• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peristiwa Sejarah Nabi Berlaku di Bulan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Peristiwa Sejarah Nabi Berlaku di Bulan"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

1

Peristiwa-Peristiwa

Sirah Nabi

Muhammad

Yang Berlaku Pada Bulan Ramadhan

(3)

2

Tujuan mempelajari sirah Nabi Muhammad ﷺialah untuk mendapatkan gambaran kehidupan Islam yang sebenar yang terkumpul di dalam kehidupan Nabi Muhammad

.1Seterusnya menjadikan ia sebagai teladan dan pedoman dalam kehidupan.

Ia bukan semata-mata sejarah sepertimana sejarah orang-orang terdahulu. Ia tidak boleh dipelajari sepertimana membaca buku-buku sejarah lain seperti sejarah Melaka, penubuhan negara Malaysia, asal usul orang Amerika dan lain-lain.

Bagi menggapai tujuan yang telah dinyatakan, kita hendaklah memastikan segala objektif yang disebutkan di bawah dimiliki terlebih dahulu. Antara objektif tersebut ialah:

❶ Mendalami peribadi Nabi Muhammad ﷺsebagai seorang nabi yang mendepani segala ranjau kehidupan dan suasana zamannya. Beliau adalah seorang nabi. Kebijakkan beliau dalam menghadapi kehidupan adalah wahyu daripada Allah ﷻ.

❷ Manusia hendaklah menjadikan Nabi Muhammad ﷺsebagai seorang ikon ikutan dalam seluruh aspek kehidupan. Baginda ﷺhendaklah menjadi contoh teladan yang tertinggi dalam segala aspek. Dalam erti kata yang mudah, manusia suka apa yang Nabi suka, benci apa yang Nabi benci, sedih sepertimana Nabi sedih, marah pada apa yang Nabi marah.

❸ Dengan mempelajari sirah Nabi, umat Islam akan lebih memahami tuntutan-tuntutan al-Quran sehingga merasai manisnya roh agama dan maqasidnya. Demikian itu kerana banyak ayat-ayat al-Quran diturunkan kerana peristiwa yang berlaku pada Nabi Muhamad ﷺ.

Kajian ini akan mengambil urutan kisah yang disusun oleh Syeikh Sofiyurrahman al-Mubarakfuri di dalam kitab beliau, Ar-Rahiq al-Makhtum yang diterjemahkan dan diterbitkan oleh syarikat Kemilau Publika SDN BHD. Kajian ini juga mengkhususkan tarikh Ramadhan sebagai perbahasan utama.

(4)

3

ISI KANDUNGAN

Metodologi Kajian ... 2

Peristiwa 1: Beruzlah di gua Hira’ ... 4

Peristiwa 2: Menerima Wahyu ... 6

Peristiwa 3: Kali Pertama Orang Quraisy Mendengar Ayat al-Quran ... 8

Peristiwa 4: Kematian Abu Talib dan Khadijah ... 12

Peristiwa 5: Israk Mikraj Berlaku- Ini satu pendapat ... 15

Peristiwa 6: Pasukan Perang (Sariyah) Pertama Menjalankan Misi ... 17

Peristiwa 7: Rasulullah Berehat Sebelum Perang Badar ... 18

Peristiwa 8: Diwajibkan Puasa Ramadhan, Zakat Fitrah dan beberapa Isu peperangan ... 19

Peristiwa 9: Pasukan Tentera Abu Bakar di utus Selepas Perang Bani Quraizah/Muraisi` ... 20

Peristiwa 10: Pasukan Abu Qatadah Dihantar Pada Permulaan Bibit Fathul Mekah ... 21

Peristiwa 11: Tentera Islam Menuju Mekah ... 23

Peristiwa 12: Rasulullah bertolak keluar dari Mar az-Zahran ... 25

Peristiwa 13: Mengutuskan Tentera Untuk Teruskan Misi Jihad ... 26

Peristiwa 14: Pulang Dari Peperangan Tabuk ... 27

Peristiwa 15: Menerima Utusan dari Tsaqif Yang Masuk islam ... 27

(5)

4

Peristiwa 1: Beruzlah di gua Hira’

Muka surat : 74 & 75

Tarikh : Setiap Ramadhan 3 tahun sebelum dilantik menjadi nabi dan rasul.

Catatan:

Ketika umur Baginda mendekati 40 tahun dan tatkala pelbagai renungan yang dilakukannya

telah membentangkan jarak pemikiran antara baginda dengan kaumnya, Nabi Muhammad

mula suka menyendiri. Baginda membawa roti gandum dan bekal air lalu pergi ke Gua Hira

yang terletak di Jabal Nur, yang jauhnya kira-kira dua batu dari Mekah. Ukuran Gua Hira

sederhana, tidak terlalu besar. Dalamnya sepanjang empat engkol besi dan lebarnya 1 ¾

engkol besi. Sepanjang Nabi Muhammad berada di Gua Hira, Khadijah turut keluar dari

Mekah dan tinggal berdekatan Gua Hira.2

Baginda berdiam diri di Gua Hira sepanjang bulan Ramadhan. Kalau ada orang miskin

mendatangi gua itu, baginda tidak lupa memberi makanan untuknya. Baginda menghabiskan

waktu di dalamnya untuk beribadah dan memikirkan fenomena alam yang terjadi di

sekeliling baginda serta kekuatan tersembunyi yang ada di sebalik alam nyata. Baginda tidak

mendapat ketenteraman hati menyaksikan apa yang ada pada kaumnya yang berupa

keyakinan syirik yang membelenggu dan persepsi lemah yang dipenuhi dengan imaginasi

tahyul. Namun begitu, di hadapan baginda juga tidak ada jalan terang untuk keluar daripada

perkara itu, tidak juga jalan yang boleh dituju yang dapat membalut hati baginda dengan

ketenteraman dan keredhaan.3

Pilihan hidup baginda untuk melakukan uzlah (menyendiri daripada masyarakat) merupakan salah satu rahsia Allah dalam mengatur diri baginda. Tujuannya adalah untuk mempersiapkan

diri baginda sebelum menyambut urusan agung yang telah menanti baginda. Di situ, baginda

bebas daripada kesibukan dan hiruk-pikuk dunia serta perangai manusia yang sentiasa

mewarnai kehidupan.

2

Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 47; Ibnu Hisyam, Sirah

al-Nabawiah, jil I, hlm. 235-236; Sayyid Quthb, Fi Zhilal al-Quran, jil XXIX, hlm. 166.

3

Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 47; Ibnu Hisyam, Sirah

(6)

5

Seperti inilah baginda mempersiapkan dirinya untuk memikul amanah besar yang akan

mengubah wajah dunia dan meluruskan garis sejarah. Allah menetapkan baginda melakukan

uzlah selama tiga tahun sebelum membebankan risalah Islam di bahu baginda. Baginda biasanya pergi menyendiri selama satu bulan penuh dengan hatinya yang merdeka, lalu

merenungi keajaiban tersembunyi yang ada di sebalik alam nyata ini. Hingga tibalah masanya

baginda berinteraksi dengan keajaiban tersebut tatkala Allah mengizinkannya.4

4

(7)

6

tanda-tanda kenabian melambai dan memancarkan kilaunya kepada baginda dari balik ufuk

kehidupan. Tanda itu berupa mimpi yang benar. Baginda bermimpi kelihatan seperti fajar

menyingsing di waktu subuh. Hal itu berlangsung selama enam bulan.

