• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kitab Ana Al- Haq

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kitab Ana Al- Haq"

Copied!
56
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

1

“ANA AL HAQ”

BAB 1

Ahdiyat (KeEsaan)

Oleh

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

1. Hakikat perkataan ialah ' Alif ' hakikat Alif ialah noktah, hakikat noktah ialah dakwat. Hakikat dakwat ialah cecair, hakikat cecair ialah debu-debuan (atom-atom), hakikat debu-debuan ( atom-atom ) ialah unsur dan hakikat unsur, ialah Cahaya Allah. Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah "Air Kehidupan" jika anda lihat dakwat, huruf hilang, dan jika anda lihat huruf dakwat hilang. 2. Zat ternyata dngan dua kesempurnaannya, ia itu Zat ternampak pada anda dengan Jamalnya ( keindahannya ) dan Jalalnya ( keagungannya ) Jika ia tidak menampakkan dirinya pada anda, di mana lagi ia akan menampakkan dirinya? Maulana berkata : "Jika anda berkehendakkan bayangannya, lihatlah muka manusia. Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumannya".

3. Zat dalam peringkat ghaib tidak di ketahui. Siapakah yang menjadikan ? Apa juga yang ternyata adalah daripada Sifat. Keujudan ( existence ) di ketahui daripada kesan ( effect ) sifat Hidup. Pengetahuan menjadi gerak daripada sifat tahu dan seterusnya dengan lain-lain Tujuh sifat. Apa juga baik dan jahat yang adalah kesan sifat dan bukan Zat. Bagaimanakah dunia ini wujud daripada Sifat? Keupayaan sifat berkehendakkan penyataan, misalnya keupayaan Wujud mendapatkan bentuk penyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat menjadi Kehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya. Di mana sahaja anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud, di mana sahaja anda dapati akal, ianya adalah kesan pengetahuan dan seterusnya. Wujud mendapatkan bentuk hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk akal, iradat mendapatkan bentuk fikiran, kuasa - otak, pendengaran - telinga, penglihatan - mata, perkataan - lidah.

4. Tiap-tiap benda adalah bentuk satu Sifat. Seluruh alam dunia ini adalah terdiri daripada bentuk-bentuk Sifat. Perbezaan dan perubahan bentuk-bentuk ini adalah kerana berbeza dan berubahnya Sifat.

5. Yang pasti ada dan A'yan tersembunyi dalam ghaib. Apa yang nampak ialah manifestasi ( penunjuk ) Zat Mutlak dalam bentuk A'yan. Zat Mutlak dan A'yan adalah tersembunyi - apa yang nampak ialah pertanyaan dan misal ( mithal ). Salik tidak melihat Wujud atau A'yan tetapi hanya kesan-kesannya sahaja. 6. Kita tidak mengetahui zat Allah itu sendiri kerana ia adalah Ghaib Mutlak, tidak terjangkau oleh dzauk, perasaan, fikiran, khayalan dan pengetahuan kita. 7. Cinta adalah rahsia Zat. Ianya adalah Zat dalam patinya ( essence ) Ianya tidak di nyatakan kepada sesiapa pun walau pun nabi-nabi dan wali-wali Allah.

(3)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

2

Pengetahuan yang paling sempurna berkenaannya adalah ' tidak tahu ' Ianya tidak terkandung dalam pengetahuan atau pun dalam Wahyu- ianya tidak dapat di bawa dalam lingkungan Keindahan. Apa yang dapat oleh pencinta-pencinta Allah dan sufi dalam ma'arifat mereka adalah tidak lebih dari penyataan (epiphanies) dan misal sahaja. Yang Mutlak itu tidak dapat di bawa dalam lingkungan penyataan dan misal. Orang yang nampak bayangan matahari dalam air bukanlah bererti dia telah nampak matahari itu sebenarnya. Kata Nabi Muhammad s.a.w.yang bererti, "saya tidak mengetahui Mu lebih dari setakat mana saya patut mengetahui Mu" Pengetahuan tentang dirinya adalah dengan Dia jua, tidak berkongsi dengan siapa dan apa jua.

8. Peringkat di mana yang Haq itu tidak menyatakan kepada dirinya di gelar dan lain-lain. Peringkat di mana ianya menyatakan atau menunjukkan kepada dirinya di gelar Ahdiyyat - Sempadan Pertama ( First Limitation ) Hakikat Muhammad dan lain-lain. Peringkat di mana Ianya menunjukkan pada diri dan pada 'Yang Lain' secara perincian di gelar Sempadan Kedua. Peringkat di mana ianya menunjukkan pada Diri dan 'Yang Lain' secara terperinci dalam pengetahuandi gelar Hakikat Kemanusiaan - Nafas Suci. Peringkat di mana ianya menunjukkan secara perincian ( in detail ) keluar di gelar Alam Arwah, Alam Mithal dan Alam Ajsam - dan alam-alam ini merupakan "yang di jadikan". 9 Apabila Wujud itu tersendiri, ia berada dengan sendirinya dan memerhatikan dirinya sendiri. Tidak ada yang tidak cukup padanya. Ianya pengetahuan yang tidak berlawanan dengan kejahilan. Ianya sedar tentang ' ke-AKU-an '-nya yang abadi. Syak dan waham dalam kewujudannya sendiri tidaklah mungkin. Dengan sendirinya Ianya sempurna. Ketidaksempurnaan adalah berkaitan hanya pada bentuk. Ianya abadi dan tidak bertukar-tukar dan sentiasa ada. Perkara 'sementara' dan bertukar-tukar dan hilang hanya tertentu bagi bentuk. Hu ( Dia ) yang ghaib menjadi 'Aku'- menzahirkan Dirinya. Oleh itulah mazhab Syattariyah membuang kenafian dan mengambil ke-ya-an. Sia-sia sahaja dalam Maraqaba ( meditasi ) jika kenafian yang di pedulikan kerana itu bererti menafikan perkara yang tidak ada- seperti menghidupkan kuda yang mati dalam khayalan dan kemudian memukulnya. Dalam agama Syattariyyah tidak ada memfanakan diri, tidak ada di situ melainkan 'Aku ialah Aku'.

10. Zat itu mutlak.Tidak berbentuk. jika berbentuk maka itu adalah bentuk yang mutlak ( sebagaimana yang di katakan oleh Syekh Al-Akbar Muhiyyudin Ibn Arabi ) yang padanya semua bentuk-bentuk yang ada hadnya bergantung. Ia menjadi manusia berbentuk ( bayangan ) Rahman. Kayu mempunyai bentuk yng tersendiri; lain-lain bentuk itu tidak ada bersangkutan dengan bentuk kayu yang mutlak. Apabila ia berkehendak, Ia ambil satu bentuk dalam bayangan - sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bererti " Aku nampak Tuhan ku berbentuk seorang belia yang tidak berjanggut " Ini adalah misalan sahaja. Jika tidak tentulah banyak orang yang akan sesat. Bukanlah yang mutlak yang nampak dalam misalan

(4)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

3

BAB 2

WAJIBUL WUJUD

[Yang Pasti Ada]

1. Aspek Allah yang tidak zahir ialah Jalal dan yang zahir (manifestasi) ialah Jamal. Kesempurnaan jiwa bagi Salik ialah berada antara kedua-dua aspek ini. 2. 'Ghayr' (Yang Lain) sebenarnya tidak ada. Inilah sebabnya golongan Syattariyah percaya kepada satu 'ke-AKU-an'. Tauhid ialah mengetahui satu, mengatakan satu, melihat satu,dan menjadi satu. Aku satu dan tidak ada sekutu dengan ku. Tidak ada tabir yang lain kecuali khayalan tentang (makhluk). Langit dan bumi tidak ada merentangkan tabir ini,hanya ibubapa anda, bangsa anda, buku-buku anda yang mengadakan tabir itu.

3. Anda mempunyai :  Badan  Akal  Ruh  Sirr (rahsia)  Nur (cahaya)

 Hakikat (zat yang mutlak)

Enam perkara di sini adalah sebenarnya kerana ada tingkat-tingkat, jika tidak hakikat anda adalah satu jua.Hakikat anda dalam istilah inidi gelar Haq,Allah, Zat Mutlak, mempunyai tingkat-tingkat dalam manifestasi (penzahirannya), tetapi ianya adalah hakikat anda sendiri. Nur ialah peringkat sifat dalam mujarrad (abstract). Sirr ialah peringkat yang sama secara perincian (detail). Ruh adalah peringkat Alam Arwah Yang keempat ialah Qalb (hati). Yang kelima ialah Alam Mithal dan yang keenam ialah badan.

Badan dan akal dapat di lihat. Ruh, Sirr dan Nur tidak dapat di lihat. Untuk mencapai Haq seseorang itu hendaklah melalui semua ini secara berperingkat-peringkat. Perhatikan bagaimana khatra ( gerakan fikiran) menurun ke bawah. Mula-mula ia turun kepada Nur, kemudian Sirr, kemudian itu Ruth, selepas itu hati dan akhirnya kepada badan. Sebenarnya khatra ini ialah satu sifat Kalam (perkataan) Allah.Ia datang melalui tingkat-tingkat Iradat. Hakikat anda bukannya slah satu daripada tingkat-tingkat ini tetapi adalah (Zat Mutlak) itu sendiri. Jika kebaikan biasa dalam perbuatan hilang dari kita, itu tidaklah berapa bahaya. Tetapi amatlah merbahaya jika hilang kebaikan yang sebenar-benarnya dari kita.

Emas pada pancalogam (alloyed gold) di bakar dalam relau. Pancalogam (alloy) itu akan terbakar dan emas akan keluar lebih bersih lagi. Kebaikan sebenarnya adalah emas dan kebaikan pada kulit sahaja itu adalah

(5)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

4

pancalogam. Kita akan kehilangan jika emas tulin itu binasa. Neraka ialah tempat pancalogam emas itu di bakar.

