• Tidak ada hasil yang ditemukan

SGHU4323 CADASTRE SURVEY PRACTICE LAPORAN TUGASAN AMALI 1 SEMAKAN ALAT, DFT DAN PENGGUNAAN ETSM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SGHU4323 CADASTRE SURVEY PRACTICE LAPORAN TUGASAN AMALI 1 SEMAKAN ALAT, DFT DAN PENGGUNAAN ETSM"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

SGHU4323 CADASTRE SURVEY PRACTICE

LAPORAN TUGASAN AMALI 1

SEMAKAN ALAT, DFT DAN PENGGUNAAN ETSM

FAKULTI ALAM BINA DAN UKUR

SARJANA MUDA HARTA TANAH DAN UKUR (GEOMATIK)

NAMA PENSYARAH: DR. TAN LIAT CHOON

AHLI KUMPULAN:

Bil NAMA NO. MATRIX

1. AMIR HUSNI BIN KAMALUDIN B17GH0029

2. MUHAMMAD AZIM BIN AZAMAN A16GH0073

3. MOHD HADIF HADI BIN MOHD ARIFFIN A15GH0054

4. LEE CHEE ONG A16GH0050

5. CARL MARLYANA BT. RAFEZALL B17GH0032

6. ZATIL AQMAR FARAHIYAH ISHAK B17GH0079

7. NUR SYUHAIDAH BINTI AHMAD SHAHRIN B17GH0063

(2)

i

KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

BAB 1 SEMAKAN ALAT 1

BAB 2 DFT 3

(3)

1

BAB 1

SEMAKAN ALAT

Alat Total Station beserta dengan reflectors’ hendaklah dibuat ujian kalibrasi di tapak ujian EDM apabila:

i. Ujian DFT mempunyai beza jarak melebihidari10mm

ii. Sekali setiap 6 bulan

iii. Selepas diservis

iv. Berlaku penggantian salah satu unit dalam set alat

v. Apabila berlaku kecacatan akibat jatuh atau lain-lain, ataupun bacaan jarak pada posisi yang sama tidak konsisten

Alat Total Station dipasang siap di tiang 1 dan jarak-jarak dari tiang 1 ke tiang-tiang yang lainnya dicerap dengan bantuan cermin prizam yang mempunyai beza jarak antara 5m – 300m. Bacaan dicatatkan dalam Borang Ujian EDM. Perbezaan asas antara jarak yang dicerap dan jarak piawai bagi setiap garisan cerapan dicatatkan dalam ruangan yang berkenaan. Perbezaan-perbezaan ini dijumlahkan, dan kemudian dibahagikan kepada bilangan cerapan yang dilakukan bagi mendapatkan satu nilai angkatap.

Had maksima constant error (jarak diukur – jarak piawai / bilangan cerapan) yang dibenarkan adalah 10mm, jika tidak, alat berkenaan hendaklah dihantar untuk diservis/dibaiki. Adalah digalakan supaya cerapan dibuat berulang kali dengan alat Total Station dipasang siap pada

(4)

2

tiang-tiang yang lain. lni bertujuan untuk memastikan pengukuran jarak Total Station menepati kejituannya.

Borang Ujian EDM adalah seperti di bawah.

BORANG UJIAN EDM

NO BKL TARIKH : 13/11/2019 MODEL UJIAN : TRIMBLE M3 SUHU: 29.7 C

TAPAK UJIAN : UTM

PILLER NOMBOR TIANG SUHU JARAK MENDATAR (A) JARAK SEPERTI ASAL (B) PERBEZAAN ASAL (A-B) DARI KE 1 2 29.7 10.032 10.032 0 1 3 29.7 190.006 190.005 0.001 1 4 29.7 540.026 540.025 0.001 1 5 29.7 805.197 805.202 -0.005 1 6 29.7 900.159 900.164 -0.005 2 3 29.7 179.971 179.973 -0.002 2 4 29.7 529.989 529.993 -0.004 2 5 29.7 795.167 795.17 -0.003 2 6 29.7 890.13 890.132 -0.002 -0.019 PENCERAP: GROUP 9 C = (A-B) -0.002 n n = Jumlah cerapan

(5)

3

BAB 2

DFT

Semakan Harian

Dilaksanakan di lokasi kerja, setiap kali hendak memulakan kerja ukur. Kaedahnya, ukur semula jarak mana-mana garisan yang telah diukur pada hari sebelumnya. Kerja pengukuran boleh diteruskan jika jaraknya berbeza kurang daripada 10 mm jika tidak proses DFT perlu dijalankan.