Baginda memikul amanah kenabian selama 23 tahun dan mimpi yang benar itu termasuk

salah satu daripada 46 tanda kenabian baginda. Hingga akhirnya pada bulan Ramadhan pada

tahun ketiga sejak baginda beruzlah di Gua Hira, Allah berkenan melimpahkan rahmat-Nya

kepada baginda untuk menjadi pemimpin bagi seluruh penghuni bumi. Allah memuliakan

baginda dengan kenabian dan mengutus Jibril kepada baginda dengan membawa beberapa

ayat al-Quran.5

Dengan mengamati dan menganalisis pelbagai bukti dan dalil, kita boleh memastikan bahawa

peristiwa itu terjadi pada hari Isnin, tepatnya pada malam ke-21 bulan Ramadhan, bertepatan

dengan tarikh 10 Ogos 610 M. Umur Nabi Muhammad ketika itu tepat 40 tahun 6 bulan 12

hari berdasarkan perkiraan bulan. Sedangkan, jika memakai kiraan matahari, maka umur

baginda waktu itu ialah 39 tahun 3 bulan 22 hari.6

5Ibnu Hajar mengatakan, “Baihaqi menyatakan bahawa mimpi yang benar berlangsung selama 6 bulan. Oleh

itu, permulaan mimpi yang benar yang merupakan petanda awal kenabian terjadi pada bulan baginda dilahirkan,

iaitu Rabiul Awal. Peristiwa itu terjadi setelah umur baginda genap 40 tahun. Namun, wahyu pertama yang

turun kepada baginda dalam keadaan sedar (tidak tidur), terjadi pada bulan Ramadhan.” Lihat Fath al-Bary, jil I, hlm. 27.

6

Para sejarawan berbeza pendapat berkaitan pada bulan apa Allah memuliakan Nabi Muhammad dengan

kenabian dan menurunkan wahyu pertama. Sebahagian mereka berpendapat peristiwa itu terjadi pada bulan

Rabiul Awal, sementara sebahagian lain menyatakan ia terjadi pada bulan Ramadhan. Ada pula yang

menyebutkan pada bulan Rejab. Lihat Abdullah bin Muhammad al-Najdy, Mukhtashar Sirah al-Rasul, hlm. 75.

(8)

7

pada malam yang penuh berkah. Dan sesungguhnya Kami benar-benar memberi peringatan.” ( ad-Dukhan: 3).

Kesimpulan bahawa “malam yang penuh berkah” ini terjadi pada bulan Ramadhan diambil kerana Rasulullah

berdiam diri di Gua Hira sepanjang bulan Ramadhan dan bahawa turunnya Jibril pertama kali kepada Nabi

Muhammad dengan membawa wahyu terjadi pada bulan Ramadhan.

Seterusnya para pengkaji masih berbeza pendapat lagi dalam menetapkan hari pada bulan Ramadhan tatkala

pertama kali wahyu diturunkan. Ada yang berpendapat pada hari ke-7 bulan Ramadhan. Ada yang mengatakan

pada hari ke-17. Ada juga yang mengatakan pada hari ke-18. Lihat Abdullah bin Muhammad al-Najdy,

Mukhtashar Sirah al-Rasul, hlm. 75 dan Muhammad Sulaiman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm.

49. Dalam Muhadharat Tarikh al-Umam al-Islamiyyah, jil I, hlm. 69, al-Khudhari menekankan bahawa

peristiwa itu terjadi pada hari ke-17.

Saya berpendapat peristiwa itu terjadi pada hari ke-21 meskipun tidak ada ulama yang mengatakan demikian.

Ini kerana para pakar sejarah (majoriti atau bahkan seluruhnya) bersepakat bahawa pengutusan Nabi

Muhammad sebagai rasul terjadi pada hari Isnin. Mereka menguatkannya dengan riwayat hadis daripada Abu

Qatadah bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang puasa pada hari Isnin, maka baginda menjawab, “Pada hari itu aku dilahirkan dan pada hari itu diturunkan wahyu kepadaku.” Di tempat lain diriwayatkan dengan lafaz, “Itu adalah hari aku dilahirkan dan hari aku diutus atau diturunkan wahyu kepadaku.” Lihat Sahih Muslim, jil I, hlm. 368; Musnad Ahmad, jil V, hlm. 297; Sunan al-Baihaqi, jil IV, hlm. 286, 300 dan Mustadrak al-Hakim, jil II,

hlm. 602.

Hari Isnin bulan Ramadhan pada tahun tersebut terjadi pada hari ke-7, ke-14, ke-21 dan ke-28. Sementara

riwayat-riwayat sahih menunjukkan bahawa Lailatul Qadar terjadi pada malam-malam ganjil pada sepuluh

malam terakhir bulan Ramadhan. Jatuhnya Lailatul Qadar untuk setiap tahun selalu berganti-ganti antara

malam-malam ganjil tersebut.

Dengan demikian, apabila kita mengaitkan antara firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya pada malam yang penuh berkah,” dengan riwayat Abu Qatadah bahawa pengutusan Nabi Muhammad sebagai rasul terjadi pada hari Isnin ditambah lagi dengan hitungan tarikh secara ilmiah pada hari Isnin bulan Ramadhan

yang tahun itu jatuh pada tarikh apa saja, maka kita boleh menarik kesimpulan bahawa diutusnya Nabi

(9)

8

Peristiwa 3: Kali Pertama Orang Quraisy Mendengar Ayat al-Quran

Muka surat : 116-119

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun kelima Nabi Dilantik Menjadi Nabi

Catatan:

Pada bulan Rejab tahun kelima kenabian, berhijrahlah gelombang Muhajirin pertama

daripada kalangan sahabat menuju Habsyah. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki dan 4

orang wanita. Pemimpin perjalanan mereka ialah Usman bin Affan. Ikut serta juga adalah Sayyidah Ruqayyah, anak Rasulullah s.a.w. Tentang mereka berdua, nabi berkata, “Mereka berdua adalah Ahli Bait pertama yang berhijrah setelah Ibrahim dan Luth.”7

Perjalanan mereka dilakukan dengan berhati-hati pada tengah malam, sehingga orang

Quraisy tidak mengetahuinya. Mereka menuju ke laut sehingga sampai di Pelabuhan Syaibah.

Takdir menemukan mereka dengan dua buah kapal pedagang yang kemudian menghantar

mereka berlayar sehingga ke Habsyah. Selepas itu, barulah orang Quraisy menyedari

pemergian mereka. Maka, orang Quraisy segera menyelusuri jejak kaki mereka. Namun

begitu, tatkala orang Quraisy sampai di tepi pantai, rupa-rupanya para Muhajirin telah

selamat berlayar dengan aman. Orang Islam kemudiannya tinggal di Habsyah dengan

mendapat layanan yang baik daripada penduduk setempat.8

Pada bulan Ramadhan tahun yang sama, Nabi Muhammad keluar menuju ke Masjidil Haram.

