• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dr. Sato Rahmat Universiti Malaya (UM), Malaysia dan Universiti Yala Rajabhat (YRU),Thailand

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dr. Sato Rahmat Universiti Malaya (UM), Malaysia dan Universiti Yala Rajabhat (YRU),Thailand"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

HIPOTESIS KEHADIRAN SISIPAN –ar- ATAU -er- DALAM KATA jerebu DALAM BAHASA MELAYU STANDARD MALAYSIA

(A Hypothesis of the Presence of infix -ar- or -er- in the word jerebu in Standard Malay of Malaysia)

Dr. Sato Hirobumi @ Rahmat

Universiti Malaya (UM), Malaysia dan Universiti Yala Rajabhat (YRU),Thailand Manavavee Mamah

Universiti Yala Rajabhat (YRU),Thailand

ABSTRAK

Kajian ini mengemukakan satu hipotesis bahawa KN jerebu (bahasa Melayu standard Malaysia) yang merujuk satu fenomena alam sekitar itu diterbitkan dari kata dasar jabu (dialek Kedah) [= abu, asap], bersama sisipan –ar- atau –er-, berdasarkan kajian pustakaan kami yang terbatas. Seandainya sisipan –ar- atau –er- yang membawa makna “kolektif”, “berterusan”, atau “berkesinambungan” ini digunakan untuk menerbitkan KN atau KKj (termasuk kata adjektif) jarabu atau jerebu, maka fungsi KKj [= berabu, berasap] itu berkemungkinan membawa makna yang sama dengan KKj berjabu (dialek Kedah) yang berawalan ber-. This study presents a hypothesis that KN jerebu (standard Malay of Malaysia) referring to an environmental phenomenon was derived from a root word jabu (Kedah dialect) [= ash, smoke], with an infix -ar- or -er-, based on our limited library study. If the infix -ar- or -er- meaning of "collective", "continuous", or "without interruption" is used to produce Noun or Verb (including the Adjective) jarabu or jerebu, then the function of Verb [= ashy, smoking] possibly carries the same meaning as the Verb berjabu (Kedah dialect) which has prefix ber-.

PENDAHULUAN

Bahasa diibaratkan umpama udara yang seakan-akan tidak dihargai dalam kehidupan sehai-hari, melainkan waktu berlaku letupan cerobong asap di kilang. Fenomena jerebu yang melanda Malaysia setiap tahun mengingatkan kita mengenai pentingnya udara yang segar untuk kita hidup dengan sihat, dan sekali gus mencerminkan satu aspek perkembangan kata jerebu dalam bahasa Melayu yang barangkali sudah tidak terfikirkan lagi oleh warga remaja Malaysia pada abad ke-21 ini.

Kajian ini bertujuan untuk mengemukakan satu hipotesis kata jerebu merupakan kata terbitan berimbuhan sisipan –ar- atau –er- yang diimbuhkan pada kata dasar jabu (salah satu dialek Kedah, Malaysia) dari segi tatabahasa.

(2)

MASALAH KAJIAN

Fenomena pencemaran udara yang terjadi akibat pembakaran terbuka sudah lama dikenali dengan istilah jerebu di Malaysia, tetapi istilah ini ternyata tidak digunakan di masyarakat Indonesia yang berjiran. Indonesia menggunakan istilah kabut asap yang menggambarkan fenomena pencemaran udara ini dengan jelas dari segi pembentukan kata. Fenomena yang sama ini dirujuk dengan istilah-istilah yang berlainan di Indonesia dan Malaysia. Untuk makluman pembaca, Thailand menggunakan istilah

หมอกควัน

(mokkhwan) = kabut asap bagi fenomena ini.

Menurut satu sumber, istilah jerebu berasal dari dialek Riau, Indonesia. Namun, istilah ini tidak diterima pakai di masyarakat Indonesia, termasuk media-messa besar. Kamus yang diterbitkan di Indonesia dan juga Malaysia tidak menyebut apa-apa mengenai hal ini sejak zaman dahulu. Kami telah membuat satu hipotesis bahawa istilah jerebu ada kemungkinan terbentuk dari kata dasar jabu (dialek Kedah) bersama sisipan –ar atau –er- dalam bahasa Melayu Malaysia pada tahun 1980-an. Kami mengkaji kemungkinan terbentuknya kata ini, berdasarkan kajian kepustakaan.

ANALISIS (I)

Ketika mengalami fenomena ini buat pertama kalinya di Kuala Lumpur pada tahun 1987, penulis (Sato) menyedari istilah jerebu sudah digunakan oleh media-massa Malaysia pada masa itu. Menurut Harith (2015), kali pertama fenomena jerebu dilaporkan berlaku di Malaysia ialah tahun 1960, dan kejadian ini disebabkan oleh faktor tempatan (Malaysia) seperti pembakaran terbuka, pembakaran bahan api dari industri perkilangan dan kenderaan; kejadian jerebu 1983 benar-benar mengganggu kehidupan rakyat Malaysia kerana disebabkan fenomena El Nino, ditambah dengan pembakaran hutan di Kalimantan, Indonesia, seperti yang diringkaskan dari berita di bawah:

Saturday, October 03, 2015 Jerebu di Malaysia: 1960 - 2015

(3)

Kali pertama kejadian jerebu dilaporkan berlaku di Malaysia ialah pada tahun 1960, namun ianya disebabkan oleh faktor tempatan seperti pembakaran terbuka, pembakaran bahan api dari industri perkilangan dan kenderaan.