Differential Field Test (DFT)

DFT dilaksanakan di lokasi kerja apabila; Semakan Harian mempunyai beza jarak melebihi 10 mm dan apabila setiap kali memulakan kerja ukur yang baru.

a) Tanamkan piket A dan B dengan jarak tidak kurang daripada 50 m

A (pkt) 50 m B (pkt)

b) Pasangkan EDM di A dan Prism di B, dan ukur jarak A ke B. c) Tanam Pkt di C lebih kurang dipertengahan garisan AB

A (pkt) 24m C (Pkt) 26m B (Pkt)

Alihkan EDM di C dan pasangkan Prism di A dan B, ukur jarak CA dan CB

Jarak AB hendaklah dibandingkan dengan jumlah jarak CA + CB; Jika didapati jarak melebihi 10 mm, alat yang diuji tidak boleh digunakan, ianya hendaklah dibuat ujian kalibrasi

(6)

4

BAB 3

PENGGUNAAN eTSM

Prosedur penggunaan eTSM

• Penyambungan (connection) alat PDA dan TS.

1. Pasangkan kabel yang menghubungkan antara alat PDA dan Total Station. Hidupkan alat Total Station dan alat PDA.

2. Pada alat PDA buka perisian eTSM. Akan muncul paparan menu utama. Klik pada ‘Job’ → ‘New Job’.

3. Namakan data fail bagi kerja pengukuran hari tersebut. Antara data yang perlu diisi ialah: - Name: (Nama Kerja)

- Folder: None - Type: (*.ebk)

(7)

5

4. Kemudian, tekan butang ‘Save’.

5. Seterusnya, pada paparan menu klik ‘Job’ → ‘Open Job’. Pilih fail yang telah dinamakan pada langkah sebelum ini.

6. Perkara utama yang perlu dibuat sebelum pengukuran menggunakan eTSM ialah membuat perhubungan ‘connection’ antara alat Total Station dengan perisian tersebut.

7. Pada paparan menu PDA, pilih ‘Job’ → ‘Test Connection’. Pada alat TS, tekan ‘External Connection’ → ‘Settings’.

(8)

6

8. Paparan berikut akan terpapar pada alat PDA. Pastikan tetapan pada ‘Connection Manager’ PDA sama dengan tetapan pada alat TS. Antara tetapan yang perlu dibuat ialah: - Com. Port

- Baudrate - Databits - Parity - Stopbits

- Alat Ukur : (Model TS)

9. Setelah semua tetapan pada PDA dan TS telah sama. Pada alat PDA, tekan ‘Save’ untuk simpan tetapan. Kemudian, klik pada ‘Test’ → ‘Initialise’.

(9)

7

10. Connection antara kedua-dua alat akan dikira berjaya sekiranya nilai bearing pada TS menjadi sifar (00º 00’ 00”). Sekiranya connection gagal, cuba lagi dengan mengubah nilai tetapan pada nilai ‘baudrate’ dan ‘parity’ bagi kedua-dua alat sehingga berjaya.

• DFT

1. Untuk memulakan DFT, pada paparan menu PDA klik ‘Survey’ → ‘Diff. Field Test’.

(10)

8

2. Halakan alat TS yang didirikan atas titik A ke prisma yang berada di titik B. Pada paparan DFT PDA untuk A-B, tekan butang ‘Measure’.

3. Ulangi langkah untuk C-A da C-B mengikut arahan (Step) yang tertera pada PDA. Butang pada alat TS tidak perlu digunakan kerana ianya dikawal sepenuhnya oleh aplikasi eTSM. 4. Setelah mencerap data DFT, eTSM akan menghitung nilai selisih bagi alat TS secara

automatik.

5. Tekan butang ‘Save’ dan .ebk bagi DFT akan dihasilkan.

• Datum

1. Sebelum memulakan kerja terabas, data bagi datum terabas tersebut perlu dimasukkan ke dalam eTSM. Syarat-syarat bagi pemilihan dan penubuhan datum perlu lah dipatuhi seperti yang tertera dalam Pekeliling Ukur Kadaster JUPEM.

