• Tidak ada hasil yang ditemukan

i. Pelanggan individu yang mempunyai akaun Sewa Beli yang aktif dengan CIMB Bank;

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "i. Pelanggan individu yang mempunyai akaun Sewa Beli yang aktif dengan CIMB Bank;"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

T e r m a - t e r m a d a n S y a r a t -s y a r a t

K e m p e n

1. “Go Digital With CIMB” (“K e m p e n

”) dianjurkan oleh CIMB Bank Berhad (“ C IM B B a

n k ”

) dan akan

berlangsung dari 15hb Jun 2016 hingga 16hb September 2016, termasuk kedua-dua tarikh tersebut

(“T

e m p o h K e m p e n

”).

2. Kempen ini dianjurkan bersama-sama dengan “Go Digital with CIMB” yang dianjurkan oleh CIMB

Islamic Bank Berhad (“C IM B Is la

m ic B a

n k ” ) .

Dengan mengadakan Kempen bersama-sama dengan CIMB Islamic Bank, Hadiah di bawah Kempen ini akan diambil daripada himpunan Hadiah yang sama untuk kempen yang dianjurkan oleh CIMB Islamic Bank.

3. CIMB Bank berhak mengubah tempoh, tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat Tempoh Kempen

dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar.

4. Kempen ini terbuka kepada Pelanggan CIMB Bank yang merupakan:-

i. Pelanggan individu yang mempunyai akaun Sewa Beli yang aktif dengan CIMB Bank;

ii. Semua pemegang kad kredit CIMB Bank yang akaunnya sedang digunakan, sah, masih wujud

dan tidak mengingkari mana-mana terma Perjanjian Pemegang Kad CIMB Bank.

(dirujuk secara kolektif sebagai “P

e la n g g a n L a y a k ”)

5. Individu/entiti berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini:-

i. Kakitangan atau pekerja tetap, kontrak dan/atau sementara CIMB (termasuk anak-anak

syarikatnya dan syarikat-syarikat berkaitannya) dan ahli keluarga terdekat mereka (iaitu suami/isteri, anak, ibu bapa, abang, kakak dan adik).

ii. Keempunyaan Tunggal, Perkongsian, Organisasi/Pertubuhan Amal/Bukan Untung,

Pelanggan Korporat dan Perdagangan, Syarikat Disenarai Awam, Syarikat Sendirian Berhad, Kelab, Persatuan dan Koperasi.

iii. Pemegang kad kredit CIMB Bank tambahan dan/atau yang diaktifkan semula.

6. Untuk menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak hendaklah membuat pembayaran minimum

sebanyak RM200 setiap transaksi untuk pembayaran Sewa Beli atau Kad Kredit mereka melalui

sebarang “P la t f o r m E l e k t r o n ik

” (seperti yang dijelaskan dalam Klausa 7) dalam Tempoh Kempen

(“k e p e r lu a n m in im u m ” ). Apabila Pelanggan Layak memenuhi keperluan minimum, beliau akan

memperolehi satu (1) penyertaan dan berpeluang memenangi Hadiah yang disebut dalam Klausa 10 di bawah. K e la y a k a n K r i t e r i a P e n y e r t a a n

(2)

7. “P la tf o r m E l e k t r o n ik

” bermaksud Mesin Juruwang Automatik (ATM) CIMB, CIMBClicks, ‘Interbank Giro’ (IBG) atau ‘Standing Instructions’ (SI) yang dibuat oleh Pelanggan Layak untuk mendebit Akaun Semasa atau Akaun Simpanan CIMB mereka untuk pembayaran sewa beli atau kad kredit.

8. Untuk mengelakkan keraguan, Pelanggan Layak boleh mendapatkan seberapa banyak penyertaan

yang boleh dengan syarat setiap pembayaran yang dibuat untuk pembayaran Sewa Beli atau Kad Kredit mereka adalah jumlah minimum sebanyak RM200 setiap transaksi dan dalam tempoh kempen.

9. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini, Pelanggan Layak yang telah

memperolehi Penyertaan/Penyertaan-penyertaan yang dirujuk dalam Klausa 6 akan memperolehi

dan mengumpul penyertaan (“P

e n

y

e r t a a

n

”) dan berpeluang memenangi Hadiah berikut:-

Kategori Hadiah Bilangan Hadiah

Sewa Beli iPad Mini 416GB wifi model 100 unit

Kad Kredit iPad Mini 416GB wifi model 100 unit

10. Hadiah yang akan dimenangi:

i. disediakan atas dasar “seadanya”;

ii. tidak boleh dipindahkan atau ditukar untuk wang tunai atau kredit; dan

iii. tidak termasuk sebarang aksesori atau barang yang ditunjukkan dalam bahan pemasaran

dan/atau promosi yang ditunjukkan dalam risalah atau laman web CIMB, kerana aksesori atau barang tersebut adalah bagi tujuan ilustrasi sahaja.

11. Untuk Kempen ini, setiap Pelanggan Layak hanya berhak memenangi maksimum satu (1) hadiah

dalam Tempoh Kempen.

12. Untuk mengelakkan keraguan, Pelanggan Layak yang menyertai Kempen ini dan “Go Digital with

CIMB” yang dianjurkan oleh CIMB Bank hanya berhak memenangi satu (1) hadiah di bawah kedua-dua Kempen dalam Tempoh Kempen.

13. Hadiah mungkin tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syaratnya sendiri yang hendaklah

dibaca bersama-sama dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam ini. Imej hadiah yang ditunjukkan dalam sebarang bahan pemasaran dan pengiklanan hanyalah bagi tujuan visual sahaja dan warna hadiah mungkin berbeza daripada Hadiah sebenar yang diterima.

14. Hadiah akan dihantar ke alamat pos Pemenang Hadiah yang disimpan dalam rekod CIMB dalam

masa enam (6) hingga lapan (8) minggu selepas Pemenang Hadiah menerima makluman melalui panggilan telefon daripada CIMB Bank. Sebarang Hadiah yang tidak dapat diserahkan (bukan atas salah CIMB) dan masih tidak dituntut oleh Pemenang Hadiah tiga (3) bulan selepas tarikh panggilan makluman dibuat akan ditarik balik.

H

a d

i

a

(3)

15. Pada akhir Tempoh Kempen, Pelanggan Layak yang memperolehi penyertaan yang dirujuk dalam Klausa 6 akan disenarai pendek secara rawak oleh sistem pemilihan automatik daripada himpunan penyertaan layak (dengan mengambil kira penyertaan daripada CIMB Bank dan juga CIMB Islamic

Bank) untuk penentuan Pemenang Hadiah (“P

e la n g g a n D i s e n a r a i P e n d e k ”).

16. Pelanggan Disenarai Pendek dikehendaki menjawab dua (2) soalan dengan tepat sebelum

diisytiharkan sebagai pemenang Hadiah (“P

e m e n a n g H a d i a h

”). Sekiranya Pelanggan Disenarai Pendek gagal menjawab dua (2) soalan tersebut dengan tepat, Pelanggan Disenarai Pendek tersebut akan dianggap tidak berjaya dalam penyertaan yang berkenaan.

17. Pelanggan Disenarai Pendek akan dihubungi melalui nombor telefon mudah alih atau mana-mana

nombor hubungan lain mereka yang disimpan di dalam rekod CIMB dalam masa enam (6) minggu selepas akhir tempoh Kempen. CIMB Bank berhak merakamkan perbualan telefon ini bagi tujuan peningkatan perkhidmatan pelanggan, penentusahan dan kepatuhan.

18. Pelanggan Disenarai Pendek bertanggungjawab memastikan nombor telefon mudah alih atau

nombor telefon dan alamat mereka yang diberikan adalah nombor telefon mudah alih atau nombor telefon dan alamat yang semasa dan dikemaskinikan dalam rekod CIMB. CIMB Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan Disenarai Pendek atas sebarang kerugian (termasuk kehilangan peluang dan kerugian berbangkit yang menyusul daripadanya) yang dialami sekiranya nombor telefon dan alamat pos Pelanggan Disenarai Pendek dalam rekod CIMB Bank bukan nombor telefon dan alamat pos semasa atau tepat kecuali jika disebabkan kecuaian melampau atau keingkaran CIMB Bank.

