• Tidak ada hasil yang ditemukan

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

POLISI DAN PROGRAM KESIHATAN

REPRODUKTIF DI TEMPAT KERJA

INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

(2)

POLISI DAN PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERKAITAN KESIHATAN REPRODUKTIF

INSTITUT PERUBATAN DAN PERGIGIAN TERMAJU (IPPT) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)

POLISI INI BERKUATKUASA PADA 1 JANUARI 2015

Polisi disediakan oleh: Disahkan oleh:

EN. AZRAAI FAHMI BIN HAMZAH

Pegawai Sains

Unit Kelestarian Pekerjaan, Pejabat Pengarah Tarikh: 7 Oktober 2014

PROF. ABD. AZIZ BIN TAJUDDIN

Pengarah

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Tarikh:

(3)

Pengenalan

Polisi ini disediakan bertujuan untuk memastikan pekerja-pekerja adalah selamat dari terdedah kepada risiko hazard kesihatan reproduktif, dan menggalakkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan produktif.

Polisi ini dihasilkan sejajar dengan kehendak peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Seksyen 15 (1) yang mana menyatakan;

“Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya;”

Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000 menyatakan;

“Majikan, selepas diberitahu oleh pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang juga seorang pengamal perubatan atau seorang doktor kesihatan pekerjaan mengenai hakikat itu, tidak boleh membenarkan pekerja yang hamil atau pekerja yang menyusukan bayi terlibat dalam, dan hendaklah memindahkan pekerja itu daripada kerja yang boleh mendedahkan atau mungkin mendedahkan pekerja itu kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.”

dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139) melalui Peraturan 41 (c) yang menyatakan;

“Majikan perlu memindahkan pekerja dari apa-apa kerja di mana pekerja tersebut telah terdedah kepada ‘lead’ pada tahap atau kadar yang tinggi pada satu-satu masa yang diukur dalam tempoh tertentu dan ujian persampelan berterusan pekerja wanita yang mengandung, di mana keputusan ujian mendapati kandungan ‘lead’ dalam darah pekerja tersebut berada pada atau telah melebihi 40 ɥg/100 g keseluruhan darah.”

Polisi ini disediakan berdasarkan kepada Panduan Penyediaan Polisi dan Program Kesihatan Reproduktif di Tempat Kerja yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia Malaysia pada tahun 2002.

Pernyataan Am Polisi

Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia (USM) berusaha sedaya mungkin untuk memastikan semua pekerja dapat bekerja dalam persekitaran kerja selamat dari aspek keselamatan dan kesihatan. Oleh itu, IPPT USM akan memastikan bahawa semua pekerja bertanggungjawab untuk tidak membahayakan diri sendiri atau pekerja lain, dan bekerjasama dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin kesihatan reproduktif pekerja.

Bagi mencapai maksud polisi ini, IPPT USM akan berusaha untuk: 1. Memastikan kesihatan reproduktif semua staf IPPT adalah terjamin. 2. Memastikan penglibatan semua pekerja dan skop pekerjaan di IPPT.

3. Memastikan apa-apa rawatan yang perlu, diberikan kepada mana-mana pekerja yang terlibat dalam risiko kesihatan reproduktif.

(4)

Tujuan Polisi

Polisi ini disediakan adalah untuk memastikan semua pekerja tanpa mengira gender, tidak terdedah kepada risiko hazard kesihatan reproduktif yang boleh menjejaskan kesihatan reproduktif mereka.

Kategori Pekerja Terlibat

(i) Pekerja-pekerja lelaki yang terdedah kepada hazard kesihatan reproduktif seperti yang tersenarai dalam Jadual 1, dan;

(ii) Pekerja-pekerja wanita yang mengandung yang terdedah kepada mana-mana hazard kesihatan reproduktif seperti tersenarai dalam Jadual 2.

Penguatkuasaan Polisi

Polisi ini adalah terpakai dan dikuatkuasakan kepada semua staf IPPT USM.

Hazard Kesihatan Reproduktif

IPPT USM akan memastikan mana-mana pekerja yang bekerja mengendalikan bahan-bahan kimia yang mempunyai risiko hazard terhadap kesihatan reproduktif, menjalani pemeriksaan kesihatan berkala bagi memastikan pekerja terbabit tidak mengalami masalah kesihatan reproduktif.

Senarai bahan-bahan kimia yang mempunyai risiko hazard kesihatan reproduktif adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 2.

Program Kesihatan Reproduktif

Bagi merealisasikan polisi ini, IPPT USM akan melaksanakan program-program kesihatan reproduktif kepada semua pekerja bagi memastikan kesihatan reproduktif pekerja terjamin. Sehubungan dengan itu, IPPT USM akan mewujudkan satu program pemantauan kesihatan reproduktif kepada semua pekerja secara berkala bagi tempoh sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Pemeriksaan kesihatan reproduktif ini akan dijalankan oleh doktor kesihatan pekerjaan yang dilantik dan laporan pemeriksaan sebagai rujukan dan simpanan rekod.

IPPT USM akan memastikan mana-mana pekerja yang didapati terdedah kepada risiko hazard kesihatan reproduktif diwajibkan menjalani program pemantauan kesihatan reproduktif. Pekerja-pekerja wanita yang mengandung, baru melahirkan anak, atau sedang menyusukan anak, dari laporan pemeriksaa tersebut, didapati mempunyai risiko hazard kesihatan reproduktif hendaklah diasingkan atau dipindahkan dari mengendalikan bahan-bahan kimia berbahaya kepada kesihatan.