2. Dirikan alat TS di Stesen 2 dan alat prisma di Stesen 1 untuk dijadikan sebagai ‘back bearing’.

3. Tekan ‘Survey’ → ‘Datum’. Paparan Datum akan dipaparkan pada skrin. Isi setiap maklumat yang diperlukan seperti, dari mana nilai datum tersebut diperolehi, nilai bearing datum tersebut, nombor batu dan jenis batu pada stesen tersebut.

(11)

9

4. Halakan alat TS pada prisma dan tekan butang FL, butang tersebut terletak di bahagian menu bawah yang merupai symbol meter yang bewarna kuning. Selesai cerapan penyilang kiri, ambil bacaan bagi cerapan penyilang kanan pula.

5. Tekan butang ‘Save’ untuk menyimpan data bagi Datum yang telah direkod.

(12)

10

• Terabas

1. Dirikan alat di stesen 3 sebagai pandangan hadapan. Untuk menjalankan ukur terabas dengan menggunkan eTSM, pertama sekali klik ‘Survey’ → ‘Traverse’. Satu paparan bagi traverse akan ditunjukkan pada skrin.

2. Pada bahagian ‘Traverse Stn’, masukkan nombor stesen yang telah dijadikan datum sebelum ini serta nombor stesen yang akan dicerap. Masukkan juga jenis batu bagi stesen tersebut.

3. Halakan alat TS yang berada di Stesen 2 ke prisma yang berada di Stesen 1(back bearing), kemudian tekan butang ‘P. Kiri’ untuk masukkan semula (recall) nilai bearing datum yang telah disimpan sebelum ini. Nilai bearing akan ditetapkan → ‘Brg Set’ → OK.

(13)

11

4. Halakan pula TS ke prisma yang berada di stesen 3. Tekan butang ‘FL’ iaitu face left bagi mencerap bacaan bearing bagi penyilang kiri stesen tersebut. Nilai bearing dan jarak bagi stesen 2-3 akan dipaparkan.

5. Seterusnya, tukar penyilang kanan. Halakan semula prisma ke stesen 1 dan tekan butang P. Kanan di bahagian atas untuk recall nilai bearing. Setelah bearing ditetapkan, halakan prisma ke stesen 3 semula dan tekan butang ‘FR’ untuk face right.

6. Setelah kesemua nilai bearing dan jarak bagi kedua-dua penyilang di stesen tersebut siap dicerap, tekan butang ‘Save’ symbol disket kelabu untuk menyimpan data tersebut. Data perlu disimpan setiap kali sebelum berubah ke stesen seterusnya.

(14)

12

• Bearing Close

1. Untuk stesen terakhir, bearing close akan digunakan bagi menutup terabas tersebut. Klik ‘Survey’ → ‘Bearing close’.

2. Pada bahagian ini, langkah yang perlu dilakukan adalah sama dengan langkah dalam cerapan terabas. Namun yang membezakannya ialah, ‘Brg. Terikat.

3. Setelah semua data cerapan diisi, tekan butang ‘Save’ bagi menyimpan data bearing close tersebut.

(15)

13

• Close Statement

1. Setelah terabas telah ditutup, close statement akan dilakukan bagi mencari nilai tikaian C correction bagi kerja ukur tersebut.

2. Klik ‘Survey’ → ‘Close Statement’.

3. Paparan seperti berikut akan tertera. Masukkan nombor stesen yang digunakan sebagai datum pada awal pengukuran bagi mencari nilai selisih.

4. Nilai bacaan dari bearing close akan dibandingkan dengan nilai datum bagi mencari selisih. Seterusnya, perisian eTSM akan mengira selisih C correction bagi setiap stesen. Hasil hitungan akhir akan akan dikeluarkan dalam bentuk pembukuan digital (.ebk).

(16)

14

• Pembukuan Digital

1. Untuk melihat semula pembukuan digital (.ebk), klik ‘Record’ → ‘View Fieldbook’. Antara contoh hasil akhir adalah seperti yang tertera:

Differential Field Test (DFT)

Referensi

Dokumen terkait