• Tidak ada hasil yang ditemukan

Baca: Mrk. 14: 1-11; Yoh. 14: 1-31 Yesus diurapi di Betania: Mrk 14: Apa yang dilakukan oleh ketua imam dan guru Taurat?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Baca: Mrk. 14: 1-11; Yoh. 14: 1-31 Yesus diurapi di Betania: Mrk 14: Apa yang dilakukan oleh ketua imam dan guru Taurat?"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Minggu 12

Hari 1

Renungan Hari Ini

Adakah saya

mengizinkan Roh Kudus memberi saya damai, atau saya membenarkan hati saya diganggu?

Baca: Mrk. 14: 1-11; Yoh. 14: 1-31

Yesus diurapi di Betania: Mrk 14: 1-11

1. Apa yang dilakukan oleh ketua imam dan guru Taurat?

2. Mengapa beberapa di antara mereka yang hadir di rumah Simon merasa marah bila perempuan itu menuangkan minyak wangi ke atas Yesus?

3. Menurut Yesus apa yang sudah dibuatnya?

4. Apa yang dibuat oleh Yudas Iskariot?

Yesus menghiburkan pengikut-pengikutNya: Yoh. 14: 1-4 5. Menurut Yesus, Dia pergi untuk melakukan apa?

Jalan kepada Bapa: Yoh. 14: 5-14

6. Menurut Yesus, apakah satu-satunya jalan ke mana Yesus pergi (iaitu ke rumah Bapa)?

7. Menurut Yesus, bagaimana kita dapat melihat TUHAN Bapa?

8. Jika kita beriman pada Yesus, Dia mengatakan kita boleh berbuat apa?

Yesus menjanjikan Roh TUHAN: Yoh. 14:15-31

9. Jika kita mengasihi Yesus, apa yang akan terjadi? Lihat ayat-ayat 15, 21, dan 23.

10. Yesus berkata Dia akan meminta Bapa untuk memberikan kita

Penolong yang lain, iaitu Roh TUHAN. Dalam ayat 26, bagaimanakah Yesus menghuraikan siapa Roh TUHAN?

(2)

Minggu 12

Hari 2

Renung Hari Ini

Orang di dunia tidak memahami kita bila kita tidak melakukan apa yang mereka amalkan. Adalah lebih penting mematuhi arahan Yesus daripada mengikuti orang ramai.

Baca: Yoh. 15: 1-27

Pohon Anggur dan Carang-carang: Yoh. 15: 1-17

1. Yesus berkata Dia umpama pohon anggur dan kita adalah caang-carangNya. Dia berkata Bapa umpama pekebun. Apakah dua sebab Dia mengerat carang-carang itu?

2. Mengapa kita harus tetap dalam Dia?

3. Dalam ayat 7, menurut Yesus apakah hasilnya jika kita menetap dalam Dia?

4. Bagaimana kita tetap dalam kasih Yesus?

5. Mengapa Yesus memanggil kita sahabat-sahabatNya dan bukan hambaNya?

6. Adakah kita memilih Yesus atau Dia yang memilih kita?

7. Perintah apakah yang harus kita taat?

Dunia membenci murid-murid Yesus: Yoh. 15: 18-27 8. Mengapa dunia membenci orang-orang Kristian?

9. Mengapa dunia menganiayai Yesus?

(3)

Minggu 12

Hari 3

Renungan Hari Ini

Saya mahu membuka hati supaya dapat mendengar Roh TUHAN

mengajar saya tentang Yesus dan apa yang akan berlaku kelak.

Baca: Yoh. 16: 1-33

Penganiayaan yang menjelang: Yoh. 16: 1-4

1. Mengapa Yesus memberitahu pengikut-pengikutNya penganiayaan akan menjelang?

2. Mengapa orang mahu menganiaya pengikut-pengikutNya?

Pekerjaan Roh TUHAN: Yoh. 16: 5-16

3. Mengapa Yesus mengatakan Dia harus pergi (mati)?

4. Apakah tiga perkara yang akan dilakukan oleh Roh TUHAN?

5. Menurut Yesus, ada banyak lagi yang ingin diperkatakan kepada pengikut-pengikutNya, tetapi mereka tidak sanggup menerima pada ketika itu. Bila Roh TUHAN datang, apakah yang akan Dia lakukan?

6. Bagaimana Roh TUHAN akan memuliakan Yesus?

Duka pengikut-pengikut berubah menjadi suka: Yoh. 16: 17-33 7. Apakah maksud Yesus bila Dia berkata,”Tidak lama lagi kamu tidak akan melihat Aku, lalu tidak lama kemudian kamu akan melihat Aku”?