Kejadian jerebu tahun 1983 merupakan kali pertama ia benar-benar mengganggu kehidupan rakyat Malaysia. Jerebu tahun 1983 ini disebabkan fenomena El Nino dan ditambah pula dengan pembakaran hutan di Kalimantan. Kualiti udara yang buruk juga menyebabkan MAS terpaksa menunda 16 penerbangan mereka, manakala 3 penerbangan lagi dibatalkan.

Tahun seterusnya negara dilanda jerebu teruk ialah pada Ogos 1990, Jun 1991, Oktober 1991 dan Ogos 1994.

Tahun 1997, berlakunya episod terburuk jerebu di Malaysia. Hampir seluruh negara diselaputi asap tebal selama hampir enam bulan, malah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesetengah kawasan melewati paras bahaya.

Episod jerebu di Malaysia muncul kembali pada 2005, 2006, 2013 dan 2015. Sumber:

Days of Haze (24 April 1983). New Sunday Times, p.10.

Hamidi Ismail, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain. 2001. Hubungan Jerebu dengan kes Asma: Kajian di beberapa buah hospital di Lembah Klang. Akademika 59 (Julai):117-127.

Jamal Othman, Mazura Sahani, Mastura Mahmud, Md Khadzir Sheikh Ahmad. 2014. Transboundary smoke haze pollution in malaysia: inpatient health impacts and economic valuation. Environment Pollution 189:194-201. Noraini Shariff (2 Februari 1993). Relatively haze-free year in the offing. New

Straits Times, p.13.

kiriman Harith Faruqi Sidek

http://harithsidek.blogspot.com/2015/10/jerebu-di-malaysia-1960-2015.html

ANALISIS (II)

Kejadian jerebu yang menjadi tetamu yang tidak dialu-alukan ini selalu diungkitkan dari segi punca pembakaran terbuka di Sumatera dan Kalimantan dan juga gangguannya ke atas kesihatan manusia dan binatang-binatang lain sahaja. Setahu kami, istilah bahasa Melayu

(4)

yang merujuk fenomena ini tidak pernah dipersoalkan dan diberi penjelasan yang kukuh dari segi linguistik Melayu. Walaupun Harith dalam petikan yang tersebut menggunakan istilah jerebu bagi fenomena pembakaran terbuka secara bersahaja, namun istilah ini baru pertama kali dimuatkan dalam Kamus Dewan (1994, edisi ketiga) dan tidak pernah diperkenalkan dalam edisi lama (1970, 1989) yang sebelumnya di Malaysia. Penulis (Sato) sendiri masih telah menysksikan istilah jerebu dalam akhbar Utusan Malaysia, Malaysia pada tahun 1987.

Istilah bahasa Inggeris haze pula diterjemahkan sebagai “abu atau asap yang berkepul-kepul” sahaja dalam banyak kamus Inggeris-Melayu sebelum Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) dan Kamus Dwibahasa (2001, edisi kedua) diterbitkan di Malaysia:

KIMD (1991) haze 1. jerebu, 2. kabut, 3. kabur; dan

KD (2001) haze 1. kabus yang nipis, jerebu, 2. kekaburan (fikiran).

Jika istilah jerebu sudah biasa digunakan secara meluas dalam masyarakat Malaysia sejak kejadian tahun 1960 yang tersebut, tidak mungkin pihak DBP terlupa menyenaraikan kata jerebu hingga saat penerbitan Kamus Dewan (1994, edisi ketiga) yang tersebut. Begitu juga syarikat-syarikat penerbitan swasta di Malaysia sepatutnya mencantumkan istilah ini dalam kamus mereka selewat-lewatnya pada hujung tahun 1980-an, tetapi ternyata tidak dibuat. Hal ini bermakna kata jerebu itu berkemungkinan merupakan istilah yang agak baharu dalam sejarah bahasa Melayu di Malaysia, iaitu tahun 1980-an. Untuk makluman pembaca, terdapat pihak yang mengatakan kata jerebu itu berasal dari dialek Riau, Indonesia. Namun, pihak media-massa Indonesia tidak menggunakan kata jerebu dan merujuknya dengan istilah kabut asap bagi fenomena yang diakibatkan oleh pembakaran hutan secara terbuka itu.

