• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJAUH MANAKAH PERJANJIAN BRITISH DI TAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJAUH MANAKAH PERJANJIAN BRITISH DI TAN"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Kedatangan British bermula di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka antara tahun

1786 hingga 1824. Ketiga-tiga negeri itu kemudiannya digabungkan menjadi Negeri-negeri Selat (NNS) pada tahun 1826 dan dikawal serta ditadbir secara lansung oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India. Kedatangan British di Tanah Melayu

pada dasarnya adalah untuk mempertahankan kepentingan British di benua India, melindungi jalan perdagangan di antara India dengan China bagi kepentingan

perdagangan candu dan teh,serta memperluaskan peluang perdagangan di kepulauan Tanah Melayu. Namun, keadaan persekitaran di Tanah Melayu telah memaksa British untuk mengubah dasarnya. Oleh itu, pelbagai taktik digunakan demi memperluaskan

kepentingan British di Tanah Melayu. Tipu muslihat, paksaan dan manipulasi politik digunakan untuk memperolehi sebahagian semenanjung Tanah Melayu. Dalam usaha

British untuk memperluaskan kuasanya di Tanah Melayu terdapat beberapa perjanjian yang dimeterai. Melalui perjanjian-perjanjian yang dibuat telah menjadikan British sebagai kuasa tunggal di Tanah Melayu. Esai ini akan membincangkan sejauhmana

British boleh menjadi kuasa tunggal melalui perjanjian-perjanjian yang dimenterai antara pihak British dengan pemerintah di Tanah Melayu.

2.0 CARA BRITISH BOLEH MENJADI KUASA TUNGGAL DARI TAHUN 1824 -1874.

2.1 PERJANJIAN INGGERIS BELANDA 1824

Perjanjian ini dibuat adalah untuk membahagikan Tanah Melayu kepada dua

lingkungan pengaruh. Pembahagian ini dibuat tanpa merujuk pemerintah negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu, kepulauan Riau dan Sumatera. Tindakan British

(2)

mengenepikan pandangan sultan-sultan di negeri-negeri Tanah Melayu.1 Hal ini adalah merupakan usaha awal untuk menguasai keseluruhan Tanah Melayu.

Perjanjian 1824 ini telah memecahkan empayar Johor-Riau tanpa persetujuan daripada pemerintah Johor-Riau. Berdasarkan perjanjian tersebut, kawasan selatan Singapura berada dibawah pengaruh Belanda manakala di atas garisan yang

melibatkan Singapura di bawah pengaruh British. Situasi ini menunjukkan bahawa Belanda dan British telah membahagikan Tanah Melayu tanpa merujuk kepada

pemerintah di Tanah Melayu.

Akibat daripada perjanjian ini, empayar Johor-Riau telah berpecah kepada dua

lingkungan pengaruh iaitu kepulauan Riau dikuasai oleh Belanda manakala Johor menjadi wilayah Inggeris. Perjanjian ini juga turut menyatakan bahawa kedua-dua wilayah Johor-Riau tidak lagi mempunyai hubungan politik dan ekonomi.2Hal ini

jelaslah bahawa British secara tidak langsung telah campur tangan bukan hanya dari sudut politik Melayu malah turut terlibat dalam pemecahan sempadan serta

telah memporak perandakan sistem ekonomi yang membawa kepada kemerosotan kerajaan Johor-Riau.

Setelah Tanah Melayu terbahagi kepada dua bahagian melalui perjanjian 1824, kawasan Tanah Melayu yang dikuasai oleh British masih lagi merupakan tanah

jajahan Siam. Sebelum kedatangan British di Tanah Melayu, negeri-negeri Melayu utara iaitu Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terangganu berada dibawah ketuanan Siam. Negeri-negeri yang berada dibawah ketuanan Siam harus

menghantar ufti kepada Siam sebagai tanda mengakui sebagai wilayah tanah jajahan Siam. Hal ini telah memberikan masalah kepada pihak British untuk

menguasai Tanah Melayu sepenuhnya. Oleh itu pihak British telah membuat satu 1Nicholas Tarling. British Policy in the Malay Penisula and Achipelago 1824-1871.Kuala Lumpur: Oxfort University Press,1969. Hlm 8.

