• Tidak ada hasil yang ditemukan

ulasan buku Islam dan Politik Kenegeraan (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ulasan buku Islam dan Politik Kenegeraan (1)"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk Buku: Islam dan Politik Kenegeraan: Hak Rakyat dalam negara Islam.

Buku yang ditulis oleh Dr. Abd Karim Zaidan dan diterjemah kembali oleh Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin ini merupakan salah satu kajian mengenai negara dan status individu(rakyat) menurut syariat islam. Perbincangan yang dibincangkan dalam buku ini merangkumi tiga bab utama iaitu:

 Penjelasan mengenai negara menurut syariat islam, statusnya, ciri-ciri khasnya, dan

tujuan-tujuan mendirikan negara

 Penjelasan mengenai undang-undang, statusnya, dan hak-hak individu dalam sesebuah

negara islam

 Huraian tentang hak-hak negara terhadap warganya

Diantara ketiga-tiga fokus perbincangan tersebut, saya telah memilih perbincangan mengenai hak-hak negara terhadap warganya untuk diulas.

Penulisan buku dan analisa yang dilakukan oleh penulis dilihat agak baik dan memberi kefahaman kepada pembaca untuk lebih memahami konsep dan perbincangan sebenar yang telah diulas dalam buku ini kerana analisanya berdasarkan kepada nas-nas al-Quran, Hadith, imbauan-imbauan sejarah dan ijtihad-ijtihad para fuqaha. Pelbagai hak dan keistimewaan rakyat telah dibincangkan dalam buku ini.

(2)

yang berbangga dengan keturunan atau warna kulit. Seseorang dianggap yang terbaik di sisi Allah S.W.T ialah mereka yang mempunyai sifat-sifat kebaikan dalam diri, budi pekerti yang baik dan sifat takwa yang tertanam dalam hati yang suci.

Dari segi undang-undang, konsep persamaan dapat dilihat sebagai perkara yang amat penting dalam semua umat islam dan bukan islam iaitu dari segi bangsa, warna kulit, pangkat kekayaan, kaum kerabat atau kawan dan soal-soal akidah yang hanya untuk umat islam. Ini dapat dilihat daripada hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan bahawa hukuman yang sama tetap diberikan kepada semua kaum sama ada kaum itu adalah kaum yang kuat (Bangsawan) dan kaum yang lemah (Hamba) jika dibuktikan mereka salah. Nabi Muhammad S.A.W juga tidak berkompromi untuk menjatuhkan hukuman ke atas saudara maranya atau isterinya (Fatimah) jika beliau telibat dalam melakukan sesuatu kesalahan. Kepentingan konsep persamaan dalam undang-undang ialah rakyat merasa terjamin terutamanya bagi golongan yang lemah.

(3)

dikurniakan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, jelaslah bahawa semua umat adalah sama di sisi Allah S.W.T tanpa mengira pangkat dan kekuasaan.

Dari segi keadilan pula, konsep persamaan dapat dilihat sama dari segi kaedah pembuktian, pelaksanaan undang-undang, tatacara dalam membuat dakwaan ataupun penggugatan dan keadilan di antara dua pihak yang bergaduh dalam menerima hukuman. Dalm konsep persamaan bidang kehakiman, seseorang hakim mestilah bersikap adil dan jujur dalam mengenakan sesutu hukuman ke atas kedua-dua pihak yang bergaduh. Hakim itu mestilah bersikap sama rata tanpa bersikap berat sebelah terhadap mana-mana pihak yang bergaduh. Allah S.W.T telah berfirman bahawa umat islam seharusnya memperjuangkan diri kerana Allah S.W.T, kedua ibu bapanya dan kaum keluarganya dan jangan terlalu bertidak mengikut hawa nafsu yang boleh menyebabkan seseorang itu bersikap tidak adil dalam menetapkan sesuatu perkara.

Konsep kebebasan pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu kebebasan peribadi, hak memiliki, hak keistimewaan tempat tinggal, kebebasan beragama dan beribadah, hak memberi pendapat, hak belajar dan hak untuk mendapatkan perlindungan dari negara. Konsep kebebasan ini meliputi kebebasan manusia untuk mendapatkan pelbagai hak dalam kehidupannya sebagai insan dalam masyarakat.