19. Jika percubaan pertama untuk menelefon Pelanggan Disenarai Pendek gagal atas sebab seperti

tiada jawapan, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tidak dapat disambungkan atau sebarang sebab lain, dua (2) percubaan lanjut akan dibuat untuk menelefon Pelanggan Disenarai Pendek tersebut. Jika percubaan ketiga tidak berjaya, Pelanggan Disenarai Pendek yang seterusnya akan dihubungi dan proses akan diulang sehingga seorang Pelanggan Disenarai Pendek berjaya dihubungi.

20. CIMB Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk menetapkan tarikh dan masa (Isnin hingga

Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang) (“T a

r ik h d a n M a s a y a n g D i t e t a p k a n ”) untuk membuat

panggilan telefon kepada Pelanggan Disenarai Pendek. CIMB Bank tidak akan

dipertanggungjawabkan atas panggilan yang dibuat yang:-

i. tidak disempurnakan atau terputus atas apa sebab jua;

ii. tidak dijawab atau tidak diteruskan kerana Pelanggan Disenarai Pendek tidak ada pada

Tarikh dan Masa yang Ditetapkan dan/atau disebabkan

iii. apa-apa sebab lain yang bukan salah CIMB Bank.

21. Pada masa pemilihan Pemenang Hadiah Kempen ini, akaun Sewa Beli Pelanggan Disenarai Pendek

TIDAK BOLEH memungkiri sebarang terma dan syarat Perjanjian Sewa Beli CIMB Bank, tidak tertunggak lebih daripada satu (1) bulan, tidak di bawah status ‘Restructured’ dan ‘Rescheduled’ menurut definisi CIMB Bank, tidak ditamatkan atau diselesaikan dengan awal dan akaun kad kredit

P e m i l ih a n P e m e n a n g d a n P r o s e s M a k lu m a n

(4)

Pelanggan Disenarai Pendek hendaklah sedang digunakan, sah, wujud dan tidak mengingkari sebarang terma Perjanjian Pemegang Kad CIMB Bank dan jika tidak Pelanggan Disenarai Pendek akan disingkirkan daripada menyertai Kempen ini dan/atau memenangi Hadiah.

22. Dengan menyertai Kempen, Pemenang Hadiah bersetuju dan memberi kuasa kepada CIMB Bank

untuk mendedahkan butir-butir mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor K/P, nombor telefon dan alamat) kepada pengedar/agen CIMB Bank bagi tujuan memastikan penghantaran atau penebusan hadiah.

23. Pemenang hadiah mungkin, dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh mereka sendiri,

dikehendaki menghadiri upacara penyampaian hadiah dan/atau program publisiti lain bila dan apabila dikehendaki oleh CIMB Bank. Jika Pemenang Hadiah gagal menghadiri upacara tersebut dan/atau program publisiti lain tanpa sebab yang sah, CIMB Bank berhak menarik balik Hadiah dan memilih pemenang Hadiah yang lain.

24. Dengan menyertai kempen ini, Pelanggan Layak dianggap telah membaca, memahami dan

bersetuju terikat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan semua keputusan oleh CIMB Bank berkaitan dengan setiap aspek Kempen adalah muktamad, mengikat dan konklusif dengan syarat sentiasa bahawa keputusan dibuat dengan adil dan munasabah.

25. Keputusan CIMB Bank dan/atau hakim CIMB Bank berkaitan dengan Kempen adalah muktamad,

mengikat dan konklusif kecuali berlaku kesilapan nyata. CIMB Bank merizab hak dan budi bicara mutlak untuk menyingkirkan dan/atau menolak mana-mana Pelanggan Layak yang ditentukannya atau dengan munasabah disyakinya telah mengganggu proses atau operasi Kempen ini, atau bertindak memungkiri Terma-terma dan Syarat-syarat di dalam ini.