8. Apakah yang akan terjadi sehingga pengikut-pengikutNya akan dipenuhi suka cita?

9. Menurut ayat-ayat 26 dan 27, perlukan Yesus membuat permohonan kepada Bapa bagi pihak kita atau kita sendiri boleh berdoa secara langsung kepada Bapa melalui nama Yesus?

10. Adakah menjadi seorang Kristian bermakna kita tidak akan menghadapi sebarang masalah langsung?

(4)

Minggu 12

Hari 4

Renungan Hari Ini

Saya amat bersyukur kerana Yesus turut berdoa untuk saya ketika Dia melafazkan doa yang terakhir.

Baca: Yoh. 17: 1-26

Yesus berdoa bagi DiriNya Sendiri: Yoh. 17: 1-5

1. Apa yang dikurniakan Tuhan kepada Yesus Kristus supaya Dia boleh memberikan hidup kekal?

2. Apakah hidup kekal itu?

Yesus berdoa bagi pengikut-pengikutNya: Yoh. 17: 6-19 3. Yesus menyatakan TUHAN Bapa kepada siapa?

4. Dalam ayat-ayat 7 dan 8, menurut Yesus, apa yang dibuat oleh pengikut-pengikutNya?

5. Dalam ayat-ayat 11 dan 12, apakah hal perkara terutama yang dipohon untuk pengikut-pengikutNya?

6. Dalam ayat-ayat 13-16, Yesus mengatakan pengikut-pengikutNya bukan dari dunia ini. Mereka tidak lagi seperti dunia atau mencontohi dunia. Apakah perkara kedua yang Yesus pohon untuk pengikut-pengikutNya?

7. Apakah perkara ketiga yang Yesus pohon untuk pengikut-pengikutNya?

Yesus berdoa bagi semua umat percaya: Yoh. 17: 20-26 8. Dalam ayat 20, Yesus berkata Dia berdoa untuk siapa?

9. Dalam ayat-ayat 21-23, apakah perkara keempat yang Yesus pohon untuk semua yang mempercayaiNya?

10. Dalam ayat 24, apakah perkara terakhir yang Yesus pohon untuk semua yang mempercayaiNya?

(5)

Minggu 12

Hari 5

Renungan Hari Ini

Adakah saya bersikap rendah hati dengan orang Kristian lain atau saya cuba meninggikan diri?

Baca: Mrk. 14: 12-17, Yoh. 13: 1-30

Persediaan untuk Perjamuan Tuhan: Mrk 14: 12-17

1. Bagaimana pengikut-pengikutNya tahu di mana untuk membuat persediaan merayakan Perayaan Roti Tidak Beragi (Perayaan Paska)?

Yesus membasuh kaki pengikut-pengikutNya: Yoh. 13: 1-15 2. Yesus sedar bahawa masanya sudah tiba untuk meninggalkan dunia. Menurut ayat 1, apakah yang mahu ditunjukkan oleh Yesus kepada pengikut-pengikutNya?

3. Ayat 3 memberitahu kita tiga hal yang diketahui oleh Yesus. Oleh sebab Dia mengetahui hal-hal ini, membasuh kaki pengikut-pengikutNya

merupakan demonstrasi yang cukup kuat bagi mereka. Apakah tiga perkara yang Yesus ketahui itu?

4. Pada pendapat anda, mengapa Petrus menghalang Yesus membasuh kakinya?

5. Mengapa kemudiannya Petrus mahu Yesus membasuh seluruh tubuhnya?

6. Mengapa Yesus membasuh kaki pengikut-pengikutNya?

Yesus bernubuat tentang pengkhianatan terhadap DiriNya: Yoh. 13: 16-30

7. Mengapa Yesus meramalkan siapa yang akan mengkhianatiNya?

8. Yesus tahu siapa yang akan mengkhianatiNya. Siapakah yang ditunjukkanNya sebagai pembelot?

9. Apa yang terjadi kepada Yudas setelah dia mengambil roti itu?

(6)

jawapan: minggu 12

Hari 1

1. Ketua imam dan guru Taurat masih cuba mencari jalan untuk menangkap Yesus secara diam-diam. Mereka takut jika dilakukan secara terbuka akan berlaku rusuhan.

2. Minyak wangi itu sangat mahal dan mereka menganggap perbuatan itu sia-sia. Jika dijual, harganya melebih upah setahun dan wangnya boleh diberikan kepada orang-orang miskin.

3. Yesus berkata dia telah menuangkan minyak wangi atasnya sebagai menyeduakan tubuhNya bagi penguburan.

4. Yudas pergi kepada para ketua imam dan menawarkan untuk menyerah Yesus kepada mereka. 5. Yesus berkata Dia pergi untuk menyediakan suatu tempat bagi pengikut-pengikutNya dan Dia akan kembali untuk membawa mereka bersama.