IPPT USM akan memastikan tanggungjawab semua Pengurus/Ketua/Penyelia kerja untuk mengenalpasti pekerjanya yang mempunyai potensi terdedah kepada risiko hazard kesihatan reproduktif.

(5)

PENAKSIRAN RISIKO HAZARD KESIHATAN REPRODUKTIF

Bagi memastikan keberjayaan pelaksanaan polisi ini, IPPT USM akan melaksanakan penaksiran risiko hazard kesihatan reproduktif dengan kaedah berikut:

A. Pengenalpastian hazard

1. Sebarang risiko hazard kesihatan reproduktif di tempat kerja akan dikenalpasti dengan melibatkan penyertaan dari staf.

2. Menyediakan inventori risiko hazard kesihatan reproduktif yang wujud semasa menjalankan kerja-kerja normal dan bukan rutin.

3. Mendapatkan khidmat nasihat dari Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan semasa membuat pengenalpastian risiko hazard kesihatan reproduktif.

4. Mendapatkan maklumat berkenaan risiko hazard kesihatan reproduktif dari dokumen berkaitan seperti Material Safety Data Sheets (MSDS), buku-buku rujukan berkaitan toksikologi, dan jurnal.

5. Menilai sebarang risiko kesihatan reproduktif terhadap pekerja, dan sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan sebarang kesan kesihatan kepada pekerja wanita yang mengandung, baru melahirkan anak, atau menyusukan anak sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Jadual 1 dan 2 yang berpunca dari aktiviti kerja yang dilakukan oleh pekerja di tempat kerja. Perlu diingatkan kemungkinan risiko kesan kesihatan adalah berbeza bergantung samada pekerja wanita tersebut mengandung, baru melahirkan anak atau menyusukan anak.

6. IPPT USM akan melantik Pegawai Pentaksir Risiko yang akan menjalankan penaksiran risiko.

B. Pendedahan hazard

Menjalankan penaksiran pendedahan terhadap risiko hazard kesihatan reproduktif samada secara kualitatif atau kuantitatif.

C. Karakteristik risiko

Mengenalpasti potensi risiko hazard kesihatan reproduktif berdasarkan kepada pendedahan khusus setempat dan agen toksiksiti yang berpotensi.

PENGURUSAN HAZARD KESIHATAN REPRODUKTIF

IPPT USM akan memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah tanggungjawab semua pekerja dan majikan serta bekerja bersama-sama untuk mengurangkan risiko kesihatan reproduktif di tempat kerja.

IPPT USM akan melaksanakan langkah-langkah berikut bagi memastikan kesihatan reproduktif semua pekerja adalah terjamin:-

(i) Pengenalpastian hazard kesihatan reproduktif dan penaksiran risiko. (ii) Penghapusan sumber hazard kesihatan reproduktif.

(iii) Kawalan pendedahan terhadap hazard kesihatan reproduktif.

(6)

Kawalan Pendedahan Risiko

IPPT USM akan memastikan semua pekerja tidak terdedah kepada risiko hazard kesihatan reproduktif dan perkembangan, yang mana melebihi tahap pendedahan had boleh terima yang telah ditetapkan oleh peraturan. Oleh itu, IPPT USM akan menggunakan kaedah kawalan pendedahan risiko berikut:

1. Kawalan Kejuruteraan

2. Kawalan Pemantauan Pendedahan Risiko 3. Pengawasan Kesihatan Reproduktif 4. Kawalan Pentadbiran

5. Perlindungan Sebab Perubatan 6. Penggunaan Alat Lindung Diri

Latihan dan Pendidikan Kepada Pekerja

IPPT USM akan memastikan semua pekerja diberikan pendidikan dan latihan yang sewajarnya tentang risiko hazard kesihatan reproduktif melalui:

1. Penganjuran siri ceramah berkaitan bahan kimia berbahaya, agen fizikal dan biologikal yang boleh membahayakan kesihatan reproduktif, atau apa-apa unsur yang mempunyai potensi hazard atau skop pekerjaan di mana mereka dikehendaki bekerja.

2. Menganjurkan program latihan berkaitan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun, atau apabila terdapat perubahan terkini terhadap maklumat hazard kesihatan reproduktif, amalan kerja selamat atau langkah-langkah kawalan, atau setiap kali pekerja diarahkan bekerja di mana mereka akan terdedah kepada atau kemungkinan terdedah kepada hazard kesihatan reproduktif.

Semakan dan Kajian Semula Polisi

Polisi ini akan disemak dan dikaji semula seberapa kerap yang sesuai dari masa ke semasa selari dengan apa-apa perkembangan berkenaan hazard kesihatan reproduktif dan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Referensi

Dokumen terkait

BADAN PENELITIAN PENGEMBANGAN KELAUTAN DAN PERIKANAN BALAI PENELITIAN PEMULIHAN DAN KONSERVASI SUMBER DAYA IKAN.. JALAN CILALAWI NO.1 JATILUHUR, PURWAKARTA,

[r]

diberikan kesempatan untuk mengajukan sanggahan secara tertulis melalui aplikasi e-procurement LPSE Provinsi Kalimantan Barat sampai dengan tanggal 31 Desember

[r]

Kasubag Keuangan dan Akuntansi FBS4. Kasubag Kemahasiswaan FBS

Sesuai dengan Penetapan Pemenang, Panitia Pengadaan Barang/ Jasa Pekerjaan Konstruksi Dinas Bina Marga dan Pengairan Kabupaten Bandung Barat Tahun Anggaran 2012 dengan ini

[r]

3 2009 Pengembangan Sinergi Bahan Ajar Pneumatik-Hidrolik dan Perancangan untuk Mendukung Competence Based Training di Jurusan Pendidikan Teknik Mesin FT UNY. File Bidang