UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS RANCANGAN INSTRUKSIONAL
Fakulti : Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Jabatan : Asas Pendidikan
Kursus : Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia Kod kursus : KPF 5012
Jam kredit : 2
Prasyarat : Tiada
Butir-butir Pensyarah :
Nama : DR. IKHSAN BIN OTHMAN (Penyelaras)
E-mail : [email protected]
Nama :
E-mail :
Nama :
E-mail :
SINOPSIS :
Kursus ini membincangkan perkembangan dan perlaksanaan sistem pendidikan di Malaysia daripada sebelum merdeka hingga kini. Perbincangan meliputi falsafah pendidikan Barat dan Islam, serta kaitannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi asas pelaksanaan sistem pendidikan negara. Perbincangan juga adalah berkaitan KBSM sebagai wahana penterjemahan FPK manakala guru dan profesion perguruan di bawah satu struktur pentadbiran pelajaran ialah agen pelaksana kurikulum ke arah mencapai hasrat FPK. Isu-isu yang timbul kesan daripada perkembangan terkini bidang pendidikan juga dibincangkan.
LEARNING OUTCOMES :
1. Menyedari kepentingan falsafah sebagai asas dalam perancangan dan perlaksanaan pendidikan.
2. Dapat mengguna pakai unsur-unsur falsafah dalam merancang dan melaksanakan kurikulum sekolah menengah.
3. Berupaya menjadikan falsafah pendidikan dan falsafah pendidikan guru sebagai panduan untuk merealisasikan rupa bangsa yang dihasratkan negara.
Pengesahan Ketua Jabatan:
RUJUKAN UTAMA :
Abdul Rahman Md. Arof dan Zakaria Kasa (1987). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2008). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum,Edisi Kedua. Tanjong Malim: Quantum Books.
PPK (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sufean Hussin (2004). Pendidikan Di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah,Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
RUJUKAN TAMBAHAN :
Hasan Langgulung (1997). Asas-asas pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). The Philosophy of Teacher Education In Malaysia, (Report of the National Workshop & Survey). Kuala Lumpur: Teacher Education Devision Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001a). Education in Malaysia: A Journey to excellence. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001b). Pembangunan pendidikan 2001-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Salleh Lebar (1996). Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd.
Ornstein, A.C. and Hunkins, F.P. (2005). Curriculum: Foundations, principles and issues. Boston: Allyn & Bacon.
Wiles, J. & Bondi, J. (1998). Curriculum development: A guide to practice (5th ed.). New Jersey: Merrill.
STRUKTUR PENGAJARAN :
Kuliah dan perbincangan, pembentangan pelajar, kerja berkumpulan dan kerja individu.
KEMAHIRAN INSANIAH
Aktiviti Kemahiran Insaniah
KOM ETIK PSK PBPM KBPM PIM KU
Kerja Kursus √ √ √
Perbincangan √ √ √
KOM - Kemahiran komunikasi ETIK - Etika profesional
KBPM - Kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah PSK - Kemahiran kerja berpasukan
PBPM - Kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat PIM - Kemahiran kepimpinan
KU - Kemahiran keusahawanan
PENILAIAN : KERJA KURSUS
Tugasan kumpulan (15%) Tugasan dalam kelas (35%)
50%
PEPERIKSAAN AKHIR 50%
JUMLAH 100%
PEMBAHAGIAN STUDENT LEARNING TIME (SLT) Peruntukan SLT Kursus = 80 jam
No. Aktiviti Jumlah
Jam
1. Kuliah 28
2. Tugasan
- Orientasi tugasan 2 jam - Pengumpulan maklumat 5 jam - Penstrukturan semula maklumat 5 jam
- Penulisan tugasan 3 jam
15
3. Konsultansi dengan pensyarah 5
5. Rujukan 12
6. Ulangkaji 20
Jumlah jam keseluruhan 80
GRED KURSUS
Gred Julat Markah PNG(S/K) Taraf
A 80 – 100 4.00 Cemerlang
A- 75 – 79 3.70 Cemerlang
B+ 70 – 74 3.40 Kepujian
B 65 – 69 3.00 Kepujian
B- 60 – 64 2.70 Kepujian
C 50 – 54 2.00 Lulus
C- 45 – 49 1.70 Gagal – Ulang Peperiksaan
D+ 40 – 44 1.40 Gagal – Ulang Peperiksaan
D 35 – 39 1.00 Gagal – Ulang Peperiksaan
F 0 – 34 0 Gagal
PENGREDAN SKALA KEMAHIRAN INSANIAH
SKALA KRITERIA
1 Menguasai ciri-ciri KI berkenaan pada tahap cemerlang 2 Menguasai ciri-ciri KI berkenaan pada tahap baik
JADUAL PENGAJARAN
Kuliah Tajuk Hasil Pembelajaran KI Aktiviti P&P Rujukan
1 Pengenalan kepada falsafah, pendidikan, falsafah pendidikan dan kurikulum
Pelajar dapat :
i. Menjelaskan pengertian falsafah, pendidikan, falsafah pendidikan dan kurikulum
ii. Menjelas dan menghubungkait pengetahuan dengan cabang falsafah metafizik,
epistemologi, aksiologi dan logik.
