• Tidak ada hasil yang ditemukan

7sistem pendawaian elektrik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "7sistem pendawaian elektrik"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

SISTEM PENDAWAIAN

Objektif am : Mengetahui tentang faktor pemilihan jenis pendawaian, memahami kaedah-kaedah pemasangan serta memahami sistem pendawaian kawasan pertanian dan tapak pembinaan. Memahami sistem pepasangan sementara.

Objektif khusus :

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat

:-1. Menyenaraikan faktor pemilihan jenis pendawaian. 2. Menerangkan kaedah-kaedah pemasangan.

3. Menerangkan sistem pendawaian di kawasan pertanian dan tapak pembinaan.

4. Mentakrifkan sistem pepasangan sementara.

UNIT 7

(2)

Sistem pendawaian merupakan suatu pemasangan litar elektrik yang merangkumi pengalir, penebat, pelindung mekanikal dan aksesori elektrik. Ia boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis perlindungan mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel yang digunakan. Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel.

7.1 FAKTOR PEMILIHAN JENIS PENDAWAIAN

7.1.1 Faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian

Faktor yang perlu diberi perhatian semasa memilih sesuatu sistem pendawaian ialah;

 Jenis beban yang hendak dipasang  Keadaan tempat pemasangan  Kos perbelanjaan

 Tempoh ketahanan pemasangan  Kekemasan dan kecantikan  Keadaan sekeliling

 Tempoh masa menyiapkan

 Perubahan atau penambahan litar masa akan datang  Jenis voltan bekalan

 Keselamatan dan kelulusan LLN/JKR

(3)

7.1.3 Jenis-jenis pendawaian yang sesuai bagi sesuatu bangunan

Berikut merupakan senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan.

 Sistem permukaan

Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-kabel digunakan dalam sesuatu pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang pelindung tambahan.  Sistem tersembunyi

Bagi sistem pendawaian teresembunyi, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan lansung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori.

 Sistem penyokong katenari

Sistem pendawaian penyokong katenari adalah satu sistem yang jarang-jarang digunakan dewasa ini. Tetapi pada sesuatu keadaan sistem ini masih diperlukan.

 Sistem konduit

Sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan disalurkan kabel.

 Sistem sesalur

Sistem pendawaian sesalur merupakan satu sistem yang menggunakan sesalur logam atau bahan penebat pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.

 Sistem salur

Sistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang menggunakan salur logam atau bahan penebat dan diapasang di bawah lantai ketika peringkat pembinaan bangunan.

 Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum

Sistem ini dinamakan sedemikian kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan mineral pelapik kuprum.

 Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum

Pemberian nama sistem ini adalah juga kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel penebatan kertas pelapik plumbum.

(4)

sedikit.

v) Kerosakan mekanikal kemungkinan berlaku amat kurang. vi) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan

pendawaian.

vii) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil. b) Sistem tersembunyi

i. Bekalan voltan jenis 1 fasa.

ii) Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen

iii) Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik iv) Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.

v) Bilangan kabel yang perlu dipasang adalah banyak. vi) Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama. vii) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil. c) Sistem penyokong katenari

i. Bangunan atau dewan yang silingnya terlalu tinggi. ii. Pendawaian di pusat atau kandang ternakan. iii. Penyambungan kabel bekalan di antara dua

bangunan.

iv. Kawasan luar bangunan yang mempunyai halangan.

d) Sistem konduit

i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak.

ii. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik. iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan

datang.

iv. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.

v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar. e) Sistem sesalur

i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa. ii. Bangunan besar dan bertingkat

(5)

iii. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.

iv. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang. v. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.

vi. Memerlukan keselamatan ke atas kabel atau penguna yang lebih.

f) Sistem salur

i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.

ii. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.

iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.

iv. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang.

v. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.

vi. Memerlukan kekemasan dan kecantikan. vii. Memerlukan perlindungan yang lebih. g) Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum

i. Suhu sekeliling terlalu panas. ii. Kawasan berminyak.

iii. Tindakan kesan kimia.

iv. Kawasan yang mudah terbakar. h) Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum

i. Untuk pemasangan di dalam tanah. ii. Untuk beban yang mengalir arus tinggi. iii. Memerlukan perlindungan mekanikal yang

(6)

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA…!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

1) Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian. 2) Nyatakan 8 jenis pendawaian yang sesuai bagi sesuatu bangunan.

(7)

Jawapan :

1) Faktor –faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian : a) Jenis beban yang hendak dipasang

b) Keadaan tempat pemasangan c) Kos perbelanjaan

d) Tempoh ketahanan pemasangan e) Kekemasan dan kecantikan f) Keadaan sekeliling

g) Tempoh masa menyiapkan

h) Perubahan atau penambahan litar masa akan datang i) Jenis voltan bekalan

j) Keselamatan dan kelulusan LLN/JKR

2) Jenis-jenis pendawaian yang sesuai bagi sesuatu bangunan a) Sistem permukaan

b) Sistem tersembunyi c) Sistem penyokong katenari d) Sistem konduit

e) Sistem sesalur f) Sistem salur

g) Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum h) Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum

(8)

7.2 KAEDAH-KAEDAH PEMASANGAN

7.2.1 Kaedah-kaedah memasang kabel mengikut jenis sistem pendawaian. a) Sistem permukaan

Jenis-jenis kabel yang digunakan

Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut. Ini adalah kerana kabel yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah pada keadaan sekeliling dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah kediaman adalah kabel bersalut pvk atau getah.

Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip ke permukaan dinding, tiang atau siling. Sebelum sistem ini dijalankan, pastikan permukaan dawai bukan daripada bahan jenis logam. Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu atau simen, kabel akan diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan ke dinding atau siling.

Terdapat dua jenis klip kabel yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan pelambam. Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong. Jarak maksimum di antara klip yang menyokong kabel bolehlah dirujuk pada jadual di bawah.

b) Sistem pendawaian tersembunyi

Jenis kabel yang digunakan

KAEDAH-KAEDAH

PEMASANGAN

(9)

Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem permukaan iaitu kabel bersalut pvk.

Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan membenamkan kabel-kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan. Pada kebiasaanya pendawaian tersembunyi dibuat ketika peeringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu kabel-kabel yang dipasang mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel.

c) Sistem penyokong katenari

Jenis kabel yang digunakan

Kabel yang sesuai digunakan ialah daripada jenis kabel penebat bersalut pvk atau getah kuat serta mempunyai penahan minyak dan penghalang api.

Kaedah pemasangan kabel

Kabel akan dimasukkan ke lubang yang terdapat di penyokong ketenari, dengan diikuti oleh dawai pengikat. Setelah kerja memasukkan kabel dan dawai pengikat selesai, barulah disangkutkan kedua-due penghujung dawai pengikat ke dinding atau tiang bangunan. Ikatan dawai pengikat di dinding atau tiang mestilah kuat dan kemas. Pada kebiasaannya hanya dua kabel sahaja yang boleh disokong oleh penyokong katenari.

d) Sistem pendawaian konduit

Jenis kabel yang digunakan

Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada tanpa salut atau bersalut.

Kaedah pemasangan kabel

Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja bebenang siap pada kesemua konduit yang diperlukan, sambungkan konduit-konduit tersebut mengikut keperluan dengan menggunakan aksesori-aksesori tertentu (sesiku, tee, dan sebagainya), dan pasangkan ke permukaan dinding atau siling dengan disokong oleh pelanan dan bar. Jarak maksismum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah dirujuk daripada jadual 11c. Setelah kesemua kerja pemasangan siap barulah kerja menyalurkan kabeldijalankan. Pastikan kabel-kabel

(10)

Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.  Kaedah pemasangan kabel

Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah disalurkan kabel ke dalamnya. Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang boleh didapati daripada jadual 12f.

f) Sistem salur

Jenis kabel yang digunakan

Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.  Kaedah pemasangan kabel

Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotak salur didahului kemudian diikuti oleh penyaluran kabel di dalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka bagi tujuan pemasangan semula atau penambahan kabel atau sebagainya.

g) Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum.

Jenis kabel yang digunakan

Menggunakan kabel penebatan mineral pelapik kuprum.  Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian penebatan mineral pelapik kuprum boleh dilakukan dengan pelbagai cara, di antaranya ialah:

i) secara diklip ke permukaan dinding atau siling ii) secara sistem konduit.

iii) secara sistem sesalur iv) secara sistem salur

(11)

h) Sistem pendawaian kabel penebatan kertas pelapik plumbum.

Jenis kabel yang digunakan

Menggunakan kabel penebatan kertas pelapik plumbum.

Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel untuk sistem pendawaian ini ialah; i) Dengan menggunakan sistem salur atau konduit atau saluran. ii) Dengan ditanamterus kabel di dalam tanah.

7.2.2 Pemilihan saiz kondit, sesalur dan salur.

a) Cara-cara pemilihan saiz nominal konduit

i. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya tidak lebih 3 meter, perlu rujuk jadual 12a dan 12b.

 Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12a.

 Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor konduit daripada jadual 12b.

 Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

ii. Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus dengan panjangnya lebih daripada 3 meter atau sebarang panjang larian yang mengandungi bengkok atau offset.

 Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12a.

 Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan faktor konduit daripada jadual 12d, mengikut panjang larian dan jumlah bengkok serta offset dalam larian.

 Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

b) Cara pemilihan saiz nominal sesalur

i. Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual 12e. ii. Jumlahkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan

dengan faktor sesalur daripada jadual 12f.

iii. Saiz nominal sesalur yang sesuai, sekiranya faktor sesalur sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

(12)

2. Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar.

3. Semua kabelhidup dan neutral untuk bekalan A>U bagi setiap litar mestilah dipasang dalam sesalur atau salur yang sama.

4. Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakan kabel.

5. Faktor ruang bagi sesalur tidak melebihi 45%.

Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel x 100

(13)

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA…!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

1) Terangkan kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian konduit.

2) Nyatakan jenis kabel yang digunakan pada setiap sistem pendawaian berikut : a) Sistem permukaan :

b) Sistem penyokong katenari : c) Sistem pendawaian konduit :

d) Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum : 3) Berikan 4 peraturan IEE bagi sistem sesalur dan salur.