4. Haqiqat-i-Muhammadi ialah kepada pancuran semua manifestasi. Yang bererti: " Aku datang dari cahaya Allah dan seluruh alam adalah dari cahaya ku ". Cahaya ialah apa yang manifestasi (zahir) dengan dirinya dan menzahirkan yang lain-lain. Yang bererti " Allah menjadikan alam dalam gelap " Tidak ada yang tersembunyi dari Allah, apabila Dia cahaya langit dan bumi. Cahaya mutlak terzahirdalam manifestasi yang terhad dengan cara pertentangan. Mim dalam Ahmad adaah punca pertentangan atau manifestasi yang bertentangan dalam alam iaitu dalam ketenangan lautan Ahdiyyat, satu buih (wahdat) timbul dan daripadanya banyak buih terzahir (wahdiyyat) yang menjadi punca sifat-sifat yang bertentangan.

5. Nur-i-Muhammadi terzahir dalam bentuk merah dan hinggap atas pokok Keyakinan (Tree of Assurance) dan di sana dia memuja dan memuji Allah dan sujud lima kali dalam kesyukuran. Itulah sebabnya sembahyang lima kali sehari semalam itu menjadi wajib.

6. Meski pun Muhammad dalam badan. Hakikat adalah hakikat seluruh makhluk. Hadithada mengatakan : Yang bererti : " Aku dari cahaya Allah dan seluruh alam adalah dari cahaya ku " Keturunannya empat jenis. Pertama seluruh alam ; Kedua semua wali-wali Allah; ketiga malaikat-malaikat; dan keempat keturunannya yang lahir jasadnya. Ketiga-tiga yang kemudian itu adalah 'details' (secara perincian) yang pertama itu.

7. Kaum Faqaha tidak bersetuju dengan pendapat Auliya Allah. Mereka tetap mengatakan wujud itu ada dua; satu yang asal dan yang lagi satu sementara, yang datang dari 'adum' (tidak ada), meski pun mereka berkat Allah tidak berkuasa menjadikan'ghayr'nya yang tidak ada wujudnya. Menjadi wujudnya benda-benda bukan dari 'tidak ada' tetapi adalah dari (bentuk-bentuk tetap dalam ilmu) yang pada luarnya (tidak ada menurut bandingan). A'yan ternampak apabila penzahir (manifester) mengurniakan kepada mereka (wujud bandingan)nya; iaitu pada luarnya mereka 'adum tetapi wujud dalam ilmu. Oleh itu benda-benda (objects) tidak datang dari 'yang tidak ada' tetapi adalah dari wujud Allah. Dalam ilmu Allah, mereka berserta dengan wujud Allah. Pada luarnya mereka datang dengan wujud Allah. Tetapi sepanjang yang berkenaan dengan pengetahuan mereka tentang lur (zahir) mereka itu, mereka " tidak membau-bauan wujud dalam luarnya (externality) dengan demikian, perintah 'Jadilah (kun) bukan di arahkan kepada 'adum tetapi adalah kepada ia itu bakat-bakat Peribadinya sendiri yang asal. Yang nampak pada zahirnya adalh sementara dan tidak kekal. Hakikat 'adum tidak boleh di tukar menjadi wujud dans sebaliknya.

Perbezaan pendapat antara Ulamak dan orang-orang Sufi bukanlah prinsip doktrin atau butir-butirnya tetapi adalah pada prinsip-prinsip berikut :

(6)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

5 PERTAMA : Ialah berkenaan dengan kajadian atau makhluk; Ulamak mengatakan wujud kejadian adalah berbeza dengan wujud Allah, mengatakan tidak ada perbezaan, hanya satu ju (ia itu 'ayn bagi yang satu lagi)

KEDUA : Ulamak mengatakan kejadian adalah dari 'adum, dan perintah 'jadilah' (kun) adalah di tunjukkan kepada 'adum itu mengatakan 'yang diperintahkan itu' mestilah ada atau wujud untuk menerima perintah itu dan ini ialah a'yan dalam pengetahuan ia itu bakat dalam batin.

KETIGA : Ialah perkara berkenaan Hu Hu dan Kaannahu Hu. Sufi seperti Syekh Syihabuddin Suhrawardy mengatakan bahawa dalam Fana, benda atau makhluk (yang terhad) menjadi Kaannahu (seperti Dia) dan bukan Hu Hu (Dia,Dia) seperti besi dalam api yang menjadi seperti api dan bukan api yang sebenarnya. Hakikat besi berlainan daripada hakikat api. Menurut dalam 300 auliya adalah mengikut mazhab ini dan yang 300 lagi itu mengikut Syekh-al-Akbar yang mengatakan atau makhluk menjadi Hu Hu.

Syekh-al-Akbar mengatakan ia itu wujud tidak lebih dari satu, yang sama itu juga menzahirkan kepada dirinya dengan dirinya. Seperti air menzahirkan kepada dirinya dengan rupa ais secara pembatasan (limitation). Apabila dalam keadaan Fana bentuk atau pembatasan hilang, yang mutlak tinggal dan menjadi Hu Hu. Mazhab ini pergi sampai ahdiyyat dan mazhab yang satu lagi (mazhab mustasaffawi) pergi sampai kepada Wahdiyyat. Mazhab yang kedua itu mengatakan ada dua wujud yang berlainan dan dua benda yang berlainan dalam pandangan mereka. Misalnya besi dan api; besi menjadi api sementara, api tetap api dan besi tetap besi. apabila ombak reda, laut tetap tinggal. Allah adalah Allah dan tidak ada apa pun berserta Dia. " Allah sekarang adalah seperti Allah dahulu jua " Apabila buih berpecah, air tetap tinggal seperti dahulu juga. Buih itu pada hakikatnya adalah air juga. Rupa atau bentuknya adalah pada zahir sahaja tetapi wujudnya tidak ada, air sekarang seperti air yang dahulu juga. 'Ghayr' (yang lain) adalah tidak lebih dari hanya nama dan benda fikiran sahaja.

Oleh yang demikian, semua nama (asma) adalah manifestasi (penzahiran) daripada satu hakikat. Kadang-kadang hakikat itu lautan, kadang-kadang buih, kadang ais dan kadang salji; kadang Allah, kadang-kadang makhluk ' banda' kadang-kadang-kadang-kadang tidak berhad;.kadang-kadang-kadang-kadang berhad ; Nama itu banyak dan yang di nama adalah satu.

8. Failasuf, Mutakallimin san Sufi mengatakan bahawa kesan atau akibat perbuatan Allah tidak ada penzahiran tanpa bentuk-bentuk tau rupa-rupa yang dizahirkan. Kenyataan ini menunjukkan satu kecacatan dalam. Oleh itu, bentuk-bentuk itu adalah Dirinya sendiri pada zahirnya dan adalah Hakikat-hakikatnya. Dia tidak bergantung kepada 'yang lain' untuk penzahiran.

9. Jika sesaorang itu melayan anda secara Nafs, layanlah dia secara Ruh iaitu balaslah yang jahat dengan yang baik. Inilah cara Ruh. Memandang kejahatan pada yang lain adalah memandang 'ghayr' Hadith Qudsi ada menyatakan :

(7)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

6

Yang bererti: ' Janganlah salahkan Masa kerana Masa adalah dari Allah '. 10. Mula-mula terpandang Zat dan kemudian Sifat. Mula-mula anda pandang Zat Zaid dan kemudian sifatnya seperti pengetahuannya, fikirannya dan lain-lain.

11. Semua benda wujud kerana wujudnya Allah. Dengan sendirinya mereka itu adalah tidak ada. Huruf-huruf tidak ada. Ada huruf adalah dengan adanya dakwat.

12. "Yang Tidak Ada" ialah cermin wujud mutlak. Daripadanya terzahir bayangan dari cahaya Allah. (ada yang negatif) ialah cermin (ada yang mungkin) ialah bayangan. Wajibul Wujud (Yang Pasti Ada) ialah orangnya. Dalam terbayang Wajibul-Wujud. Sekiranya tidak ada 'yang tidak ada' bagaimanakah yang 'positif' itu terbayang ? Apabila sesaorang mengetuk pintu dan di tanya, " Siapa itu" dia berkata, "tidak ada siapa,hanya Aku" Dia tidak menafikan wujud dirinya tetapi menafikan badan yang lain, supaya wujudnya itu dapat di tegaskan dengan lebih kuat lagi. Demikian, tidak ada Tuhan melainkan Allah. Jika 'yang lain' tidak wujud, bagaimanakah ianya menjadi cermin wujud Allah ? Apabila 'adum kosong dalam Zat. Harta terpendam itu ternampak keluar.

13. Pihak Mutakallimin menganggap wujud benda-benda iaitu wujudnya duniaadalah tambahan pada Zat. Wujud yang sewajarnya ialah wujud Allah dan pembatasannya ialah Dirinya sendiri. Mereka mengamggapkan Zat ada wujudnya yang tidak boleh di belah bagi daripadanya meski pun dalam fikiran ianya boleh di asing-asingkan. Orang-orang Sufi tidak menganggap ada sebarang perbezaan antara wujud yang hakikat dan yang biasa kerana apabila pembatasan hilang dari yang biasa itu, ianya tidak menjadi'adum. 14. Zat mengetahui dirinya sendiri. Dari segi mengetahui dirinya sendiri itu. Ia menjadi 'Wajib','pelaku','tanpa kualiti','pencipta','Yang Mempunyai Kuasa'. Dari segi Ianya itu di ketahui. Ia menjadi 'Yang Diketahui','Yang Dilakukan kepada','Yang Diberi Kualiti','Yang Dijadikan','Tanpa Kuasa'. Kedua-dua itu menjadi (Hakikat Kemanusiaan). Inilah peringkat tertinggi mikraj (naik ke atas)bagi Nabi-nabi. Aspek yang pertama itu merupakan Asma-i-Wujubiyyah. Yang kedua, Asma-i-Kiyani atau Asma-i-Kouni. Yang Pertama itu ialah 'wujud yang terzahir' dan yang kedua ialah ' ilmu yang terzahir'. Kumpulan asma yang pertama itu ialah 'pelaku','tidak ada kualiti','penzahir' dan kumpulan yang kedua ialah 'yang dilakukan, yang di kualitikan','yang di zahirkan'(pasif). 'Ke-Aku-an' yang mutlak ialah hasil penyambungan, kedua-dua itu dan dunia itu terbit dari penyambungan ini.