Di sana ada banyak orang Quraisy yang sedang berkumpul. Di situ terdapat para pemimpin

dan pembesar mereka. Rasulullah s.a.w. berdiri di hadapan mereka. Secara tiba-tiba, baginda

membacakan Surah an-Najm kepada mereka. Itulah kali pertama orang kafir mendengar

bacaan kalam Allah. Ini kerana, selama ini, usaha mereka yang berkesinambungan dalam

memusuhi nabi hanya didasari atas hasutan daripada sebahagian mereka kepada sebahagian

yang lain. Antara bentuk hasutan itu ialah,

Abdullah bin Muhammad al-Najdy Alu Syaikh, Mukhtashar Sirah al-Rasul, hlm. 92-93 dan Ibnu Qayyim

al-Jauziyah, Zad al-Ma’ad, jil I, hlm. 24.

8

Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri, Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 61 dan Ibnu Qayyim

(10)

9

“Orang-orang kafir berkata: Janganlah kamu mendengar al-Quran ini serta buatlah penafian terhadapnya supaya kamu dapat mengalahkannya,” sebagaimana termaktub dalam Surah Fussilat ayat 26.

Maka, untuk kali ini, kejutan yang diberikan oleh nabi kepada mereka membuatkan mereka

semua mendengar bacaan Surah an-Najm tersebut. Ketika itulah telinga mereka digetarkan

oleh kalam Ilahi yang indah lagi menawan, di mana keindahan dan keagungannya sukar

untuk dijelaskan. Mereka tinggalkan segala kesibukan mereka seketika sehingga

masing-masing larut dalam keasyikan mendengar bacaan tersebut.

Di benak mereka tidak terlintas sedikit pun selain bacaan tersebut. Hinggalah tatkala

Rasulullah s.a.w. membaca bahagian-bahagian akhir surah ini yang terdengar begitu

menggoncang, hati mereka seakan-akan terbang. Rasulullah s.a.w. meneruskan pembacaan

hingga pada ayat,

“Maka bersujudlah kamu kepada Allah dan sembahlah Dia. (An-Najm: 62), lalu baginda bersujud.

Ketika itulah semua orang yang ada di sana tidak mampu menguasai hatinya hingga mereka

tersungkur bersujud. Sebenarnya cahaya kebenaran telah mencerai-beraikan sifat keras kepala

di dalam diri orang yang sombong dan suka mencela itu. Buktinya, mereka tidak berkuasa

mengawal diri hingga tersungkur bersujud kepada Allah.9

Jatuhlah segala yang ada di tangan mereka tatkala mereka merasakan keagungan kalam

Allah. Mereka bersujud terhadap perkara yang selama ini mereka usahakan dengan seluruh

tenaga mereka untuk menghapus dan melenyapkannya. Mereka kemudian dikecam dan

ditegur dengan sangat keras dari pelbagai arah oleh orang Musyrik yang tidak mendengar

9Bukhari meriwayatkan kisah sujud ini secara ringkas daripada Ibnu Mas‘ud dan Ibnu Abbas. Lihat bab

tentang

sujud pada bacaan Surah an-Najm dan bab tentang sujudnya orang Islam dan orang Musyrik, jil I, hlm. 146,

(11)

10

langsung bacaan yang menakjubkan itu. Disebabkan itulah mereka kembali memungkiri

Rasulullah s.a.w..

Mereka turut memfitnah bahawa baginda bersimpati terhadap berhala-berhala mereka dengan

ucapan penghormatan, iaitu bahawa baginda berkata tentang berhala-berhala itu, “Burung-

burung bangau yang suci dan mulia itu, yang syafaatnya sungguh diidam-idamkan.” Ke

mana-mana sahaja mereka membawa fitnah ini. Memang tidak aneh jika perkara seperti ini

dilakukan oleh kaum yang terbiasa berdusta dan memfitnah.10

Berita tentang bersujudnya orang Musyrik sampai ke telinga para Muhajirin di Habsyah

tetapi dengan maklumat yang berbeza daripada fakta yang sebenarnya. Maklumat yang

mereka terima adalah bahawa orang Quraisy memeluk Islam. Disebabkan itulah mereka

kembali ke Mekah pada bulan Syawal pada tahun yang sama.

Pada siang hari ketika jarak perjalanan mereka hanya tinggal satu jam untuk sampai di

Mekah, mereka mendengar fakta kejadian yang sebenarnya. Maka, beberapa orang antara

mereka kembali semula ke Habsyah. Sementara itu, kebanyakan mereka yang tetap berusaha

masuk ke kota Mekah hanya dapat memasukinya secara sembunyi-sembunyi atau dengan

perlindungan orang Quraisy.11

Selepas itu, badai ujian dan seksaan yang dilancarkan oleh Quraisy kepada mereka yang

kembali dari Habsyah dan para pemeluk Islam lainnya semakin kuat. Masing-masing diseksa

oleh keluarganya sendiri. Padahal sebelum ini, orang Quraisy sukar untuk menyeksa mereka

yang ada di Habsyah lantaran orang Quraisy mendengar bahawa Najasyi melayan mereka

dengan baik. Oleh itu Rasulullah s.a.w. melihat bahawa tidak ada pilihan lain kecuali

mengarahkan kepada para sahabat untuk berhijrah lagi ke Habsyah.

Hijrah yang kedua ini lebih sukar daripada yang pertama. Kali ini orang Quraisy

terus-menerus mengawasi setiap gerak-geri orang Islam serta bertekad untuk menggagalkan usaha

10

Abu al-A‘la al-Maududy, Tafhim al-Quran, jil V, hlm. 188. Penjelasan seperti inilah yang disimpulkan oleh para peneliti ketika mengkaji hadis tentang sujudnya orang-orang Musyrik.

11

(12)

11

hijrah. Namun begitu, orang Islam juga menyedari situasi ini sehingga mereka bergerak lebih

cepat dan Allah pun memudahkan perjalanan tersebut untuk mereka. Akhirnya, mereka dapat

sampai ke wilayah pemerintahan Najasyi di Habsyah sebelum disusuli oleh orang Quraisy.

Pada hijrah yang kedua ini, jumlah orang Islam yang berhijrah terdiri daripada 83 orang

lelaki dan ditambah dengan 18 atau 19 orang wanita.12 Al-‘Allamah Muhammad Sulaiman al

-Mansyurfuri menegaskan pilihannya pada pendapat yang pertama iaitu jumlah wanita yang

berhijrah adalah 18 orang.13 Sementara maklumat bahawa antara mereka terdapat Ammar bin

Yasir, masih diragukan kesahihannya.

12

Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Zad al-Ma’ad, jil I, hlm. 24 dan Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri,

Rahmah li al-‘Alamin, jil I, hlm. 61.

13

(13)

12

Peristiwa 4: Kematian Abu Talib dan Khadijah

Muka surat : 147-149

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun Kesepuluh Nabi Dilantik Menjadi Nabi

Catatan:

Kesakitan yang mendera Abu Talib makin hari makin parah. Maka, tidak lama selepas itu

kematian menjemputnya. Kematiannya terjadi pada bulan Rejab tahun kesepuluh kenabian14,

tepatnya enam bulan setelah dibebaskan daripada pemboikotan.15 Ada pula yang

menyebutkan bahawa dia meninggal pada bulan Ramadhan, tiga hari sebelum meninggalnya

Khadijah.