(4)

Seseorang muslim itu seharusnya bersyukur di atas segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ke atas mereka sebagai umat islam dan sesungguhnya martabat mereka sebagai umat islam dianggap berada dalam kedudukan yang tertinggi dan termulia di sisi Allah S.W.T. Allah S.W.T amat mementingkan harga diri dan maruah umat islam yang harus di jaga dengan sebaik mungkin agar tidak dihina oleh kaum kafir. Orang islam seharusnya berani mempertahankan hak kebebasan peribadi seperti melindungi kehormatan dan kemuliaan daripada ditindas oleh negara sendiri dan anasir-anasir luar. Hal ini kerana, Allah S.W.T itu maha berkuasa di atas sesuatu kejadian dan manusia hanya perlu takut kepada Allah S.W.T sahaja berbanding manusia biasa yang berada di atas muka bumi ini yang tidak dapat menandingi kekuasaan Allah S.W.T. Oleh itu, seseorang individu itu harus berani untuk melindungi kehormatan individu daripada ditindas oleh orang jahat sehingga seseorang individu itu dapat hidup sebagaimana yang dituntut oleh akidahnya. Selain daripada itu, kebebasan peribadi bagi orang bukan islam juga sama seperti orang-orang islam. Hak dan tanggungjawab orang bukan islam adalah sama dengan orang islam malahan dalam hadis Rasulullah S.A.W ada menyebut bahawa orang bukan islam mendapat perlindungan yang banyak dari syariat dan negara islam. Orang bukan islam juga lahir daripada Allah S.W.T Cuma yang membezakannya adalah amalannya sahaja maka orang bukan islam juga harus dilindungi keselamatannya dan orang islam haram untuk menyakitinya seperi mengumpat, menjatuhkan nama baik, serta menganiayai mereka. Sesungguhnya jika umat islam melakukan perbuatan ini maka adalah sama dengan mensia-siakan tanggungan Allah S.W.T.

(5)

Oleh itu, masyarakat Malaysia harus menjaga tempat-tempat beribadah dengan sebaik mungkin daripada dicerobohi dan menjaga kesucian dan kemuliaan agama masing-masing. Konsep murtad tidak ada hubungannya dengan seseorang itu bebas dalam beragama. Ini adalah kerana, murtad adalah perbuatan yang paling dihina dan haram di sisi Allah S.W.T. Apabila umat islam itu murtad maka secara tidak langsung dia telah melanggar hukum-hukum islam dan akidah yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Seseorang itu akan berdosa besar dan segala amalannya semasa menganut agama islam akan ditarik oleh Allah S.W.T dan diibaratkan seperti kehidupan orang-orang kafir. Oleh itu, umat islam tidak seharusnya memandang ringan terhadap isu murtad ini kerana ianya akan menjejaskan kedudukan agama islam dan kedudukan sesebuah negara itu sendiri.

Seterusnya ialah hak keistimewaan tempat tinggal. Setiap manusia memerlukan tempat tinggal untuk berlindung daripada hujan dan panas dan berlindung daripada perkara-perkara yang boleh membahayakan diri. Tempat tinggal merupakan salah satu daripada keperluan asas seseorang untuk meneruskan kehidupan seharian. Tanpa adanya tempat tinggal, manusia akan hidup terumbang-ambing seperti pelarian dan keselamatan manusia akan terjejas dan tidak terjamin. Setiap individu harus melindungi dan menjaga temapat tinggal masing-masing daripada dicerobohi oleh orang-orang luar untuk masuk ke rumah tanpa ada izin. Manusia seharusnya menikmati tempat tinggal ini dengan sebaik mungkin kerana rumah merupakan tempat untuk menyimpan segala rahsia peribadi dan penginapan utama keluarga daripada diancam pelbagai musibah yang tidak diingini. Menceroboh rumah seseorang adalah dilarang oleh Allah S.W.T kerana perbuatan ini mengganggu hak peribadi seseorang dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Allah S.W.T melarang setiap orang masuk menceroboh tempat tinggal orang muslim yang lain tanpa izin. Seseorang itu tidak boleh masuk ke dalam rumah seseorang jika tidak mendapat keizinan daripada tuan rumah. Jika masuk juga ini boleh di anggap sebagai menceroboh dan pecah masuk rumah orang. Perbuatan ini boleh dianggap suatu kesalahan dan boleh disabitkan hukuman di sisi undang-undang.

