacific Grove.
Nor, U. N. M., Mahamod, Z. &Badusah, J. (2010). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 71-84.
Norani Binti Mohd Noor &Sazalie Bin Sahimin(2010).’ Penerapan Kemahiran Generik Dalam Proses
Pengajaran DanPembelajaran Di Kolej Yayasan Sabah’.Universiti Teknologi Malaysia.
Nurkaliza Khalid, RahmahtunnisahSailin, Norziah Othman, Nor ‘Adha Ab Hamid, Abdul Hadi Awang,
MohdFarok Mat Nor (2014). ‘Penilaian Prestasi Latihan Ilmiah Pelajar Kuis: Perspektif Majikan’ International Research Management and Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17 – 18 November 2014
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025
PuaPoh Keong (2014)’Tahap Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Tahun Akhir Di Politeknik Kpm’ Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
RusniahAhmad,MohamedNaiemAjis,Saadon Awang(2014).Permasalahan Pendatang Asing Tanpa Izin Di Malaysia Dari Aspek Sosial Dan Perundangan. UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA
TizaLythaRimayaMuslyThahar& Abdullah Mat Rashid (2013).’ Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Aliran Teknikal Sekolah Menengah Vokasional Di Gombak’. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GREDUC 2013).
Unit Pengesan Graduan (2012). Laporan kajian pengesangraduan 2012 politeknik Kuching Sarawak.
Penerbit Jabatan Pengajian Politeknik an
Yahya, A. et al. (2007). Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd
Zakiah &Hasyimun (2015). Kemahiran Insaniah Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Berkualiti:
Satu Kajian Di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015