'Ke-Aku-an' dari sifat-sifat aktif 'yang wajib' menjadi Rab (pemerintah) yang tidak ada kualiti, 'pelaku' dan 'penyinta' dan 'kuasa' serta 'kekal'. Dari segi sifat-sifat pasif'yang mungkin' menjadi 'Abd (yang diperintah) dan mempunyai kualiti; dan menjadi 'perkakas','yang dilakukan','yang dicintai' dan 'tidak berkuasa'. Oleh yang demikia, wajiblah Abd mencari keredhaan Rabnya.

(8)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

7 15. Dalam bahasa Arab, lelaki dianggap sebagi penyinta dan perempuan sebagai yang di cintai. Dalam bahasa Hindi, proses itu terbalik. Dalam bahasa Parsi, kedua-duanya dianggap sebagai penyinta. Cinta adalah dari Wajib dalam batasan atau had yang pertama dan dengan itu Wajib (yang pasti wujud) adalah penyinta dan Mumkin (yang mungkin wujud) adalah yang dicintai. Apabila dalam had yang kedua, Mumkin dizahirkan, ianya menjadi penyinta dan wajib menjadi yang dicintai. Apabila dalam tajallinya, Wajib dan Mumkin hilang, penyinta dan yang di cintai juga hilang dan inilah ruang ketidakadaan warna. 16. Firman Allah: Yang bererti : "Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada". Allah adalah hakikat semuanya. Apabila Allah berserta dengan semua. Dia juga adalah tanpa semua. Jika tidak kehampiran Mumkinul-Wujud dengan Wajibul-Wujud tidak ada makna, dan dengan itu hulul (kemasukan yang satu ke dalam yang lain) terpaksalah di terima. Yang satu adalah di sisi ysng satu lagi dan arahan dalan ruang adalah perlu. Oleh itu selagi anda wujud dalam pandangan anda, Dia tidak akan nampak; dan apabila anda tidak wujud dalam pandangan anda, maka Dialah yang anda nampak. jika tidak,dua yang wujud akan bersatu atau akan bertentangan antara satu dengan yang lain. Timbullah ruang dan timbullah dua yang wujud. Ini berlawanan dengan Tauhid. Fana ialah menafikan (perkongsian) dengan yang lain (ghayr)

17. Tuhan-tuhan palsu seperti patung-patung, pokok-pokok dan lain-lain patut di campakkan jauh-jauh kerana mereka timbul dari menetapkan atau menempatkan wujud pada benda-benda yang tertentu. Allah tidak ada kualiti dan di samping itu dikualitikan pula. Dia tidak boleh di kurungkan pada keadaan ini. Dianya lebih melampaui dari kedua-dua keadaan-keadaan ini. Allah menzahirkan Dirinya pada sesuatu benda yang dicari oleh seseorang itu. Nabi Musa nampak Dia dalam semak yang terbakar. Ahli tasybih bersangkutan dengan tasybih (mengkualitikan). Ali Tanzih bersangkutan dengan tanzih (tidak ada kualiti) Allah adalah hakikat yang tidak ada kualiti dalam tanzih dan dikualitikan dalam tasybih. Kekal dan sementara dalam Sementara. Manifestasinya sempurna dari keadaan kekal (yang bermula dari Had atau Sempadan Pertama kepada peringkat) dan keadaan sementara (dari Aql-i-kul hingga keperingkat Habuk) Ilmunya sempurna dari 'yang di ketahui' pada kedua-dua peringkat. Dia Yang Kekal dan Dia Yang Sementara. Tajallilnya tidak terkira banyaknya sehingga tidak dapat di hitungkan. Oleh kerana luasnya sehingga tidak terhitung bagaimanakah Zatnya dapat di hadkan pada sesuatu perkara yang mempunyai had (batasan). Penyembahan 'yang terhad' oleh 'yang terhad' adalah syirik. Dalam La ilaha,'yang terhad' itu di nafikan dan dalam Illallah,'yang tidak terhad' itu dipastikan (diithbatkan)

Syekh-Akhbar dalam ada menyatakan."Sekiranya cinta Allah untuk menzahirkan Zatnya dan sifatnya dan juga alam yang mana adalah kesan sifat dan asma, tidak bergerak alam ini tidak akan terzahir keluar tetapi hanya tinggal dalam ilmunya selama-lamanya." Gerak alam dari menghala kewujudannya keluar adalah gerak Allah untuk menzahirkan alam itu. Gerak cinta adalah dari Allah dan gerak rasa adalah dari alam. Satu biji benih melihat dan mengetahui semua pembagunan dalam dirinya dan dengan itu adalah bebas (ghani) dari

(9)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

8

mereka, tetapi kesempurnaan yang mengetahui itu di sedari dari pengetahuan yang kekal dan pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang kekal menjadi sempurna dari pengetahuan yang sementara. Pengetahuan yang sementara ini terpendam yang kekal.

18. Punca semua gerak ialah gerak dan ini adalah bentuk-bentuk dalam pengetahuan. Gerak ini di zahirkan keluar. Oleh itu wujud ini adalah gerak dari keadaan yang terpendam kepada keadaan yang ternampak. Ini adalah gerak cinta. Allah berfirman:Yang bererti: " Aku adalah harta yang tersembunyi dan suka sekali supaya di ketahui" Cinta ini adalah untukmanifestasi (penzahiran), Jika cinta ini tidak ada. Dia akan terpendam dalam ilmu selama-lamanya. Gerak alam ialah dari menuju penzahirannya keluar. Pergerakkan ini adalah cinta Allah kepada penzahiran alam dari kepada kewujudannya. Kerana alam suka melihat zatnya sendiri terzahir seperti yang dilihatnya dalam ilmu. Wujud tanpa permulaan ialah wujud Allah. Sepanjang yang berkenaan dengan Zatnya , wujud itu adalah (kesempurnaan diri) baginya. Wujud yang ada permulaan ialah dari Allah dalam bentuk alam yang mana ada dalam ilmu Allah dan di gelar wujud yang sementara dan mungkin. Allah menampakkan (manifestasi) Dirinya dalam bentuk alam dan ini (kesempurnaan nama). Oleh yang demikian, Dia adalah kekal dalam Kekal dan sementara dalam Sementara.

19. Harith Muhasibi ada berkata " Jangan anda anggap kerugian atau keuntungan kepada seseorang itu datangnya dari diri anda sendiri" kerana wujud dan kualiti-kualitinya adalh hanya pinjaman kepada 'Mumkin' dan apa yang di pinjamkan itu adalah bergantung kepada'wajib' (pasti) dan bukan kepada 'Mumkin'. Apa yang tidak ada kualiti tidak boleh mengatakan dia ada kualiti atau sifat. Jika 'adum berbuat demikian, itu adalah syirik. Inilah sebabnya Ulamak mengatakan wujud ialah tambahan pada zat. Dari segi mutlaknya, wujud tidak langsung terfikirkan. Hanya dalam Wahdiyyat, anda mempunyai tajalli pada wujud. Oleh itu, dalam segi mutlak, wujud adalah tambahan. Ulamak terlibat dengan Wahdiyyat. Jika mereka naik ke atas lagi, mereka akan dapati bahawa wujud itu adalah hanya tajalli itu menjadi hakikat seseorang dalam tajalli. Tajalli dan pembatasan adalah Zat dengan sendirinya. Oleh yang demikian theori mengatakan wujud itu adalah tambahan, tidak terpakai di sini. 20. Falsafah Aristotle (Musysyayin) ada mengatakan bahawa hakikat tidak di jadikan oleh Yang Menjadikan tetapi Yang Menjadikan itu memberinya wujud dan dengan itu ia wujud,sebab athar (kesan)nya pada zahirnya ialah wujud. Hakikat api tidak dijadikan, tetapi Yang Menjadikan wujudnya,lalu ia menjadi punca penzahiran haba dan cahaya (atharnya) Api yang kita nampak wujudnya itu adalah sambungan dan bukan hakikat Api, dan hakikatnya adalah wujud sendirinya. Isyraqin Plato (Realist) mengatakan bahawa "Hakikat di jadikan oleh Yang Menjadikan" iaitu Dia menjadikannya pada zahirnya. Hakikat adalah kesan dan Yang Menjadikan dan pada zahirnya wujud dan wujudnya adalah sangkaan dalam fikiran sahaja dan bukanlah Hakikat seseorang apabila di lihat berupa satu bentuk. Ini dinamakan Akal Pertama.

Apabila difikirkan lagi kita dapati ianya terdiri daripada sifat-sifat tertentu yang tidak wujud pada zahirnya. Ini ialah Akal Kedua. Inilah juga pandangan pihak

(10)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

9 Mutakallimin dan pihak Asy'ari. Mereka mengatakan hakikat sesuatu benda adalah benda itu sendiri; dan wujud sesuatu benda itu adalah hakikat benda itu sendiri.Abu'l Hasan Asy'ari tidak pecaya dengna wujud dalam fikiran. Pihak Sufi mengatakan bahawa hakikat benda ialah Zat Allah sendiri. Wujud diluar tidak berbeza dengan wujud di dalam. Semuanya adalah yang satu dan yang sama itu juga-Zat Allah. 'Yang di ketahui' (iaitu objek) dalam ilmunya bukan'Adum (tidak ada). Objek-objek itu di beza-bezakan antara satu dengan lain dalam ilmunya. Objek-objek itu ada dalam ilmu yang abadi. Itu yang di gelar oleh orang-orang Sufi sebagai dan pihak Mutakallimin menggelarnya bentuk-bentuk pengetahuan. Apabila Allah hendak menjadikan objek itu ada, di berinya objek-objek itu satu perkaitan dengan wujudnya sendiri dan dengan perkaitan ini athar (kesan) dan ahkam (bakat) menjadi terzahir keluar, dan Zat itu menjadi punca athar dan ahkam. Yang bererti: "Dia berserta kamu di mana juga kamu berada" Inilah ayat berkenaan perkara ini. Satu lagi ayat ialah yang bererti: "Sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu" Wujud yang di luar atau yang terzahir ini mempunyai dua aspek, satu hakikat dan satu lagi manifestasi. Manifestasi ialah wujud Yang Mungkin dan hamba (Abdiyyat). Orang-orang Sufi menggelarnya Farq. Tidaklah benar menggelar aspek ini 'Allah'. Yang satu lagi ialah punca manifestasi (penzahiran) dan ini adalah Ketuhanan (Divine). Aspek ini di gelar Haq, dan orang-orang Sufi menggelarnya dengan nama Jam'i.