iii.Menjelaskan implikasi falsafah terhadap kurikulum dan terhadap pendidikan.
KOM - Kuliah & Perbincangan
- Abdul Rahman Md Arof & Zakaria Kasa (1987)
- Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008)
- Sufean Hussin (2004)
2 Aliran falsafah
pendidikan i. Menghurai dan membanding beza empat aliranPelajar dapat : utama falsafah Barat.
ii. Menghurai dan membanding beza empat aliran utama falsafah pendidikan Barat.
iii. Menghubung kait falsafah Barat dengan falsafah pendidikan Barat
KOM - Kuliah & Perbincangan - Pembentangan
- Abdul Rahman Md Arof & Zakaria Kasa (1987)
- Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008)
- Sufean Hussin (2004)
3 Aliran falsafah
pendidikan Pelajar dapat :i. Menjelaskan falsafah pendidikan mengikut perspektif Islam
ii. Menjelaskan implikasi aliran falsafah
pendidikan Barat dan Islam kepada pendidikan negara.
iii. Mengenal pasti ciri eklektik dalam falsafah pendidikan
KOM - Kuliah & Perbincangan - KUIZ 1
- Abdul Rahman Md Arof & Zakaria Kasa (1987)
- Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008)
- Hasan Langgulung (1997)
4 Perkembangan
ke arah pembentukan
- Pendidikan Pasca Laporan Rahman Talib & Akta Pelajaran 1961.
- Pendidikan Pasca Laporan J/K Kabinet 1979
- Pembentangan (2008)
- Sufean Hussin (2004)
- KPM (1980)
5 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan huraiannya
Pelajar dapat :
i. Menghuraikan kandungan FPK (tersirat & tersurat) dari segi bentuk, proses dan matlamat pendidikan negara.
KOM
PBPM - Kuliah & Perbincangan - Pembentangan
- Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008)
- PPK (2001)
6 FPK sebagai asas kepada pembentukan kurikulum pendidikan Malaysia
Pelajar dapat :
i. Menjelaskan FPK sebagai asas kepada
pembentukan kurikulum bersepadu pendidikan Malaysia
ii. Menghubungkait perkembangan menyeluruh potensi intelek, rohani, jasmani dan emosi dengan kurikulum bersepadu KBSR dan KBSM
PBPM
KOM - Kuliah & Perbincangan - KUIZ 2
- Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008)
- PPK (2001)
7 Kurikulum (KBSM) dan proses pengajaran dan pembelajaran dari perspektif falsafah dan sosial sebagai wahana menterjemah FPK
Pelajar dapat :
i. Proses pengajaran & pembelajaran
ii. Menjelaskan kurikulum (KBSM) daripada pelbagai perpektif dan orientasi.
(akademik, humanistik, pengem-bangan proses kognitif, teknologi, pembangunan semula masyarakat)
KOM - Kuliah & Perbincangan - Pembentangan
- Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2008)
- Mohd Salleh Lebar (1988)
8 Pengurusan dan
perkembangan kurikulum
Pelajar dapat :
i. Menjelaskan proses dalam kurikulum:
KOM - Kuliah & Perbincangan
: merealisasikan hasrat FPK menerusi sukatan pelajaran
menghubungkait falsafah dengan matlamat dan objektif sesuatu kurikulum
ii. Menghubungkan hasrat falsafah (FPK) dengan kandungan kurikulum (sukatan pelajaran KBSM)
iii.Mentafsir organisasi pengalaman pembelajaran /susunan kandungan kurikulum
- Pembentangan (2008)
- KPM (1990). - Wiles, J. & Bondi, J. (1998).