(3)

pakatan perjanjian antara Siam untuk menghapuskan pembayaran ufti akhirnya perjanjian Siam dengan British 1825 di bentuk.

2.2 PERJANJIAN SIAM (RAJA LIGOR) DENGAN BRITISH 1825

Perjanjian antara Siam dengan British ini adalah untuk menyekat kekuasaan

siam ke atas Tanah Melayu. Melalui perjanjian ini Raja Ligor telah bersetuju untuk memberikan peluang kepada Perak dengan Selangor untuk membuat keputusan sama ada mahu membayar ufti atau tidak. Selain itu juga, Raja Ligor

turut berjanji tidak akan menyerang Perak atau Selangor. Oleh itu, jika dilihat melalui perjanjian ini, British telah cuba untuk menghapuskan penghantaran ufti

kepada Siam. Penghapusan pembayaran ufti ini adalah penting bagi British, hal ini kerana pembayaran ufti yang dibuat bertujuan mengakui bahawa Siam merupakan ketuanan. Melalui perjanjian ini, sedikit sebanyak telah menyebabkan pengaruh

Siam di Tanah Melayu semakin berkurangan.3

2.3 PERJANJIAN ANDERSON 1825 (SULTAN SELANGOR)

Perjanjian Anderson ini merupakan perjanjian damai antara negeri Perak dan negeri Selangor. Perjanjian damai ini dibentuk untuk menamatkan peperangan

yang berlaku antara Perak dengan Selangor yang tercetus sejak tahun 1804 hingga 1825. Peperangan yang tercetus ini merupakan akibat perselisihan faham antara

Perak dengan Selangor. Isu utama yang menyebabkan berlakunya perselisihan faham sehingga membawa kearah peperangan adalah isu bijih timah. Hal ini terjadi pada abad ke-18 hingga abad ke-20, bijih timah telah mendapat permintaan

yang tinggi daripada negara Eropah. Disebabkan bijih timah mendapat permintaan yang tinggi telah menyebabkan Sultan Perakdan Sultan Selangor berlumba-lumba

untuk menjadi pengeluar komoditi utama bijih timah di Tanah Melayu. Sebab

(4)

kedua pula adalah disebabkan sultan Selangor tidak berpuas hati dengan Sultan Perak akibat pungutan cukai disekitar Lembangan Sungai Bernam. Berdasarkan

dua sebab ini telah menyebabkan Sultan Ibrahim menyerang Sultan Perak dan berjaya menguasainya pada tahun 1804. Walaupun Perak sememangnya berada di bawah Selangor pada 1804 hingga 1825 terdapatnya satu episod baharu iaitu

Rama II (Raja Thai Dinasti Chakri 1809-1824) telah menitahkan Kedah untuk menyerang dan menguasai Perak pada 1818.

Perak mengalami sebanyak tiga ancaman daripada kuasa luar pada awal abad kesembilan. Pertama, Selangor. Kedua, Kedah. Ketiga, Thai Dinasti Chakri.

Begitu juga dengan Kedah, turut mengalami sebanyak dua ancaman daripada kuasa luar iaitu pertama, Thai Dinasti Chakri dan kedua Burma. Bagaimanakah dengan Selangor pula? Selangor hanya menghadapi ancaman daripada Belanda.