(11)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

10

BAB 3

MUMKINUL-WUJUD

(Yang Mungkin Ada)

1. Cinta: Tidaklah wajar menggelar perasaan ini pada seseorang dengan nama cinta; dan tidaklah betul menggelar pokok gandum (iaitu ilmu) dengan nama pokok yang di Syurga.

Dalam Al Quran Surah Baqarah : 35,

















Ertinya: "Jangan hampir dengan pokok itu, jika tidak, kamu menjadi Zalim" Cinta adalah tarikan kepada yang benar-benar cantik. Memandang kecantikan dalm kecantikan nya sendiri tanpa halangan dari objek-objek alam di gelar keadaan jam'i. Syekh-al-Akbar menggelar keadaan ini dengan nama jam'i atau batasan pertama atau Hakikat Muhammad s.a.w. ianya adalah cinta Zat pada Zat itu sendiri. Cinta Zat pada alam dinamakan. Cinta Alam pada alam iaitu seseorang lain dinamakan .

2. Allah dalam manifestasi (penzahiran)nya yang pertama ialah a'yan. Keupayaannya terzahir dalam cermin a'yanNya. oleh itu, Allah adalah Bapa a'yan itu di pelihara pada penzahirannya oleh asma dan sifat.

3. Yang terzahir datang dari yang tidak zahir dan yang tidak zahir datang dari yang terzahir. Penzahiran hanya mengambil bentuk.

Al Quran surah Al Ikhlas : 3,











Yang bererti: 'Dia tidak beranak dan tidak di peranakkan'

Zat adalah mutlak dan apa-apa yang terbit daripadanya adalah terhad-Nabi Muhammad s.a.w. adalah terhad dan apa-apa yang terbit daripadanya adalah tidak terhad dan mutlak. Wujud yang terhad tidak boleh lain dari wujud itu sendiri.

Apa-apa yang timbul dari ombak tidaklah lain dari laut itu sendiri. Dakwat pada huruf tidak lain dari dakwat mutlak. Telur datang dari abu ayam dan begitu juga sebaliknya. Dalam cermin alam ini tidak ada yang nampak melainkan Allah itu sendiri dalam manifestasi yang kedua. Dalam cermin Allah " lain dari alam " ternampak dalam manifestasi yang pertama . Oleh itu, alam ini terbit dari Allah dan tidak ada lain kecuali Allah yang nampak dari alam. Biji benih terzahir dalam pokok dan pokok itu di dapati dari biji benih. Apa-apa yang terzahir

(12)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

11 keluar adalah daripada dalam benda itu sendiri. Dengan itu apa-apa yang keluar dari alam adalah lebih baik dari apa-apa yang keluar dari Allah.

4. Muhammad ialah dari cahaya rahmat dalam kedua-dua alam. ' Dan tidak Ku utuskan kepada mu, melainkan rahmat sekalian alam".

Rahmat atau berkat adalah sifat Jamal (indah). Iblis ialah dari api Kebesaran. Jamal menaungi Jalal dalam manifestasi. Kita mohon perlindungan dari perbuatan-perbuatan Syaitan. Jangan hinakan mereka yang jahat tetapi mohonlah perlindungandari perbuatan mereka itu.

5. Segala-galanya kembali kepada asalnya. Pada segi wujud , segala-galanya berasal dari Allah.

Oleh itu, Muminul-Wujud bergantung kepadaWajibul-Wujud. Untuk Wujud, huruf-huruf dan perkataan bergantung kepada dakwat. Zat benda-benda tidak wujud dan ianya adalah ghayr (yang lain) bagi wujud setiap ketika, segalanya meminjam wujud mereka dari Allah, dan setiap ketika mereka kembali kepada zat mereka yang mana adalah kosong. Sepanjang yang berkenaan dengan wujud , mereka kembali kepada wujud 'yang pasti ada' dan sepanjang yang berkenaan dengan wujud mereka sendiri, mereka kembali kepada kosong. Dalam Al Quran Allah berfirman

















"Bahkan mereka berada dalam ekadaan keliru dan ragu-ragu tentang penciptaan makhluk dalam bentuk baru" (Surah Qaf : 15)

Mumkinul-Wujud mempunyai dua aspek; satu mengadap Allah dan satu lagi mengadap dirinya sendiri. Pada aspek yang pertama, tidak ada apa-apa melainkan Allah. Pada aspek yang kedua, ianya tidak ada, kosong atau binasa sendirinya. " Segala-galanya binasa kecuali wajahnya"

Pada dirinya sendiri, sesuatu benda itu ialah kosong yang abadi; tetapi pada segi 'wajahnya' iaitu aspeknya terhadap Allah ianya bukan sesuatu yang tidak ada. Kedua: Zat benda adalah sifat Jalal (agung) dan Jamal (indah). Benda adalah manifestasi (penzahiran) dari kedua-dua sift ini. Semuanya sama ada baik atau buruk datang dari pintu kedua-dua sifat ini dan kembali melalui pintu yang sama.

Tiap-tiap sesuatu ,dalam proses meminjam sesuatu sifat, merasai sifat itu. Perasaan ini menjadi perhubungannya dengan sifat yang di pinjamkannya itu, dan ianya menjadi keupayaan (potentiality) bagi benda itu. Tiap-tiap sesuatu adalah bentuk sifat. A'yan adalah bentuk-bentuk sifat. Apa sahaja yang keluar dari sesuatu sifat adalah kesempurnaan bagi sifat itu. Segala-galanya akan kembali dari alam yang sementara kepada alam yang kekal abadi dengan kesempurnaan yang di terimanya di sini. Apabila sesuatu itu menanggalkan sifat-sift mereka (dan ini tidak lebih dari satu minit, yang batin menjadi yang

(13)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

12

zahir) Keesaan yang Hakiki menjelmam. Si 'Arif sangat menghargai ini walau pun satu minit di dunia ini. Sesuatu itu tidak kembali kepada zat tetapi hamya kembali kepada sifat daripada mana ia datang. Sifat merupakan keadaan di akhirat kelak. Sifat yang tersembunyi itu akan dizahirkan (manifestasi) di Hari Kiamat.

6. 'Yang Dijadikan' bukan tambahan pada zat dan sebaliknya. Berbilang-bilang (multiplicity) dalam Keesaannya. Yang bererti: " Katakanlah, Allah itu satu" (Surah Al Ikhlas : 1)

Apabila wujud adalah satu sahaja, dengan apa jua ia bersyarikat ?

7. Syekh Muhiyuddin Ibn Arabi mengatakan, Haq adalah 'yang dijadikan' kerana'yang di jadikan' adalah manifestasi nama-namadan sifat-sifat Haq dan bayangan (buruz) wujud Yang Mutlak dalam beberapa keping cermin. Larangan menggunakan batasan dan had 'yang dijadikan' kepada Dia ilah kerana peringkat (tanuzzulat). Oleh itu, buangkan peringkat-peringkat itu dan batasan-batasan itu dan terus menuju Wahdat.

8. Menurut pendapat Ghazur, wujud yang padanya terzahir kesan-kesan dan di gelar. Wujud Biasa adalah sebahagian daripada wujud Mutlak, umpama air ombak yang mana adalah sebahagian daripada lautan, dan ini di gelar Wujud-i-Mutlaq dan Zat-i-bahat (zat tulin). Wujud biasa itu ialah Mumkinul-wujud kata orang-orang Mutakallimin atau Makhluq-i-Mujid (penjadi yang dijadikan) kata orang Musysysyin (pengikut Aristotle) atau (Hakikat) kata orang (pengikut Plato). Oleh kerana wujud biasa adalah sebenarnya Haq, maka wujud objek adalah wujud Allah (tidak ada yang wujud melainkan Allah). Jangan ketepikan lautan kerana memandangkan ombak.

9. Mumkinul-wujud adalah tajali Allah dengan bentuk 'Ayan dengan kekhususannya. Ini di gelar Wujud-i-idafi ia itu wujud yang di zahirkan. Ia juga di gelar bayangan (zil) Yang bererti :



















"Tidakkah kamu lihat bagaimana Tuhan kamu telah memanjangkan bayangannya" (Surah al Baqarah : 45)

(14)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

13

BAB 4

S I F A T

1. Tiga peringkat tanuzzulat (penurunan) yang mula itu adalah peringkat dalam dan adalah yang satu dan yang sama itu juga. Ahdiyyat berpadu dalam wahdat dan wahdat berpadu dalam Wahidiyyat. Ahdiyyat berpadu dalam Wahidiyyat. Dalam Wahidiyyat semua asma tersembunyi. Asma mula-mula terzahir dalam Alam Arwah, kemudian dalam Alam Mithal dan selepas itu dalam Alam Nasut (Casual World). Dalam hakikat Muhammad s.a.w. semua asma (nama) tersembunyi.

Beliau bersabda, " Aku adalah dari cahaya Allah dan semua yang lain adalah dari cahaya ku "

Dalam manifestasi Nabi itu semua nama tersembunyi melainkan nama Hadi (Pembimbing Yang Benar) Bagi Iblis pula semua nama tersembunyi melainkan nama Mudhil (yang menyesatkan)

2. Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan. Indah adalah sifat Zat.Allah menjadikan manusia dalam wajahnya. Dilitupinya manusia itu dengan sifat keindahannya sendiri. Oleh itu manusia cenderung kepada yang indah. Allah cintakan keindahan sebelum menjadikan kedua-dua alam. Oleh yang demikian, Allah itu indah dan cinta . Keindahannya adalah cinta dan cintanya adalh keindahan. Dia yang menyintai dan Dia juga dicintai. Dia nampak Dirinya dalam cermin keindahannya sendiri. Dia cinta dirinya sendiri, Allah tidak cinta yang lain dari pada diriNya sendiri.

3. 'Adum (yang tidak ada) ialah yang diluar dari yang di jadikan oleh Allah.























“ Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kejadiannya sebagai ciptaan yang tidak megandungi hikmah dan keadilan (Surah Saad : 27)

Allah mempunyai kebaikan yang mutlak dan dari kebaikannya itu timbul kejahatan. Apa yang nampaknya jahat ialah perhubungan antara asma (nama-nama) yang bertentangan dan bukannya dari Wujud itu sendiri; atau timbul dari 'adum. Umpama sebilah pedang yang memotong. Memotong itu sendiri, bukanlah kejahatan; Ianya menunjukkan kesempurnaan pedang itu. Memotong tangan orang nampaknya adalah jahat dan ini berkaitan dengan 'adum. Sebenarnya itu adalah perkaitan atau perhubungan antara satu daripada nama-nama keagungan dengan yang lain. Berbanding dengan nama-nama-nama-nama lemah-lembut ianya berupa jahat, tetapi jika dengan sendirinya. ianya adalah baik. 4. Rumi ada berkata demikian : 'Attar berjalan melalui tujuh bandar Cinta, kami masih di selekoh satu lorong’.

(15)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

14

Tujuh bandar yang di maksudkan itu ialah tujuh sifat-sifat Allah yang di lalui oleh pengembara tadi: dan orang lain berjalan hanya dalam satu sifat sahaja. Nabi Musa diperkaitan dengan sifat 'kalam" (percakapan) dan Nabi Isa diperkaitan dengan 'Hayat'(hidup).

Atau mungkin juga dimaksudkan kepada yang tujuh ini: badan, mithal, arwah, wahidiyyat, wahdat, ahdiyyat, mutlaq.

5. Muhaqqiqin (orang-orang sufi) menyatakan sifat adalah kekal dan tambahan pada Zat. Hukama (failasuf) menyatakan bahawa sifat adalah zat-bukannlah Dia mempunyai zat dan sifat yang bercampur dan tersusun pada Dia. 6. Hadith ada mengatakan: Yang bererti: " Ada satu pasar dalam syurga di mana ada terjual muka ( atau gambar)".

Ini bermaksud 'tajalliyat' (terbayangnya) Allah. Syekh Abdul Qadir Jailani ada mengatakan , " Aku nampak Allah dalam mimpi berupa Nabi "

7. Menurut istillah orang-orang sufi, peringkat dari Wahdat hingga terzahirnya Nabi di gelar pernyataan (epiphany)' Hakikat Muhammad '

8. Kebolehan-kebolehan (faculties) di gelar malaikat dalam "syariat". Ianya itu adalah manifestasi kuasa-kuasa Ketuhanan misalnya malaikat angin, malaikat api. Telinga ialah manifestasi; pendengaran ialah kebolehannya (faculty).Jika tidak ada badan, maka tidak adalah manifestasi (penzahiran) kuasa ini. Zat Allah terzahir dalam sifat; sifat terzahir dalam kebolehan dan kebolehan terzahir pada badan; perbuatan terzahir dalam athar (kesan). Zat tidak ada penzahiran tanpa penzahiran sifat.

9. Ilmu (pengetahuan) bererti penanggapan (conception) dan pengesahan dan penentuanterhadap objek (yang diketahui).

Nur (cahaya) ialah manifestasi diri agar ia nampak sebagai ghayr (yang lain) Syuhud (menyaksikan) ialah penyataan(expression) yang ghaib dan yang batin.

Wujud ialah manifestasi apa yang tidak ada dahulunya adalah bentuk-bentuk dalam pengetahuan, hakikat objek dan mengkonkritkan (maujudkan) nama-nama dan wujud, Dalam peringkat ini, mereka bukan 'majul bijali Jail' (dijadikan oleh kejadian Yang Menjadikan) tetapi mereka tidak zahir sendiri, maka Yang Menjadikan membawa mereka menjadi ada.Pelaku hakikat ini bergantung pada Pelaku; sama ada Pelaku mewujudkan hakikat-hakikat itu pada zahirnya (iaitu mengambil bentuk dalam wujud seperti dikatakan oleh Mazhab Wujudiyyah), atau memberi wujudnya pada mereka yang mana mereka adalah 'adum (seperti di katakan oleh Mazhab Syuhudiyyah), Dia sahaja menjadi sebab athar (kesan) mereka. Jika anda melampaui had ini, anda akan memasuki lingkungan yang mengatakan 'dua' (duality). Ambil misalan dakwat dan perkataan. Wujud dakwat

(16)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

15 boleh di lihat dalam perkataan yang di tulis. Perkataan dalam tulisan tidak wujud sendirinya.

10. Sifat tidak wujud berasingan dan bukan tambahan pada Zat. Bagi segi pengetahuan, Zat itu ialah pengetahuan itu sendiri. Pada segi wujud Zat itu adalah hidup itu sendiri. Pada segi kehendak, Zat itu adalah iradat itu sendiri. Jika sifat itu hakikat yang berasingan, maka jadilah sifat itu tambahan sebenarnya dan ini adalah tidak mungkin. Zat ialah hidup, pengetahuan (ilmu), kehendak, pendengaran percakapan.

11 MAWAHID ialah seseorang Yang Melihat Tiada Ghayr ( yang lain ) Iaitu Dia terdiri dalam Zat dia sendiri, tidak ia melihat zat yang lain dari masa yanpa permulaan hingga masa tanpa akhirnya. Ia hanya satu tajalli Zat yang dari DiriNya atas DiriNya dan melalui DiriNya. Tidak ada ruang bagi sifat di sini. Firman Allah :-

Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada sekutu denganKu.

Peringkat ini adalah bahaya kerana ada orang yang direjam dengan batu hingga mati kerana perkara ini. Di sini Ayniyat (Kedirian keesaan) Zat dan pembezaan sifat bercantum, yang satu tidak mendinding yang lain. Esanya Zat tidak mendinding banykanya sifat dan begitu juga sebaliknya. Banyak sifat adalah perkara khayalan dalam ilmu, iaitu ia tidak wujud bukan sahaja di luar tetapi juga di dalam.

Misalnya Zaid mempunyai beribu-ribu sifat. Sungguh pun sifatnya banyak namun Zatnya tidak lebih dari satu, kerana hakikat perkara yang sebanarnya, seperti1 + 0 +0 = 1.

Sebaliknya pula zat itu melarutkan dan meresapkan banyaknya otak, dan menimbulkan syak wasangka. Proses ini jika berlanjutan akan menajdi kufur yang bererti meyembunyikan satu hakikat dengan kegelapan syak wasangka



























”Allah telah menutup hati mereka, pendengaran mereka dan pandangan mereka ada penutup, dan bagi mereka azab yang besar” (al-Baqarah : 7) 12. Allah tidak ada kualiti dalam Tanzih di samping dalam pengkualitiannya (Tasbih) dan dikualitikan (dalam tasbih), di samping dalam ketidak adaan kualti Nya (tanzih). Di samping tasnbih dia ada Tanzih dan begitu juga sebaliknya. Pengkualitian Nya dan tidak ada kualiti Nya adalah secara Tanazzul (penurunan). Dia mutlak dan tidak tertakluk kepada kedua-dua perkara itu. Dia bukan satu atau Banyak dalam Zatnya.

13. Zat sebenarnya adalah sifat menurut pendapat orang-orang Sufi dan Filasuf. Zat anda secara sendirinya tidak dapat membolehkan anda, misalnya melihat. Tetapi Allah tidak bergantung pada pandangan. Dia melihat dengan Zat Nya. Zat dan sifat adalah satu pada hakikatnya dan berasingan dalam

(17)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

16

fahaman anda. Sifat adalah aspek Zat. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa sifat sebenarnya adalah zat atau pun sifat itu dalam fahaman anda berasingan dari Zat.

Syekh Dawud Qaysari ada mengatakan bahawa pengetahuan Allah adalah sebenarnya pengetahuan Zat Nya, kerana pada hakikatnya yang diketahui (a’yan atau bentuk-bentuk) adalah ZatNya. Oleh itu, apa sahaja di langit dan di bumi sehingga zarrah yang halus dengan Zat Nya dan dengan Ilmu Nya tentang a’yan, meskipun a’yan itu boleh jadi banyak dalam Ilmu nya, a’yan sebenarnya satu dengan Dia, dari segi wujud, dan dari segi pembatasan a’yan adalah ghayr atau berasingan.

Dengan demikian, tidak ada ’yang mengandungi’. Banyak atau lebih dari satu adalah hanya dalam khayalan sahaja dan bukan dalam hakikatnya.

14. Cahaya gelap adalah menifestasi Jalal, cahaya terang adalah menifestasi Jamal’Gelap, jika anda tahu, ialah cahaya Zat.

Dalam ngelap itulah’mata air hidup’.

15. Zat (lahut) adalah punca sifat. Sifat (jabarut) adalah punca afaal (malakut) dan afaal adalah punca athar (Nasut).

16. Pihak Mutakkalimin berpendapat Masa itu adalah perkara khayalan, Filasuf berpendapat Masa itu terjadi kerana pusingan langit dan planet.

Orang-orang sufi pula mengatakan bahawa Masa itu ialah azali (masa tanpa awal) dan abadi (masa tanpa akhir)

Kedua-dua ini bersatu. Cipta dan binasa ada dalamnya. ’Sebelum’ dan ’Selepas; adalah hanya perbandingan sahaja. Jika tidak, cipta dan binasa adalah dalam ketika yang satu dan yang sama itu juga. Masa ialah sifat kekal bagi Allah. Ianya tidak ada pangkal atau hujung. Tidak ada awal dan tidak ada akhir.

17. Masa ialah pusingan ’point’ tahun, bulan, hari, minit dan saat adalah perincian-perincian masa dan masa itu kekal. Yang lepas dan Yang sekarang tidak menjadi soal.: ” Tidak ada pagi dan tidak petang dengan Tuhan”.

Masa itu kekal dalam kekal dan sementara dalam sementara. Point itu sentiasa ada.

(18)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

17

BAB 5

HAKIKAT (A’YAN)

Surah Al-Baqarah : 115



























’Dan bagi Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu ( mukamu ) di situ ada Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Meliputi semuanya dan Maha Mengetahui”.

1. TIMUR menunjukkan Asma’ & Sifat Allah. Barat menunjukkan Keperluan Penzahiran ( tajalli ) yang sama dalam alam Nasut dan alam Mithal.

Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar dari timurnya sendiri ( Ism – i – Ilahi ) dan terletak pada objek yang dizahirkan di barat Dirinya sendiri ( Ism- i – kiyani ). Apabila terdiri qiamat atau Fana yang biasanya digelar Hari Akhirat, matahari terbit di barat iaitu hakikat asma dan sifat akan mempunyai tempat halanya di tempat-tempat perhentiannya dan boleh dilihat. Dengan lain perkataan, hanya ada satu wujud yang timurnya ialah sifat dan baratnya ialah menifestasi dunia. Ia mempunyai Yang Pasti ( wajib ) dan yang Mumkin pada kedua-dua sisinya. Jika anda lihat dari mana mana sisi, anda lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal dan fana’ dalam fana’.

2. Asma’ Allah (nama-nama Allah) adalah bentuk bentuk yang boleh dikenali dalam ilmuNya . Orang-orang sufi mengelarnya ’A’yan Sabitah’ atau Maklumat (yang diketahui) oleh mutakallimin. Mahiyyat atau hakikat oleh ahli falsafah. Allah Dalam cintaNya kepada DiriNya sendiri mengurniakan TajalliNya Yang Pertama yang dinamakan (Faid–ul-Al-Aqdas ) dan mereka terzahir dalam IlmuNya.

Kemudian dikurniakan TajalliNya Yang Kedua dan ini dinamakan (Faid Maqdas)danmereka ini terzahir di luar mengikut alatan keperluannya. Yang menunjukkan pertentangan dalam manifestasi sebagai sifat.

3. MAHIYYAT ( bakat bakat atau hakikat) sesuatu bukan dijadikan oleh perbuatan mencipta Yang Menjadikan, menurut bakat mahiyyat itu. Oleh itu manifestasinya berlainan dan bermacam-macam. Misalnya, tiap-tiap anggota pada badan menerima kekuatannya dari Ruh atau Jiwa tetapi menzahirkan bakatnya sendiri. Maka boleh melihat dan tidak boleh mendengar, telinga boleh mendengar dan tidak boleh melihat.

Bakat-bakat itu qadim (kekal). ”Hakikat-hakikat tidak dicipt oleh Yang Mejadikan, Perbuatan si pembuat tidak berlawanan dengan bakat-bakat itu”

(19)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

18

4 UMMUL KITAB ( Ibu Kitab-kitab ) ialah LOH bagi Ilmu Allah. Ianya terzahir dalam KITABUL MUBIN (buku yang nyata) atau LOH MAHFUZ ( Loh Yang Terpelihara). Di sini Jibrail membaca perkataan-perkataan Allah dan membawanya turun kepada Nabi saw.

Tajjali (kilau cahaya) Allah mula-mula sampai kepada Ummul kitab iaitu peringakat Jabarut, dari situ ia turun ke Loh Mahfuz iaitu sempadan terendah sekali bagi peringkat Malakut (juga digeklar Alam Mithal dan Nafs i-Kul).

Tempat Jibrail ialah dalam sempadan antara Malaku dan Jabarut (iaitu alam mithal dan alam arwah). Apa juga yang terzahir dalam alam benda mula-mula terlukis pada Loh Mahfuz ini. Seperti dinyata dalam al Quran surah An’am” 59 .



















”Tidak ada benda hijau atau kering melainkan semuanya tertulis dalam Kitabul Mubin”

Demikian tentangn wahi bagi Nabi dalam alam semesta. Berkenaan Ilham bagi auliya dalam kemanusiaan mereka. Ia turun dari Haq melalui peringkat Sirr dan Khafi (Ruh) iaitu kedua-keduanya dalam peringkat Jabarut dan Zamir dan Fawad (kedua-duanya dalam Malakut), sampai pu;a Qalb. Qalb ialah Loh Mahfuz bagi alam mithal wali-wali.

5. Jila ialah satu perkataan bagi penzahiran wujud dalam bentuk-bentuk. Istijila ialah pandangan oleh wujud bentuk-bentuk ini bagi dirinya.

Biji benih melahirkan dirinya sebagai akar pada akar, batang pada batang dan seterusnya.Inlah Istijilanya, inilah panadanagnnya bagi dirinya dalam Tanazzul (penurunan) dan bukan dalam Uruj (Kenaikan).

Pandangan ini membawa lupa, yang mana pengetahuan kedua (jalan uruj) sahaja hilang. Keduaan, ’yang lain’ dan kehambaan (ubudiyyat) adalah hasil pandangan ini.

6. Sinaran Zat pada dirinya sendiri adalah tajalli pertama dan ini adalah suci dan kudus. Ianya digelar Faid Maqdas. Di sini a’yan, yang mana adalah keupayaan (syuyunat) yang paling terdalam sekali, bagi asma dan sifat bersatu (Mundarij) dalam Zat –i-batin. Asma dan sifat adalah keupayaan Zat-i-zahir dan kedua-dua asma dan sifat itu bersatu dalam Zat-i-zahir itu, dan Zat itu sahaja yang diketahui, maka ianya zahir, dan a’yan, asma dan sifat adalah batin.

Dalam proses sebaliknya, apabila Zat menjadi batin, maka asma dan sifat menjadi zahir (dalam ilmuj). Asma dan sifat diketahui oleh Zat pada keseluruhannya. Mengetahui dalam ilmu tenatng asma dan sifat oleh Zat digelar Wahdat atau Hakikat i-Muhammadi, sempadan atau had pertama Zahirul Wujud. Batinul Wujud tidak ada batasan dan terzahir dalam ilmu dengan batasan-batasan asma dan sifat pada keseluruhannya.

Apabila ia menjadi details ( secata perincian ) ianya mewujudkan 4 / empat di BARAT iaitu Wujud, Ilmu, Nur, Syuhud.

(20)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

19 Apabila Sifat dan Asma’ mengambil bentuk maka zahirlah A’YAN KHARIJA dan menjadi objek objek dalam Ilmu. Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT ( Perbatasan Kedua ) dalam ilmu di mana dapat dibezakan ULUHIYYAT (Suasana Ilmu Allah) daripada RUBUBIYYAT (Suasana Manifestasi Pemerintahan). Apabila Rububiyyat bermula, keadaan atau suasana manisfestasi itu digelar Faid alMuqdas dan ia mula dari Wahidiyyat turun hingga ke peingkat habuk.

Inilah perincian Hakikat Muhammad. Nabi saw pernah berkata: ”Aku dari cahaya Allah dan segala kejadian adalah dari cahayaku”

Oleh itu betullah jika dikatakan tiap tiap objek adalah RASUL ( yang diutus Allah) atau barzakh (batasan antara dua keadaan)Nabi Besar Muhammad saw ialah Buruz al jamaa dan daripadanya semua barzakh terzahir. Apabila sesuatu barzakh mengambil bentuk, maka bentuknya itu lebih tertentu bagi bentuknya dari yang terdahulu dan yang terdahlu itu menjadi batinnya. Anda dapati keseluruhannya terbayang-bayang dalam tiap-tiap zarrah (atom)

7 Bentuk-bentuk mempunayi tempat berdiri dalam ilmu Allah. Bentuk-bentuk itu bukanlah ’kosong’ yang mutlak, kerana yang tidak ada atau kosong tidak boleh menjadi sesuatu objek atau benda. Wujudnya objek ialah wujud biasa (bertentangan dengan wujud mutlak atau wujud Zat)

Dalam al quran dinyatakan:









”Kamu dahulunya MATI, maka diberikanNya kamu HIDUP”

(Al-Baqarah ; 28)

Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan wujud anda dengan wujudNya sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya.

8. Perkataan Ism (banyak :asma) berasal dari perkataan wasm yang bererti mencelup atau dari perkataan Samu yang bererti tinggi atau terang nyata.

Asma menerangkan aspek Zat. Bukan tambahan pada Zat. Asma boleh jadi untuk eprbuatan, untuk sifat atau untuk zat. Asma perbuatan memerlukan satu objek yang padanya perbuatan itu berhenti. Tanpa objek tidak ada kesan yang terlihat. Misalnya murah hati, tentulah memerlukan satu objek yang padanya kemurahan itu dikurnakan.

Di mana Al Ba’ith (Penyebba), Al Hafiz (Pemerhati), Al Khaliq (Pencipta), Al Musawwir (Pelukis), masuk dalam golongan ini.

Jika asma itu tidak memerulakn objek tetapi menyatakan sifat, maka asma itu digelar asma sifat, sperti Al Hayy (Pemberi hidup), Al Qadir ( Yang berkuasa).Al Khabir ( Yanfg mengetahui), dan lain-lain. Semua itu ialah Asma-i-sifat.

(21)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

20

Jika asma itu menerngakan zat sahajaj.aka asma itu digelar asma-izati, sepeti Al Muhaimin (Pelindung), Ar Rabb (Pemberi), Az Zahir (Yang nampak), Al Haq (Yang benar) As Samad (Yang merdeka) , An Nur (Cahaya) dan lain-lain.

Tidak ada Nama Allah yang tidak menunjukkan sesuatu Sifat. Nama itu menyatakan sesuatu aspek ZAT. Oleh itu nama-nama itu bukanlah tambahan pada zat.

9. Faid al Muqdas ialah wujud yang diberi pada a’yan pada zahir, dalam peringkat Wahidiyyat. Dalam Wahidiyyat ini a’yan itu tetap (A’yan Sabitah). Ianya adalah wujud biasa yang meliputi a’yan. Ulamak mengatakan ini adalah tamnahan pada Mahiyyat (iaitu a’yan). Lebih dari ini, ialah wujud mutlak.

Syekh Abdul Hassam Asy’ari mengelarnya wujud biasa hakikat a’yan pada zahir, Ruh, bayangan yang jatuh atas cermin-cermin hakikat. Yang mutlak tidak disifatkan dengan ’wujud biasa’ sebelum penzahiran ini.

10. Apa sahaja perintah yang keluar pada a’yan dalam ilmu, maka yang sama itu jugalah yang berupa zahirnya. Tiap-tiap a’yan ialah menifestasi satu nama. Tiap-tiap objek adalah manifestasi nama. Nama(ism) memegang jambul objek itu dan memimpinnya.

Firman Allah :

”Apa sahaja yang merayap dan merangkak adalah dalam tangan Rabnya (KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang betul”

Ini digelar JALAN ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang kejalan yang benar...dan Asma’ MUDHIL membimbing seseorang kejalan yang sesat. Yang satu tidak menganggu yang satu lagi.

Firman Allah :-

”Barangsiapa yang disesatkanNya maka tiada siapa yang dapat membimbingnya kejalan yang benar”

Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya ( Tuhannya ) sendiri tetapi dilaknati oleh RAB bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab ).