26. CIMB Bank berhak menggantung, melanjutkan atau memendekkan tempoh dan/atau

menamatkan Kempen ini dengan memberikan notis selama empat belas (14) hari kalendar kepada Pelanggan Layak. Tiada pampasan tunai atau dalam bentuk barang akan diberikan kepada Pelanggan Layak berbangkit daripada penggantungan, pelanjutan, pemendekan dan/atau penamatan kecuali ini disebabkan oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian melampau oleh CIMB Bank.

27. CIMB Bank berhak, menurut budi bicara mutlaknya untuk memodifikasi, mengubah,

memadamkan atau menambah mana-mana Terma dan Syarat di dalam ini atau mana-mana

bahagian daripadanya (“P

in d a a

n

”) dengan memberikan makluman terdahulu selama dua puluh satu (21) hari calendar kepada Pelanggan Layak. Makluman tentang Pindaan kepada Pelanggan Layak akan dilakukan menurut budi bicara mutlak CIMB Bank melalui mana-mana satu cara komunikasi berikut, iaitu melalui pos biasa ke alamat Pelanggan Layak yang terakhir diketahui atau dengan memaparkan notis tentang Pindaan di setiap cawangan CIMB Bank di mana peruntukan terperinci mengenai Pindaan boleh dinyatakan dalam notis itu sendiri atau boleh diberikan kepada Pelanggan Layak apabila diminta atau dengan menyiarkan iklan tentang Pindaan dalam satu akhbar pilihan CIMB Bank, atau melalui laman web CIMB Bank atau melalui mel elektronik atau melalui sebarang cara notis lain yang boleh dipilih oleh CIMB Bank dan Pindaan akan dianggap

T e rm a -t e r m a d a n S y a r a t-s y a r a t A m

(5)

mengikat Pelanggan Layak dari tarikh makluman Pindaan atau dari sebarang tarikh lain yang boleh ditetapkan oleh CIMB Bank dalam makluman.

28. CIMB Bank tidak akan walau bagaimanapun jua bertanggungjawab atas sebarang kehilangan

pendapatan, keuntungan atau nama baik, gantirugi tidak langsung, sampingan, berbangkit, teladan, punitif atau khas oleh mana-mana pihak (termasuk pihak ketiga) berkaitan dengan tindakan Pelanggan Layak menyertai atau tidak menyertai Kempen ini kecuali jika disebabkan oleh keingkaran yang disengajakan atau kecuaian melampau oleh CIMB Bank.

29. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak dengan ini bersetuju untuk memastikan CIMB

Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing tidak dipertanggungjawabkan akibat dan terhadap sebarang tuntutan, tindakan, prosiding, penghakiman, kerosakan, kerugian, perbelanjaan atau liabiliti yang ditanggung oleh CIMB Bank dan ahli gabungannya dan pengarah, pegawai, pekerja dan agen mereka masing-masing berhubung tindakan Pelanggan Layak menyertai Kempen ini.

30. Terma-terma dan Syarat-syarat ini (sebagaimana mungkin dipinda dari semasa ke semasa selaras

dengan Klausa 23) hendaklah dibaca bersama-sama dengan Terma-terma dan Syarat-syarat semasa yang mengawal akaun sewa beli dan akaun kad kredit Pelanggan Layak dengan CIMB Bank. Terma-terma dan Syarat-syarat ini akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan pengiklanan dan/atau promosi lain berkaitan dengan Kempen.

31. Sekiranya terdapat apa-apa perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau percanggahan

antara versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris atau bahasa lain, versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika permintaan dibuat oleh Pelanggan Layak dan dicatat dan diakui oleh CIMB dalam rekodnya bahawa versi terma-terma dan syarat-syarat dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi akaun sewa beli dan akaun kad kredit, maka versi Terma-terma dan Syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

32. Untuk maklum balas dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, Pelanggan Layak boleh

menghubungi ‘Customer Resolution Unit’ CIMB Bank di alamat, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di mana-mana alamat, nombor telefon dan nombor faks lain yang boleh diubah oleh CIMB Bank dengan memaklumkan Pelanggan Layak):

Customer Resolution Unit

Aras 19, Menara Bumiputra-Commerce 11, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Tel: 603 6204 7788/ Faks: 603 2691 3248/ e-mel: CRU@cimb.com

Referensi

Dokumen terkait