Dalam Sahih al-Bukhari terdapat riwayat daripada Musayyib yang menyatakan bahawa ketika ajal kematian menjemput Abu Talib, Nabi Muhammad mendatanginya. Sementara itu, di sana telah ada Abu Jahal. Nabi Muhammad berkata, “Duhai bapa saudaraku, ucapkanlah, ‘Laa ilaaha illallaah (tiada Tuhan selain Allah).’ Itulah kalimah yang boleh kujadikan

pegangan untuk menolongmu di hadapan Allah.”

Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah pun tidak mahu kalah. Mereka berdua berkata, “Hai Abu Talib! Adakah kamu akan berpaling daripada agama Abdul Muthalib?” Mereka berdua terus saja mengucapkan kata-kata yang dapat mencegah Abu Talib daripada beriman.

Akhirnya terlontar kata-kata terakhir daripada lisan Abu Talib, “Atas agama Abdul Muthalib.”

Rasulullah s.a.w. kecewa namun masih berkata, “Sesungguhnya aku akan memohon ampunan untukmu, wahai bapa saudaraku, selagi mana aku tidak dilarang.” Atas hal itu, turunlah ayat, “Tidak sepatutnya bagi nabi dan orang beriman memohonkan ampun bagi

14

Syah Akbar Khan Najib Abady, Tarikh Islam, jil I, hlm. 120. Dalam berbagai-bagai rujukan terdapat

perbezaan yang ketara berkaitan bulan Abu Talib meninggal dunia. Apa yang saya tulis ini adalah apa yang saya

pandang rajih kerana kebanyakan rujukan sepakat menyatakan bahawa meninggalnya Abu Talib terjadi selang

enam bulan setelah dia bebas daripada pemboikotan. Pemboikotan itu sendiri terjadi selama tiga tahun.

Sementara itu, boikot dimulai pada malam pertama bulan Muharram tahun ketujuh kenabian. Dengan demikian,

kematian Abu Talib dapat disimpulkan terjadi pada bulan Rejab tahun kesepuluh kenabian.

15

(14)

13

orang Musyrik sekalipun mereka itu adalah keluarga terdekat, setelah diterangkan dengan jelas kepada mereka bahawa jika mereka tetap tidak mahu beriman, maka mereka adalah penghuni Neraka Jahanam.” Ditambah lagi dengan ayat, “Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu cinta.”16

Tidak diragukan betapa besarnya jasa Abu Talib yang menjaga dan melindungi Rasulullah

s.a.w.. Perlindungannya yang menyebabkan dakwah Islam terus berkibar laksana hentaman

badai bagi orang kafir yang sombong dan bodoh. Sayangnya, tatkala penghujung usia, dia

tetap memeluk agama nenek moyangnya sehingga dia gagal merangkul kemenangan.

Dalam Sahih al-Bukhari terdapat riwayat daripada Abbas bin Abdul Muthalib yang berkata kepada Nabi Muhammad,

“Engkau sangat memerlukan bapa saudaramu, wahai Rasulullah. Sesungguhnya dia melindungimu dan rela marah demi dirimu.” Maka Rasulullah s.a.w. membalas, “Dia berada di bahagian yang paling atas dalam neraka. Kalau bukan kerana dia menolong aku, pastilah

dia berada di bahagian neraka yang paling bawah.”17

Ada juga riwayat daripada Abu Said al-Khudri bahawasanya dia mendengar Nabi Muhammad bersabda tentang bapa saudaranya, “Semoga syafaatku bermanfaat untuknya pada hari kiamat, sehingga dia ditempatkan di bahagian yang atas dari neraka yang kedalamannya hanya mencapai tumit.”18

Khadijah Meninggal Dunia

Dua bulan atau tiga hari setelah kematian Abu Talib (dengan adanya perbezaan pendapat

dalam hal ini) Ummul Mukminin, Khadijah al-Kubra juga meninggal. Meninggalnya pada

16Sahih al-Bukhari

, bab tentang kisah Abu Talib, jil I, hlm. 548.

17

Sahih al-Bukhari, bab tentang kisah Abu Talib, jil I, hlm. 548.

18

(15)

14

usia 65 tahun, pada bulan Ramadhan tahun kesepuluh kenabian. Pada waktu itu, umur

Rasulullah s.a.w. adalah 50 tahun.19

Khadijah merupakan salah satu kurniaan agung daripada Allah untuk Rasulullah s.a.w..

Seperempat abad hidup bersama Rasulullah s.a.w., Khadijah sentiasa mendampingi baginda

dengan penuh perhatian terutamanya ketika ujian dan keresahan melanda, menyokong

baginda tatkala genting, membantu baginda menyiarkan agama Islam, menyertai baginda

mengharungi pahit dan payahnya perjuangan serta menyokong baginda dengan jiwa dan

hartanya.

Rasulullah s.a.w. menyatakan tentang Khadijah, “Dia mengimaniku ketika banyak manusia mengingkariku. Dia percaya pada kejujuranku ketika banyak manusia menuduhku berdusta.

Dia memanfaatkan hartanya untukku ketika banyak manusia memulauku. Daripadanya, Allah

mengurniakanku anak dan tidak daripada isteri-isteriku yang lain.”20

Dalam Sahih al-Bukhari diriwayatkan bahawa Abu Hurairah menyatakan, “Suatu ketika,

Jibril mendatangi Nabi Muhammad. Dia lalu berkata, ‘Wahai Rasulullah, Khadijah datang menghampirimu. Dia membawa sebuah bekalan berisi makanan dan air minuman. Jika dia

sampai nanti, sampaikanlah kepadanya bahawa Allah menitipkan salam untuknya.

Janjikanlah untuknya sebuah rumah rotan di syurga yang di dalamnya tidak ada pergaduhan

mahupun kesusahan’.”21

19

Meninggalnya Khadijah pada bulan Ramadhan pada tahun kesepuluh kenabian ini ditulis oleh Ibnu Jauzy

dalam Talqih Fuhum Ahl al-Atsar, hlm. 7. Juga ditulis oleh al-‘Allamah al-Mansyurfuri dalam Rahmah li al-‘Alamin, jil II, hlm. 164. Banyak ulama lain juga menulis seperti yang demikian.

20

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad-nya, jil VI, hlm. 118.

21

(16)

15

Peristiwa 5: Israk Mikraj Berlaku- Ini satu pendapat

Muka surat : 181-182

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun ke-12 Nabi Dilantik Menjadi Nabi

Catatan:

Waktu Terjadinya Israk Mikraj

Berkaitan pemastian waktu terjadinya Israk Mikraj, para ulama memiliki pendapat yang

berbeza, antaranya:

1. Ada yang mengatakan bahawa peristiwa Israk Mikraj terjadi pada tahun ketika Allah

memuliakan Rasulullah s.a.w. dengan kenabian. Pendapat ini dipilih oleh Imam

Tabari.

2. Ada yang mengatakan bahawa peristiwa Israk Mikraj terjadi setelah lima tahun

Rasulullah s.a.w. diangkat menjadi nabi. Pendapat ini dirajihkan oleh Imam Nawawi

dan Imam Qurthubi.

3. Ada yang mengatakan bahawa peristiwa Israk Mikraj terjadi pada malam kedua 27

pada bulan Rejab tahun kesepuluh kenabian. Pendapat ini dipilih oleh al-‘Allamah al

-Mansyurfuri.