Apabila yang kena laknat itu mengadu perihal nasib mereka di Hari Pengadilan, maka hakikat-hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan kepada mereka. Ilmu Allah tertakluk pada hakikat (yang diketahui) ini...









”...tidak ada perubahan dalam Kalimat kalimat Allah itu”(surah yunus:64) Yang dilaknati akan menyerah pada hakikatnya dan azab mereka menjadi selesa kerana penyerahan ini membawa damai dan selesa,seperti api yang

(22)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

21 Dalam keadaan, Zat tidak ada pelabagainya iaitu pelbagai sifat, kerana dalam keesaan, akhirNya adalah AwalNya, dan Awal Nya adalah Akhir Nya, ZahirNya dalah BatinNya dan Batin Nya adalah ZahirNya.

Semua aspekNya adalah satu aspek jua. Kalu tidak, tentulah aspek-aspekNya yang berlawanan dan bertentangan itu tidak menjadi satu.

Di sini sifat-sifat yang berbagai-bagai itu menjadi satu dalam aspek kesatuan Zat.Oleh itu, manifestasi Nya (berlawanan dan bertentangan) adalah satu dalam aspek keadaan Zat.

Syeik Akbar berkata: ”Semua objek dalam semua objek”. Di sini semuanya satu wujud dan satu Zat.

11. Pengetahuan Zat tentang keperluan bakatnya dalam abstrak ialah I’tibar. Dalam peringkata Wahdat, bakat-bakat itu adalah Zat itu sendiri. Apabila zahir pengetahuan ilmu), bakat itu menjadi ‘Yang diketahui’. Apabila bakat-bakat itu dizahirkan, bakat-bakat-bakat-bakat itu adalah a’yan objek dan ‘dijadikan’.

Pada peringkat terakhir, banyak yang I’tibar itumenjadi banyak yang sebenarnya, kerana Zat iu sendiri menzahirkan dirinya dalam banyak ini dan banyaknya zat-zat akan berkekalan.

12 Setelah a’yan Sabitah (Hakikat-hakikat dalam ilmu Allah) mengambilbentuk dalam ilmu, Wujud Mutlak terzahir menurut bentuk dan keperluan mereka.

Oleh itu, pada zahirnya tidak ada yang wujud kecuali wujud allah dan a’yan masih ‘adum (tidak ada) dan pada hakikatnya a’yan, a’yan itu tidak wujud dan dengan itu dengan sendirinya mereka itu bukannya di luar.

13. Ilmu menurut pandangan ulama ialah perkataan-perkataan dan maknanya. Menurut Urafa (Arif), ilmu itu ialah mengetahui asma dan objek-objek yang ditunjukkan oleh asma itu.

14. Pada zahrinya Nafs ialah keduaan (duality) dan pada batinnya ialah Tauhid.Hadis ada menyatakan:

(23)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

22

BAB 6

ALAM RUH (ALAM ARWAH)

1. Ruh manusia tidak serupa dengan ruh malaikat, kerana Ruh manusia boleh naik ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi seperti Jabarut dan Lahut. Malaikat tetap tempatnya. Pada malam Mi'raj, Jibril berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai menjawab permintaan Nabi supaya menemani beliau naik lebih tinggi lagi dari Sidratul-muntaha.

Jika saya terbang serambut lagi, Cahaya Keagungan Allah akan membakar sayap ku.

Ruh manusia ialah satu rahsia ketuhanan, satu misalan dan perbatasan Allah dalam rahsia Ana (Aku) Ruh. Misalan di sini ialah hakikat itu sendiri.

2. Tajalli bererti menunjukkan sesuatu (syaii) pada dirinya dalam beberapa dan berbagai bentuk, umpama satu biji benih menunjukkan dirinya sebagai beberapa ladang, dan satu unggun api menunjukkan dirinya sebagai beberapa unggun api, dan seorang manusia menunjukkan dirinya sebagai beberapa orang manusia. Ini bukan ulangan dan Hulul (penjelmaan). Ruh itu dalam tajallinya berbentuk badan. Kadang-kadang, berbentuk lain dari badan dan nampak berasingan dari badan- berbentuk di luar badan menunjukkan dirinya kepada dirinya sendiri. oleh yang demikian, ruh itu ada dalam badan dan luar badan. Sebenarnya badan adalah sarang ruh.

Ada tiga jenis sarung ruh: 1. Unsur (elementa) 2. Mithal atau barzakh 3. Ruh atau badan Malaikat

Manusia hanya melihat badan kasar sahaja. Tetapi apabila dia melakukan riadhah dan upacara suluk, bentuk mithal itu keluar dari badan unsur itu dan menjadi sendirinya 'yang memerhati' dan 'yang diperhati'. Orang akan menyangkanya sebagai 'yang lain' (ghayr), padahal tidak ada 'yang lain' di sini. Oleh itu, dia mungkin melihat dirinya dalam seribu bentuk. Sebenarnya seluruh alam ini adalah sarung atau sangkar ruh yang satu. Badan ini sarungnya dan ada lagi satu sarung yang tersembunyi dan di bawahnya, dan ini adalah badan mithalnya, dan inilah badan yang menunjukkan dirinya dalam cermin. Apabila seseorang itu mati, badan itu mati. Apabila seseorang itu tidur, badan tidak mati tetapi ruh itu tidak lagi berapa terperangkap dalam badan dan ia menunjukkan dirinya kepada dirinya, keluar dari badan unsurnya dan dalam sarung mithalnya yang mana adalah berbeza dari sarung unsurnya. Pada masa keluar, semasa mati sementara (tidur)bentuk mithal tidak bercerai dari badan. Dalam mimpi badan mithal itu melayang pergi ke tempat-tempat yang jauh, tetapi apabila nyamuk menggigit badan unsur itu, badan mithal itu kembali dalam masa

(24)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

23 sekelip mata sahaja. Dengan ini, cuba fikir bagaimana halnya Nabi kita mi'raj. Tempat tidur beliau masih panas lagi apabila beliau kembali dari mi'rajnya. Semua bentuk adalah sarung ruh. Tajalliyat tidak membanyakkan benda yang dalam tajalli itu. Tajalli hanya kenampakan tanpa mempunyai hakikatnya sendiri. Beberapa sumbu di bubuh api daripada satu lampu. Lampu itu tetap satu juga.

3. Badan itu sendiri adalah ruh, seperti ais (ice) itu air atau wap. Bezanya terletak pada tebal atau tipisnya benda-benda itu. Ruh tidak masuk, dalam badan tetapi menzahirkan dirinya dalam badan itu, apabila badan itu sesuai untuknya. Ruh itu ibarat penunggang,dan badan itu ibarat kuda. Gerak ruh dan badan ialah umpama gerak tangan dan kunci.

Ertinya " Ruh ialah Allah. Tidak ada yang bergerak melainkan dengan izin Allah "

Apabila Allah hendak memandang,Dirinya. Dia perlukan cermin-cermin yang cerah pada satu muka dan muka yang lagi satu itu gelap. Badan manusia mempunyai 'hati' ibarat cermin iaitu cerah di satu muka dan gelap di muka yang lain. Dia menzahirkan Dirinya pada muka cermin yang cerah itu. Makin bersih hati itu makin teranglah bayangan Allah padanya. Banyak bilangan ialah dalam hati bukan yang memandang. Oleh itu, ruh-bayangan Allah-adalah satu jua. Bayangan (reflection) bukan Hulul atau penjelmaan. Muka cermin yang terang itu membayangkan muka yang memandang. Cermin 'hati' di seliputi gelap pada satu permukaannya, dan ini di gelar kebendaan.

Dengan cara ini pandangan yang melihat berbalik kepada dirinya sendiri. Bayangan (reflection) adalah nama sahaja untuk ini dan yang sebenarnya tidak wujud. Hanya muka yang memandang yang terlihat. Banyaknya muka itu ialah sebab banyaknya cermin tetapi muka itu tetap satu jua. Satu muka tidak akan menjadi banyak jika tidak ada cermin yang banyak yang terdiri dari berbagi-bagai saiz. Buatan dan warna. Di sini yang melihat tersilap menyatakan yang satu telah menjadi banyak. Memandang satu benda seperti banyak di gelar Ruh atau Amr-i-Rab dalam syariat, dan tajalli dalam tasauf. Tajalli sebenarnya adalah manifestasi dan penunjukkan sesuatu benda kepada dirinya oleh dirinya.

Oleh itu untuk pandangan diri (nafs) ini, Dia membuat cermin-cermin bagi Dirinya, dan memanggil muka cermin yang terang itu dengan nama Qaib (hati atau jiwa) dan muka yang gelap itu dengan nama Qalib (badan). Dia membayangkan Dirinya pada muka cermin yang terang itu. Cermin, bayangan dan yang memandang itu adalah hakikat yang satu dan yang sama.

Yang melihat itu tidak puas memandang KeindahanNya selama-lamanya. Cermin itu tidak mengambil bahagian dalam memandang itu. Cerah dan gelap itu hanya cara-cara memandang.

(25)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

24

Muka qalb yang gelap itu hanya penebalan (thickening) dan pengongkeritan (concretion) cahayanya ; jika tidak, tidak ada gelapnya di sini. Umpama air menebal dan menjadi ais.

Pandangan boleh tembus dalam air, tetapi tidak dalam ais. Tidak ada pandangan, jika hanya gelap sahaja atau cerah sahaja . Sinar memancar melalui kecerahan itu dan di balikkan oleh selaput atau cat merah pada kaca cermin itu. Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat yang mempunyai badan yang terang atau cerah dan pada binatang yang badannya gelap.

Manusia mempunyai permuakaan yang cerah dan gelap dan oleh itu sesuai benar untuk menjadi cermin bayanganNya-bekas yang sesuai untuk menangkap cahayanya. Manusia tidak nampak jin dalam dunia ini kerana jin itu cahaya dan pandangan manusia tembus melalui badan-badan jin itu; seperti tembusnya pandangan melalui kaca (glass). Jin tidak boleh nampak manusia di akhirat kerana badan mereka lebih terang lagi dari badan jin.