(6)

mendapatkan rezeki. Seseorang itu bebas untuk bekerja asalkan pekerjaan itu adalah halal dan sah di sisi islam. Contohnya, bidang pertanian, perusahaan, perdagangan dengan syarat ianya tidak bercanggah dengan ajaran islam seperti ri’ba. Amalan riba adalah di haramkan sama sekali dan jika seseorang itu melakukannya akan berdosa besar.

Aspek moral sesuatu pekerjaaan juga amat penting agar ianya tidak dicegah oleh negara islam dan sesuatu pekerjaan yang diusahakan itu mestilah tidak merugikan orang lain. Usaha yang dilakukan dalam pekerjaan dalam menjalani kehidupana seharian akan menjadi hak mutlak yang sepenuhnya jika seseorang itu mengusahakan sesuatu pekerjaan dengan betul dan ikhlas. Sesengguhnya mereka ini akan mendapat balasan yang mulia oleh Allah S.W.T dalam menjaga anak-anak dan isteri mereka sendiri. Negara boleh melarang pegawainya untuk berniaga jika ada alasan yang munasabah dan kukuh walhal sepatutnya syarat negara yang tidak boleh melarang sesiapa pun dari menjalankan kerja-kerja yang harus. Mogok secara jelasnya tidak boleh dilakukan ke atas majikan kerana ianya tidak dapat diterima dalam negara islam. Namun begitu, jika ada seseorang pekerja yang tidak berpuas hati dengan majikannya iaitu dari segi gaji, tidak adil, berat sebelah dan sebagainya dia boleh berterus terang dan berbincang dengan majikannya tentang ketidakpuasan yang terpendam itu. Setiap majikan harus menunjukkan sikap yang baik terhadap pekerjanya kerana tanpa pekerja majikan itu tidak boleh bergerak secara sendirian. Ini kerana, pekerja sememangnya ada hak dan bebas dalam memilih pekerjaan yang disukainya sesuai dengan kelayakan yang telah mereka dapat dan mereka juga bebas untuk meninggalkan sesuatu pekerjaan yang mereka tidak suka serta meletak jawatan mengikut kemahuan mereka dengan syarat ianya tidak memberikan kesan yang negatif kepada kepentingan umum. Pihak majikan seharusnya tidak pilih kasih dan berat sebelah dalam memberikan gaji kepada pekerja-pekerjanya. Gaji yang diberi kepada pekerja adalah mesti sama banyak dan adil dan ini amat penting dalam menjaga nama baik syarikat dan hubungan di antara pekerja dan majikan. Seterusnya, jika adanya konsep ini maka negara tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah yang boleh menggugat ekonomi negara dan dilanda krisis ekonomi yang teruk.

(7)

dalam keadaan darurat. Buktinya, islam memberikan pengikitirafan dan penghormatan hak milik individu iaitu menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan penentuan bahagian waris daripada harta si mati. Walaupun islam mengiktiraf hak milik individu ini dan bebas untuk melakukan sesuatu ke atas miliknya terdapat juga batas-batas yang mengelakkan masyarakat daripada penganiayaan dan kezaliman. Batas-batas itu ditentukan dengan prinsip-prinsip tertentu iaitu dalam konsep milik, menentukan cara halal untuk memiliki sesuatu, menentukan cara pengembangan harta dan cara penggunaanya.