Berdasarkan pandangan dikemukakan ini, Perak merupakan sebuahnegeri yang teraniaya, terhimpit dan sukar melaksanakan pentadbirannya dengan baik sejak

1804 hingga termetarainya Perjanjian Anderson 1825, Perjanjian Burney 1826dan Perjanjian Low 1826.4

2.4 PERJANJIAN BURNEY ATAU PERJANJIAN BANGKOK 1826

Pengaruh Siam di negeri-negeri Melayu Utara telah menyebabkan British

berasa bimbang. Hal ini kerana perkembangan ini akan menjejaskan kedudukan British di Pulau Pinang serta kepentingan British di Tanah Melayu. Pada Disember 1825, Kapten Burney telah dihantar oleh Robert Fullerton bagi

mengadakan rundingan untuk membuat perjanjian dengan Siam. Henry Burney telah diarahkan untuk berbincang mengenai hubungan perdagangan dan

persahabatan antara Siam dengan British, kepentingan British di Tanah Melayu

(5)

mengenai perdagangan, masalah pembahagian takhta Sultan Ahmad Tajuddin dan soal kemerdekaan Perak dan Selangor. Selepas berada di Siam selama 6 bulan,

Henry Burney berjaya membuat Siam untuk menandatangani perjanjian Burney pada 20 Jun 1826.

Antara syarat-syarat perjanjian Burney 1826 ialah Kedah diiktiraf sebagai

tanah jajahan Siam. British tidak akan masuk campur tangan di Kedah dan tidak akan menolong Kedah untuk mendapatkan kembali takhta. Selain itu, sultan kedah

juga tidak dibenarkan tinggal di Pulau Pinang, Perak, Seberang Perai, Selangor dan Burma. Malahan kemerdekaan Perak dan Selangor dijamin oleh Siam. Disamping itu, Perak juga boleh tentukan sama ada hendak menghantar bunga

emas kepada Siam atau tidak. Manakala Siam pula berjanji tidak akan menganggu perdagangan British di Kelantan dan Terangganu, tetapi kedua-dua kuasa tersebut

tidak boleh menyerang negeri tersebut.5 Melalui perjanjian Burney1826, British telah campur tangan dalam politik negeri-negeri Melayu dengan menghadkan pengaruh Siam hingga di sempadan Kedah dan Perak sahaja.6Kesan daripada

perjanjian ini, telah menyebabkan Siam melanggar perjanjian Burney. Hal ini disebabkan oleh tindakan Raja Ligor telah menghantar satu angkatan perang kecil

di Perak untuk memaksa Perak menghantar bunga emas kepada Siam. Perkara ini telah menyebabkan British campur tangan di Perak iaitu dengan menghantar James Low untuk menghalang Siam daripada menyerang Perak dan akhirnya

perjanjian Low dibentuk.

5 Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965.Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2008. Hlm 25.

(6)

2.5 PERJANJIAN LOW 1826

Selepas perjanjian Burney hubungan antara pihak British dengan Siam masih

lagi berjalan dengan baik, akan tetapi masih lagi wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka. Malah kedua-dua pihak tersebut sentiasa mencari

peluang untuk campur tangan di negeri-negeri Melayu. Pada tahun 18 oktober 1826, wakil politik Gabenor Pulau Pinang, Melaka dan Singapura bagi pihak Gabenor dan Syarikat Hindia Timur Kapeten Jamnes Low dan Sultan Perak,

Sultan Abdullah Mua’azzam Shah menandatangani suatu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Low.

Perjanjian ini dibentuk adalah kerana sikap Raja Ligor yang tidak menghormati Perjanjian Burney yang ditandatangani oleh pihak Inggeris dengan

Raja Siam pada tahun 1825. Hal ini terjadi setelah Kapten Burney kembali ke India, Raja Ligor tidak menghormati janjinya mengenai negeri Perak iaitu

mengakui hak Sultan Perak untuk memerintah negeri baginda sendiri. Hal dapat dibuktikan bahawa Raja Ligor telah menghantar utusan dengan pasukan tenteranya ke Perak. Raja Ligor telah memberi jawapan yang berdolak-dalik

apabila Gabenor Fullerton meminta penjelasan mengenai perbuatannya itu.Oleh kerana bimbang akan amaran Siam dan mengenangkan betapa Inggeris telah

mengecewakan harapan Sultan Kedah iaitu dengan tidak memberikan bantuan kepada baginda apabila diserang oleh Siam pada tahun 1821, Sultan Perak telah berkehendakkan untuk membuat satu perjanjian persahabatan dengan

Britishdengan harapan dapat menjamin keselamatan negeri baginda daripada serangan siam. Permintaan baginda itu telah dipersetujui oleh British dan akhirnya

pada 1826 perjanjian Low telah ditandatangani.