4. Ada yang mengatakan bahawa peristiwa Israk Mikraj terjadi pada 16 bulan sebelum

hijrah, tepatnya pada bulan Ramadhan tahun kedua belas kenabian.

5. Ada yang mengatakan bahawa peristiwa Israk Mikraj terjadi pada satu tahun dua

bulan sebelum hijrah, tepatnya pada bulan Muharam tahun ke 13 kenabian.

6. Ada pula yang mengatakan bahawa peristiwa Israk Mikraj terjadi pada satu tahun

sebelum hijrah, tepatnya pada bulan Rabiul Awal tahun ke 13 kenabian.

Tiga pendapat yang teratas dibantah oleh fakta bahawa Khadijah meninggal dunia pada bulan

Ramadhan tahun kesepuluh kenabian, iaitu sebelum solat lima waktu diwajibkan. Di sini

tidak ada perselisihan bahawa solat lima waktu diwajibkan pada malam Israk Mikraj.22

22

Lihat pendapat-pendapat tersebut dalam Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Zad al-Ma’ad, jil II, hlm. 49; Abdullah bin

Muhammad al-Najdy, Mukhtashar Sirah al-Rasul, hlm. 148-149; Muhammad Sulaiman Salman al-Mansyurfuri,

(17)

16

Manakala, tiga pendapat yang lain, saya belum menemui suatu bukti yang kuat untuk

merajihkan salah satunya. Jika ditilik pada konteks Surah al-Israk, maka akan ditemui dalil

(18)

17

Peristiwa 6: Pasukan Perang (Sariyah) Pertama Menjalankan Misi

Muka surat : 256-257

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun Pertama Hijrah

Catatan:

Pasukan (Sariyah) Saiful Bahr. Mereka dihantar pada bulan Ramadhan tahun pertama Hijrah,

bertepatan dengan bulan Mac tahun 623 M. Rasulullah s.a.w. melantik Hamzah bin Abdul

Muthalib sebagai pemimpin pasukan ini. Baginda mengutusnya dengan membawa 30 askar

daripada orang Muhajirin.

Hamzah berinisiatif mencegah kafilah dagang Quraisy yang datang dari Syam. Dalam kafilah

itu ada Abu Jahal bin Hisyam yang memimpin 300 orang. Akhirnya mereka semua sampai di

Saiful Bahr yang masih berada di wilayah Ish.23Di sana mereka semua bertemu dan telah

bersedia untuk berperang. Namun begitu, Majdi bin Amru al-Juhany yang merupakan sekutu

kedua-dua belah pihak tiba-tiba berjalan ke hadapan, lalu menahan mereka semua sehingga

mereka tidak jadi berperang.

Bendera pasukan Hamzah adalah bendera perang pertama Rasulullah s.a.w.. Bendera itu

berwarna putih. Orang yang ditugaskan memegang bendera itu adalah Abu Marsad Kannaz

bin Hushain al-Ghanawy.

23Ish adalah sebuah wilayah yang terletak di antara Yanba‘ dan Marwah, yang merupakan laluan menuju Laut

(19)

18

Peristiwa 7: Rasulullah Berehat Sebelum Perang Badar

Muka surat : 276-277

Tarikh : Malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun kedua Hijrah.

Catatan:

Pergerakan Tentera Islam

Rasulullah s.a.w. menggerakkan pasukannya.24Baginda berjalan di lokasi pertempuran, lalu

memberikan isyarat tangan yang bererti ini adalah tempat kematian si fulan esok hari, in shaa Allah. Ini tempat kematian si fulan esok hari, in shaa Allah.25

Rasulullah s.a.w. menghabiskan masa malam dengan melakukan solat berhampiran sebatang

pokok yang ada di sana. Sementara tentera Islam tidur pada malam itu dengan jiwa yang

tenang dan diterangi bintang di langit. Rasa kepercayaan terhadap diri mereka bertambah.

Mereka beristirehat dengan cukup pada malam itu dan berharap agar mereka dapat melihat

khabar gembira pada esok hari sepertimana yang dijanjikan Allah.

“Ingatlah ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya dan menurunkan kepada kamu hujan dari langit yang dengannya Dia menyucikan kamu, menghilangkan daripada diri kamu gangguan-gangguan kejahataan, menguatkan hati kamu serta memperteguh pijakan kaki kamu.” (Al-Anfal: 11)

Ketika itu adalah malam Jumaat, 17 Ramadhan tahun kedua Hijrah. Kedatangan baginda

pada tarikh 8 atau 12 pada bulan yang sama.

24

Lihat Jami’ al-Tirmidzi, bab-bab tentang jihad dan bab tentang mengarahkan barisan, jil I, hlm. 201.

25

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Anas. Lihat Muhammad ibn Abdullah al-Tabrizy, Misykah

(20)

19

Peristiwa 8: Diwajibkan Puasa Ramadhan, Zakat Fitrah dan beberapa

Isu peperangan

Muka surat : 301

Tarikh : Sya`ban, Tahun Kedua Hijrah

Catatan:

Pada tahun kedua Hijrah, puasa di bulan Ramadhan dan zakat fitrah diwajibkan. Bahkan

nisab zakat-zakat yang lain (selain zakat fitrah) juga dijelaskan. Kewajipan zakat fitrah dan

perincian nishab zakat-zakat lain merupakan suatu sumbangan untuk meringankan beban

hidup yang ditanggung oleh sejumlah besar kaum Muhajirin yang datang ke Madinah dalam

(21)

20

Peristiwa 9: Pasukan Tentera Abu Bakar di utus Selepas Perang Bani

Quraizah/Muraisi`

Muka surat : 438

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun Ke-6 Hijrah

Catatan:

Pasukan Tentera di Bawah Pimpinan Abu Bakar al-Siddiq atau Zaid ibn Haritsah

Pasukan Tentera ini dikirim menuju ke Lembah Qura iaitu pada bulan Ramadhan tahun

keenam Hijrah. Ketika itu suku Fazarah hendak membunuh Nabi Muhammad. Oleh sebab itu

Rasulullah mengutus Abu Bakar al-Siddiq menuju ke sana.

Salamah bin Akwa’ menyatakan, “Aku turut berangkat bersama Abu Bakar. Setelah kami

solat subuh, dia memberi kami perintah sehingga kami mulai melancarkan serangan. Kami

dapat sampai di mata air, sementara Abu Bakar berjaya membunuh beberapa orang musuh.

Aku lihat sekumpulan musuh dengan beberapa anak kecil di dalamnya. Maka aku khuatir jika

mereka dapat mendahuluiku sampai di gunung, sehingga aku kejari mereka.

Aku memanah mereka dengan sasaran di ruang kosong antara mereka dengan gunung itu.

Setelah mereka melihat sasaran anak panah, mereka berhenti. Di dalam gerombolan itu

terdapat seorang wanita, iaitu Ummu Qirfah yang memakai pakaian berbulu daripada kulit

binatang. Dia membawa anak perempuannya yang merupakan gadis tercantik di Tanah Arab.