Di antara prinsip-prinsip pemilikan ialah individu hanyalah merupakan wakil masyarakat dalam memiliki harta kerana semua itu adalah milik Allah S.W.T dan manusia hanyalah wakil Allah S.W.T dan seluruh kegiatan manusia ke atas harta mestilah mengikut kebenaran pemilik yang asal. Prinsip seterusnya ialah penggunaan harta bergantung kepada keahlian pemilik dan islam tidak membenarkan penimbunan harta kepada sekumpulan tertentu dalam masyarakat. Cara-cara untuk mendapatkan harta yang halal dan sah pula ialah dengan berburu untuk mendapatkan sesuatu, mengusahakan tanah kosong yang tidak diusahakan dan tidak dimiliki oleh seseorang, usaha-usaha tambanhan untuk mengeluarkan hasil bumi seperti melombong, memproses bahan-bahan mentah yang boleh memberi manfaat kepada pengguna, bentuk-bentuk perniagaan, mengambil upah daripada kerja-kerja yang diusahakan, harta rampasan yang terhasil daripada peperangan, tanah pemberian kerajaan, pemberian zakat dan pelbagai bentuk dan perkhidmatan yang bertujuan untuk mengembangkan cara hidup manusia. Setiap individu bebas untuk mengembangkan hartanya selagi ianya berlandaskan syarak dan tidak haram. Contohnya melakukan bentuk perniagaan asalkan tidak menipu, mencuri, merampas, berjudi, menggunakan pengaruh, rasuah, riba dan sebagainya. Terdapat beberapa batas yang harus dipatuhi oleh pemilik dalam membelanjakan harta miliknya dan ianya telah ditetapkan oleh islam. Antaranya ialah jangan boros dan jangan kedekut, jangan membazir dan jangan membuat perkara yang haram. Islam juga telah menetapkan beberapa kewajipan sosial seperti membiayai keluarga dan zakat. Sekiranya kedua-dua ini tidak dapat menampung keperluan golongan fakir miskin maka keperluan itu bolehlah di ambil daripada milik individu tersebut.

(8)

individu muslim agar mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang. Kedua-dua ini terlaksana sepenuhnya jika manusia mempunyai kebebasan untuk memberi nasihat, membuat penjelasan, menganalisa, mengkritik dan membuat penilaian. Seseorang harus bangkit dan berani dalam mencegah kemungkaran kerana perbuatan ini dibenci oleh Allah S.W.T.

Umat islam harus menggunakan pelbagai cara untuk mencegah perkara ini daripada terus berlaku agar tidak merosakkan pemikiran umat islam. Ini dapat dicegah dengan sebaik-baik cara termasuklah dengan menggunakan anggota paincaindera termasuklah peranan hati yang boleh disifatkan sebagai selemah-lemahnya iman. Kebebasan berfikir dan bersuara amat penting dalam mengekalkan institusi sesebuah negara daripada runtuh. Contohnya seperti prinsip “Syura” yang sangat memerlukan individu untuk berfikir. Prinsip ini tidak akan dapat hidup dengan subur dan berfungsi dalam kehidupan masyartkat dan negara tanpa kebebasan berfikir dan menberikan pendapat. Dalam sejarah islam, Syura merupakan satu prinsip yang amat penting dan berlaku dengan luasnya baik dalam masa hidup Rasululullah S.A.W atau di zaman Abu Bakar, Umar, Othman dan di Zaman Tabiin. Adalah menjadi perbuatan yang sia-sia sekiranya sebuah negara mengisytiharkan prinsip Syura sedangkan ianya menghalang kebebasan berfikir dan merampasnya daripada rakyat. Di sini betapa pentingnya peranan rakyat dalam bersuara tentang kepuasan dan tidak kepuasan hati dalam pembinaan sesebuah kerajaan. Amatlah rugi bagi seeorang yang tidak menggunakan hak yang diberikan ini dalam menjalani kehidupan seharian kerana negara pada zaman moden ini sudak berlaku banyak perubahan dan rakyat sudah cerdik dan pandai dalam menilai sesuatu perkara.

(9)

tidak ragu-ragu dan teragak-agak untuk melakukan seseutau perkara. Ini amat penting kerjasama daripada semua pihak bukan melibatkan individu sahaja.