Perjanjian Low ini telah memeranjatkan pihak atasan India. Dalam

(7)

dikatakan telah melanggar dasar tidak campur tangan SHTI. Bagaimanapun perjanjian itu mendapat restu dan kelulusan Gabenor Fullterton.7

Melalui perjanjian Low ini, British akan memberikan bantuan ketenteraan kepada Sultan Perak untuk menentang ancaman daripada Siam atau musuh-musuh

lain dan sebagai balasan Sultan Perak akan memberikan daerah Dinding dan Pulau Pangkor serta pulau-pulau yang lain di sebelah pantai kepada British. Maka dengan ini dapat kita lihat bahawa pengaruh British telah menjadi kuat berbanding

dengan pengaruh Siam yang semakin berkurangan. Hal ini ditambah pula dengan penubuhan NNS yang seterusnya dapat menguatkan lagi pengaruh British untuk

menjadi sebagai kuasa tunggal di Tanah Melayu. 2.6 PENUBUHAN NEGERI-NEGERI SELAT 1826

Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang yang telah ditubuhkan pada 1786, Singapura yang diperolehi daripada

Temenggung Abdul Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Ketiga-tiga kawasan ini kemudiannya disatukan sebagai NNS pada tahun 1826 dan ibu pejabat pemerintahan berpusat di

Pulau Pinang. Namun demikian, ibu pejabat ini kemudian telah dipindahkan ke Singapura atas sebab-sebab ekonomi dan perdagangan.

Penubuhan NNS ini adalah bertujuan bagi memudahkan segala urusan pentadbiran dan perdagangan Inggeris, untuk tujuan tersebut seorang Gabenor

General telah dilantik dan beliau dibantu oleh Residen Councillor dari setiap negeri. Pada peringkat awal penubuhan, NNS sering mengalami masalah kewangan untuk membiayai urusan pentadbirannya dan hal ini terpaksa dibantu

oleh kerajaan Inggeris di India. Oleh itu untuk menjimatkan perbelanjaan, pada tahun 1851, pentadbiran NNS telah dipindahkan ke bawah kuasa Gabenor General

(8)

di India. Pada tahun 1858, apabila SHTIdimansuhkan, pentadbiran NNS telah diletakkan di bawah pentadbiran Wizurai Culcutta. Akhirnya pada tahun 1867,

atas desakan pedagang-pedagang di NNS, Kerajaan British bersetuju untuk menjadikan NNS, sebagai tanah jajahan Inggeris dan ditadbir terus dari Pejabat Tanah Jajahan di London.8 Oleh itu, dapat kita simpulkan bahawa melalui

penubuhan NNS ini telah menjadikan usaha British untuk menjadi sebagai kuasa tunggal di Tanah Melayu semakin menemui kejayaan.

2.7 CAMPUR TANGAN BRITISH TELAH MENYEBABKAN PERANG LARUT 1861-1873

Seperti negeri-negeri Melayu yang lain, kekacauan di Perak juga berlaku pada tahun 1860-an dan 1870-an. Kekacauan tersebut ialah lanjutan dari kekacauan yang berlaku sebelumnya. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta,

pergaduhan di antara pembesar dan pergaduhan di antara pelombong Cina. Pada mulanya, British tidak mengambil langkah untuk menamatkan

kekacauan-kekacauan tersebut kerana, British tidak mengamalkan dasar campur tangan dalam hal-hal Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, kekacauan-kekacauan berikut dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan di Perak.