9 Pengurusan dan
perkembangan kurikulum : merealisasikan hasrat FPK menerusi sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran
Pelajar dapat :
i. Memperoleh asas kefahaman tentang
transformasi sukatan pelajaran ke rancangan pengajaran :
a) Tahunan b) Harian
ii. Memperoleh asas kefahaman tentang transformasi perancangan harian ke proses pengajaran (KBSM)
10 Falsafah pendidikan guru
dan profesion perguruan Pelajar dapat :i. Menghubung kait guru dengan pendidikan ii. Menjelaskan Falsafah pendidikan guru iii. Memperoleh asas kefahaman tentang
profesionalisme perguruan a) Konsep
b) Etika profesionalisme perguruan
KOM
PBPM - Kuliah & Perbincangan - Pembentangan - KUIZ 3
- KPM (1982).
11 Organisasi dan
pentadbiran pendidikan di Malaysia : (Pusat, negeri, daerah dan sekolah)
Pelajar dapat :
i. Menganalisis struktur organisasi dan
pentadbiran pendidikan di Malaysia peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah.
ii. Kepimpinan dan pentadbiran di sekolah
KOM & Ikhsan Othman (2008)
- Sufean Hussin (2004)
- KPM 2001a
pendidikan di Malaysia i. Mencari maklumat tentang pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke-9
ii. Mencari maklumat tentang pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010)
PBPM Perbincangan
- Pembentangan - KPM (2001b)
- KPM (2006)
13 Pendidikan dan pembangunan negara: Isu-isu.
(Spt. PPSMI, mata pelajaran teras,
pendidikan holistik dll.)
Pelajar dapat :
i. Menyenaraikan isu-isu terkini berkaitan pendidikan dan pembangunan negara ii. Menganalisis isu-isu terkini berkaitan
pendidikan dan pembangunan negara
iii. Mencadangkan alternatif menangani isu-isu yang timbul
KOM
PBPM - Kuliah & Perbincangan - Pembentangan
- Media massa
14 Rumusan berkaitan falsafah dan
perkembangan pendidikan Malaysia
Pelajar dapat :
i. Merumus hubungkait antara falsafah dengan pendidikan sebagai asas perkembangan pendidikan di Malaysia.
KERJA KURSUS
(Wajaran Markah : 50%)A. Tugasan Kumpulan i. Wajaran markah ialah 15%
ii. Tugasan dibuat secara berkumpulan dengan bilangan ahli bagi setiap kumpulan ialah 5 orang.
iii. Skop tugasan bagi setiap kumpulan kuliah (A, B, C . . . .Y) ialah seperti yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan pelajar (5 orang sekumpulan) perlu berbeza untuk aspek yang digariskan.
iv. Tugasan ditulis dalam bentuk esei pada sekurang-kurangnya 25 muka surat melibatkan sekurang-kurangnya 5 bahan rujukan
v. Penulisan adalah mengikut format A.P.A vi. Tugasan perlu dihantar pada minggu ke-5
Kump
Kuliah Skop Tugasan
A Merujuk kepada satuaktiviti rasmi kendalian sekolah jelaskan bagaimana aktiviti tersebut mampu memperkembangkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu.
B Berasaskan kepada satu mata pelajaran tertentu dalam KBSM jelaskan bagaimana keterampilan pelajar dapat diperkembangkan melalui mata pelajaran tersebut. C Pilih salah satuaktiviti kokurikulum jelaskan bagaimana keterampilan pelajar dapat
diperkembangkan dalam aktiviti tersebut.