Namun begitu seseorang islam yang ingin bersuara juga harus mematuhi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allh S.W.T. Seseorang tidak boleh bersuara dengan sewenang-wenangnya kerana kebebasan ini bukan bersifat mutlak. Salah satu daripada batasan tersebut ialah harus dimulakan dengan niat yang baik dan tulus. Ini adalah kerana, setiap perkara yang hendak dilakukan haruslah dimulai dengan niat terutamanya niat kepada Allah S.W.T agar mendapat keredhaan dan keberkatan di sisinya. Jika kita hendak memulakan perkara-perkara kebaikan sememangnya kita hendak menunjukkan contoh yang terbaik jika tidak orang lain tidak akan mentaati kita. Seterusnya ialah kebebasan bersuara ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak dan bukan bertujuan untuk berbangga diri dan bukan untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan sebaiknya ianya dilakukan ikhlas kerana Allah S.W.T dan untuk kebaikan bersama-sama dalam menikmati faedah yang diberikan. Selain itu, seseorang harus menjaga prinsip dan akidah agama islam kerana ianya amat penting dalam menyokong seseorang dalam bersuara. Jika salah bersuara ianya akan mengundang pelbagai perspektif yang negatif dan akan dihina oleh orang islam dan orang bukan islam. Agama islam tidak boleh dipandang remeh dan di ambil mudah kerana ianya sudah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Seseorang itu juga akan murtad jika salah bercakap mengenai agama islam dan sememangnya dia wajib dihukum. Sesungguhnya sesuatu hukuman itu tidak dapat menandingi seseorang yang bebas bersuara kerana ianya sudah terdapat dalam undang-undang negara.

(10)

memaksa orang lain untuk menerima pandangannya dengan kekerasan atau ancaman. Negara seharusnya mengambil inisitaif yang lembut dan halus iaitu dengan menasihatkan orang berkenaan dan menjelaskan akan kesilapan pendapatnya. Negara harus menjelaskan tentang kebenaran dan kesalahan yang sesuai dengan kembali berpegang kepada jalan yang benar dan mengikut jamaah.

Hak untuk belajar juga amat penting dalam rakyat agama islam kerana islam amat menuntut umatnya mencari ilmu hingga ke hujung dunia dengan kata pepatah tuntutlah ilmu sampai ke negara Cina. Ilmu sangat berkait rapat dengan amal seseorang. Jika seseorang tidak berilmu maka dia tidak dapat berfikir sepenuhnya dan diibaratkan seperti mempunyai akal yang kosong tanpa ilmu pengetahuan. Amal yang diterima oleh Allah S.W.T adalah amal yang ihklas kerana Allah S.W.T dan berlandaskan syarak. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain ini bermaksud pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap individu islam dalam cukup syarat-syaratnya seperti sembahyang lima waktu manakala ilmu fardhu kifayah pula kefardhuan yang wajib dikerjakan oleh seseorang atau satu kumpulan yang mewakili masyarakat islam, sebuah negara islam, negeri ataupun negara seperti ilmu perusahaan, ilmu-ilmu teknikal, pentadbiran, dan sebagainya. Dengan itu, dapat ditegaskan bahawa fardhu kifayah mempunyai ruang lingkup yang luas yang melibatkan seluruh aspek kehidupan seperti soal-soal ekonomi, politik dan perundangan, ketenteraan dan sebagainya. Peranan negara dalam membantu rakyat untuk mempelajari ilmu pengetahuan adalah amat penting agar negara dapat berkembang pesat dan maju. Contohnya, memperbanyakkan institusi-institusi pendidikan, penbinaan sekolah yang terancang, melahirkan guru yang bertauliah dan sebagainya. Ilmu adalah sangat penting termasuklah ilmu yang disuruh oleh Allah S.W.T dan ilmu yang dilakukan di dunia ini bagi menjamim seseorang itu memperolehi kehidupan yang lengkap dan selamat di sisi Allah S.W.T.