Menteri Larut Ngah Ibrahim telah meminta bantuan Leftenan Gabenor

Inggeris di Pulau Pinang untuk membantu beliau dalam usahanya menyelesaikan pergaduhan di antara puak-puak pelombong Cina yang bermusuhan antara satu dengan lain di Larut.Daerah Larut telah beberapa lamanya diperintah oleh seorang

wakil baginda Sultan Perak. Dengan terjumpanya bijih timah dalam tahun 1848 maka berubahlah aliran sejarah negeri itu. Long Jaafar, wakil Sultan di daerah itu

telah menguruskan atas perbelanjaannya sendiri, usaha membuka lombong bijih di Kelian Pauh dengan mengupah 20 orang Cina puak Chen Seng Hakka dari daerah 8 Abdul Rahman Haji Ismail (penyelenggara). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik.

(9)

Kwantung. Perusahaan melombong di tempat itu bertambah maju sehingga ramaipelombong Cina bersama-sama kongsi gelap mereka dari Pulau Pinang

datang untuk bekerja di situ. Terdapat beberapa buah kumpulan kongsi gelap yang bermusuhan di Larut yang bergabung dalam dua kumpulan yang besar iaitu kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin. Permusuhan itu telah menjadikan Larut

sebagai "sebuah gelanggang besar di mana pembunuhan, kekerasan dan rompak samun berlaku secara terus-terusan". Pada 24 Februari, 1872, telah berlaku satu

pergaduhan besar antara puak-puak Ghee Hin dan Hai San. Api pergaduhan ini telah bermula sejak awal bulan Februari lagi apabila seorang gadis puak Chen Seng (puak kumpulan Hai San) yang menyintai seorang pemuda puak San Neng

(puak kumpulan Ghee Hin) dicederakan dengan teruk oleh orang-orang kumpulan Ghee Hin sebagai satu amaran kepada kumpulan Hai San. Akibat kejadian itu rasa

permusuhan di antara kedua-dua kumpulan itu begitu memuncak dan akhirnya Perang Larut ke 3 pada 24 Februari 1872 tercetus.Dalam pergaduhan ini pihak Ghee Hin telah menang dan seramai 10,000 orang-orang Hai San terpaksa

meninggalkan Larut dan lari ke Pulau Pinang.Ngah Ibrahim yang sentiasa berubah-ubah sokongannya terhadap kedua-dua kumpulan itu tidak dapat

mengawal keadaan. Pergaduhan itu telah menjejaskan perusahaan lombong bijih timah di Larut. Akhirnya, pada hari ini dalam tahun 1872 beliau terpaksa meminta bantuan daripada Leftenan Gabenor Inggeris di Pulau Pinang untuk menghadapi

keadaan itu. Oleh itu, bermulalah episode campur tangan British di Tanah Melayu.9

2.8 PERJANJIAN PANGKOR 1874

Menerusi Perjanjian Pangkor ini, pihak British mula memasuki bidang

(10)

Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Simboliknya, Perjanjian Pangkor ini merupakan satu alat kuasa yang digunakan oleh pihak British untuk menguasai

negeri Perak demi kepentingan ekonomi, politik dan sosialnya. Terdapat beberapa faktor yang mendorong termeterainya Perjanjian Pangkor ini.

Pada awal tahun 1870-an, negeri-negeri Melayu Barat berada dalam keadaan huru-hara. Raja Muda Abdullah telah mengirim surat ke Singapura pada hujung tahun 1873 yang meminta bantuan British untuk menyelesaikan masalah-masalah

yang berlaku di Perak ketika itu. Seperti yang didorongkan oleh Raja Muda Abdullah, akhirnya Perjanjian Pangkor yang mengandungi 14 Fasal serta

menyentuh tentang pelbagai aspek seperti pemerintahan dan kuasa sultan, pentadbiran, aspek ekonomi, dan juga sosial telah ditandatangani dengan tujuan untuk memerangkap dan seterusnya menguasai negeri Perak.