D Merujuk kepada satu unit dalam struktur organisasi dan pentadbiran pendidikan di peringkat pusat atau negeri, jelaskan kedudukan unit dan peranannya ke arah merealisasikan hasrat FPK
E Berasaskan kepada satu ciri profesional guru, jelaskan bagaimana anda dapat merealisasikan ciri tersebut ketika berperanan sebagai guru (rujuk peranan sahaja) F Merujuk kepada salah satuaspek yang terdapat dalam PIPP, huraikan kesignifikanan
aspek tersebut serta cabaran anda untuk merealisasikannya
G Berasaskan kepada satu senario semasa yang berlaku dalam masyarakat huraikan bagaimana pendidikan dari sudut falsafah, kurikulum serta aktiviti pembelajaran yang dilakukan dapat secara langsung atau tidak langsung memenuhi tuntutan senario tersebut.
H Pilih salah satu isu berkaitan guru sekolah dan kaitkan isu tersebut dengan teori yang berkaitan seterusnya berikan pandangan atau cadangan anda berkaitan isu tersebut. I Pilih salah satudasar pendidikan yang tersurat sebelum FPK dan jelaskan beberapa
aspek dan keselarasannya dengan FPK
J Dengan mengambil contoh satu jenis sekolah (cnth: SMK, SABK, SMT, SMJK dll.) huraikan peranannya dalam membentuk jenerasi yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
K Kenal pasti salah satu aspek berkaitan kod etika perguruan, jelaskan rasional mengapa kod etika tersebut perlu direalisasikan
L Pilih salah satu tajuk dalam mata pelajaran pengkhususan anda,huraikanbagaimana perkembangan potensi pelajar secara seimbang, menyeluruh dan bersepadu dapat diperkembangkan.
M Merujuk kepada salah satu kesan dasar penjajahan, cadangkan bagaimana sistem pendidikan mengambil langkah mengimbangi kesan tersebut.
N Merujuk kepada peringkat/tahap persekolahan yang tertentu, jelaskan bagaimana usaha dilakukan untuk merealisasikan pendidikan holistik.
O Merujuk kepada satu unit dalam struktur organisasi dan pentadbiran pendidikan di peringkat daerah atau sekolah, jelaskan kedudukan unit dan peranannya ke arah merealisasikan hasrat FPK
P Kenal pasti salah satu unsur dalam aspek intelek, huraian bagaimana unsur tersebut dapat dikembangkan dalam diri pelajar serta jelaskan kepentingannya.
Q Bandingkan pelaksanaanya antara KLSM dengan KBSM dengan merujuk kepada salah satu mata pelajaran tertentu di peringkat sekolah menengah.
R Merujuk kepada salah satu unsur dalam aspek emosi, huraian bagaimana unsur tersebut dapat dikembangkan dalam diri pelajar serta jelaskan kepentingannya
S Kenal pasti salah satu objektif yang terdapat mata pelajaran pengkhususan anda, berikan justifikasi bahawa objektif tersebut adalah selaras dengan FPK
T Merujuk kepada salah satu masalah disiplin pelajar, justifikasikan keperluan FPK sebagai asas kepada pelaksanaan pendidikan di sekolah.
U Merujuk kepada salah satu mazhab falsafah umum atau falsafah pendidikan, hujahkan bahawa terdapat juga unsur-unsur mazhab falsafah tersebut dalam FPK
V Pilih salah satudasar pendidikan yang tersurat selepas FPK dan jelaskan beberapa aspek dengan menghubungkannya dengan FPK
W Merujuk kepada salah satu unsur dalam aspek rohani, huraian bagaimana unsur tersebut dapat dikembangkan dalam diri pelajar serta jelaskan kepentingannya X Dengan memberikan satu justifikasikan huraikan secara mendalam samada PPSMI
perlu diteruskan atau dimansuhkan.
B. Tugasan Dalam Kelas i. KUIZ 1 (10 %)
KUIZ 2 (10 %) KUIZ 3 (10 %)
ii. Pembentangan Individu (5 %)
- Bertujuan memberi latihan kemahiran berkomunikasi di hadapan kelas. Masa diberi 5 – 10 minit seorang. Pelajar diberi kebebasan memilih tajuk daripada yang telah dan akan dibincangkan dalam kuliah.
PEPERIKSAAN AKHIR
(Wajaran Markah : 50%) i. Peperiksaan akhir pada tempoh masa 1 jam 15 minit ii. 50 soalan objektif aneka pilihaniii. Meliputi semua tajuk yang telah dipelajari