(11)

adil terhadap golongan ini dan bukannya bersikap sambil lewa sahaja. Setiap individu itu wajib menyempurnakan tanggungjawabnya dalam mencari rezeki untuk menyara kehidupan seharian bukan hanya sekadar mengharapkan bantuan dan pembelaan daripada negara sahaja. Seseorang itu seharusnya berdikari dalam bekerja dan mencari sendiri untuk menyara kos sara hidup dalam sehari-harian. Mereka seharusnya berusaha dalam mencari rezeki walau dengan cara apa sekalipun asalkan ianya halal dan sah dalam agama islam. Allah S.W.T melarang umatnya daripada mengemis dan meminta simpati daripada orang lain tanpa berusaha terlebih dahulu dan perbuatan ini adalah haram dan bukanlah perbuatan yang terpuji di sisi Allah S.W.T.

Dalam menangani daripada berlakunya perbuatan seperti mengemis ini, negara perlulah memainkan peranan dalam memudahkan rakyat untuk mencari rezeki. Contohnya, menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan dalam menangani kes pengangguran kerana rakyat sememangnya perlu bekerja dan bukan duduk goyang kaki di rumah sahaja. Negara seharusnya memperbanyakkan projek-projek bagi memberi ruang kepada rakyat yang tidak bekerja. Negara seharusnya memberi kredit atau pinjaman kepada individu-individu yang memenuhi kriteria dan syarat untuk mereka berusaha dalam bekerja. Ini dapat memberi peluang dan ruang kepada rakyat agar dapat menabur bakti kepada negara mereka sendiri dan sekaligus dapat menghindarkan perbuatan meminta sedekah. Jika seseorang itu masih tidak cukup dalam menampung kos sara hidupnya dengan berbekalkan pekerjaan sperti kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang maka menjadi tanggungjawab ahli keluarganya yang kaya untuk membantu dirinya dalam memenuhi keperluan-keperluan asasinya. Ini adalah amat penting agar tidak berlaku perkara yang lebih buruk tehadap diri individu tersebut. Bagi seseorang yang tidak mampu dalam pelbagai segi seperti tidak ada seseorang pun yang mahu menolongnya maka dia wajib untuk menerima zakat.

(12)

sahaja kerana meraka juga banyak yang terdiri dalam kalangan yang susah dan berhak untuk mendapat bantuan daripada negara.

Sebagai kesimpulannya, jelas bagi kita bahawa pentingnya konsep persamaan dan kebabasan ini yang sangat berkait rapat dengan hak-hak rakyat dalam negara islam. Tanpa adanya ketiga-ketiga perkara ini sudah tentu manusia akan hidup dalam keadaan yang terumbang-ambing dan tidak mempunyai arah tuju. Sememangnya islam telah memberikan kepada manusia kebebasan yang diperlukan oleh manusia. Kebebasan yang dapat menjamin kehormatan mereka sebagai manusia disamping menjamin kesejahteraan dan kebahahagiaan hidup individu dan masyarakat.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini memiliki tujuan untuk mengetahui peningkatan kemampuan representasi verbal, matematik, gambar, dan grafik siswa setelah diterapkan model pembelajaran

Senam hamil adalah latihan gerak untuk mempersiapkan ibu hamil secara fisik atau mental pada persalinan cepat, aman, spontan dan mengurangi keluhan selama

Kejaksaan bertugas di bidang penuntutan dan mewakili negara sebagai Jaksa Pengacara Negara (JPN) di bidang Perdata dan TUN (DATUN) sebagaimana Pasal 30 ayat (2) UU No.

conference , circle atau victim-offender mediation (VOM). Di Indonesia, paradigma yang ditawarkan oleh keadilan restoratif dalam prakteknya bukan merupakan hal

Hasil dari penelitian ini diharapkan dapat memberikan manfaat berupa tambahan pengetahuan dan wawasan kepada penulis berkaitan dengan masalah yang di teliti dan

Dalam pembentukan perjanjian pembiaya- an kendaraan bermotor, paksaan yang mena- kutkan sebagaimana ditentukan di dalam Pasal 1324 KUHPdt, yang dirumuskan dengan

Mereka yang kebutuhannya terpenuhi oleh toko kain setempat dan yang mungkin tidak bersedia atau tidak bisa melakukan perjalanan melintasi negara bagian

Kerjasaama operasioanal yang merupakan kerjasama kontrak yang di dalam perjanjian KSO ialah perjanjian dimana antara para pihak membuat unit yang dinamakan Unit