Peruntukan terpenting dalam Perjanjian Pangkor ini berkenaan dengan

perlantikan Residen, yang termaktub dalam Fasal ke-VI. Peruntukan ini memaksa Sultan Perak untuk menerima perlantikan seorang Residen British yang akan menasihati sultan dalam semua aspek pentadbiran kecuali dalam hal ehwal agama

Islam dan adat istiadat Melayu.10 Ini bermakna, pemerintahan negeri yang disusun oleh British ini dilaksanakan oleh raja yang bertindak mengikut nasihat Residen

yang bukan bertanggungjawab kepada baginda tetapi kepada gabenor. Residen serta kakitangannya akan mentadbir segala pendapatan, merangka serta menyusun polisi dan undang-undang negeri Perak yang akan dijalankan dalam pelbagai

aspek. Semua pentadbiran negeri termasuk pungutan dan kawalan cukai pula akan dijalankan di atas nama sultan, tetapi disusun dan diatur menurut nasihat residen.

Sementara itu, gaji dan elaun sara hidup Residen akan dibayar oleh sultan dan bukannya oleh kerajaan British. Melalui sistem ini, pihak British boleh berkuasa

(11)

ke atas negeri-negeri Melayu tanpa menanggung bebanan belanja tambahan dan tanggungjawab sepenuhnya seperti yang dilakukan di NNS. Justeru, kos

pentadbiran British boleh dijimatkan di samping dapat mengaut segala kekayaan hasil bumi Perak ketika itu untuk membangunkan negara mereka sendiri. 11

Sebab utama Perjanjian Pangkor ditandangani berkaitan dengan kepentingan ekonomi British. Melalui perjanjian ini, pungutan dan kawalan semua pendapatan dan pentadbiran am negeri akan ditadbir di bawah nasihat Residen British.

Sebelum ini, para pembesar negeri yang menguasai sistem ekonomi termasuk pungutan cukai bijih timah dan hasil mahsul. J.W.W Birch yang dilantik sebagai

Residen pertama di Perak iaitu pada bulan November 1874, mengkehendaki semua cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri atau pegawai Eropah. Beliau tidak membenarkan cukai dalam negeri dipungut oleh sultan dan orang-orang

besar di Perak seperti yang dijalankan sebelumnya, dan akan menghukum sesiapa sahaja yang melanggar peraturan ini. Tujuannya ialah untuk memperbaiki keadaan

kewangan, menjelaskan hutang-piutang negeri dan membayar gaji pegawai-pegawai termasuklah gaji residen walaupun pada hakikatnya Birch sebenarnya cuba untuk mengambil alih hak atau kuasa memungut cukai daripada tangan

sultan dan para pembesar Melayu.12

Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 ini tidak dinafikan sebagai satu usaha yang dapat mengamankan negeri Perak, memulihkan kekacauan di Larut dan menyelesaikan sengketa politik di negeri Perak. Namun

begitu, pada hakikatnya perjanjian ini hanyalah sebuah alat yang memberikan kuasa dan hak kepada British untuk melibatkan diri dalam politik, sosial dan

11Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers, 1983. Hlm 179.

(12)

ekonomi negeri Perak dan seterusnya Negeri-negeri Melayu yang lain demi kepentingan British itu sendiri.

3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhanya dapat kita lihatbahawa pada mulanya British tidak berminat

untuk masuk campur dalam hal ehwal pentadbiran di Tanah Melayu. Hal ini kerana British hanya lebih memfokuskan aktiviti komersial sahaja. Namun begitu, disebabkan keadaan di Tanah Melayu yang agak tidak memberangsangkan telah menyebabkan

British mula masuk campur dalam urusan pentadbiran Tanah Melayudemi menjaga kepentingannya di Tanah Melayu. Campur tangan British yang secara tidak langsung

bermula di Pulau Pinang melalui Prancis Light yang menggunakan kaedah tipu helah dan muslihat untuk mendapatkan Pulau Pinang, dan seterusnya British mula meluaskan kuasanya ke negeri Tanah Melayu yang lain. Jika di lihat dan diteliti setiap

perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh British banyakmemberi keuntungan kepada British. Setiap perjanjian dibuat dengan penuh telitioleh British untuk menjadikan mereka sebagai kuasa

Referensi

Dokumen terkait