Mereka semua kubawa menuju Abu Bakar. Abu Bakar menghadiahkan puteri Ummu Qirfah

itu kepadaku sebagai hamba. Belum pun aku menyentuh tubuhnya sebagai seorang hamba,

Rasulullah lebih dahulu bertanya kepada Abu Bakar tentangnya. Lantas Rasulullah

mengirimkan puteri Ummu Qirfah tersebut ke Mekah. Dengan menjadikannya sebagai

pertukaran, Rasulullah dapat membebaskan orang-orang Islam yang ditawan di Mekah.”26

Ummu Qirfah adalah “syaitan perempuan” yang berusaha membunuh Nabi Muhammad. Dia mempersiapkan 30 penunggang kuda daripada keluarganya untuk melakukan hal itu. Maka

dia mendapat hukuman, sedangkan 30 penunggang kuda tersebut mati terbunuh.

26

(22)

21

Peristiwa 10: Pasukan Abu Qatadah Dihantar Pada Permulaan Bibit

Fathul Mekah

Muka surat : 438

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun Ke-8 Hijrah

Catatan:

Diambil daripada riwayat at-Thabrani bahawa tiga hari sebelum khabar pelanggaran

perjanjian Quraisy sampai kepada baginda Rasulullah s.a.w. memerintahkan Aisyah untuk

membuat persiapan. Baginda mempersiapkan peralatan perang baginda dan tidak ada seorang

pun yang tahu. Namun Abu Bakar masuk ke rumah Aisyah dan bertanya, “Wahai anakku, untuk apa kau persiapkan semua ini?” Aisyah menjawab, “Demi Allah s.w.t., aku tidak tahu.”

Abu Bakar berkata, “Demi Allah, ini seperti yang terjadi sewaktu Perang Bani Ashfar. Ke manakah yang hendak dituju oleh Rasulullah s.a.w.?” Aisyah menjawab, “Demi Allah s.w.t., aku tidak tahu.” Maka pada hari ketiga, datanglah Amru ibn Salim al-Khuzaiy dengan membawa 40 orang penunggang. Kemudian dia melantunkan syair seperti telah disebutkan

tadi.

Sejak itulah orang ramai tahu bahawa perjanjian telah dilanggar. Setelah kedatangan Amru,

disusuli oleh Budail dan Abu Sufyan, maka akhirnya berita ini diketahui oleh orang-orang

Islam. Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka untuk melakukan persiapan serta

mengumumkan kepada mereka bahawa baginda akan menuju ke Mekah. Selepas itu baginda berdoa, “Ya Allah, halanglah pandangan dan pengetahuan Quraisy, sehingga aku mengejutkan mereka di negeri mereka.”

Demi menambah kekuatannya, Rasulullah s.a.w. mengirim pasukan tentera yang berkekuatan lapan orang di bawah Panglima Abu Qatadah ibn Rab’iy, menuju ke suatu markas yang terletak di antara Dzu Khasyab dan Dzu Marwah yang berjarak tiga batu dari

Madinah. Penghantaran ini dilakukan pada bulan Ramadhan tahun kelapan Hijrah, ia untuk

mewujudkan prasangka bahawa baginda bergerak menuju ke wilayah tersebut dan untuk

menguatkan isu penyerangan Mekah. Pasukan tentera ini terus berjalan hingga mereka

(23)

22

s.a.w. telah berangkat ke Mekah. Maka pasukan tentera ini bergerak ke sana dan dapat

menyusuli baginda.27

27

Pasukan tentera ini bertemu dengan Amir ibn Adhbath, maka dia memberi mereka salam dengan salam Islam.

Lantas Muhallim ibn Jatstsamah membunuhnya kerana permasalahan hubungan di antara mereka berdua.

selepas itu Muhallim ibn Jatstsamah mengambil unta dan barang-barang Amir ibn Adhbath. Maka Allah s.w.t.

menurunkan ayat, “Janganlah kamu katakan kepada orang yang mengucapkan salam kepada kamu, ‘Engkau bukan Mukmin’!”Pasukan tentera ini membawa Muhallim ibn Jatstsamah agar dia meminta ampun pada Rasulullah. Tatkala Muhallim berdiri di hadapan baginda, baginda bersabda, “Ya Allah s.w.t., jangan ampuni

Muhallim.” Baginda mengucapkannya sampai tiga kali. Muhallim lantas berdiri dengan air matanya yang mengalir sampai membasahi bajunya. Ibn Ishaq berkata, “Kaumnya menganggap bahawa selepas itu Muhallim

(24)

23

Peristiwa 11: Tentera Islam Menuju Mekah

Muka surat : 524-525

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun Ke-8 Hijrah

Catatan:

Selepas sepuluh hari dari bulan Ramadhan Mubarak tahun kelapan Hijrah, Rasulullah s.a.w.

berangkat meninggalkan Madinah menuju ke Mekah, dengan membawa 10 ribu sahabat

(Semoga Allah s.w.t. meredhai mereka semua). Baginda melantik Abu Ruhm al-Ghiffary

sebagai wakil baginda di Madinah.

Ketika sampai di Juhfah, Rasulullah s.a.w. ditemui oleh pakcik baginda, iaitu Abbas ibn

Abdul Muthallib. Dia bersama keluarganya keluar dari Mekah sebagai Islam dan berhijrah. Setelah sampai di Abwa’, Rasulullah s.a.w. ditemui oleh anak pakciknya, Abu Sufyan ibn Harits dan anak makciknya, Abdullah ibn Abu Umayyah. Namun baginda berpaling dan tidak

mahu menemui mereka kerana kerasnya seksaan mereka terhadap baginda pada masa lalu. Pada ketika itu Ummu Salamah berkata, “Jangan sampai anak pakcikmu dan anak makcikmu menjadi manusia paling celaka disebabkan engkau.”

Ali ibn Abu Thalib berkata kepada Abu Sufyan ibn Harits, “Datanglah kepada Rasulullah s.a.w. dari hadapannya. Katakanlah kepadanya seperti yang dikatakan oleh hamba-hamba Yusuf kepada Yusuf, ‘Mereka berkata, ‘Demi Allah, Allah s.w.t. telah melebihkan kamu atas

kami dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang salah’.’ Sesungguhnya baginda tidak

kisah jika ada seorang yang lebih baik perkataannya daripada baginda. Maka Abu Sufyan melakukannya, sehingga Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya, “Tidak ada kehinaan ke atas kamu hari ini. Allah s.w.t. akan mengampuni kamu dan Dialah Zat yang paling penyayang.” Selepas itu Abu Sufyan melantunkan beberapa bait syair, antaranya:

Demi umurmu, dulu aku pernah memegang bendera

Agar tentera Muhammad dapat dikalahkan oleh tentera Latta Bagaikan pengelana yang kebingungan di malam pekat

Begitulah waktuku saat dituntun mendapat hidayah Seseorang menghelaku ke jalan Allah s.w.t.