4. Ayat-ayat :











ertinya : "Dan dalam diri kamu dan kamu tidak melihat" (al Dzariyyat: 21)















ertinya:" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari antara kamu "(Surah al Taubat :128)

Adalah menunjukkan 'keakuan' salik itu adalah rasul dari 'kediaan' (Huyuat) Allah.

Hadith ada mengataka: Yang bererti: " Aku tidak boleh di kandung oleh bumi dan langit, tetapi boleh di kandung oleh hati orang-orang yang beriman "

Ruh adalah penunggu pintu kerajaan Ketuhanan; ia membawa dirinya dan membawa yang lain sampai kepada Allah. Oleh itu anda menganggap diri anda sebagai Rasul Allah. Hakikat manusia ada "kepastian" dan ada "kemungkinan". Hadith ada mengatakan yang bermaksud :

"Antara dua jari daripada jari-jari Allah"

Juga, Al-Quran ada menerangkan yang bermaksud :











"kami muliakan anak Adam dam mambawa mereka atas darat dan laut " (surah Israa’ : 70)

(26)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

25 Abu Bakar dan Faruq ada berkata, yang bermakna, “Ruh tidak tertakluk di bawah perintah "jadilah". Juga ada ayat yang ertinya " Sufi tidak dijadikan "

5. Semua ruh adalah satu dalam ke-ruh-annya. Banyaknya itu timbul oleh kerana perkaitannya dengan badan-badan, seperti matahari yang cahayanya memancar pada berbagai-bagai objek tetapi tidak memakan kualiti-kualitinya. Semua kualiti-kualiti yang baik adalah berhubung dengan ruh; dan kualiti-kualiti yang jahat adalah hasil kerana perkaitannya dengan badan-badan. Sebenarnya semua kualiti-kualiti yang baik adalah kepunyaan Alam Malakut. Kualiti ruh sendiri ialah ma'rifat. 'Ke-ruh-an' adalah satu dengan Zat sebelum manifestasi, seperti ombak adalah satu dengan laut sebelum manifestasinya. Sebenarnya ombak adalah laut dan laut adalah ombak.

Perbezaan adalah pada sangkaan sahaja.

Ada orang berkata, "Tidak ada perbezaan antara saya dengan Allah kecuali dalam sifat; wujud saya adalah daripada Dia "

Zat dan sifat adalah Qadim. Jika tidak, adalah dua qadim dan ini tidak mungkin, kerana dengan itu Zat wujud sendirinya dan sifat wujud pula dengan sendirinya. Nabi pernah berkata,

" siapa yang melihat saya, nampaklah Allah"-“Dia sekarang seperti dia dahulu juga”.

Allah ada dan tidak ada sekutu dengan Dia. Bagaimana ada sekutu dengan Dia sedangkan 'dahulu', 'sekarang', dan 'akan datang' adalah satu sahaja padaNya. 6. Abu Bakr-i-Mukti berkata, Ruh ialah 'perintah' (amr) Allah dan tidak termasuk di bawah kels 'yang di perintah' seperti Malaikat, Jin, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Allah ada berkata yang bermaksud:















" Aku hembuskan pada (Adam) daripada ruh Ku ".(Surah Shad : 72)









"Aku jadikan dia dengan kedua-dua tangan Ku ".(Surah Shad : 75)

Ia itu Jalal (keagungan) dan Jamal (keindahan). Manusia tidak di jadikan dengan ruh malaikat, jin, binatang dan lain-lain tempat adalah dengan hembusan ruh ketuhanan.

7. Ruh 'yang tidak di jadikan' ialah Haqiqat-i-Muhammadi (Wahdat) di bawah daripada itu ialah Haqiqat-i-Insani (Wahidiyyat). Ruh 'yang di jadikan' ialah dari 'Aql-i-kul ke bawah hingga Insan-i-Kamil. Ruh-i-Insani adalah abadi. Ruh 'yang

(27)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

26

tidak di jadikan' itu ada juga di gelar Sirr. Semua ruh individu adalah bayangan (reflection) dari ruh itu. Itulah Ruh yang 'dihembuskan' dalam (Aku hembuskan padanya ruh Ku ) (Ke mana sahaja kamu menghadap, di sana nampak wajah Allah)

8.Ruh ialah pembatasan atau had Haq, sebagaimana badan adalah pembatasan (limitation) Ruh. Perkaitan antara pembatasan dan yang terhad adalah hanya sangkaan sahaja, seperti pembatasan antara buih dan air. Pada peringkat pertama ianya di gelar Ruhul-Quds kerana di situ ianya adalah maha suci. Apabila naik dari kebendaan (materiality) ke atas, seseorang akan sampai ke peringkat yang bebas dari kebendaan dan peringkat ini ialah Ruhul-Quds-peringkat Haqiqat-i-Muhammadi. Ia adalah punca semua bakat dan bentuk,ia menyatakan dirinya dengan bentuk, seperti makna dalam perkataan.

9. Apa sahaja objek yang padanya jamal bagi Ruh membayangkan dirinya, objek itu akan menerima nilainya Lailatul-Qadar menerima nilainya dari Ruh.











“ Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka” (Surah al Baqarah : 4)

Dalamnya maliakat dan Ruh di turunkan. Anda tidak boleh lihat Ruh kecuali anda mendahului kedua-dua alam. Ruh bukan di dalam atau di luar badan dan tidak juga lekat atau tidak lekat pada badan. Ruh bukan di luar, bukan di dalam, bukan terlekat dan bukan tidak terlekat pada badan.

Tidak ada orang yang mempunyai lebih dari satu ruh. Ruh itu mendapat nama-nama yang berlainan dalam peringkat-peringkat yang berlainan, menurut kualiti-kualiti yang berlainan yang terzahir. Ruh dalam aspek luarnya adalah mendengar pada satu tempat, bercakap pada satu tempat lain; dan di tempat lain pula, melihat. Semua ini adalah satu yang mempunyai nama-nama yang berlainan. Pada segi dalamnya, Ruh itu, pada satu tempat, adalah Ruh tumbuh-tumbuhan; di tempat lain, Ruh binatang, dan tempat yang lain pula, Nafsani Ruh. Ia juga Ruh Nabi-nabi dan Ruh-Quds. Ada juga orang Sufi menyatakan itu adalah Allah sendiri.

10. Nur (cahaya) Muhammad ada dua jenis:

101. Batin- ini adalah dalam peringkat ilmu, yang juga dinamakan Hakikat Muhammad (Haqiqat-i-Muhammadi) dan 'tidak dijadikan' sebagaimana kata hadith: “Aku dari cahaya Allah, dan seluruh alam adalah dari cahaya aku”

Di sini 'min' (ertinya dari) menunjukkan permulaan dan bukan pengasingan. Nur Muhammad ialah pembatasan sebahagian daripada Wujud Mutlak, dan bahagian ini 'tidak dijadikan', ia adalah daripada keadaan Pencipta itu sendiri. Ini tidak serupa dengan apa yang di katakan oleh Kaum Dahriyyah ia itu manifestasi yang zahir ini adalah abadi bersama Allah. Walau bagaimana pun ia kekal abadi tetapi adalah pembatasan sebahagian daripada Wujud Mutlak, dan tidak di jadikan.

(28)

Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’

|

ANA AL HAQ

27 10.2. Nur yang zahir mulai dari Aql-i-kul, dan menurun hingga Ruh-i-a'zam, Qalam, dan lain-lain yang di gelar Ruh-i-Muhammadi. Nur-i-Muhammadi di panggil Hakikat Muhammad; atau sebagaimana kata hadith, “Allah mula-mula sekali menjadikan Akalku dan Cahayaku”.

Oleh itu, Ruh-i-Muhammadi ialah Ruh 'yang di jadikan'.

Syah wajau'l-Haq mengatakan bahawa kedua-dua itu adalah sama. Sebenarnya Muhammad ada dua aspek: Satu Hakikat dan yang lagi satu 'kejadian', dari segi hakikat, beliau berkata: Bererti: "Aku Ahmad tanpa mim (iaitu Aku Ahad)".

Dari segi 'kejadian' beliau berkata: Bererti: " Hambanya dan Rasulnya " Beliau adalah barzakh (garisan sempadan antara dua perkara itu)

11. Apabila Nur-i-Rahmani (cahaya Allah) menzahirkan dirinya tanpa tabir Rab, ianya tidak ada warna, kualiti dan persamaan. Dalam hal ini, tidak ada barat dan tidak ada timur, tidak ada kiri dan tidak ada kanan, tidak ada bawah dan tidak ada atas, tidak ada masa dan tidak ada ruang, tidak ada siang dan tidak ada malam: Ertinya :

" Dengan Allah, tidak ada pagi atau petang "

12. Bayazid Bistami pernah berkata,

"Aku sampai kepada Allah dengan dua langkah "

“Satu kaki atas nafs saya sendiri, dan satu lagi di lorong 'yang dicintai”.

Kebanyakkan orang berkata inibererti berlawanan dengan Nafs dan Mujahadah. Sebenarnya satu kaki dalam manifestasi (alam) dan yang lagi satu dalam wujud "ke-AKU-an salik. Satu dalam memahami diri dan yang lagi satu dalam memahami Allah. Ertinya: "Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada Tuhannya"

Menurut pandanagn orang-orang Mazhab Syattariyyah di situ tidak ada bersalahannafs atau Mujahadah; dan juga tidak ada fana atau Fanaul-Fana, kerana Fana memerlukan dua diri, satu yang hendak di fanakan dan yang satu yang hendak di wujudkan, maka ini berlawanan dengan Tauhid. Orang-orang syattariyyah mengakui tauhid dan memandang Zat dengan Sifatnya dalam semua peringkat dan tajalliyat.

Nabi berkata: Ertinya “Siapa yang kenal dirinya, kenallah pada Tuhannya”

Beliau tidak berkata: “Siapa yang menyalahi nafsnya, kenallah pada Tuhannya”

Mereka melihat 'tidak ada tanda' dalam tanda-tanda di mana-mana sahaja- kebendaan dan keruhanian. Semua objek adalah bayangan Wujudnya dan pergerakkan objek adalah diperlui oleh tajalliyat asma dan sifat.

Apabila tajaliyyat bergerak, bayangannya (iaitu objek) pun bergerak. Yang bermakna: " Tidak ada yang bergerak, melainkan dengan izin Allah "

Referensi

Dokumen terkait