ANALISIS (III)

Sumber kepustakaan perlu diselidiki untuk mengenal pasti kata yang berkenaan. Sebuah kamus Wilkinson yang bertajuk A Malay-English Dictionary (1932; reprint 1943)

mencatatkan kata-kata yang serupa dari segi bentuk dan juga maknanya, iaitu jabu / berjabu ([Ked] to rise in clouds. Of dust or ashes), dan

(5)

R.J. Wilkinson (1932; reprint 1943) A Malay-English Dictionary

Sebuah lagi kamus yang diterbitkan di Pinang pada tahun 1961 (cetakan kedua) yang bertajuk Kamus ‘Am Bahasa Melayu pula memperkenalkan kata jabu (berjabun2, tabun, menabun, berkabun asap naik ke udara debu). Kemungkinan kedua-dua informasi ini diturunkan sahaja kepada Kamus Dewan (1970), iaitu jabu (Kd); berjabu (mengepul [abu, asap]) yang tidak terdapat dalam mana-mana kamus bahasa Indonesia. Nama dialek Kedah disebut bagi kata jabu dalam kamus ini.

(6)

Sumber: Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya

(7)

sejak abad ke-19 tidak mencatatkan kata jabu dan jarabu atau jerebu serta kata yang serupa bentuknya dengannya. Hanya kamus yang berkaitan dengan Malaysia (kini) sahaja yang mencatatkan kata-kata yang mungkin berkaitan dengan istilah jerebu. Hal ini jangan dilupakan, dan perlu disimpan dalam ingatan kita semua.

ANALISIS (IV)

Namun demikian, tidak dapat dipastikan dari catatan kecil dalam kamus itu sahaja sama ada kata-kata yang tersebut merupakan kata dasar atau kata terbitan bersisipan –el- atau –er- (juga -ar-) yang sudah tidak produktif lagi dalam bahasa Melayu pada zaman sekarang. Seandainya sisipan yang membawa makna “kolektif”, “berterusan”, atau “berkesinambungan” ini digunakan untuk menerbitkan KN atau KKj (termasuk kata adjektif) jelebu atau jerebu, maka kata dasar jebu rasanya tidak salah disamakan secara tekaan dengan kata jabu yang terdapat dalam dialek Kedah, bukan? Maksudnya, pertukaran bunyi vokal antara a /a/ dan e /ə/ berlaku dalam kata jabu dan jebu yang tidak digunakan secara am dalam masyarakat Malaysia.

Andaikata lagi, jika kata terbitan jarabu (< j-ar-abu ?) atau jerebu (< j-er-ebu ?) yang kini tergolong ke dalam golongan KN itu dapat berfungsi sebagai KKj bersama makna sisipan –er- (juga -ar-) “kolektif”, “berterusan” atau “berkesinambungan”, maka kata terbitan KKj jarabu atau jerebu (= berabu, berasap) yang bersisipan itu berkemungkinan membawa makna yang sama dengan KKj berjabu (dialek Kedah) yang berawalan ber-. Dengan perkataan lain, KN jabu (dialek Kedah) menerbitakan KKj berjabu (dialek Kedah) yang berpadanan dengan KKj jarabu (< j-ar-abu ?) atau jerebu (< j-er-ebu ?) yang kini fungsinya bertukar menjadi KN dalam bahasa Melayu standard.

Kita dapat memanfaatkan informasi yang terkini daripada kamus digital yang diperbaharui setiap masa. Namun, kamus bercetak yang bertarikh penerbitan itu masih tetap berguna, misalnya, dalam hal meneliti sesuatu hal dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu yang tersingkir dari kamus digital, dari segi tarikh penerbitan itu.

PENUTUP

Kajian ini mengemukakan satu hipotesis bahawa KN jerebu yang merujuk satu fenomena pembakaran terbuka itu diterbitkan dari kata dasar jabu (dialek Kedah) bersama sisipan –ar- atau –er-, berdasarkan kajian pustakaan yang terbatas. Sisipan ini sudah tidak produktif lagi dalam bahasa Melayu zaman sekarang. Seandainya sisipan –ar- atau –er- yang membawa makna “kolektif”, “berterusan”, atau “berkesinambungan” ini digunakan untuk menerbitkan

(8)

KN atau KKj (termasuk kata adjektif) jarabu atau jerebu, maka fungsi kata terbitan sebagai KKj itu membawa makna yang sama dengan KKj berjabu (dialek Kedah) yang berawalan ber-.

BIBLIOGRAFI

Harith Faruqi Sidek, (03 Oktober 2015) “Jerebu di Malaysia: 1960 – 2015”. Kitab Tawarikh 2.0. http://harithsidek.blogspot.com/2015/10/jerebu-di-malaysia-1960-2015.html. Hj. Mohd Shah Bin Yusof et. al., (1961, cetakan ke-2) Kamus ‘Am Bahasa Melayu. Cetakan

pertama 1957. Pinang: Bingkisan Pujangga.

Sidang editor, (1970) Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sidang editor, (1989) Kamus Dewan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sidang editor, (1991) Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sidang editor, (1994) Kamus Dewan. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sidang editor, (2001) Kamus Dwibahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wilkinson, R.J., (1943) A Malay-English Dictionary (part I & part II). Reprinted from the 1932 Romanised edition published in Greece. Tokyo: Daitoa Syuppan Kabushiki Kaisha.

Referensi

Dokumen terkait