(25)

24

Rasulullah s.a.w. menepuk dadanya dan berkata, “Dulu kau selalu mengejarku dengan gigih.”28

28

Selepas peristiwa ini, keislaman dalam diri Abu Sufyan sangat baik. Dikatakan bahawa dia tidak pernah

mengangkat kepalanya di hadapan Rasulullah sejak masuk Islam, kerana malu pada baginda. Sementara

Rasulullah mencintainya dan mempersaksikan bahawa dia akan mendapat syurga. Baginda bahkan bersabda,

(26)

25

Peristiwa 12: Rasulullah bertolak keluar dari Mar az-Zahran

Muka surat : 525&528

Tarikh : 17 Ramadhan, Tahun Ke-8 Hijrah

Catatan:

Tentera Islam Singgah di Marr al-Zhahran

Rasulullah s.a.w. dan tentera Islam meneruskan perjalanannya dalam keadaan berpuasa,

sehingga baginda sampai di Kadid, iaitu sebuah mata air yang terletak di antara Usfan dan

Qudaid. Baginda terus berbuka puasa dan tentera Islam pun berbuka puasa bersama

baginda.29Kemudian baginda meneruskan perjalanannya sehingga singgah di Marr

al-Zhahran atau disebut juga Lembah Fathimah. Baginda sampai di sana pada waktu isyak.

Kemudian baginda memberi perintah kepada tenteranya, lalu mereka pun menyalakan obor.

Ada 10 ribu obor yang dinyalakan. Selepas itu Rasulullah s.a.w. melantik Umar ibn Khathab

untuk melakukan penjagaan.

Tentera Islam Meninggalkan Marr al-Zhahran Menuju ke Mekah

Pada17 Ramadhan tahun kelapan Hijrah, Rasulullah s.a.w. bertolak dari Marr al-Zhahran

menuju ke Mekah. Baginda memerintahkan Abbas agar menahan Abu Sufyan di laluan

lembah di hujung gunung, sehingga seluruh tentera Islam melaluinya dan dia dapat melihat

mereka. Abbas pun melaksanakannya. Maka kabilah-kabilah pun berjalan dengan bendera

masing-masing.

29

(27)

26

Peristiwa 13: Mengutuskan Tentera Untuk Teruskan Misi Jihad

Muka surat : 538

Tarikh : Lima hari terakhir bulan Ramadhan, Tahun Ke-8 Hijrah

Catatan:

Pengiriman Tentera dan Misi Jihad

Setelah Rasulullah s.a.w. berasa tenteram dalam penaklukan Mekah, pada lima hari terakhir

bulan Ramadhan tahun kelapan Hijrah, maka baginda mengutuskan Khalid ibn Walid menuju

ke tempat berhala Uzza di Nakhlak untuk menghancurkannya. Uzza merupakan berhala yang

disembah oleh kaum Quraisy dan semua orang Bani Kinanah. Uzza adalah berhala mereka

yang paling besar. Bani Syaiban yang menjaga dan menguruskannya. Khalid ibn Walid

berangkat ke tempat Uzza dengan memimpin 30 orang penunggang kuda. Apabila sampai di

sana, mereka terus menghancurkan Uzza. Setelah dia kembali, Rasulullah s.a.w. bertanya, “Adakah engkau melihat masih ada sesuatu yang lain?” Khalid menjawab, “Tidak.” Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Bererti engkau belum menghancurkannya. Kembalilah ke sana dan hancurkan dia.”

Maka Khalid ibn Walid kembali ke Nakhlah dalam keadaan marah dan telah menghunus

pedang. Di sana Khalid dihampiri oleh seorang wanita hitam dalam keadaan telanjang dan

menguraikan rambutnya, sehingga petugas yang menjaga Uzza bersorak-sorak untuk wanita

tersebut. Maka tanpa berlengah, Khalid terus menebas wanita tersebut dan memotong

(28)

27

Peristiwa 14: Pulang Dari Peperangan Tabuk

Muka surat : 573

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun Ke-9 Hijrah

Catatan:

Keberangkatan Rasulullah s.a.w. ke Tabuk dilakukan pada bulan Rejab dan kepulangannya

dilakukan pada bulan Ramadhan. Peperangan ini memakan masa selama 50 hari. Rasulullah

s.a.w. berada di Tabuk selama 20 hari, sedangkan bakinya dihabiskan dalam perjalanan

pulang dan pergi. Ini merupakan peperangan baginda yang terakhir.

Peristiwa 15: Menerima Utusan dari Tsaqif Yang Masuk islam

Muka surat : 588

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun Ke-9 Hijrah

Catatan:

Utusan dari Tsaqif. Mereka datang pada bulan Ramadhan tahun kesembilan Hijrah, ketika

Rasulullah s.a.w. pulang dari Tabuk. Namun, kisah keislaman mereka bermula ketika pemimpin mereka, iaitu Urwah ibn Mas’ud al-Tsaqafy datang kepada Rasulullah s.a.w. selepas baginda pulang dari Perang Taif pada bulan Zulhijah tahun kelapan Hijrah, sebelum

baginda tiba di Madinah.

Urwah masuk Islam, kemudian dia pulang kepada kaumnya dan mengajak mereka masuk

Islam. Dia berasa yakin bahawa mereka akan memenuhi ajakannya kerana sebelum ini dia

memang seorang pemimpin yang disegani dan ditaati oleh kaumnya. Dia adalah antara

pemimpin yang paling dicintai kaumnya, tetapi ketika dia mengajak mereka masuk Islam,

mereka melancarkan serangan anak panah dari setiap penjurunya hingga dia meninggal

dunia.

Setelah Urwah meninggal, mereka tinggal selama beberapa bulan. Kemudian mereka

bermesyuarat dan menyedari bahawa mereka tidak sanggup menghadapi orang-orang Arab

yang ada di sekitar mereka yang telah berbaiat dan masuk Islam. Maka mereka bersepakat

untuk menghantar seorang utusan kepada Rasulullah s.a.w.. Mereka bercakap dengan Abd

(29)

28

Namun dia menolak kerana khuatir dilayan oleh Bani Tsaqif setelah kembali dari Madinah, seperti yang mereka lakukan terhadap Urwah. Dia berkata, “Aku tidak akan sudi melakukannya kecuali jika kamu mengutusku bersama beberapa orang.” Maka mereka mengutusnya bersama dengan dua orang daripada sekutu mereka dan tiga orang daripada

Bani Malik, sehingga jumlahnya ada enam orang. Antara mereka ada Utsman ibn Abu Ash

al-Tsaqafy, iaitu orang yang paling muda antara mereka.

Setibanya mereka di hadapan Rasulullah s.a.w., baginda membuatkan untuk mereka sebuah

khemah bulat di masjid, agar mereka boleh mendengar bacaan al-Quran dan dapat melihat

orang ramai mendirikan solat. Mereka masih melakukan tawar-menawar ketika Rasulullah

s.a.w. mengajak mereka masuk Islam, sehingga pemimpin mereka meminta agar baginda

menuliskan sebuah perjanjian untuk mereka yang menjadi saranan perdamaian antara baginda

dengan Tsaqif. Isi daripada perjanjian yang mereka inginkan adalah:

(a) Mereka dibenarkan melakukan zina.

(b) Mereka dibenarkan minum arak.

(c) Mereka dibenarkan melakukan riba.

(d) Berhala mereka yang bernama Latta tetap dibiarkan.

(e) Mereka dibebaskan daripada kewajipan solat.

(f) Mereka tidak disuruh merobohkan patung-patung mereka.