6. Yesus berkata, “Akulah jalan untuk mengenal TUHAN dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.”

7. Dia berkata bahawa jika kita melihat Yesus, kita sudah melihat Bapa.

8. Yesus berkata jika kita beriman padaNya kita dapat melakukan apa yang Dia lakukan, malah lebih lagi. Yesus berkata apa sekalipun yang kita minta dalam nama Yesus, Dia akan melakukannya.

9. Jika kita mengasihi Yesus, kita akan mentaati perintah-perintahNya. Bapa akan mengasihi kita. Yesus akan menyatakan DiriNya kepada kita. Yesus dan Bapa akan datang dan tinggal bersama kita.

10. Yesus menghuraikan Roh Kudus sebagai Penolong yang akan mengajar kita semua hal dan mengingatkan kita tentang apa yang Yesus telah katakan kepada kita.

Hari 2

1. Dia mengerat carang-carang yang tidak berbuah dan memangkas setiap carang yang berbuah supaya ia berbuah dengan lebih banyak lagi.

2. Tiada carang yang dapat berbuah dengan sendirinya; ia mesti menetap pada pohon anggur. Sama juga, kita tidak akan berbuah sebagai orang Kristian melainkan kita menetap dalam Yesus.

3. Apabila kita menetap dalam Yesus dan firmanNya menetap dalam kita, apa sekalipun yang kita minta akan dipenuhi.

4. Jika kita mentaati perintah-perintah Yesus, kita akan menetap dalam KasihNya.

5. Yesus memanggil kita sahabat kerana Dia telah memberitahu kita segala yang dipesan oleh Bapa. Hamba tidak akan diberitahukan segalanya.

6. Yesus telah memilih kita dan menugaskan kita supaya pergi dan berbuah lebat untukNya. 7. “Saling mengasihi,” merupakan perintah Yesus yang harus kita taat.

8. Dunia membenci orang-orang Kristian kerana ia membenci Yesus terlebih dahulu dan kerana kita bukan sebahagian dunia—kita tidak berkelakuan seperti dunia.

9. Dunia menganiayai Yesus kerana mereka tidak mengenali TUHAN, yang telah mengutus Yesus. Bila Yesus mengajar, Dia menunjukkan kepada dunia apakah itu dosa, akibatnya mereka merasa bersalah atas dosa-dosa mereka.

10. Yesus berkata bahawa Dia akan mengutus Roh TUHAN daripada Bapa, dan Roh TUHAN adalah Roh kebenaran, dan Dia akan bersaksi tentang Yesus.

Hari 3

1. Yesus memberitahu pengikut-pengikutNya tentang penganiayaan yang bakal terjadi supaya mereka tidak akan sesat. Dia mahu mereka ingat amaran ini bila tiba masa mereka dianiayai.

2. Orang akan menganiayai pengikut-pengikutNya kerana mereka menyangka dengan berbuat demikian mereka membantu TUHAN. Mereka tidak mengenali TUHAN Bapa atau Yesus.

3. Yesus berkata kecuali Dia “pergi” Dia tidak dapat mengutus Roh TUHAN kepada mereka.

4. Roh TUHAN akan meyakinkan dunia tentang dosa, tentang kebenaran kerana Yesus telah pergi kepada Bapa, dan tentang penghakiman kerana penguasa dunia sudah pun dihukum.

5. Roh TUHAN akan membimbing kita supaya mengetahui segala kebenaran. Dia hanya berucap apa yang didengarNya dan Dia akan memberitahu kita apa yang akan berlaku kelak.

6. Roh TUHAN akan memuliakan Yesus dengan menyatakan Yesus kepada kita.

7. Maksud Yesus, Dia akan mati dan kemudian akan bangkit semula supaya mereka dapat menyaksikanNya.

8. Bila Yesus bangkit semula pengikut-pengikutNya akan bersukacita seperti seorang perempuan bersukacita setelah melahirkan anak.

9. Kita harus berdoa dalam nama Yesus. Bapa mengasihi kita kerana kita mengasihi Yesus dan Dia akan mengabulkan permohonan kita bila kita meminta dalam nama Yesus.

(7)

10. Semasa kita masih di dunia kita akan mengalami kesusahan, tetapi Yesus telah mengalahkan dunia, dan kita memiliki damai bila mengenali Dia.

Hari 4

1. TUHAN mengurniakan kuasa kepada Yesus supaya Dia dapat memberi hidup sejati dan kekal kepada manusia.

2. Hidup sejati dan kekal adalah mengenali satu-satunya TUHAN yang benar dan Yesus Kristus yang diutusNya.

3. Yesus menyatakan TUHAN Bapa kepada semua yang diserahkan oleh TUHAN kepadaNya dan kepada mereka yang mentaati Firman TUHAN.