(14)

Jawapan :

1) Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan membenamkan kabel-kabel ke lurah alur di dinding atau siling yang telah disediakan. Pada kebiasaanya pendawaian tersembunyi dibuat ketika peeringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu kabel-kabel yang dipasang mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel.

2) a) Kabel bersalut pvk atau getah.

b) Kabel penebat bersalut pvk atau getah kuat serta mempunyai penahan minyak dan penghalang api.

c) Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada tanpa salut atau bersalut. d) Kabel penebatan mineral pelapik kuprum.

3) Peraturan IEE bagi sistem sesalur dan salur :

1. Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang kerosakan mekanikal.

2. Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar. 3. Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan A.U bagi setiap litar mestilah

dipasang dalam sesalur atau salur yang sama.

4. Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakan kabel.

(15)

SISTEM PENDAWAIAN

KAWASAN PERTANIAN DAN

TAPAK PEMBINAAN

(16)

SELANJUTNYA…!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

(17)
(18)

7.4.1 Takrif pepasangan sementara

Sistem pepasangan sementara ialah satu lagi jenis sistem pendawaian di mana ia merupakan pemasangan yang digunakan dalam jangka masa yang pendek.

7.4.2 Tempat yang lazim digunakan

Sistem pendawaian pepasangan sementara biasanya digunakan di pesta-pesta keramaian dan di tapak pembinaan bangunan.

7.4.3 Peraturan IEE khas sistem pepasangan sementara

a) Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada 3 bulan.

b) Mesti mangadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yang boleh memutuskan semua kutub hidup dan neutral.

c) Jumlah beban untuk pemegang lampu jenis bayonet mestilah tidak melebihi 1000 watts.

d) Mesti ada pengawasan yang rapi serta orang yang bertanggungjawab sepenuh masa ke atas keselamatan pemasangan.

e) Semua kabel ang digunakan dalam pemasangan ini mestilah berlapik dan tahan daripada kerosakan mekanikal.

f) Kabel berlapikkan logam tidak dibenarkan dalam pemasangan ini kecuali berperisai.

g) Jika pemasangannya menggunakan konduit logam ia mestilah mematuhi peraturan IEE bagi sistem konduit.

h) Ujian pemasangan hendaklah dijalankan seperti ujian pemasangan tetap.

(19)

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA…!

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN

BERIKUTNYA.

1) Takrifkan pepasangan sementara.

2) Nyatakan tempat-tempat dimana sistem pendawaian pepasangan sementara sesuai digunakan.

3) Berikan 4 peraturan IEE bagi sistem pepasangan sementara.

(20)

Jawapan :

1) Pemasangan yang digunakan dalam jangka masa yang pendek.

2) Sistem pendawaian pepasangan sementara biasanya digunakan di pesta-pesta keramaian dan di tapak pembinaan bangunan.

3) a) Pemasangan mesti diperiksa semula jika tempohnya lebih daripada 3 bulan. i) Mesti mangadakan perlindungan lebihan arus dan suis utama yang boleh

memutuskan semua kutub hidup dan neutral.

j) Jumlah beban untuk pemegang lampu jenis bayonet mestilah tidak melebihi 1000 watts.

k) Mesti ada pengawasan yang rapi serta orang yang bertanggungjawab sepenuh masa ke atas keselamatan pemasangan.

(21)

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .

Jika ada masalah yang timbul , sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!!

SOALAN

(22)

Referensi

Dokumen terkait

Para pemain juga merupakan komponen penting dalam ansambel, dimana mereka wajib patuh pada pemimpin lagu, bermain lagu sesuai dengan partitur yang diberikan, dan

Menurut Al-Afghani bahwa factor penyebab kemunduran Islam bukanlah, karena Islam tidak sesuai dengan perobahan kondisi dan zaman, tetapi disebabkan oleh beberapa factor,

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a, perlu menetapkan Keputusan Badan Akreditasi Nasional Perguruan Tinggi tentang Pencabutan Keputusan Badan

Beberapa cara sintesis artemisinin telah dilaporkan, namm akibat molekul yang agak kompleks maka senyawa ini tidak mungkin disintesis secara kimia dengan cara yang

Dari hasil eksperimen yang dilakukan dengan menggunakan algoritma sistem ini, dapat disimpulkan bahwa keseluruhan sistem mulai dari pengambilan sinyal EEG,

Dana Swakelola untuk pemeliharaan jalan yang di alokasikan di Kabupaten Pinrang memang masih minim, maka kondisi adanya kekurangan dana dalam penganggaran pemeliharaan jalan tidak

Dalam hal ini penggunaan pendekatan emotional pada strategi penetrasi pesan yang dilakukan Pond’s Age Miracle khususnya pada iklan televisi Pond’s Age Miracle versi

Untuk mempelajari konsep-konsep diatas digunakan model-model berikut : (1) Fungsi reaksi otoritas moneter (2) Pendekatan moneter terhadap neraca pembayaran dan dalam penentuan