Akhirnya, tidak ada satu pun permintaan mereka itu dipenuhi oleh Rasulullah s.a.w.. Mereka

dibiarkan berunding sendiri dan tidak ada jalan lain kecuali tunduk kepada baginda dan

menyerahkan diri mereka serta masuk Islam. Mereka juga mengajukan syarat agar baginda

memujuk orang lain untuk merobohkan Latta dan bukan tangan orang-orang Tsaqif sendiri.

Lantas baginda menerima syarat ini. Baginda menulis surat yang ditujukan kepada kaum

Tsaqif dan memilih Ttsman ibn Abu Ash al-Tsaqafy sebagai pemimpin mereka kerana dialah

orang yang paling memahami Islam serta mempelajari agama dan al-Quran.

Setiap hari para utusan Bani Tsaqif ini menemui Rasulullah s.a.w. pada pagi hari dan

meninggalkan Utsman ibn Abu Ash di khemah mereka. Jika mereka kembali kerana hari

telah siang, maka giliran Utsman yang menemui baginda. Dia meminta untuk dibacakan

al-Quran dan banyak bertanya tentang agama. Jika dia mendapati Rasulullah s.a.w. sedang tidur,

(30)

29

yang paling mendatangkan keberkatan bagi kaumnya pada masa-masa merebaknya kemurtadan. Ketika Bani Tsaqif mengakui murtad, maka dia berkata kepada mereka, “Wahai semua penduduk Tsaqif, kamu adalah orang-orang terakhir yang masuk Islam, maka

janganlah kamu menjadi orang-orang pertama yang murtad.” Akhirnya mereka tidak jadi

murtad dan tetap teguh memeluk Islam.

Para utusan ini kembali kepada kaumnya dan mereka menyembunyikan hakikat yang

sebenarnya. Para utusan ini menakut-nakutkan kaumnya dengan pertempuran dan

peperangan. Mereka menampakkan wajah sedih dan sayu. Mereka menyampaikan bahawa

Rasulullah s.a.w. meminta mereka untuk masuk Islam, meninggalkan zina, tidak minum arak

dan lainnya. Jika tidak, maka baginda akan menyerang mereka.

Rupanya Bani Tsaqif memang masih dikuasai kebanggaan Jahiliah. Dua atau tiga hari

mereka bersiap-siap untuk berperang. Kemudian Allah menyusupkan ketakutan ke dalam hati mereka. Mereka berkata kepada para utusan, “Temuilah dia lagi dan berikan apa yang dimintanya.” Pada saat itu barulah para utusan mengatakan apa yang sebenarnya terjadi dan menunjukkan perjanjian yang telah mereka sepakati. Akhirnya semua Bani Tsaqif masuk

Islam.

Rasulullah s.a.w. mengutus beberapa orang untuk merobohkan berhala Latta, yang dipimpin oleh Khalid ibn Walid. Setibanya di sana, Mughirah ibn Syu’bah mengambil dua cangkul dan berkata kepada rakan-rakannya, “Demi Allah, aku benar-benar akan membuat kamu ketawa

kerana perbuatan orang-orang Tsaqif.” Kemudian dia merobohkan berhala Latta dengan dua

buah cangkul itu hingga roboh. Penduduk Taif yang menonton bergetar hatinya. Mereka berkata, “Semoga Allah mengutuk Mughirah. Dia tentu akan dicekik oleh penjaga berhala.”

Mughirah melompat ke arah mereka seraya berkata, “Semoga Allah memburukkan rupa kamu. Berhala ini hanyalah tompokan batu dan lumpur yang hina.” Kemudian dia

menghancurkan pintu tempat penyimpanannya, naik ke atas pagarnya, yang diikuti

rakan-rakannya, lalu mereka merobohkan pagar-pagar itu hingga semuanya rata dengan tanah.

Mereka juga menggali semua bangunan yang ada hingga ke tapaknya dan mengeluarkan

(31)

30

Orang-orang Bani Tsaqif diam terpaku. Selepas itu Khalid ibn Walid dan rakan-rakannya

kembali ke Madinah dengan membawa semua barang yang diambil daripada berhala Latta,

lalu menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w.. Pada hari itu juga baginda

membahagi-bahagikannya sambil memuji Allah yang telah menolong nabi-Nya dan mengukuhkan

agama-Nya.30

30

Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Zad al-Ma’ad, jil III, hlm. 26, 28; Ibn Hisyam, al-Sirah al-Nabawiah, jil III, hlm.

(32)

31

Peristiwa 16: Iktikaf Terakhir Rasulullah

Muka surat : 609

Tarikh : Bulan Ramadhan, Tahun Ke-10 Hijrah

Catatan:

RASULULLAH S.A.W. PULANG KE HADRAT ILAHI

Tanda-tanda Perpisahan

Setelah dakwah benar-benar menjadi sempurna dan Islam dapat menguasai keadaan, mula

muncul tanda-tanda perpisahan terhadap kehidupan dan orang ramai yang masih hidup.

Tanda-tanda itu muncul dari dalam perasaan baginda, kemudian terisyaratkan secara jelas

dalam perkataan dan perbuatan baginda.

Rasulullah s.a.w. beriktikaf di bulan Ramadhan tahun kesepuluh Hijrah selama 20 hari,

padahal sebelum ini baginda tidak beriktikaf kecuali sepuluh hari sahaja. Pada waktu itu Jibril

menguji ketepatan hafalan al-Quran Rasulullah s.a.w. sebanyak dua kali, padahal kebiasaannya cuma sekali. Sewaktu haji wada’ Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku tidak pasti, berkemungkinan aku tidak akan bertemu kamu lagi selepas tahun ini dengan keadaan seperti ini.” Ketika melempar jamrah aqabah baginda juga bersabda, “Pelajarilah manasik kamu daripadaku kerana berkemungkinan aku tidak berhaji lagi selepas tahun ini.” Kemudian turun

Surah an-Nashr pada pertengahan hari-hari Tasyriq. Sesungguhnya semua ini boleh dikenali

Referensi

Dokumen terkait

Asam salisilat merupakan salah satu bahan kimia yang cukup penting dalam kehidupan sehari-hari serta mempunyai nilai ekonomis yang cukup tinggi karena dapat digunakan

Daun dimorfik, tipe daun tunggal, daun steril berbentuk lanset, daun steril berbentuk lanset, ujung daun tumpul, pangkal daun meruncing, tepi daun rata, permukaan

Anda dapat mengubah rentang warna secara manual agar sesuai rentang warna yang benar jika warna tidak ditampilkan dengan benar.

Komitmen dari Manajemen Puskesmas Kecamatan Tebet dalam otonomi penerimaan anggaran yang bersumber dari APBN/APBD dan pendapatan yang diperoleh dan jasa layanan berupa retribusi

Menurut Menurut Anda pengaruh Anda pengaruh apakah yang apakah yang dapat menyebabkan dapat menyebabkan siswa siswa kurang kurang menggunakan bahasa santun.. menggunakan

Karakter seleksi jagung hibrida yang berpengaruh langsung terhadap hasil pada kondisi kekeringan adalah tinggi tanaman, luas daun, panjang tongkol, diameter tongkol, dan

a) Pemberian cairan yang cukup dengan infus ringer laktat (RL) dengan dosis 30 ml/kgBB/jam, apabila keadaan tekanan darah baik, lanjutkan RL sebanyak 10 ml/kgBB/jam

KOM