4. Pengikut-pengikut sedar bahawa Yesus mentaati perintah TUHAN. Mereka menerima apa yang Yesus katakan kepada mereka. Mereka tahu Yesus berasal daripada TUHAN dan mereka percaya TUHAN yang mengutus Yesus.

5. Yesus memohon perlindungan bagi mereka melalui kuasa nama yang diberikan TUHAN kepadaNya. 6. Yesus memohon supaya mereka dilindungi daripada Si Jahat. Yesus tidak berdoa supaya mereka dikeluarkan dari dunia, tetapi agar mereka tetap selamat dalam dunia.

7. Yesus memohon supaya mereka disucikan (milik TUHAN yang khas) – diasingkan bagi kegunaan khusus atau dijadikan kudus.

8. Yesus berkata bahawa Dia bukan sahaja mendoakan pengikut-pengikutNya, tetapi juga untuk semua yang akan mempercayai Yesus kelak melalui kesaksikan dua belas muridNya.

9. Yesus memohon supaya semua yang mempercayaiNya bersatu supaya dunia akan mengetahui tentang Yesus.

10. Yesus memohon supaya semua yang mempercayaiNya, akan bersamaNya dalam kemuliaan dan melihat kemuliaanNya.

Hari 5

1. Yesus memberitahu pengikut-pengikutNya bahawa mereka akan menemui seorang lelaki menjunjung buyung air dan mereka patut mengikutinya. Mereka harus bertanya kepada tuan punya rumah di mana mereka harus menyediakan perjamuan Paska. Mereka menemui segala seperti yang dikatakan oleh Yesus. 2. Yesus mahu menunjukkan betapa Dia mengasihi mereka.

3. Yesus tahu bahawa TUHAN telah memberikanNya kuasa atas segala sesuatu, bahawa Yesus berasal daripada TUHAN, dan bahawa Yesus akan kembali kepada Tuhan.

4. Petrus merasa malu kerana guru-tuannya melakukan kerja seorang hamba bila Dia membasuh kakinya. 5. Petrus ingin sekali dikena pasti bersama Yesus. Dia tidak mahu mengabaikan apa sekali pun.

6. Menurut Yesus, Dia melakukannya untuk dijadikan contoh bagaimana mereka harus melayan satu sama lain. Mereka harus saling melayani dengan rendah hati.

7. Yesus meramalkan Dia akan dikhianati supaya bila hal itu terjadi, pengikut-pengikutNya tahu bahawa Dia memang Mesias, Penyelamat yang diutus TUHAN, seperti yang didakwaNya.

8. Yesus memberi roti itu kepada Yudas Iskariot.

9. Sebaik sahaja Yudas mengambil roti itu, Iblis masuk ke dalam hatinya. Dia meninggalkan makan malam lalu pergi mengkhianati Yesus.

10. Oleh sebab Yudas bertanggungjawab atas hal kewangan, pengikut-pengikut menyangka Yesus telah mengutusnya ke luar untuk membeli sesuatu atau untuk mendermakan wang kepada yang miskin.

Referensi

Dokumen terkait

• Kata ‘bagaimana’ digunakan untuk mengidentifikasikan persoalan yang menurut peneliti benar telah menjadi persoalan atau bersifat mengantarkan masalah penelitian.. •

Berdasarkan Firman Tuhan ini, maka sebagai Pelayan Yesus Kristus kami memberitakan kepada kita sekalian bahwa pengampunan dosa telah berlaku dalam nama Bapa, Anak dan

Berdasarkan Firman Tuhan ini, sebagai Pelayan Yesus Kristus kami memberitakan bahwa pengampunan dosa telah berlaku dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.. Jemaat : Syukur

Berdasarkan Firman Tuhan ini, sebagai Pelayan Yesus Kristus kami memberitakan bahwa pengampunan dosa telah berlaku dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.. Jemaat : Syukur

Yohanes juga memberi kesaksian tentang Yesus kepada muridnya bahwa Roh Kudus turun dari langit dan tinggal di atas Dia (Yoh 1:33, 34). Roh dalam Perjanjian Lama

Berdasarkan Firman Tuhan ini, maka sebagai Pelayan Yesus Kristus kami memberitakan kepada kita sekalian bahwa pengampunan dosa telah berlaku dalam nama Bapa, Anak dan

Berdasarkan Firman Tuhan ini, sebagai Pelayan Yesus Kristus kami memberitakan bahwa pengampunan dosa telah berlaku dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.. Jemaat : Syukur

“Roh Kudus yang sudah Tuhan Yesus berikan kepada kita, Dia akan membantu kita dalam berdoa, sebab Roh Kudus pun berdoa untuk kita kepada Allah,”.